Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

SEMESTER SEPT 2009

TUGASAN CBEC 1103

ELEMENTS OF E-COMMERCE

NAMA: SHAMSIEMON BIN MUKHTAR

NO MATRIK :700623035179001

NO TELEFON : 0199619090

PUSAT :PP KELANTAN

PROGRAM :
IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT
DENGAN KEPUJIAN

TUTOR : AMALINA BINTI ABDUL KADIR


SOALAN 1

Mobile Commerce (M-Commerce), juga dikenali sebagai m-perniagaan yang


merangkumi mana-mana aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui rangkaian
tele-komunikasi tanpa-wayar. Ia merangkumi transaksi komersial B2C dan B2B
seperti pertukaran maklumat dan perkhidmatan melalui perkakasan mudah alih
tanpa wayar.

1. Bincangkan bagaimana M-Commerce boleh memperluaskan seperti E-


Commerce.

2. Apakah penjualan terbaik in M-Commerce? Sediakan senarai bagi


produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang menawarkan
peluang terbaik untuk perkembangan M-Commerce.

3. Perbankan mudah alih merupakan aplikasi mudah alih yang paling


terkenal dan perkhidmatan perbankan. Huraikan beberapa (sekurang-
kurangnya TIGA) perkhidmatan yang disediakan oleh perbankan
mudah-alih.

4. Bincangkan kekangan teknikal bagi M-Commerce. Yang manakah


antara kekangan M-Commerce ini dirasakan akan memberikan impak
negetif terbesar kepada M-Commerce? Yang manakah akan
diminimumkan dalam masa 5 tahun? Yang manakah tidak? Bincang dan
laporkan menggunakan pendapat anda sendiri.
JAWAPAN SOALAN 1

1. M-Commerce (singkatan dari perkataan Mobile-Commerce) adalah


sistem perdagangan elektronik (e-Commerce) dengan menggunakan
peralatan portabel/mobile seperti: telepon tangahn, telepon pintar, PDA,
komputer riba, dan lain lain. Pada masa ini pengguna komputer
biasanya berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain (contohnya
semasa berada dalam kenderaan,pejabat), pengguna komputer dapat
melakukan masih melakukan transaksi jual beli produk di internet
dengan menggunakan sistem m-commerce ini. Selain m-commerce,
istilah lain yang sering dipakai adalah M-Perniagaan (Mobile Business).
Pada dasarnya, M-Commerce adalah gabungan dari perdagangan
elektronik (E-Commerce) dengan perdagangan mudah alih. Boleh
dikatakan bahawa M-Commerce ini adalah e-Commerce yang berada
dalam lingkungan jaringan tanpa wayar (wireless). Seperti juga
penggunaan e-Commerce, penggunaan M-Commerce boleh dibuat
melalui jaringan internet peribadi dan jaringan komunikasi peribadi, kad
pintar, dan infrastruktur lainnya. M-Commerce membuka peluang untuk
memberikan perkhidmatan baru bagi pelanggan yang telah ada, dan
untuk menarik pelanggan baru

Perkembangan M-Commerce boleh diperluaskan seperti E-Commerce


berlaku kerana dengan beberapa sebab.atau beberapa cara

i. Teknologi penyokongan terhadap wi-fi semakin dengan amat


pesat di mana alat-alat seperti komputer riba telah menjadi
semakin murah berbanding dengan beberapa tahun dahulu.
Contohnya kalau kita tengok harga komputer pada awal tahun
2000 masih sekitar RM5000.00 tetapi kini harganya telah turun
kepada RM2000.00. Penurunan ini memberi kesan positif di
mana kita boleh melihat pelajar-pelajar boleh menggunakan
komputer jenis ini untuk membantu kehidupan seharian mereka.
ii. Pengguna telefon bimbit di seluruh dunia kini mencapai 4.1
billion dan diangarkan bilangannya akan berkembang dengan
pesat sakali pada masa akan datang. dan merera juga akan
memiliki akses Internet. di telefon bimbit mereka Di negara
membangun pertumbuhan penggunaan telefon bimbit amat
cepat, hingga pertumbuhan ini boleh memacu negara tersebut
untuk memasuki era M-Commerce.

iii. Pengguna tidak lagi terikat untuk menggunakan komputer


peribadi untuk kegunaan seharian mereka samada dalam bidang
hiburan ataupun pekerjaan. kerana banyaknya telefon pintar atau
jaringan wifi yang beredar, Pengguna tidak lagi terikat dengan
komputer peribadi berkabel yang tidak begitu mudahalih lagi
untuk berinternet

iv. Kerana budaya penggunaan telefon bimbit yang sedang meletus


di seluruh dunia. Dengan munculnya budaya telefon bimbit ini
terutama di kalangan muda. Kalangan ini amat berpotensi
melakukan jual-beli atas talian dan bersosial di internet.

v. Harga perkhidmatan menggunakan E-Commerce percuma untuk


tempat-tempat yang menyediakan wi-fi kepada pelanggan
mereka contohnya kopitiam, di lapangan terbang, restoren
makanan ringan, kedai mamak dan hotel lebih mencenderungkan
E-Cormmerce menjadi lebih terkenal. Harga peralatan wifi
semakin menurun. Tarif penyedia perkhidmaan internet telah
mengenalkan pakej yang murah untuk pengguna yang kurang
menggunakan internet.

vi. Jalur lebar yang stabil dan senantiasa baik amat perlu untuk
mendukung M-Commerce.Ini kerana ia amat penting apabila jalur
lebar yang stabil dan baik untuk mengirim informasi berupa
teks,video, suara dan multimedia dan 3G dan amat penting bagi
mengirim transaksi yang berisiko seperti pembelian
menggunakan e-pay atau kad kredit.

2. Senarai bagi produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang


menawarkan peluang terbaik untuk perkembangan M-Commerce ialah
i. Nada dering
ii. Tiket wayang
iii. Mesin tunai
iv. Teksi
v. Restoren
vi. Makanan Segera
vii. Pubs
viii. Pencarian nama tempat
ix. Pencarian Poskod
x. Iklan dan tawaran diskaun

3. Aplikasi mudah alih yang paling terkenal dan perkhidmatan perbankan


ialah
i. Pembelian isi kandungan telefon – Pada masa ini pembelian
kandungan seperti nada dering, ”wallpaper”, dan permainan
untuk telefon bimbit. Penggunaan telefon bimbit sebagai
peralatan pelbagai guna seperti kegunaan komunikasi, pemain
mp3, pemain video, kamera dalam satu peranti meningkatkan lagi
pembelian dan penghantaran musik penuh dan video.
Peningkatan kelajuan muatturun meningkat ke tahap 4G akan
lebih memungkinkan lagi kelajuan muatturun ke tahap beberapa
saat saja.

ii. Perbankan Mudahalih – Bank dan beberapa institusi kewangan


sedang mengunakan kaedah ini sebagai satu elemen perbankan
mereka. Dengan menggunakan kaedah ini pelanggan bank
bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat akaun mereka di
bank, tetapi boleh juga membuat tansaksi seperti pembelian stok,
pembelian kredit telefon, penghantaran wang, pembayaran
pembiayaan rumah atau kenderaan, pembayaran pembiayaan
kad kredit, pembayaran bil utiliti melalui peranti mudahalih
mereka tanpa perlu ke bank untuk memenuhi keperluan mereka.
”Stock Market” juga boleh dikendalikan melalui kaedah ini.
Keadah ini dikenali sebagai Mobile Banking atau M-Banking.

iii. Pembelian Mudahalih (Mobile Purchase) – Pembelian mudahalih


membenarkan pelanggan membeli memalui talian di mana sahaja
lokasi mereka. pelanggan boleh melayari dan membuat pesanan
produk yang dikehendaki dengan menggunakan keadah yang
selamat dan murah ini berbanding dengan pembelian
menggunakan katalog kertas, peniaga boleh menghantar
pelanggan senarai produk untuk membolahkan pelanggan tertarik
dan secara lansung melayari laman ecommerce peniaga.
Tambahan pula peniaga boleh menjejaki pelanggan sepanjang
masa dan memberitahu penjimatan yang pelanggan boleh
dapatati.

iv. Voucer mudahalih (Mobile Vouchers), Kopun, dan Kad Loyalti. –


Teknologi tiket mudahalih boleh juga digunakan untuk
mengagihkan voucer, kopun atau kad loyalti. Voucer, kopun atau
kad loyalti akan dihantar melalui telefon bimbit. Tunjukkan telefon
bimbit yang dihantarkan dengan kopun tersebut di ”Point of sale”
(POS) membenarkan pelanggan menikmati kemudahan yang
sama dengan pelanggan yang memiliki kad loyalti sebenar atau
kopun fizikal. Penghantaran melalui telefon membenarkan
 Skala ekonomi
 Penghantaran cepat dan mudah
 Target pemasaran yang berkesan
 Data pelanggan yang dilindungi
 Penjimatan sumber berkesan
 Sahabat alam ”environmental-friendly” dengan tanpa
kertas

4. Kekangan teknikal bagi M-Commerce


i. Manusia lebih yakin dengan transaksi yang berlaku mempunyai
satu bentuk pengessahan atau didokumenkan, dan ia dijalankan
diantara pembeli dan peniaga yang dapat dilihat secara langsung.
Pada masa yang sama, barangan yang diuruskan sampai
ketangan mereka apabila membuat bayaran samada secara tunai
atau kredit.
ii. Prasarana yang diperlukan oleh peniaga perlu stabil dan kuat
supaya tidak ada kecuaian yang berlaku. Data-data yang dihantar
perlu di enscrpit terlebi dahulu dan disimpan dengan baik bagi
pelanggan dapat percaya pembelian kaedah M-Commerce amat
berkesan.
iii. Kes penyamaran juga menjadi kekangan amat besar dimana
laman web secara mudahalih juga boleh ditiru oleh pihak tak
bertanggung jawab dan di mana mereka boleh mencuri aksess ke
akaun palanggan tanpa kebenaran.
iv. Isu keselamatan transaksi merupakan halangan terbesar dalam
untuk untuk M-Commerce berfungsi dengan baik. Bukan sahaja
pengodam dari dalam negara malahan ia juga boleh digodam oleh
pengodam dari serata dunia.
v. Pada telefon mudahalih mempunyai karektor dan nombor yang
terhad untuk digunakan.
vi. Antaramuka pengguna sukar digunakan dan dipelajari oleh
pengguna.
vii. Teknologi bagi peranti mudahalih biasa kebelakang sikit
berbanding dengan teknologi komputer peribadi.
SOALAN 2

Setiap jenis perdangangan melibatkan beberapa isu perundangan, etika dan


peraturan.
Hak cipta, cop perdagangan, pencabulan paten, kebebasan berfikir dan
bersuara, kecurian hak, dan penipuan bukan lah isu baru dunia perdagangan.
Bagaimanapun, E-Commerce menambahkan skop dan skala kepada isu-isu
ini. Ia juga meningkatkan persoalan berkaitan apakah yang membentuk
perlakuan yang melanggar undang-undang atau tidak beretika, pencerobohan,
atau tingkahlaku yang tidak diingini.

1. Apakah isu-isu perundangan dan etika yang seharuskan diberikan


perhatian utama kepada perusahaan E-Commerce? Bincangkan secara
terperinci.
(20 marks)

2. Dilema etika sebenar yang syarikat-syarikat dan individu-individu terlibat


dalam E-Commerce telah dihadapi sejak kebelakangan ini. Sebahagian
daripada dilema-dilema ini telah dibincangkan secara meluas dalam
sidang perniagaan, manakala yang lainnya berlalu begitu sahaja tanpa
disedari atau dilaporkan. Cari mana-mana maklumat yang berkaitan
daripada mana-mana sumber (internet, buku, jurnal) dan dengan
menggunakan perkataan anda sendiri, huraikan dengan jelas hasil
carian dan kefahamanan anda tentang isu-isu ini.

(20 marks)
JAWAPAN SOALAN 2

1. Perundangan dan etika yang selalu diberikan perhatian utama kepada


perusahaan E-Commerce ialah

i. Di antara Akta-akta yang paling relevan dan boleh dirujuk dalam


konteks ini ialah:
• Akta Jualan Barang 1957;
• Akta Perihal Dagangan 1972;
• Akta Jualan Langsung 1993;
Di samping itu, terdapat juga Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 dan Kanun Amalan bertajuk “General Consumer Code of
Practice for the Communications and Multimedia Industry
Malaysia” (didaftarkan pada 17 Oktober 2003) dan “Guidelines
for Complaints Handling” (dikeluarkan pada Julai 2003). Walau
bagaimanapun, adalah dihujahkan yang Akta tersebut serta
kedua-dua Kanun Amalan dan Garis Panduan ini tidak terpakai
kepada pengguna yang membeli barangan melalui Internet atau
yang menjalankan aktiviti e-perbankan. Sebaliknya ia adalah
untuk melindungi pengguna yang berurusan dalam aktiviti
telekomunikasi dan multimedia. Selain itu, Akta Perlindungan
Pengguna 1999 (Akta 599) yang begitu penting dalam melindungi
pengguna di Malaysia, malangnya, tidak terpakai kepada aktiviti
E-Commerce. Seksyen 2 memperuntukkan: Akta ini tidak terpakai
bagi mana-mana perdagangan yang dilaksanakan dengan cara
elektronik melainkan jika ditetapkan sebaliknya oleh Menteri.
Alasannya mungkin disebabkan kerana aktiviti E-Commerce
masih baru di Malaysia dan juga kesukaran bagi tribunal tuntutan
pengguna bagi menangani masalah yang berbangkit dari aktiviti
E-Commerce terutamanya dalam soal pembuktian kes. Ketiadaan
Akta Transaksi Dagangan Elektronik yang boleh mengandaikan
kewujudan kontrak E-Commerce mungkin menyebabkan isu
pembuktian kontrak E-Commerce akan berbangkit jika kes
seumpama itu dibawa ke hadapan tribunal tuntutan pengguna
dan boleh menyukarkan tribunal menangani persoalan
perundangan tersebut.
ii. Mendaftar urusniaga anda dalam web yang selamat dan setiap
maklumat yang masuk akan dienskrip untuk memastikan bahawa
maklumat yang diberi disimpan dengan selamat dan tidak
dicerobohi.
iii. Mendapatkan sijil digital untuk pelayan yang digunakan. Ini
bermakna laman web kita akan mempunyai kod atau sijil yang
dijamin akan keselamatannya.
iv. Bayaran yang dibuat melalui kad kredit haruslah dimasukkandan
dihantar terus dimasukkan dan dihantar terus ke laman web bank
agar ia selamat memandangkan telah disimpan oleh bank sebagai
perantara bayaran.
v. Membuka akaun di bank-bank yang dipilih oleh pelanggan di mana
semua transaksi wang pelanggan akan didebitkan dengan selamat
oleh bank semasa proses pembelian. begitu juga pihak bank yang
akan mengkreditkan bayaran pelanggan terus kepada peniaga
dengan selamat semasa proses peneriamaan.
vi. Dari segi perundangan etika biasanya ia terikat dengan kawalan
kebiasaan sosial, pasaran juga mengawal sesetengah paten
perlakuan di Internet. Walaupun pengaruh pasaran ekonomi
terbatas dalam cebisan-cebisan tidak komersial di Internet, Internet
juga mewujudkan pasaran maya maklumat, dan maklumat ini
mempengaruhi kesemuanya dari perbandingan servis ke
penetapan harga stok. Secara tambahannya, ketambahan
populariti Internet sebagai satu medium urusniaga komersial dan
satu forum beriklan, telah membawa hukum pembekalan dan
permintaan pada alam siber
vii. Banyak tindakan di Internet telah dikawal oleh perundangan
konvensyenal (kedua-dua berkait urusniaga di Internet dan imej
yang diletakkan). Kawalan-kawalan seperti perjudian, pornografi
kanak-kanak, dan frod diregulasi dalam cara yang serupa pada
alam nyata. Meskipun satu daripada kawasan yang paling
kontroversi dan tidak jelas adalah penentuan forum mana yang
mempunyai bidang kuasa terhadap aktiviti (ekonomi dan lain)
subjek yang dilakukan di Internet adlah dikawal oleh undang-
undang yang terpakaid e sesebuah negara.

2. Dilema etika sebenar yang syarikat-syarikat dan individu-individu terlibat


dalam E-Commerce telah dihadapi sejak kebelakangan ini
i. Terdapat juga barangan yang tidak wujud semasa Akta 1957
digubal misalnya perisian komputer atau muzik/lagu melalui
Internet. Apakah pembelian ‘barangan’ tersebut, misalnya secara
muat-turun (down-load) melalui Internet boleh dianggap
sebagai‘barangan’ dalam maksud seksyen 2 Akta 1957?
Mahkamah di Malaysia belum lagi berpeluang memutuskan
persoalan seumpama ini. Tetapi mahkamah di negara lain seperti
England pernah memutuskan isu seperti ini dan ia memutuskan
bahawa perisian tidak boleh dianggap sebagai suatu barangan
kerana ia adalah maklumat sahaja. Walau bagaimana di Amerika
Syarikat, mahkamah di negara tersebut memutuskan yang
perisian bukan hanya suatu pengetahuan tetapi adalah
pengetahuan yang dirakamkan ke dalam bentuk fizikal seperti
pita, disket atau cakera padat, maka ia harus dilihat sebagai
barangan. Begitu juga di Australia yang melihat sistem komputer
secara menyeluruh termasuk cakera padat dan perisian adalah
suatu jualan barangan dalam undang-undang di New South
Wales.
ii. Dunia e-cormmerce sekarang dipengaruhi oleh perubahan yang
amat besar dan sekiranya peniaga tidak bergerak searah dengan
perubahan ini, mereka akan menjadi mengsa kepada perubahan.
Satu bentuk perundangan mestilah ditujukan untuk membina
satu asas yang adil dan sempurna untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara atau pasaran yang berkebolehan perdagangan ini
seperti Akta Pengguna 1999 rasanya tidak begitu menekan
kepada perniagaan E-Cormmerce.
iii. Salah satu amalan yang lazim dan popular dalam mana-mana
transaksi atau usaha perniagaan ialah pengiklanan (Zainal Amin
Ayub 2001). Amalan ini wujud sama ada dalam perniagaan biasa
atau secara elektronik. Dalam perdagangan elektronik,
pengiklanan digunakan dengan meluas dalam Internet, sama ada
untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang
dijual/ditawarkan atau untuk menarik perhatian pengguna ke
laman web tertentu. Isu yang besar ialah bagaimana menangani
pengiklanan palsu atau yang mengelirukan oleh pengguna. Ini
biasa berlaku dalam transaksi E-Commerce berbentuk B2C.
Keadaan transaksi yang sangat pantas dalam Internet boleh
menimbulkan kemungkinan pengiklanan yang mengelirukan
iv. Penetapan harga oleh peniaga mestilah termasuk dengan kos
penghantaran. Kos ini mungki akan menjadikan harga produk
atau perkhidmatan akan menjadi lebih mahal berbanding dengan
harga produk di pasaran tradisional. Peniaga terpaksa berhati-
hati dengan mengambil bekalan dari pelbagai pembekal dan
memberi arahan kepada pembekal menghantar terus kepada
pelanggan secara terus tanpa dikenakan kos penghantaran
berganda.
v. Peniaga juga menhadapi dilema di man produk yang ditempah
oleh pelanggan tak dapat dibekalkan oleh pembekal mereka. Ini
menyebabkan palanggan akan hilang kepercayaan kepada
mereka untuk membuat transaksi seterusnya dengan mereka.
vi. Kadang kala penghantaran yang lambat oleh pembekal mereka
menyebabkab pelanggan mareka kepada mereka. Peniaga ini
akan teresa tertekan dengan gesaan pelanggan yang meminta
barang dihantar dengan cepat.
Rujukan:
1. Abdul Manaf Bohari(2006); isu-isu kontemporari Koridor Raya
Multimedia Kuala Lumpur , pearson
2. Azham Hussain, Fazilah Mohamad Kamal(2006) Penerimaan E-
perniagaan di kalangan Syarikat dan Intitusi Awam Malaysia,
kuala Lumpur Pearson
3. Prof M Kamal Halili Hassa & Dr. Fariza Ahmad; E-Commerce
Dan Perlindungan Pengguna Di Malaysia:Undang-Undang Dan
Amalan; Prosiding SeminarKebangsaan E-Komuniti 2005.
4. n.a. (10 November 2009) http://www.mobilecommerce.co.uk/
corporate/Modules/Prodict.aspx?pid=15&prodid=9
5. n.a (10 November 2009) http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-
undang_siber
6. n.a. (10 November 2009) http://marcbowles.com/courses
/amc_mobile/amcec_4.htm

Anda mungkin juga menyukai