Anda di halaman 1dari 6

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan teori dan model yang digunakan
sebagai sandaran kepada kajian ini. Selain itu, perbincangan juga berkisar tentang kajiankajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu yang mempunyai kaitan dengan
kajian ini. Kajian mengenai kompetensi kaunselor dalam menjalankan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling disekolah merupakan suatu kajian yang agak baru. Kebanyakan
penyelidik dalam negara telah menjalankan kajian mengenai perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling, namun kajian mengenai isu ini sangat kurang. Oleh yang demikian, pengkaji
menggunakan kajian-kajian lepas yang hampir sama dengan kajian ini.

32

2.2 Kajian Lepas Dalam dan Luar Negara

Model yang digunakan dalam kajian ini adalah Model Kompetensi Bongkah Air Batu yang
diperkenalkan oleh Spencer dan Spencer (1993) dan teori motivasi Mc Clelland. Model
Spencer dan Spencer (1993) ini digunakan adalah untuk melihat tahap kompetensi
kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan kerjaya di sekolah, manakala teori motivasi
Mc Clelland adalah sebagai sokongan terhadap motivasi pencapaian kaunselor dalam
melaksanakan tugas.

2.2.1

Kajian Lepas Tentang Kecerdasan Spiritual

Model Kompetensi Bongkah Air Batu oleh Spencer dan Spencer (1993) ini adalah menjadi
model utama dalam kajian ini. Menurut model ini, kompetensi individu ditakrifkan seperti
suatu lapisan pada sebuah bongkah air batu yang mempunyai beberapa struktur lapisan.
Konsep ini menunjukkan lapisan pertama iaitu struktur atas bongkah air batu yang
kelihatan seperti di atas permukaan (nampak) adalah merujuk kepada kompetensi yang
berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang jelas diketahui berhubung
dengan tugas seseorang individu. Pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan
sesuatu tugas adalah antara syarat kelayakan untuk menjawat sesuatu jawatan dan
keperluan-keperluan dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan. (Raudhah Ali,
2010).

33

Oleh yang demikian, kompetensi pengetahuan dan pemahaman dalam bidang


kaunseling dapat diperolehi melalui pengalaman-pengalaman yang dipelajari melalui
latihan professional dan teknikal. Ianya juga boleh didokumentasikan dalam bentuk
diploma atau ijazah. Seterusnya, pengetahuan dan kemahiran ini dipraktikkan di alam
realiti dan perbezaan setiap individu itu dapat dinilai antara satu sama lain. Oleh yang
demikian, dalam keadaan tertentu, kemahiran-kemahiran ini memerlukan penilaian dan
ujian yang professional.

Seterusnya, struktur lapisan kedua bongkah air batu boleh diibaratkan sebagai
kemahiran insani seperti kemahiran-kemahiran bukan kognitif. Kemahiran tersebut
merujuk kepada kompetensi diri seperti kemahiran sosial dan komunikasi, kemahiran
berhubungan dengan orang lain, kemahiran mengurus konflik, kemahiran mempengaruhi
dan kemahiran berinisiatif digunakan semasa menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi
.
Manakala struktur lapisan ketiga bongkah air batu tersebut adalah merujuk kepada
nilai-nilai, piawaian, etika dan moral, serta keupayaan seseorang individu dalam
mengaitkan harapan sosial dan politik orangnisasi. Dalam lapisan ini, suatu keputusan
beretika atau tidak yang diambil oleh individu itu bergantung kepada persekitaran budaya,
keagamaan, sistem perundangan dan politik serta kekuatan sifat moral.

34

2.2.2

Kajian Lepas Tentang Kepuasan Kerja

Latif dan Berger (2007), mengkaji perkaitan etika perkhidmatan dengan faktor
demografik.Responden kajian seramai 150 orang telah dipilih dari pentadbir Sekolah
Menengah.Keputusan ujian kolerasi menunjukkan pekerja yang mempunyai persepsi
positif terhadap etika kerja mempunyai hubungan yang positif dengan kepuasaan kerja.

Keputusan yang sama didapati dalam kajian Viswesvaran dan Deshpandes


(1998). Mereka menjalankan kajian ke atas pengurus di bahagian pertengahan dalam
organisasi di India.Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perkaitan persepsi terhadap
tingkahlaku beretika dan hubungan dengan kepuasan kerja.Dapatan kajian seterusnya
menunjukkan pengurus yang Berjaya di dalam organisasi adalah mereka yang mematuhi
etika kerja. Dapatan berikutnya ialah persepsi yang positif terhadap pengurus beretika akan
meningkatkan kepuasan kerja di kalangan pekerja.

Kajian Jamaliah (2007) mendapati sebahagian besar kakitangan Jabatan


Perangkaan berpuashati dengan kerja mereka.Ini memandangkan 51.4 peratus kakitangan
Jabatan Perangkaan mempunyai tahap kepuasaan kerja sederhana,sementara 46.6 peratus
kakitangan pula berada di tahap kepuasan kerja tinggi dan hanya sebilangan kecil sahaja
(1.9%) kakitangan mencapai tahap kepuasan kerja rendah.

Manakala Khalid Gazi (2008) telah menjalankan ke atas kepuasan kerja di


kalangan operator kilang dengan 213 orang sampel.Keseluruhan kajian mendapati iklim
35

organisasi, struktur organisasi,cirri-ciri individu dan ekologi terhadap kepuasan kerja amat
signifikan dengan faktor ekologi dilihat sebagai paling dominan kesannya ke atas kepuasan
kerja berbanding faktor lainnya.

Manakala Norhana (2007) pula meninjau hubungan keserasian darjah kongruen


personaliti,persekitaran dengan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan hospital di
Melaka dari pelbagai jawatan iaitu Kaunselor,Pengawai Farmasi,Juru X-ray,Fisioterapi dan
pembantu perubatan.Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kepuasan
kerja dengan darjah kongruen iaitu bagi jawatan Kaunselor adalah sederhana.pegawai
farmasi adalah sangat lemah.Keseluruhan kajian ini menunjukkan kekongruenan
personaliti persekitaran dapat melahirkan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan
hospital.

Manakala bagi kajian Muhammad Dzahir (2009) kepada pekerja khidmat


manusia terhadap amalan etika kerja dalam insiden salahlaku pekerja dan kepuasan
kerja.Dapatan kajian mendapati etika kerja tidak ada kaitan dengan umur,tetapi
mempunyai persepsi positif terhadap perempuan berbanding lelaki.Akhirnya kajian
mendapati terdapat hubungan positif antara amalan etika dan mewujudkan suasana
beretika sangat penting dalam profesion dan jabatan.

Menurut kajian Shukri (2008) mendapati hasil daripada profail demografi


menunjukkan bahawa terdapat beberapa item iaitu pangkat yang disandang,tempoh
menyandang pangkat, taraf pendidikan dan gaji memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi amalan kerja beretika apabila dibuktikan wujudnya perbezaan min yang
36

signifikan dengan etika kerja responden dari kalangan Pengawai Kanan Polis dan ahli
Pangkat Rendah Konstabel di Cawangan Perkhidmatan Bukit Aman,Kuala Lumpur.

Kajian Muhd Hatta (2007) bertujuan meneliti tahap amalan etika kerja di
kalangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.Rumusan kajian mendapati etika kerja
mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan prestasi kerja secara keseluruhan
tetapi tidak signifikan dengan prestasi kerja secara keseluruhan tetapi tidak signifikan
dengan faktor demografi iaitu umur,pangkat dan maklumat kerja secara keseluruhan.

2.3 Rumusan Ulasan Karya

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang diperolehi,kecerdasan spiritual dalam kalangan Guru


Bimbingan dan Kaunseling kebanyakkannya adalah dari luar Negara dan didapati bahawa
kecerdasan spiritual merupakan aspek yang penting dalam mempengaruhi dunia pekerjaan
sama ada motivasi kerja,tekanan kerja,prestasi kerja,komitmen kerja,etika kerja dan
kepuasan kerja.Namun begitu secara keseluruhannya kecerdasan spiritual,dan kepuasan
kerja tidak memberi dapatan yang sama dalam setiap kajian.Walaubagaimanapun, kajiankajian telah dapat mengenalpasti beberapa elemen penting yang perlu dikaji dengan lebih
mendalam terhadap kecerdasan spiritual individu untuk mempengaruhi bidang pekerjaan.

37

Anda mungkin juga menyukai