Anda di halaman 1dari 15

PANDUAN DAN ADAB

BERDOA
Disediakan oleh:
Ustaz Nawawi bin Hj Budin
Ustaz Saarani bin Tahir
Ustaz Ahmad Hamizi bin
Abu Hassan

PENDAHULUAN

Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan


satu tanda kerendahan hamba terhadap
Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara
individu atau berkumpulan. Sesuatu
ibadat itu hendaklah dilakukan dengan
ikhlas,
khusuk,
tertib
dan
penuh
tawaduk. Dengan demikian ia mesti
dilakukan dengan kehendak syarak. Ini
bermakna doa bukan boleh dilakukan
sebagai satu acara kebudayaan atau
adat yang kosong dari roh ibadat atau
rasa tawaduk kepada Allah.
Doa
merupakan salah satu cara hidup orang
Islam yang diajar oleh Raulullah.

OBJEKTIF PANDUAN
DOA
Membimbing guru-guru dan
murid-murid diperingkat
sekolah, daerah dan negeri.
Membimbing umat Islam agar
dapat berdoa dengan baik
Umat Islam dapat mengetahui
dan memahami konsep doa
dalam Islam

KUMPULAN SASAR
Pegawai-pegawai Kementerian
Pendidikan
Guru-guru
Para pelajar

PENGERTIAN DOA
Doa ialah satu ucapan
permohonan dari hamba kepada
Allah dengan hati yang ikhlas
bagi mendapatkan rahmat,
inayah dan pertolonganNya atau
untuk menolak bala bencana
dengan cara dan adab yang
tertentu.

KEPENTINGAN BERDOA
Doa merupakan ibadah.
Hadis:
Hadis:

Doa merupakan anak kunci rahmat.


Hadis:

Doa merupakan senjata utama orang


mukmin.
Hadis:

ADAB BERDOA
Adab sebelum:
Memastikan diri bersih / suci
Mengikhlaskan diri kepada Allah
Yakin bahawa doa akan diperkenankan
oleh Allah
Bersungguh-sungguh (penuh perasaan)
bertawajuh kepada Allah
Memohon perkara-perkara yang
diharuskan sahaja

Adab semasa:
Mengangkat kedua belah tangan hingga
ke paras bahu
Memulakan doa dengan memuji Allah
Berselawat ke atas nabi
Afdal berdoa dalam Bahasa Arab (boleh
menggunakan bahasa ibunda mengikut
kesesuaian tempat, suasana dan
kumpulan sasar)
Sunat mengulangi permohonan dalam
doa
Mengaminkan doa
Menyapu tangan kemuka selepas berdoa

Adab selepas:
Berlapang dada terhadap hajat
yang dipohon
Sabar dan reda terhadap
ketentuan Allah (tidak mudah
putus asa atau kecewa)
Sentiasa berusaha dan
bertawakkal kepada Allah
Berakhlak mulia
Menunaikan perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya.

WAKTU ISTIJABAH

Malam Jumaat dan siangnya


Ketika sujud dalam solat
Selepas setiap solat fardu
Antara azan dan iqamah
Pada satu pertiga malam
Antara dua khutbah
Waktu pagi dan petang

TEMPAT BERDOA
Tempat perhimpunan yang
bertujuan kebaikan.
( cth. Masjid, Dewan, Rumah
kediaman, Tempat terbuka)

DOA YANG
DIMAKBULKAN TANPA
HIJAB

Doa orang yang dizalimi


Doa ibubapa terhadap anaknya
Doa orang yang sedang sakit
Doa orang dalam musafir dan fi
sabilillah
Doa terhadap sesama Islam
Doa orang yang sedang
berpuasa

SEBAB DOA DITOLAK


Seseorang Ahli Tasauf yang terkemuka bernama
Ibrahim Adham ketika ditanya oleh orang ramai
maknanya doa yang tidak diterima oleh Allah.
Maka beliau menjawab kerana hati kamu buta
disebabkan oleh sepuluh perkara:

1.
2.

3.
4.

Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak


menunaikan hakn-Nya.
Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasul
tetapi kamu tidak menunaikan sunnahnya.
Kamu telah nenbaca Al-Quran tetapi kamu
tidak beramal dengannya.
Kamu telah makan nikmat Allah tetapi kamu
tidak pernah tunaikan syukur-Nya

5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi tidak


menentangnya bahkan mau mengikutnya.
6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu
tidak beramal masuk ke dalamnya.
7. Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu
tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak
bersedia
untuk
menghadapinya
atau
mengingatinya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang diri
kamu.
10. Kamu kebumikan mayat di antara kamu tetapi kamu
tidak mengambil iktibar dari mereka.

PENUTUP
Kewajipan sebagai seorang
muslim kita dituntut sentiasa
berdoa kepada Allah sama ada
dalam keadaan susah atau
senang. Allah sangat menyukai
dan mengasihi orang yang
berdoa kepadaNya.

Anda mungkin juga menyukai