Anda di halaman 1dari 4

Cara biasa digunakan pengedar atau keldai dadah ini mengedar dadah adalah dengan

menyelitkan najis dadah itu dalam bagasi atau dibungkus dan disorok dalam dubur dan faraj.

Satu lagi cara penyeludupan dadah menggunakan keldai dadah ini adalah dengan memaksa
mereka menelan dadah yang dibungkus dalam sarung getah menyamai kondom. Mereka ini
juga digelar sebagai swallowers.


Selain itu, mengikut cara konvensional, penyeludup menyembunyikan dadah dalam tempat
tertentu dalam kenderaan, barang-barang, atau pakaian termasuk di tapak kasut atau barang
kemas diubahsuai.

Kini, taktik pengedaran juga diubah dengan cara yang kadang kala tidak masuk akal seperti
diproses dijadikan seperti kerepek kentang, diproses menjadi kertas, disorok dalam botol
syampu, serbuk pencuci atau sabun buku. Malah, dadah dimasukkan dalam buah-buahan,
sayuran dan dalam serangga yang dikeringkan serta dijadikan produk kecantikan seperti
bedak, pencuci muka, pensil alis mata dan cecair pengilat kuku.

Dalam keghairahan penyeludup dadah menyeludup dadah ini polis di seluruh dunia hampir
setiap hari menguatkuasa pelbagai cara bagi menyekat pengedaran dadah ini yang mana urus
niaga hariannya semakin meningkat di semua rantau di dunia ini.

Persoalannya, dengan tertangkapnya banyak keldai dadah ini setiap hari adakah otai
sindiket dadah ini akan memberhentikan kegiatan mereka atau terus melancarkan perang
terhadap pihak berkuasa?

Pihak berkuasa narkotik pula memang tidak kurang bijak berbanding pengedar dadah kerana
ada tersendiri menyelesaikan teka-teki penyeludupan dadah yang membuatkan orang awam
sendiri tertanya-tanya - bagaimana mereka melakukannya.

Antara taktik sindiket

BERIKUTAN kejatuhan mendadak bekalan dadah berikutan pengeluaran pokok ganja seperti
Afghanistan, Pakistan, Turki dan negara di Amerika Selatan seperti Mexico dan Peru
berkurangan akibat peperangan, menjadikan sindiket dadah kian licik melancarkan taktik
penyeludupan.

Berikut beberapa bukti dan pendedahan polis cara penyeludupan dipraktikkan penjenayah
dadah ini:

Serangga
Sejumlah 300 gram kokain ditemui di dalam 100 kumbang mati, yang ditemui oleh pegawai-
pegawai kastam di Amsterdam di dalam kargo dari Peru.

Lampin bayi
Di Jerman, seorang ibu muda ditahan kerana cuba menyeludup 15 gram amphetamines dan
46 pil ecstasy ke dalam lampin anaknya.

Rambut palsu
Pihak berkuasa Namibia, menahan seorang pelajar berusia 21 tahun di Angola dalam cubaan
pelajar itu menyeludup kokain ringan menggunakan 76 paket yang dibungkus melalui rambut
sambungan di kepalanya.

Gajet seks
Seorang wanita Ukraine tidak menyangka pegawai-pegawai kastam Lapangan Terbang Kiev
akan memeriksa kandungan barang-barang, terutama gajet seks yang dibawanya yang
terbukti ada kandungan dadah di dalamnya.

Air gereja
Pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) menangkap
Warren Maynard Brooklyn berusia 50 tahun kerana cuba menyeludup 42 botol cecair
ketamin ke Amerika Syarikat dari Kanada. Maynard cuba mengaburi mata pihak berkuasa
dengan mengisytiharkan cecair itu sebagai holy water penganut Kristian.

Patung
Menyorokkan dadah dalam patung agama adalah helah lama tetapi kini patung agama turut
digunakan. Sebuah patung Jesus diperbuat daripada plaster yang digabungkan dengan kokain
berjaya dirampas kastam Amerika Syarikat di sempadan Laredo, Texas pada tahun 2008.
Wanita yang membawa patung 6.6 juta (RM2.83 juta) berjaya melarikan diri kembali ke
Mexico, tetapi seorang lelaki Mexico berusia 61 tahun disyaki membayar wanita untuk
membawa patung itu telah ditangkap.

Anak anjing
Penyeludupan dadah biasanya takut dengan anjing yang dilatih pihak berkuasa narkotik untuk
mengesan dadah, namun kali ini mereka menggunakan anjing dengan memasukkan heroin
yang dipaketkan ke dalam perut haiwan berkenaan. Perut anak anjing itu dibedah dan dijahit
semula. Kejam bunyinya, namun itulah hakikatnya apabila pihak berkuasa narkotik Amerika
Syarikat pada 2006 menahan ahli organisasi dadah Colombia yang cuba menyeludup heroin
ke negara itu .

Kaki palsu
Seorang lelaki Chile berusia 66 tahun telah ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan terbang
di Barcelona, Sepanyol setelah mereka mendapati bahawa simen pada kakinya yang patah itu
dibuat daripada kokain. Polis dilaporkan berkata, kaki lelaki itu mungkin telah sengaja
dipatah bagi membolehkan kokain dijadikan simen kakinya. Walaupun nampak macam tidak
logik dan sukar dikesan, namun ia dapat dipatahkan pihak berkuasa negara itu.

Kerepek kentang
Pada 2006, polis di Austin, Texas Amerika Syarikat menemui 168 gram kokain dalam
kerepek kentang berjenama popular. Ini jelas menunjukkan pengedar dadah semakin kreatif
kerana berjaya menghasilkan kerepek kokain yang menyerupai kerepek kentang sebenar.
Namun, mereka tewas juga kerana polis juga kreatif dalam mengesan tempat dadah itu
disorokkan.

Beg pakaian
Bukan seperti taktik lama yang mana dadah disorokkan di dalam bahagian beg pakaian,
kerana penjenayah dadah kreatif dengan menjadikan beg pakaian itu menggunakan campuran
kokain dengan damar dan gentian kaca. Kejadian berlaku di Sepanyol apabila seorang wanita
Chile yang cuba masuk ke Sepanyol ditahan bersama dua beg pakaian yang dibawanya.
Wanita itu ditahan kerana pihak berkuasa mendapati beg pakaian yang dibawanya lebih berat
daripada kandungannya.
tamat

INFO: 'Wajah' keldai dadah

Pihak berkuasa lapangan terbang lazimnya menahan mereka yang mempamerkan ciri-ciri
berikut:
Penumpang yang kelihatan berisi atau gemuk dan mengenakan jaket yang mencurigakan
kerana bungkusan yang diikat pada badan.
Individu yang resah
Wanita yang mengembara bersendirian
Wanita dengan bagasi sedikit dan tidak mengenakan pakaian mengikut cuaca negara
destinasi
Penumpang yang membawa bungkusan, hadiah untuk orang lain
Anjing pengesan, mesin x-ray atau pengimbas dan ujian air kencing turut digunakan bagi
mengesahkan kehadiran dadah itu.

Anda mungkin juga menyukai