Anda di halaman 1dari 2

Peranan muzik terhadap kepercayaan, agama dan ritual di Malaysia.

Dari sudut peranan muzik terhadap kepercayaan agama dan ritual pula, perkara ini lebih ketara pada
zaman dahulu berbanding zaman kita pada hari ini. Pada zaman dahulu, muzik memainkan peranan
penting dalam ritual penyembuhan penyakit sebagai contoh masyarakat dayak di Sarawak yang
menggunakan alat muzik Sape dalam ritual untuk menghalau roh jahat yang membawa penyakit
kepada mangsa. Begitu juga masyarakat dayak di sabah yang menggunakan sompoton untuk
menyembuhkan penyakit. Muzik amat banyak mempengaruhi dan berperanan dalam pembentukan
masyarakat dan kehidupan masyarakat sejak dahulu sehingga hari ini.
Pada zaman kini, masih lagi terdapat beberapa bentuk muzik yang digunakan untuk peranan
kepercayaan. Sebagai contoh muzik tarian singa , ensemble drum cina serta muzik untuk
pengebumian daripada masyarakat cina. Tarian singa merupakan tradisi yang amat penting bagi
masyarakat cina di Malaysia. Pelbagai acara penting sebagai contoh tahun baru cina, pasti ada
kemunculan persembahan tarian singa. Menurut kepercayaan masyarakat cina, jika tarian
dipersembahkan dengan baik, tarian singa mampu untuk memberi nasib yang lebih baik dan
kebahagiaan kepada masyarakat.
Peranan keagamaan pula boleh dilihat dengan perkembangan serta kemunculan bilangan kumpulan
nasyid di negara kita. Selain itu, muzik nasyid yang diiktiraf di industri sehingga membawa pulang
beberapa piala kemenangan dalam anugerah muzik Malaysia. Melalui muzik, dakwah agama lebih
mudah menyerap ke telinga pendengar berbanding lisan. Dakwah dengan menggunakan muzik
sudah lama dipraktikkan oleh agama kristian melalui pembentukan koir atau koral hymm. Lagu
pujian tuhan melalui nyanyian.
Sebahagian persembahan-persembahan terutamanya persembahan tradisional di Malaysia ini ada
menyentuh aspek elemen mistik dan ritual. Sebagai contoh kuda kepang. Untuk mempersembahkan

kuda kepang, ia memerlukan alunan muzik canang dan gong yang tidak terhenti sehingga
persembahan tamat dalam tempoh sejam hingga lima jam. Alunan muzik ini sangat penting untuk
menaikkan semangat penari dan menghubungkan menari bersama alam mistik.
Kebanyakan orang asli di Malaysia masih lagi memegang kepada kepercayaan kuno atau animistik,
iaitu kepercayaan terhadap kekuatan semangat dan roh. Sebagai contoh, tarian sewang yang
merupakan sebuah tarian ritual yang dipersembahkan semasa pesta menuai padi atau tahun baru
dan untuk memperbaharui perjanjian antara komuniti dengan semangat atau roh. Kebiasaannya,
alat muzik yang digunakan dalam ritual sebegini diperbuat daripada bambu dan dimainkan beramairamai untuk mengiringi tarian.

Anda mungkin juga menyukai