Anda di halaman 1dari 10

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Mira, aku tengok dari tadi lagi Abang Shahrul tu dok jeling-jeling kat kau. Kau tak perasan
ke? bisik Reen kepadaku. Tak adalah, kau yang perasan kut? jawabku endah tak endah.
Hakikatnya memang aku dah perasan dah yang Abang Shahrul tu asyik dok curi-curi
pandang kat tempat aku, tapi aku tak sangka yang dia betul-betul dok tengok aku! Ishhh,
malu pulak rasanya bila ada orang dok pandang-pandang ni, aku ada buat silap ke? Pakaian
aku tak matching ke, ape? Tapi memang aku selalu pakai baju kurung dengan tudung yang
tak matching pun. Teringat aku kat Baby yang selalu dok tegur cara aku berpakaian.
Kak Mira nie cuba pakai tudung tu, pin kan skit kat tepi tu, hah lagi satu, bila pakai
baju bunga janganlah pakai tudung yang berbunga-bunga plak, dah macam taman bunga saya
tengok Kak Mira nie, terlalu warna-warni bebelnya padaku.
Ada aku kisah ke? Yang kau nak sibuk-sibuk pasal dressing aku nie ape halnya plak?
Ada aku mintak professional advise kat kau ke? Ikut suka akulah nak pakai macam mana
pun, janji aku bahagia sudah
Ala Kak Mira nie, orang nak bagi dia tu nampak cantik, comel, ayu dan bersesuaian
dengan profesion yang kita akan galas nanti, tak lah anak-anak murid tu tengok cikgu dia
macam-macam colour plak, takut diaorang pening kepala hehehehe
Itulah perangai Baby yang tak jemu-jemu mengata dan menasihati cara aku
berpakaian. Biarlah, bukan aku kena bayar pun dengar kata dia tu Baby merupakan kawan
sekuliahku yang paling muda, anak jati Johor Bharu yang selalu dibanggakannya, bilamana
setiap kali orang bertanyakan asal tempat tinggalnya, aku pun hairan jugak dengan budak ni.
Cita-cita asalnya nak jadi pembaca berita tapi tawaran yang dipohon untuk masuk ke
universiti ditolak, so, di sinilah kami bertemu dan menjadi sahabat.
Aku dan kawan-kawan sekuliahku sering kali juga mengumpat Si Baby tu, nama jer
lelaki tapi tak berapa sejati pun! Tapi Baby memang baik hati dan suka membantu kami

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

semua. Mintalah tolong apa pun, selagi dia boleh tolong, dia pasti tak menolak, itu yang
membuatkan kami semua sayangkan Baby
Abang Shahrul pula merupakan seorang yang pendiam, bercakap bila perlu saje,
ramai budak-budak yang satu batch dan junior yang minat kat dia tapi tak pastilah kalau dia
dah ada yang punya, tapi tak pernah nampak dan dengar pun yang dia ada awek. Maklumlah
orang yang hensem macam Abang Shahrul mesti ramai peminat!
Ehh, ada pe per ke kau dengan Abang Shah tu? tanya Reen lagi. Jangan nak
merepek la Reen, takat orang macam aku nie, mana Abang Shah tu nak pandang la. Janganjangan kau yang dia pandang tak? balasku sambil tersenyum.
Sebenarnya aku memang la minat sangat kat Abang Shahrul yang hensem tu, ada
jugak aku try dia tapi tak jalan la Mas, dingin jer aku tengok bila aku dekat-dekat dengan dia.
Aku dah perhatikan lama dah, Abg Shah tu selalu jer dok jelling-jeling mata kat tempat kita
nie, aku perasan yang mata dia tu dok aim kat kau la Mas. Jelas Reen beria-ia sekali.
Bilik kuliahku terletak di tingkat tiga di bilik yang paling hujung sekali, menghadap
pemandangan bukit yang menghijau sejuk mata memandang. Dua puluh tiga orang semuanya
yang menghuni bilik kuliahku, tempat duduk kami dibahagikan kepada dua bahagian, lelaki
dan perempuan. Kami tak duduk bercampur-campur seperti bilik-bilik kuliah yang lain
walaupun kami mengikuti Opsyen Pengajian Inggeris dan Pendidikan Moral.
Selalunya budak-budak dari Pengajian Inggeris sering dipandang serong oleh opsyen
pengajian yang lain. Kami selalu dilabelkan sebagai sosial dan berlagak kerana kami selalu
bertutur di dalam Bahasa Inggeris sewaktu kuliah.
Tapi memandangkan di dalam kelas kami terdapat ramai yang berusia lebih senior
dari kelas-kelas yang lain, membuatkan aku dan kawan-kawan yang lain lebih menjaga etika
dan kelakuan kerana seringkali akan ditegur oleh Abang Long yang merangkap YDP di
maktab kami. Abang Long merupakan pelajar lelaki yang paling tua di dalam batch kami.

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Usianya genap tiga puluh tahun semasa dia diterima masuk ke maktab. Hampir putus asa dan
permohonannya pada kali terakhir diterima.
Mira, perut aku nie tetiba jer memulas plak, Im going to the ladies la dulu, kau nak
ikut tak? Tak der maknanyer aku nak ikut ko Reen, nak suruh aku cium bau yang mewangi
tu ke! Tanpa berlengah, Reen terkocoh-kocoh keluar dari bilik kuliah menuju ke tempat
tujuan perutnya
Reen, Reen.. tak habis-habis dengan sikap kelam kabut ko tu, bila la nak berubah, ..
hari nie Madam Catherine tak dapat masuk ke kelas, kena berkursus, alah boring pulak
rasanya.. Reen pun entah bila nak masuk balik.. Baik aku lepak kat luar dululah
Assalammualaikum, tengok ape tu? sapa Abang Shah.
Alamak bila masa pulak mamat nie ada kat sini?
Waalaikumsalam, tak ada apa, saje ambik angin kat luar nie, tengok kehijauan alam, sejuk
skit mata nie, balasku.
Mira memang bercita-cita nak jadik cikgu ke selama nie? tanyanya lagi.
Memang dari sekolah rendah lagi, kalau cikgu tanya apa cita-cita Mira, Mira akan jawab
salah satunya nak jadik cikgulah.
Selain nak jadik cikgu, apa lagi cita-cita Mira?
Apasal lah Abang Shah nie tetiba banyak plak soalan nie, gumamku di dalam hati.
Sepanjang dua tahun lebih aku belajar kat sini tak pernah pun sekali dia tegur aku,
takat pandang memandang tu ada la. Tapi tiap kali aku tengok dia, dia pasti akan buat- buat
tengok tempat lain, ini dah tahun akhir aku belajar satu kelas dengan Abang Shah, baru inilah
kali pertama yang dia betul-betul bertegur sapa dengan aku, nerveous jugak rasa dalam hati
ni

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kalau Mira cakap, jangan gelak tau, Mira ni sebenarnya minat sangat nak jadik polis,
tapi tak ada harapanlah cause dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi nie mana lah
boleh diterima. Lagi satu Mira nak jadik mekanik, tapi mekanik basikal, entahlah dulu- dulu
selalu ikut abang-abang Mira naik basikal ke hulu ke hilir kampung sampai dah terer bab-bab
buka dan pasang basikal, percaya tak? jawabku ikhlas.
Abang

Shah

yang

kusyuk

mendengar

penjelasanku,

akhirnya

tersenyum,

menampakkan sedikit giginya Senyumannya, membuatkan jantungku berdebar-debar,


kenapalah Abang Shah nie hensem sangat! Patutlah ramai peminat, senyumannya boleh buat
hati perempuan cair macam salji terkena bahang mentari!
Kenapa tak percaya pulak, saya rasa Mira memang lain dari yang lain pun.. Kalau
tanya kat orang lain, mesti tak ada jawapan yang macam Mira berikan nie, tu yang buat saya
suka kat Mira, selamba balasnya padaku..
Suka! Dia suka kat aku ke? Suka yang macam mana? Baik kau jangan nak cepat perasan
Mira, dia suka macam kawan biasa jer la, kau jangan nak fikir lebih-lebih plak. Kau tu
pompuan, lagi pun kau nie bukannya tergolong dalam kategori awek cun pun yang boleh buat
dia tertarik kat kau!
Bermula dari saat itu, Abang Shah kerap kali akan berbual denganku bila aku tidak
bersama kawan-kawanku. Aku hanya menganggap dia seperti kawan-kawan yang lain, tidak
menyimpan apa-apa perasaan melebihi daripada seorang kawan.
Mira, aku tengok kau dengan Abang Shah tu lain macam jer, ada ape-ape ke? soal
Reen padaku semasa kami sedang berbincang tentang assignment yang diberikan.
Lain macam mana, biasa jer la, balasku. Woi, kau tak perasan ke, atau buat-buat tak
berperasaan! Abang Shah tu mana ada berbual dengan pelajar-pelajar perempuan macam dia
berbual dengan kau, cakap pun macam romantik jer aku tengok. Kalau dengan aku dan

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

kawan-kawan yang lain dia cuma cakap tentang hal-hal pelajaran jer, nape dengan kau, aku
tengok rapat semacam jer? tanya Reen tak puas hati.
Entahlah Reen, aku pun heran jugak, dah lama belajar as classmate, tup-tup dah nak
sem akhir nie, dia rajin pulak berbual dengan aku. Aku pun tak kan nak buat menyombong,
dah orang tanya aku jawab, pas tu aku ada jugak tanya-tanya dia soalan, dia pun jawab jugak
dengan elok, so aku anggap biasa jer la.. balasku tenang.
Dia tak ada ke tanya kau soalan-soalan yang personal? soal Reen lagi
Semalam dia ada tanya aku satu soalan, kau nak tau apa dia tanya?
Mira kau beritahu jer la kat aku, apa dia? balas Reen tak sabar-sabar.
Sememangnya di antara aku dengan Reen, jarang ada rahsia sebab aku dah anggap dialah
kawan karib aku dunia dan akhirat
Abang Shah tanya aku dah ada special boyfriend ke tak? Aku jawablah orang macam
aku nie mana lah ada orang nak minat, biasa-biasa jer.
Siapa kata Mira tak cantik, everybody have their own perception. Mira pasti selalu dengar
orang kata, beauty lies in the eyes of the beholder kan For me, you have your own
specialties yang orang lain tak ada. Its very difficult for me to see you unhappy, you are
always happy and you like to cheer up your friends, every day I see you smile and your smile
is contagious, it makes me smile, itulah yang Abang Shahrul katakan padaku semalam.
Lama-kelamaan hubungan aku dan Abang Shahrul bertambah rapat, dan dia tanpa
segan silu menyatakan yang dia dah jatuh hati padaku. Aku juga menyatakan perasaanku
padanya. Tapi perhubungan aku dan Abang Shahrul tidak diketahui oleh kawan-kawan yang
lain. Hanya Reen saja yang tahu kisah percintaan aku dan Abang Shahrul.
Semasa di dalam kelas aku dan Abang Shah hanya berlagak seperti biasa, hanya
bermain mata dan sesekali berbalas-balas senyuman. Kami banyak berhubung melalui telefon

