Anda di halaman 1dari 7

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Moh

JALAN 2/32, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN




TEL : 03-77824982

Fax : 03-77839006


LAPORAN
PERLAKSANAAN



HARI MERENTAS DESA 2014




TARIKH : 14 MAY 2014


SJK (C) CHEN MOH
JLN. 2/32. 46000 PETALING JAYA
LAPORAN PERLAKSANAAN
TAJUK : HARI MERENTAS DESA 2014
TARIKH : MAY 2014
TEMPAT : SJK (C) CHEN MOH
MASA : 7.30-9.30 pagi
PENYELARAS & URUSETIA : *SEPERTI PADA LAMPIRAN*
BILANGAN PESERTA : SEMUA PELAJAR TAHAP 2

PENGENALAN :

Aktiviti merentas desa merupakan acara yang disediakan untuk menyemarakan semangat para
pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti luar kelas. Selain itu, aktiviti ini adalah
bertujuan untuk mencungkil bakat berlari dalam kalangan pelajar.

OBJEKTIF :
1. Untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan guru-guru.
2. Untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar-pelajar.
3. Untuk memupuk perpaduan dan silaturahim dalam kalangan pelajar dan guru-guru.
ANALISIS :

1. KEKUATAN :

Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif
dari segi fizikal dan juga mental, mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang
akademik dan juga kokurikulum dan juga mempereratkan silaturahim dalam kalangan murid
dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.

Acara ini telah dimulakan tepat pada pukul 7.30 pagi. Acara ini dimulakan dengan nyayian
NEGARAKU dan acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar, Pn. Lee Kim
Moi. Acara merentas desa ini telah dilaksanakan dengan sempurna dan dijalankan mengikut
masa yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhan, peserta-peserta sangat gembira dan bersemangat untuk menamatkan
larian mereka.


2. KESELAMATAN DAN KEKANGAN:
Pelajar tidak menjalani latihan sebelum pertandingan sehingga menyebabkan ramai
kalangan murid yang cepat mengalami keletihan.
Kecederaan yang banyak dalam kalangan peserta dan guru bertugas tidak senang
tangan membantu pelajar yang tercedera.
Pelajar mengalami lemah badan selepas berlari akibat tidak membuat persediaan
sebelum merentas desa.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Pelajar perlu dinasihati untuk mengambil sarapan pagi sebelum berlari.
Ahli-ahli Pertolongan cemas perlu ditambah.
Guru Kelas dan guru PJ perlu memberi dorongan yang membina supaya pelajar
menjalani latihan yang secukupnya.

















DISEDIAKAN OLEH

................................................
EN. WAI HOU KIT
Setiausaha Sukan
SJK(C) CHEN MOH


DISEMAK OLEH

................................................
PN. KOK MEE LENG
PK Ko-Kurikulum
SJK(C) CHEN MOH


DISAHKAN OLEH

................................................
PN. LEE KIM MOI
Guru Besar
SJK(C) CHEN MOH






LAMPIRAN

Gambar 1 : Ucapan Perasmian oleh Guru Besar



Gambar 2 : Murid-murid beratur untuk memanaskan badan



LAMPIRAN

Gambar 3 : Tetamu Jemputan Melepaskan Peserta



Gambar 4 : Peserta Merentas Desa di Sepanjang Haluan

LAMPIRAN

Gambar 5 : Guru-guru sedang bertugas di check-point



Gambar 6 : Guru Besar memberikan pingat kepada pemenang

Anda mungkin juga menyukai