Anda di halaman 1dari 1

PENGALAMAN IKONIK

Perkataan Ikonik berasal daripada perkataan Ikon (icon) yang bermaksud gambaran.
Peringkat ikonik berlaku pada usia 2-4 tahun. Tahap ikonik, tahap ini adalah tahap
penguasaan konsep secara abstrak seperti menyebut nama, istilah, definisi, apakah
siswa sudah mampu mengatakannya.
Pada peringkat ini digunakan untuk kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran
mencapai peringat sanggup membentukkan penanggapan (persepsi) dan membina
gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk
menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej
dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa
melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang
disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk
penanggapan dan membina gambaran mental. Misalnya, walaupun tanpa
menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan itu
boleh melukakan tangan jika terkenanya.
Pengalaman ikonik adalah pengetahuan yang diperolehi oleh gambar-gambar yang
mewakili suatu konsep, tetapi tidak dapat mendefinisikan konsep tersebut. Misalnya
sebuah segitiga adalah menyatakan konsep kesegitigaan. Contoh pengalaman
ikonik adalah melalui rakaman audio, video, gambar bergerak, bahan pameran dan
lawatan.




Nama Ahli Kumpulan:
Lee Yen Yee
Ong Zhi Ting
Oo Woei Tian
Tan Wan Ting
Teoh Mee Ying
Wong Pooi Man

Anda mungkin juga menyukai