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

dan text messages sahaja. Abang Shah seorang yang caring dan berjiwa seni. Dia selalu
mengirimkan puisi yang dikarangnya sendiri kepadaku
Ill send you a star so that youll know just where you are,
Ill show you a sun and its light shall shine your journey thats just begun,
Ill blow you a wind and youll walk closer to the meaning,
Ill flow you a stream and youll sail deeper to believing,
Believing my love, my love for you is forever true.
Alangkah bahagianya diriku setiap kali mendapat puisi dari yang tersayang
Setelah tamat pengajian aku telah ditempatkan di sebuah sekolah di salah sebuah
daerah di Kemaman,Terengganu. Abang Shah juga ditempatkan di Terengganu, cuma dia di
Kuala Terengganu. Di sini kami lebih kerap bertemu kerana aku sering kali dipanggil untuk
menghadiri kursus-kursus bagi sukatan kurikulum baru di Kuala Terengganu. Di kesempatan
itu kami mengambil peluang untuk berjumpa pada waktu petang setelah sesi kursus tamat.
Sebenarnya, kerap kali juga aku diminta untuk menggantikan kawan-kawan
sekolahku yang tidak dapat menghadirkan diri untuk kursus-kursus yang ditawarkan.
Bermacam alasan yang mereka berikan, last-last aku jugak la yang kena pergi
memandangkan aku guru baru dan masih bujang. Itulah alasan yang selalu mereka berikan
kepada guru besar, aku selaku guru baru hanya menurut arahan. Lagipun kursus yang
ditawarkan memberikan aku banyak ilmu pengetahuan selaku guru baru di samping dapat
berkongsi idea dan berkenalan dengan guru-guru lain semasa tempoh berkursus.
Cuti pertengahan penggal akan bermula, bercuti selama dua minggu. Ini adalah kali
pertama aku akan pulang ke kampung halaman setelah menjalankan kewajipanku sebagai
seorang guru. Pada mulanya agak kekok juga dengan dialek pertuturan anak-anak muridku
yang pekat dengan bahasa Terengganu. Aku sering kali diketawakan bilamana aku tidak
dapat memahami maksud percakapan mereka. Tapi lama-kelamaan aku telah dapat

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

memahami serba sedikit dialek Terengganu dan boleh juga bertutur seperti mereka. Aku
banyak juga bertanya kepada Abang Shahrul memandangkan dia memang berasal dari
Terengganu.
Mira balik Ipoh nanti naik apa? Dengan siapa? soal Abang Shah kepadaku semasa kami
bertemu di Kuala Terengganu.
Naik bas lah, mungkin balik dengan Hadi kot, dia kan dok kat Ipoh jugak. Minggu lepas dia
ada telefon Mira, nak tolong belikan tiket katanya, jawabku.
Hadi merupakan classmate aku dan Abang Shah semasa di maktab. Dia memang
tinggal di Ipoh cuma berlainan kawasan. Sebenarnya Hadi dan Abang Shah merupakan
kawan yang agak rapat semasa di maktab tetapi dia tidak dapat menghidu perhubungan aku
dengan Abang Shah, kerana dia tidak pernah bercerita tentang kami kepada sesiapa pun.
Nanti bila balik dengan Hadi, terus balik rumah tau, jangan nak melencong ke tempat lain
pulak. Sampai nanti, give me a call, please.. It really hurt to be apart from you and I dont
want anything bad to happen to you, Mira pesan Abang Shah kepadaku
Ok, Ill remember that, Ill be missing you a lot for sure, balasku..
Petang itu aku berjumpa dengan Hadi di Terminal Makmur, Kuantan. Kami akan
menaiki bas ekspress dari Kuantan terus ke Ipoh pada pukul lapan setengah malam nanti.
Sementara menunggu malam, Hadi mengajakku berjalan-jalan di sekitar pekan Kuantan.
Aku dan Hadi berkawan rapat juga, memandangkan dia hanya tua dua tahun dariku.
Aku lebih selesa memanggilnya dengan nama sahaja, kedua orang tuaku juga mengenali Hadi
kerana dia ada beberapa kali datang berhari raya ke rumahku dan menghadiri majlis
perkahwinan abangku bersama dengan ibunya.
Hadi seorang yang mempunyai perwatakan yang agak menarik, caring dan pandai
mengambil hati orang yang berada di sekelilingnya .Sejak aku dan dia di tempatkan di
Kemaman, Terengganu, dia kerap menghubungiku untuk bertanyakan khabar dan kadang

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

kala ada datang ke rumah sewaku untuk menghantar buah tangan setiap kali dia keluar ke
pekan Chukai.
Mira, kita solat maghrib dululah, ada tempat solat di terminal ni, nanti lepas selesai solat,
aku tunggu kau kat bawah, saran Hadi.
Elok jugak tu, nanti kita jumpa kat bawah, tempat menunggu ketibaan bas, aku bersetuju
dengan cadangan Hadi.
Di dalam bas aku dan Hadi tak duduk bersama-sama kerana tempat telah penuh
semasa dia membeli tiket seminggu yang lalu. Maklumlah cuti penggal persekolahan, ramai
yang ingin pulang ke kampung..
Selepas beberapa minit bas bertolak, kedengaran bunyi di telefon bimbitku
menandakan ada pesanan. Aku membuka dan membaca pesanan yang di hantar. Hadi
rupanya yang menghantar pesanan, tetapi aku tak menyangkakan isi kandungan yang
sebegini akan ku terima daripadanya
Mira, kalau aku nak hantar rombongan merisik ke rumah kau, kau nak tak?
Hadi nie nak main-mainkan aku ke?
Hadi kau jangan nak buat lawak boleh tak? Aku membalas pesanan dari Hadi.
Laaa, aku serius nie Mira, dah lama aku fikirkan perkara nie, sebenarnya aku dah lama
menyimpan perasaan kat kau, dari maktab lagi. Tapi aku tak berani suarakan, tapi sejak kita
berdua mengajar di Terengganu nie aku rasa kau memang pilihan yang tepat untuk aku
Mira.. laju message Hadi ku baca..
Hadi, kau dah terlambat, aku dah ada pilihan hati, kalau aku cakap siapa orangnya, pasti
kau tak menyangka kerana orang tu merupakan kawan baik kau jugak.. aku dengan dia dah
nak bertunang pun balasku lagi..
Tapi aku benar-benar berharap, jangan disebabkan perkara ini hubungan kita sebagai
sahabat terputus, Hadi.. sambungku lagi..

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Lama aku menunggu balasan dari Hadi, akhirnya


I may not be a perfect friend that you be looking for, not even the best among them all..
But surely Im a friend who will miss you when you are not around...
Lama message itu ku baca berulang-ulang kali, aku harap Hadi tak berjauh hati denganku
Sampai di rumah, mak abah dan adikku meyambut kepulanganku dengan gembira malam
itu aku berbual lama dengan mak..
Mak, kalau Mira cakap satu perkara nie, harap mak tak marah yer? aku cuba menduga
fikiran mak.
Perkara apa? Cakaplah kalau perkara yang elok apa yang hendak dimarahkan.. balas mak..
Sebenarnya, kawan yang dari Terengganu tu nak datang merisik dan bertunang cuti sekolah
hujung tahun nie, macam mana dengan pendapat mak, mak setuju tak? kataku perlahan..
Benda yang baik tak elok ditangguhkan, mak tak ada masalah, nantilah emak bincangkan
perkara nie dengan abah dulu Mira, jawab mak.
Setelah abah bersetuju, aku memberitahu perkara tersebut kepada Abang Shahrul. Dia
sangat gembira dengan persetujuan tersebut dan sudah mula merancang tentang masa depan
kami berdua, aku merasa seperti berada di puncak dunia dan amat bahagia sekali..
Tiga tahun berlalu
Sayang, apa yang sayang fikirkan tu.. jauh sangat fikiran melayang nampaknya, tanya
suamiku..
Tak ada apa- apalah abang, saja teringatkan kisah lama, bila tengok muka Amirul Akif nie
Amirul Akif Bin Hadi, berusia setahun, itulah nama anak kesayangan kami berdua
Percintaan aku dan Abang Sharul tidak kesampaian apabila dia terlibat dalam
kemalangan maut semasa dalam perjalanan ke majlis pertunangan kami. Lama aku
memendam rasa dan putus asa dengan cinta. Hadi yang tidak jemu-jemu memberikan aku
semangat dan sentiasa mengambil berat tentang diriku. Cintanya padaku tidak pernah padam.

SGRM3143 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Akhirnya dia berjaya juga membuka pintu hatiku untuk menerima dirinya yang penuh
keikhlasan. Aku berjanji akan terus setia sehingga hujung nyawa bersamanya.. Terima kasih
suamiku dan terima kasih pada-Mu yang menyayangi aku sebagai hamba-Mu.

TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai