Anda di halaman 1dari 13

SJK(T) LADANG STRATHISLA,

31200 CHEMOR, PERAK


KOD SEKOLAH: ABD 2176

KERTAS KERJA
MEMBUAT TREK LOMPAT JAUH

ANJURAN
PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH, PERAK

DENGAN KERJASAMA
PIHAK SEKOLAH

TARIKH PELAKSANAAN
23 JULAI 2014 HINGGA 25 JULAI 2014

1. 0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan bagi membina
tapak kawasan mendarat lompat jauh di padang Sekolah Jenis Kebangsaan
(Tamil) Ladang Strathisla.
2.0 PENGENALAN
Berdasarkan pencapaian lalu, atlet-atlet sekolah ini lebih menyerlah dalam
acara padang. Ketika ini, semua latihan untuk acara padang terutama lompat
jauh yang sering menyumbang pingat dijalankan dengan menumpang di
Sekolah-sekolah berhampiran. Ketika jadual latihan bertindih antara dua
sekolah, para guru juga terpaksa membawa pelajar ke stadium atas
tanggungan guru dari segi keselamatan dan kewangan. Apabila latihan
dijalankan di luar sekolah, latihan untuk acara-acara lain pula terpaksa
ditangguhkan. Pembinaan kemudahan ini amat perlu bukan sahaja untuk
menyediakan para atlet sekolah yang mampu bersaing di peringkat daerah
malahan ia juga dapat membantu kepada pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana semua acara ini juga
merupakan kemahiran yang perlu diajar oleh para guru Pendidikan Jasmani.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membina gelanggang lompat jauh menurut piawai yang ditetapkan
3.2 Menyediakan atlet dengan latihan yang terbaik sebelum menyertai
kejohanan.
4.0 JUSTIFIKASI
4.1 Acara padang merupakan penyumbang terbesar pingat dalam kejohanan
Majlis Sukan Sekolah.
4.2 Latihan lompat jauh dijalankan dengan menumpang di Sekolah

berhampiran.
4.3 Guru menanggung risiko dengan membawa atlet menjalani latihan di
stadium.
4.4 Kemudahan juga perlu untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani.
4.5 Sekolah mempunyai tenaga mahir untuk acara padang.
.
5. CADANGAN
5.1 Membina gelanggang lompat jauh.
5.1.1 Cadangan tapak pembinaan
Pelan Padang SJK(T) LADANG STRATHISLA
cadangan kawasan pembinaan tapak lompat jauh lompat jauh
pagar

29.4m

60m
142.4m

o
o

31.7m

o
90m

23m

71.5m
32.3m
Surau

Gelanggang sepak takraw

Keluasan padang : 8793.16m2


lempar cakera

Rumah
pam
Pitch kriket

lontar peluru

5.1.2 Ukuran gelanggang


Lompat jauh dan lompat kijang
40m
9m
7m

9m

1m

papan lonjak : lebar 20cm

Landas lari : lebar 1.22m

: panjang 1.22m

3m

Kawasan mendarat : lebar 3m

:panjang 40m

:panjang 9m

: tinggi 10cm
: jarak; lompat jauh 1m

:dalam 0.5m
lompat kijang 7m & 9m

6.ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
Pembinaan/Alatan
1 Round up
2

Pasir halus

Kuantiti
1
1 lori

Harga per/unit
RM15.00

Jumlah(RM)
RM15.00

RM250.00

RM 250.00

per/lori
Jumlah

RM265.00

7. PENUTUP
Jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau
sebaliknya dalam membantu menjayakan cadangan membina kemudahan bagi
acara padang di padang Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Strathisla
untuk dijadikan sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sukan sekolah.

