Anda di halaman 1dari 5

Definisi Teori

Kajian-kajian berasaskan tingkah laku manusia banyak menggunakan teori sehingga


teori memberikan impak tersendiri dalam bidang ini. Nilai teori penyelidik bermakna bagi
memahami tingkah laku manusia. Dalam menghalusi nilai teori kepada kajian-kajian
berasaskan tingkah laku manusia, kita perlu memahami peranan teori dalam membantu
penyelidik melaksanakan tugasnya. Sebagai contoh, teori-teori seperti motivasi, kepimpinan
dan pembelajaran membantu kita memahami bagaimana manusia bertindak balas pada
keadaan dan criteria tertentu atau disebut pemboleh ubah kepada tingkah laku.
Bagi menjelaskan maksud teori, Ensiklopedia Encarta (2002) mentakrifkan teori
sebagai andaian-andaian atau sistem membuat andaian ini. Ini termasuklah prinsip dan
prosedur yang berasaskan maklumat, kaedah membuat analisis, membuat jangkaan dan
bagaimana menjelaskan fenomena-fenomena semula jadi tingkah laku manusia serta
memberikan konsep abstraknya. Bagi Kerlinger (1986) teori didefinisikan sebagai suatu set
konsep yang saling berkait dan dapat menjelaskan fenomena dengan mengenal pasti
perkaitan antara pemboleh ubah yang sesuai.
Dari kedua-dua definisi itu, penyelidik dapat memahami teori adalah prosedurprosedur sistematik membuat andaian yang mampu menjelaskan fenomena-fenomena tingkah
laku dan meneroka pengetahuan baru. Bagi menghayati nilai teori pada penyelidik, Wierma
(1991) menggariskan empat peranan utama teori seperti berikut:
1. Mengemukakan kerangka kerja bagi penyelidikan.
2. Fungsi sintesis idea baru.
3. Bertindak sebagai alat penjelasan fenomena.
4. Membantu pembentukan generalisasi yang dapat diuji bagi kajian lanjut.
Membentuk Kerangka Kerja Penyelidikan
Pada asasnya, teori membantu penyelidik melihat bidang ilmu secara sistematik.
Dengan kefahaman yang tersusun, beberapa bidang ilmu dapat digabungkan bagi membina
perkaitan antara konsep dari disiplin ilmu tertentu. Ini dapat membantu penyelidik membina
kerangka kerja asas permasalahan yang ingin dikaji. Seterusnya persoalan kajian dan
hipotesis kajian dapat dibentuk bagi menentukan arah kajian. Bagi memahami peranan ini,
dalam kes kajian penyelidik, kerangka kerja dibina berdasarkan tiga konsep iaitu kuasa
pemimpin, komitmen organisasi dan prestasi kerja. Perkaitan ketiga-tiga konsep ini dihalusi
sehingga satu kerangka kerja terbentuk bagi menjadi asas kepada halatuju kajian. Ketiga-tiga
elemen ini dipanggil pemboleh ubah dan menjadi bidang yang membentuk bidang
pengetahuan yang diterokai.
Hubungan antara pemboleh ubah yang dicadangkan dalam penyelidikan tidak sahaja
bergantung kepada kefahaman rasional dan logik. Penyelidik perlu membuat tinjauan kepada

literature sedia ada bagi mendapatkan sandaran kepada teori-teori yang menyokong perkaitan
itu. Bagi pembentukan kerangka kerja dalam kajian ini, penyelidik merujuk teori-teori
berkaitan kepimpinan, komitmen organisasi dan prestasi kerja. Dari berbagai-bagai teori
kepimpinan, penyelidik memilih teori yang berkaitan komitmen organisasi, manakala bagi
teori komitmen organisasi penyelidik memilih teori yang berkaitan dengan prestasi kerja.
Tinjauan literatur juga menunjukkan perkaitan ketiga-tiga konsep seperti rajah di bawah.

