Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

PENUBUHAN
SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) INTEGRASI AL-HIJRAH

DISEDIAKAN OLEH:

JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA

SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) INTEGRASI AL-HIJRAH


TAMAN SEKIAH MAKMUR, 35950 BEHRANG STESYEN, TANJUNG MALIM,
PERAK

1.0

TUJUAN

Tujuan kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
Unit Sekolah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi penubuhan Sekolah Agama
Rakyat (SAR) Integrasi Al-Hijrah.
2.0 LATAR BELAKANG

Taman sekiah makmur mula didiami pada disember 2008. Penduduk awal
adalah seramai 20 keluarga. Taman ini terus berkembang sehingga pada 2014,
penduduk telah bertambah seramai 530 unit rumah (fasa 1-5). Kemudahan
yang terdapat ditaman antaranya ialah surau, padang permainan, padang bola
sepak, bangunan kedai dan pondok rukun tetangga. Di sekitar taman sekiah
makmur juga terdapat perumahan lain iaitu taman diamond creeks, INSTUN
dan Kg baru behrang ulu.

Penduduk Taman sekiah Makmur berkerja di institusi-institusi sekitar Tg


Malim seperti Sekolah, Kilang Proton, UPSI, Politeknik, INSTUN, Klinik
Kesihatan dan lain-lain.

Pada awalnya, anak-anak penduduk taman belajar agama di sekolah agama


rakyat al-takwa, Proton City. Walaubagaimanapun dengan penambahan
penduduk di Proton city, sekolah tidak mampu menampung jumlah murid yang
semakin ramai. Dengan itu, bermula pada 2015, sekolah agama rakyat altakwa hanya dibukakan pendaftaran kepada anak-anak penduduk proton city
sahaja. Justeru, anak-anak penduduk Taman sekiah makmur tidak

dapat

meneruskan pembelajaran.

Berdasarkan

situasi

di

atas,

pihak

taman

telah

memutuskan

untuk

mewujudkan SAR di taman sekiah makmur bagi kemudahan anak-anak


penduduk taman meneruskan pengajian mereka dengan lebih selesa.

3.0

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1

Tidak dibenarkan meneruskan pembelajaran di sekolah Agama


Rakyat, Proton City. Manakala sekolah Agama Rakyat Batu 8
tidak dapat menampung jumlah murid kerana kekurangan bilik
darjah.

3.2

Pertambahan pendudukan taman Sekiah Makmur dari semasa ke


semasa.

3.3

Dapat mengurangkan beban kos hidup penduduk taman yang


terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah agama rakyat proton
City dalam jarak 10 KM.

3.4

Dapat mengeratkan persaudaraan antara anak-anak penduduk,


ibu-bapa dan pihak sekolah kerana berkongsi sekolah yang sama.

3.5

Pembukaan taman-taman baharu yang berjiranan.

4.0

KONSEP SEKOLAH AGAMA RAKYAT

4.1

Definisi

Sekolah agama rakyat merupakan sekolah yang berteraskan kepada integrasi


kurikulum JAKIM.

Penubuhan
Penubuhan sekolah agama rakyat adalah sebagai sekolah persendirian di
bawah taman sekiah makmur. Sekolah ini akan dibina di padang, bersebelahan
surau sekiah makmur, Tanjong Malim.

Nama Sekolah
Sekolah Agama Rakyat Integrasi al-Hijrah, Taman Sekiah Makmur

Motto
Berilmu, Beriman, Bertakwa

Bahasa Pengantar
Sekolah agama rakyat akan menggunakan bahawa Melayu sebagai Bahasa
utama dan Bahasa Arab sebagai Bahasa kedua.

Kurikulum
Institusi ini akan mengggunakan kurikulum JAKIM

Murid

Pengambilan murid adalah terbuka dan keutamaan diberikan kepada


anak-anak Taman Sekiah Makmur dan taman sekitar. Pengambilan
pertama akan bermula 2015. Jumlah murid dianggarkan 52 orang
murid berdasarkan bancian awal yang telah dilakukan.

Sumber Manusia
1) Jawatan mudir di sekolah agama pondok dilantik oleh jawatankuasa
pengurusan sekolah.
2) Penjawatan guru-guru dilantik oleh JAIPk.

MATLAMAT PENUBUHAN

MATLAMAT

Sekolah agama rakyat yang berteraskan pembelajaran sepanjang hayat untuk


melahirkan insan holistik yang berilmu dan bertaqwa.

OBJEKTIF
1. Melahirkan insan yang menguasai kemahiran asas al-Quran
2. Melahirkan insan yang menguasai kemahiran asas jawi
3. Melahirkan insan yang menguasai kemahiran asas bahasa Arab
4. Melahirkan insan yang menguasai kemahiran asas fardu Ain.

5. Menyediakan pusat pendidikan Islam yang berkualiti untuk anak-anak


masyarakat setempat.

CADANGAN PELAKSANAAN

Pada peringkat awal SAR (I) al-Hijrah akan memulakan sesi pembelajaran pada
januari 2015.

TAHAP PEMBELAJARAN
Menerima murid yang berumur 7-12 tahun

HARI PERSEKOLAH DAN CUTI


Isnin-Jumaat
Jam- 3.00-5.45 petang
Mengikut jadual persekolah sekolah kebangsaan berdasarkan surat perkeliling
Kementerian Pendidikan Malaysia

KEWANGAN

Pada peringkat awal operasi SAR (I) al-Hijrah, dana adalah hasil sumbangan
penduduk dan kutipan yuran pendaftaran.

KESIMPULAN

Penubuhan SAR (I) al-Hijrah ini akan menyumbang kepada peningkatan kualiti
pendidikan Islam dan mengelak keciciran anak-anak daripada mengikut
pengajian agama.

Anda mungkin juga menyukai