Anda di halaman 1dari 5

EDU 3101 CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN

BAHAGIAN A (60 MARKAH) JAWAP SEMUA SOALAN


1.
a
Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, beberapa
jawatankuasa telah
ditubuhkan untuk membantu kerajaan dalam memupuk perpaduan
negara.
Terangkan cadangan-cadangan daripada Laporan Razak (1956)
yang bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan melalui sistem
pendidikan.
Jawapan:
Antara cadangan-cadangan Laporan Laporan Razak (1956) untuk
mengukuhkan perpaduan melalui system pendidikan adalah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dengan
demikian, rakyat berbilang bangsa dapat berkomunikasi dalam satu
bahasa untuk saling memahami dan membawa komunikasi
berkesan. Selain itu, semua sekolah akan menggunakan sukatan
pelajaran yang sama supaya semua murid dapat menerima bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sama. Dengan ini tidak ada
mana-mana satu golongan akan terpinggir. Murid-murid akan juga
menghadapi sistem pentaksiran yang sama.
Hujah lain : sukatan pelajaran yang sama di institut latihan guru
b.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menekankan


kepada kemahiran-kemahiran tertentu yang pelajar harus perolehi.
Antara kemahiran ini adalah kemahiran dwibahasa, di mana setiap
pelajar perlu mahir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
apabila meninggalkan alam persekolahan.
Sebagai seorang guru, terangkan bagaimana anda memastikan
bahawa penguasaan dwibahasa ini tercapai?
Jawapan :
Penubuhan Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Bahasa Malaysia dapat
membantu pelajar menguasai dwibahasa kerana aktiviti-aktiviti
yang dikendalikan oleh kedua-dua kelab ini akan memberi
pendedahan kepada kedua-dua bahasa ini. Selain itu pelajar yang
terlibat dalam aktiviti-aktiviti kelab-kelab tersebut di atas boleh
berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.
Pembelajaran bahasa tidak hanya berlaku dalam bilik darjah tetapi
perlu dipelajari melalui aktiviti hands-on. Oleh yang demikian
banyak program pendidikan bahasa menggalakkan aplikasi ilmu
dalam situasi kontekstual. Walau bagaimanapun pelajar mungkin
tidak dapat mempelajari bahasa melalui aktiviti jika dia berasa malu
dan tidak komited untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang.
Hujah lain:
- pertandingan bercerita/syarahan/lukis poster
- permainan bahasa
- aktiviti penterjemahan

2.

minggu bahasa
ceramah motivasi

a
FPK digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan
dengan mengambil
kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan
individu, masyarakat
dan negara serta memberi manfaat dalam pendidikan.
Huraikan elemen-elemen di dalam FPK yang mempunyai perkaitan
dengan FP Islam.
Contoh hujah :
Elemen-elemen FPK yang mempunyai perkaitan dengan FP Islam
ialah pendidikan adalah satu usaha yang berterusan. Manusia perlu
menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan dalam pendidikan
yang berlaku sepanjang hayat kerana seseorang itu perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran
terkini. Di dalam FPI pendidikan adalah satu usaha yang berterusan
dalam menyampaikan ilmu, memupuk kemahiran, membentuk
sikap, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah
yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,
alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan dunia dan
akhirat. Selain ini, elemen insan yang seimbang dan harmonis dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani juga berkaitan dengan FPI.
Insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, mempunyai kepercayaan, keyakinan yang teguh kepada
Tuhan, jiwa yang tenteram dan tubuh yang sihat, cergas dan dapat
bekerjasama dengan orang lain. Di dalam FPI, seorang individu
perlu berusaha menjadikan insan yang soleh, warganegara yang
berilmu dan beramal soleh, berusaha melahirkan insan yang
seimbang dari segi kebendaan dan rohani.
Hujah lain :

memperkembangkan potensi individu


kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara
rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri :
waras, jiwa tenang, daya tahan diri yang tinggi, kuat
menghadapi cabaran hidup
rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sedar tentang
tugas, amanah, ,elaksanakan dengan sempurna, mematuhi
peraturan dan undang-undang

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah dasar


kepada
penambahbaikan
sistem
pendidikan
dalam
mentransformasikan sukatan pelajaran standard dan penerapan
nilai murni.
Analisiskan peranan guru dalam mentransformasikan
pendidikan negara selaras dengan FPK.

sistem

Contoh hujah :
Seseorang pendidik perlulah bersikap profesional supaya tugas
dapat dilaksanakan sejajar dengan tujuan dan dasar FPK. Guru
perlulah kreatif dan inovatif semasa menyampaikan p n p. Guru
perlu menyesuaikan strategi, kaedah dan aktiviti p n p supaya
relevan dgn matlamat FPK, kurikulum dan sukatan pelajaran Guru
hendaklah berusaha supaya hasrat yang terkandung di dalam
matlamat FPK dapat dicapai seiring dgn penambahbaikan kurikulum
dan sukatan pelajaran supaya dpt menghasilkan murid yg
berketrampilan dan seimbang dlm aspek JERI dan kemahiran
penyelesaian masalah. Oleh itu, guru perlulah menyediakan
rancangan p n p yg mantap seperti melaksanakan pendekatan
penyelesaian masalah, kaedah pnp berasaskan projek supaya murid
memperolehi kemahiran penyelesaian masalah, berkeyakinan tinggi
dan berketrampilan.
hujah lain :

mengubahsuaikan persekitaran pembelajaran yg dpt


memenuhi matlamat FPK dan pelaksanaan kurikulum
mereka bentuk kepelbagaian strategi dan kaedah pnp yg
bersesuaian dgn kehendak kurikulum dan sukatan pelajaran
kreatif dan inovatif dlm merangkan aktiviti murid dgn
mengcungkil potensi hingga ke tahap maksimum
anjakan
paradigma
sebagai
agen
perubahan
dlm
persekitaran yg progresif dan saintifik
memastikan penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai yg mempunyai kesan yg positif kpd murid

3.
Asas KSSR adalah berteraskan FPK, prinsip KBSR serta penggunaan
kurikulum berasaskan
standard.
a

Jelaskan kelebihan-kelebihan penggunaan KSSR.


Contoh hujah :
Dokumen standard kurikulum KSSR terbahagi kpd standard
kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan
merupakan penyataan spesifik tentang perkara yg murid patut
ketahui dan memudahkan sesuatu perkara atau aktiviti yg boleh
dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula
merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti

pembelajaran dan pencapaian yg boleh diukur bagi setiap standard


kandungan. Ini memudahkan guru dlm melaksanakan tugas-tugas
pentaksiran. Panduan drpd Standard Pembelajaran memudahkan
guru utk memastikan semua murid mencapai tahap ditetapkan dlm
Standard Pembelajaran. Penggunaan standard kandungan dan
standard pembelajaran mampu memastikan pencapaian murid
mengikut kandungan bagi setiap m/p dan penguasaan murid
mengikut kebolehan murid menggunakan standard pembelajaran.
Standard ini juga dijadikan panduan pelaksanaan tunjang-tunjang
pembelajaran dan merealisasikan hasrat yg terkandung di dlm KSSR
seperti
elemen
merentas
kurikulum.
Hal
ini
dpt
memperkembangakan potensi individu secara menyeluruh.
Hujah lain :

memberi fokus terhadap keberkesanan pelaksanaan pnp


melalui panduan Standard Kandungan dan Standard
pembelajaran
mengenai pasti strategi penambahbaikan

Pendidikan inklusif diperkenalkan di Malaysia supaya kana-kanak


kurang upaya dan berpeluang untuk membina persahabatan
bermakna.
Dengan demikian pelajar normal akan berkeprihatinan terhadap
golongan kurang bernasib baik ini serta menyedari mereka bahawa
bukan semua manusia berpeluang untuk hidup secara normal.
Tambahan pula pelajar normal akan bersyukur kepada Tuhan kerana
diberi sifat sempurna untuk menjalani hidup. Perasaan saling hormat
akan membolehkan pelajar normal bersifat sensitif dan mengambil
usaha membantu pelajar kurang upaya. Pergaulan sihat antara pelajar
normal dan pelajar kurang upaya akan menjadikan pelajar normal
menjadi seorang warga negara yang bukan sajaha bertanggungjawab
tetapi berkeprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasih baik.
Walau bagaimanapun pergaulan sihat antara pelajar normal dan
pelajar kurang upaya tidak akan membawa manfaat jika guru-guru
tidak menunjukkan contoh sesuai atau menjadi suri teladan serta
bersikap penyayang kpd pelajar kurang upaya.
Hujah lain :

peningkatan penghargaan dan penerimaan perbezaan individu


peningkatan pemahaman dan penerimaan kepelbagaian
menghaormati semua orang
menyediakan semua pelajar untuk kehidupan dewasa dalam
masyarakat
peluang utk menguasai aktiviti dgn cara mengamalkan dan
mendidik orang lain
hasil akademik yg lebih besar
semua keperluan pelajar yg lebih baik dipenuhi dgn sumbersumber yg lebih luas utk semua orang
BAHAGIAN B
(40 markah) Jawab 2 drpd 3 soalan

1.

Puan B merupakan guru m/p BI di sekolah luar bandar. Beliau mempunyai


kepercayaan kpd falsafah pendidikan progresif di sekolah iaitu di mana
keperibadian, kemajuan dan perubahan adalah aspek asas yg perlu
ditangani di dalam kelas.
Cadangkan beberapa perubahan yg Puan B boleh terapkan di dalam pnp
untuk merealisasikan matlamat falsafah pendidikan progresif.
Contoh hujah :
Seorang guru progresif percaya bahawa pembelajaran boleh diperolehi
melalui perlakuan dan eksperimen. Erti pembelajaran bagi para pelajar
adalah melalui pengalaman peribadi mereka. Oleh itu, Puan B harus
kaitkan pnp dgn pengalaman pelajarnya supaya mereka dpt belajar
melalui perlakuan dan idea boleh diuji dgn eksperimen aktif. Sebagai
contoh, apabila merancang utk mengajar kitar semula, guru boleh
memberikan projek pembelajaran kolaboratif dan kerjasama yg mudah
seperti mendapatkan pelajar utk mengetahui perkara-perkara yg boleh
dikitar semula di rumah dan mengumpul maklumat manfaat kitar semula
di rumah dan mengumpul maklumat manfaat kitar semula dgn
menemubual ibu bapa masing-masing.
Hujah lain :

penekanan kpd penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal


memahami melalui tindakan adalah matlamat pembelajaran
kerjasama antara perkhidmatan masyarakat dan sekolah adalah
penting
menekankan pembelajaran sepanjang hayat
penilaian projek murid

Anda mungkin juga menyukai