Anda di halaman 1dari 8

Definisi Kemahiran Interpersonal

Kemahiran Interpersonal merupakan kemahiran antara insan.Di Malaysia ada yang menyebutnya
sebagai, Kebolehan Antara Personal dan Kecekapan Interpersonal . Sementara itu, di Indonesia
dikenali sebagai, Ketrampilan Antarinsan dan Ketrampilan Personal . Kemahiran ini perlu dimiliki
oleh pemimpin, ahli politik, ahli perniagaan, ahli profesional, guru dan sebagainya. Misalnya, dalam
bidang pengurusan perhubungan luar, seorang pengetua perlu mempunyai kepercayaan bahawa
kemahiran interpersonal boleh membantu pembangunan organisasi dan pengurusan hubungan luar (
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, 2006 ).

Abdullah Hassan & Ainon ( 2000), memfokuskan kemahiran interpersonal guru kepada kemahiran
berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran berucap, maklum balas, unsur
bahasa, mengubah sikap dan tingkahlaku, penampilan dan komunikasi bukan lisan. Ini bermakna
seseorang guru perlu mengetahui kelapan-lapan aspek untuk menguasai kemahiran
interpersonal.Sebagai contoh, kemahiran komunikasi diperlukan oleh seorang guru untuk menjadi
popular, disukai ramai dan disanjung oleh anak-anak muridnya. Abdullah & Ainon, ( 2001: 20), juga
menyatakan kemahiran komunikasi ialah kemahiran menggunakan bahasa untuk menimbulkan kesan-
kesan positif ke atas hubungan sesama manusia, khususnya di antara pemimpin dan individu-individu
yang dipimpinnya.

Trimanjuniarso ( 2006 ), menyatakan kemahiran interpersonal sebagai kemahiran berkomunikasi
interpersonal. Individu yang mempunyai kemahiran ini biasanya jenis ekstrovert dan mempunyai
hubungan yang baik dengan orang disekelilingnya. Mereka berkarisma, diplomasi, berupaya
mempengaruhi dan memujuk. Biasanya individu sebegini mampu mengawal perbincangan/perundingan
dengan baik. Oleh itu, kebanyakkan mereka akan menjadi ahli politik, tenaga pengajar, jurujual, peniaga
dan pegawai perhubungan awam.


Menurut Stephen R. Covey ( 1996: 211 ), kemahiran interpersonal berkait dengan kepimpinan. Tabiat
kepimpinan yang berkesan ialah berfikir menang-menang iaitu falsafah menyeluruh tentang interaksi
manusia.

Di Roffey Park, sebuah organisasi yang melatih kemahiran mengurus dan sebagainya menyatakan
kemahiran interpersonal merupakan benang emas yang menyentuh berbagai aspek bekerja dengan
orang lain. Ia menyentuh pelbagai topik: kepimpinan, pengurusan, pembangunan organisasi, Perniagaan
usahasama, pengurusan bakat dan latihan. Perkara-perkara ini adalah sesuatu yang bernilai untuk
diperjelaskan dan mempunyai makna/tanggapan yang berbeza antara seseorang dengan orang yang
lain.
Fiedler ( 1965 ), mendefinisikan kemahiran interpersonal sebagai sebahagian dari tret personaliti (
Zaharah Hassan, 1997 ).


Sulaiman Md. Yassin et al.( 2002: 109 ), mendefinisi kemahiran interpersonel dari sudut komunikasi
dalam organisasi iaitu satu alat bagi seorang pemimpin dalam menentukan pembangunan dalam
sesebuah organisasi. Proses menghantar dan menerima maklumat dan pendapat perlu berlaku bagi
menjamin perkembangan yang harmoni dalam organisasi. Mohd Fadhilah Kamsah ( 2005 ) menegaskan,
kemahiran interpersonal perlu dalam organisasi untuk mengembangkan organisasi dan potensi individu.