Disediakan Oleh,


(Rajiv Rao A/L Mohan Raw)
Pelatih IPGKI
Setiausaha Projek

Disemak Oleh,

(Pn.Velangani A/P Antohony)


Mentor
SJK(T) Ladang Strathisla

Diluluskan Oleh,
.
(Pn.Saraswathy A/P Arumugam)
Guru Besar
SJK(T) Ladang Strathisla

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : EUDIISHTRAN A/L GANEASA MOORHTY


PROGRAM : PISMP SEM 8
NAMA SEKOLAH : SJK (T) LADANG STRATHISLA
NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : PROJEK MEMBUAT TREK LOMPAT

b ..........................................--..JAUH
TEMPOH PELAKSANAAN : 23 JULAI 2014 HINGGA 25 JULAI 2014

OBJEKTIF

1. Membina gelanggang lompat jauh menurut piawai yang ditetapkan


2. Menyediakan atlet dengan latihan yang terbaik sebelum menyertai
kejohanan.
3. Mewujudkan sebuah gelanggang lompat jauh di sekolah
4. Memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti lompat jauh
STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan
cadangan dan idea.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
3. Memilih lokasi yang sesuai untuk membuat trek
4. Saya membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru
pembimbing dan Guru Besar. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli
bahan-bahan hiasan yang diperlukan.
5. Menyediakan peralatan yang diperlukan
6. Mengukur dan menandakan kawasan trek
7. Mencangkul rumput dan membuat trek
8. Mengambil gambar semasa melaksanakan projek
SEBELUM:

Sebelum memulakan projek, saya telah mengambil keputusan untuk


berjumpa dengan Guru Besar dahulu. Saya ingin berjumpa dan berbincang
dengan guru besar untuk mendapatkan cadangan dan idea. Walaupun saya telah
membuat draf untuk menjalankan beberapa projek tetapi persetujuan daripada
beliau amat memainkan peranan yang penting. Untuk itu saya telah berjumpa
dengan beliau pada awal projek dijalankan.
Apabila saya berbincang dengan beliau tentang projek ini, beliau berasa
amat gembira dan menggalakkan projek saya. Beliau mengatakan bahawa tidak
ada masalah jika saya membuat projek sebegini. Hal ini kerana sekolah sekarang
tidak mempunyai trek lompat jauh. Para guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani juga menghadapi masalah sewaktu mengajar acara lompat
jauh. Beliau telah mempersetujui dengan hasrat saya untuk membina satu trek
lompat jauh. Saya berasa amat gembira. Beliau juga turut mengatakan bahawa
beliau sudi membeli apa sahaja bahan yang dikehendaki untuk membuat trek
lompat jauh.
Selepas itu saya telah membuat perancangan dan persediaan. Saya
membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru pembimbing
dan Guru Besar. Untuk membuat kertas kerja tersebut saya telah mengambil
selama dua hari. Selepas itu, saya tunjukkan kepada Pn.Velangani iaitu mentor
kami. Apabila beliau katakan tiada masalah saya seterusnya menuju bilik guru
besar untuk mengesahkan kertas kerja kami.
Selepas kertas kerja disahkan, kami menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan untuk membuat trek lompat jauh. Walaupun kertas kerja diluluskan
tetapi bahan yang diperlukan tidak mencukupi. Saya perlu membeli Round up
yang berharga RM15 dan pasir satu lori yang berharga RM250. Oleh itu saya
terpaksa meminta dana daripada pihak sekolah. Pihak sekolah telah sudi
menanggung perbelanjaan itu sepenuhnya. Saya berasa amat bersyukur kerana

mendapat peluang menjalankan internship di sekolah ini. Dengan menggunakan


wang tersebut kami telah membeli pasir dan Round up.
Pekebun sekolah telah memberikan bantuan dalam menjayakan projek
saya ini. Beliau telah membekalkan cangkul, pita pengukur, tali rafya, papan dan
gergaji. Saya berasa bersyukur kerana dapat bantuan beliau tepat pada masanya.
Saya telah mengambil masa selama dua hari untuk menyediakan peralatan yang
diperlukan untuk memulakan projek saya ini.
SEMASA:
Saya telah memilih lokasi yang sesuai untuk membina trek lompat jauh ini
dan menunjukkan kepada mentor. Beliau telah setuju dan memberi kebebasan
kepada saya untuk memilih tempat yang sesuai bagi pembinaan trek lompat jauh.
Saya telah mendapatkan ukuran trek dari buku Kesukanan Olahraga Amatur
Malaysia (KOAM). Saya menggunakan pita pengukur untuk mengukur kawasan
trek supaya sesuai dengan piawai yang ditetapkan.
Setelah mengukur saya telah menandakan setiap penjuru dengan kayu
penanda yang diberikan oleh pekebun sekolah. Setelah memacakkan kayu
penanda saya telah mengikatkan setiap kayu dengan tali rafya. Setelah siap diikat
saya dapat melihat kawasan trek yang hendak dibuat. Seterusnya saya
menyembur round up bagi matikan rumput di kawasan trek. Sehari setelah
penyemburan round up rumput telah mati dan kering. Hari seterusnya, saya telah
mula mencangkul kawasan trek. Saya berasa senang ketika mencangkul kerana
rumputnya sudah pun mati dan kering. Namun begitu saya mengambil masa
selama dua hari untuk siap mencangkul dan membersihkan kawasan trek.
Setelah kawasan trek sudah pun sedia saya telah memanggil pembekal
pasir dan memesan pasir sebanyak selori. Setelah dua jam dipesan pasir
sebanyak selori sampai di kawasan sekolah. Saya memesan kepada mereka

supaya tuangkan pasir pada kawasan mendarat trek lompat jauh. Setelah pasir
dituangkan satu trek lompat jauh siap dibuat dan sedia digunakan.
SELEPAS:
Trek lompat jauh akhirnya dapat disiapkan pada minggu kedua internship.
Mentor dan guru besar amat berterima kasih kepada saya kerana menghasilkan
trek lompat jauh ini. Kini guru pendidikan jasmani dapat mengajar acara lompat
jauh tanpa sebarang masalah dan acara lompat jauh juga dapat diadakan pada
hari sukan akan datang.
Saya telah menyediakan laporan bagi projek ini dengan bantuan rakan guru
pelatih saya. Selain itu saya juga membuat refleksi berkaitan dengan projek
tersebut sebagai mereflek balik tentang apa yang telah saya laksanakan. Saya
dapat merasakan satu pengalaman yang baharu dengan membuat satu trek
lompat jauh. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari cara serta
halangan yang bakal saya hadapi ketika melaksanakan sesuatu projek di sekolah.
Kami harap pengalaman ini akan membantu saya semasa berhadapan dengan
satu komuniti baharu di sekolah baru yang saya akan berkhidmat kemudian.
Guru sekolah ini juga banyak memuji saya kerana telah menghasilkan
sesuatu yang diperlukan di sekolah. Akhir sekali, saya berharap agar murid-murid
dan guru sekolah dapat menggunakan dan menjaga trek lompat jauh sekolah agar
dapat digunakan buat selamanya.

REFLEKSI
KEKUATAN:
Semasa kami sedang mengendalikan beberapa projek lain yang harus
diselesaikan mengikut kadar waktu yang diberikan, saya dan rakan seperjuangan
telah merancang anggaran perbelanjaan dan kos pelaksanaan aktiviti. Saya telah
menyenaraikan senarai barangan yang saya perlukan dan kami telah usulkan
kepada mentor mengenai perbelanjaan yang kami ingin gunakan untuk projek ini.
Kami

juga menggunakan alternatif lain sebagai salah satu cara untuk

mendapatkan dana dengan menggunakan kewangan

biasiswa kami untuk

membeli barangan yang tidak mahal. Kami tidak berasa terbeban untuk
mengeluarkan sedikit kewangan dari pihak kami kerana saya merasakan ini satu
amal ibadat yang akan berkekalan pahalanya hingga ke akhirat kelak.
Pihak sekolah juga merupakan salah satu kekuatan kepada projek ini,
mereka telah melayan kami dengan begitu mesra. Mereka mendengar dan
menerima pandangan kami dengan hati terbuka. Mentor kami iaitu Pn.A.Velangani
telah membimbing kami sepanjang projek. Beliau telah memberi sokongan moral
kepada kami. Seterusnya guru besar sekolah Puan Pn.Saraswathy turut
membantu kami dengan pelbagai cara. Beliau menerima segala pandangan idea
kami dengan hati terbuka. Beliau turut meluluskan sumber kewangan yang
dikehendaki tanpa membebankan kami. Kami berasa bertuah kerana dapat
menjalani internship di sekolah seperti ini.
Projek ini telah mewujudkan satu trek lompat jauh di sekolah ini. Ia memberi
peluang kepada murid untuk menjalani latihan lompat jauh. Guru sekolah juga
boleh menggunakan trek lompat jauh semasa pengajaran pendidikan jasmani.
Acara lompat jauh juga dapat diadakan di sekolah selepas ini. Ia juga dapat
meningkatkan bakat murid dalam acara lompat jauh.

Rakan guru pelatih juga menjadi satu kekuatan bagi projek ini. Apa yang
saya dapati berdasarkan pengalaman menyiapkan projek trek lompat jauh ialah
kerjasama dan toleransi yang telah diberikan oleh rakan seperjuangan. Saya
berasa amat bersyukur kerana mempunyai rakan seperjuangan yang begitu
memahami dan sering membantu ketika memerlukan. Kerjasama merupakan satu
elemen yang penting bagi memastikan setiap gerak kerja dapat dijalankan dengan
baik dan mesra tanpa perlu bermasam muka dan bermusuhan. Saya berasa amat
berpuas hati kerana dapat menyumbang sesuatu untuk bangsa dan juga untuk
sekolah. saya hanya inginkan yang terbaik bagi murid-murid di sekolah.
KELEMAHAN:
Saya tidak menafikan terdapat juga beberapa kelemahan yang kami lalui
sepanjang mengendalikan projek ini . Namun, saya dan rakan seperjuangan
menganggap bahawa itu adalah cabaran-cabaran yang mematangkan fikiran kami
agar menjadi lebih berdikari dalam membuat sesuatu keputusan. Saya dan rakan
seperjuangan juga menganggap ia merupakan satu kemahiran baru kepada kami
dalam menyelesaikan masalah yang mendatang secara tiba-tiba. Lantaran itu,
setiap cabaran itu pasti punya hikmah tersendiri.
Satu satunya cabaran yang saya hadapi ialah cuaca. Sewaktu saya
membuat projek ini keadaan cuaca panas terik. Keadaan itu melemahkan dan
meletihkan badan dengan cepat. Ia melambatkan projek ini. Saya terpaksa buat
projek ini di tengah padang dan di bawah

cahaya matahari yang panas. Ia

menyebabkan saya mengalami sakit kepala.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Untuk projek seperti ini masa yang lebih perlu diperuntukkan. Kerja perlu
dimulakan

sebelum

cahaya

matahari

menjadi

terik.

Memakai

topi

bagi

mengelakkan cahaya matahari terus terkena kepala dan menyebabkan sakit

kepala. Setelah cuaca menjadi panas kerja harus dihentikan dan sambung pada
sebelah petang setelah cuaca tidak panas.
KESIMPULAN:
Secara tuntasnya, dapat dikatakan bahawa matlamat projek ini telah
tercapai seperti yang dirancang dengan sempurna. Murid-murid dapat didedahkan
mengenai acara lompat jauh. Projek ini juga telah menyediakan satu saluran
kepada murid-murid untuk mempelajari tentang satu acara yang baru kepada
mereka iaitu lompat jauh.
Kesimpulannya, saya berasa amat gembira kerana dapat melaksanakan
projek trek lompat jauh ini walaupun terdapat kekangan-kekangan dan halangan
yang datang. Tetapi hasil kerjasama yang padu daripada pihak-pihak yang terlibat
sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam menjayakan
projek ini.

Disediakan Oleh,

(Eudiishtran A/L Ganeasa Moorhty)


Pelatih IPGKI
Setiausaha Projek

Disemak Oleh,

(Pn.Velangani A/P Antohony)


Mentor
SJK(T) Ladang Strathisla

Diluluskan Oleh,
.
(Pn.Saraswathy A/P Arumugam)
Guru Besar
SJK(T) Ladang Strathisla

Anda mungkin juga menyukai