Anda di halaman 1dari 23

Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08

SPN 1012 Kurikulum Sains dan Matematik


Kursus ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sejarah perkembangan kurikulum sains
dan matematik di Malaysia juga analisis kurikulum sains dan matematik Sekolah Menengah Bestari. Kursus ini juga
akan memberi penekanan terhadap prinsip-prinsip asas pembentukan kurikulum sains dan matematik. Pelajar perlu
menunjukkan kecekapan dalam menggunakan pelbagai model kurikulum sains dan matematik seperti Model
Bersepadu, Model Sains, Teknologi dan Masyarakat dan Model di Sekolah Bestari. Dalam kursus ini juga pelajar akan
membuat perbandingan kurikulum sains dan matematik Malaysia dengan beberapa kurikulum di negara maju.
Rujukan:
Bybee, R.W. (1997). Achieving Scientific Literacy: From Purposes To Practices. Portsmouth: Heinemann.
Carin, A.A & Bass, J.E. (2000) Methods for Teaching Science as Inquiry. 8th. Ed. United Kingdom: Prentice
Hall College.
Harlen, W. (1992). The Teaching of Science. London: David Fulton Publishers.
Howson, G. Keitel, C. and Kilpatrick, J. (1981). Curriculum Developments in Mathematics. Cambridge University Press.
Trowbridge, L.W. and Bybee, R.W. (1986). Teaching Secondary School Science. Strategies for Developing
Scientific Literacy, 6th Ed. Merill Publishing Company.
SPN 1022 Pembelajaran Sains dan Matematik
Kursus ini direka untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teori pembelajaran sains dan matematik
khususnya teori behaviorisme dan konstruktivisme serta aplikasinya dalam pembelajaran sains dan matematik.
Beberapa teori lain yang berkaitan dengan pembelajaran sains dan matematik di peringkat kognitif yang berbeza akan
dibincangkan. Seterusnya kemahiran saintifik asas, kemahiran proses sains bersepadu serta kemahiran berfikir dalam
matematik juga akan diteroka.
Rujukan:
Bell, F.H. (1978). Teaching and Learning Mathematics in Secondaray Schools. Dubuque: William and Brown Co.
Bigge, M.L. (1982). Learning Theories for Teachers. New York: Harper and Row.
Cagne, E.D. (1985). The Cognitive Psychology of School Learning. Boston: Little Brown and Company.
Schunk, D.H. (2000) Learning Theories. An Educational Perspective. Ed. 5. Ohio: Merrill Publishing Company.
Troutman, A.P. and Licchtenberg, B.K. (1995). Mathematics. A Good Beginning, 5th Ed. Pacific Grove: Brooks/Cole
Publishing Company.
SPN 2052 Pengurusan dan Keselamatan Makmal
Kursus ini dirancang bagi mendedahkan pelajar kepada pentadbiran dan pengurusan makmal sains di sekolah,
organisasi makmal, peraturan dan penyelenggaraan makmal, pembelian bahan kimia dan radas, peraturan
keselamatan, tanggungjawab dan peranan guru sains dan pembantu makmal, pelupusan bahan kimia, jenis-jenis dan
bahaya bahan kimia, penyimpanan radas kaca, mikroskop dan alat keselamatan. Kursus ini juga mendedahkan
kemahiran teknik asas makmal sains: penggunaan "multimeter", "soldering", pengukuran, pemindahan pepejal dan
larutan, pemanasan dan penyejatan, penyediaan larutan, kerja kaca, penggunaan dan penjagaan mikroskop,
pemasangan litar elektrik, keselamatan elektrik, penyediaan slaid, pengawetan, pemeliharaan spesimen, kebakaran
dan pencegahan, jenis-jenis api kebakaran, pemadam api dan pertolongan cemas dalam makmal sains. Di akhir
kursus ini, pelajar berupaya memahami pentadbiran, peraturan dan keselamatan makmal, peranan guru sains dan
pembantu makmal, teknik-teknik asas makmal dan keselamatan makmal sains dan pertolongan cemas.
Rujukan:
Beng, D. C. dan Yahya, M. K., (1982), Panduan Makmal Sains. KL: DBP.
Christine, P., Turner, E., Hinton, M.D. (2001). Laboratary Information Management Systems Revised and
Expanded. Ed.2. Portland: Book News.
Halimaton Hamdan dan Zaiton Abd. Majid, (1994), Keselamatan Makmal. KL: DBP.
Harlen, W. (1992). The Teaching of Science. London: David Fulton Publishers
Vondershmitt, D.J. (1991). Laboratary Organization. United Kingdom: Book News.
http://chemistry.about.com/
http://www.practicingsafescience.org/
http://www.pp.okstate.edu/ehs/LINKS/Labchem.htm
http://www.cdc.gov/od/ohs/manual/labsfty.htm
SINOPSIS PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SPN 2112 Kaedah Mengajar Kimia
Kursus ini dirancang untuk mendedahkan para pelajar kepada falsafah dan tujuan pengajaran kimia di peringkat
sekolah menengah. Ia akan meneliti sebahagian dari isu penting dalam kurikulum kimia kebangsaan (Kurikulum
paduan sekolah menengah) dengan fokus khas kepada hasilan dari pengajaran kimia yang berkesan. Untuk
perancangan pengajaran, ia akan meliputi berbagai model dalam pengajaran dan pembelajaran, penulisan
rancangan mengajar harian,dan konsep pengajaran mikro. Kursus ini juga akan membincangkan pengukuran dan
penilaian yang akan dijalankan dalam pengajaran kimia. Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat menunjukkan
dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengajaran kimia di kelas pengajaran mikro.
Rujukan:
Abdul Latif Samian (1997). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kula Lumpur: Dewan Bahasan dan Pustaka
Bigge M. L. (1982). Learning Theories for Teachers. New York: Harper and Row Publishers
Gagne E. D. (1985). The Cognitive Psychology of School Learning. Boston: Little Brown & Company
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Kimia Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum
Martin R. E, Sexton C., Wagner K., Gerlovich J. (1994). Teaching Science for All Children. Massachusetts: Allyn and
Bacon
SPN 2121 Pendidikan Amali Kimia I
Kursus ini disusun untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja amali kimia di sekolah menengah serta teknik-teknik
makmal. Pelajar didedahkan dengan aktiviti 'hands-on' dan dikehendaki menjalankan eksperimen daripada tajuk-tajuk
terpilih: Jirim; Jadual Berkala dan Struktur Atom; Ikatan Kimia; Elektrokimia; Asid dan Bes; Petroleum dan
Hidrokarbon; Bahan Buatan dalam Industri; Bahan Kimia untuk Pertanian. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan
segala kemahiran saintifik sewaktu menjalankan amali. Penekanan kursus adalah terhadap perancangan kerja amali
dan pengendalian sesuatu eksperimen, merekabentuk pendekatan dan kaedah baru dalam menjalankan eksperimen,
mempraktikkan teknik-teknik asas makmal kimia dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.
Rujukan:
Abu Hasan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Sainstifik. Johor
Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science. Glasgow:Blackie
Lechtanski, V. L. (2000). Inquiry-based Experiments in Chemistry. New York; American Chemical Society.
Murov, S and Stedjec, B. (2000). Experiment and Exercises in Basic Chemistry. London: John Wiley & Sons.
Yew Gin Gee dan Sulaiman Hassan, (1991). Kimia Tingkatan 4. Pulau Pinang: Syarikat Akino.
SPN 2212 Kaedah Mengajar Fizik
Kursus ini disusun untuk memperkenal dan mendedahkan pelajar kepada pelbagai pengetahuan dan amalan yang
penting di dalam pengajaran. Ia membincangkan falsafah, matlamat, objektif dan analisis kurikulum mata pelajaran
fizik di peringkat sekolah menengah. Penggunaan beberapa model pengajaran pembelajaran, kaedah dan teknik di
dalam pengajaran-pembelajaran fizik ditekankan. Penekanan juga diberikan ke atas beberapa aspek penting lainnya
seperti pengajaran mikro, kemahiran-kemahiran pengajaran, merancang dan menulis rancangan pengajaran. Di akhir
kursus pelajar sewajarnya berupaya menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk memilih perancangan
pengajaran yang terbaik.
Rujukan:
Collette, A.T. & Chiappetta, E.L. (1984). Science Instructions in The Middle and Secondary Schools. Toronto:
Times Mirror/Mosby College Publishing.
Harlen, W. (1992). The Teaching of Science. London: David Fulton Publishers
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Qualter, A., Strang, J., Swatton, P., & Taylor, R. (1990). Exploration - A Way of Learning Science. England: Basil
Blackwell Limited.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SPN 2221 Pendidikan Amali Fizik I
Kursus ini direka untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan di dalam menjalankan
kelas amali fizik di sekolah menengah. Ia memfokuskan kepada amali-amali berkaitan Pengukuran; Kinematik dan
Dinamik; Sifat-sifat Bahan; Tenaga; Optik dan Gelombang. Selain itu, aspek kemahiran saintifik, nilai dan langkah-
langkah keselamatan makmal juga ditekankan semasa pelajar menjalankan kerja amali. Pada akhir kursus, pelajar
sewajarnya mampu merancang dan menjalankan eksperimen dengan yakin, cekap dan efektif.
Rujukan:
Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor
Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Chang See Leong dan Lock Suh Leong, (1995), Fizik Tingkatan 4. Petaling Jaya: Penerbitan Sinar Sdn. Bhd.
Ellis, J. G. dan Norman, J. R., (1978), Safety and Laboratory Practice. London: The Macmillan Press Ltd.
Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science. Glasgow: Blackie.
Vondershmitt, D.J. (1991). Laboratary Organization. United Kingdom: Book News
Kementerian Pendidikan Malaysia (2004). Panduan Pentaksiran Kerja Amali Fizik: Kuala Lumpur: Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik
Tingkatan IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SPN 2412 Kaedah Mengajar Sains
Kursus in disusun untuk mendedahkan pelajar dengan falsafah, matlamat, objektif dan analisis kurikulum mata
pelajaran sains di peringkat sekolah menengah. Ia menumpukan kepada aplikasi beberapa model pengajaran
pembelajaran, pendekatan, penggunaan bahan bantu pengajaran serta kaedah dan teknik di dalam pengajaran
pembelajaran sains. Beberapa aspek pengajaran mikro seperti definisi, tujuan, kemahiran-kemahiran, perancangan,
perlaksanaan dan maklum balas sesi pengajaran mikro akan dibincangkan. Ia juga menekankan aspek perancangan
serta penulisan persediaan mengajar. Di penghujung kursus, pelajar sewajarnya mampu merancang, menyusun
pendekatan dan kaedah yang sesuai di dalam menjalankan pengajaran sains di sekolah.
Rujukan:
Bell, B. Tasker, R., Cosgrove, M. and Schollum, B. (1985). Learning in Science. Auckland: Heinemann.
Carin, A.A & Bass, J.E. (2000) Methods for teaching Science as Inquiry. 8th. Ed. United Kingdom : Prentice Hall
College.
Harlen, W. (1992). The Teaching of Science. London: David Fulton Publishers.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum
Trowbridge, L.W. dan Bybee, R.W. (1986). Teaching Secondary School Science. Strategies for Developing
Scientific Literacy, 6th Ed. Merill Publishing Company.
Poh Swee Hiang (2005). Pedagogy of Science. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Poh Swee Hiang (2003). Science Teaching & Learning Strategies. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sulaiman Ngah Razali (2002). Pedagogi Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
SPN 2421 Pendidikan Amali Sains I
Kursus secara amali ini direka untuk memberi tumpuan kepada kerja-kerja amali sains sekolah menengah:
keseluruhan kerja amali tingkatan satu dan tingkatan empat, sebahagian kerja amali tingkatan dua. Pelajar dilatih
untuk merancang dan melaksanakan kerja-kerja amali menurut perspektif seorang guru. Penekanan kursus adalah
terhadap perancangan kerja amali dan pengendalian sesuatu eksperimen, penerapan dan aplikasi kemahiran saintifik
dan nilai murni dalam kerja amali sains. Eksperimen berasaskan komputer (Pasco) juga didedahkan dalam
pengendalian amali. Selain itu, tumpuan juga diberikan untuk merekabentuk inovasi dalam mengendalikan amali
sains.
Rujukan:
Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor
Bahru: Universiti Teknologi Malaysia
Christine, P., Turner, E. and Huston, m.D. (2001). Laboratary Information Management system Revised and
Advanced. 2nd. Ed. Portland: Book News.
Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science. Glasgow: Blackie
Yeoh Seng Lee dan Jamilah Man (1991), Sains Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Mahawaras Sdn. Bhd.
Vondershmitt, D.J. (1991). Laboratary Organization. United Kingdom: Book News
Lechtanski, V. L. (2000). Inquiry-based Experiments in Chemistry. New York; American Chemical Society.
Murov, S and Stedjec, B. (2000). Experiment and Exercises in Basic Chemistry. London: John Wiley & Sons.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SPN 3131 Pendidikan Amali Kimia II
Kursus ini direka untuk mendedahkan pelajar kepada teknik makmal dan kerja amali kimia di sekolah menengah.
Pelajar didedahkan dengan aktiviti 'hands-on' dan dikehendaki menjalankan eksperimen daripada tajuk-tajuk terpilih:
Garam; Pengoksidaan dan Penurunan; Kadar Tindak Balas; Termokimia; Alkohol, Asid Organik dan Polimer Semula
Jadi; Bahan Kimia untuk Pengguna. Ia juga merangkumi merekabentuk dan menggunakan komputer di dalam
menjalankan kerja amali kimia. Di akhir kursus ini, pelajar sewajarnya mampu menjelajah, merancang, merekabentuk
dan melaksanakan kemahiran saintifik di dalam amali kimia serta merekabentuk dan menggunakan komputer di
dalam penilaian kerja amali (PEKA).
Rujukan:
Abu Hasan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Sainstifik.
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science. Glasgow:Blackie
Lechtanski, V. L. (2000). Inquiry-based Experiments in Chemistry. New York; American Chemical Society.
Murov, S and Stedjec, B. (2000). Experiment and Exercises in Basic Chemistry. London: John Wiley & Sons.
Yew Gin Gee dan Sulaiman Hassan, (1991). Kimia Tingkatan 4. Pulau Pinang: Syarikat Akino.
SPN 3231 Pendidikan Amali Fizik II
Kursus ini direkabentuk untuk mendedahkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam
melaksanakan kerja amali fizik di peringkat sekolah menengah. Ia akan memfokus kepada eksperimen dalam
gelombang, keelektromagnetan dan elektronik. Di samping itu aspek-aspek seperti kemahiran saintifik, nilai-nilai
murni serta keselamatan makmal turut ditekankan. Di akhir kursus ini, pelajar sewajarnya berupaya untuk merancang
dan melaksanakan eksperimen dengan yakin, cekap dan efektif.
Rujukan:
Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik.
Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Chang See Leong dan Lock Suh Leong, (1997), Fizik Tingkatan 5. Petaling Jaya: Penerbitan Sinar Sdn. Bhd.
Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science. Glasgow: Blackie
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999), Panduan PEKA Fizik. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia,
KPM.
Peterson, R.W. (1979). Teaching Physics Safely : Some Practical Guidelines in Seven Areas of Common
Concern in Physics Classrooms. United Kingdom: Amer Assn of Physics Teachers
Kementerian Pendidikan Malaysia (2004). Panduan Pentaksiran Kerja Amali Fizik: Kuala Lumpur: Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik
Tingkatan IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SPN 3431 Pendidikan Amali Sains II
Kursus ini mendedahkan pelajar kerja amali sains sekolah menengah. Ia memberi tumpuan terhadap keseluruhan
kerja amali tingkatan tiga dan tingkatan lima serta sebahagian kerja amali tingkatan dua. Kursus ini melatih pelajar
merancang dan melaksanakan kerja-kerja amali menurut perspektif guru, merancang kerja amali dan mengendalikan
sesuatu eksperimen serta menerap dan mengaplikasikan kemahiran saintifik dan nilai murni dalam kerja amali sains.
Ia juga mendedahkan pelajar untuk mengaplikasi dan merekabentuk inovasi eksperimen berasaskan komputer
(Pasco) dan merekabentuk amali untuk Pentafsiran Kerja Amali Sains (PEKA). Di akhir kursus ini, pelajar berupaya
meningkatkan penguasaan konsep sains, merancang dan melaksanakan amali dengan berkesan, mengaplikasikan
segala aspek kemahiran saintifik dan nilai murni, menghasilkan inovasi dalam pengendalian amali berasaskan
komputer dan mengendalikan kelas amali secara kreatif serta mendedahkan pengalaman merekabentuk amali PEKA.
Rujukan:
Abu Hassan Kassim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, (2000), Pendidikan Amali Sains: Kemahiran Saintifik. Johor
Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Baird, D.C. (1994). Experimentation: An Introduction to Measurement Theory and Experiment Design. (3rd Edition).
London: Prentice Hall
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science. Glasgow: Blackie.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999), Panduan PEKA Sains. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia,
KPM.
Yeoh Seng Lee dan Sim Bee Lan (1995), Amali Sains Tingkatan 5. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Lechtanski, V. L. (2000). Inquiry-based Experiments in Chemistry. New York; American Chemical Society.
Murov, S and Stedjec, B. (2000). Experiment and Exercises in Basic Chemistry. London: John Wiley & Sons.
SPN 4142 Pendidikan Kimia
Kursus ini digubal bagi mendedahkan pelajar terhadap perlaksanaan kurikulum kimia di sekolah secara berkesan. Ia
memberi penekanan terhadap beberapa teori yang berkaitan dengan psikologi pembelajaran, kaedah dan strategi
pengajaran, falsafah pendidikan, objektif serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan kimia. Kursus ini
juga turut membincangkan beberapa isu dan cabaran semasa dalam pendidikan kimia, perkembangan penyelidikan
dalam pendidikan kimia serta pengajaran tajuk-tajuk terpilih dalam sukatan pelajaran kimia di sekolah. Di akhir
kursus ini, diharap pelajar boleh mengaplikasikan teori dan pengetahuan bagi menghasilkan kerja ilmiah yang
berkaitan dengan pendidikan kimia: Menjalankan penyelidikan ringkas (dan membuat laporan), modul, projek,
perisian, dan sebagainya.
Rujukan:
Abdul Latif bin Samian (1997), Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Bigge M. L. (1982), Learning Theories for Teachers. Harper & Row Publishers, New York.
Bloom B. S., Madaus G. F. and Hastings J. T. (1981), Evaluation to Improve Learning. McGraw Hill Book Company,
New York.
Gagne E. D. (1985), The Cognitive Psychology of School Learning. Little, Brown and Company, Boston.
Ooi Chong Beng dan Mohd. Khairuddi Yahya. Panduan Makmal Sains. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Panduan PEKA Kimia (1999), Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Kimia KBSM
Tingkatan Empat.
Poh Swee Hiang (1996), Pedagogi 1. Kurikulum Sains. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Poh Swee Hiang (1997), Pedagogi 2. Strategi pengajaran pembelajaran sains. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.
Spenser K. (1988), The Psychology of Educational Technology and Instructional Media, Routledge London.
Journals :
The Science Teacher,
Journal of Research in Science Teaching
Chemistry Education Research and Practice
Science Education
Journal of Chemical Education; and other journals
SPN 4242 Pendidikan Fizik
Kursus ini direka bentuk untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang isu-isu dan cabaran semasa dalam
Pendidikan Fizik, termasuklah perkembangan dalam bidang penyelidikan dan pengajaran tajuk-tajuk terpilih. Kursus
ini juga akan menyediakan latihan menjalankan projek untuk menghasilkan modul/ perisian/ laporan bagi tajuk
tertentu dalam bidang Pendidikan Fizik. Di akhir kursus ini, para pelajar seharusnya boleh bekerja dalam kumpulan
untuk membincangkan perkembangan semasa yang berkaitan dengan kursus ini serta boleh mengaplikasikan teori
yang dipelajari untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan:
Baker, D.R., & Piburn, M.D. (1997). Constructing Science in Middle and Secondary School Classrooms. Ally &
Bacon.
Brown, S.C., Kedves, F.J., & Wenham, E.J. (1971). Teaching Physics - An Insoluble Task? The
Massachusetts Institute of Technology Press.
Fensham, P.J., Gunstone, R.F., & White, R.T. (1995). The Content of Science: A Constructivist Approach To Its
Teaching and Learning. London: The Falmer Press.
Lewis, J L.(1972). Teaching School Physics. William Clowes & Sons Ltd.
Trowbridge, L.W. dan Bybee, R.W. (1986). Teaching Secondary School Science. Strategies for Developing
Scientific Literacy, 6th Ed. Merill Publishing Company.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SPN 4442 Pendidikan Sains
Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan isu dan cabaran dalam Pendidikan
Sains, Pembangunan Penyelidikan dan Pengajaran topik Terpilih dalam Fizik. Dalam bahagian kedua pelajar diminta
untuk menyediakan kerja kursus seperti; projek/modul/ perisian/laporan akademik/ tesis pendek dalam Pendidikan
Sains.
Rujukan:
Brisk, M.A. (1992). 1001 Ideas for Science Projects. New York : Prentice Hall.
Fensham, P.J., Gunstone, R.F., & White, R.T. (1995). The Content of Science: A Constructivist Approach To Its
Teaching and Learning. London: The Falmer Press.
Foulds, K., Mashiter, J. and Gott, R., Investigation in Science. Glasgow: Blackie
Kementerian Pendidikan Malaysia (1991). Huraian Sukatan Pelajaran Rampaian Sains Tingkatan V. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Thornburs, H. (1992). School Learning and Instruction. California: Brooks/Cole Publishing Company.
Trowbridge, L.W. dan Bybee, R.W. (1986). Teaching Secondary School Science.Strategies for Developing
Scientific Literacy, 6th Ed. Merill Publishing Company.
Poh Swee Hiang (2005). Pedagogy of Science. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Poh Swee Hiang (2003). Science Teaching & Learning Strategies. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sulaiman Ngah Razali (2002). Pedagogi Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
SPN 2312 Kaedah Mengajar Matematik
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai falsafah, matlamat dan objektif dalam pengajaran
matematik. Pelajar dikehendaki membuat analisis kurikulum matematik kebangsaan dan mengaplikasikan beberapa
model pengajaran pembelajaran, kaedah dan teknik di dalam pengajaran pembelajaran matematik. Pelajar perlu
menunjukkan kemahiran dalam sesi pengajaran mikro termasuk kemahiran merancang, melaksanakan serta
menguasai kemahiran pengukuran, penilaian, diagnosis dan pemulihan dalam pengajaran matematik.
Rujukan:
Cruickshank, P.R. et. al (1995) The Act of Teaching. New York: Mc Graw Hill Inc.
Hewitt, J.S. (1997). Teaching Methods for Today's School. Boston: Allyn and Beacon.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 4, Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Liew Su Tim dan Swetz, F.J. (1982). Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Malaysia, Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Troutman, A.P. and Lichtenberg, B.K. (1995). Mathematics. A Good Beginning, 5th. Ed. Pacific Grove:
Brooks/Cole Publishing Company.
SPN 2332 Pendidikan Amali Matematik
Kursus ini direkabentuk meliputi dua bahagian;
Bahagian pertama adalah aplikasi komputer dalam pendidikan matematik :
Tumpuan khusus diberikan kepada peranannya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran: kemudahan
internet, penyelesaian masalah, sistem tutorial multimedia dan kemahiran pengaturcaraan. Pengenalan kepada
pangkalan web yang berkualiti dan cara mengendalikan forum matematik untuk murid sekolah. Penilaian ke atas
pangkalan web dan beberapa perisian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Penggunaan beberapa
perisian terkini di makmal komputer dalam konteks pendidikan matematik di peringkat sekolah menengah.
Pendedahan untuk menghasilkan aktiviti pembelajaran dan penilaian matematik berkomputer.
Bahagian Kedua ialah menangani 'hands-on'/kerja praktikal, manipulatif, rekreasi, sejarah, asas-permasalahan dan
aktiviti penyelidikan matematik. Di akhir kursus ini pelajar dikehendaki menguasai kemahiran menggunakan
pengetahuan tersebut untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik.
Rujukan:
Balacheff, N and Kaput, J.J. (1966). Computer-Based Learning Environments in Mathematics, A.J. Bishop,
K. Clements, C. Kethel, J. Kiltpatrick and C. Laborde. International Handbook of Mathematics
Education. Dordrecht: Kluwer.
De Corte, E. and Verschaffel, L. (1989). LOGO: A Vehicle for Thinking, in B. Greer and G. Mulhern. New Direction in
Mathematics Education. London: Routlege.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Gardner, M. (1969) Mathematics, Puzzles and Diversions. Penguin
Hastings, N. B. and Levin, G. (1989). Learning Discrete Mathematics With Isetl. Portland: Springer Verlag
Max A. Fobel and Evan M. Malepsky (1988). Teaching Mathematics - A Source Book of Aids, Activities & Strategies.
Prenpice Hall, New Jersey.
SPN 4342 Pendidikan Matematik
Kursus ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan isu-isu dan cabaran semasa dalam
pendidikan matematik, perkembangan penyelidikan dalam pendidikan matematik dan pengajaran tajuk-tajuk terpilih.
Di bahagian kedua, pelajar dikehendaki menghasilkan kerja ilmiah: projek / modul / perisian / laporan ilmiah /
penyelidikan ringkas dalam pendidikan matematik.
Rujukan:
Begle, E.G. (1979). Critical Variables in Mathematics Education. Washington: NCTM.
Bell, F. H. (1978) Teaching and Learning Mathematics in Secondary Schools. Dubuque: WCB Co. Pulishers.
