Anda di halaman 1dari 30

UNIT 6

FORMAT DAN ASPEK


PENTING PENULISAN
Kemahiran Sintesis dan
Sistem Bahasa

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda akan dapat mempelajari:


1. Menguasai kemahiran sintesis.
2. Sistem ejaan, tanda baca, ayat gramatis
dan lambang-lambang bahasa.

PENGENALAN

Kemahiran mengarang ialah kemahiran yang luas

konsepnya.
Terdapat

beberapa sub kemahiran dan aspek

penting.
Sub kemahiran yang penting ialah kemahiran

sintaksis

Perenggan-perenggan yang baik mungkin tidak

dapat dibina tanpa ayat-ayat yang baik.


Adalah

sangat penting bagi


mempunyai kemahiran untuk :
membina ayat
menggabung ayat
memanipulasi ayat

pelajar-pelajar

Yang berikut ialah format dan aspek-aspek penting

penulisan.
(a) Pembinaan ayat-ayat yang gramatis
(b) Struktur ayat
(c) Fungsi ayat
(d) Pemilihan perkataan yang tidak tepat
(e) Perbendaharaan kata
(f) Penggunaan gaya tidak tepat dan sepadan
(g) Penggunaan tanda bacaan yang tidak betul
(h) Sistem ejaan (Orthography)

Pembinaan ayat yang gramatis


Ayat yang gramatis ialah ayat yang berasaskan atau mengikut

prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Oleh itu, ayat gramatis


sama maksud dengan ayat yang betul dari segi tatabahasanya.

Ayat yang lengkap dan sempurna. Mengandungi paling kurang

satu subjek dan satu predikat.

Dikenali sebagai ayat dasar /ayat inti.

Contoh ayat:

Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya


pancit.

Ayat tersebut tidak gramatis kerana penggunaan kata

penghubung ayat yang tidak tepat. Ayat yang gramatis ialah :

Kamil berjalan kaki ke sekolah kerana tayar basikalnya


pancit.

Penggunaan bentuk ayat aktif dengan pemilihan kata

yang tepat dan sesuai serta persoalan yang


diungkapkan perlu diberi perhatian untuk
menghasilkan ayat yang gramatis.
Ayat yang berkesan terdiri daripada 20-25 perkataan.
Ayat yang pendek lebih mudah difahami.

Satu

faktor

yang

menyebabkan

karya

sukar

difahami ialah jumlah perkataan yang digunakan


dalam ayat.

Ayat-ayat yang panjang boleh dipecah-pecahkan

menjadi ayat-ayat yang lebih pendek makna yang


terkandung dalam ayat panjang tersebut akan lebih
jelas difahami.

Walau

bagaimanapun,

hal

ini

tidak

bermakna

karangan mesti ditulis menggunakan ayat yang


pendek-pendek.

Kemahiran bahasa yang baik melibatkan kecekapan

menggunakan pelbagai struktur ayat menyampaikan


maklumat dengan jelas dan memberikan kepuasan
membaca gaya bahasa yang menarik.

Dalam penulisan yang baik, ayat-ayatnya terdiri

daripada pelbagai jenis ayat dan kepanjangan


yang berbeza-beza.

Struktur Ayat
Isi atau struktur ayat memperlihatkan pengaruh

terhadap keberkesanan gaya yang digunakan.


Ayat mestilah mempunyai subjek, diikuti oleh kata

kerja, objek atau unsur keterangan.


Ayat juga boleh disongsangkan.

Struktur

ayat aktif lebih berkesan daripada


struktur ayat pasif.

Ciri ayat aktif yang utama ialah adanya pelaku

yang melakukan sesuatu kata kerja.

Fungsi Ayat

Ayat mempunyai dua ciri iaitu:

i.Bentuk
ii. Makna
.Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.
.Ayat-ayat bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu:

1.
2.
3.

Ayat maklumat (informatif).


Ayat arahan (imperatif).
Ayat perasaan (emotif).

Pemilihan Perkataan Yang Tidak Tepat


Gunakan sesuatu perkataan apabila perlu.

Pembaziran perkataan merupakan kesilapan yang

kerap berlaku.
Akibatnya,

tulisan

kita

sukar

difahami

dan

pendengar atau pembaca akan cepat berasa bosan.

Jalinan fikiran yang logik harus dibuat secara

bersepadu pemilihan kata-kata sesuai dan tepat.

Elakkan perkara sebaliknya pemilihan perkataan

yang tidak tepat dan hasil tulisan tidak mempunyai


kekuatan.

Perbendaharaan kata
Bahasa

tulisan

menggunakan

pelbagai

jenis

leksikal daripada bahasa pertuturan.


Perbendaharaan

kata

yang

sangat

terhad

menyebabkan penulis memerlukan masa untuk


memproses

perkara

yang

hendak

kerana ia memerlukan ketepatan makna.

dilahirkan

Penulisan yang baik melalui perbendaharaan kata perlulah:

1.

Memiliki kemampuan penalaran (fikiran yang

bijak/intelek) sehingga fikiran penulis dapat

disajikan

dalam suatu urutan yang teratur dan logik.


2. Mengenal ketentuan-ketentuan teknik penyusunan
komposisi tertulis sehingga mudah dibaca dan
di samping bentuknya dapat menarik

difahami,

pembaca.

Penggunaan Gaya Tidak Tepat & Sepadan

Gaya yang tidak tepat dan sepadan dengan tajuk

karangan akan menghasilkan karangan yang


rendah mutunya dan tidak menarik.
Gaya yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan

pemberatan isu yang diketengahkan.

Isi yang berat, tegas dan bernas menuntut gaya

yang tegas dan jitu.

Pemilihan gaya penulisan juga hendaklah sesuai

dengan topik dan wacana yang dipilih.

Pilihan kata hendaklah tepat dan dapat mendukung maksud

yang dibawa jika maksudnya tegas dan jitu, maka gaya


dan nada juga perlulah bernada dan bergaya tegas juga.

Jika

persoalan yang hendak diungkapkan itu bernada

lembut dan merendah (puisi dan hasil prosa kreatif) gaya


dan nada yang diterapkan perlulah rendah dan lembut juga.

Penggunaan Tanda Bacaan


Yang Tidak Betul

Pelajar selalunya terlupa atau tertinggal tanda

koma (,), tanda noktah (. ), tanda koma bernoktah


(;) dan sebagainya.
Jika karangan yang dihasilkan tidak memenuhi

ciri-ciri yang disarankan, mutu karangan tersebut


akan terjejas.

Terdapat

juga pelajar yang tidak memahami


konsep pemerengganan masalah penulisan
karangan.

Pengolahan

karangan jenis esei yang baik


memerlukan isi karangan disusun mengikut
perenggan-perenggan tertentu.

Setiap

utama.

perenggan mewakili satu kesatuan isi

Sesebuah karangan esei memerlukan 5 isi utama.

Oleh itu, harus ada lima perenggan untuk isi utama


ini.
Seluruh

karangan

harus

perenggan.
1. 1 perenggan pengenalan
2. 5 perenggan isi
3. 1 perenggan penutup

mengandungi

Panjang setiap perenggan mestilah lebih kurang

sama.
Jika ada perenggan yang terlalu pendek atau ada

perenggan yang terlalu panjang akan menyebabkan


organisasi perenggan karangan menjadi tidak
seimbang.
Ketidakseimbangan ini boleh menjejaskan markah

yang akan diterima oleh calon.

Organisasi

sesebuah karangan harus juga


menunjukkan pertalian atau perkaitan antara
semua bahagian karangan.

Dari

sudut organisasi, perenggan harus ada


pertalian yang kukuh antara:
1. Kesemua bahagian dalam perenggan itu
sendiri.
2. Satu perenggan dengan perenggan yang lain.

Sistem Ejaan
Dalam bahasa lisan, terdapat fonem-fonem yang

berkaitan dengan grafem-grafem penulisan.


Terdapat juga tekanan suara, rentak , intonasi

untuk mempercepat sesuatu pesanan dan arahan


yang diminta.
Dalam penulisan, terdapat grafem yang dibantu

oleh gambar atau carta.

Seseorang

boleh

menuliskan

kunci-kunci

fonologikal seperti contoh yang berikut:


"Dengan suara yang kuat, bercampur dengan
rengekan kesakitan, dia mengisut keluar dari
kawasan kemaraan api .... ..

Simbol-simbol penulisan tersebut membentukkan

satu set isyarat yang harus difahami oleh pembaca.


Oleh sebab terdapat beberapa ambiguiti dalam

penulisan, pembaca haruslah tahu untuk mengenal


pasti yang tersurat dan yang tersirat.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai