Anda di halaman 1dari 12

APLIKASI SENI DALAM PENGAJARAN

1.0 Pengenalan kepada seni

Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern Painter edisi


pertama yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa seni adalah bahasa
visual yang sukar difahami tetapi indah untuk direnungi. Pandangan serta
kesimpulan yang sama turut dinyatakan oleh seorang lagi penyair dan pengkritik
seni dari negara itu, Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Art dan The
Philosophy of Modern Art. Dalam The Philosophy of Modern Art, Read
menghuraikan makna yang paling mendasar tentang seni yang disimpulkan
daripada sebuah penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun
kesimpulan yang dibuat oleh Ruskin dan Read, makna seni itu sendiri cukup
menarik untuk dilihat dan direnungi dalam konteks perkembangan mutakhir seni
tampak di negara ini.

Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan


kehalusan tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat,
bangsa dan negara. Dengan lain perkataan, jika dapat disimpulkan daripada
pandangan kedua-dua pemikir tersebut, seni mampu memikul pelbagai fungsi
termasuk sebagai medium komunikasi dan persatuan. Melalui seni juga kita dapat
berbicara tentang dunia yang tidak pernah dibatasi oleh politik, geografi, bahasa dan
kebudayaan.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang
diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai
satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui
ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan

manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang
bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang
muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Seni juga diaplikasikan dalam
pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan
tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran
haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak
yang positif untuk seseorang individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini
diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

2.0 Aplikasi seni dalam pengajaran

Aplikasi seni dalam pengajaran ialah menggunakan aktiviti yang berkaitan


dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lain-lain lagi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seseorang guru boleh mengajar
pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti seseorang itu. Hal
ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi menarik
minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat meransang
minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.
Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran
meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping itu,
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni
diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia
memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan
logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual,
interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.

Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi membantu
perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan
dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni

visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen
tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual
ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan
ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi
seseorang terhadap muzik yang didengari.

Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di
sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih
berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru
dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan elemen yang
tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak
bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih.
Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut
digunakan dalam seni pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.
Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna
sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita.
Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni
yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan warna juga turut
memberi kesan kepada manusia. Warna yang digunakan memberi kesan terhadap
personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam
seni visual. Sebagai contoh, warna merah yang menggambarkan perasaan marah,
semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Misalnya, jika
seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren dan
merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana memilih
warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula memberi kesan yang lebih tenang
dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi
sedih dan juga sayu seseorang.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka muzik
tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau
rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita
mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi
seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita
seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh, bunyi
tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua
ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan
ianya berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka
sendiri. Ini dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja
dan sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan
muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu
susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan
pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai
sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa
lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik
apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar.

Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek
atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita
memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang

yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang
tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang
melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah
perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru
dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara
tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.

Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai
satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik
dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain
itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan
pelajaran

dengan

menumpukan

kepada

perkembangan

pengetahuan

dan

peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan


teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat,
sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka
lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani
dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih
efektif dan proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli
piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh
sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan
secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen
dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman
tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan
pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni,

kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara
bebas dan kreatif.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua
matapelajaran.

Guru

matapelajaran

hendaklah

melengkapkan

diri

dengan

kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi


tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid
menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan
pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan
perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan
baik,

memasukkan

elemen-elemen

irama

dan

dalam

masa

yang

sama

menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu


proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan
elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta
melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik
pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan
menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual),
irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran
matapelajaran sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan
haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke
taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ.
Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciriciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya.
Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat
itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah
perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka
menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik

dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka
dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti
mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh
mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah
perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum
mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan
tersebut menarik dan kreatif.

3.0 Peranan seni dalam pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk
sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R adalah
satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam
Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya
tetap sama, seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca,
menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang
penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama
dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara
kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

i.

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan


berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan
papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah
untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara
bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain
itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat

bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu


dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk
mengikuti proses pembelajaran.

ii.

Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat
dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat
memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota
kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok
dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam
Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian
dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang
menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan
suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan
rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

iii.

Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.
Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan
sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan
terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi
idea dan isi kandungan.

vi.

Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan
sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan
sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktivitiaktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada
tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan
cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan
aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat
menjamin keberkesanannya.

Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan
perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang
sama. Pengintegrasian ini

akan memperkukuhkan

dan memantapkan lagi

kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

4.0

Contoh spesifik pengintegrasian bidang seni dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Matapelajaran

:Bahasa Melayu (Tahun 2)

Tajuk

:Mari Bertani

Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:


1) Muzik
2) Pergerakan

:Nyanyian lagu Pak Mamat Tukang Kebun


:Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai.

3) Seni Visual

:Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami,
guru perlu menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang
merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata
pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilih untuk
menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata
pelajaran Bahasa Melayu yang dipilih iaitu Mari Bertani. Dalam tajuk ini, guru
memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti
melukis dan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan
meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan.
Kemudian murid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahu
menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasi dalam
tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini
dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan.

Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk Mari Bertani dengan
menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah
untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru boleh memilih untuk
menyanyikan lagu Pak Mamat Tukang Kebun beramai-ramai sambil membuat gaya
pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih. Aktiviti pergerakan yang
dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekali gus memberi
kecekapan psikomotor dalam kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan
sebaliknya

murid-murid

berasa

seronok

untuk

mengikuti

pengajaran

dan

pembelajaran tajuk yang diajar.

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya
amat penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik

minat para pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan


perkembangan diri pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan penggunaan seni
dalam pengajaran, sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan
menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat
membantu meningkatkan kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal
sepanjang proses P&P berlangsung.

Bibliografi

1.

Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh pada Oktober

2, 2010 daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni

2.

Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada Oktober 1,

2010
daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com

3.

Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Oktober 1, 2010

daripada
http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan - United States

4.

Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Oktober 2, 2010 daripada

http://www.

www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-

Anda mungkin juga menyukai