Murdock A. & Scutt C. ( 1994 ), mengatakan, kemahiran interpersonal dalam proses berkomunikasi
boleh didefinisikan sebagai kemahiran untuk bertukar informasi, secara lisan atau melalui ekspresi
pergerakan badan di antara dua pihak sama ada untuk mempengaruhi sesuatu tindakan atau pemikiran,
sewaktu bekerja atau di masa lapang, dalam sesuatu komuniti ataupun dalam kehidupan individu. (
Dalam Ismail Zain, 2001 )

Kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai kemampuan menjalin hubungan dengan orang lain (
networking skills ). Perhubungan dengan orang lain ini sudah mencapai tahap saling memahami dan
tidak wujud jurang harapan, pengetahuan dan status. Kemahiran ini bukan sekadar mendalami ilmu (
the science ) tetapi memerlukan penguasaan terhadap seni dalam menjalinkan hubungan( the art ).
Mereka yang mahir dalam bidang ini tahu apa yang harus dilakukan untuk dirinya dan diri orang lain.
Rata-rata kemahiran interpersonal diperkukuh oleh penguasaan seni berkomunikasi ( the art of
communication ) melalui bahasa tubuh, lisan dan tulisan. Penyataan ini bertepatan dengan takrifan
Winston Fletcher, ( 2000), yang menyatakan, hubungan utama antara manusia terbentuk dan dibina
oleh bahasa non-verbal walaupun bahasa lisan turut digunakan.

( Dalam www.e-psikologi.com, 2008 )

Dalam Wikipedia, kemahiran interpersonal iaitu merujuk kepada proses mental dan algorisma
komunikatif yang digunapakai sewaktu komunikasi sosial dan interaksi mengambil tempat untuk
mencapai kesan atau sebarang keputusan. Istilah kemahiran interpersonal sering digunakan dalam
bidang perniagaan. Dalam hal ini, kemahiran ini digunakan untuk mengukur keupayaan seseorang untuk
menjalankan operasi organisasi perniagaannya melalui komunikasi sosial dan interaksi. Kemahiran
Interpersonal juga ditakrifkan sebagai kemahiran tentang bagaimana seseorang itu berhubung sesama
sendiri. Umumnya, ketika berkomunikasi dengan orang lain atau secara professional, suasana saling
hormat menghormati diperlukan di tempat kerja supaya konflik dapat diminimakan dan memaksima
penglibatan atau bantuan untuk memperolehi maklumat atau menyiapkan tugas. Misalnya, untuk
mendapatkan bantuan segera daripada rakan setugas, kita perlu bertanya dengan sopan dan memohon
jasa baiknya untuk membantu kita kerana tugas yang perlu kita lakukan adalah kadar segera. Dengan
kata-kata yang sopan, memujuk dan rasa rendah diri akan menyebabkan sipolan menangguhkan tugasya
dan membantu kita. Kemahiran inilah yang dinamakan kemahiran interpersonal. Biasanya situasi ini
berlaku dalam konteks situasi formal atau tidak formal. Berdasarkan keupayaan kemahiran
interpersonal yang positif maka produktiviti dapat dipertingkatkan kerana kurangnya konflik. Dalam
situasi tidak formal, keadaan ini membolehkan komunikasi berjalan baik dan menyenangkan. Mereka
yang mempunyai kemahiran interpersonal yang baik akan mampu mengawal perasaan walaupun dalam
keadaan tegang.
Kamaruddin Kachar ( 1989:4 ), menyatakan kemahiran interpersonal ialah perancangan personal,
pemilihan personal, penyesuaian personal, perkembangan personal, kepimpinan personal, perhubungan
personal, pergerakan personal, penasihatan personal, pengiktirafan personal dan penilaian personal.
Khairuddin Sabran ( 2006 ), kemahiran interpersonal ditakrif sebagai kemahiran yang melibatkan
kebolehan antara manusia. Mereka yang berfungsi dengan baik dalam bidang ini adalah orang yang
bertanggungjawab dan boleh diharap. Mereka memahami, berinteraksi dan berhubung dalam
bermacam-macam situasi, Mereka juga diberi kepercayaan dan berfungsi dengan baik sebagai sebuah
pasukan. Selain kemampuan untuk berhubung baik dengan orang lain, kemahiran interpersonal juga
dilihat sebagai satu keupayaan dalam membina dan mengekalkan hubungan dari segi pemberian kasih
sayang dan kemesraan. Tabiat memberi dan menerima serta prihatin terhadap orang lain adalah satu
aspek yang penting dalam menjayakan hubungan sosial yang sihat. Nilai EQ ini membantu dalam
menanam sikap kemesraan dengan orang lain.

Menurut Jaafar Muhamad ( 2003: 167-169 ), berpendapat dalam interaksi sesama manusia, terdapat
berbagai-bagai jenis penglibatan manusia. Ada yang berinteraksi untuk kepentingan perniagaan,
menjaga hati orang atas atau ketua, mengawal orang bawahan, bersuka-suka dengan rakan-rakan,
bersama buah hati dan sebagainya. Dengan memahami kemahiran antara personal, sedikit sebanyak
dapat membantu pengurus atau individu ke arah strategi pengurusan yang lebih baik. Oleh itu, takrifan
kepada kemahiran interpersonal/ kebolehan antara personal ialah darjah keberkesanan individu atau
pengurus terhadap orang lain dan juga keberkesanan orang lain terhadapnya. Pendek kata, ia
merupakan satu kebolehan perhubungan yang mutual untuk mencapai matlamat masing-masing.
Terdapat empat cara untuk membentuk kemahiran antara personal iaitu:
i) peka terhadap antara personal
ii) mengambil risiko antara personal
iii) membentuk perhubungan kerjasama
iv) menyelesaikan masalah antara personal
Beliau memetik pendapat Chris Argyris tentang ketidakcekapan antara personal
akan menimbulkan rasa ketidakpercayaan, terlalu bergantung kepada arahan dan garis panduan
sehingga mengurangkan keberkesanan komunikasi.

Pendapat Jaafar Muhamad didapati seiring dengan pendapat seorang pakar bidang komunikasi antara
manusia. Menurut Joseph. A. Devito ( 2003:16 ), kebolehan antara manusia ialah kemahiran berinteraksi
dengan orang lain, mempelajari tentang mereka dan diri kita sendiri. Kita mengungkap tentang diri kita
kepada orang lain sama ada dengan rakan baru, rakan lama, kekasih dan ahli keluarga. Melalui
komunikasi interpersonal ini, kita membina, mengekalkan, adakala memusnahkan dan membaiki semula
hubungan kita. Beliau menambah, komunikasi sesama manusia terdiri daripada kemahiran
interpersonal, intrapersonal, kumpulan kecil dan komunikasi antara budaya.
Menurut Zaharah Hassan ( 1997 ), kemahiran interpersonal ialah kemahiran menangani manusia (
human skills ).Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan untuk bekerja bersama, memahami dan
memotivasi orang lain baik dalam kumpulan atau perseorangan. Secara lebih khusus, ini termasuklah
kebolehan untuk memahami perasaan, sikap dan motif orang disekeliling kita berasaskan apa yang
mereka lakukan dan ucapkan. Selain itu, kebolehan mewujudkan dan mengekalkan hubungan
kerjasama, kebolehan untuk berkomunikasi secara jelas dan kebolehan untuk mempengaruhi orang lain.
Zaharah Hassan ( 1997 ), juga berpendapat , kemahiran interpersonel boleh didefinisikan sebagai:
i) komunikasi terutama mendengar secara aktif
ii) penetapan matlamat
iii) penilaian prestasi
iv) disiplin
v) mewakilkan ( delegating )
vi) menggunakan pujukan secara oral ( using oral persuasion)
vii) politicking
viii) mengendalikan mesyuarat
ix) menangani konflik

( Lewis: 1973, Porras & Anderson:1981, Boyatziz: 1982, Levine:1982, Whetton & Cameron:1984, Clark et
al.:1985).

