Anda di halaman 1dari 10

Konsep Penilaian

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian
murid.
Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina
instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan
susulan.
Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu:
1. Penilaian Formatif
2. Penilaian Sumatif
Penilaian Formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas
tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang
murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek
yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan
murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid
di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa
Mengetahui keberkesanan pengajaran
Merancang dan mengubah suai pengajaran
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.
Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat
diperkukuh dan diperkayakan.
Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek
kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Ciri-ciri dan Prosedur Penilaian Dalam Bilik Darjah
Pengenalan:
Aktiviti penilaian yang dijalankan dalam bilik darjah merupakan sebahagian proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Penilaian dalam bilik darjah dilaksanakan secara berterusan dengan tujuan mengesan
penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.
Maklumat yang diperolehi daripada penilaian akan digunakan untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemajuan murid.
Ciri-ciri penilaian dalam bilik darjah:
Menentukan sejauh mana objektif pelajaran telah dicapai
Membantu guru mengubahsuaikan kaedah p&p untuk membantu membaiki kelemahan
pembelajaran murid.
Dijalankan secara berterusan untuk menentukan kemajuan murid-murid dalam aspek
intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Memastikan prinsip asas penilaian diikuti:
o tujuan penilaian
o bidang yang dinilai
o calon yang hendak dinilai
o teknik yang akan digunakan dalam penilaian
Skop penilaian:
Memberi gambaran pencapaian pelajar dalam aspek-aspek:
Bidang Kognitif/Pemikiran moral - Pencapaian pengetahuan dan perkembangan intelek.
Dalam Pendidikan Moral, dari segi pengetahuan mengenai nilai dan kandungan akademik
yang ditentukan bagi setiap tingkatan.
Bidang Afektif/Perasaan moral - Perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai serta
rohani dan emosi. Dalam Pendidikan Moral, dari segi menggunakan aspek nilai dan
kandungan akademik dalam mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang
bermoral serta sikap yang diterima dalam masyarakat kita.
Bidang Psikomotor /Tingkah laku moral - Kebolehan melakukan sesuatu perlakuan yang
bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Bentuk Penilaian dalam Bilik Darjah
Bentuk penilaian dalam Bilik Darjah
Berbagai-bagai cara informal dan formal
Informal Formal
- pemerhatian
- lisan
- kuiz
- soal jawab
- perbincangan
- penilaian kendiri
- ujian kertas pensil
- laporan
- tugasan
- folio


Pembinaan Instrumen Penilaian dalam Aspek Kognitif

Pengenalan
Kandungan KBSR dan KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari
bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
Kedua-dua kurikulum ini bertujuan memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Oleh itu, penilaian hendaklah merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap
insan mempunyai kapasiti untuk berfikir.
Polson & Jeffries (1985) mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.
Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara
logik.
Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuat keputusan kesan dari pemikiran, iaitu
formal reasoning dan everyday reasoning
Instrumen Penilaian Dalam Aspek Kognitif
Kebiasaannya penggunaan ujian kertas dan pensel dapat memberi ukuran pencapaian
pelajar dalam aspek kognitif/pemikiran moral.
Pembinaan item ujian objektif dan subjektif boleh dilakukan mengikut aras kesukaran
yang dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. (Rujuk
http://www.officeport.com/edu/blooms.htm)
Aras Kemahiran Ujian Bertulis
Item objektif atau subjektif boleh dibina untuk semua aras kemahiran dalam bidang
kognitif/pemikiran moral di bawah kategori Taksonomi Bloom.
Perhatikan jadual di bawah:
Aras kemahiran dalam bidang kognitif Contoh soalan
1.Pengetahuan
Menguji kebolehan pelajar mengingat kembali
fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi
yang telah dipelajari.
Nyatakan nilai yang berkaitan dengan Tuhan
dan pengolahan alam semulajadi oleh manusia.
2. Kefahaman
Menguji kebolehan murid memahami, menukar
dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum
dan teori yang telah dipelajari.
Huraikan maksud nilai bertanggungjawab.
3. Aplikasi
Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta,
konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan
kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan.
Arasu seorang pelajar yang jarang menguruskan
diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu
bergantung kepada orang lain untuk
menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai
yang sepatutnya diamalkan oleh Arasu.
4. Analisis
Menguji kebolehan pelajar membanding dan
menghuraikan faktor-faktor kesamaan,
perbezaan dan perhubungan di antara satu sama
lain.
Yang manakah pernyataan berikut TIDAK
menerangkan ciri nilai bertanggungjawab
dengan betul?
5. Sintesis
Menguji kebolehan pelajar mencantumkan,
menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-
fakta atau idea-idea yang berkaitan.
Cekal, gigih, tekun, dedikasi dan daya usaha.
Semua ciri yang dinyatakan adalah berkaitan
dengan nilai
6. Penilaian
Menguji kebolehan calon membuktika,
menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan,
merumuskan atau memberi pendapat sesuatu
pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya.
Di antara nilai-nilai yang berikut, yang
manakah PALING efektif digunakan untuk
mendidik kanak-kanak sifat kebersihan diri?
PANDUAN MENULIS SOALAN UJIAN BERTULIS
Pokok soalan mesti ditulis dalam bahasa yang mudah difahami
Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan
Struktur item haruslah dibentuk mengikut format yang biasa diamalkan
UJIAN SUBJEKTIF
Ujian esei
Pelajar menjawab soalan dalam tulisan/perkataan sendiri
Jawapan- satu ayat, beberapa ayat, satu perenggan, beberapa perenggan, satu karangan
Pelajar bebas memilih, menerangkan, membentangkan idea-idea dengan perkataan
sendiri
Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik(mengikut kriteria pemarkahan)
JENIS-JENIS SOALAN SUBJEKTIF
Jenis respons terhad
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
Jenis respons lanjutan
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau
beberapa perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar
sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Di bawah soalan jenis respons terhad ada:
Soalan berstruktur
o satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu yang dikemukakan satu demi
persatu
o jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang
dikemukakan(nilai, sikap, tingkahlaku)
Soalan berpandu
o mengandungi penggerak-penggerak atau stimuli seperti gambar, peta, carta dan
lain-lain
o pelajar menjawab berdasarkan penggerak-penggerak yang disediakan
Soalan jenis gerak balas lanjutan
soalan jenis perbicaraan
memberi peluang kepada pelajar menjawab secara bebas- menghuraikan idea/pendapat
secara bertulis
sangat sesuai digunakan untuk mengukur proses pemikiran, daya kreatif, keaslian idea,
induksi, imaginasi
menilai aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis, penilaian)
Contoh: Huraikan kesan Rumah Hijau kepada penduduk dunia.
Rancangkan satu projek amal bakti di sekolah anda. Bezakan di antara tanggungjawab
terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap negara.
Pentafsiran soalan subjektif
Skop jawapan soalan terlalu luas
Soalan yang menimbulkan perbalahan
Kesukaran soalan di luar kemampuan pelajar
Soalan terlalu mudah
Soalan yang kurang jelas
Panduan menggubal soalan subjektif bagi mata pelajaran Pendidikan Moral
Digubal berdasarkan aspek penting bahan P&P
Istilah dan bahasa dalam soalan jelas dan tepat
Soalan mesti spesifik dan berlandaskan nilai
Ada ciri keesahan-topik, aras kemahiran
Ciri keobjektifan jawapan, skema pemarkahan
Ciri kebolehpercayaan wajib dijawab


Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor

Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Aspek Psikomotor (Tingkahlaku Moral)
Pengenalan
Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar dikehendaki melakukan sesuatu aktiviti atau
perbuatan berkaitan dengan nilai yang telah dipelajari.
Penilai atau guru Pendidikan Moral akan memerhatikan tingkahlaku dan gerak-geri
pelajar dan bandingan dengan tingkahlaku piawai yang telah disediakan.
Dalam penilaian tingkahlaku moral, pelajar diberi satu demanding task dan dikehendaki
respon dalam bentuk lisan, bertulis atau mengkonstruk sesuatu produk.
Misalnya dalam aspek penyelesaian masalah secara berkumpulan.
Senarai Sub-sub Topik:
1. Ciri-ciri penilaian tingkahlaku moral
2. Ciri-ciri penilaian tingkahlaku yang lain
3. Kepentingan penilaian tingkahlaku moral
4. Pembinaan item penilaian tingkahlaku moral
5. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam tingkahlaku moral

CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
Menurut Popham,W.J. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa
penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk bidang ini. Ada
pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk penilaian tingkahlaku. Tetapai
mana-mana penilaian tingkahlaku harus mempunyai sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu:
Kriteria penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria)
o Tingkahlaku pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria
o Misalnya untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan
P.Moral, tingkahlaku di kelas, di luar kelas dan waktu p & p.
Standard berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality standards)
o Kriteria yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti
tingkahlaku pelajar.
o Kriteria yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik
darjah.
Judgmental appraisal
o Dalam penilaian tingkahlaku moral, human judgement menjadi faktor utama
untuk menilai seseorang pelajar.
CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU YANG LAIN
Kebanyakan advocate penilaian tingkahlaku mengatakan penilaian tingkahlaku perlu
autentik dan melibatkan dunia sebenar.
o the tasks should represent real-world rather than school-world kinds of problems.
Penilai tingkahlaku menggunakan frasa authentic assessment kerana penilaian sebegini
memberi alternatif kepada penilaian secara tradisional.
whats performance to one educator may not qualify as performance to another
Kepentingan penilaian tingkahlaku moral

