Anda di halaman 1dari 20

1

Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada hari ini telah menyebabkan
perubahan terhadap corak kehidupan masyarakat pada hari ini. Perkembangan teknologi ini
juga memberi pelbagai peluang kepada para pelajar agar mampu belajar dengan lebih baik
serta telah mengubah kaedah pengajaran dalam kalangan guru-guru. Menurut Shin (2009),
pengetahuan teknologi pengetahuan kandungan (PTPK) adalah perkara yang bermakna
kepada guru dalam mengintergerasikan teknologi dengan jayanya dalam proses pengajaran.
Program latihan perguruan perlu diteliti dengan merancang dan melaksanakannya agar
menghasilkan guru yang seimbang dari segi kandungan pedagogi dan teknologi.

Pengetahuan teknologi pengetahuan kandungan (PTPK) merupakan kombinasi tiga
komponen utama iaitu teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan. Menurut Mishra dan
Koehler (2006), pada mulanya rangka kerja pengetahuan guru mengintergerasikan teknologi
dikenali sebagai teknologi pedagogi kandungan (TPCK) dan kini dikenali sebagai teknologi
pengatahuan pedagogi kandungan (TPACK). Rangka kerja ini dibina oleh Shulman (1986)
iaitu pengetahuan pedagogi kandungan (PCK) dengan melibatkan aspek teknologi.

Kerangka Kerja Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)

Kerangka kerja pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) terbina melalui
penerangan Shulman (1986) apabila menggambarkan bagaimana akan kefahaman guru-guru
tentang teknologi pendidikan dan gabungan pengetahuan pedagogi kandungan (PCK) bagi
menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan. Kerangka kerja pengetahuan teknologi
pedagogi kandungan (PTPK) telah dibangunkan oleh Mishra dan Koehler. Di dalam
kerangka kerja ini terdapat tiga komponen utama yang telah digabungkan iaitu kandungan
pengetahuan guru, pedagogi dan teknologi.

Kandungan pengetahuan (KP) adalah pengetahuan guru mengenai perkara yang perlu
dipelajari ataupun perkara yang perlu diajar. Kandungan pengetahuan adalah berbeza
mengikut mata pelajaran yang diajar. Pengetahuan kandungan bagi mata pelajaran yang
diajar oleh seseorang guru adalah amat penting agar proses pembelajaran dan pengajaran
berlaku dengan lebih berkesan. Menurut Shulman (1986), pengetahuan kandungan
termasuklah pengetahuan mengenai konsep, teori, idea-idea, rangka kerja organisasi,
2

pengetahuan keterangan dan bukti serta pendekatan ke arah membangankan pegetahuan
tersebut.

Pengetahuan kandungan (PK) pula merupakan pengetahuan yang mendalam bagi
guru-guru yang merangkumi proses pengajaran, amalan pengajaran, kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Pedagogi juga merangkumi tujuan pendidikan, nilai-nilai dan matlamat
pendidikan tersebut. Selain itu, pengetahuan pedagogi juga merangkumi pengetahuan generic
tentang bagaimana pelajar belajar, kemahiran mengurus kelas, perancangan mengajar serta
penilaian terhadap pencapaian para pelajar. Sebagai guru, pengetahuan pedagogi dalam
memahami bagaimana para pelajar membina pengetahuan baru, menggunakan kemahiran-
kemahiran yang ada serta membiana tabiat positif dalam pembelajaran adalah sangat penting.
Oleh itu, pengetahuan pedagogi memerlukan pemahaman kognitif, sosial, dan perkembangan
teori-teori pembelajaran dan bagaimana ia diaplikasikan di dalam kelas.

Pengetahuan teknologi yang dimaksudkan dalam model ini adalah berkaitan dengan
kelancaran dan kemampuan menggunakan teknologi maklumat. Pengetahuan teknologi
mencakupi penggunaan teknologi sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam
kelas. Penggunaan teknologi dalam urusan pembelajaran dan pengajaran mampu
membuatkan seseorang guru menyelesaikan tugasnya dengan pelbagai cara yang
membolehkan objektif pembelajaran dicapai. Menurut Ball dan Stacey (2005), penggunaan
teknologi bagi mata pelajaran matematik mempunyai potensi yang tinggi dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

3


Rajah : Model Pembentukan PTPK (Mishra dan Koehler 2006).


