Anda di halaman 1dari 13

KEPENTINGAN MEMAHAMI LATAR BELAKANG DAN TAHAP

KECERDASAN MURID ALIRAN VOKASIONAL DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH DAN CADANGAN
MENGATASI.
Oleh
Zulkifli bin Md Razali
Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1
08000 Kedah Darul Aman
1.0

Pengenalan

Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor


yang mempengaruhi pencapaian murid aliran vokasional
dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) khususnya bagi mata pelajaran sejarah. Pengalaman
penulis mengajar selama 18 tahun di Sekolah Menengah
Teknik (kini Sekolah Menengah Vokasional) di harap dapat
membantu

memberikan

penulisan

yang

objektif

dan

memberi input dan pemahaman yang jelas khususnya


kepada guru-guru sejarah. Pengalaman berhadapan dengan
murid-murid aliran vokasional dalam jangka masa yang
lama memahirkan penulis berkaitan tahap kecerdasan dan
tingkahlaku murid aliran tersebut.

Untuk tujuan penulisan ini, fokus akan diutamakan kepada


aspek latar belakang sekolah,psikologi,motivasi dan tahap
kecerdasan

murid yang

mempengaruhi

dalam

pencapaian

keputusan mereka. Fokus juga

akan

diberikan terhadap

pendekatan-pendekatan yang

untuk menangani

persoalan

prestasi mata pelajaran

yang

wujud

perlu

supaya

sejarah dapat ditingkatkan.

Penulisan ini juga dilakukan kerana menyedari betapa


besarnya jurang pencapaian

peratus

kelulusan mata

pelajaran sejarah antara aliran teknik dan vokasional


khususnya di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.
Perbezaan yang ketara ini memerlukan satu kajian dan
cadangan langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan
pencapaian murid aliran vokasional ditingkatkan apatah
lagi pengambilan murid aliran teknik telah dimansuhkan.
Penulisan ini juga adalah lanjutan perbualan guru-guru
khususnya

guru-guru

sejarah

terhadap

kebimbangan

mengajar murid aliran vokasional. Hasil perbualan tersebut


membuka ruang kepada penulis untuk membincangkannya
secara objektif.

2.0

Isu dan fokus penulisan

Setiap kali keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia


(SPM) diumumkan isu yang muncul dan merisaukan guruguru sejarah ialah terdapatnya jurang yang besar dalam
peratus kelulusan antara pelajar aliran teknik dan aliran
vokasional.

Untuk mata pelajaran sejarah khususnya

jurang perbezaan peratus pelajar yang lulus antara murid


aliran teknik dan vokasional sehingga menjangkau 50%.
Wujud persoalan dalam kalangan guru yang mengajar mata
pelajaran sejarah mengapa wujudnya perbezaan yang
begitu ketara dalam keputusan bagi kedua-dua aliran
tersebut. Memang diakui tahap kelayakan untuk memasuki
Sekolah Menengah Teknik bagi kedua-dua aliran tersebut
adalah berbeza iaitu keputusan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) bagi murid aliran teknik adalah lebih baik berbanding
aliran vokasional. Namun selain daripada faktor keputusan
PMR, penulis ingin membincangkan sama ada terdapat
faktor-faktor

lain

yang

mempengaruhi

pencapaian

keputusan mereka dalam mata pelajaran sejarah dalam

peperiksaan SPM. Adakah faktor perbezaan latar belakang


murid, psikologi murid, motivasi diri dan tahap kecerdasan
murid yang mempengaruhi pencapaian mereka dalam
peperiksan SPM. Seterusnya yang lebih utama ialah apakah
cadangan-cadangan
sepatutnya
menangani

2.0

dilakukan

atau
oleh

langkah

perlu

guru-guru

sejarah

yang
untuk

masalah yang wujud.

Objektif penulisan

2.1

Mengenal pasti aspek latar belakang murid yang


mempengaruhi pencapaian mereka dalam

peperiksaan
SPM
2.2

Menyenaraikan faktor-faktor tahap kecerdasan murid


yang mempengaruhi pencapaian mereka dalam
peperiksaan SPM

2.3

Memberi kefahaman yang jelas kepada guru-guru


sejarah senario murid aliran vokasional di dalam bilik
darjah

2.4

Membincangkan langkah-langkah perlu untuk


mengatasi kelemahan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran

3.0

Kepentingan memahami latar belakang murid dan cadangan


mengatasi

3.1

Kepentingan memahami latar belakang sekolah murid


sebelum mereka memasuki Sekolah Menengah
Vokasional dan cadangan mengatasinya.

Memahami

latar

belakang

sekolah

terdahulu

murid

sebenarnya amat penting dan membantu guru-guru sejarah


menggunakan pendekatan yang betul dan tepat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Majoriti murid yang
memasuki

aliran

vokasional

Vokasional

Sungai

Petani

berhampiran.