KEPENTINGAN PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
Mehren (1992) menggalakkan penggunaan penilaian tingkahlaku moral kerana:
o penilaian tingkahlaku moral sesuai digunakan untuk menilai pelajar dari pelbagai
peringkat perkembangan moral
o kesan dari kognitif psikologi iaitu dipercayai bahawa pelajar perlu kemahiran dari
aspek pengetahuan dan proses memperolehi pengetahuan. Proses ini lebih jelas
dinilai melalui tingkahlaku.
o Pengaruh negatif penilaian konvensional. Penilaian tingkahlaku dapat mencapai
matlamat penilaian yang lebih realistik khasnya dari segi moral dan etika.


PEMBINAAN ITEM PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL
Dua komponen perlu disediakan:
o tugasan (task) yang perlu dilakukan oleh pelajar
o rubrik pemarkahan (scoring guide) untuk menilai tingkahlaku pelajar yang
menjalani penilaian tingkah laku moral
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM PENILAIAN
TINGKAHLAKU MORAL
Penilaian tingkahlaku mengambil tempoh masa yang lama
o masa untuk menyediakan tugasan yang sesuai
o masa untuk menyediakan rubrik pemarkahan
o masa untuk menilai respon pelajar
Pembinaan Item Aspek Afektif

PEMBINAAN ITEM ASPEK AFEKTIF (EMOSI)
PENGENALAN
Penilaian afektif berfokus terhadap sikap, nilai, minat dan perasaan seseorang pelajar.
Misalnya penilaian pelajar terhadap konsep kendiri mereka sebagai pelajar adalah satu
contoh penilaian afektif.
Kontras dengan bidang kognitif yang melibatkan aktiviti intelektual pelajar.
Kontras dengan bidang psikomotor yang melibatkan small muscles and large muscles
skills
David R. Krathwohl dan rakan-rakan (1964) menghasilkan objektif taksonomi afektif.
Tahap Ciri-ciri
Penerimaan
Receiving/Attending
Berkaitan dengan sensitiviti pelajar terhadap kehadiran
fenomena atau stimuli yang tertentu
Sama ada pelajar ingin menerima stimuli/fenomena yang
wujud
Terbahagi kepada 3 tahap:
o sedar tentang fenomena yang wujud
o bersedia untuk menerima fenomena
o memberi perhatian kepada fenomena
Bergerakbalas
Responding
Pada tahap ini, gerakbalas (responses) lebih daripada
menyedari tentang fenomena yang wujud
Pelajar melibatkan diri secara aktif
Penilaian
Valuing
Kategori ini mereflek pegangan nilai tertentu seseorang
pelajar
Tingkahlaku pelajar konsisten dalam situasi yang
bersesuaian untuk menilai nilai yang hendak dinilai
Pengurusan Semasa pelajar internalize values, mereka berhadapan
dengan situasi di mana lebih daripada satu nilai boleh
diguna.
Memerlukan pelajar mengurus dan menyususn nilai-nilai
dalam satu sistem agar nilai-nilai tertentu lebih diutamakan.
(certain values exercise greater control).
Perwatakan berdasarkan
nilai
(Characterization by a
value or value complex)
Pada tahap yang paling tinggi ini, internalization telah
mengambil tempat dalam hiraki nilai seseorang individu
hingga tahap dia boleh diperwatakkan sebagai mempunyai
set nilai yang tertentu.
PEMBINAAN ITEM UNTUK PENILAIAN AFEKTIF MORAL
1. Self-report assessment devices
Anderson (1981) menyokong penggunaan penilaian afektif apabila menilai status afektif
pelajar.
2. Inventori Likert
o Likert (1932) mencipta satu penilaian menggunakan skala yang membolehkan
guru-guru Pendidikan Moral menilai pelbagai aspek afektif moral.
o Dalam Inventori Likert, beberapa pernyataan diberi dan respon diberi dalam
bentuk 5, 3 atau 2 pilihan.
o Contoh pilihan: Ya, Tidak
o Setuju, Kurang Setuju, Tidak Setuju
o Sangat Setuju, Setuju, Tidak pasti, Tidak Setuju, Sangat Tidak Setuju
Kesimpulan

KESIMPULAN
Secara umumnya, penilaian Pendidikan Moral di bilik darjah perlu menitikberatkan aspek-aspek
berikut:
Tujuan penilaian
Skop penilaian
Pendekatan yang akan digunakan
Pelaksanaan
Rekod
Pelaporan

Anda mungkin juga menyukai