Teori berkaitan antara


kepimpinan dengan komitmen
organisasi
Teori
Kepimpin
an
Kuasa
Pemimpin

Teori berkaitan antara komitmen


organisasi dengan prestasi kerja
Teori
Komitmen
Organisas
i

Teori
Prestasi
Kerja

Komitmen
Organisasi

Prestasi Kerja

Rajah 3.1 : Teori dalam membina kerangka kerja penyelidikan


Tinjauan lanjut secara kritikal oleh penyelidik dapat melihat jurang pertalian antara
satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Dalam kes kajian penyelidik, kaitan
antara kuasa kepimpinan dan prestadi kerja menjadi jurang yang masih kabur pemahamannya
dan ini menjadi asas kepada permasalahan kajian penyelidik. Selain itu, penyelidik dapat juga
melihat adakah pertalian itu konsisten berbanding dengan kajian-kajian sebelumnya.
Pemahaman lanjut teori membantu penyelidik melihat perkembangan teori dan
mengandaikan di manakah sumbangan kajian ini pada khazanah ilmu. Misalnya, daripada
pembacaan teori-teori kepimpinan yang ditulis oleh Horner (1997) \, penyelidik mendapati
teori tidak dapat menerangkan segala-galanya, ia terbatas kepada situasi dan masa. Penyelidik
mengandaikan, kajian penyelidik menyumbang kepada pemahaman yang lebih sempurna
antara ketiga-tiga pemboleh ubah kajian.
Selain itu, penyelidik melihat perkembangan teori seperti teori kepimpinan bermula
dengan teori keturunan, teori tingkah laku, dan teori faktor situasi. Teori menjadi popular
apabila ia dapat menjelaskan masalah ataupun perkara dan kemudian tidak digunakan lagi
apabila gagal membuktikan fenomena dan mati apabila satu teori muncul yang dapat
menerangkan situasi semasa.
Fungsi Sintesis Idea Baru

Dalam sains social, teori berperanan menjana idea baru iaitu proses menggabungkan
idea dan perkongsian maklumat-maklumat empirikal bgi pembinaan pemahaman yang lebih
mendalam supaya dapat membawa makna yang lebih umum dan penggunaan yang meluas
dari segi amalannya. Dalam hal ini, teori memberikan makna yang lebih tepat kepada fakta
dan meletakkannya dalam perspektif yang lebih sesuai. Melalui proses inilah teori membantu
penyelidik mengenal pasti permasalahan kajiannya iaitu pembentukkan persoalan kajian yang
lebih tepat kepada permasalahan yang ingin dikaji. Dalam hal ini, Karlinger (1986)
mendefinisikan teori sebagai alat yang memberikan penjelasan kepada fenomena-fenomena
yang diamati dan membuat jangkaan kepada fenomena lain yang mempunyai indikator yang
sama.
Daripada berbagai-bagai teori dalam bidang yang sama, pengalaman menunjukkan
penggabungan perlu dibuat dalam usaha membentuk model yang mendasari kajian
penyelidik. Bagi kes kerangka kajian penyelidik, model yang menjelaskan kaitan bagi kuasa
pemimpin dan komitmen organisasi dengan prestasi kerja dibentuk.
Pada tahap ini, pembacaan membawa penyelidik menemui beberapa model berkaiyan
kuasa pemimpin tetapi atas beberapa alasan, penyelidik memilih model Franch dan Raven
(1959) sebagai asas kepada penjelasan bagi kuasa pemimpin manakala model Allen dan
Mayer (1990) mewakili konsep komitmen organisasi. Sebaliknya bagi konsep prestasi kerja,
tiada model tertentu ditemui. Oleh itu, penyelidik memilih model yang sesuai dan teruji yang
dicadangkan oleh Lunjew (1994). Sesudah membuat hubung kait antara ketiga-tiga konsep
tadi, penyelidik mendapati tiada perkaitan langsung antara kuasa kepimpinan dengan prestasi
kerja. Oleh itu, kajian penyelidik cuba meninjau perkaitan terus antara kuasa keoimpinan dan
prestasi kerja melalui perkaitan terus antara kuasa kepimpinan dan prestasi kerja melalui
prekaitan sedia ada dengan komitmen organisasi. Di sinilah idea baru terjana hasil kerja
menghalusi teori-teori yang sedia ada.
Teori Membantu Membuat Generalisasi
Salah satu fungsi teori adalah ia membantu kita mermbuat generelisasi. Misalnya,
teori yang menerangkan cirri-ciri kepimpinan pada orang bawahan. Teori kuasa pemimpin
yang dinyatakan oleh Franch dan Raven (1959), menyatakan pemimpin menggunakan salah
satu dari pengaruhnya pada orang bawahannya iaitu kuasa rujukan, kuasa kepakaran, kuasa
ganjaran, kuasa paksaan (coercive) dan kuasa sah (legitimate).
Melaui pembacaan, penyelidik menemui beberapa kajian yang melibatkan
penggunaan kuasa kepimpinan ke atas pemboleh ubah komitmen organisasi dalam beberapa
situasi seperti di negara-negara Barat, Arab dan Korea. Di antara perkara yang penyeldik
temui, terdapat pertaliaan antara dimensi kuasa kepimpinan dengan dimensi komitmen
organisasi model Allen dan Mayer (1990) iaitu, komitmen afektif, komitemen berterusan
(continuence) dan komitmen normative (Abu Bakar Suliman, 2000, Cohen, 1996, Rahim,
2001). Antara dapatan yang dotemui, terdapat perkaitan antara kuasa rujukan dan kuasa
ganjaran komitmen afektif. Dapatan yang konsisten daripada beberapa penyelidik sebelum ini
membolehkan generalisasi dibentuk. Oleh kerana dapatan yang konsisten di beberapa buah
negara, dijangka dapatan yang sama ditemui di Malaysia.

Kemampuan membuat generalisasi berguna kepada penyelidik. Dengan pengetahuan


ini, penyelidik dapat memurnikan model kajian dan daripada model perkaitan antara dimensi
kuasa kepimpinan dan dimensi komitmen organisasi dapat diringkaskan menjadi satu model
yang lebih mudah seperti yang ditunjukkan di rajah 3.2. Kebolehan membuat generalisasi
juga memudahkan penyelidik membina hipotesis-hipotesis kajian.

Kuasa
Pemimpin
Kuasa Rujukan
Kuasa Paksaan
Kuasa Ganjaran
Kuasa Sah

Komitmen
Organisasi
Komitmen Afektif
Komitmen
Normatif
Komitmen

Prestasi
Kerja

Rajah 3.2 : Teori Dalam Membina Kerangka Kerja Penyelidikan.


Teori Membantu Menjelaskan dan Membuat
Seperti yang dijangkan oleh Kerlinger (1986), teori dapat digunakan bagi menjelaskan
sesuatu perkara dan ia juga dapat digunakan bagi menjangkakan perkara baru. Misalnya,
kajian perkaitan antara dua pemboleh ubah yang berperanan sebagai bersandar dan tidak
bersandar. Hasil dari beberapa kajian yang lepas menunjukkan dapatan yang konsisten
kepada hubungan kedua-dua pemboleh ubah, iaitu kedua-dua pemboleh ubah menunjukkan
korelasi yang tinggi dan signifikan. Keadaan seperti ini membolehkan kita membuat ramalan,
apakah yang bakal berlaku kepada pemboleh ubah bersandar apabila pemboleh ubah tidak
bersandar dimanipulasikan.
Dalam kajian penyelidik, apabila dapatan kajian menunjukkan pertalian yang
signifikan antara dimensi kuasa pemimpin dengan komitmen afektif, begitu juga terdapat
pertaliaan yang signifikan antara komitmen afektif dengan prestasi kerja. Penggunaan
beberapa dimensi kuasa pemimpin terpilih dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi
kerja organisasi secara berkesan. Tambah lagi, apabila kajian dilakukan di Jabatan
Perkhidmatan Awam yang menjadi tulang belakang pentabiran negara, hasil dapatan kajian
ini dapat memberikan petunjuk kepada prestasi keseluruhan sektor awam di Malaysia.
Penggunaan Teori Bagi Menguji Teori
Penggunaan teori adalah lebih meluas dalam penyelidikan yang berdasarkan
penyelidikan asas (basic research). Amalan menguji kebenaran teori bagi kes-kes berlainan
adalah tergolong dalam penyelidikan asas, (Wiersma, 1991). Sebagai contoh, dalam kajian
penyelidik yang meninjau perkaitan kuasa kepimpinan dengan komitmen organisasi iaitu
bagaimana pemimpin menggunakan pengaruhnya bagi meningkatkan komitmen pengikutnya.
Seperti yang dinyatakan, kajian lepas menunjukkan terdapat pertalian antara beberapa
dimensi kuasa kepimpinan dengan komitemen afektif. Penyelidik menguji semula kajian

yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik yang lepas dalam situasi tempatan khususnya
dalam sektor perkhidmatan awam Malaysia.
Kesimpulan
Perbincangan di atas menggambarkan kepentingan atau nilai teori proses pemahaman
tingkah laku manusia. Teori berperanan sebagai asas yang membentuk kerangka kerja dalam
kajian. Tingkah laku manusia dapat difahami dengan jelas apabila mengikuti perkaitan dalam
kerangka kerja yang dibentuk menggunakan teori itu. Tingkah laku dalam hal ini difahami
sebagai set konsep yang saling berkaitan.
Fungsi teori bagi sistesis idea baru membolehkan tingkah laku manusia difahami dari
dimensi baru yang mengembangluaskan kefahaman tingkah laku manusia. Sebagi contoh,
apabila kajian penyelidik menunjukkan perkaitan yang signifikan antara kuasa kepimpinan
dan prestasi kerja, elemen-elemen tertentu yang dikenal pasti dari kuasa kepimpinan dapat
diberikan tumpuan bagi menggalakkan peningkatan prestasi kerja. Ini meningkatkan mutu
kepimpinan pemimpin organisasi dan seterusnya menengkatkan produktiviti.
Fungsi membuat generalisasi menunjukkan teori membantu penyelidik merumuskan
tingkah laku manusia bagi membentuk pengetahuan baru yang benar dalam kes-kes yang
dirangkumi oleh fenomena kajian. Dalam hal ini, teori membantu kita memahami tingkah
laku manusia secara lebih khusus bagi sesuatu fenomena.
Teori juga membantu kefahaman secara rasional pada tingkah laku manusia kerana
teori mampu memberikan penjelasan kepada fenomena yang berlaku. Daripada pemahaman
ini juga kita dapat membuat jangkaan yang lebih baik berkaitan kemungkinan-kemungkinan
tingkah laku yang dipamerkan oleh individu atau sekumpulan individu mengikut fenomenafenomena yang dialami.
Nilai teori kepada proses pemahaman tingkah laku manusia juga dapat dilihat
daripada peranan teori bagi menguji teori. Melalui ujian kepada teori-teori yang dibina,
penyelidik dapat memastikan adakah teori itu benar bagi kes-kes sasaran kajian. Proses ini
memperluaskan skop kesahan teori. Lebih banyak teori teruji bagi kes-kes berlainan lebih
luaslah skop kesahan teori itu. Penyelidik dapat memahami tingkah laku manusia dengan
lebih meluas mengikut skop yang teruji.
Selain itu, teori membantu meningkatkan kefahaman ilmu tentang tingkah laku
manusia dan menjadi penyambung kepada perkembangan ilmu secara berterusan melalui
penyelidikan. Dengan kefahaman teori, kita dapat menelah tingkah laku manusia mengikut
persekitarannya.

Anda mungkin juga menyukai