Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN :

Jurnal hasil karya Yahaya Bin Jusoh dan Azhar Bin Muhammad yang bertajuk Kesepaduan
Falsafah Sains Al-Quran Dalam Kurikulum Sekolah Rendah Sebagai Asas Pembentukan
Masyarakat Hadhari Di Malaysia ini berkisarkan tentang bagaimana kandungan dalam isi Al-
Quran yang dijadikan pegangan umat Islam dapat diterapkan dalam sistem pendidikan formal
khasnya kurikulum sekolah rendah sebagai langkah pertama dalam usaha untuk membentuk
masyarakat Hadhari di Malaysia. Penulis turut memberi beberapa contoh kurikulum sekolah
rendah yang mengaplikasikan kurikulum yang sedia ada yang digunakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia serta mengaitkannya dengannya falsafah sains yang terdapat di dalam Al-
Quran. Jurnal ini turut menjelaskan tentang bagaimana pendekatan menggunakan falsafah sains
Al-Quran dengan menggabungkan sains sosial dan sains tabii dengan ilmu ketuhanan dalam
kurikulum sekolah rendah. Jurnal ini juga mengulas tentang pertembungan sains Al-Quran
dengan sains moden yang seringkali diagung-agungkan oleh saintis-saintis Barat walhal kajian-
kajian tersebut sudah sedia ada termaktub di dalam Al-Quran. Sistem pendidikan falsafah sains
Al-Quran yang berlandaskan falsafah sains Al-Quran mempunyai potensi untuk mewujudkan
generasi yang seimbang dari segi intelek dan juga mempunyai peribadi yang unggul selaras
dengan tuntutan Islam terhadap umatnya.








ULASAN JURNAL
Dari segi istilah, perkataan hadhari membawa maksud yang bertamadun atau Islam yang
menekankan aspek tamadun. Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah suatu
pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh,
berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana
ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzie atau terpisah-pisah
seperti Islam bersifat politik. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa
fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan
mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan
maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri
serta penjajahan pemikiran. Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan
masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu
berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran
semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Sains membawa maksud mendapat sesuatu ilmu. Perkataan sains atau ilm dalam bahasa
Arab diulang banyak kali di dalam Al-Quran iaitu sebanyak 811 kali dan ini membuktikan
bahawa agama Islamn begitu menekankan konsep pendidikan atau ilmu sains di dalam kitabnya
khas untuk membimbing umat Islam ke arah pembentukan tamadun yang berilmu dan disegani.
Hal ini juga membuktikan bahawa Islam menekankan intipati pendidikan dan mementingkan
ilmu dalam setiap aspek serta nilai kerana Islam percaya segala perkara yang terjadi ada
kebenaran disebaliknya dan sekaligus membuktikan bahawa agama Islam itu sendiri benar dan
sentiasa mengutamakan kebenaran.
Melalui ilmu yang disampaikan melalui Al-Quran, Allah S.W.T mengajar manusia
tentang peraturan-peraturan untuk hidup secara indidvidu dan juga bermasyarakat. Allah
mengurniakan pancaindera serta akal yang mempunyai daya berfikir untuk memberi kefahaman
kepada umatnya supaya memahami sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku di luar jangkauan
pancaindera kita. Ahli falsafah Islam terdahulu membahagikan ilmu pengetahuan kepada dua
iaitu ilmu tanzil (naqli) dan ilmu pengetahuan (aqli). Ilmu tanzil ialah ilmu yang diberikan
kepada para Rasul untuk membimbing umatnya menuju ke jalan Allah Ilmu tanzil diwajibkan
kepada setiap daripada umat islam untuk mempelajarinya kerana ia merupakan pedoman hidup.
Sains Al-Quran ialah ilmu sains yang berasaskan wahyu manakala ilmu pengetahuan (aqli) pula
ialah ilmu yang menerangkan tentang kejadian diri manusia, alam hakiki dan Tuhan pencipta
alam semesta. Ilmu pengetahuan ini diperoleh oleh manusia melalui pengalaman hudup secara
jasmani dan fikiran serta pemerhatian, penyelidikan dan pengkajian.
Tujuan pendidikan Islam adalah memupuk keimanan terhadap kebenaran dan kebesaran
Allah oleh yang demikian segala fakta dan penemuan ahli saians Islam ditafsirkan berdasarkan
ilmu Al-Quran. Sains Al-Quran dengan falsafah keesaan Allah mentafsirkan kesempurnaan
manusia dicapai melalui kesempurnaan iman iaitu betapa berupayanya dirinya mentaati
peraturan Allah. Segala rahsia keagungan dan kebesaran Allah sebagai Pencipta alam semesta
dapat diketahui jika umat Islam menggunakan fikiran yang dianugerahkan kepada mereka untuk
mempelajari, memikirkan alam dan berfikir mengenainya.
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang antara lainnya bertujuan untuk mewujudkan satu
masyarakat membangun yang sentiasa berdaya saing serta cekap menangani cabaran-cabaran
dunia semasa secara rasional, bijaksana, praktikal dan damai. Di samping mengekar kemajuan
dunia yang semakin moden dan mencabar, masyarakat Islam Hadhari yang diingini ialah
masyarakat yang mengamalkan konsep sebenar ajaran Islam namun tidak sesekali meninggalkan
pembangunan ummah dan negara. Dalam usaha mencapai target ini, kerajaan telah menekankan
konsep penguasaan ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Walau bagaimanapun, usaha yang jitu perlu dilakukan dengan pembentukan kurikulum
pelajaran yang berasaskan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Al-Quran di dalam setiap
sukatan mata pelajaran yang selaras dengan objektif untuk melahirkan ilmuan yang beriman dan
bertaqwa. Usaha ini dimulakan dengan kurikulum kebangsaan KBSR kerana mempunyai mata
pelajaran yang berteraskan sains yang wajib diikuti oleh setiap murid serta tahap pembelajaran
ini dilihat berpotensi unutk diterapkan nilai-nilai prinsip falsafah sains Al-Quran.
Pengaplikasiannya dapat dilakukan dengan cara merangka sukatan mata pelajaran sains,
penstrukturan kurikulum perlu ada gabungan antara ilmu ketuhanan, ilmu kemasyarakatan dan
ilmu alam. Kelebihan yang diperoleh daripada usaha-usaha ini dapat meningkatkan keimanan
murid dan secara tidak langsung membangkitkan kesedaran mereka terhadap keesaan Allah
melalui setiap penyampaian ilmu yang disampaikan oleh guru. Ilmu-ilmu yang diterima oleh
mereka seterusnya dapat memanfaatkan diri dan masyarakat kerana jika mereka beramal
dengannya.
Penulis jurnal ini turut menjelaskan tentang pelaksaanaan falsafah sains Al-Quran dalam
KBSR dalam usaha untuk membentuk umat Islam Hadhari melalui KBSR yang bertujuan
memberi pengetahuan akademik di samping membentuk sifat-sifat sosial yang positif. Sebab itu
kandungan KBSR menumpukan perhatian kepada tiga aspek utama dalam pengajaran iaitu
komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri individu (Kamaruddin Hussin
1991) dan KBSR memberi peluang yang sama untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran,
sikap, nilai dan amalan-amalan lain melalui bimbingan dan motivasi untuk penguasaan terhadap
kemahiran , sikap, nilai dan amalan-amalan tersebut. Pelaksanaanya dibentuk berlandaskan
prinsip Al-Quran dan mengintegrasikan tiga bidang utama sains iaitu ilmu ketuhanan, sosial dan
sains tabii serta aplikasi interdisiplin dan multidisplin. Interdisiplin melibatkan dua teras disiplin
ilmu yang diteraskan dengan ilmu tauhid. Multidisiplin pula melibatkan dua disiplin ilmu yang
diteraskan dengan ilmu tauhid . Ilmu ketuhanan dangan sosial dan ilmu ketuhanan dengan sains
tabii menjadi kesepaduan antara dua jenis disiplin ini.
Berbincang mengenai kesepaduan ilmu ketuhanan , sains sosial dan sains tabii dalam Al-
Quran penulis menyatakan bahawa terdapat tiga jenis ilmu yang dititikberatkan iaitu ilmu
ketuhana, sains sosial dan sains tabii. Kesepaduan tiga jenis ilmu ini menampakkan aplikasi yang
positif sebagai pedoman untuk memperoleh kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.
Kesepaduan yang jitu antara ilmu-ilmu ini serta aplikasi yang tepat mampu menghasilkan inovasi
yang baru dalam penciptaan sains dan teknologi yang boleh menyumbang ke arah pencapaian
umat Islam.


Jurnal ini merupakan satu jurnal yang menarik kerana berjaya mengupas isu ini dengan
baik daripada pelbagai sudut. Misalnya penulis memberikan pandangan mereka mengenai
kesepaduan ilmu ketuhanan, sains sosial dan sains tabii dalam Al-Quran, pelaksanaan falsafah
sains Al-Quran dalam KBSR melalui contoh penerapan ilmu sains Al-Quran dalam mata
pelajaran serta melalui proses Islamisasi.
Walaupun begitu, penulis turut menyatakan bahawa pertembungan sains Al-Quran
dengan sains moden adalah antara implikasi akibat tidak megambilkira prinsip pemikiran sains
Al-Quran pada zaman pertengahan tamadun Al-Quran yang mengakibat kemerosotan dalam
tamadun Islam. Antara punca lain yang menyebabkan kemerosotan tamadun ialah kepentingan
kemajuan melebihi kepentingan kehidupan akhirat dan ilmu ketuhanan. Konsep pendidikan pada
hari ini telah memisahkan ilmu-ilmu dengan aplikasi sains tabii dan sains sosial serta tanpa
pendedahan tentang ilmu ketuhanan. Penulis menyatakan bahawa saintis Barat meniru pemikiran
ahli sains Islam dan hanya mengkajinya dari segi keduniaan dan seterusnya menimbulkan sifat
materialistik kerana mereka tidak mempunyai kefahaman ilmu ketuhanan. Sebaliknya,
kefahaman Islam disempitkan dengan hanya mengutamakan ibadat khusus dan membelakangkan
kewajiban ibadat umum dalam bidang sains. Selain itu, ilmu sains moden yang diperkenalkan
oleh Barat yang diceduk daripada ketamadunan Islam dan seterusnya mengadaptasi fahaman
rasionalisme dan menolak fahaman agama. Hasilnya, wujud sentiment sekularisme dalam sains
yang memisahkan terus sains dengan agama walhal sains dan agama merupakan satu komponen
yang jitu dan berkait rapat satu sama lain.
Fahaman rasionalisme yang menolak fahaman agama telahmewujudkan unsur
sekularisme dalam saians dan memisahkan sains dengan ilmu ketuhanan. Fahaman ini seterusnya
mempengaruhi sistem kurikulum pendidikan negara kita dan menyukarkan usaha untuk
melahirkan masyarakat Hadhari di Malaysia walaupun usaha untuk memperbaharui kurikulum
KBSR dengan falsafah sains Al-Quran.



Pengajaran sains sosial dan sains tabii mula dipisahkan daripada ilmu ketuhanan yang
lebih menjurus ke arah keduniaan yang mementingkan sifat materialistik dan meninggalkan
unsur-unsur akhirat dan spiritual. Hasil pemisahan ini telah menjadikan fahaman materialisme
yang bertujuan mencapai kemajuan dan kesempurnaan hidup manusia dan pembangunan
dihadkan kea rah pembangunan kebendaan dan menjadikan sains dan teknologi untuk mengubah
alam sekitar supaya menjamin keselesaan manusia.
Namun, syukur kerana pucuk pimpinan negara telah mula sedar dan berusaha untuk
memulihkan kembali tamadun Islam di Malaysia agar tidak terus mengamalkan ssains moden
yang dianjurkan oleh Barat melalui usaha pembentukan masyarakat Hadhari. Antara langkah
praktikal yang boleh dilakukan untuk mendekatkan semula pemisahan ini adalah dengan
mengintegrasikan semula perubahan kurikulum pelajaran dan mengubahnya supaya lebih
terdorong ke arah falsafah saians Al-Quran. Masyarakat Hadhari yang diingini ialah masyarakat
yang mengamalkan konsep sebenar ajaran Islam dalam memacu kemajuan pembangunan ummah
dan negara. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah prinsip asaa yang diberi penekanan dan
merupakan proses yang paling penting dalam penghasilan insan yang seimbang dan harmonis.
Bagi merealisasikan konsep ini, kurikulum pendidikan terutama iaitu KBSR memerlukan
satu perubahan positif serta penambahbaikan kepada kurikulum agar lebih menekankan serta
mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang berasaskan Al-Quran. Penstrukturan semula kurikulum
ini sewajarnya menggabungkan ilmu ketuhanan, ilmu kemsyarakatan dan ilmu alam. Hasilnya,
murid-murid lebih sedar dan memahami konsep ketuhanan serta tahu tanggungjawab mereka
sepanjang hidup mereka atas muka bumi ini. Murid-murid juga dapat membentuk sikap serta
sifat mengikut nilai-nilai kemanusiaan yang positif.





KESIMPULAN
Pada dasarnya, falsafah sains Al-Quran mempunyai kesepaduan antara kategori tica
cabang ilmu yang utama iaitu ilmu ketuhana, ilmu sosial dan ilmu sains tabii yang berteraskan
prinsip Al-Quran yang menjadikan ilmu ketuhanan sebagai kebebasan berfikir untuk
pembangunan ilmu sosial dan ilmu sains tabii bagi memastikan manusia ke arah mentaati
peraturan-peraturan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Penciptaan sains dan teknologi
sepatutnya mendekatkan lagi manusia dengan Maha Pencipta kerana di dalam setiap kejadian
yang berlaku pastinya wujud kuasa yang lebih hebat iaitu Allah yang menguasai alam semesta
ini dan segala kejadian yang berlaku adalah diaturkan olehnya untuk menyedarkan manusia
tentang kehebatannya. Manusia sepatutnya menggunakan akal dan pancaindera yang
dianugerahkan untuk berfikir, merasai dan mentafsir sendiri hikmah di sebalik setiap kejadian
agar kita sentiasa insaf dan beriman kepada Allah. Namun begitu, disebabkan sedikit
kepincangan yang berlaku akibat percanggahan serta peniruan yang dilakukan oleh saintis Barat
menyebabkan wujudnya fahaman materialisme yang berpunca daripada konsep rasionalisme
yang dicipta oleh Barat yang menolak kewujudan tuhan dan pegangan agama. Konsep Islam
Hadhari yang cuba dibawa oleh pemimpin telah memberi kesedaran kepada kita yang sudah
lama leka dan terikut dengan konsep barat walhal kita mempunyai peganagan dan asas yang
lebih kukuh berbanding mereka. Kita sewajarnya sentiasa memartabatkan ilmu-ilmu yang
diturunkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang mementingkan perkembangan ilmu sains
sebagai cara untuk melahirkan umat yang beriman. Melalui reformasi perubahan kurikulum
KBSR ini, murid-murid dapat didedahkan dengan dengan ilmu Al-Quran yang menjamin
perkembangan rohani, intelek, jasmani dan meningkatkan keimanan mereka seawal usia lagi.






TUGASAN INDIVIDU
ULASAN JURNAL
MORAL DARI PERSPEKTIF AGAMA (HMF 3043)
KUMPULAN A
PENSYARAH : ENCIK NORAZLAN HADI B YAACOB

NAMA : NAFIZA BT MOHD HANIPAH
NO MATRIK : D 20102039717
SEMESTER : 4
PROGRAM : ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
MANUSIA

Anda mungkin juga menyukai