Heaton, R. and Lampert, M. (2000). Teaching Mathematics to the New Standards: Relearning the Dance
(Practitioner Inquiry, 15). United Kingdom: Teachers College
Nik Aziz Nik Pa (1992). Agenda Tindakan Penghayatan Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
English L. D & Halford G.S. (1995) Mathematics Education Models and Processes. Lawrence Erlbaum
Associates, Publishers, Mahwah, New Jersey
SINOPSIS MATA PELAJARAN MATEMATIK
SSH 1013 Matematik Perantaraan
Pra-Syarat : Tiada
Matapelajaran ini mengandungi konsep-konsep asas beberapa topik seperti persamaan parametik, fungsi, koordinat
polar, vektor, nombor kompleks dan pengenalan kepada teori logik dimana ianya perlu difahami terlebih dahulu
sebelum seseorang pelajar boleh mengambil matapelajaran seperti Kalkulus dan Kalkulus Lanjutan. Pada akhir
kursus, pelajar boleh mendefinikan, memplot dan mentranfomasi koordinat polar kepada Koordinat Kartesian dan
sebaliknya. Mereka juga dijangka boleh menyelesaikan permasalahan berkaitan dengan nombor kompleks, vektor
dan membuktikan penyataan matematik yang ringkas.
SSH 1113 Statistik I
Kebarangkalian: Hukum-hukum kebarangkalian dan Petua Bayes. Pembolehubah rawak: Pembolehubah rawak
univariat dan dwivariat. Pembentukan taburan kebarangkalian. Nilai jangkaan, varians dan kovarians. Taburan
tercantum, sut, bersyarat serta nilai jangkaannya. Penjelmaan pembolehubah rawak. Fungsi penjana momen.
Ketakber-sandaran stokastik. Ketaksamaan Chebyshev. Hukum nombor besar. Statistik tertib. Taburang mengehad.
Anggaran titik Sifat penganggar, Batas Cramer-Rao, penganggar kebolehjadian maksimum, penganggar linear
saksama terbaik. Anggaran selang dan pengujian hipotesis: teorem Neymann-Pearson, ujian nisbah kebolehjadian
maksimum.
Rujukan:
Cox, D.R. and Hinkley, D. V. (1974), Theoritical Statistics, London: Chapman & Hall.
Hogg, R. V. and Craig, A.G. (1994), Introduction to Matemathical Statistics, London: McMillan Publishing Co. Inc.
Mansor Jusoh (1986), Statistik dan Kebarangkalian, Kuala Lumpur: DBP.
Zainuddin Jubok (1986), Kebarangkalian dan Statistik Jurutera dan Ahli Sains ( terjemahan) Kuala Lumpur: DBP.
SSH 1713 Kalkulus I
Had dan Keselanjaran: Takrif had, had kiri dan had kanan, kewujudan had suatu fungsi, teorem-teorem had, had di
ketakterhingaan, konsep keselanjaran suatu fungsi. Pembezaan: Takrif pembezaan, pembezan fungsi aljabar, rumus
pembezaan, pembezaan peringkat tinggi. Nilai ekstremum suatu fungsi selanjar, Teorem nilai ekstremum relatif,
ekstremum mutlak, pengoptimuman, teori nilai purata, Teorem Rolle, pembuktian Teorem nilai purata, penggunaan
teorem nilai purata, Ujian pembezaan pertama, Fungsi menokok dan menyusut, ujian pembezaan pertama, lakaran
graf dengan pembezaan pertama, kecekungan dan ujian pembezaan kedua, ekstremum relatif dengan ujian
pembezaan kedua, had tak terhingga dan asimptot, Asimptot, had yang melibatkan ketakterhinggaan, graf dengan
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
asimptot, Petua L'Hospital, bentuk tak tentu 0/0, bentuk tak tentu / , petua L'Hospital untuk bentuk-bentuk lain.
Pengamiran: Luas sebagai had hasil tambah, tata tanda hasil tambah, hasil tambah Reimann dan kamiran tentu,
Teorem asas kalkulus dan teknik-teknik kamiran, pengiraan panjang lengkuk, luas permukaan kisaran, pengenalan
kepada persamaan pembezaan boleh pisah. Pembezaan dan Pengamiran Lanjutan: Pembezaan dan kamiran yang
melibatkan fungsi trigonometri songsang dan fungsi hiperbolik songsang. Kamiran Tak Wajar: Takrif kamiran tak
wajar, kamiran dengan had tak terhingga, kamiran dengan fungsi yang dikamir mempunyai ketakselanjaran tak
terhingga. Jujukan: Takrif jujukan, had jujukan, teorem himpit, jujukan berekanada. Siri: Takrif siri, siri geometri, siri
teleskop, ujian pencapahan, ujian kamiran, siri-p, ujian bandingan terus, ujian bandingan had, ujian punca, ujian
nisbah, siri selang-seli, penumpuan mutlak. Siri kuasa: Takrif siri kuasa, jejari dan selang penumpuan, Siri Maclaurin,
siri Taylor, siri binomial.
Rujukan:
Bradley G. L. & Smith K.J. (1998), Calculus, New Jersey: Prentice Hall International Inc.
Thomas G. B. & Finney R.L. (1998), Calculus with Analytic Geometry, 9th Ed., New York: Addison Wesley.
Jeffrey, A., (2002), Advanced Engineering Mathematics, Harcourt Academic Press.
SSH 1523 Aljabar Linear
Matriks: Jenis matriks, Operasi Matriks, Operasi baris permulaan, penentu, pangkat, songsangan. Sistem persamaan
linear: Homogen dan Tak Homogen, Petua Cramer. Ruang Vektor: Subruang, gabungan linear dan kebersandaran
linear, ruang rentangan, asas dan matra, ruang baris dan ruang lajur, vektor koordinat dan pertukaran asas, proses
Gram Schmidt. Penjelmaan Linear: Perwakilan matriks. Nilai Eigen dan Vektor Eigen: Pepenjuruan.
Rujukan:
Wilde C. (1998), Linear Algebra (terjemahan), Skudai: Penerbit UTM.
Anton H.(1984), Elementary Linear Algebra, New York: John Wiley and Sons.
Kolman B. (1982), Elementary Linear Algebra, 3rd Ed., London: MacMillan.
Lay, David C., (1997), Linear Algebra and Its Application, 2nd Ed., London: MacMillan.
SSH 1723 Kalkulus II
Fungsi beberapa pembolehubah: Takrif dan tatanda, domain dan julat, lengkung searas, had dan keselanjaran;
kewujudan had suatu fungsi, teorem-teorem had, ujian dua lintasan, pembezaan separa, petua rantai, kadar
perubahan, pembeza seluruh, tokokan kecil. Nilai ekstremum suatu fungsi selanjar: Teorem nilai ekstremum,
ekstremum relatif, ekstremum setempat, ekstremum mutlak, pendarab Langrange. Kamiran ganda dua: kamiran
ganda dua dalam koordinat Cartesan, menentukan batas dan tukar tertib kamiran, kamiran ganda dua dalam
koordinat kutub, luas rantau dan isipadu bongkah, jisim, pusat graviti dan momen dan memoen inersia. Kamiran
ganda tiga: kamiran ganda tiga dalam koordinat Cartesan, menentukan batas dan tukar tertib kamiran, kamiran
ganda tiga dalam koordinat silinder, sfera, isipadu bongkah, jisim, pusat graviti dan momen dan momen inersia.
Fungsi bernilai vektor: takrif fungsi bernilai vektor, vektor kedudukan dan graf, pembezaan, vektor tangen unit, vektor
normal unit, vektor binormial, kelengkungan dan jejari kelengkungan, kilasan. Pengoperasi del , kecerunan,
kecapahan, keikalan, vektor normal kepada permukaan, terbitan berarah, kadar perubahan. Kamiran garis: Kamiran
garis dalam dua dan tiga matra, kerja, Teorem Green, fungsi keupayaan dan fungsi konservatif. Kamiran permukaan:
Kamiran permukaan bagi fungsi vektor, Teorem Gauss, Teorem Stokes.
Rujukan:
Bradley G. L. & Smith K. J. (1995), Calculus, New Jersey, Prentice Hall International, Inc.
Thomas G. L. & Finney R. L. (1996), Calculus With Analytic Geometry, New Jersey: Prentice Hall International, Inc.
Swokowski, E. A. (1995), Calculus with Analytic Geometry, 5th Ed., PWS-Kent.
Jeffrey A. (2002), Advanced Engineering Mathematics, Harcourt Academic Press.
SSH 1803 Matematik Kejuruteraan
Fungsi beberapa pembolehubah: Takrif dan tatanda, domain dan julat; Lengkung searas, permukaan dan permukaan
searas; Terbitan separa; Petua Rantai, kadar perubahan; pembeza seluruh, tokokan kecil: Ekstremum fungsi dua
pemboleh ubah. Kamiran ganda dua: Kamiran ganda dua dalam koordinat Cartesan, menentukan batas dan menukar
tertib kamiran, kamiran ganda dua dalam koordinat kutub; mengira luas rantau dan isipadu bongkah, menentukan
jisim, pusat graviti, momen dan momen inersia lamina. Kamiran ganda tiga: kamiran ganda tiga dalam koordinat
kartesan, menentukan batas kamiran, mengira isipadu, jisim, pusat graviti, momen dan momen inersia bongkah;
kamiran ganda tiga dalam koordinat silinder; Kamiran gandatiga dalam koordinat sfera.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Rujukan:
Mustapha Majid (1989), Kalkulus Asas Untuk Pelajar Kejuruteraan dan Sains, Jilid II, Kuala Lumpur: DBP.
Anton H. (1992), Calculus, 4th Edition, New York: John Wiley.
Bradley G. L. & Smith K.L. (1995), Calculus, New Jersey: Prentice Hall.
Swokowski E. A. (1995), Calculus with Analytical Geometry, 5th Ed., PWS-Kent
SSH 2012 Mekanik
Dinamik Zarah: Kelajuan, lengkung ruang-masa, hukum penambahan vektor, halaju dan halaju relatif. Kinematik:
Gerakan dalam suatu garis lurus dengan pecutan seragam, pecutan berubah-ubah, gerakan di bawah pengaruh
graviti, sepanjang satah condong licin. Projektif: Hukum gerakan Newton ke-2, daya, persamaan impuls momentum,
prinsip keabadian momentum linear, pekali pulihan, tegangan impuls dalam tali, gerakan jasad-jasad terhubung; kerja,
kuasa, tenaga, prinsip keabadian tenaga. Statik zarah: Keseimbangan daya-daya sesatah, geseran; daya-daya
sesatah bertindak pada suatu jasad tegar, jasad tegar tertakluk kepada tiga daya.
Rujukan:
Bostok L. & Chandler S. (1979), Applied Mathematics I, Stanley Thornes Ltd.
Humprey D. & Topping J. (1981), Mekanik Perantaraan, Petaling Jaya: Longman.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1994), Sukatan T: Mekanik dan Statistik, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
SSH 2313 Analisis Berangka I
Pengenalan beberapa jenis ralat dalam pengiraan berangka. Penyelesaian Persamaan Tak linear: Teorem-teorem
berkaitan, menentukan kedudukan punca-punca persamaan tak linear secara kasar, kaedah-kaedah penyelesaian.
Analisis Penumpuan bagi kaedah Newton dan Sekan. Penyelesaian sistem persamaan tak linear; Kaedah Newton.
Penyelesaian Sistem Persamaan Linear: Kaedah langsung, kaedah pemfaktoran LU, Kaedah Thomas, kaedah
lelaran. Penyelesaian lengkung: Interpolasi linear, kuadratik, kubik, Interpolasi Langrange. Kaedah beza berbahagi
Newton. Kaedah kuasa dua terkecil-linear dan kudratik. Pembezaan berangka: Rumus beza depan, beza belakang,
kaedah pekali tak tentu. Kamiran Berangka: Petua Trapezium dan Simpson, serta analisis kejituan bagi kedua-dua
kaedah. Kaedah Kuadrator Gauss. Penggunaan Pengamiran Berangka untuk Kamiran Berganda Dua. Penyelesaian
Berangka Persamaan Pembezaan Biasa: Masalah Nilai awal; kaedah Euler, siri Taylor, Runge-Kutta. Masalah Nilai
sempadan; Kaedah Beza Terhingga.
Rujukan:
Bahrom Sanugi (1989), Analisis Berangka, Skudai: Penerbit UTM.
Nazeeruddin Yaacob (2000), Langkah-langkah Awal Dalam Analisis Berangka, Skudai: Penerbit UTM.
Burden R. L. & Faires J. D. (1993), Numerical Analysis, PWS Publishing Co.
SSH 2513 Analisis Nyata
Nombor nyata: nombor tabii, integer dan sifat penerbitan rapi, ketaksamaan Cauchy-Schwartz, nombor nisbah,
potongan Dedekind, nombor tak nisbah dan aksiom yang berkaitan , batas bawah, batas atas, aksiom pelengkap, sifat
Archimedes. Teori set: Hasildarab Cartesan, hubungan dan fungsi, fungsi injeksi, surjeksi dan bijeksi, keserupaan
set: keterbilangan nombor nisbah, ketakterbilangan nombor nyata. Topologi Pada Garis Nyata: Ruang metrik, set
terbuka, set tertutup, titik pendalaman, titik tumpukan, tutupan, sempadan, tudung dan subtudung, kepadatan set,
Teorem Bolzano-Wiestrass dan Heine-Borel. Jujukan: jujukan menumpu, had jujukan, jujukan Cauchy. Had dan
keselanjaran Fungsi: keselanjaran pada titik, teorem Bolzano, teorem Nilai Pertengahan, keselanjaran seragam;
ketakselanjaran; Fungsi berekenada. Pembezaan: terbitan fungsi, terbitan fungsi gubahan, teorem Rolle, teorem
Nilai Min, teorem nilai Min Cauchy, Petua L'Hopital.