Isu-isu dan masalah

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) menekankan penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini jelas apabila anjakan yang ke tujuh di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) menjelaskan
memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia. Melalui anjakan ini, Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berusaha
meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi
kesemua 10,000 sekolah menjelang 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan
mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet. Rangkaian ini akan
bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan
oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan
pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya. Bagi memaksimumkan impak
pelaburan, Kementerian juga akan membuat pelaburan dalam latihan kecekapan ICT untuk
semua guru dan secara beransur-ansur meningkatkan nisbah perantimurid daripada hampir
1:30 pada tahun 2011 kepada 1:10 menjelang tahun 2020. Bagi memastikan kecekapan kos,
4

Kementerian akan melabur dalam peranti yang sesuai dengan tujuan penggunaan, seperti
komputer asas atau komputer riba kos rendah. Kementerian juga akan mengkaji penggunaan
kemudahan ICT alternatif yang baharu serta lebih murah berbanding dengan makmal
komputer yang ada sekarang, seperti perpustakaan peminjaman komputer riba dan
computer-on-wheels.

Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) juga berusaha menambahkan kandungan
atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru
terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013. Guru boleh
mengakses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. Akses kepada
sumber ini akan dimulakan dengan pewujudan satu perpustakaan video pengajaran oleh Guru
Cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain akan ditambah dalam perpustakaan video dari semasa ke
semasa. Guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea, dan murid pula dapat
menjadikannya sebagai alat ulang kaji. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran
jarak jauh dan pembelajaran berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan
pembelajaran yang lebih khusus. Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman
pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang
tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung dengan guru terbaik negara melalui
program pembelajaran jarak jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar sendiri, dengan
guru bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal kandungan mata
pelajaran secara langsung. Program perintis inovasi ini akan dimulakan pada tahun 2016.
Program yang berjaya akan dilaksanakan di seluruh negara. (Kementrian Pelajaran Malaysia,
2013).

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada hari ini telah
mempengaruhi minat dan kaedah pembelajaran para pelajar. Para pelajar pada hari ini lebih
gemar mengakses internet bagi mencari maklumat dan bahan pembelajaran. Ini jelas apabila
wujudnya enjin gelintar seperti yahoo, google dan sebagainya yang mewarnai dunia teknologi
maklumat dan komunikasi. Menurut kajian Jeong-Bae Son (2006) penggunaan komputer
dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian
pelajar. Pada hari ini semua maklumat boleh diumpamakan terletak di hujung jari.
Penggunaan teknologi seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mampu
mencetuskan perasaan minat dan rasa seronok dalam kalangan para pelajar hari ini.
5

Tambahan pula, rata-rata para pelajar sudah memiliki telefon pintar bagi memudahkan
mengakses internet serta menggunakan aplikasi-aplikasi komunikasi yang terdapat pada
telefon pintar.

Penggunaan teknologi mampu memudahkan guru-guru dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Para pelajar mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza. Kajian menunjukkan bahawa kira-kira 30% orang adalah belajar secara visual
dan lebih gemar belajar dengan bantuan imej dan gambar. Kira-kira 30% lagi adalah melalui
auditori; mereka lebih gemar belajar melalui bercakap dan mendengar. Kira-kira 40% adalah
melalui fizikal yang gemar untuk melakukan perkara-perkara melalui pengalaman atau
latihan hands-on. Semakin banyak pancaindera yang terlibat, lebih mudah kita belajar dan
mengingat. Kajian ini mencadangkan penggunaan komunikasi berperantaraan seperti
komputer sebagai alat untuk mengajar pelbagai deria bagi membolehkan pelajar
menggunakan 3 memori iaitu penglihatan, pendengaran, dan praktikal supaya proses
mengingat akan lebih cepat dan lebih baik. Menurut Welsh (1997), alat mengajar yang
mampu merangsang deria penglihatan dan pendengaran memainkan peranan yang penting di
dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

Penggunaan komputer dan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari
ini mampu meningkatkan kefahaman dan minat para pelajar. Selain itu komputer dan internet
boleh dikategorikan sebagai pemudah cara oleh guru-guru bagi tujuan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran di dalam kelas. Komputer dapat dijadikan sebagai alat pendidikan sepanjang
hayat, digunakan pada jarak yang berbeza serta memberikan motivasi yang lebih baik kepada
pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran, memberi sokongan persekitaran
pendidikan dan meningkatan fleksibiliti merupakan sebab-sebab utama untuk peggunaan
komputer dalam proses pendidikan (Alkan, 1997; Keser, 1988). Teknologi telah dibuktikan
dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara
tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi
maklumat (Roblyer & Schwier, 2003).

Penyediaan alatan teknologi sebagai alat bantu mengajar perlu diberi penekanan oleh
pentadbir sekolah. Ini kerana sebagai ketua di sekolah, pentadbir perlu memastikan segala
kemudahan teknologi di sekolah berada dalam keadaan baik agar memudahkan guru-guru
mngimplimentasikan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut
6

beberapa penyelidik bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Mohd Izham & Norazah,
2007; Hall, Hord & Griffin, 1980; Hall, 1988) berpendapat bahawa segala perubahan sekolah
terutamanya tentang pelaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah
perlu bermula daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri iaitu pentadbir
selaku pemimpin sekolah perlu merangka dan merancang segala perubahan budaya positif
dan teknologi yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah.
Pandangan ini adalah selaras dengan dapatan kajian tentang pembudayaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah oleh McLaughlin (1977) yang mendapati
bahawa kejayaan sesuatu perubahan budaya perlu bermula dengan peranan yang dilakukan
dengan jaya oleh pentadbir atau pemimpin sekolah.

Matlamat Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan mengimplimentasikan pengetahuan
teknologi pedagogi kandungan (PTPK) terhadap pencapaian dan kesan positif terhadap sikap
para pelajar.

Objektif Kajian
Terdapat dua objektif dalam kajian metaanalisis ini:
I) Mengenal pasti sama ada pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK)
menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian para pelajar.

II) Mengenal pasti sama ada mengimplimentasikan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran (PTPK) mampu memberikan kesan positif terhadap sikap para
pelajar.

Persoalan kajian
Terdapat dua persoalan dalam kajian metaanalisis ini iaitu:
I) Adakah pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) menunjukkan kesan
positif terhadap pencapaian para pelajar?

II) Adakah mengimplimentasikan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan
(PTPK) mampu memberikan kesan positif terhadap sikap para pelajar?

7

Tinjauan Literatur

PTPK adalah berasaskan idea Shulman (1987), mengenai pengetahuan pedagogi kandungan
(PPK). PPK merupakan pengetahuan hasil gabungan antara pengetahuan pedagogi am
dengan pengetahuan kandungan (Shulman, Grossman, 1987). Pengetahuan pedagogi am
dalam PPK meliputi pengetahuan menggunakan teknologi pengajaran yang disesuaikan
dengan keperluan isi pelajaran supaya pengajaran memudahkan pembelajaran. Mishra dan
Koehler (2006), kemudian mengemukakan kerangka pembentukan PTPK yang jelas
memisahkan pengetahuan teknologi sebagai salah satu domain yang perlu bukan sahaja perlu
dikuasai malah diadun dengan pengetahuan pedagogi dan kandungan. PTPK dianggap asas
kepada pengajaran yang berkesan. PTPK memerlukan pemahaman baik tentang konsep
menggunakan teknologi sesuai dengan pedagogi yang menggunakan untuk mengajar isi
kandungan menjadikan pembelajaran lebih mudah, membantu menyelesaikan masalah yang
dikemukan atau membangunkan pengetahuan baru (Hughes,J,2005, Keating, T., & Evans, E,
2001, Margerum-Leys, J., & Marx, R, 2002, Niess, M. L, 2005, Zhao, Y.,2003). Menurut
Kishra dan Koehler (2006), guru seharusnya melihat bagaimana teknologi digunakan
tambahan pula dengan hanya memperkenalkan teknologi dalam proses pendidikan adalah
tidak memadai. Tumpuan utama seharusnya adalah menyelidik bagaimana teknologi
digunakan dengan baik (Mohammad Najib Abdul Ghafar, 1999) berasaskan teori-teori proses
mengintegrasikan teknologi, pedagogi dan kandungan( Issroff, K., & Scanlon, E, 2002, Selfe,
C, 1990).

Lampert dan Ball (1999) melaporkan bahawa persediaan profesional guru-guru baru
selalunya tidak bermakna atau tidak praktikal dan bakal-bakal guru ini sering dipengaruhi
oleh apa yang mereka lihat apabila guru mereka mengajar. Ekoran itu, sepanjang lima tahun
lepas penyelidik telah memulakan program penyelidikan yang sistematik dalam usaha untuk
mengenal pasti kekurangan kerangka teori untuk membimbing guru perlatih dalam
penyepaduan teknologi. Tujuan program penyelidikan tersebut adalah untuk
memperkembangkan teori dan model-model untuk penyelidikan yang menyeluruh dalam
bidang pendidiksn guru tentang penyepaduan teknologi (Mishra & Koehler, 2006; Angeli,
2008). Usaha mereka telah menghasilkan konsep pengetahuan teknologi pedagogi kandungan
atau PTPK yang memberi perhatian kepada merancang dan mengajar secara efektif
menggunakan teknologi (Mishra & Koehler, 2006; Niess, 2005). Menurut Mishra dan Koeler
(2006), secara praktiknya, PTPK merupakan gabungan elemen kandungan, pedagogi dan
8

teknologi. Konsep ini mengutarakan kemahiran penggunaan teknologi dalam pendidikan
haruslah memberi perhatian kepada ketiga aspek ini supaya tidak terbatas kepada kemahiran
teknologi sahaja sehingga penggunaan teknologi dalam bilik darjah tidak berkesan. PTPK
boleh dilihat sebagai jelmaan daripada Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK),
Pengetahuan Teknologi Kandungan (PTK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP), dan
apabila digabungjalinkan ia menjadi Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK).

