Anda di halaman 1dari 5

1

MODUL: Perubahan Kimia


Keterangan Modul: Perubahan Kimia
Pengenalan
Modul ini memfokuskan perubahan kimia dan
menyediakan pengenalan kepada asas bagi
pembelajaran tentang tindak balas kimia. Konteks
yang digunakan ialah situasi keluarga bersarapan di
dapur manakala pelajar pula memerhatikan beberapa
perubahan fzikal dan kimia yang mendorong mereka
untuk membezakan antara kedua-duanya dan
menyatakan defnisi bagi kedua-duanya.
Seterusnya pelajar akan belajar untuk melihat bukti-
bukti bagi setiap tindak balas kimia yang berlaku
serta mengenal pasti sama ada tindak balas ini ialah
eksotermik atau endotermik. Mereka menggunakan
konteks serta aplikasi kimia yang berlaku setiap hari
seperti penggunaan tiub cahaya dan tin minuman
panas-kendiri (hot can). Hal ini melibatkan 2 aktiviti
penyiasatan dan pendekatan pembelajaran berasaskan
inkuiri, untuk memberi motivasi kepada pelajar
melakukan aktiviti yang relevan dengan kehidupan
mereka.
Bahagian akhir modul ialah konteks dan tindak balas
kimia dalam bunga api serta keselamatan bunga
api supaya pelajar dapat belajar tentang tindak
balas pengoksidaan, kepentingan oksigen dalam
pembakaran, serta memahami Segi tiga Api. Dalam
aktiviti ini, mereka akan berperanan sebagai pegawai
bomba yang ditugaskan untuk menghasilkan poster
keselamatan bunga api yang akan digunakan oleh guru
dan ibu bapa.
Tajuk Tingkatan Masa
diperlukan
Perubahan
Kimia
Tingkatan 1 10 waktu / 67
jam
2
Kaitan kurikulum:
Kandungan
1.2 Memahami tiga Keadaan Jirim
2.2 Memahami unsur, sebatian dan campuran
Episod Pembelajaran
Episod 1: Pemerhatian Kimia
Jirim dalam alam: 1
Jirim
Tenaga: 2 Haba
Kaitan kurikulum:
Kemahiran
2.1 Memahami haba sebagai satu bentuk tenaga
2.3 Menganalisis kesan haba ke atas jirim
Memerhatikan, mengelaskan, mengukur dan
menggunakan nombor, meramalkan, membuat
inferens, mentafsir data, mengawal pemboleh ubah,
membuat hipotesis; mengeksperimen; berkomunikasi
Kaitan kurikulum:
Sikap
Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan
data
Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan
rakan
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Bersifat objektif, sistematik dan kerjasama
Berfkir secara rasional
Sumber pembelajaran Panduan Mengajar Episod
Persembahanan PowerPoint: Pemerhatian Kimia
Persembahanan Prezi: Pemerhatian Kimia
Lembaran kerja 1.1: Membezakan perubahan kimia
dan fzikal dan mengenal pasti bukti-bukti perubahan
kimia dan fzikal yang telah berlaku
Lembaran kerja 1.2 Tenaga tindak balas eksotermik
dan endotermik
Lembaran kerja1.3 Menyiasat tindak balas kimia hot
can
3
Kaitan kurikulum:
Kandungan
3.4 Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk
pembakaran:
Menyatakan maksud pembakaran
Menyatakan keperluan oksigen untuk pembakaran
Episod 2: Bunga Api
Jirim dalam alam: 3
Udara di sekeliling
kita
Tenaga: 2 Haba
Kaitan kurikulum:
Kemahiran
2.1 Memahami haba sebagai satu bentuk tenaga:
Menyatakan sumber tenaga-tenaga lain (selain
matahari)
Menyatakan haba sebagai satu bentuk tenaga
Memberi contoh kegunaan haba
Mengelaskan; membuat inferens; mentafsir data;
berkomunikasi
Kaitan kurikulum:
Sikap
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Bersifat objektif, sistematik dan bekerjasama
Berfkir secara rasional
Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, rakan
dan alam sekitar
Sumber pembelajaran Panduan Mengajar Episod Persembahanan
PowerPoint: Keselamatan Bunga api
Persembahanan Prezi: Keselamatan Bunga api
Lembaran Kerja 2 Keselamatan bunga api
Strategi penilaian Pentaksiran berasaskan sekolah yang sesuai perlu
disertakan di sini.
4
Latar belakang sains
dan salah konsep
biasa
Pelajar belajar untuk membezakan perubahan fzikal
dan kimia dan menyedari bahawa perubahan kimia
melibatkan tenaga dan perubahan keadaan atau fasa
(pembekuan, peleburan, pendidihan, kondensasi) atau
bentuk/keadaan/saiz. Bahan baharu tidak terbentuk
dan dalam banyak kes boleh berbalik. Perubahan
kimia akan berlaku apabila atom/molekul (bahan tindak
balas) bergabung untuk membentuk bahan baharu
(hasil tindak balas), yang sukar untuk berbalik. Semua
tindak balas kimia mempunyai ciri-ciri tertentu yang
dapat diperhatikan dan dikesan, seperti perubahan
rupa, penghasilan tenaga, warna, dan penghasilan
gas. Pemindahan tenaga kepada atau daripada
persekitaran dalam tindak balas kimia biasanya dalam
bentuk haba namun kadang-kadang dalam bentuk
cahaya (kimipendarcahaya). Pelajar dapat mengenal
pasti tindak balas eksotermik dan endotermik yang
mudah, aplikasi tindak balas dalam tiub cahaya, hot
can, chill can, mengetahui oksigen diperlukan dalam
pengoksidaan/pembakaran, menghubung kait kepada
asas kimia dalam bunga api/langkah keselamatan
bunga api, Segi tiga Api.
Latar belakang sains:
Perubahan fzikal atau kimia? Isu melarutkan bahan
(seperti garam atau gula) dalam air kadang-kadang
boleh mengelirukan pelajar sama ada perubahan
tersebut ialah perubahan kimia atau fzikal. Walau
bagaimanapun, garam dan gula boleh dikembalikan
sepenuhnya melalui penyejatan dan kedua-duanya
melibatkan perubahan keadaan apabila terlarut dan
berubah daripada pepejal kepada cecair maka
kedua-dua pemerhatian ini menunjukkan perubahan
fzikal. Walau bagaimanapun bagi garam, guru mungkin
Salah faham biasa
5
Pembelajaran luar
sekolah
menyatakan pandangan mereka bahawa apabila
garam larut dalam air, garam berubah bentuk daripada
pepejal kepada cecair, namun pada masa yang sama
garam akan terurai kepada ion dan bertindak balas
dengan air dan ini melibatkan perubahan kimia. Bagi
pelajar Tingkatan 1 mungkin dapat disimpulkan bahawa
keterlarutan ialah perubahan fzikal.
Aktiviti Luar Sekolah 1
Aktiviti Luar Sekolah 2
Aktiviti kerja rumah yang dicadangkan ialah soalan kuiz
tentang perubahan fzikal dan perubahan kimia. Tujuan
aktiviti ini untuk mengukuhkan pengetahuan dan
menguji pembelajaran pelajar dalam episod ini.
Pelajar diminta melakukan projek mini untuk:
(i) mengenal pasti contoh lain bagi tindak balas
eksotermik yang mungkin digunakan dalam hot can,
(ii) melihat tindak balas endotermik yang lain,
(iii) mengenal pasti fungsi chill can (minuman sejuk-
kendiri), dan
(iv) mereka cipta tin sejuk-kendiri.
Gunakan lembaran kerja 1.2 dan 1.3.
Kaitan laman web
Bagi Episod 1:
http://www.hot-can.com/news2.html
Menyediakan maklumat tentang Syarikat Hot can di
Malaysia.
http://www.popsci.com/gadgets/article/2012-06/frst-
ever-self-chilling-can
Menyediakan maklumat tentang cara alat sains dan
teknologi yang popular berfungsi.
Bagi Episod 2:
http://science.howstuffworks.com/innovation/everyday-
innovations/freworks.htm
Menyediakan maklumat tentang cara peralatan sains
dan teknologi yang popular berfungsi.

Anda mungkin juga menyukai