Anda di halaman 1dari 3

Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu) proses komunikasi

diantara seseorang dengan seseorang yang lain atau antara manusia. Proses
komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta
berdasarkan lapangan yang sama. Takrifan barat oleh R Wayne Pace berpendapat
bahawa komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang berlangsung antara
dua orang atau lebih secara bersemuka. Selain itu,terdapat beberapa pendapat
dari pakar yang menyatakan komunikasi perseorangan ini adalah komunikasi
yang melibatkan dua orang penyampai yang berinteraksi secara dua hala
serentak dan mereka saling mempengaruhi. Definisi ini juga menurut Beebe,
Beebe dan Redmond(1999), komunikasi antara perseorangan ialah komunikasi
kemanusiaan yang berlaku apabila seseorang berinteraksi secara serentak
dengan orang lain dan saling mempengaruhi diantara satu sama lain dengan
tujuan untuk mengendalikan hubungan. Ringkasnya,mereka membuat penjelasan
bahawa dalam komukasi perseorangan, berinteraksi secara serentak bermaksud
kedua-dua orang penyampai bertindak ke atas maklumat yang sama pada masa
yang sama.
Kedua-duanya menyampai dan menerima mesej pada masa yang sama.
Misalnya,ketika seorang ibu memarahi anaknya,mesej yang diterima oleh
anaknya disampaikan kembali kepada ibunya melalui komunikasi bukan lisan
seperti bermasam muka atau berdiam diri. Saling mempengaruhi bermaksud
kedua-dua komunikator menerima kesan daripada interaksi itu.Misalnya, ibu
yang marah pada anaknya tadi mungkin berasa semakin geram apabila melihat
sianak menunjukkan perasaan tidak puas hati melalui perlakuan bukan lisan
seperti bermasam muka. Adler.Rosenfeld dan Towne (1990) mendefinisikan
komunikasi antara perseorangan sebagai suatu proses transaksi yang
berterusan,melibatkan komunikator-komunikator daripada persekitaran yasng
sama ataupun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej
yang kebanyakannya dipengaruhi oleh gangguan atau halangan luaran fisiologi
dan psikologi.Komunikasi ini penting dalam menjalinkan dan mengekalkan
hubungan memujuk dan mempengaruhi orang lain.

Komunikasi dua hala ialah yang melibatkan kumpulan terdiri daripada tiga hingga
dua belas orang ahli. Bahkan ia penting untuk berkongsi maklumat,mendapatkan
idea,menyelesaikan masalah dan bantu-membantu Setiap hari kita berhubung
dengan orang lain,sama ada secara bersemuka atau menggunakan alat
komunikasi seperti telefon,e-mel dan surat. Dalam era moden hari ini kaedah
perhubungan semakin mudah dan kompleks kerana inovasi dalam media
perhubugan semakin canggih. Jika dulu alat perhubungan agak sukar dimiliki
tetapi hari ini setiap orang boleh memiliki dua atau tiga buah telefon bimbit.

TUJUAN KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU

Meneroka diri sendiri

Perubahan atau memperngaruhi

Menjalankan tugas

Mampu menghubungkan kita dengan orang lain

Komunikasi antara individu ialah bagaimana seseorang individu membina


perhubungan dengan orang lain. Melalui komunikasi interpersonal ini akan
membentuk dan memelihara hubungan dengan orang lain. Selain itu, akan
terbentuk juga sutu jalinan yang keterikatan sesama pihak yang melakukan
komunikasi. Hal ini baik untuk menjalin suatu proses kerja sama dengan
mencapai tujuan bersama.

Komunikasi merupakan sesuatu yang tidak berubah.

Komunikasi interpersonal tidak boleh diputar kembali. Mesej yang diberi akan
memberi kesan kepada penerima.

Komunikasi dikawal oleh peraturan

Ianya ialah bagaimana individu tersebut berinteraksi ketika belakunya


perbincangan atau perhubungan.Peraturan ini biasaannya boleh dipelajari
melalui pengalaman pemerhatian, dan latar belakang seseorang sama ada
seperti berlainan bangsa dan budaya. Antara peraturan yang biasa dipraktikkan
secara umumnya ialah menghormati hal-hal peribadi, menyimpan
rahsia,amanah, dan jujur.

Memperoleh maklumat

Mempamerkan identiti

Untuk membantu

Kaedah perhubungan (human relation) yang baik.

Anda mungkin juga menyukai