Anda di halaman 1dari 9

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)



KUMPULAN SATU:

MOHD HALIM BIN MASOM
MOHD MAHFUJAH BIN MAHMUD
NURUL ATHIRAH BINTI ROSLI
NURUL AZFARIENA BINTI AZLAN


SKRIP PERSEMBAHAN PANTOMEN

TEMA: KEMASYARAKATAN & ALAM SEKITAR

TAJUK: BERAKHIRNYA DENDAM KESUMAT
*adaptasi daripada cerita dongeng Bawang Merah Bawang Putih & Cinderella








SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)







PENGENALAN WATAK:

MOHD MAHFUJ AH BIN MAHMUD sebagai Putih / Cinderella
NURUL ATHIRAH BINTI ROSLI sebagai Mak Kundur
MOHD HALIM BIN MASOM sebagai Putera Raja
NURUL AZFARIENA BINTI AZLAN sebagai Merah / Orang kampung















SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

SKRIP PERSEMBAHAN PANTOMEN
BABAK 1
Semua pelakon masuk ke tengah dewan dan duduk.
Putarkan bunyi latar deruan ombak di pantai
Mula bergurindam
Gurindam:

Kubawa lari,
Hati yang gundah
Semarak hilang.
Ingin bermadah....
Kubawa maksud
Bagai diberi..
Moga tersambut.
Gemalai hari.

Dikir Barat:

Bermohon sembah ..sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri 2x
Hamba puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

BABAK 2

Lagu Dunia Khayalan:
Hidup di lautan di udara,
Begitu banyak kisah tercipta,
Betapa besar keagungannya,
Semua ini dapat tercipta,
Dengan indahnya.
Dunia khayalan dunia impian..

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)


*Putih pergi ke sungai untuk membasuh kain.
Mula nyanyi lagu Perigi Biru

Wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang

Mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

Wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

Mak Kundur: (datang dengan membawa sebesen baju kotor yang penuh sambil
jalan berlenggang lenggok) Amboi..amboi..Putih..sempat lagi ya kau menyanyi dekat
tepi sungai ini. nak menghiburkan hati konon.. sudah! Jangan nak berangan lebih.
Nah,ambil semua baju kotor ini! Kau basuh bersih-bersih. Selagi tak habis kau
basuh semua baju ini, jangan harap kau boleh balik rumah. Cepat sikit,jangan nak
lembik-lembik sangat. Makanan tengahari kau belum masak lagi. Aku dan si Merah
tu lapar, dah kebulur.. cepat..

Putih: Hei mak cik! Putih tahulah semua itu. Tak payah nak ajar Putih semua-semua
ini.

Mak Kundur: Ewah..ewah..ewah.. dah pandai nak melawan aku ya Putih..tak reti
nak balas budi, dah besar menyusahkan orang ambik kau..(sambil menampar Putih)

Mak Kundur pergi balik rumah, dalam perjalanan, dia ternampak sampah sarap yang
banyak berselirat di atas tanah.
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

Mak Kundur: Ish..ish..ish.. banyak sungguh sampah dalam hutan belantara macam
ini. Apa punya manusia yang tak reti-reti nak bertanggung jawab kepada alam?
Hisyy, ini tak boleh jadi ni, kalau tak ada yang gerak,sampah-sampah ni akan terbiar
macam ni. Haa, lepas tu, jadi tempat pembiakan nyamuk dan biawak.. ish..ish..ish..

*Dalam masa yang sama, Putih bersyair penuh kesyahduan sambil membasuh baki-
baki baju kotor yang ada.

Syair:

Berpesan rimba nan belantara,
Akulah anak yang malang derita,
Tidak beribu dan tidak berbapa,
Hanya berteman si air mata..

*ketika itu, putera raja sedang tercari-cari dari manakah datangnya gerangan suara
yang lunak sehingga membuatkan hatinya hiba dan tersentuh tatkala mendengarkan
alunan syair itu sambil menyanyikan lagu Helo (Altimet ft The Trisno Trio)

Hello, siapakah gerangan
Ku ingin berkenalan
Jikalau tak keberatan

Hello, tak ingin ku bercumbu
Hanya mahu tahu nama mu
Hello hello

*Putih berasa takut dan terkejut kerana mendengar suara seseorang yang asing
dalam hutan berdekatan dengan pinggir sungai itu. Dalam keadaan yang tergesa-
gesa untuk melarikan diri, selendang pemberian arwah emak Putih terjatuh dan
tercicir. Ketika Putera Raja bersiar-siar dan meneroka hutan untuk mencari hasil
tangkapan, beliau terjumpa selendang Putih yang wangi menusuk kalbu dan
berazam untuk menemui Putih yang sedikit sebanyak telah mencuri belahan hatinya.
SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

BABAK 3
*Putih tergesa-gesa balik ke rumah akibat cemas mendengarkan gemersik alunan
suara jejaka sebentar tadi. Dalam keadaan yang kelam kabut, tiba-tiba Mak Kundur
datang menyergah dengan begitu garang tanpa sedikipun rasa belas kasihan
terhadap Putih yang tercungap-cungap kepenatan.

Mak Kundur: Eh,eh,eh.. engkau ni dah kenapa haa Putih, dah macam kena kejar
hantu langsuir aku tengok.. Ni kenapa lambat sangat balik ni? Baju-baju kotor tu dah
siap basuh belum?haaaa!

Putih: Dah mak cik, Putih dah pun sidai dekat ampaian tu haa.. dah la mak cik.Putih
nak rehat. Putih penat.

Merah: Dah la tu Mak, kasihan Putih tu.. mesti dia penat seharian membasuh baju di
pinggir sungai.

Mak Kundur: eh Merah, engkau tak payah nak belahkan si Putih tu haa.. Pergi
masuk dalam bilik. Eh Putih, jangan harap engkau nak tidur bersemayam tengah
hari buta bak anak puteri kesayangan raja. Engkau tu dah tak beribu dan berbapa,
yang engkau tahu hanya menyusahkan aku ni. Dah, engkau ambil kayu-kayu ni,
buat apa yang patut. Aku tak kisah.

Putih: Alaaaa mak cik ni,tak best la kalau macam ni.. ni kan kerja budak-budak
jantan. Putih ni bukannya jantan nak bertukang bagai ni. Putih rimas la macam ni.

Mak Kundur: Engkau ni memang kan? Dah pandai nak lawan cakap aku sekarang.
Engkau tu sama sahaja dengan emak kau si Labu tu. Sama bangal sama bingal.
Engkau jangan nak mengada-ngada dengan aku. Dah, pergi buat kerja yang aku
suruh.

Merah: Mak, dah dah la tu. Kesian Putih tu haa. Tak apalah Putih, nanti Merah
tolong apa yang Merah boleh tolong.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

BABAK 4
*Selepas sahaja selesai kerja bertukang, Putih menapak masuk ke dalam biliknya
untuk berehat. Akan tetapi, ada seperkara yang merunsingkan fikirannya tika itu.

Putih: Eh,mana pula perginya selendang peninggalan arwah emak. Macamana ni,
aduh, itulah satu-satunya harta peninggalan yang arwah emak titipkan buat Putih
selain sebidang tanah sebelah rumah Pak Kemat tu. Emak, Putih rindukan Emak.

*selepas sahaja selesai Putih membacakan dialognya dan terlelap, tayangkan
paparan video tentang wasiat ataupun pesanan terakhir emak Putih kepadanya.

Mak Labu: Putih, bila suatu hari nanti Emak dah tak ada dan tidak lagi berada di
dunia ini. Putih janganlah bersedih ya nak. Teruskan kehidupan Putih. Bukanlah
samudera namanya jika tidak ada gelora, dan bukan juga namanya bumi jika tidak
ditimpa hujan. Dan, bukan namanya kehidupan jika tidak ada dugaan dan cabaran.

*selepas sahaja selesai paparan video tentang wasiat Mak Labu kepada Putih, tiba-
tiba Putih pun jaga dan sedar daripada tidurnya. Kemudian menadah tangan dan
berdoa dan dalam masa yang sama, Mak Kundur sedang menghendap dan curi-curi
dengar dibalik pintu bilik Putih.

Putih: Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang menguasai seluruh kerajaan langit dan
bumi, hanya padaMu sahaja hambaMu meminta, sesungguhnya aku tidak sesekali
menyesali takdir yang telah Engkau takdirkan. Maka aku mohon padaMu ya Allah,
engkau lembutkanlah hati Mak Kundur, kerana dia sahajalah satu-satunya tempat
untuk aku bergantung harap dan menumpang kasih buat pengganti emak yang aku
sayangi. Dan Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk mengikhlaskan kasih sayang
yang dia curahkan terhadapku. Semoga dengan ikatan suci ini dapat menjadi bukti
dihadapanMu bahawa kami masih saling mengasihi sesama manusia.Aaamiin..

*tiba-tiba, Mak Kundur pun menitiskan air mata kemudian membuka pintu bilik Putih
serta meminta dan memohon maaf dari Putih.

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

Mak Kundur: Putih,Mak cik nak minta maaf nak. Sungguh banyak dosa yang telah
mak cik lakukan kepada arwah emak Putih dan Putih sendiri. Maafkan mak cik ya
nak.

Putih: tak apalah mak cik, Putih dah lama maafkan segala kesalahan mak cik. Mak
cik janganlah risau ya.
BABAK 5
Putera Raja: (Raja bertanya kepada orang kampong) Beta mahu bertanya
siapakah gerangan empunya selendang yang cantik lagi berbau harum ini, beta
terjumpa selendang ini ketika beta sedang bersiar-siar di hutan. Milik empunya
selendang ini juga mempunyai suara yang sangat merdu.

Merah: (Merah sedang dalam perjalanan pulang dari pasar dan terserempak
dengan raja) ampun tuanku sembah patik harap diampun.. sepertinya selendang
tersebut macam familiar patik lihat sebelum ini (merah meminta selendang
tersebut untuk mengenalpasti identiti selendang tersebut) ampun tuanku, patik tahu
milik siapa empunya selendang ini. Ini kepunyaan kakak tiriku si bawang putih.

Putera Raja: kalau begitu sungguh tepatlah beta bertanya dengan tuan hamba.
Bolehkah bawa beta ke rumah tuan hamba. Beta teringin berjumpa dengan tuan
empunya selendang ini dan empunya suara yang merdu.

Merah: Baiklah tuanku, marilah ikut patik.. (merah membawa balik raja ke
rumahnya). tuanku inilah teratak buruk tuan hamba.. (Merah memanggil emaknya
dan putih keluar rumah) emak!!! Putih!!! cepatlah keluar tengok siapa yang datang..

Kundur: Kenapa ni nak terpekik terlolong..

Merah: Ni mak putera raja datang ke rumah kita. Putih ni putera raja. Dia datang
nak cari kau putih.

Merah dan kundur: ampun tuanku

SENI DALAM PENDIDIKAN (WAJ3073)

Putih: Nak cari aku? (putih tertanya-tanya).

Putera Raja: (Putera raja terpegun melihat kecantikan putih). (putera raja tersebut
bertanya kepada putih) adakah selendang ini kepunyaan tuan hamba?

Putih: (putih tersipu-sipu malu melihat putera raja). Ampun tuanku, benar
selendang ini kepunyaan patik.

Kemudiaan putera raja dan putih masing-masing telah jatuh cinta pandang pertama.
Mereka akan melangsungkan perkahwinan tidak berapa lama kemudian..

Anda mungkin juga menyukai