Anda di halaman 1dari 9

KAEDAH PENGUMPULAN DATA: PEMERHATIAN

Junaini Jena binti Amil Fadilah Nur Sabrina binti Mansor Sharifah Aini binti Misiran PISMP 7.06 (PEND. PEMULIHAN)

DEFINISI
Merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Merupakan salah satu alternatif dalam pengumpulan maklumat atau data selain soal selidik dan temu duga.

tujuan
Kaedah pemerhatian berasal dari kajian etnografi yang bertujuan untuk mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta.

Jenis pemerhatian
Pemerhatian terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh) Pemerhatian Peserta (Peserta sebagai Pemerhati)

Jenis Pemerhatian

Pemerhatian Bukan Peserta (Pemerhatian Penuh) - Memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. - Tempat pemerhatian : memberi peluang semaksimum kepada pemerhati secara teliti terhadap gerak geri ahli kumpulan. - Alat bantuan pemerhatian : alat rakaman

Pemerhatian Peserta

Pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati.

Penyelidik berfungsi sebagai peserta dan pemerhati.

Perbezaan pemerhati bukan peserta dengan pemerhati peserta


PEMERHATIAN BUKAN PESERTA Kehadiran pemerhati tidak disedari oleh responden. Responden akan menunjukkan tingkah laku sebenar dan tidak berpura-pura. Data yang diperoleh lebih tulen. PEMERHATIAN PESERTA Penyelidik mengalami aktiviti yang dirancangkan. Dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Maklumat tersembunyi atau tidak dijangka dapat diperhatikan pada peringkat awal.

Kelebihan kaedah pemerhatian


1. Pemerhatian lebih terperinci, jelas, teliti dan tepat.

2. Maklumat yang diperoleh boleh dijadikan bahan rujukan dalam kajian.

3. Penyelidik dapat memastikan maklumat yang diperoleh adalah sah.

Kelemahan kaedah pemerhatian


1. Sampel yang diperhatikan tidak menunjukkan tingkah laku sebenar. 2. Sampel rasa tidak selesa apabila pengkaji memerhatikan tingkah laku mereka.

3. Pemerhati bersikap bias terhadap sampel atas faktor perbezaan budaya, ras, fahaman dan nilai.

Anda mungkin juga menyukai