Anda di halaman 1dari 4

Jenis-jenis Tarannum TARANNUM BAYYATI Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang

bererti rumah atau tempat kediaman. Sifat Tarannum Al-Bayyati Lembut disamping tegas.
Sesuai dengan tobaqot sederhana. Harmoni. Berunsur ketenangan. Peranan Tarannum AlBayyati Memantapkan persembahan. Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
Pengukuran kepada tarannum sesudahnya. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM SOBA Bermaksud
rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir Sifat Tarannum Soba Gerak ringan meresap jiwa.
Alunan lembut yang mendayu. Sesuai dengan tobaqot sederhana. Sesuai dengan ayat
memohon, merayu, merintih dan sebagainya. Peranan Tarannum Soba Menenangkan
persembahan. Membawa kekhusyukan dan keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian
fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM HIJAZ Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai
suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qariqari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Hijaz Gerak lambat tapi berkesan.
Ketegasan pendorong semangat. Kelincahan menghidupkan persembahan. Sesuai dengan
mana-mana tobaqot. Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah. Peranan Tarannum
Hijaz. Memberi semangat kepada persembahan. Memberi kepuasan kepada pembaca dan
pendengar. Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya. Menunjukkan Ketegasan
kepada mesej Al-Quran. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat
menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM NAHWAND Nahwand
juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum
nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum
Nahwand Gerak ringan yang berkesan. Kelembutan bersopan. Sederhana memikat jiwa.
Kehalusan seni. Sesuai dengan tobaqot sederhana. Peranan Tarannum Nahawand
Melembutkan bacaan. Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar. Sesuai dengan ayat
memohon, bercerita dan sebagainya. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat
menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM RAST Berasal dari parsi
(iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai
oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka. Sifat Tarannum Rast Gerak lembut
disamping ketegasan. Kelembutan alunan. Lincah menyemarakkan. Sesuai dengan manamana tobaqot. Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat. Peranan Tarannum Rast Memberi
semangat kepada persembahan. Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya. Memberi
kepuasan kepada pembaca dan pendengar. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM SIKAH Berasal

dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga
19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka. Sifat Tarannum Sikah Gerak lambat meyakinkan. Kelembutan menusuk
kalbu. Berciri kesedihan dan kerintihan. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon,
merintih dan sebagainya. Sesuai dengan mana-mana tobaqot. Contoh : Peranan Tarannum
Sikah Melembutkan persembahan. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran. TARANNUM JIHARKAH Berasal
dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga
19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq
budaya mereka. Sifat Tarannum Jiharkah Gerak ringan yang berkesan. Kelembutan
menusuk kalbu. Harmoni. Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan
sebagainya. Sesuai dengan tobaqot sederhana. Peranan Tarannum Jiharkah Menenangkan
ketegangan persembahan. Melembutkan persembahan. Membawa kekhusukan dan
keinsafan. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. Dapat menimbulkan perasaan
mengkagumi mukjizat Al-Quran. Newer Post Older Post Home Pengenalan Tarannum Al-Quran
merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan
jalan yang mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai
kesenian yang unik dari sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid,
tarannum, qiraat sabie, dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil
mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan
sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang. Tuntutan
bertarannum dalam sabda Rasul saw :


Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya
suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu. (Hadith Riwayat
Abu Daud) Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan
suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik
Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar
tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid
dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian
tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :
Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu)
kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu

dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi). (Hadis Riwayat Imam
Thabrani & Baihaqi). Semoga blog Tahsin al-Quran ini dapat membantu para pelajar menguasai
Kemahiran al-Quran khususnya dalam bidang Tarannum. Sesungguhnya ahli al-Quran
merupakan Ahlullah Wa Khassah yang dijanjikan kedudukan yang mulia di sisi Allah swt.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Tarannum Sikah
TARANNUM SIKAH: Tarannum Sikah berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qariqari Hijazi (Mesir pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Sikah
Gerak lambat meyakinkan.
Kelembutan menusuk kalbu.
Berciri kesedihan dan kerintihan.
Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah


Melembutkan persembahan.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Membawa kekhusukan dan keinsafan.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai