Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VALDOR

14200 SUNGAI JAWI SPS, PULAU PINANG


LAPORAN HARIAN GURU BERTUGAS

Skim Takaful
SKIM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI BERKELOMPOK BAGI SEMUA PELAJAR SEKOLAH
KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN(TPSM)
I. TUJUAN SKIM
Sesuai dengan perubahan dan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia, pelajarpelajar yang sentiasa
terdedah kepada berbagai musibah dan risiko kemalangan amat perlu diberi manfaat perlindungan
insurans/takaful bagi membantu mereka atau keluarga mereka bagi menghadapi keadaan yang tidak
diduga. Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melancarkan Kempen Sekolah Penyayang merasa
suatu skim perlindungan hendaklah dilaksanakan demi kebaikan semua pihak serta rasa prihatin dan
tanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.
II. PELAKSANAAN SKIM
Skim ini disediakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad (STMSB) dan penyertaan adalah
wajib bagi semua pelajar sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
III. SKOP PERLINDUNGAN
3.1 TPSM yang dicadangkan ini menyediakanmanfaat perlindungan kepada pelajar atau warisnya jika
ditakdirkan berlaku kematian atau keilatan akibat pelajar berkenaan ditimpa kemalangan, yang mana
termasuk :
i) mati lemas, terhidu gas, keracunan makanan dan patukan ular;
ii) menunggang motosikal sama ada sebagai penunggang atau pembonceng;
iii) rusuhan dan kekacauan awam.
3.2 Amaun manfaat yang akandibayar oleh TPSM adalah seperti berikut :
SKOP AMAUN (RM)
A) KEMATIAN akibat kemalangan - 7,500
B) HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH Akibat kemalangan - 25,000
C) KEHILANGAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL seperti berikut : - 25,000
a) Satu atau kedua-dua tangan di atas paras dari pergelangan, atau
b) Satu atau kedua-dua kaki di atas paras dari buku lali, atau
c) Kehilangan langsung penglihatan sebelah atau kedua-dua mata Akibat dari kemalangan.
D) KHAIRAT KEMATIAN mati akibat Kemalangan atau sakit biasa - 1,000
E) ELAUN WANG TUNAI bagi setiap hari, Semasa tempoh dimasukkan ke hospital Kerajaan Malaysia
disebabkan oleh kemalangan sehingga maksima 60 hari berturut-turut mulai dari tarikh kemalangan. 25.00 sehari
3.3 Had perlindungan bagi mana-mana satu pengangkutan, walau bagaimanapun, adalah tertakluk
kepada amaun manfaat perlindungan RM3 juta. Tuntutan melebihi syarat ini akan dibahagikan
mengikut kiraan pro-rata.
3.4 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalan dan meliputi seluruh dunia.
IV. TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan bermula dari hari pertama persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun dan
akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya. Perlindungan ke atas seseorang pelajar, walau
bagaimanapun, tamat secara serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan dari
menjadi pelajar berdaftar di sekolah-sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.

V. KEKECUALIAN
5.1 Walaupun skop perlindungan TPSM adalah sangat luat, ia adalah tertakluk kepada kekecualiankekecualian seperti berikut :
(i) Sukan merbahaya seperti luncur (ski) air, polo, memburu, payung terjun, perlumbaan bermotor,
tinju, gusti dan sebagainya;
(ii) Perlumbaan, ujian kelajuan atau ujian am kenderaan bermotor;
(iii) Keilatan atau kurang upaya yang sedia wujud;
(iv) Bunuh diri, atau cubaan bunuh diri dan kecederaan yang disengajakan;
(v) Penyakit atau wabak;
(vi) Pengaruh alkohol atau dadah;
(vii) Mengandung atau keguguran;
(viii) Peperangan dan risiko yang seumpamanya;
(ix) Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Syariah;
(x) Risiko nuklear dan yang seumpamanya.
Kekecualian ini, walau bagaimanapun, tidak terpakai kepada manfaat (D) kecuali (iv), (vi), (viii), (ix)
dan (x).
VI. TUNTUTAN
6.1 Bagi memudahkan urusan tuntutan, pelajar-pelajar atau waris mereka boleh mengemukakan
tuntutan terus ke Pejabat STMSB yang berdekatan melalui sekolah di mana pelajar berkenaan
didaftarkan. Semua tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Tuntutan (seperti
Lampiran) dan disokong oleh dokumen-dokumen berkaian sebagaimana yang ditentukan oleh
STMSB.
6.2 STMSB akan menimbang dan mengurus tuntutan terus dengan pelajar-pelajar berkenaan atau
waris mereka melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan. Apabila sesuatu tawaran dibuat,
penerimaan tawaran hanya boleh dibuat oleh Guru Besar/Pengetua sekolah terbabit sahaja.
Penerimaan tawaran ini adalah pelepasan sepenuhnya tanggungan STMSB.
6.3 Mana-mana pelajar atau ahli warisnya tidak berhak berurusan secara langsung mengenai TPSM
dan hanya Guru Besar/Pengetua sekolah sebagai wakil Kementerian Pendidikan sahaja yang berhak
berurusan dengan STMSB.
6.4 Semua bayaran tuntutan akan dibuat atas nama sekolah. Sementara itu sekolah pula
bertanggungjawab membuat bayaran tuntutan berkenaan kepada pelajar atau ahli warisnya.
6.5 Bagi melicinkan pentadbiran, satu penyata tuntutan yang telah dibayar dan diselesaikan berserta
yang masih dipertimbangkan akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan secara bulanan oleh
STMSB.
6.6 TPSM menyediakan perlindungan 24 jam sehari semalam dan meliputi seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai