Anda di halaman 1dari 5

PSP s Research Digest

Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Medan Dan Elektromagnet Di Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Uthm
17
PERKAITAN ANTARA GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM
MATA PELAJARAN MEDAN DAN ELEKTROMAGNET DI KALANGAN
PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI UTHM

Kamarul Ariffin bin Abd Rashid
Politeknik Seberang Perai

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal
pasti sama ada gaya pembelajaran dapat
mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam mata
pelajaran Medan dan Gelombang Elektromagnet.
Selain daripada itu, tujuan kajian ini adalah untuk
melihat hubungan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata
pelajaran Medan dan Gelombang Elektromagnet di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di UTHM,
semester 2 sesi pengajian 2006/2007 yang telah
mengambil mata pelajaran Medan dan Gelombang
Elektromagnet. Instrumen yang digunakan adalah
soal selidik. Data yang diperolehi daripada borang
soal selidik dianalisis berdasarkan kepada statistik
deskriptif dan analisis korelasi spearman untuk
menguji hipotesis kajian. Di dapati aspek gaya
pembelajaran dapat mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar pada tahap sederhana. Manakala,
analisis korelasi spearman yang dibuat
menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan
antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
pelajar yang berada pada tahap sederhana.
Sebagai kesimpulan, aspek gaya pembelajaran
yang dikaji dapat mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar.

PENGENALAN

Kemajuan dari segi pendidikan akan diberi
penekanan yang lebih terutama dari segi pendidikan
sains dan teknologi yang selaras dengan kemajuan
negara. Matlamat negara untuk melahirkan
warganegara yang berketerampilan sebagaimana
yang dikehendaki menuju ke arah wawasan 2020
(Ramlee Mustapha, 2000). Bagi merealisasikan
matlamat tersebut, institut pengajian tinggi
memainkan peranan yang penting. Menurut Mohd
Najib et. al (1997), institusi pendidikan tinggi
mempunyai tiga fungsi utama, iaitu menyebarkan
ilmu, memperkembangkan ilmu dan memastikan
hasilnya bermanfaat untuk negara bagi kegunaan
politik dan sosio-ekonomi yang boleh mencorakkan
masa depan negara.

Medan dan gelombang elektromagnet adalah
berkaitan dengan elemen-elemen yang berkaitan
dengan elektromagnetik. Menurut Fawwaz T. Ulaby
(2001) menyatakan elektromagnetik adalah
melibatkan medan elektromagnetik, algebra vektor,
perambatan gelombang satah dan sebagainya. Di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mata
pelajaran Medan dan Gelombang Elektromagnetik
diperkenalkan dan diwajibkan bagi semua pelajar
yang berada dalam Kursus Kejuruteraan Elektrik
untuk mengambilnya sebagai syarat kelayakan
untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.

PERNYATAAN MASALAH

Pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda
Kejuruteraan Elektrik di Fakulti Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik UTHM menghadapi masalah untuk
menguasai mata pelajaran Medan dan Gelombang
Elektromagnet. Para pelajar sukar mendapatkan
pencapaian yang baik di dalam mata pelajaran ini.
Maka satu kajian dijalankan untuk mengkaji gaya
pembelajaran yang dapat mempengaruhi
pencapaian akademik di dalam mata pelajaran ini.
Merujuk kepada lampiran A yang merupakan data
daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik, UTHM menunjukkan para pelajar sukar
untuk mendapatkan pencapaian yang baik di dalam
peperiksaan akhir semester. Maka satu kajian
dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik di
dalam mata pelajaran ini.

Menurut Tevian Dray (2002), menyatakan
Elektromagnetik merupakan kombinasi antara
Matematik dan Fizik. Para pelajar perlu mempunyai
kemahiran di dalam kedua-dua mata pelajaran ini
dengan baik bagi menguasai mata pelajaran ini
dengan baik. Menurut Rashidi Azizan (1997), yang
menyatakan matematik merupakan mata pelajaran
yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar. Manakala
menurut Lilia Halim(1998), menyatakan sebahagian
daripada para pelajar sukar untuk menguasai subjek
fizik di sekolah. Terdapat pelbagai bentuk gaya
pembelajaran yang perlu diamalkan oleh pelajar
supaya dapat mencapai kejayaan di dalam mata
pelajaran yang melibatkan matematik dan fizik.
Terdapat kajian yang dijalankan oleh Manscill dan
Rollins (1985), yang menyatakan gaya
pembelajaran memainkan peranan yang penting
untuk memahami sesuatu mata pelajaran yang
dapat memberi kesan kepada pencapaian pelajar di
dalam mata pelajaran tersebut.

Menurut Ismail (2001), menyarankan bahawa
masalah pembelajaran pelajar di Institut Pengajian
Tinggi Awam adalah kerana mereka tidak
mengetahui teknik pembelajaran yang betul dan
berkesan. Ini menyebabkan mereka sukar untuk
PSP s Research Digest


Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Medan Dan Elektromagnet Di Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Uthm
18
mencapai keputusan yang cemerlang. Kajian yang
dijalankan oleh Maddox (1990), kecemerlangan
dalam pencapaian akademik bukan hanya
bergantung kepada kepandaian dan rajin sahaja
tetapi juga bergantung kepada gaya pembelajaran
dan pengajaran yang berkesan. Manakala menurut
Mohd Najib et.al (1997) pula, menyatakan salah
satu sebab kegagalan pelajaran di Institusi
Pengajian tinggi Awam adalah disebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai dengan
pelajar serta minat para pelajar terhadap sesuatu
pelajaran itu. Berdasarkan penyataan di atas, satu
kajian dan penyelidikan dibuat bagi mengenal pasti
faktor gaya pembelajaran pelajar dapat
mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian penyelidikan ini adalah untuk
mengenal pasti sama ada gaya pembelajaran
pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Medan dan Gelombang
Elektromagnet atau tidak. Objektif kajian kedua
adalah untuk melihat hubungan antara Gaya
pembelajaran dalam Medan dan Gelombang
Elektromagnet dengan pencapaian pelajar

PERSOALAN KAJIAN

Kajian dan tinjauan ini adalah untuk mendapatkan
jawapan kepada persoalan kajian pertama iaitu
sejauh manakah gaya pembelajaran pelajar
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Medan dan Gelombang Elektromagnet.
Persoalan kajian kedua pula adalah adakah
terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dalam
Medan dan Gelombang Elektromagnet dengan
pencapaian pelajar

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian dibuat bagi tujuan menjawab
persoalan kajian kedua iaitu wujud hubungan di
antara faktor gaya pembelajaran dengan
pencapaian pelajar.

BATASAN KAJIAN

Terdapat beberapa batasan pada kajian yang telah
dijalankan, iaitu:

1. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik yang
berada di dalam semester 2, sesi pengajian
2006/2007 dan yang telah mengambil mata
pelajaran Medan dan Gelombang
Elektromagnet.
2. Kajian ini menggunakan borang kaji soal selidik
dan dapatan kajian ini bergantung kepada
jawapan responden kepada setiap soalan
dengan jujur dan rasional; pelajar tidak
dipengaruhi dengan sebarang kuasa atau
disiplin; selain itu pelajar juga tidak dipengaruhi
oleh perasaan sentimen terhadap pensyarah.
3. Kajian yang dijalankan ini hanyalah berdasarkan
kepada objektif-objektif kajian yang telah
disenaraikan sahaja.

METADOLOGI KAJIAN
POPULASI KAJIAN

Dalam kajian ini, responden yang dipilih adalah
terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Muda
Kejuruteraan Elektrik di Fakulti Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik, UTHM , yang telah mengambil mata
pelajaran Medan dan Gelombang Elektromagnet
bagi sesi pembelajaran 2006/2007 dan masih di
dalam pengajian. J umlah populasi yang diambil
adalah seramai 142 orang. Mereka terdiri pelajar
lepasan SPM, Diploma, Sijil dan Matrikulasi.

SAMPEL KAJIAN

Pengkaji memilih sampel kajian dipilih melalui
pensampelan tidak rawak. Di mana pengkaji
mengambil sampel yang terdiri daripada pelajar
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM. Dalam
kajian ini, pengkaji mengehadkan sampel kajian
pada pelajar yang berada di dalam semester 2, sesi
2006/2007 kerana sampel yang di ambil hendaklah
terdiri daripada pelajar yang pernah mengalami
situasi pembelajaran dan pengajaran di dalam mata
pelajaran Medan dan Gelombang Elektromagnet
serta mereka masih lagi di dalam pengajian di
UTHM.

INSTRUMEN KAJIAN

Memandangkan kajian yang dijalankan adalah
berbentuk tinjauan, maka pengkaji menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen kajian.
Borang soal selidik diedarkan pada pelajar bagi
tujuan mendapatkan maklumat dan data daripada
pelajar dan merupakan pengganti kepada diri
penyelidik dan penghubung di antara penyelidik dan
responden. Melalui soal selidik juga, penyelidik
perlu mengikut piawai dan peraturan tertentu agar
kajian yang dilakukan akan memenuhi tujuan
sebenar kajian. Borang soal selidik digunakan bagi
memperolehi maklumat secara langsung daripada
responden.

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang pelajar
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik semester 2,
sesi 2006/2007 yang pernah mengambil mata
pelajaran Medan dan Gelombang Elektromagnet.
Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk
menentukan kebolehpercayaan item-item di dalam
borang soal selidik. Ia juga bertujuan untuk
PSP s Research Digest


Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Medan Dan Elektromagnet Di Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Uthm
19
mengetahui sejauh manakah responden memahami
soalan yang dikemukakan bagi membolehkan
penyelidik menilai kebolehpercayaan atau
kesahihan soalan yang dibina. Daripada kajian
rintis yang telah dilakukan, menunjukkan instrumen
kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang
tinggi iaitu 0.957. Selain daripada nilai
kebolehpercayaan instrumen secara keseluruhan,
pengkaji turut menguji kebolehpercayaan setiap
item teknik pembelajaran. Item-item gaya
pembelajaran pelajar dalam Medan dan Gelombang
Elektromagnet terdiri daripada item S1 hingga S10.
Nilai kebolehpercayaan item gaya pembelajaran
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu
0.823.

KAEDAH MENGANALISIS DATA

Bagi menganalisis data yang diperoleh,
jawapan semua responden akan dikumpulkan dan
akan dianalisis bagi menjawab persoalan kajian.
Data-data yang diperolehi daripada borang soal
selidik ini dianalisis secara statistik deskriptif dan
kaedah statistik inferensi Korelasi Spearman
menggunakan perisian SPSS 15.0 for windows
(Statistical Package for Social Sciences). Di
samping itu, kaedah skor min dipilih
penggunaannya dalam mengukur tahap
kecenderungan bagi gaya pembelajaran dapat
mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar Sarjana
Muda Kejuruteraan Elektrik dalam mata pelajaran
Medan dan Gelombang Elektromagnet.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

ANALISIS DISKRIPTIF

Instrumen yang digunakan adalah borang soal
selidik yang menggunakan skala likert. Oleh itu,
tahap gaya pembelajaran pelajar diukur
berdasarkan kepada julat interpretasi skor min dan
kadar peratusan dan berpandukan pada jadual 1.


Jadual 1 : Tahap kecendurungan mengikut skor
min Skor min Tahap Kecenderungan
(Sumber : Landell, 1997)

Dalam menganalisis gaya pembelajaran pelajar di
dalam Medan dan Gelombang Elektromagnet,
hanya 6 item dikemukakan bagi menilai tahap gaya
pembelajaran para pelajar di dalam mata pelajaran
ini. Merujuk jadual 2 menunjukkan maklum balas
yang diperolehi daripada responden.



