Nota Kimia Tingkatan 5 by Http://shaiksar - Blogspot.com/p/physics-Form-5.html
Nota Kimia Tingkatan 5 by Http://shaiksar - Blogspot.com/p/physics-Form-5.html
com
Cikgu Irwan@2013
Kadar tindak balas boleh ditakrifkan sebagai jumlah sesuatu bahan tindak balas yang digunakan bagi setiap unit
masa.
Kadar tindak balas juga boleh ditakrifkan sebagai jumlah hasil tindak balas yang diperolehi per unit masa.
Jumlah bahan tindak balas yang digunakan atau hasil tindak balas yang diperolehi boleh diukur dari segi
jisim bahan atau kepekatan bahan tersebut.
Untuk tindak balas kimia yang menghasilkan gas, kadar tindak balas boleh diukur sebagai jumlah gas
yang dihasilkan per unit masa.
Tindak
ak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik cair.
Tindak balas antara kalsium karbonat (kepingan kecil marmar) dan asid hidroklorik cair boleh
diwakili oleh persamaan berikut:
1
www.sagadbl.com
Cikgu Irwan@2013
Oleh itu, kadar tindak balas antara kalsium karbonat dan asid hidroklorik boleh ditentukan dengan mengukur:
1. Penurunan dalam jisim kalsium
ium karbonat per unit masa, atau
2. Peningkatan dalam isipadu karbon dioksida per unit masa.
Iaitu,
atau
Kadar tindak balas adalah berkadar songsang dengan masa yang diambil bagi tindak balas itu selesai.
Tindak balas adalah pantas jika ia mengambil masa yang singkat untuk disiapkan. Sebaliknya, tindak balas
adalah perlahan jika ia mengambil masa yang panjang bagi suatu tindak balas itu iselesaikan/dilengkapkan.
Selain daripada perubahan dalam jisim bahan tindak balas atau perubahan dalam ispadu gas yang dihasilkan,
perubahan lain yang dapat diperhatikan adalah seperti berikut:
1. Perubahan warna.
2. Pembentukan mendakan.
Oleh itu, masa yang diambil untuk warna sesuatu bahan tindak balas itu berubah atau jumlah mendakan
terbentuk boleh digunakan untuk mengukur kadar tindak balas.
Unit-unit
unit yang digunakan untuk kadar tindak balas bergantung kepada perubahan yang diukur. Sebagai contoh:
2
www.sagadbl.com
Cikgu Irwan@2013
Tindak balas kimia yang berlainan berlaku pada kadar yang berbeza. Sebahagian tindak balas berlaku dengan
cepat/pantas dan ada juga yang berlaku secara perlahan.
Petroleum dan gas asli yang mempunyai unsur juzuk karbon dan hidrogen.
Kanji, alkohol, gula, dan lemak yang mempunyai unsur juzuk karbon, hidrogen dan oksigen.
Sebatian tak organik merupakan sebatian yang bukan berasal daripada hidupan.
Walaupun hampir semua sebatian karbon dikelaskan sebagai sebatian organik, sebatian karbon yang berikut
tergolong dalam kumpulan sebatian tak organik:
Karbon monoksida, CO
Karbon dioksida, CO2
Karbon disulfida, CS2
Sebatian karonat dan bikarbonat: kalsium karbonat, CaCO3, dan natrium bikarbonat, NaHCO3.
Sebatian karbida (carbide): kalsium karbida, Ca2C.
Sebatian sianat (cyanate) dan tiosianat (thiocyanate): natrium sianat, NaCN, dan natrium tiosianat,
NaSCN
www.sagadbl.com
Cikgu Irwan@2013
Sebatian karbon
1) Sebatian organik
Semua sebatian karbon kecuali
CO2, CO
CS2
Sebatian karbonat, CO32-, dan bikarbonat, HCO3Sebatian sianida (cyanide), CN-, dan tiosianat, SCNSebatian karbida, C4-
Semua sebatian organik terbakar dengan lengkap dalam bekalan gas oksigen yang berlebihan untuk
menghasilkan gas karbon dioksida dan air sahaja.
Sebatian organik terbakar dengan tidak lengkap dalam bekalan gas oksigen yang terhad untuk menghasilkan
campuran jelaga (karbon), karbon monoksida, karbon dioksida, dan air.
Hidrokarbon
Pada amnya, sebatian organik dikelaskan kepada hidrokarbon dan bukan hidrokarbon.
Hidrokarbon (hydrocarbon) adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan unsur hidrogen
sahaja. Atom karbon dan atom hidrogen dalam sebatian hidrokarbon diikat bersama-sama melalui ikatan
kovalen (covalent bonds).
Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon dengan atom karbonnya terikat kepada atom yang lain melalui ikatan
kovalen yang tunggal (single covalent bonds).
www.sagadbl.com
Cikgu Irwan@2013
Hidrokarbon tak tepu ialah hidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua
(double bond) atau ikatan ganda tiga (triple bond) antara atom-atom karbon dalam molekul itu.
Sebatian organik
1. Hidrokarbon (Unsur karbon dan hidrogen sahaja).
i) Alkana (alkanes)
ii) Alkena (alkenes)
2. Bukan hidrokarbon (Unsur karbon, hidrogen dan unsur lain)
i) Alkohol
ii) Asid Karbosilik
iii) Ester
www.sagadbl.com
Cikgu Irwan@2013
Apabila sesuatu bahan dioksidakan dalam tindak balas redoks, sesuatu bahan yang lain akan diturunkan ataupun
dengan yang sebaliknya.
Agen pengoksidaan (oxidizing agent) ialah bahan yang mengoksidakan bahan tindak balas yang lain. Dalam
suatu tindak balas redoks, agen pengoksidaan mengalami proses penurunan supaya dapat mengoksidakan bahan
yang lain.
Agen penurunan (reducing agent) ialah bahan yang menurunkan bahan tindak balas yang lain. Dalam suatu
tindak balas redoks, agen penurunan mengalami proses pengoksidaan supaya dapat menurunkan bahan yang
lain.
Pengoksidaan (oxidation) ialah suatu proses yang melibatkan
Bagi menjelaskan pengertian pengoksidaan dan penurunan, perbincangan boleh dibuat terhadap tiga (03)
aspek, iaitu;
1. Kehilangan dan penambahan oksigen atau hidrogen.
2. Pemindahan elektron.
3. Perubahan nombor pengoksidaan unsur-unsur.
www.sagadbl.com
Cikgu Irwan@2013