Anda di halaman 1dari 9

Perbezaan prestasi berkemungkinan besar disebabkan jenis bahanphotovoltaic yang digunakan sama

ada monocrystalline silicon, polycrystalline silicon, amorphous silicon, cadmium telluride, ataucopper indium.
Dari segi warna, sel solar yang berwarna kebiruan berkemungkinan adalah dari monocrystalline silicon yang lebih
efisyen, sementara sel solar berwarna kehitaman berkemungkinan adalah dari jenis copper indium ?.
Memandangkan si penjual sendiri tidak tahu jenis apakah bahan bagi kedua-dua sel solar ini, dan
konsep Datasheet begitu asing bagi mereka, maka saya hanya mampu membuat andaian berdasarkan warna
dan prestasi sahaja. Sekiranya keperluan sel solar anda adalah spesifik, berhati hati ketika membuat pembelian
atau mungkin lebih sesuai membuat pembelian online.

Penyambungan sel solar


Sel solar boleh disambung secara bersiri, selari atau kombinasi selari dan bersiri bagi memperolehi
rating janaan voltan dan arus yang anda kehendaki.
Penyambungan bersiri berupaya menggandakan voltan, manakala penyambungan selari pula
mengandakan arus. Kobinasi selari dan bersiri berupaya menggandakan voltan dan arus.

Penyambungan selari. Sebagai contoh, jika satu unit sel solar yang digunakan mampu menjana 5 volt
dan 50mA. Maka apabila 3 unit disambung secara selari jumlah yang mampu dijana adalah 5volt dan
150mA.

Penyambungan bersiri. Sebagai contoh, jika satu unit sel solar yang digunakan mampu menjana 5
volt dan 50mA. Maka apabila 3 unit disambung secara bersiri, jumlah yang mampu dijana adalah
15volt dan 50mA.

Contoh di atas pula, jika satu unit sel solar yang digunakan mampu menjana 5 volt dan 50mA, maka
kombinasi penyambungan selari dan bersiri di atas mampu menjana 10volt dan 150mA

Teori kepada pembinaan solar boat yang baik


Solar Boat.
Solar boat adalah boat yang menggunakan kuasa solar yang mana ianya memerlukan solar sel untuk
menukarkan tenaga matahari kepada tenaga elektrik yang menggerakan motor dimana motor
tersebut akan disambungkan kepada kipas propeler untuk menggerakan boat.

Syarat sesebuah solar boat adalah tidak boleh menggunakan selain dari tenaga solar untuk
menggerakan boat contohnya disambungkan kepada battery. Solar sel dibekalkan oleh guru.

1.1. Pemilihan bahan


1.Sesebuah Solar boat tidak lengkap jika tidak memperkatakan tentang boat. Boat yang baik
memerlukan bahan yang baik untuk dibuat sesebuah boat. Bahan yang diperlukan mestilah
1. Terapung di atas air
2. Mudah dibentuk (boleh ditempa/dibentuk)
3. Ringan
4. Tidak mudah rosak didalam air dalam jangkamasa lama
5. licin permukaanya.
Pelajar hendaklah mencari bahan di sekeliling anda dan membuat sedikit ujikaji. Caranya letakan
kesemua bahan yang hendak diuji kedalam air dan perhatikan adakah ianya memenuhi kateria yang
dikehendaki.
buatlah satu table yang menyenaraikan semua bahan yang ingin diuji dan tandakan ya kateria yang
telah dipenuhi. proses ini dipanggil mengumpul data dan cuba analisis data yang didapati untuk
mendapat keputusan yang terbaik. Kamu boleh menggunakan 1 atau lebih bahan dalam boat dan
ada bahagian memerlukan bahan yang tinggi dari sesuatu aspek contohnya bahagian bawah
memerlukan bahan yang licin permukaan tapi mungkin lemah dari segi susah dibentuk.

Bahan
A
B
C
1.2 Rekabentuk Boat

terapung

mudah
dibentuk
Sederhana Susah
baik
Senang
sangat
Susah
baik

Rekabentuk boat boleh didapati di kebanyakan laman web. Pelajar boleh mencari model yang sedia
ada dan cuba menambah baikkanya mengikut keretiviti anda.
1.3 Rekabentuk Kipas
Kipas juga komponen terpenting. Anda boleh membeli kipas boat di pasaran ataupun membuat
sendiri.
Ianya mungkin kipas dua bilah, tiga bilah dan banyak bilah. Semakin besar semakin laju dan jika
telampau besar ianya mungkin berat untuk digerakan oleh motor. Kipas boleh dibuat mengguakan
straw, botol dan ada yang menggunakan washer nipis (pelapik nat) yang dibentuk untuk menghasilan
kipas.