Jadual 2 : Nilai skor min bagi gaya pembelajaran
pelajar di dalam mata pelajaran Medan dan

Berdasarkan hasil dapatan kajian, gaya
pembelajaran pelajar secara keseluruhannya
berada pada tahap skor min sederhana iaitu 3.065.
Ini dapat dirumuskan bahawa gaya pembelajaran
dapat mempengaruhi pencapaian akademik berada
pada tahap yang sederhana. Di mana, item ketiga
yang menyatakan Saya mempunyai study group
untuk mata pelajaran Medan dan Gelombang
Elektromagnet mempunyai skor min yang tertinggi
dengan purata skor min 3.47 dan item yang pertama
yang menyatakan Saya memahami kuliah hanya
dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada
penerangan pensyarah tanpa perlu menyalin nota
yang mempunyai min purata terendah iaitu 2.53.
Menurut pelbagai kajian telah dijalankan mengenai
proses pembelajaran dan hubungannya terhadap
pencapaian pelajar. Antara aspek yang dikaji
adalah tabiat belajar yang diamalkan oleh pelajar,
cara atau kaedah pembelajaran dan juga orientasi
belajar (Subahan, 1987).

Sebagaimana yang diketahui, seorang pelajar
universiti bebas mengamalkan cara atau kaedah
belajar atau mengulangkaji secara bersendirian.
Kenyataan item 3 menunjukkan bahawa
kebanyakan pelajar mengamalkan cara
pembelajaran bersedirian di mana mereka tidak
mempunyai kumpulan belajar (study group) yang
khas bagi mata pelajaran ini. Gaya pembelajaran
yang dipraktikkan oleh pelajar juga memainkan
faktor yang penting untuk mendapatkan keputusan
yang baik di dalam sesuatu pelajaran. Kenyataan
ini disokong Tajul Ariffin Noordin (1989), yang
mengatakan para pelajar sebenarnya telah belajar
dengan rajin dan bersungguh-sungguh. Malangnya,
teknik dan strategi belajar yang diamalkan kurang
sesuai dengan kehendak pembelajaran di universiti.
Ini merupakan salah satu faktor pencapaian mereka
tidak mencapai tahap yang diinginkan. Ini
menunjukkan melalui perbincangan antara ahli
kumpulan, pelajar boleh mendapat maklumat
tambahan yang mungkin tidak diketahui. Melalui
latihan yang dibuat secara berkumpulan juga
mungkin dapat mengesan kesalahan langkah
pengiraan yang dilakukan. Apabila wujud
perbezaan pendapat, maka masalah ini akan dirujuk
PSP s Research Digest


Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Medan Dan Elektromagnet Di Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Uthm
20
kepada pensyarah dan buku-buku yang berkaitan.
Dapatan kajian menunjukkan para pelajar bukan
sahaja memahami kuliah hanya dengan
menumpukan sepenuh perhatian kepada
penerangan pensyarah tetapi juga perlu menyalin
nota. Para pelajar perlu mencatat atau menyalin
sekurang-kurangnya langkah pengiraan yang
diterangkan oleh pensyarah. Di samping itu, dapat
dikenalpasti bahawa kebanyakan pelajar
mengamalkan gaya pembelajaran secara latih tubi
dengan menggunakan soalan-soalan peperiksaan
akhir bagi semester-semester yang lalu bukan
hanya melalui memberi tumpuan sepenuhnya
kepada penerangan pensyarah di dalam kuliah
(Hafidzi, 1991).

ANALISIS INFERENSI (KORELASI SPEARMAN)

Bagi analisis jenis inferensi Korelasi Spearman,
nilai r merupakan pekali korelasi. Nilai pekali
korelasi yang menghampiri 1 dan 1 menunjukkan
wujudnya hubungan yang kuat antara dua pemboleh
ubah (Ary D, 1974). Guilfords Rule of Thumbs
(1986) digunakan untuk mentafsirkan magnitud
hubungan sama ada korelasi sesuatu hubungan itu
tinggi atau rendah. Ini bagi menjawab persoalan
kajian yang melibatkan hubungan antara
pencapaian pelajar dengan gaya pembelajaran.






Jadual 3 : Guilfords Rules of Thumbs Kod
Kumpulan Julat Tahap
(Sumber: Zukarnain dan Hishamuddin, 2001)

HUBUNGAN ANTARA FAKTOR GAYA
PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN
PELAJAR

Bagi menjawab persoalan kajian kedua, pengkaji
telah mengemukakan 2 hipotesis iaitu hipotesis nul
dan hipotesis alternatif.

Ho: Tidak wujud hubungan di antara faktor gaya
pembelajaran dengan pencapaian pelajar
Ha: Wujud hubungan di antara faktor gaya
pembelajaran dengan pencapaian pelajar.

Jadual 5: Keputusan Bagi Hipotesis Yang Diuji
Hipotesis Yang Diuji Keputusan

Keputusan ujian Korelasi Spearman memberi nilai
Korelasi Spearman (r) sama dengan 0.380 dan nilai
signifikan (p) adalah 0.000. Nilai signifikan (p) <
0.01 menunjukkan terdapat hubungan signifikan di
antara faktor pembelajaran dengan pencapaian
akademik pelajar. Dapat disimpulkan juga,
hubungan yang wujud adalah pada kategori
hubungan positif yang rendah. Melalui keputusan
ujian Korelasi Spearman, Ha: wujud hubungan
antara faktor pembelajaran dengan pencapaian
pelajar diterima. Manakala Ho: tidak wujud
hubungan antara faktor pembelajaran dengan
pencapaian pelajar harus ditolak.

Elemen gaya pembelajaran pelajar dengan
pencapaian akademik menunjukkan terdapat
hubungan signifikan dengan nilai Korelasi
Spearman adalah 0.380 (lihat J adual 4),
menunjukkan wujud hubungan yang positif di antara
antara minat pelajar dengan pencapaian akademik.
Namun begitu, hubungan yang wujud adalah pada
kategori hubungan positif yang lemah.
Jadual 4: Hubungan Antara Gaya Pembelajaran
Pelajar Dengan Pencapaian Akademik
Didapati bahawa faktor gaya pembelajaran pelajar
mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu.
Interpretasi terhadap dapatan ini adalah jika pelajar
dapat mengamalkan corak pembelajaran yang tepat
dan berkesan, akan membantu dalam meningkatkan
pencapaian akademik mereka dalam sesuatu mata
pelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Najib
et. al (1997), yang mengatakan para pelajar di
universiti tidak menggunakan teknik pembelajaran
yang sesuai dan ia boleh mempengaruhi
pencapaian akademik mereka. Menurut Tajul Ariffin
Noordin (1989) beliau memberikan beberapa jenis-
jenis cara belajar yang tidak di amalkan secara
berkesan oleh pelajar di universiti adalah seperti
senarai berikut:

i. Tidak berjumpa pensyarah atau tutor apabila
menghadapi masalah.
ii. Suka bertangguh atau menyimpan tugasan.
iii. Tidak dapat membuat jadual belajar sendiri.
iv. Tidak dapat mengikut dan memahami kuliah
sepenuhnya.
v. Tidak tahu penglibatan yang sesuai dalam
tutorial.
vi. Tidak tahu apakah atau skop penting yang mesti
dipelajari.

Oleh itu, dapat dirumuskan disini bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran pelajar dengan pencapaian
akademik walaupun pada tahap yang lemah. Ini
dapat dilihat dengan jelas di dalam jadual 4.



PSP s Research Digest


Perkaitan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Medan Dan Elektromagnet Di Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Di Uthm
21
KESIMPULAN

Berdasarkan analisis dapatan kajian yang telah
dijalankan, pengkaji mendapati bahawa tahap gaya
pembelajaran di dalam mata pelajaran Medan dan
Gelombang Elektromagnet berada pada tahap
sederhana (skor min =3.065). Namun begitu, untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang bukanlah
perkara mudah tetapi ia bukan juga satu perkara
yang mustahil. Kejayaan yang cemerlang
memerlukan pengorbanan daripada semua aspek
dalam diri seseorang. Hasil kajian menunjukkan
gaya pembelajaran pelajar mempunyai hubungan
dengan pencapaian pelajar dalam Medan dan
gelombang elektromagnet. Maka dengan
terhasilnya kajian ini, diharapkan dapat memberikan
sedikit sumbangan dalam memperbaiki pencapaian
pelajar dalam Medan dan gelombang
elektromagnet.

Jadual 4: Keputusan Faktor gaya pembelajaran
pelajar dengan pencapaian akademik walaupun
pada tahap yang lemah
RUJUKAN

[1] Arni Rahida Abd Rafal (2005).abaran dalam Perlaksanaan
Projek Sarjana di Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan
Teknik dan Vokasional di KUiTTHO. Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Ijazah Sarjana.
[2] Ary D., J acobs C.L., Ashgar Razavieh (1974). Introduction to
Research in Education 6th Edition . United States of
America: Wadsworth Group.
[3] Azizi Hj. Yahaya, Shahrin Hashim, J amaluddin Ramli &
Ahmad J ohari Sihes (2002). Orentasi Pembelajaran di
Kalangan Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia
dan Implikasi Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar. J ohor: Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
[4] Hafidsi Mohd Noor (1991). Ciri-ciri Pelajar Cemerlang. Kuala
Lumpur: Sabha PTP Services Sdn. Bhd.
[5] Ismail Zain (2001). Pembelajaran Koperatif Memupuk
Persefahaman. J urnal Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pendidikan
[6] Kamarudin Khalid (1992). Satu Tinjauan tentang Kelemahan
Pelajar-Pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Sesi 91/92 dalam Mata Pelajaran
Matematik di UTM. Kertas Projek. J ohor Baharu:
Universiti Teknologi Malaysia.
[7] Landell,K. (1997). Management By Menu. London: Wiley
And Soms Inc.
[8] Lilia Halim (1998). Kajian Keberkesanan Pembelajaran
Dalam Mata Pelajaran Fizik: Kajian Kes. J ohor :
Universiti Teknologi Malaysia.
[9] Maddox H. (1990). How to Study. 3rd ed. London: David and
Charles Publisher Limited.
[10] Mohd Sharani Ahmad Dan Zainal Madon (2003). Tip Pandai
Belajar Panduan Teknik-teknik Berkesan Semasa
Belajar Dan Mengajar. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
[11] Mohd. Najib Abd. Ghafar et. al. (1997). Mencorakan
Prestasi Pelajar Di Institusi Pendidikan Tinggi : Satu
Kajian Kes. J urnal Teknologi. Bil. 30. m.s 1
[12] Nicolai, L.M (1998). Viewpoint: An Industry View of
Engineering Design Education. International J ournal of
Engineering Education. 14(1). 7-13.
[13] Ramlee Mustapha (2000). Teachers' Attitudes towards
Vocational Education and Training. J urnal Pendidikan.
Bil. 25. m.s 1-2
[14] Rashidi Azizan (1997).Penggunaan Peta Konsep dan
Pencapaian Matematik. J urnal Pendidikan. Bil. 12. m.s
1-2.
[15] Subahan, M.M.T (1987). Pembelajaran Pelajar-Pelajar:Satu
Pengenalan. Terbitan Tak Berkala No. 3. UKM.
[16] Tevian Dray (2002), Electromagnetic. American J ournal of
Physics. Volume 70, Issue 11, pp. 1129-1135
[17] Tajul Ariffin Noordin (1989). Masalah Pembelajaran.
J urnal Pendidikan. Bil. 120. m.s 10-21
[18] Zulkarnian Zakaria dan Hishamuddin Md. Som (2001).
Analisis Data Menggunakan SPSS Windows. Skudai
: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Lampiran A

Carta 1 : Data Keputusan Peperiksaan Akhir
Semester

Anda mungkin juga menyukai