Dewasa ini, penggunaan perbankan internet di kalangan masyarakat konsumer
semakin berkembang. Konsumer yang menggunakan perbankan internet didorong oleh pelbagai faktor antaranya faktor sosio-ekonomi, persepsi terhadap perbankan internet, sikap dan juga faktor persekitaran. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana masyarakat konsumer menggunakan perbankan internet. Selain itu, kajian juga bertujuan untuk melihat bagaimana masyarakat konsumer mentafsirkan konsep utilitarianisme semasa menggunakan perbankan internet. Kajian ini telah dijalankan di Bandar Sunway Seberang Jaya, Butterworth. Sebanyak 50 orang responden yang dipilih dengan pensampelan bukan kebarangkalian. Hasil kajian secara umumnya menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penggunaan perbankan internet di kalangan konsumer perbankan Bandar Sunway Seberang Jaya di Butterworth.