Rujukan:
Apostol T. M. (1974), Mathematical Analysis, Reading-Massuchussetts, Addison-Wesley.
Maselan Ali (1994), Analisis Nyata, Skudai: Penerbit UTM.
Rudin W. (1989), Prinsip-Prinsip Analisis Matematik, edisi 3, Kuala Lumpur: DBP
Izzah Abdullah (1995), Analisis Nyata, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SSH 2713 Persamaan Terbitan
Persamaan terbitan biasa peringkat pertama: konsep asas, pengelasan persamaan terbitan serta pembentukan
persamaan terbitan biasa. Penyelesaian persamaan terbitan bolehpisah, homogen, linear dan tepat; penggunaan
persamaan terbitan peringkat pertama. Persamaan terbitan biasa penyelesaian persamaan tak homogen dengan
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
kaedah pekali tak tentu dan ubahan parameter; penggunaan persamaan terbitan linear peringkat kedua. Penjelmaan
Laplace: Takrif, penjelmaan Laplace fungsi piawai, sifat linear, sifat anjakan pertama, pendaraban dengan tn.
penjelmaan Laplace bagi fungsi langkat unit Heaviside, delta Dirac dan fungsi berkala; sifat anjakan kedua.
Penjelmaan Laplace songsang: teorem konvolusi, menyelesaikan masalah nilai awal dan sempadan menggunakan
penjelmaan Laplace. Siri Fourier: Syarat Dirichlet; siri Fourier dalam selang (?????), siri Fourier fungsi genap dan
ganjil, siri Fourier separuh selang, siri Fourier dalam selang (-l,l) dan (a, a + 2T). Persamaan terbitan separa: konsep
asas, penyelesaian dengan kaedah pemisahan pembolehubah bagi persamaan haba, persamaan gelombang dan
persamaan Laplace.
Rujukan:
Mohd Nor Mohamad et.al (1977), Modul Persamaan Terbitan 1,2,3, Jabatan Matematik: UTM.
Murray R. S. (1981), Applied Differential Equation, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
Mohd Nor Mohamad (1990), Siri Fourier, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stroud K.A. (1996), Advanced Engineering Mathematics, London: MacMillan Ltd.
SSH 2723 Penyelidikan Operasi
Pengenalan penyelidikan operasi, pengenalan pengoptimuman linear, pengoptimuman linear. Pemodelan
pengaturcaraan linear. Perumusan pengaturcaraan. Asas matematik dan kaedah penyelesaian: Kaedah graf.
Kaedah Simpleks. Kaedah Simpleks M-Besar, Dua-Fasa Dual. Simpleks Tertilik semula. Analisis kepekaan.
Masalah kedualan. Pengenalan kaedah Karmarkar. Masalah Pengangkutan. Pengaturcaraan integer.
Pengaturcaraan kuadratik. Pengaturcaraan dinamik.
Rujukan:
Hamdy A. T. (1996), Operations Research, 6th Ed., New Jersey: Prentice Hall.
Wayne L. W. (1992), Operations Research: Applications and Algorithms, Duxbury Press.
Zaini Mahbar (1990), Pengaturcaraan Linear, Kuala Lumpur: DBP.
James P. I. (1992), Pengaturcaraan Linear Dalam Sistem Matlamat Tunggal dan Berbilang, Kuala Lumpur:DBP.
SSH 2823 Persamaan Terbitan Separa
Persamaan peringkat satu: pembentukan, pengelasan, penjelmaan kepada bentuk boleh selesai, beberapa kaedah
penyelesaian termasuk kaedah cirian, penggunaan dalam aliran trafik. Penyelesaian persamaan peringkat satu tak
linear. Persamaan peringkat dua: pengelasan kepada eliptik, parabolik, hiperbolik, penjelmaan kepada bentuk
piawai. Penerbitan salah satu persamaan gelombang, resapan atau Laplace. Kaedah pemisahan pembolehubah
secara umum. Persamaan gelombang: kaedah de Alembert dan pemisahan pembolehubah, tali regang antara dua
titik tetap dan tali tak terhingga, getaran membran. Persamaan resapan: matra satu dan matra dua, sistem koordinat
Cartes dan silinder. Persamaan Laplace: koordinat kutub dan koordinat silinder.
Rujukan:
Greenberg M. D. (1998), Advanced Engineering Mathematics, New Jersey: Prentice-Hall International.
O' Neil P. V. (1991), Advanced Engineering Mathematics, 3rd Ed., Wordsworthm.
Vyedensky D. (1993), Partial Differential Equation With Mathematica, New York: Addisson Wesley.
SSH 3043 Sejarah dan Falsafah Matematik
Tamadun Purba: Mesir, Babilon, Yunani, China, India. Tamadun Islam: Tamadun Eropah. Matematik di Amerika.
Perkembangan Bidang Tertentu Matematik: Aljabar Linear, Topologi, Kebarangkalian. Pengaruh Teknologi Terhadap
Matematik: Mesin cetak, Komputer. Tokoh Matematik: Euklid, Archmedes, Al-Khwrizmi, Gauss, Newton, Fermat,
Euler. Falsafah Utama Matematik: Pengertian 'Matematik', kebenaran Matematik, Platonisme, Mantikisme,
Instuitisme (Konstruktivisme), Humanisme, Islamanisme matematik. Proses Matematik: Peniskalaan, Pengitlakan,
Pemformalan.
Rujukan:
Abd Latif Samian (1996), Falsafah Matematik, Kuala Lumpur: DBP.
Victor Katz (1997), History of Mathematics: An Introduction, 2nd Ed.
Abd. Latif Samian (1992), Falsafah Matematik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
kaedah pekali tak tentu dan ubahan parameter; penggunaan persamaan terbitan linear peringkat kedua. Penjelmaan
Laplace: Takrif, penjelmaan Laplace fungsi piawai, sifat linear, sifat anjakan pertama, pendaraban dengan tn.
penjelmaan Laplace bagi fungsi langkat unit Heaviside, delta Dirac dan fungsi berkala; sifat anjakan kedua.
Penjelmaan Laplace songsang: teorem konvolusi, menyelesaikan masalah nilai awal dan sempadan menggunakan
penjelmaan Laplace. Siri Fourier: Syarat Dirichlet; siri Fourier dalam selang (?????), siri Fourier fungsi genap dan
ganjil, siri Fourier separuh selang, siri Fourier dalam selang (-l,l) dan (a, a + 2T). Persamaan terbitan separa: konsep
asas, penyelesaian dengan kaedah pemisahan pembolehubah bagi persamaan haba, persamaan gelombang dan
persamaan Laplace.
Rujukan:
Mohd Nor Mohamad et.al (1977), Modul Persamaan Terbitan 1,2,3, Jabatan Matematik: UTM.
Murray R. S. (1981), Applied Differential Equation, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.
Mohd Nor Mohamad (1990), Siri Fourier, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stroud K.A. (1996), Advanced Engineering Mathematics, London: MacMillan Ltd.
SSH 2723 Penyelidikan Operasi
Pengenalan penyelidikan operasi, pengenalan pengoptimuman linear, pengoptimuman linear. Pemodelan
pengaturcaraan linear. Perumusan pengaturcaraan. Asas matematik dan kaedah penyelesaian: Kaedah graf.
Kaedah Simpleks. Kaedah Simpleks M-Besar, Dua-Fasa Dual. Simpleks Tertilik semula. Analisis kepekaan.
Masalah kedualan. Pengenalan kaedah Karmarkar. Masalah Pengangkutan. Pengaturcaraan integer.
Pengaturcaraan kuadratik. Pengaturcaraan dinamik.
Rujukan:
Hamdy A. T. (1996), Operations Research, 6th Ed., New Jersey: Prentice Hall.
Wayne L. W. (1992), Operations Research: Applications and Algorithms, Duxbury Press.
Zaini Mahbar (1990), Pengaturcaraan Linear, Kuala Lumpur: DBP.
James P. I. (1992), Pengaturcaraan Linear Dalam Sistem Matlamat Tunggal dan Berbilang, Kuala Lumpur:DBP.
SSH 2823 Persamaan Terbitan Separa
Persamaan peringkat satu: pembentukan, pengelasan, penjelmaan kepada bentuk boleh selesai, beberapa kaedah
penyelesaian termasuk kaedah cirian, penggunaan dalam aliran trafik. Penyelesaian persamaan peringkat satu tak
linear. Persamaan peringkat dua: pengelasan kepada eliptik, parabolik, hiperbolik, penjelmaan kepada bentuk
piawai. Penerbitan salah satu persamaan gelombang, resapan atau Laplace. Kaedah pemisahan pembolehubah
secara umum. Persamaan gelombang: kaedah de Alembert dan pemisahan pembolehubah, tali regang antara dua
titik tetap dan tali tak terhingga, getaran membran. Persamaan resapan: matra satu dan matra dua, sistem koordinat
Cartes dan silinder. Persamaan Laplace: koordinat kutub dan koordinat silinder.
Rujukan:
Greenberg M. D. (1998), Advanced Engineering Mathematics, New Jersey: Prentice-Hall International.
O' Neil P. V. (1991), Advanced Engineering Mathematics, 3rd Ed., Wordsworthm.
Vyedensky D. (1993), Partial Differential Equation With Mathematica, New York: Addisson Wesley.
SSH 3043 Sejarah dan Falsafah Matematik
Tamadun Purba: Mesir, Babilon, Yunani, China, India. Tamadun Islam: Tamadun Eropah. Matematik di Amerika.
Perkembangan Bidang Tertentu Matematik: Aljabar Linear, Topologi, Kebarangkalian. Pengaruh Teknologi Terhadap
Matematik: Mesin cetak, Komputer. Tokoh Matematik: Euklid, Archmedes, Al-Khwrizmi, Gauss, Newton, Fermat,
Euler. Falsafah Utama Matematik: Pengertian 'Matematik', kebenaran Matematik, Platonisme, Mantikisme,
Instuitisme (Konstruktivisme), Humanisme, Islamanisme matematik. Proses Matematik: Peniskalaan, Pengitlakan,
Pemformalan.
Rujukan:
Abd Latif Samian (1996), Falsafah Matematik, Kuala Lumpur: DBP.
Victor Katz (1997), History of Mathematics: An Introduction, 2nd Ed.
Abd. Latif Samian (1992), Falsafah Matematik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SSH 3063 Teori Set dan Mantik
Pengenalan ringkas set: kaedah daftar dan kaedah pembina set, keanggotaan, subset, kesamaan, set kosong,
persilangan dan kesatuan serta set semesta dan pelengkap, subset nombor nyata. Ayat dan Pernyataan: Konjungsi,
Disjungsi, penafian, implikasi, Dwiimplikasi, Gabungan pengait. Pengkuantiti: pengkuantiti semesta dan pengkuantiti
wujudan, Gabungan pengkuantiti, nilai kebenaran ayat berpengkuantiti. Hujah: Tautologi dan percanggahan,
kesahan hujah. Kaedah Pembuktian dalam Matematik: Implikasi (langsung, kontrapositif, percanggahan),
Dwiimplikasi, ayat berpengkuantiti semesta, kes demi kes, prinsip aruhan matematik, kewujudan dan keunikan. Teori
set: Teori set secara beraksiom, pasangan tertib, hasil darab Cartes, Hubungan, hubungan kesetaraan, Fungsi (satu
dengan satu, keseluruh), set tak terhingga, kekardinalan, hipotesis kontinum.
Rujukan:
Marvin L. B. (1982), Logic, Proof and Sets, Addison-Wesley.
Irving M. Copi and Carl Cohen (1994), Introduction to Logic, MacMillan.
Lipshutz S. (1981), Theory and Problems of Set Theory and Related Topics, New York: McGraw-Hill.
SSH 3513 Aljabar Moden
Kumpulan: Takrif dan contoh-contoh kumpulan, ciri-ciri asas bagi kumpulan, Jadual Pendaraban (Cayley).
Subkumpulan: Takrif subkumpulan, ujian bagi subkumpulan, contoh-contoh subkumpulan. Kumpulan kitaran: takrif
kumpulan kitaran, ciri-ciri kumpulan kitaran, klasifikasi subkumpulan bagi kumpulan kitaran. Kumpulan pilihatur: takrif
kumpulan pilihatur dan tatatanda, contoh-contoh kumpulan pilihatur, ciri-ciri kumpulan pilihatur, transposisi, kumpulan
selang-seli. Isomorfisma: Takrif dan contoh-conth isomorfisma, ciri-ciri bagi isomorfisma, automorfisma. Hasildarab
langsung: takrif dan contoh-contoh hasildarab langsung, ciri-ciri hasil darab langsung. Koset dan teorem Langrange:
ciri-ciri koset, teorem langrange, aplikasi. Subkumpulan normal dan kumpulan Faktor: subkumpulan normal,
kumpulan faktor. Teorem Sylow: Kelas konjugat, Teorem Sylow.
Rujukan:
Mohd Nor Mohamat (1997), Modul Persamaan Terbitan 1,2,3, Jabatan Matematik: UTM.
Spiegel M. R. (1981), Applied Differential Equation, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall,
Mohd Nor Mohamad (1990), Siri Fourier, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stroud K.A. (1996), Advanced Engineering Mathematics, London: MacMillan Ltd.
SSH 3743 Pembolehubah Kompleks
Ulangkaji Nombor Kompleks: Sifat nombor kompleks, rajah Argand, bentuk kutub, kuasa dan punca nombor
kompleks, unjuran stereografi. Fungsi kompleks: topologi satah kompleks, had dan keselanjaran, terbitan fungsi
kompleks, fungsi analisis, persamaan Cauchy-Reimann, fungsi harmonik. Fungsi Kompleks Permulaan: Fungsi
eksponen, fungsi trigonometri, fungsi hiperbolik, fungsi logaritm, fungsi songsang trigonometri, fungsi songsang
hiperbolik. Kamiran Atas Satah Kompleks: Kamiran garis, kamiran kontour dan teorem Green, bebas lintasan, teorem
Cauchy, rumus kamiran Cauchy dan penggunaannya. Siri Kompleks: jujukan nombor kompleks, penumpuan siri
kompleks, penumpuan seragam, siri Tayor, Siri Maclaurin, siri kuasa, siri Laurent. Teori Reja: jenis-jenis kesingularan,
reja, kaedah mencari reja, teorem reja dan penggunaannya. Pemetaan Konformal: sifat konformal, penjelmaan
mudah, penjelmaan bilinear dan penggunaannya dalam masalah nilai sempadan.
Rujukan:
Nguyen H. B. (1994), Analisis Kompleks, Kuala Lumpur: DBP.
Spiegel M. R. (1981), Complex Variables, Edisi SI (Metric), Schaums Series, New York: McGraw-Hill.
Saff, E. B. & Snider A. D. (1993), Fundamentals of Complex Analysis for Mathematics, Sciences and Engineering,
2nd Ed., New Jersey: Prentice Hall.
Wunsch A.D. (1994), Complex variables with applications, 2nd Ed., New York: Addison-Wesley.
SINOPSIS MATA PELAJARAN FIZIK
SSP 1113 Mekanik Gunaan
Statik jasad tegar. Daya dan tindakan daya. Momen daya. Keseimbangan. Pusat graviti dan titik sentroid. Alang dan
kawat. Momen inersia jisim dan momen inersia luas. Dinamik jasad tegar. Kinematik gerakan sesatah jasad tegar.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Gerakan guling. Kinetik jasad tegar. Persamaan am gerakan sesatah. Tenaga dan kerja. Momentum linear. Prinsip
impuls dan momentum sudut. Hentaman. Hidrostatik dan hidrodinamik bendalir. Daya hidrostatik (tujahan
hidrostatik). Pusat tekanan. Persamaan keselanjaran. Persamaan Bernoulli. Persamaan momentum. Pancutan.
Rujukan:
Meriam, J.L. (1989), Mechanics, New York: John Wiley and Sons.
Hannah, J and Hiller M. J., Applied Mechanics, London: Longman.
Wan Abu Bakar Wan Abas (1989), Mekanik Kejuruteraan: Mekanik, Kuala Lumpur: DBP.
SSP 1123 Termodinamik
Sistem dan proses termodinamik, keseimbangan termodinamik, tenaga dan kerja. Hukum termodinamik pertama,
proses alir dan tidak alir, sifat cecair dan wap, gas unggul. Hukum termodinamik kedua, kitar, penyejukan dan pam
haba, Entropi, sistem terasing, ketidaktentuan, persamaan termodinamik, ethalpi, persamaan Maxwell, TDS, tenaga
dalam, muatan haba, pertukaran fasa, perpindahan haba.
Rujukan:
Kok Aik Khoon (1988), Termodinamik Permulaan, Kuala Lumpur: DBP.
Wylen G. V., Sonntay R., Borgnakkf C. (1994), Fundamental of Classical Thermodynamics, 4th Ed. New York:
John Wiley & Sons.
Zemansky M. W. (1968), Head and Thermodynamics, 5th Ed, New York: McGraw-Hill.
SSP 1223 Fizik Moden
Pengenalan. Teori kerelatifan; transformasi Galilieo, Lorentz, kaitan perubahan jisim dengan halaju, dinamik
kerelatifan. Sinaran jasad hitam; Hukum Stefan, teori Rayleigh-Jean, teori Kuantum Planck. Sifat zarah pada sinaran;
kesan fotoelektrik, kesan Compton, sifat gelombang pada zarah; hipotesis de Broglie, zarah dan prinsip ketakpastian
Heisenberg. Mekanik kuantum, Postulat mekanik kuantum dan persamaan Schrodinger, zarah dalam perigi
keupayaan tak terhingga, keupayaan terhingga dan pengayun harmonik. Penemuan awal teori atom; teori atom
Dalton, Thomson dan Rutherford. Teori atom Bohr dan Sommerfeld. Momen magnet nukleus, spin dan kesan
kerelatifan. Atom multi-elektron dan sinar X.
Rujukan:
Blatt F. J. (1992), Modern Physics, New York: McGraw-Hill.
Taylor J.R. dan Zafiratos D. (1980), Modern Physics, Boston: Allyn Bacon.
Weidner R.T. and Sells R. L. (1980), Elementary Modern Physics, Boston: Allyn Bacon.
SSP 1323 Elektronik
Analisis litar arus terus, aturan Kirchoff, teorem Thevenin dan Norton, Isyarat ulang-alik, perintang (R), kapasitor (C)
induktor(L), ciri fana RC dan RL, analisis litar ulang-alik RCL, litar siri dan selari, arus jaring, teorem Thevenin dan
Norton, Kuasa resonans, semikonduktor, diod, diod zener, litar diod dan diod zener, rektifier, penapis, pengatur voltan,
transistor dwikutub, pincangan transistor, transistor sebagai suis, amplifier pengeluar sepunya, tapak sepunya dan
pengumpul sepunya, transistor kesan medan (FET), pincangan FET, amplifier FET.
Rujukan:
Bogart T.F., Electric Circuits, New York: McGraw Hill.
Edminister J.A., Electric Circuits, New York: McGraw Hill.
Malvino A.P., Electronic Principles, New York: McGraw Hill.
Brophy J., Basic Electronics for Scientist, New York: McGraw Hill.
Lurch E.N., Fundamentals of Electronics, New York: Wiley.
SSP 1513 Fizik Optik
Gerakan gelombang, persamaan gelombang harmonik, persamaan pembeza gelombang, halaju fasa, halaju
kumpulan, gelombang dalam tali, gelombang pada sempadan tetap dan bebas, superposisi gelombang pegun, rentak.
Gelombang bunyi dalam pepejal, cecair dan gas, tenaga, kuasa dan keamatan, siri harmonik dan nada lampau dalam
turus udara, kesan Doppler bagi gelombang bunyi, gelombang kejutan, gelombang elektromagnet, spektrum
elektromagnet, vektor Poyting, sebaran, tenaga dan momentum. Rambatan cahaya, Prinsip Huygen, Hukum Snell,
Ujikaji Young, inteferens dua alur, interferometer Michelson dan Mac-Zehnder, interferens filem tipis dan baji udara
interferens banyak alur, interferometer Fabry-Perot, pembelauan Fraunhoffer dan Fresnel, parut pembelauan, sifat
cahaya terkutub, pengutuban linear, pengutuban dengan cara penyerakan dan pantulan. Pengenalan optik Fourier,
Jelmaan Fourier, pengenalan Laser.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Rujukan:
Md. Rahim Sahar (1994), Fizik Gelombang , Kuala Lumpur: DBP.
Md. Rahim Sahar (1996), Gelombang Bunyi dan Optik, Kuala Lumpur: DBP/Penerbit UTM.
Eugene Hecht (1986), Optics, 2nd Edition, New York: Addision Wesley.
Lipson, Lipson S.G., Tannhauser D.S. (1995), Optical Physics, Cambridge.
SSP 2123 Keelektromagnetan
Elektrostatik, Kaedah khusus bagi pengiraan keupayaan Kaedah pemisah pembolehan, pengembangan multikutub,
Medan Elektrostatik, Kemagnetan, Elektromagnet, Gelombang elektromagnet di dalam medium bukan pengkonduksi
dan pengkonduksi, Sinaran elektromagnet.
Rujukan:
Wangsness, R.K. (1979), Electromagnetic Field, New York: Wiley & Sons.
SSP 2143 Mekanik Kuantum
Fenomena kuantum, sinaran jasad hitam dan kesan fotoelektrik. Kedualan gelombang-zarah, bingkisan gelombang,
persamaan Schrodinger, nilai jangkaan dari boleh cerap fizik. Penyelesaian satu dimensi persamaan Schrodinger tak
bersandar masa untuk keupayaan perigi segi empat tak terhingga dan terhingga, sawar keupayaan dan pengayun
harmonik. Operator momentum sudut dan atom hydrogen. Spin dan kesan Zeeman. Teori usikan dan kesan Stark.
Rujukan:
Cassels J.M., Asas Matematik Kuantum, Edisi 2, terjemahan Wan Muhamad Saridan (1989), Skudai: Penerbit UTM.
Liboff R.L. (1980), Introductory Quantum Mechanics, Oakland Holden Day Inc.
Baharudin Yatim (1981), Pengenalan Teori Kuantum, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gasiorowicz S. (1974), Quantum Mechanics, New York: John Wiley & Sons.
Mathews P.T. (1974), Introduction to Quantum Mechanics, 3rd Ed., New Delhi: Tata McGraw-Hill Pub. Co.
SSP 2213 Fizik Nukleus
Kandungan dan kestabilan nukleus. Sinaran mengion: sinar-X, zarah alfa, zarah beta dan sinar gamma. Proses
tangkapan elektron, pertukaran dalam, elektron Auger dan proses musnahabisan. Saling tindak zarah alfa, zarah
beta, sinar gama dan neutron dengan jirim. Unsur radioaktif, siri radioaktif, hukum reputan radioaktif, siri reputan
radioaktif dan keseimbangan radioaktif. Tindak balas nukleus. Model titisan cecair, formula jisim semi-empirik dan
penggunaannya. Model petala: sifat-sifat nukleus bernombor ajaib, keupayaan cubaan. Model optik: nukleus majmuk
dan keupayaan optik bagi serakan neutron.
Rujukan:
Husin Wagiran (1992), Fizik Nukleus, Kuala Lumpur: DBP.
Husin Wagiran (1997), Asas Sinaran dan Reaktor Nuklear, Skudai: Penerbit UTM
R.D. Evans (1955), The Atomic Nucleus, New York: McGraw Hill
Semat H. & Albright J.R. (1972), Introduction to Atomic and Nuclear Physics, London: Chapman and Hall
Zainal Abidin Sulaiman (1989), Pendahuluan Fizik Atom dan Nukleus, Kuala Kumpur: DBP.
SSP 2323 Elektronik Lanjutan
Pengenalan analisis isyarat kecil menggunakan litar setara parameter h. Amplifier berbilang peringkat, amplifier kuasa,
jenis sambungan amplifier kuasa. Amplifier pembeza, menerbitkan parameter amplifier pembeza, contoh pengiraan
amplifier pembeza. Asas OPAM, Amplifier songsang dan tidak songsang, pengikut voltan, Amplifier penambahan
songsang dan tidak songsang. Amplifier gandingan AC dan amplifier arus. Penggunaan OPAM untuk membina litar-
litar pembanding voltan, pengayun dan penapis aktif. Prinsip elektronik berdigit, sistem sistem nombor binari, pintu
logik. Pernyataan Boolean litar minterm dan maxterm. Peta Karnaugh, multiplekser, dimultiplekser dan dikoder.
Paras logik dan jidar hingar. Flip-flop, pembilang, pembahagi frekuensi, daftar anjakan muatan siri dan selari.
Penambahan, penolakan dan pendaraban binari.
Rujukan:
Jacob Millman and Christos C. Halkias (1987), Integrated Electronics, New York: McGraw Hill.
Smith R.J. (1973), Circuits Devices and System, New York: Wiley International Edition.
Terrell D.L. (1992), OPAMPS Design, Application, and Troubleshooting, New York: Prentice Hall.
Tokheim R. L. (1979), Digital Electronics, New York: Mc Graw Hill.

Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SSP 2343 Instrumentasi dan Pengukuran
Pengenalan unsur-unsur dalam sistem pengukuran, pengelasan dan ciri-ciri statik dan dinamik instrumen, penderia
dan transduser, litar jejambat, pengukuran sesaran, halaju dan cepatan bagi gerakan translasi dan putaran,
pengukuran daya dan daya kilas, pengukuran tekanan sederhana, rendah dan tinggi, pengukuran suhu, pengukuran
kuantiti elektrik, pengukuran beberapa kuantiti kimia, pemprosesan isyarat dan ralat sistem pengukuran.
Rujukan:
Morris A. S. (1992), Principles of Measurement and Instrumentation, 2nd Ed., New York: Prentice Hall.
Ruzairi Abdul Rahim (1999), Pengukuran dan Transduser, Skudai: Penerbit UTM.
