Anda di halaman 1dari 1

Cukai

Kononnya ada sebatang sungai yang dalam airnya. Dia dalam sungai itu ada banyak buaya. Kata
orang, sungai itu ganjil kerana ia bermuarakan sebuah kuala dengan satu sungai yang lain.

Pada setiap tahun ada sahaja penduduk yang tinggal di tebing sungai tu ditangkap buaya. Apabila
tiba musim air pasang penuh, semua orang takut untuk mandi-manda di sungai itu. Mereka takut
ditangkap buaya.

Pada suatu masa, seorang penduduk di situ mendapat mimpi. Dia
bermimpi seekor buaya hitam yang ganas meminta supaya diberikan seorang manusia pada
setiap tahun. Buaya itu seolah-olah menita cukai daripada penduduk kampung dengan
menjadikan seorang manusia sebagai mangsanya pada setiap tahun. Seorang anak muda datang
berdagang ke kampung itu. Dia menghalang permintaan buaya hitam sebagaimana mimpi
penduduk kampung itu ditunaikan.

Pada suatu hari, dia terjun ke dalam sungai untuk mencari buaya hitam itu. Buaya itu dapat
ditangkapnya. Buaya yang besar itu disimpai mulutnya lalu dibawa ke darat. Orang ramai datang
melihat buaya itu. Anak dagang itu pun membuka mata buaya yang ditangkapnya lalu berkata :
"Kamu lihat semua orang ini. Mereka sahabat serta saudara-mara aku. Lain kali jangan ganggu
mereka lagi !"

Kemudian anak dagang itu melepaskan buaya hitam ke dalam sungai. Sejak itu tiada lagi orang
yang ditangkap buaya. Namun, kampung di tebing sungai tu tetap dinamakan Cukai.

Anda mungkin juga menyukai