1.4 Motor
Motor yang baik mempunyai nilai kecekapan yang tinggi. Walau bagaimanapun kebanyakan motor
berfungsi menggunakan bateri dan kuasa yang dibekalkan battery tinggi. tetapi diingatkan kuasa bagi
satu solar rendah dan lebih rendah dari kuasa satu battery. Diingatkan motor adalah tidak kalis air
dan jika tenggelam ianya akan rosak. Sila berhati-hati.

1. REKABENTUK DINAMIK
Aerodinamik : bentuk boat mestilah tirus supaya daya aerodinamik dapat dihasilkan. Ini akan
menyebabkan boat yang dihasilkan bergerak membelah air dan angin dengan lebih mudah.

Bentuk tirus

Eksperimen akan dijalankan untuk mengesahkan ketepatan kenyataan ini.

2. PENYUSUNAN SOLAR PANEL

Bersiri : menyusun sel secara bersiri akan menyebabkan motor dapat mengumpulkan voltage
yang tinggi.

Litar bersiri

Eksperimen akan dijalankan untuk mengesahkan kenyataan ini.


3. PENJANAAN ARUS ELEKTRIK

Penjanaan arus elektrik


PROSES :

Solar panel (photovoltaic) : 1 peralatan yang akan menukar sinar cahaya matahari terus

kepada tenaga elektrik.


Pengumpulan tenaga cahaya oleh solar panel akan maksimum sekiranya solar panel
diarahkan 90 darjah ke arah cahaya matahari

Tenaga elektrik yang terhasil akan ditukar kepada tenaga kinetik melalui motor yang
digunakan. Tenaga kinetik akan menggerakkan motor tersebut dan menyebabkan kipas boat
berfungsi. Ini akan menyebabkan boat bergerak
Pergerakan boat ke hadapan / belakang dipengaruhi oleh litar yang dihasilkan.

4. PEMILIHAN MATERIAL

Prinsip keapungan : bahan yang digunakan untuk menghasilkan boat mestilah bahan yang

mempunyai daya keapungan yang tinggi


Ini akan menyebabkan boat yang direkacipta boleh terapung di permukaan air

Buoyancy

Eksperimen akan dijalankan untuk mengesahkan kenyataan ini.


5. PEMILIHAN KIPAS
Rekabentuk kipas (90 darjah) : sesuai untuk dipasang secara mengiring
Rekabentuk kipas (sudut belahan angin) : sesuai untuk dipasang secara bersudut

Parallel or Series.. ?
June 30, 2011
smkpp2011 Solar Boat Leave a comment
Penyambungan litar dalam pemasangan solar panel sangat penting kerana ia mempengaruhi kuasa
yang akan dibekalkan kepada motor. Dalam penyambungan litar, pemasangan secara bersiri atau
selari digunakan. Pemasangan litar secara selari memberikan jumlah kuasa yang lebih besar
dibandingkan dengan jumlah kuasa yang diberikan oleh pemasangan litar secara bersiri.
Ekseperimen telah dijalankan untuk menguji litar yang memberikan kuasa yang lebih besar.

Hasil eksperimen, didapati litar selari memberikan kuasa yang lebih besar dibandingkan dengan
kuasa yang dibekalkan oleh litar bersiri. Oleh itu, dalam pemasangan solar panel ini, perlu dilakukan
pemasangan litar secara selari untuk memaksimumkan kuasa yang akan dibekalkan kepada motor.

Buoyancy Force
June 30, 2011
smkpp2011 Solar Boat Leave a comment
Pengujian daya keapungan telah dijalankan. Tujuan eksperimen ini adalah untuk mengenalpasti
bahan utama yang sesuai untuk dibuat boat.
Ekperimen dimulakan dengan menggunakan polisterine (recycle daripada kotak polisterine ink printer)

Polisterine
Seterusnya, menggunakan kertas foam

kertas foam
Seterusnya, menggunakan board foam (skate board)

skate board
Seterusnya, menggunakan tube getah, lidi, polisterine bekas makanan

lidi
paip getah
Semua bahan asas yang dipilih, mempunyai daya keapungan yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai