Anda di halaman 1dari 19

Terdapat beberapa kaedah dan teknik hafazan Al-Quran:

1. Kaedah Menyalin
Menyalin ayat-ayat Al-Quran dengan menyebutnya dengan lisan mampu untuk menguatkan
ingatan yang merangkumi kedudukan ayat, cara penulisan mengikut Rasm Uthmani dan lain-
lain.
2. Kaedah Cuba Jaya
Cuba Jaya yang dimaksudkan adalah dengan menetapkan bilangan ayat yang akan dihafal
dengan tempoh masa yang tertentu. Kemudian, ayat yang telah berjaya dihafal perlulah
ditasmik oleh pentasmik bagi menentukan samaada hafalan ayat tersebut adalah lancar atau
berlaku beberapa kesilapan samaada dari segi harakat, hukum tajwid mahupun susunan ayat
yang dibaca.

3. Kaedah Sambung Bacaan


Kaedah ini digunakan dengan melibatkan komunikasi dua hala antara individu dengan seseorang
individu lain atau ramai. Contohnya, individu pertama membaca permulaan sesuatu ayat, dan
individu yang lainnya menyambung ayat tersebut. Kaedah ini dapat merangsang pemikiran dan
menguji tahap fokus hafazan.

Dalam hafalan Al-Quran, terdapat beberapa adab yang perlu diambil kira:

1. Menetapkan niat yang ikhlas iaitu menghafal Al-Quran bagi mendapat keberkatan dan syafaat
daripadaNya. Niat yang ikhlas akan memberikan impak kepada usaha kita dalam menghafal
Kalamullah ini dengan selesa, istiqamah dan tidak rasa terbeban.

2. Sentiasa memperbaiki bacaan ayat Al-Quran mengikut kaedah bacaan yang betul sebagaimana
kaedah bacaan hafs dan bacaan lain yang diiktiraf yang mengikut rasm uthmani. Sebelum
memulakan sesuatu hafalan, sewajarnyalah kita memperhatikan Panjang pendek bagi sesuatu
perkataan tersebut serta mempunyai fokus yang tinggi bagi mengelakkan kesalahan tajwid dan
susunan ayat.

3. Ayat Al-Quran yang telah dihafal perlulah sentiasa dibuat pengulangan agar tidak hilang
hafalannya. Hal ini kerana, sebagai manusia, fitrah kita adalah mudah lupa akan sesuatu
perkara. Oleh itu, ayat hafalan yang diulang-ulang serta difahami maksud konteks ayat tersebut
akan menjadikannya lebih kukuh di ingatan.

4. Perkara yang paling penting dalam hafalan Al-Quran ini adalah menghafal dengan berguru.
Berguru adalah amat penting kerana terdapatnya proses membimbing serta menegur kesilapan
yang kita lakukan ketika melontarkan hafalan. Tanpa guru, hukum tajwid dan kaedah
pembacaan yang sebenar berkemungkinan akan salah dan terpesong. Impaknya, kita akan
sentiasa mengulangi hafalan kita yang salah tanpa ada yang membetulkannya kembali.
APR

19

JENIS-JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

• Harmoni.

• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.

• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.

• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba


• Gerak ringan meresap jiwa.

• Alunan lembut yang mendayu.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.

• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum
dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.

• Ketegasan pendorong semangat.

• Kelincahan menghidupkan persembahan.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.

Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.


• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.

• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum
nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.

• Kelembutan bersopan.

• Sederhana memikat jiwa.

• Kehalusan seni.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.

• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.

• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.

• Kelembutan alunan.

• Lincah menyemarakkan.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.

• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19
masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.

• Kelembutan menusuk kalbu.

• Berciri kesedihan dan kerintihan.


• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19
masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya
mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

• Gerak ringan yang berkesan.

• Kelembutan menusuk kalbu.

• Harmoni.

• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.

• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun
seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.

2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.

3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.

4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.

5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan
bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan
bacaan mengikut turutan (5).

Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu
yang popular di Malaysia ialah

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.

2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.

3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.

Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

Disiarkan 19th April 2013 oleh Anonymous

20 Lihat ulasan
Anonymous24 April 2016 6:59 PTG

saya mahu belajar taranum jirhakah n rast

Balas

Balasan

Anonymous19 April 2020 9:11 PG

Boleh search di ig @fahmiasraff

Ustaz ada mengajar banyak tarranum.. @ustazfahmiempire

Balas

Anonymous23 Ogos 2016 8:05 PG

kat mana boleh belajar taranum ya ?

Balas

Anonymous1 Disember 2017 6:24 PG

Kalau duduk kat shah alam, bleh col sy 0124304357

Balas

Balasan

Anonymous6 April 2019 3:44 PG

Klau di kajang ..mne boleh belajar taranum


alamia11 April 2019 12:36 PG

Akademi Nur Akhtar 0126497516 (Ustazah Afifah)

Anonymous28 Julai 2019 2:18 PG

Kajang dimana tu

Balas

Anonymous11 September 2018 2:15 PG

Anak Sy belajar

Balas

Anonymous22 Februari 2019 6:32 PTG

Thanks for this info☺

Balas

Paupau19 Mac 2019 7:15 PG

Di johor mne blh blje tranum ye

Balas

Balasan

FanTasTic Baby23 Mei 2019 11:45 PTG

Di Skudai ada, banyak tempat. google je atau cari di facebook kelas tarannum
ROZIMAH MUHAMMAD28 Oktober 2019 11:58 PTG

Anak sya bljar dia johor taranum ni

Balas

Bake With Mama30 September 2019 6:32 PG

thanks.

Balas

Zahiah12 Oktober 2019 4:59 PG

Di area bukit beruntung sapekah guru2nya

Balas

Anonymous9 Januari 2020 10:55 PTG

Ustd. Nak Tanya sikit. Ada maklumat yg sy perolehi, katanya Jenis taranum Ada ribuan Jenis dan yg
popular Ada tujuh diperdengarkan selalu.apakah itu ribuan taranum benar adanya.

Balas

Anonymous30 Januari 2020 8:23 PTG

Di kuala selangor ada x

Balas

Anonymous21 Februari 2020 3:02 PTG


Assalamualaikum semua..syukur semua ada peluang belajar taranum..tapi d sabah sangat kurang
tempat belajar..sebab saya pun sangat berminat belajar taranum alquran ni..

Balas

Anonymous2 Mac 2020 4:24 PTG

Di Sabah kita area mana?

Balas

Anonymous28 April 2020 9:09 PTG

Klu area tuaran sabah..ada ka utk belajar tarannum ni..

Balas

JbasyariAziz21 Mei 2020 11:17 PTG

Saya cuma dapat tangkap lagu jiharkah.. saya suka irama jiharkah.. berminat nak belajar semua scale
irama taranum..

Balas

ilmutaraanum

carian

Klasik Kad Selak Majalah Mozek Bar Sisi Gambar Gelangsar Masa

APR

19

CONTOH-CONTOH BACAAN TARANNUM BAYYATI


Disiarkan 19th April 2013 oleh Anonymous

0 Tambah ulasan

APR

19

JENIS-JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

• Harmoni.

• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati


• Memantapkan persembahan.

• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.

• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.

• Alunan lembut yang mendayu.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.

• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum
dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.

• Ketegasan pendorong semangat.

• Kelincahan menghidupkan persembahan.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.

Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.

• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum
nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.

• Kelembutan bersopan.

• Sederhana memikat jiwa.

• Kehalusan seni.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.


Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.

• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.

• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah
diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.

• Kelembutan alunan.

• Lincah menyemarakkan.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.

• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19
masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.

• Kelembutan menusuk kalbu.

• Berciri kesedihan dan kerintihan.

• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19
masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya
mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

• Gerak ringan yang berkesan.


• Kelembutan menusuk kalbu.

• Harmoni.

• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.

• Melembutkan persembahan.

• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun
seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.

2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.

3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.

4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.

5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan
bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan
bacaan mengikut turutan (5).
Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu
yang popular di Malaysia ialah

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.

2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.

3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.

Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

Disiarkan 19th April 2013 oleh Anonymous

PENGERTIAN TARANNUM
Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang
membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan
bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa
maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi
maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan
Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.

Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.

Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

‫ما أذن هللا لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن‬

- ‫رواه البخارى‬

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang
selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw melalui
perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang
mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari
sudut bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sab’ie, dan lain-lain
lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah
difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran
yang cemerlang.

Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :

‫َح ِّسنُوا ْالقُرْ َءانَ بِأَصْ َواتِ ُك ْم فَأِ َّن الصَّوْ تَ ْال َحسَنَ يَ ِز ْي ُد ْالقُرْ َءانَ َح َسنًا‬

Maksudnya: ”Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu, sesungguhnya suara yang
elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-Quran itu”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)

Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan
bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana
Mohd Shariff (2003), alunan tarannum Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian
lain seperti Lagu Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh
dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda saw
dalam sabdanya :

‫إقرؤا القرأن بلحون العرب وأصواتها وإياكم ولحون اهل الفسق وأهل كتابين‬

Bermaksud : “Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab.
Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian
dan Yahudi).” (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi).

Semoga blog Tahsin al-Quran ini dapat membantu para pelajar menguasai Kemahiran al-Quran
khususnya dalam bidang Tarannum. Sesungguhnya ahli al-Quran merupakan “Ahlullah Wa Khassah”
yang dijanjikan

Disiarkan 19th April 2013 oleh Anonymous

Anda mungkin juga menyukai