Anda di halaman 1dari 19

JENIS KELAS

NUR ATIKAH MUFIDAH DHAMIRAH FARAHHANIS NUR HAMIZAH NURUL SYAMILAH

KELAS WITHDRAWAL KELAS INKLUSIF KELAS BIASA KELAS BERCANTUM

KELAS WITHDRAWAL
Penarikan keluar murid yang mengalami masalah dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik dari kelas aliran perdana


untuk dipulihkan ke kelas pemulihan khas

Dilaksanakan pada Tahun 1 hingga 6

Keutamaan diberi pada tahap 1 (Tahun 1, 2, 3)

Dihantar balik selepas dapat mahir dalam subjek tersebut.

KELAS BIASA

Menggunakan kurikulum biasa Diajar untuk kanak-kanak biasa atau sederhana dari segi mental yang tidak tergolong dalam golongan kanak-kanak masalah pembelajaran Kaedah mengajar bagi murid-murid yang berada di dalam kelas biasa adalah tidak sama dengan kelas-kelas yang lain . Menggunakan khidmat guru-guru yang juga mendapat pendidikan yang berbeza dengan khidmat guru bagi kelaskelas lain. Bilangan murid-murid bagi kelas biasa adalah ramai berbanding dengan kelas-kelas khas . Suasana kelas dan pembelajaran juga adalah berbeza dengan kelas-kelas khas yang lain.

KELAS BERCANTUM

KONSEP
Kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum berlainan mengikut tahun persekolahan mereka. Sebagai contoh, sebuah kelas yang mencantumkan murid-murid Tahun 1 dan 2 adalah dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun. Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran.

CIRI-CIRI
Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14 orang. Bilangan kelas bercantum akan ditentukan dengan membuat pertimbangan berdasarkan bilangan murid dalam setiap tahun persekolahan. Sekiranya jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid, maka tiga tahun persekolahan dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum.

Kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga pengajar yang sedia ada. Sebagai contoh, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum. Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah kelas. Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat disesebuah sekolah berkenaan.

Strategi pengajaran dan pembelajarannya yang tersendiri dan berbeza daripada kelas biasa di mana, semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan. Justeru, untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru yang terlibat perlu memilih dan merancang strategi pengajaran yang sesuai untuk menyelenggarakan bilik darjah. Namun demikian, keperluan murid juga diambil kira di mana, murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah dan memerlukan perhatian dan layanan perlu diutamakan oleh guru.

KELAS PEMULIHAN

Pengajaran & Pembelajaran


Perkara penting dalam proses pengajaran:
Sebelum mengajar Guru Khas Pemulihan perlu mengetahui 2 perkara penting: - Apa yang diketahui oleh murid sebelum mengajar. - Apa yang dipelajari oleh murid selepas mengajar. Maklumat penting ketika merancang: - Maklumat individu murid. - Sebab-sebab memasuki program pemulihan. - Diagnosis - ujian dan penilaian. - Analisa kesalahan. - Faktor-faktor sampingan. Pengelolaan : - Pengelolaan bahan pengajaran. - Kaedah yang hendak digunakan. - Kaedah berdasarkan kemampuan murid (berpusatkan kepada murid).

Pengajaran & Pembelajaran


Format Pengajaran

Butiran mengenai murid: - Sebab-sebab memasuki program pemulihan. - Diagnosis - ujian dan penilaian. - Analisa kesalahan. - Faktor-faktor sampingan.
Rancangan Pengajaran: - Obejktif pengajaran - Kaedah - Alat. Penilaian: - Ujian - Keputusan - Pencapaian Objektif - Komen / Cadangan.

Penilaian

Perkara utama dalam penilaian

Rekod Kemajuan menunjukkan pencapaian murid selepas pengajaran. Bahagian penilaian mata pelajaraan bahasa: - mengenal abjad - membunyi/menyebut huruf-huruf - mengenal/menyebut perkataan - membaca dengan fahaman - mengeja

Bahagian penilaian mata pelajaran matematik: - membilang - mengenal angka - mengetahui proses-proses asas - yang berkaitan denan wang - timbangan, ukuran dan masa.
Perbandingan antara pencapaian ujian pra dan pos. Penyimpanan rekod prestasi / kemajuan individu murid.

Kemudahan Fizikal
Keperluan ruang bagi Kelas Pemulihan Khas

Bilik / Ruang keluasan 3 bay (saiz satu bilik darjah biasa) bagi sekolah yang diperuntukkan kemudahan satu bilik untuk Kelas Pemulihan Khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan sekolah. Bilik / Ruang keluasan 2 bay bagi sekolah yang tiada / tidak diperuntukan kemudahan bilik untuk Kelas Pemulihan Khas.
Tiga alternatif mengadakan Kelas Pemulihan Khas

Dua (2) atau lebih kelas bagi setiap darjah 3 atau 4 orang murid sahaja dari setiap kelas. Satu (1) kelas bagi setiap darjah murid dari darjah lain boleh diambil bagi sesuatu sessi pengajaran & pembelajaran tetapi tidak melebih 15 orang. Dari satu darjah sahaja bilangannya antara 6 hingga 10 orang murid sahaja.

Persoalan yang perlu dibincangkan dalam perbengkelan. 1. Bagaimana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran boleh laksanakan jika sekolah tidak dapat mengadakan ruang untuk Kelas Pemulihan Khas. 2. Bagaimana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran boleh laksanakan bagi sekolah kecil (under enrolmen murid < 150 orang) dan tiada peruntukan jawatan Guru Pemulihan Khas.

Kedudukan / Lokasi Kelas Pemulihan Khas


Berhampiran dengan kelas murid yang terlibat. Bebas daripada gangguan yang menjejaskan tumpuan murid. Cukup cahaya dan pengaliran udara tidak tersekat. Perabot yang sesuai aktiviti pemulihan khas. (mudahalih).

Susun atur Kelas Pemulihan Khas


Kajian tentang interaksi dalam kelas oleh Ned Flanders (1963) dan Wragg (1973) :

2/3 daripada semua pelajaran adalah percakapan guru. 2/3 daripada masa percakapan itu adalah percakapan guru. 2/3 daripada percakapan guru adalah dalam bentuk syarahan.

Susun atur perlu dapat menjanakan interaksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran:

Guru dengan semua Murid Guru dengan seorang Murid Murid dengan Murid Murid dengan Murid-murid lain

Tiga (3) pendekatan susun atur Kelas Pemulihan Khas


G

Susunan Tradisional

Susunan Horse-Shoe

G M M M M M M M M M M M M

Susunan Modular

Anda mungkin juga menyukai