Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Internet Kepada Guru

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan
kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah.
Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan
berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan
sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan
impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu
memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk
satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk. Antara kelebihan penggunaan internet
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada guru adalah seperti mana yang berikut:-

o Mengubah Peringkat Membuat Keputusan : Kebiasaannya, penggunaan media dirancang semasa


kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum. Oleh itu
terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik.
Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan kurikulum, perancang kurikulum
dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran
dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan
kurikulum yang telah digariskan.

o Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran : Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem
atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan
pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem
sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai
contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan
penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian
masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan. Penggunaan teknologi pengajaran
terutamanya teknologi maklumat, mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di
sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan
berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan
sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru
untukpembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan
fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang
pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan
menangani masalah pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama (Yusuf Hashim,
1998).

Anda mungkin juga menyukai