Bentley J. P. (1996), Principles of Measurement Systems, 3rd. Ed. London: Longman.
SSP 2413 Fizik Keadaan Pepejal
Struktur Hablur: Hablur, kekisi dan dan basis, sel unit; sel unit lazim, primitif, Wigner-Seitz, operasi simetri,
pengkelasan hablur, sistem 2-D, 3-D; kedudukan dalam sel, contoh struktur hablur, orientasi, arah dan satah dalam
hablur. Penentuan Struktur Hablur: Pengenalan, sumber belauan, hukum Bragg; kekisi salingan, pembinaan Ewald;
zon Brillouin. Teknik belauan: Teknik Laue, putaran hablur, serbuk, difraktometer, belauan dalam keadaan tak ideal:
Kesan saiz. Getaran Kekisi: Pendahuluan, getaran kekisi monoatom 1-D, halaju kumpulan, daya antara jiran bukan
terdekat, getaran kekisi dwiatom 1-D. Getaran kekisi dalam hablur sebenar: Mod melintang, bilangan cabang, sistem
hablur d. Getaran kekisi dalam hablur sebenar: Mod melintang, bilangan cabang, sistem hablur mudah. Fonon,
momentum fonon, statistik fonon, serakan fonon. Penjanaan fonon: Kaedah pizoelektrik, pengujaan terma, cantuman
terowong kesuperkonduksian. Sifat Terma: Haba tentu pada isipadu tetap dan tekanan tetap, model gas unggul,
model pengayun harmonik, model Einstein, model Debye. Kekonduksian terma: Persamaan pengangkutan fonon
Boltzmann, ungkapan kekonduksian terma fonon, serakan sebagai kesan tak harmonik, serakan oleh fonon,
mekanisme serakan berganda. Elektron dalam logam: Teori elektron bebas. Model Drude: Ketumpatan gas
elektron, kekonduksian elektrik, kekonduksian terma, muatan haba tentu, hukum Wiedemann-Franz. Taburan Fermi-
Dirac, model Sommerfeld: Permukaan Fermi, tenaga Fermi, halaju Fermi, muatan haba tentu, kekonduksian elektrik,
kekonduksian terma menurut model kuantum. Teori Jalur: Pengenalan, model Kronig-Penney, permukaan Fermi, jalur
larangan, jisim berkesan, bilangan berkesan elektron bebas, bilangan keadaan.
Rujukan:
Abd. Rani Abd. Hamid (1996), Fizik Keadaan Pepejal: Hablur dan Fonon, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Ashcroff N. W. & Mermin N.D. (1976), Solid State Physics, Philadelphia: Holt Saunders.
Burns G (1985), Solid State Physics, Orlando: Academic Press.
Kittel C (1968), Introduction to Solid State Physics, 6th Edition, New York: John Wiley & Sons.
SSP 3233 Perlindungan Sinaran
Sumber sinaran, konsep risiko, perbandingan kemudaratan, penerbitan had dos, prinsip perlindungan sinaran,
justifikasi, pengoptimuman, had dos maksimum yang dibenarkan, kawalan sinaran luar, penghadan jarak, masa,
perisaian, kawalan sinaran dalam, sumber tak terkedap, fizik aerosol pembendungan primer dan sekunder, makmal
radioaktif, pemantauan, aspek perlindungan radiologi radas penyinaran, undang-undang dan peraturan, organisasi
dan pengurusan sinaran, prosedur kecemasan. Perlindungan radiologi alam sekitar, TENORM, pengangkutan dan
pelupusan bahan radioaktif.
Rujukan:
Ahmad Termizi Ramli (1988), Keradioaktifan dan Sinaran Bahaya, Keselamatan dan Perlindungan Pekerja, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984, Akta 304, Kerajaan Malaysia: Kuala Lumpur.
Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 2000, Kerajaan Malaysia.
Ahmad Termizi Ramli (1988), Penggunaan Sinaran, Keradioaktifan dan Tenaga Nuklear, KL:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
SSP 3413 Fizik Semikonduktor
Pengenalan. Penyediaan dan pertumbuhan bahan semikonduktor. Ikatan dan Teori Jalur: Semikonduktor intrinsik
dan ekstrinsik. Sifat dan pengukuran sifat semikonduktor Serakan dalam semikonduktor. Keseimbangan dan
ketakseimbangan dalam semikonduktor. Simpangan p-n. Pengenalan, peranti logam semikonduktor, diod simpangan
p-n, transistor simpangan bipolar, peranti kesan medan (FET): JFET, MESFET dan MOSFET, Peranti Optoelektronik:
Photodiodes, photoconductive cells, phototransistors, solar cells.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Rujukan:
Mustaffa Haji Abdullah, Sifat dan Kegunaan Semikonduktor, Kuala Lumpur: DBP.
Bar-Lev A. (1992), Semiconductors and Electronic Devices. New York: Prentice-Hall International Inc.
Sze S. M. (1985), Semiconductor Devices,Physics and Technology, New York: John Wiley & Sons.
Neamen D. A. (1994), Semiconductor Physics and Devices - Basic Principles, Boston: Irwin & Co.
SINOPSIS MATA PELAJARAN KIMIA
SSC 1222 Kimia Alam Sekitar
Ekologi; Kitaran biogeokimia; sifat fizik dan biologi jasad air; parameter kualiti air, pengawasan kualiti air, rawatan air
untuk kegunaan domestik dan industri; rawatan air kumbuhan dan air buangan industri; Sifat atmosfera; Kesan
topografi dan meterologi terhadap pencemaran udara; ciri dan pengawalan bahan pencemar udara yang utama
(zarahan terampai Sox, Nox, Cox, kabut fotokimia); pengurusan sisa pepejal; sisa toksik dan berbahaya; akta kualiti
alam sekitar, impak alam sekitar (EIA)
Rujukan:
Manahann S.E. (1991), Enviromental Chemistry, 5th Ed., Michingan: Lewis Publishers Inc.
O'Neill P. (1993), Enviromental Chemistry, 2nd Ed., New York: Chapman & Hall.
Sauyer C.N., McCarty P.L. and Parkin G.F. (1994), Chemistry for Enviromental Engineering, 4th Ed., New York:
McGraw-Hill.
Biswas A.K. and Agarwala (1992), Enviromental Impact Assessment for Developing Countries, Butterworths &
Heinemann.
SSC 1403 Kimia Fizik I
Sifat Jirim: Gas unggul, gas sahih, teori kinetik gas, campuran gas; Termokimia dan termodinamik: Haba, kerja,
entalpi, tenaga dalaman, tenaga bebas Gibbs, tenaga bebas Helmholtzmuatan haba, hukum termodinamik pertama,
kedua dan ketiga; hukum termodinamik sifar; Keseimbangan kimia dan keupayaan kimia . Keseimbangan fasa :
gambarajah fasa - pepejal, cecair dan gas; azeotrop, eutektik, ketegangan permukaan. Larutan: komposisi, isipadu
molar, larutan unggul, larutan cair unggul dan larutan tak unggul.
Rujukan:
Atkins P.W. (1998), Physical Chemistry, 6th. Ed., International Student Edition, Oxford, UK: Oxford, University Press.
Mortimer R.G. (1993), Physical Chemistry, California: The Benjamin/Cummings Publishing Co., Inc.
Laidler K.J., Meiser J.H. (1995), Kimia Fizik I, (terjemahan oleh Satapah Ahmad & Mohd. Jain Noordin, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rock P.A. (2000), Termodinamik Kimia (terjemahan oleh Halimaton Hamdan dan Zaiton Ab. Majid), Skudai: Penerbit
UTM.
SSC 1413 KIMIA FIZIK II
Kimia Kinetik; Hukum kadar, tertib tindak balas, jenis-jenis tindak balas dan mekanisme tindak balas, tindak balas
rantaian; Struktur elektronik dan teori kunatum; Atom Bohr, orbital atompersamaan Strodinger, asas teori kuantum,
asas spektroskopi, hukum pemilihan, struktur molekul, orbital atom, teori ikatan; Struktur fasa pepejal; Kekisi hablur,
indeks Miller, kristalografi sinar-X, penentuan struktur.
Rujukan:
Levine I.N. (1988), Physical Chemistry 3rd. Ed., New York, McGraw-Hill International Ed.
Atkins P.W. (1982), Physical Chemistry, 2nd. Ed., Oxford Student Editions.
Barrow G.M. (1988), Physical Chemistry, 5th Ed., New York: McGraw-Hill International Editions.
Atkins P.W. and Clugston M.J. (1982), Principles of Physical Chemistry, U.K., Pitman Publishing Ltd.
Fried V., Hameka H.F., Blukis U. (1977), Physical Chemistry, London, MacMillan Publishing Co. Inc.
Laidler K. J. (1990), Kinetik Kimia, (terjemahan oleh Salihan Siais dan Anuar Kassim), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SSC 1603 Kimia Organik I
Sebatian hidrokarbon alkana, alkena dan alkuna; Penamaan, sifat fizik, sintesis, tindak balas kimia, ujian visual.
Benena dan sebatian aromatik; Struktur, kestabilan, aruran Huckel, penamaan, tindak balas elektrofilik, mekanisme,
orentasi dan kereaktifanbenzena dwitertukar ganti. Alkohol dan fenol; Penamaan, sifat fizik, keasidan alkohol dan
fenaol, sintesis, tindak balas serta kegunaan dan ujian visual. Eter dan epoksida; Penamaan , sintesis, tindak balas
serta kegunaan. Alkil halida; Pengkelasan, penamaan, sifat fizik, sintesis, tindak balas penukargantian nukleofilik (SN)
dan penyingkiran (E) serta pembentukan sebatian organologam, kegunaan dan ujian visual. Aldehid dan keton;
Struktur, penamaan, sifat fizik, sintesis, tindak balas penambahan nukleofilik, anion enolat dan kondensasi aldo,
kegunaan dan ujian visual. Asid karboksilik seperti asid klorida, ester, amida dan anhidrida; Penamaan, struktur dan
tindak balas penukargantian nukleofilik serta mekanismenya dan kegunaan masing-masing.
Rujukan:
Wade L.G. Jr. (1999), Organic Chemistry, 4th Ed., New Jersey, Prentice Hall International Inc.
Marrison R.T. and Boyd R.N. (1992), Organic Chemistry, 6th Ed., New Jersey, Prentice Hall International Inc.
Hasnah Mohd Sirat, Farediah Ahmad, Zakaria Bahari dan Muhammad Sum Idris (2000), Kimia Organik -
Kumpulan Berfungsi, Skudai: Penerbit UTM.
Solomons T.W.G. (1992), Organic Chemistry, 5th Ed., New York: John Wiley & Sons.
SSC 1703 Kimia Tak Organik I
Struktur Atom: Kaitan konfigurasi elektron dengan penembusan dan pemerisaian elektron, kaitan dengan sifat fizikal
dan kimia. Struktur Molekul dan Ikatan: Struktur Lewis, Teori Ikatan Valens, Penghibridan melibatkan orbital 'd' dan
bentuk molekul. Asid-Bes : Asas tindak balas asid/bes Lewis, kaitan kalaan dalam kekuatan asid, kekuatan asid okso.
Jadual Berkala Secara Am: Penerangan ringkas pembahagian logam dan bukan logam mengikut pelbagai tafsiran.
Unsur Hidrogen: Air, pengswaionan air, Jenis-jenis hidrida dan tindak balasnya. Unsur Blok 's': Kitan tindak balas
redoks dengan rangkaian tenaga (tenaga pengionan, kitaran Born-Haber dan keterlarutan), penekanan kepada unsur
Li, Na, Mg dan Ca, Kewujudan semula jadi, Penyediaan, Sifat sebatian hidroksida, karbonat dan nitrat. Hubungan
pepenjuru antara Li dan Mg, Peranan ion Mg dan Ca dalam air liat. Unsur Blok 'p': penekanan kepada unsur dan
tindak balas beberapa sebatian B, Al, C, Si, Pb, N, P, O , S halogen serta unsur gas adi, (Sebatian dikaji termasuk
oksida, hidrida dan asid okso).
Rujukan:
Mohd Nordin Garif, Razak Ali, Rusmidah Ali dan Mustaffa Shamsuddin dan Zainab Ramli (1997), Modul Unsur
Kumpulan Utama, Skudai, Jabatan Kimia UTM.
Atkins P.W. & Beran J.A. (1992), General Chemistry, 2nd. Ed., New York, Scientific American Books, Part IV,
m.s. 697-857.
Shriver D.F., Atkins P.W. & Langford C.H. (1990), Inorganic Chemistry' , London: Oxford Univ. Press,
Part 3 & 4, m.s. 266-538.
Cotton F.A. & Wilkinson G., Basic Inorganic Chemistry, New York, John Wiley & Sons.
Jolly W.L. (1992), Kimia Tak Organik Moden, (terjemahan), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
SSC 1801 Amali Kimia IA
Amali menumpukan untuk melihat beberapa ciri asas sebatian kimia tak organik berasaskan Kumpulan unsur. Ciri
Fizik; warna, keterlarutan dalam air dan pelarut organik, kekonduksian dan kesan pembakaran/pemanasan. Ciri Kimia;
Tindak balas dengan bes, asid, gas halogen, nitrat, sulfat, karbanat .
Rujukan:
Mohd Nordin Garif, Razak Ali, Rusmidah Ali dan Mustaffa Shamsuddin dan Zainab Ramli (1997), Unsur
Kumpulan Utama, Skudai, Jabatan Kimia UTM.
Atkins P.W. & Beran J.A. (1992), General Chemistry, 2nd. Ed., Part IV , New York: Scientific American Books,
Shriver D.F., Atkins P.W. & Langford C.H. (1990), Inorganic Chemistry, Part 3 & 4.Oxford Univ. Press
Jolly W.L. (1992), Kimia Tak Organik Moden, (terjemahan), Kuala Lumpur: DBP.
SSC 1811 Amali Kimia IB
Kelikatan Gas, Cecair dan Larutan; Pengukuran Dan Perbincangan Bagi Kuantiti Termodinamik, dan K;
Keseimbangan kimia dalam Larutan; Penyulingan Stim; Kebolehterlarut Campur Selengkapnya Bagi Fenol dan Air;
Pembentukan Suatu Eutektik Mudah;Taburan bagi bahan antara dua pelarut tak terlarut campur; Haba Pengionan
Bagi Air; Menentukan haba tindak balas; Menentukan nisbah muatan haba bagi Helium dan Karbon dioksida;
Ramalan secara Termodinamik dan Pengukuran Keterlarutan Naftalena; Penentuan Entalpi Pengewapan.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Rujukan:
Atkins P.W. (1998), Physical Chemistry, 6th. Ed., International Student Edition, Oxford: Oxford University Press.
Mortimer R. G. (1993), Physical Chemistry, California: The Benjamin/Cummings Publishing Co., Inc.
Laidler K.J., Meiser J.H. (1995) (terjemahan Satapah Ahmad & Mohd. Jain Noordin) Kimia Fizik I, Kuala
Lumpur: DBP.
Rock P.A. (2000) Termodinamik Kimia, (terjemahan Halimaton Hamdan dan Zaiton Ab. Majid) Skudai: Penerbit UTM.
SSC 1821 Amali Kimia IC
Memperkenalkan pelajar dengan beberapa kaedah yang terlibat dalam eksperimen kimia organik seperti kaedah
penghabluran, penghabluran semula, ekstrasi dan pemisahan cecair . Sintesis beberapa sebatian organik mudah
berdasarkan kumpulan berfungsi; alkohol, aldehida, keton asid karboksilik dan ester.
Rujukan:
Wade L.G. Jr. (1999), Organic Chemistry, 4th Ed., New Jersey: Prentice Hall International Inc..
Marrison R.T. and Boyd R.N. (1992), Organic Chemistry, 6th Ed., New Jersey: Prentice Hall International Inc.
Hasnah Mohd Sirat, Farediah Ahmad, Zakaria Bahari dan Muhammad Sum Idris (2000), Kimia Organik - Kumpulan
Berfungsi, Skudai: Penerbit UTM.
Solomons T.W.G. (1992), Organic Chemistry, 5th Ed., New York: John Wiley & Sons.
SSC 2203 Kimia Analisis I
Pengenalan kepada Kimia analisis, Analisis dan Pengolahan Data, penggunaan Statistik, Analisis Gravimetri, Analisis
Volumetri dan kromatografi.
Rujukan:
Skoog, West and Holler (1996), Fundermentals of Analytical Chemistry, 7th Ed.
Fritz and Schenk (1987), Quantitative Analytical Analysis, 5th Ed.
Christian and O'Reilly (1986), Instrumental Analysis, 2nd Ed.
Day and Underwood (1988), Quantitative Analysis, 6th Ed.
SSC 2213 Kimia Analisis II
Pengenalan kepada kaedah spektroskopi. Spektroskopi nampak-ultralembayung, Spektroskopi inframerah,
Spektroskopi resonans magnet nukleus, Spektroskopi serapan dan pancaram atom, Spektroskopi pendarfluor dan
pendarfosforor, Spektroskopi jisim. Pengenalan kepada kaedah elektrokimia, polarografi dan voltametri.
Rujukan:
Christian G.D. and O'Reilly, J.E. (1986), Instrumental Analysis, 2nd Ed., Boston: Allyn and Bacon.
Skoog D.A. and Leary J.J. (1992), Principles of Instrumental Analysis, 4th Ed., Forth Worth: Saunders College
Publication.
Ewing G.W. (1985), Instrumental Methods Analysis, 5th Ed, New York: McGraw-Hill.
Robinson J.W. (1987), Undergraduate Instrumental Analysis, 4th Ed., New York: Marcel and Dekker.
Willard H.H., Merritt L.L., Dean J. A. and Settle F.A. (1988), Instrumental Method of Analysis, 7th Ed.,
Belmont: Wardsworth.
Fifield F.W. and Kealey D.,(1986), Principles and Practice of Analytical Chemistry, 2nd Ed., Boston: Allyn and
Bacon.
Braun, R.D. (1987), Introduction to Instrumental Analysis, New York: Mc-Graw-Hill.
SSC 2303 Biokimia
Memperkenalkan karbohidrat, lipid dan asid amino. Aspeks matabolisme karbohidrat-glikolisis, kitar TCA, rantai
pernafasan, glukoneogenesis dan kitar heksosa nonofosfat. Metabolisme lipid-pengoksidaan beta asid lemak,
biosintesis asid lemak perlu. Metabolisme asid amino-katabolisme asid amino. Kitar urea.
Rujukan:
Abu Bakar Baba (1999), Pengenalan Bioteknologi, Skudai, Jab. Kimia, Fakulti Sains, UTM.
Walker J.M. and Gingold E.B. (Eds.) (1985), Molecular Biology and Biotechnologies, London: RSC.
Quellete R.P. and Cheremisinoff P.N. (1995), Applications of Biotechnology, Technomic Publ. Co.
Brown C.M., Campbell I. and Priest F.G. (1987), Introduction to Biotechnology, Oxford: Blackwell Scientific Publ.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SSC 2422 Spektroskopi
Pengenalan terhadap prinsip umum dan istilah asas spektroskopi. Aras tenaga getaran, putaran dan elektronik
molekul. Aturan pilihan. Spektroskopi getaran: Peralihan getaran-putaran molekul dwiatom; molekul poliatom,
frekuensi kumpulan dan ciri spektrum. Spektroskopi elektronik; peralihan dalam molekul dwiatom, struktur kasar
getaran, prinsip Frank-Condon dan janjang 'v'. Spektrum molekul poliatom. Spektroskopi resonans magnet nukleus:
Spin nukleus dalam medan magnet, keamatan garis spektrum, anjakan kimia dan gandingan spin-spin sistem 1H;
pengenalan RMN sistem 13C dan nukleus lain; pengenalan RMN 2-D dan p[enggunaan RMN dalam analisis struktur
molekul. Teknik dan keistemewaan kaedah Tranformasi Fourier dalam spektroskopi inframerah dan RMN.
Rujukan:
Vincent A.(1987), Simetri Molekul dan Teori Kumpulan, (terjemahan) Pulau Pinang: USM.
Banwell C.N., (1986), Asas Spektroskopi Molekul, (terjemahan) KL: DBP.
Chang R. (1971) Basic Principles of Spectroscopy, Kogakusha: McGraw-Hill
SSC 2613 Kimia Organik II
Spektroskopi Inframerah: Pengenalan dan pengenalpastian kumpulan berfungsi dengan inframerah. Amina: Struktur,
pengelasan, penamaan, sifat kebesan, penyediaan, tindak balas dan ujian visual. Garam diazonium: penyediaan, sifat
kimia dan kegunaan dalam sintesis. Stereokimia: Aspek stereokimia dalam sebatian hidrokarbon, keisomeran
geometri dan optik, keaktifan optik dan pengukurannya, sebatian meso, campuran rasem, resolusi dan penentuan
konfigurasi. Karbohaidrat: Pengelasan, monosakarida melitupi sifat fizik, mutaputaran, bentuk siklik, tindak balas dan
disakarida. Asid amino: Pengelasan, stereokimia, sifat ionik, sintesis, pemisahan dan tindak balas. Peptida:
Pengelasan, penentuan struktur dan sintesis. Protein: Pengelasan, sifat dan bentuk tiga dimensi, protein primer,
sekunder, tertier dan kuanterner. Lipid: Pengelasan, trigliserida, lemak dan minyak, tindak balas, fosfolipid, sabun,
terpena dan terpenoid, steroid dan vitamin. .
Rujukan:
Hasnah, M.S. Farediah, A, Zakaria, B, Muhammad Sum (1988), I, Kimia Organik Kumpulan Berfungsi, Skudai,
Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM.
Zimmerman H. and Zimmermant I. (1983), Elements of Organic Chemistry, 2nd Ed., MacMillan.
Wade, L.G. Jr (1991), Organic Chemistry, 2nd Ed, Prentice Hall.
R. T. MArrison and R. N. Boyd (1992), Organic Chemistry, 6th Ed, Prentice Hall.
SSC 2623 Kimia Polimer
Pengenalan kimia polimer, pengkelasa polimer, struktur polimer, penamaan polimer, jisim molekul polimer, suhu
peralihan terma (Tg dan Tm), sintesis polimer secara pempolimeran tambahan, kondensasi dan pembentukan gelang,
proses pengkopolimeran, kinetik pempolimeran, teknik pempolimeran dan sifat fizik polimer.
Rujukan:
Allock H. R. and Lampe F.W. (1990); Contemporary Polymer Chemistry, New York: Prentice Hall..
Mat bin Zakaria (1988); Prinsip Kimia Polimer, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.
Fried J. R. (1995), Polymer Science and Technology, New York: Prentice Hall.
SSC 2713 Kimia Tak Organik II
Kimia unsur peralihan: Kewujudan, kaedah ekstraksi, penulenan,, sifat fizik dan kimia, nombor pengoksidaan yang
berbagai-bagai dan penglibatannya dalam tindak balas kimia. Pengenalan kepada sebatian koordinatan; sejarah kimia
koordinatan dan teori koordinatan Werner. Ligan; pengelasan ligan dan logam, ligan polidentat dan pembentukan
molekul kelat. Tatanama sebatian koordinatan atau kompleks logam mengikut aturan IUPAC. Nombor koordinatan
dan stereokimia kompleks (penekanan diberi kepada nombor koordinatan 2 hingga 6). Keisomeran sebatian
kompleks; kestereoisomeran geometri dan optik. Pengikatan sebatian kompleks; Teori Ikatan Valensi (kejayaan dan
kelemahannya), Teori Medan Hablur: (pemecahan medan hablur di dalam medan oktahedral, tetrahedral dan empat
segi sama bersatah), Magnitud pemecahan medan hablur (?), Faktor yang mempengaruhi ? dan siri spektrokimia.
Ciri magnet kompleks; Pengisian elektron dalam orbital d logam pusat untuk kompleks spin tinggi dan spin rendah.
Spektrum elektronik kompleks; jenis peralihan elektron dan sifat warna kompleks. Teori Orbital Molekul yang
membincangkan pembinaan orbital molekul untuk kompleks yang mengandungi ikatan sigma (Pembentukan ikatan pi
logam-ligan, spektra perpindahan cas dan pengikatan balik. Tindak balas sebatian kompleks; Tindak balas ke atas
kompleks oktahedron dan empat segi sama satah. Mekanisme SN1 dan SN2. Tindak balas redoks. Pencirian
sebatian koordinatan. Penggunaan sebatian koordinatan.

Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Rujukan:
Razak Ali dan rakan-rakan (1999), Modul Kimia Koordinatan, Panel Kimia Tak Organik dan Organologam,
Skudai, Jabatan Kimia, UTM.
Bell F. (1994), Pengkelatan Logam: Prinsip dan Penggunaan, (terjemahkan oleh Mohd Nordin Garif), Skudai:
Penerbit UTM.
Ibrahim Baba & Abdul Hamid Othman (1991), Kimia Koordinatan, Kuala Lumpur: DBP.
Jolly W.L. (1992), Kimia Tak Organik Moden (terjemahan), Kuala Lumpur: DBP.
Kettle S.F.A. (1992), Sebatian Koordinatan (terjemahan), Kuala Lumpur: DBP.
Earshaw & T.J. Harrington (1982), Kimia Unsur-unsur Peralihan, (terjemahkan oleh Chio Hwi Tek), Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.
SSC 2831 Amali Kimia ID
Mempekenalkan kaedah analisis menggunakan kaedah klasik seperti gravimetri dan titrimetri. Kaedah analisis
berinstrumen seperti kaedah spektroskopi ultralembayung-nampak, spektroskopi pembakaran, spektroskopi serapan
atom, kromatografi lapisan tipis dan kromatogarfi gas.
Rujukan:
Skoog, West and Holler (1996), Fundermentals of Analytical Chemistry, 7th Ed.
Fritz and Schenk (1987), Quantitative Analytical Analysis, 5th Ed.
Christian and O'Reilly (1986), Instrumental Analysis, 2nd Ed.
Day and Underwood (1988), Quantitative Analysis, 6th Ed.
SSC 3433 Proses Kimia Industri
Pengenalan kepada Kimia Industri. Sumber bahan kimia. Proses makmal ke loji. Analisis dimensi. Pengenalan
imbangan bahan. Imbangan jisim keadaan tetap. Imbangan jisim keadaan tidak tetap. Pemindahan haba,; konduksi,
perolakan dan pancaran. Pengenalan rekabentuk penukar haba. Pemindahan jisim; Contoh proses penyulingan dan
penyerapan gas. Reaktor, jenis dan pengenalan rekabentuk. Kawalan Proses; rajah aliran proses dan automasi.
Rujukan:
Heaton A. (1994), The Chemical Industry, 2nd ed, London, Blackie Acad & Prof.
Heaton C.A. (1991), Introduction to Industrial Chemistry, 2nd ed, London, Blackie Acad & Prof.
Felder R.M., Rousseau R.W.(1986), Elementary Principles of Chemical Processes, 2nd ed, John-Wiley & Son, New York.
Shaheen E.I. (1975), Basic Practice of Chemical Engineering, Houghton Mifflin, Boston.
SSC 3722 Radiokimia
Struktur nukleus; keradioaktifan dan kestabilan nukleus; sifat sinaran; teknik pengesanan sinaran; alat pengesan
sinaran; hukum pereputan radioaktif; pengendalian bahan radioaktif; perlindungan sinaran; tindak balas nukleus;
penggunaan radioisotop dalam kimia analisis; analisis pencairan isotop; analisis pengaktifan neutron; pentarikhan
radiokarbon; reaktor nuklear dan bahan bakarreaktor; pengurusan sisa radioaktif.
Rujukan:
Ehmann W.D., Vance D.E. (1981), Radiochemistry and Nuclear Methods of Analysis, New York, John-Wiley & Sons. Inc.
Choppin G.R., Rydberg J. (1980), Nuclear Chemistry; Theory and Applications, 1st Ed, UK,. Pergamon Press.
McKay H.A.C. (1971), Principles of Radiochemistry, London, Butterworths.
SINOPSIS MATA PELAJARAN BIOLOGI
SSG 1103 Genetik Am
Mata pelajaran ini adalah pengenalan kepada cabang genetik termasuklah perwarisan dan variasi. Topik akan
meliputi hukum genetik mendel, penggunaan statistik, penentuan seks, sitogentik, genetik populasi serta perkaitannya
dengan kehidupan.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Rujukan:
Snustad, D.P., Simmons, M. and Jenkins, J.B. (1997). Principles of Genetics. New York: John Wiley & Sons, Inc.
Itam Sulaiman (1991). Konsep Genetik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stickberger, M.W. (1985) Genetics. 3rd ed. New York: MacMillan.
Zibay, G. (1987). Genetics, New York: The Benjamin/Cummings Publishing Co.
SSG 1113 Biologi Sel dan Molekul
Kursus ini meliputi ciri-ciri dan sifat kimia makromolekul dalam sistem biologi dan juga perbandingan dengan struktur
sel eukariot dan prokariot. Penekanan ditumpukan kepada sifat-sifat DNA dan RNA meliputi bagaimana
makromolekul ini diasingkan untuk proses replikasi, pengekspresen gen dan translasi. Kejuruteraan genetik juga
diperkenalkan untuk kesinambungan kursus peringkat tinggi.
Rujukan:
Clark, D.P. and Russel L.D. (1997). Molecular Biology Made Simple and Fun Cache River Press.
Madigan, M., Martinko. J. and Parker, J. (1997). Biology of Microorganisms: New York: Prentice Hall.
SSG 1203 Biokimia Sel dan Metabolisma
Pengenalan kepada metabolisma, kitaran metabolisma tenaga, ATP dsb. Pengenalan kepada karbohidrat, lipid, asid
amino dan beberapa aspek metabolisme yang meliputi proses anabolisme dan proses katabolisme karbohidrat, lipid
dan asid amino. Kitar TCA, pemfosforilan, glikolisis, laluan pentafosft dan glukoneogenesis. Biosintesis asid lemak,
penguraian asid amino, kitar urea. Pengkelasan enzim dan penamaan serta tindak blas enzim termasuk kinetik, nilai
Km, Vmax dsb akan disentuh.
Rujukan:
Cohn, E.E., Stumpf, P.K. Breuning dan Poi, R.H. (1988). Outlines of Biochemistry, New York: John Wiley and Sons.
Styer, L. (1981) Biochemistry, Freeman and Company.
Lehninger, A. (1981), Biochemistry, New York: Worth.
Rahim, Z.H.A. (1992). Karbohidrat: Kimia dan Metabolismenya, Kuala Lumpur: DBP.
Plummer, D.T. (1989). Biochemistry of Life, London: McGraw Hill.
SSG 1303 Mikrobiologi
Matapelajaran ini memperkenalkan konsep asas mikrobiologi. Pengkelasan mikroorganisma. Perbincangan
beberapa kelas mikroorganisma terutamanya bakteria dari aspek anatomi, pertumbuhan, metabolisme dan
genetiknya. Pengawalan fizik dan kimia mikroorganisma. Aspek kesihatan dan industri yang berkaitan dengan
mikroorganisma.
Rujukan:
Alcamo, I.E. (1997). Fundamentals of Microbiology. 2nd Ed. Saunders College Publication.
Madigan, M. et al. (1997). Biology of Microorganismas. New York: Prentice Hall.
Tortora, G.J.. Microbiology : An Introduction. 6th Ed., New York: Benjamin Cummings Publication.
SSG 1801 Amali Biokimia Sel dan Metabolisme
Eksperimen yang telah disusun dalam amali biokimia ini adalah pendedahan awal pelajar di peringkat ijazah sarjana
muda sains kepada teknik-teknik asas yang sering digunakan dalam kajian biomolekul seperti karbohidrat, lipid dan
protein. Eksperimen meliputi penggunaan spektrofotometer dan alat pengempar yang lazim digunakan dalam
penentuan kuantitatif dan pengasingan biomolekul. Selain itu, ujian kualitatif karbohidrat, lipid, protein dan teknik asas
dalam pengasingan protein juga dimuatkan. Pelajar juga akan didedahkan kepada eksperimen bagi penentuan kinetik
enzim.
Rujukan:
Wilson, K. dan Walker, J. (1994). Principles and Techniques of Practical Biochemesitry (4th Ed.) Cambridge, Chiv. Press.
Conn. E. E. et al (1985). Asas Biokimia (Terjemahan Rosiyah A.l dan Norhayati M.M) Kuala Lumpur : DBP.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
SSG 1811 Amali Microbilogi
Amali ini memperkenalkan konsep dan teknik asas dalam mirobiologi. Pelajar akan didedahkan kepada kaedah am
yang lazim digunakan dalam makmal mikrobiologi. Penekanan diberikan kepada teknik aseptik dan pensterilan serta
pengkulturan dan pencirian mikroorganisma.
Rujukan:
Alcamo, I.E. (1997). Fundamentals of Microbiology. 2nd Ed.: Saunders College Publication.
Madigan, M. et al. (1997). Biology of Microorganismas. New York: Prentice Hall.
Tortora, G.J. (1998). Microbiology - An Introduction. 6th Ed., New York: Benjamin Cummings Publication.
SSG 2163 Botani
Kursus ini adalah pengenalan umum kepada pengkelasan tumbuhan; kitaran hidup; habitat; morfologi dan anatomi
tumbuhan secara umum dan khusus bahagian-bahagian penting yang terlibat dalam pembiakan; sistem pembiakan
jantan dan betina, cara pemakanan, cara pembiakan, penyebaran, persenyawaan, percambahan dan hormon; struktur
dan fungsi. Fungsi pemakanan dan mineral kepada tumbuhan. Pengenalan kepada sistem metabolik tumbuhan;
fotosintesis dan respirasi sel. Sistem pengangkutan dalam tumbuhan, air, mineral terlarut dan makanan.
Rujukan:
Wallace et al. (1996). The Science of Life (4th Ed.), New York: Harper Collins.
Salisbury F.B and Ross, c.w. (1992). Plant Fisiology, Kuala Lumpur : DBP.
SSG 2223 Teknologi Enzim
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan enzim dan aplikasi enzim sebagai pemangkin biologi. Kursus ini meliputi
ciri-ciri enzim, penamaan kumpulan, pengkelasan dan struktur enzim. Kepentingan enzim berbanding dengan tindak
balas kimia. Teknik-teknik pengekstrakan, penulenan dan pencirian enzim. Applikasi utama enzim yang penting dari
segi komersial dan potensi, termasuk enzim-enzim yang terlibat dalam sintesis organik, antibiotik, steroid,
biotransormasi. Enzim tersekat gerak dalam pelbagai bahan penyokong dan aplikasi dalam pelbagai bidang.
Biosensor aplikasi dan dalam bidang industri dan perubatan. Penggunaan bioreaktor untuk penghasilan enzim.
Rujukan:
Adam M.W.W. dan Kelly R.M (1998). Finding and Using Hyperthermophilic Enzyme. Tibtech 16:329-332.
Buerk D.G. (1993). Biosensors: Theory Applications. Technomic Publishing Company Inc. USA
Eggins B.R. (1996). Biosensor : An Introduction. London: John Wiley.
Gerhartz, W. (1990). Enzymes in Industry : Production and Application. VCH Publication.
Fiecher, A. (1992). Enzymes. Products From Bacteria, Fungi And Plant Cells. Advances in Biochemical
Engineering/Biotechnolgy 45.
SSG 2363 Zoologi
Evolusi dan perkembangan filogeni, klasifikasi dan sistem-sistem kingdom. Protozoa dan invertebrata peringkat
rendah (aseolomat dan pseudosolomat) Seolomat (Kordata dan vertebrata peringkat tinggi). Kajian mengenai fungsi
pelbagai jenis tisu serta sistem organ-organ vertebrata (sistem saraf, peredaran limfa, kulit, ginjal, pernafasan, deria,
pembiakan dan lain-lain). Sedikit perbandingan fungsi organ tersebut daripada aspek penyesuaian terhadap
kumpulan/lingkungan di atas.
Rujukan:
Vander A.J (1994). Human Physiology the Mechanisms of Body Function. New York: Mc Graw-hill.
Gaaff, V. et. Al, (1995). The Concepts of Human Anatomy and Physiology (4th edition).New York: Wm. C. Brown.
Cambell, A.N (1996). Biology, New York: Benjamin and Cummings Publication.
SSG 3433 Aplikasi Bioteknologi
Kursus ini merangkumi aplikasi bioteknologi dalam bidang alam sekitar, industri perubatan, farmasi serta pemakanan.
Di antara topik yang akan diliputi ialah ciri penting organisma yang digunakan dalam industri penghasilan asid amino,
enzim dan antibiotik di peringkat industri. Aspek alam sekitar pula bioteknologi sangat penting terutama sekali dalam
merawat sisa di mana kepekatan logam adalah kurang dari 100ppm. Pelajar juga akan diberi tugasan mengenai topik
terkini bioteknologi dan tugasan ini akan dipersembahkan dalam bentuk laporan dan seminar.
Buku Panduan Akademik mulai sesi 2007/08
Rujukan:
Madigan, M. et al (1994). Biology of Microorganismas. New York: Prentice Hall.
Primerose S.B. (1995). Modern Biotechnology. London: Blackwell Scientific Publication.
SSG 4153 Biologi Manusia
Kursus ini membincangkan tentang evolusi manusia dan anatomi. Ia merangkumi pengenalan tentang struktur
dalaman dan luaran manusia termasuk ciri-ciri tulang. Sendi, saraf dan otot. Sistem peredaran darah, sistem
pernafasan, sistem penghadaman, sistem pembiakan dan perkumuhan juga akan dibincangkan dengan lebih lanjut.
Rujukan:
Chiras. D.D (1997), Human Biology (3rd Ed.). Jones and Bartlett Publishers.
Starr, C and Mc Millan (1999). Human Biology (3rd Ed.) Wadsworth Publisher.
SSG 4183 Biologi Gunaan
Kursus ini akan memberikan penekanan kepada aspek-aspek pemakanan, gerakbalas tumbuhan iaitu hormon, sistem
saraf, sistem endokrin, kesan kekurangan dan kelebihan hormon, perbandingan sistem saraf dan endokrin,
mikroorganisma berfaedah, bidang sains tanah. Bidang bioteknologi yang akan turut dibincangkan adalah aplikasi
teknologi penapaian, teknologi enzim, kultura tisu tumbuhan dan teknologi kejuruteraan genetik dalam industri,
pertanian dan alam sekitar.
Rujukan:
Ketchum P.A (1988). Microbiology: Concepts and Applications, Toronto: John Wiley and Sons.
Prave P., Faust U., Sittig, W. dan Sukatsch D.A. (1987). Basic Biotechnology, Weinheim: VCG Publishers.
Bhojwani S.S. (1990). Plant Tissue Culture: Applications and Limitations, Amsterdam: Elsevier.
Fox. B.A. dan Cameron, A.G. (1995). Food Science, Nutrition and Health, 6th Ed. London: Division of Hodder
Headline PLC.
<A<A<A<A<A<A<A<A<A<A<A<A

Anda mungkin juga menyukai