Al Ramaiah ( 1997 :46 ) mencadangkan kebolehan antara insan sebagai satu proses interaksi kita dengan
pihak lain yang diperlukan oleh seorang pemimpin, pengurus dan pengetua bagi meningkatkan
kecemerlangan dan keberkesanan organisasi di bawah jagaan mereka. Pola hubungan antara personal
dalam organisasi merupakan fungsi kepada sistem komunikasi ( formal atau tidak formal ) dalam
organisasi. Dalam hal ini, pandangan Md. Zahir Kechot ( 2000: 8 ) tentang cadangan takrif kemahiran
interpersonal oleh Ramaiah itu ada benarnya. Menurutnya, kemahiran ini merupakan arah pemikiran
seorang pengurus berinteraksi dengan pekerja bawahan. Hubungan sesama manusia yang berkesan
dalam organisasi oleh merangsang manusia bekerja dengan lebih baik dan sempurna.

Michener & Delamater ( 1994: 312 ) menyatakan, hakikatnya, kemahiran antara personal bermula
dengan hubungan antara dua insan yang melalui beberapa siri dan peringkat. Peringkat awal kedua-dua
insan tidak mempunyai sebarang perkaitan. Peringkat seterusnya bercambah apabila mereka saling
teruja. Peringkat ketiga melibatkan interaksi.

Kesimpulannya, kemahiran interpersonal boleh ditakrifkan sebagai satu kemahiran antara manusia.
Kemahiran ini penting dalam banyak aspek seperti kepimpinan, pengurusan organisasi, perniagaan,
politik, perkembangan bakat dan latihan. Manusia yang mahir dalam kemahiran ini akan mengawal
dirinya dengan baik dan tenang dalam sebarang keadaan. Mereka berupaya menguasai orang lain dan
memahami orang lain. Mereka juga menggunakan komunikasi dengan teratur seperti penggunaan
bahasa memujuk sebagai alat untuk membina hubungan yang baik dan mendapat kepercayaan.
Penampilan diri, mendengar berkesan , bahasa badan dll digunapakai bagi menonjolkan keberkesanan
semasa berkomunikasi dengan orang lain dan memikirkan situasi menang-menang. Kemahiran
interpersonal adalah satu seni komunikasi bukan sekadar pengetahuan sahaja.

PROSES PENGAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi
aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran
merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan
mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru
perlu menilai keperluankeperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta
aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.

Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk meyampaikan pemahaman
tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik
darjah (Arbak 1985).

Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains iaitu sistem
aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku
dikalangan mereka.

Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar,
aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti
lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi
walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa
perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti
intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.


Secara ringkasnya pengajaran ialah
(a) menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat
(b) menghormati kanak-kanak dan remaja
(c) berkongsi pengetahuan
(d) membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang
(e) menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid
(f) menghadapi cabaran diri dan profesional
(g) menyalurkan budaya dan nilai nasional
KOMSAS
Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit susastera yang bermaksud
huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1983:2), mereka
berpendapat bahawa Kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa
memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata itu tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan
(lisan). Manakala menurut Zalila Sharif dan Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), Kesusasteraan
berkembang daripada dua suku kata iaitu sas dan tra. Kata sas bermaksud mengarahkan,
mengajar atau memberi petunjuk. Manakala tra pula menunjukkan alat atau sarana. Oleh itu,
sastra boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi arahan.

Untuk mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat yang istimewa dalam
perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu pernyataan yang
tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan kesusasteraan itu jika dibaca
beramai-ramai dengan suara yang kuat dalam suatu suasana yang meriah dan kena pada
masanya dapat menjadi suatu cara yang membolehkan seorang pembaca itu mempelajari
dunia mereka sendiri.

Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai nilai
yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta-merta. Ia juga tidak sama menarik dengan
suatu permainan komputer atau program televisyen, tetapi kesusteraan dapat memberikan
suatu yang berbeza.

Ciptaan kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia menggunakan
bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan kesusteraan dapat dirasakan
oleh setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil
menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan
yang bermutu tidak mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah
sahaja tetapi seharusnya memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan,
penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreatif. Dengan cara inilah
kesusteraan dapat memikat hati pembaca.

Dari suatu sudut lain, bahasa dan kesusasteraan itu adalah elemen kebudayaan
sesuatu bangsa. Mengajar bahasa dan sastera bermakna mengajar kebudayaan kepada
pelajar. Oleh itu bidang kesusteraan dapat memainkan peranan penting dalam pendidikan budi
dan akhlak seseorang. Matapelajaran sastera yang diajar disekolah, khususnya melalui
Komponen Sastera (KOMSAS) dapat memberikan pendidikan secara langsung kepada pelajar
mengenai kehidupan berbudi dan berakhlak melalui aspek kebahasaan, keindahan dan
kehalusan berbahasa dalam komponen sastera yang diajar dalam kelas.
SEKOLAH PEDALAMAN
INTITUSI PENDIDIKAN YANG TERLETAK jauh dari pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri),
hulu
KAJIAN LEPAS
Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal
Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka
Amalan Komunikasi Interpersonal Direktif Guru Bahasa Indonesia Ketika Memulakan Pengajaran
Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Semasa Praktikum
Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar Di Sekolah Menengah Di Johor Bahru

Rujukan
Buku
Abdullah Hassan & Ainon ( 2000 ). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru, Bentong,
Pahang: PTS Publication.
Abdullah Hassan & Ainon ( 2000 ). Bakat dan Kemahiran Memimpin, Bentong, Pahang:
PTS Publication.
Al Ramaiah ( 1997 ). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini, Selangor:IBS Buku
Sdn. Bhd.
H. Andrew Michener & John D. Delamater ( 1994 ). Social Psycology, University of
Wisconsin, Madison
Jaafar Muhamad ( 2003 ). Kelakuan Organisasi, Kuala Lumpur: Leeds Publication.
Joseph. A. Devito ( 2003 ).Human Communication: The Basic Cours, University of New
York.
Kamaruddin Kachar ( 1989 ). Strategi Pentadbiran Pendidikan, Kuala Lumpur: Teks
Publishing Sdn.Bhd.
Stephen R. Covey ( 1996 ). 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan, Kuala Lumpur:Prentice
Hall(M)Sdn Bhd.
Sulaiman Md. Yassin, Salleh Lebar, Azlina Abu Bakar ( 2002 ). Komunikasi Dalam
Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan, Shah Alam,Selangor:Karisma
Publication.
Zaharah Hassan ( 1997 ). Kemahiran Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal, Bangi
Selangor:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaharah Hassan ( 1997 ). Modul PJJ: Kemahiran Kepimpinan dan Kemahiran
Interpersonal, Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kertas Seminar
Trimanjuniarso ( 2006 ). Komunikasi: Faktor Penting Menuju Sukses Kerja. Kertas Kerja dibentangkan di
Rangka Pengembangan Softskill Mahasiswa, di Universiti PGRI Adi Buana Surabaya, Indonesia, 10
Oktober.
Internet
http://angrianiworld.com
http:// Wikepedia.
Sumber lain
Ismail Zain ( 2001).Jendela Minda.berita.perak.gov.my/april2001
Khairuddin Sabran ( 2006).Pembentangan Kertas Kajian Tindakan di Seminar Kajian Tindakan, di Dewan
UITM Cawangan Seri Iskandar.Perak, 2 Julai.
Majalah Psikologi Sosial.

Anda mungkin juga menyukai