Anda di halaman 1dari 4

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS



PENGENALAN

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang
utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.
Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar
dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran
pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan
paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.



CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid
untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid
pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15
orang.

2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas
pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi
15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu
kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu
alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan
dengan guru besar dan guru-guru asas.

BILIK / KELAS

a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung
kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah
sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain seperti
kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang
berlaku di tempat tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran
pemulihan.

b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi
keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang
mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan
ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat tempat
penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang
menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke
pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip prinsip yang terjalin
dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial,
emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik
kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan
penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.


PENTADBIRAN KELAS

Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas
hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan.

Di antaranya ialah :

Jadual waktu kelas / persendirian

Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang
ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang
pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
4.2 Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.
4.3 Mengemaskinikan rekod rekod.
4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas
biasa.
4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
4.7 Mengemaskinikan sudut sudut pameran pembelajaran.
4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di kelas pemulihan.

PENGELOLAAN SISTEM FAIL
KELAS PEMULIHAN KHAS

01 . FAIL INDUK

Kandungan
a. Surat surat Perhubungan Luar / Dalaman
b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia
c. Jawatankuasa Panitia
d. Pekeliling pekeliling Ikhtisas
( contoh : PP Ikh . Bil 4 /96 )


02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN

Kandungan
a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya


03 . FAIL MESYUARAT

Kandungan

a. Surat surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah
b. Buku Minit mesyuarat panitia
( sekurang kurangnya 3 X setahun )


04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN

Kandungan
a. Program Developmental dan Rutin
b. Laporan - laporan program


05 . FAIL ANALISIS IPP2M

Kandungan
a. Analisis IPP2M


06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN

Kandungan
a. Guru Besar
b. Guru Penolong kanan


07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID

Kandungan
a. Jadual Pemeriksaan
b. Instrumen Pemeriksaan


08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK

Kandungan
a. Surat Mesyuarat
b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang
c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

09 . FAIL BANK SOALAN

Kandungan
a. Semua set ujian yang digunakan.


10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN

Kandungan
a. Jadual guru Pemulihan
b. Maklumat guru Pemulihan



PANDUAN MENULIS NOMBOR RUJUKAN FAIL

TBA6117 / 06 / 06 / 011 / 01 / ( 01 )


FAIL FAIL LAIN


( Fail peribadi murid )

- Borang Pencalonan murid
- Borang pengumpulan maklumat
- Kaji selidik / borang latar belakang
- Rekod kesihatan


( Fail Bahasa Melayu Individu )

- IIP2M / Saringan
- Ujian Diognastik
- Rekod Pengamatan
- Rekod Pencapaian murid
- Borang skor individu





( Fail kerja susulan individu )

- direkodkan bagi murid-murid yang telah menguasai
( sudah mengikuti P&P dalam kelas normal )

- Lawatan

- Inventori

- BBM / ABM
Contoh :Buku buku , carta , kad kad dan lain lain.

Anda mungkin juga menyukai