Sekolah

yang

di

Sekolah

adalah

Menengah

daripada

berbeza

sekolah

sudah

pasti

menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang berbeza.


Apabila murid-murid dihimpunkan dalam satu kelas di
Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1, sudah tentu
mereka

membawa

bayangkan

amalan

terdapatnya

yang

murid

berbeza.

lebih

Cuba

daripada

kita

sepuluh

sekolah yang berbeza dihimpunkan dalam satu kelas. Hal ini


tentunya membawa perbezaan ketara sama ada dari segi

kaedah pengajaran mahupun tahap sukatan pelajaran yang


dipelajari.

Memahami keadaan ini akan membantu guru-

guru sejarah menetapkan satu set prosedur yang seragam


kepada murid-murid.

Keadaan ini tentunya berbeza bagi

murid yang memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh


dan sekolah terpilih.
sekolah

yang

keupayaan

yang

Walaupun mereka dihimpunkan dari

berbeza

namun

pantas

mereka

menyerap

gaya

mempunyai
dan

stail

pengajaran guru baru mereka.

Cadangan mengatasi masalah

Guru-guru sejarah di Sekolah Menengah Vokasional Sungai


Petani

dicadangkan

supaya

menetapkan

satu

set

prosedur yang seragam dan tepat bagi mengatasi masalah


yang wujud akibat latar belakang sekolah murid yang
berbeza.

Contohnya

ialah

keseragaman

dari

segi

memulakan sukatan pelajaran. Walaupun kita memulakan


proses pengajaran dan pembelajaran dari sukatan pelajaran
atau bab yang paling awal namun perbezaan yang wujud
dalam

kalangan

murid

akibat

sekolah

yang

berbeza

memerlukan kita mempunyai kemahiran yang tinggi untuk


menyesuaikan perbezaan tersebut.
Kebijaksanaan guru sejarah mengawal murid daripada latar
belakang sekolah yang berbeza ini akan membantu proses

pengajaran

yang

kecenderungan
tingkahlaku

lancar

berkesan.

murid-murid

mereka

terdahulu.

dan

yang

ini

Terdapat

juga

memperlihatkan

terbawa-bawa

dari

sekolah

Mereka yang sudah terbiasa dengan corak

pembelajaran di sekolah terdahulu akan menunjukkan


belang

di

sekolah

baru

termasuklah

menunjuk-nunjuk

kepada rakan baru mereka. Guru memainkan peranan


penting untuk mengawal tingkahlaku ini kerana sekiranya
tingkahlaku yang negatif ini, contohnya tidak membawa
buku nota dan buku teks, sekiranya tidak dibendung akan
mewujudkan masalah kepada guru sepanjang murid-murid
ini

berada

di

menekankan

sekolah.

prosedur

Sekiranya
dan

guru

memastikan

sejarah
ianya

dapat
diikuti,

masalah kesukaran pengawalan kelas dapat dikurangkan


ke peringkat minimum.

3.2

Kepentingan

memahami

psikologi

murid

aliran

vokasional yang berbeza dan cadangan mengatasi.

Kepentingan

guru

sejarah

memahami

perkembangan

psikologi murid terutamanya murid aliran vokasional amat


membantu dalam mencapai matlamat pengajaran yang
berkesan. Ini adalah kerana sekiranya apa yang dirancang
tidak

selaras

pengajaran

dengan

tentunya

tahap
tidak

psikologi

murid,

benar-benar

proses

berkesan.

Kebanyakan murid aliran vokasional mempunyai pandangan


yang rendah terhadap diri dan keupayaan mereka apatah
lagi terhadap mata pelajaran sejarah yang bukan sahaja
memerlukan

pembacaan

yang

terancang,

tetapi

juga

memerlukan tahap pentaksiran yang tinggi untuk menjawab


soalan

peperiksan

dengan

baik.

Kemahiran

guru-guru

sejarah memahami tahap psikologi murid akan membantu


guru menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan tahap mereka. Contohnya sekiranya
pengajaran yang dirancang melibatkan kemahiran membuat
analisis dan penilaian dilaksanakan kepada mereka, sudah
pasti mereka akan sukar mengikutinya dan menghilangkan
minat mereka daripada terus mempelajari sejarah.

Cadangan mengatasi

Bagi menghadapi halangan disebabkan faktor psikologi


murid memerlukan satu pendekatan yang bersepadu. Guruguru

sejarah

perlu

mengetahui

dan

mengambil

berat

tingkahlaku-tingkahlaku keterlaluan yang ditimbulkan oleh


murid.

Wujud persoalan sama ada pendekatan mendenda

dengan keras termasuk merotan atau pendekatan dendaan


memukul hati yang lebih praktikal. Kajian selanjutnya
daripada

pihak-pihak

terlibat

mencari

pendekatan

yang

amat
sesuai

diperlukan
untuk

untuk

mengawal

tingkahlaku murid-murid yang wujud akibat psikologi yang


berbeza ini.

Bagi penulis, guru-guru sejarah dicadangkan mengambil


pendekatan yang tegas dan berhemah. Kebanyakan muridmurid ini sudah biasa dan lali dengan dendaan berbentuk
fizikal dan tidak menimbulkan kesan yang berpanjangan
kepada mereka. Dendaan dengan merekodkan tingkahlaku
mereka dan mengenakan mata demerit adalah lebih sesuai.
Sekiranya

berlaku

kesalahan

pelajar, terus

mendekati

pelajar tersebut dan menerangkan kesalahan mereka dan


memastikan kesalahan tersebut tidak berulang. Perkara
tersebut tidak dibiarkan berpanjangan.

Satu

lagi

aspek

yang

perlu

diberi

penekanan

ialah

memberikan pujian kepada perubahan tingkahlaku murid


yang positif. Mjurid- murid sebegini kekurangan perhatian
dan sekiranya pujian diberikan tepat pada situasi, ia akan
menimbulkan

kesan

positif

kepada

murid

dan

boleh

mengubah tingkahlaku mereka kepada yang lebih baik.


Sikap yang perlu dijauhkan oleh guru ialah memerikan
leteran yang berpanjangan kepada murid-murid ini.
mereka

leteran

akan

merendahkan

kepada diri mereka sendiri.

lagi

Bagi

kepercayaan

3.3

Kepentingan
aliran

memahami

vokasional

tahap

yang

kecerdasan

berbeza

dan

murid
cara

mengatasinya.

Murid aliran vokasional yang di terima masuk ke sekolah


menengah vokasional rata-rata mempunyai keputusan yang
sederhana bagi mata pelajaran sejarah. Melalui kajian yang
di buat hampir keseluruhan murid mencapai keputusan D
dan C bagi mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan PMR.
Pencapaian sebegini dianggap pencapaian yang sangat
minimum.

Terdapat juga pelajar yang mempunyai tahap

penguasaan membaca yang agak lemah.

Namun itu adalah kenyataan yang perlu diterima oleh guruguru sejarah. Tahap kecerdasan yang berbeza ini memang
memberi cabaran yang lebih kepada guru-guru sejarah.
Walaupun demikian menerima sahaja keadaan tidak akan
membantu meningkatkan tahap kelulusan murid dalam
peperiksaan. Keadaan ini perlu di ambil sebagai cabaran
oleh guru-guru sejarah.

Memberi pendapat dan komen

berkaitan tahap kecerdasan murid adalah sesuatu yang


boleh diterima. Perbincangan berkaitan dugaan mengajar
mereka juga boleh diterima. Namun yang lebih bermakna

ialah mencuba sedaya upaya membantu murid-murid


mencapai keputusan yang terbaik bagi mereka dan juga
kepuasan guru sejarah itu sendiri.

Cadangan mengatasi

Untuk

menghadapi

murid

yang

mempunyai

tahap

pencapaian yang berbeza dan sederhana, teknik dan


pendekatan yang sesuai dan tepat adalah amat penting.
Contohnya kaedah pengajaran seperti kaedah sumbang
saran dan perbincangan
darjah.

sukar diaplikasikan dalam bilik

Guru-guru sejarah perlu memahami dengan jelas

tahap kecerdasan murid. Perancangan pengajaran juga


hendaklah sesuai dengan tahap kecerdasan murid. Kaedah
murid menyediakan soalan mengikut keupayaan mereka
adalah disarankan.

Pembinaan soalan mengikut tahap

pengetahuan murid perlu

diperbanyakkan.

Ini selaras

dengan tahap peperiksaan SPM iaitu sebahagian besar


soalan adalah berpaksikan aras pengetahuan yang mudah.

Penumpuan terhadap topik-topik yang penting dan sesuai


dengan tahap kecerdasan murid juga membantu mereka
mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan. Ini
bukan

bermakna

guru

sejarah

mengajar

tanpa

menghabiskan sukatan pelajaran. Apa yang penting ialah

memberikan fokus kepada bab-bab atau topik yang popular


dan sering keluar dalam peperiksaan. Contoh yang paling
jelas ialah terdapatnya satu bab yang sememangnya
terdapat soalan SPM pada setiap tahun. Mahu ataupun
tidak bukan hanya kepuasan kita menghabiskan sukatan
yang perlu diberi keutamaan, namun keputusan pelajar
yang menjadi ukuran.

3.4

Kepentingan memahami tahap motivasi murid aliran


vokasional dan cara mengatasinya.

Kesukaran
disebabkan

yang

dihadapi

ketidakupayaan

terhadap pengajaran guru

oleh

mereka

murid-murid

sederhana

memeberikan

perhatian

Anda mungkin juga menyukai