Metodologi kajian

Pencarian artikal dan jernal bagi kajian metaanalisis ini adalah melalui beberapa sumber
database di internet seperti EBSCO Host, SCOPUS, Dogpile, Science Direct, Google
Scholar dan ProQuest. Pencarian kesemua artikal dan jernal ini adalah yang telah diterbitkan
dalam jangka masa tahun tertentu. Jangka tahun yang dipilih adalah antara tahun 2005
sehingga 2014. Rasionalnya pemilihan artikal dan jernal pada jangka tahun yang dipilih
adalah bagi memastikan kajian-kajian yang dipilih merupakan kajian yang baru dan mengikut
perkembangan pendidikan terkini. Artikal dan jernal yang dipilih juga adalah merangkumi
artikal dan jernal yang diterbitkan di dalam negara dan luar negara. Pencarian ini merupakan
salah satu cara agar artikal dan jernal yang dipilih lebih luas dan banyak serta merangkumi
kajian-kajian yang dilakukan penyelidik antarabangsa. Pelbagai kata kunci yang dipilih bagi
memperoleh kajian-kajian primer dari sumber database yang dipilih. Namun begitu, kata
kunci yang dipilih mestilah berangkai dengan tajuk utama iaitu pengetahuan teknologi
pedagogi kandungan. Kata kunci yang telah dipilih adalah Kata kunci yang telah digunakan
dalam pencarian adalah effectiveness of technological pedagogical content knowledge,
Effect of technological pedagogical knowledge, technology and achievement of students,
using technology in teaching, effect of technology in student achievement, using internet in
teaching achievement, effectiveness of video in teaching, effectiveness of internet in
teaching, keberkesanan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan
teknologi dalam pendidikan, keberkesanan video dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci yang digunakan bagi effectiveness technological pedagogical content
knowledge apabila diakses pada data base yang telah dipilih mengeluarkan 1653 artikal dan
jernal. Kata kunci bagi effect of technological pedagogical content knowledge
mengeluarkan 2542 artikal dan jernal. Kata kunci bagi technology and achievement of
students menegluarkan 31 artikal dan jernal. Kata kunci using of technology in teaching
9

mengeluarkan 118336 artikal dan jernal. Kata kunci effect of technology in students
achievement mengeluarkan 26 artikal dan jernal. Kata kunci using internet in teaching
achievement mengeluarkan 6936 artikal dan jernal. Kata kunci keberkesanan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran mengeluarkan 111000 artikel dan jernal. Kata kunci
keberkesanan teknologi dalam pendidikan menghasilkan 155000. Kata kunci keberkesanan
video dalam pendidikan mengeluarkan 301000 artikel dan jernal. Kata kunci keberkesanan
video dalam pengajaran dan pembelajaran mengeluarkan 110000 artikel dan jernal. Kata
kunci bagi effectiveness of video in teaching mengeluarkan 17162 artikel dan jernal. Kata
kunci bagi effectiveness of internet in teaching mengeluarkan 12191 artikal dan jernal.

Namun begitu, hanya artikal dan jernal yang berkaitan dengan kajian sahaja yang
diambil. Penulisan artikal yang berbentuk kertas konsep tidak diambil kira. Ini kerana hasil
penulisan kertas konsep tidak mempunyai data kajian. Kajian-kajian yang diambil ini dikira
sebagai sampel bagi kajian metaanalisis yang dilakukan. Saringan yang telah dilakukan pada
peringkat awal menghasilkan 76 buah atikal dan jernal yang berkaitan dengan pengetahuan
teknologi pedagogi kandungan. Saringan seterusnya, menghasilkan hanya 18 buah artikal dan
jernal yang melibatkan kesan terhadap pengimplimentasian teknologi di dalam pengajaran
dan pembelajaran. Namun begitu saringan yang terkahir menghasilkan 13 buah jernal dan
artikal jernal. Pengurangan ini disebabkan dapatan kajian yang dilakukan pada sampel ini
menggunakan analisis statistik seperti ANOVA, MANOVA serta ANCOVA di mana
pengiraan bagi mencari nilai saiz kesan tidak dapat dikira menggunakan formula saiz kesan
yang dicadangkan.

Prosedur Menganalisis Dapatan Kajian

Glass, et al. (1981) mengatakan bahawa meta-analisis adalah an approach to
researchintegration. Dengan kata lain, meta-analisis adalah analisis integratif terhadap
sejumlah besar hasil penelitian yang sejenis. Meta-analisis bertujuan untuk mendapatkan
suatu kesatuan pemahaman atau konklusi umum tentang hasil-hasil penelitian tersebut.Meta-
analisis bersifat kuantitatif kerana ia menggunakan penghitungan angka-angka dan statistik.
Ia merupakan satu kaedah sistematik untuk mensintesiskan kajian-kajian lepas dalam
bilangan yang agak besar.
10

Data statistik daripada setiap kajian telah direkodkan dalam bentuk skor min, sisihan
piawai, khi kuasa dua, ujian t dan nilai p. Kemudian, hasil dapatan kajian data statistik ini,
dikira kepada bentuk saiz kesan mengikut formula pengiraan saiz kesan yang disediakan oleh
Glass (1977).Saiz kesan mengikut Cohen (1988) iaitu saiz kesan (ES) < 0.2 ( saiz kesan
kecil ), 0.2<ES < 0.5 (saiz kesan sederhana) dan ES > 0.8 (saiz kesan besar).
Formula yang digunakan untuk pengiraan saiz kesan adalah bergantung kepada
sumber data empirikal yang diperolehi. Sesetengah kajian melaporkan nilai min, median dan
sisihan piawai yang diperolehi manakala ada juga sesetengah kajian yang tidak berbuat
demikian. Dalam penyelidikan ini, kebanyakan saiz kesan dikira menggunakan formula
berikut:


Jadual 1: Formula statistik yang digunakan untuk mengira kesan saiz







11

Dapatan kajian
Dapatan kajian bagi sampel-sampel (jernal dan artikal) yang berjumlah 13 telah dianalisis
bagi menentukan nilai saiz kesannya.

Pengkaji N Tahap
Pelajar
Jenis
Pendekatan
Teknologi
Pencapaian Kesan Saiz Kod
Siu Cheung
Kong
Pra : 28
Pasca: 44
universiti -laman web
mengadungi
video
-
Pencapaian
Pelajar (p)
P: 1.1796 C1
Robin Kay,
Ilona Kletskin
190 Universiti -video dalam
pengajaran
matematik
-
Pencapaian
pelajar (p)
P: 0.53 C2
Hakan Sevki
Ayvaci,
Yasemin
Devecioglu
Pra: 18
Pasca: 18
Pra sekolah -pembelajaran
berbantukan
komputer
-
Pencapaian
pelajar (p)
P: 0.5755 C3
Onur Koksal,
Nihan
Yagisan,
Ahmet Cekic
Pra : 28
Pasca: 28
Sekolah
Rendah
-kesan muzik
dalam
pembelajaran
-
pencapaian
pelajar (p)
- sikap
pelajar (s)
P: 1.2334
S: 0.9437
C4
Ibrahim. M.
A. Jbeili
Pra : 22
Pasca: 22
Sekolah
Rendah
-kesan peta
minda digital
-
pencapaian
pelajar (p)
P: 1.663 C5
Zehra Ezgi
Kara, Aynur
Semerci
Aksel
Pra: 19
Pasca: 19
universiti -Kesan muzik
dalam
pengajaran
tatabahasa
-
pencapaian
pelajar (p)
P: 0.7014 C6
Emine Cetin,
Mustafa
Pehlivan,
Esme
Hacieminoglu
Pra: 32
Pasca : 32
Sekolah
rendah
-Kesan
animasi
terhadap
sains dan
teknologi
- pencapain
pelajar (p)
- sikap
pelajar (s)
P: 1.48
S: 0.4814
C7
Ertugrul Usta Pra: 28
Pasca: 26
Universiti -kesan
pembelajaran
maya
-sikap
pelajar (s)
S: 0.09 C8
Zakaria Kasa
et al
-Kumpulan
sains
Pra: 104
Pasca: 104

-kumpulan
sains social
Pra:106
Pasca: 106
Universiti -
Keberkesanan
kuliah
menggunakan
webcast
-
pencapaian
pelajar (p)
P1:1.6932
P2: 1.0052
C9
Tan Choon
Keong, Carol
Abu
Pra : 32
Pasca: 32
Sekolah
Menengah
-Aplikasi
youtube
sebagai BBM
-
pencapaian
pelajar (P)
P: 0.4449 C10
12

Nor Ilyani
Harun et al
Rawatan:
31
Tradisional:
29
Sekolah
rendah
-
keberkesanan
komputer
dalam p&p
tatabahasa
-
pencapaian
pelajar(p)
P: 1.8303 C11
Ruey S. Shieh Pra : 38
Pasca : 38
Sekolah
menengah
-kesan
teknologi
membenarkan
pembelajaran
aktif terhadap
pembelajaran
pelajar
-
pencapaian
pelajar (p)
P: 0.3901 C12
Khorsandi M,
Kobra A,
eksperimen
: 60
kawalan: 60

Universiti -pebelajaran
secara on-line
- sikap
pelajar (S)
S: 0.2822 C13
Jadual 2: Saiz kesan bagi setiap sampel yang dikaji bagi pencapaian dan sikap.

Berdasarkan dapatan kajian, saiz kesan yang dicapai bagi nilai yang minimum adalah 0.09
(C8) manakala nilai maksimum adalah 1.8303 (C11). Jika dilihat pada skala Cohen (1988),
iaitu saiz kesan (ES) < 0.2 ( saiz kesan kecil ), 0.2<ES < 0.8 (saiz kesan sederhana) dan ES >
0.8 (saiz kesan besar). Nilai minimum 0.09 (C8) berada pada skala nilai saiz kesan kecil
manakala nilai maksimum 1.8303 (C11) berada pada skala saiz kesan besar. Jika ditinjau
pada sampel yang berada pada saiz kelas kecil, hanya terdapat satu sahaja sampel iaitu C8
dengan nilai 0.09. Bagi nilai saiz kelas yang sederhana pula, terdapat 7 sampel iaitu C2, C3,
C6, C7, C10, C12 dan C13 di mana sampel-sampel ini berada antara nilai saiz kesan antara
0.2 dan 0.8. Bagi nilai saiz kesan besar pula, terdapat 6 sampel iaitu C1, C4, C5, C7, C9 dan
C11. Nilai min bagi saiz kesan keseluruhan adalah 0.9077.








13

Graf kesan saiz pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) menunjukkan kesan
positif terhadap pencapaian para pelajar:

Jika dilihat pada graf kesan saiz pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK)
terhadap pencapaian pelajar, sampel-sampel yang dipilih adalah C1, C2, C3, C4, C5, C6, C7,
C9, C10, C11 dan C12. Nilai saiz kesan yang maksimum adalah 1.8303 iaitu pada sampel
C11 manakala nilai saiz kesan minimum adalah 0.3901 iaitu pada sampel C12. Nilai saiz
kesan yang maksimum (1.8303) terletak pada saiz kesan besar manakala nilai saiz kesan
minimum (0.3901) terletak pada saiz kesan sederhana (Cohen, 1988). Nilai min bagi saiz
kesan terhadap pencapaian pelajar adalah 0.9535 dan ia berada pada tahap saiz kesan besar.
Graf kesan saiz mengimplimentasikan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK)
mampu memberikan kesan positif terhadap sikap para pelajar:

14

Jika dilihat pada graf saiz kesan mengimplimentasikan pengetahuan teknologi pedagogi
kandungan (PTPK) terhadap kesan positif sikap pelajar, terdapat empat sampel iaitu C4, C7,
C8 dan C13. Nilai saiz kesan yang paling minimum adalah 0.09 iaitu pada sampel C8
manakala nilai maksimum adalah 0.9437 iaitu pada sampel C4. Nilai minimum iaitu 0.09
berada pada tahap saiz kesan kecil manakala nilai maksimum 0.9437 berada pada tahap saiz
kesan besar (Cohen, 1988). Nilai min bagi saiz kesan terhadap kesan positif sikap pelajar
adalah 0.4493 iaitu berada pada tahap saiz kesan sederhana.
Kesan saiz dari segi pencapaian terhadap pembelajaran menggunakan teknologi mengikut
peringkat pelajar:
Peringkat Pengajian Saiz Kesan (ES) Jumlah Kajian
0.2<ES 0.2<ES<0.8 0.8<ES
Universiti 3 2 5
Sekolah Menengah 2 2
Sekolah Rendah 4 4
Pra Sekolah 1 1
Jadual 3: Kesan saiz dari segi pencapaian terhadap pembelajaran menggunakan teknologi
mengikut peringkat pelajar.

Berdasarkan jadual 3, terdapat empat peringkat pengajian yang dikaji bagi sampel-sampel
yang telah dikaji. Pada peringkat universiti, terdapat 5 jumlah sampel yang dikaji. 3 sampel
menunjukkan saiz kesan yang sederhana dan 2 sampel menunjukkan saiz kesan yang besar.
Pada peringkat menengah pula, terdapat 2 sampel yang telah dikaji. Kedua-dua sampel
menunjukkan saiz kesan yang sederhana. Pada peringkat sekolah rendah pula, terdapat 4
sampel telah dikaji. Keempat-empat sampel yang dikaji menunjukkan saiz kesan yang besar.
Pada peringkat pra sekolah pula, terdapat 1 sampel sahaja yang dikaji dan ia menunjukkan
saiz kesan yang sederhana.





15

Kesan saiz dari segi sikap terhadap pembelajaran menggunakan teknologi mengikut peringkat
pelajar
Peringkat Pengajian Saiz Kesan (ES) Jumlah Kajian
0.2<ES 0.2<ES<0.8 0.8<ES
Universiti 1 1 2
Sekolah Menengah 0
Sekolah Rendah 1 1 2
Pra Sekolah 0
Jadual 4: kesan saiz dari segi sikap terhadap pembelajaran menggunakan teknologi mengikut
peringkat pelajar.

Bedasarkan jadual 4, terdapat 4 peringkat pengajian yang dikaji bagi kesan saiz dari segi
sikap terhadap pembelajaran menggunakan teknologi mengikut peringkat pelajar. Pada
peringkat universiti, terdapat 2 sampel yang dikaji. Satu sampel menunjukkan kesan saiz
yang kecil dan satu lagi menunjukkan kesan saiz yang sederhana. Pada peringkat sekolah
menengah pula, tidak terdapat sampel yang dikaji dari segi kesan ke atas sikap pelajar. Pada
peringkat sekolah rendah pula, terdapat 2 sampel yang dikaji. Salah satunya menunjukkan
kesan saiz yang sederhana dan satu lagi menunjukkan saiz kesan yang besar. Pada peringkat
pengajian pra sekolah pula, tidak terdapat sampel yang dikaji dari segi kesan ke atas sikap
pelajar.

Perbincangan

Hasil dapatan daripada sampel jernal-jernal yang telah dianalisis menunjukkan saiz kesan
yang tinggi terhadap pencapaian pelajar apabila pembelajaran dan pengajaran diajalankan
melalui pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK). Kajian eksperimental yang
membandingkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi dan pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional menunjukkan saiz kesan yang besar. Ini menunjukkan
pembelajaran dan pengajaran melalui pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK)
mampu meningkatkan pencapaian para pelajar dalam menguasai topik-topik yang diajar oleh
guru.

Jika ditinjau saiz kesan dari segi pencapaian terhadap pembelajaran menggunakan
teknologi mengikut peringkat pelajar, para pelajar di peringkat sekolah rendah menunjukkan
16

saiz kesan yang paling tinggi terhadap pencapain mereka dalam menguasai topik-topik yang
diajar oleh guru mereka. Penggunaan teknologi di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar serta mampu menyebabkan para
pelajar mengingat topik tersebut untuk jangka masa yang panjang. Gabungan teknologi dan
kandungan pedagogi mampu memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian para
pelajar. Menurut Mishra dan Koehler (2006), pengetahuan teknologi pedagogi kandungan
(PTPK) melibatkan pertindihan teknologi, pedagogi dan kandungan pengetahuan mampu
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif.

Jika dilihat pada saiz kesan terhadap mengimplimentasikan pengetahuan teknologi
pedagogi kandungan (PTPK) terhadap kesan positif sikap pelajar, saiz kesan berada pada
tahap sederhana. Namun begitu, pengimplimentasian teknologi di dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran mampu meningkatkan tahap minat para pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran dan memberikan kesan positif terhadap sikap para pelajar. Jika dilihat kesan
saiz dari segi sikap terhadap pembelajaran menggunakan teknologi mengikut peringkat
pelajar, menunjukkan saiz kesan yang paling tinggi terdapat pada peringkat sekolah rendah.
Ini jelas dapat dilihat apabila pengimplimentasian pengetahuan teknologi pedagogi
kandungan (PTPK) menunjukkan saiz kesan yang tinggi terhadap sikap para pelajar sekolah
rendah. Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga mampu
meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar kerana merangsang pelajar semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Menurut Yrtc (2002), teknologi yang
digunakan mampu meningkatkan motivasi dan menarik perhatian para pelajar semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

Kesimpulan

Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) terdiri daripada tiga aspek utama iaitu
teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan. Ketiga-tiga aspek ini perlu dikuasai oleh
guru bagi menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berkualiti. Penggunaan
teknologi sebagai medium dalam meningkatkan kefahaman dan pencapaian para pelajar
adalah satu usaha yang diyakini mampu menjadikan sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Selain itu, pengintergerasian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran melalui pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) juga mampu
meninggalkan kesan yang positif terhadap sikap para pelajar. Pengintergerasian teknologi
17

dalam aktiviti pendidikan adalah salah satu cara yang efektif dalam membangunkan kognitif,
deria, kemahiran psikomotor, kemahiran sainstifik, kemahiran linguistik dan literasi saintifik
dalam kalangan para pelajar (Lynch&Warner, 2004; Ghani, 2005; Vernadakis et al., 2005).































18

Rujukan
Alkan, Cevat.1997. Eitim teknolojisi. Ankara: An Yaynclk.

Ball, L., & Stacey, K. 2005. Teaching strategies for developing judicious technology use.
In W. J. Masalski & P. C. Elliot (Eds.), Technology-supported mathematics learning
environments (67th Yearbook of the National Council for Teachers of Mathematics;
pp. 3-16). Reston, VA: National Council for Teachers of Mathematics.

Carr, A., Jonassen, D., Litzinger, M. E., & Marra,. 1998. Good ideas to foment educational
revolution: The role of systematic change in advancing situated learning,
constructivism, and feminist pedagogy, Educational Technology, 38(1), 515.

Ghani, N.A. 2005. Using Computers in Preschool Education. The Twelfth International
Conference on Learning, 11-14 July 2005. Granada.

Grossman, P.L,. 1987. The Making of a Teacher: Teacher Knowledge and Teacher
Education, New York: Teacher College Press.

Hall, G. 1988. The principal as the leader of the change facilitating team: Four studies using
displinary perspective on the principals' role of change. Journal of Research and
Development in Education, 22(1), 4959.

Hall, G., Hord, S. and Griffin, T. 1980. Implementation at the school building level: The
development and analysis of nine case studies. Paper presented at American
Educational Research Association Annual Meeting, Boston.

Hughes, J,. 2005. The role of teacher knowledge and learning experiences in forming
technology-integrated pedagogy, Journal of Technology and Teacher Education,
13(2), 277302.

Issroff, K., & Scanlon, E,.2002. Educational technology: The influence of theory. Journal
of Interactive Media in Education.

Jeong-Bae Son. 2006. Using online discussion groups in a CALL teacher training course.
Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135.

Keating, T., & Evans, E,. 2001. Three computers in the back of the classroom: Pre-service
teachers conceptions of technology integration, Paper presented at the annual
meeting of the American Educational Research Association, Seattle, WA.

Keser, H. 1988. Bilgisayar destekli eitim iin bir model nerisi. Yaynlanmam Doktora
Tezi, Ankara niversitesi, Sosyal Bil. Enstits, Ankara.

19

Lynch, S.A. &Warner, L. 2004. Computer Use in Preshools: Directors Reports of the State
of the Practice. ECRP, 6(2). http:/ecrp.uiuc.edu/v6n2/lynch.html

Margerum-Leys, J., & Marx, R,. 2002. Teacher knowledge of educational technology: A
study of student teacher/mentor teacher pairs, Journal of Educational Computing
Research, 26(4), 27462.

Mishra, P., & Koehler, M.J. 2006. Technological pedagogical content knowledge: A new
framework for teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017-1054.

Mishra, P. & Koehler, M.J,. 2006. Technological pedagogical content knowledge: A
framework for integrating technology in teacher knowledge, Teachers College
Record, 108(6), 1017-1054.

Mohd Izham Mohd Hamzah and Norazah Mohd Nordin. 2007. Peranan pentadbir dalam
proses perubahan terancang: Integrasi ICT dan pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran. Retrieved 2 July 2009, from http://utusan.com .my/utusan

Mohammad Najib Abdul Ghafar, . 1999. Penyelidikan Pendidikan, Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Niess, M. L,. 2005. Preparing teachers to teach science and mathematics with technology:
Developing a technology pedagogical content knowledge, Teaching and Teacher
Education, 21, 509-523.

Roblyer, M. D., & Schwier, R. 2003. Integrating educational technology into teaching
(Canadian ed). Toronto: Prentice Hall.

Selfe, C, .1990. Technology in the English classroom: Computers through the lens of
feministpedagogy, In C. Handa (Ed.), Computers and community: Teaching
composition in the twenty-first century (pp. 118139). Portsmouth, NH:
Boynton/Cook.

Shin, T. S. 2009. Goal structures in online undergraduate courses. Poster presented at the
American Psychological Association (APA) National Convention, Toronto, Canada.

Shulman, L.S. 1986. Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational
Researcher, 15(2), 4-14.

Shulman, L. S,.1987. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform, Harvard
Educational Review, 57(1), 1-22.

20

Vernadakis, N., Avgerinos, A., Tsitskari, E.&Zachopoulou, E. 2005. The Use of Computer
Assisted Instruction in Preschool Education: Making Teaching Meaningful, Early
Childhood Education Journal, 33, 2, 99-104.

Welsh,T. 1997. Teaching through multisensory approach- A research perspective in the
elementary school Philadelphia. Dorrance & Co.

Yrtc, A. 2002. The importance of information Technologies in pre schoold and
elementary Period., Eskiehir.

Zhao, Y. (Ed.),. 2003. What teachers should know about technology: Perspectives and
practices. Greenwich, CT: Information Age.

Anda mungkin juga menyukai