Anda di halaman 1dari 53

GERUDI DAN MESIN GERUDI

GERUDI DAN MESIN GERUDI

MAKSUD
FUNGSI
GAMBAR RAJAH
JENIS-JENIS
BAHAGIAN-BAHAGIAN SERTA FUNGSINYA
PROSEDUR MENGGERUDI

GERUDI
Gerudi ialah satu alat atau mesin untuk
membuat lubang pada permukaan logam.
Gerudi ini juga digunakan untuk kerja-kerja
seperti melulas, melubang benam, melubang
sengat, membenang dalam dan meratakan
permukaan bintik.
Gerudi dibuat daripada keluli tahan lasak dan
tungsten karbida.

JENIS-JENIS GERUDI

Gerudi Pintal
Gerudi Benam
Gerudi Pusat
Gerudi Lurah Lurus
Gerudi Rata
Gerudi Melubang Senggat

GERUDI PINTAL
Digunakan dalam bengkel mesin untuk kerjakerja am.
Hujung matanya berbentuk kon dan di canai
supaya dapat menghasilkan sudut pemotongan
dan sudut kelegaan.
Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan
bertentangan kedudukan pada garis pusatnya.

GERUDI PINTAL

JENIS-JENIS GERUDI PINTAL


Gerudi Pintal Lubang Minyak
Gerudi Pintal Pendek Dan Panjang
Gerudi Pintal Sudut Helixs Rendah Dan Sudut
Helixs Tinggi.
Gerudi Pintal Tiga Lurah atau Empat Lurah

Gerudi Pintal Lubang Minyak


Lubang minyak perlu dibuat supaya bendalir
pemotong boleh turun sampai ke tepi pemotong,
Jadi, mata gerudi dapat disejukkan dan
dilincirkan, tatal keluar dengan lebih cepat dan
sempurna.
Gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja berat dan
kerja-kerja pengeluaran.

Gerudi Pintal Pendek Dan


Panjang
Gerudi pintal pendek kurang bergegar, oleh itu
mudah untuk memusatkan kerja
Gerudi pintal panjang pula berguna untuk
menggerudi lubang yang dalam.
Kedua-dua jenis ini biasanya mempunyai batang
berbentuk lurus.

Gerudi Pintal Sudut Helixs


Rendah Dan Sudut Helixs
Tinggi
Bentuknya lebih kurang sama dengan gerudi pintal
biasa, kecuali sudut heliksnya sama ada lebih kecil
ataupun lebih besar daripada sudut heliks biasa.
Keistimewaan gerudi ini ialah ia sesuai untuk
menggerudi logam tempawan,logam liat dan dapat
menghasilkan lubang yang dalam.
Manakala bagi sudut pendek pula sesuai untuk
menggerudi bahan-bahan plastik, gentian, asbestos,
bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.

Gerudi Pintal Tiga Lurah atau Empat Lurah


Kegunaannya ialah untuk meluaskan lubang
yang sedia ada seperti lubang teras pada
tuangan.
Selain itu,lurah dan bilangan matanya boleh
memotong dengan lebih banyak.
Justeru ia boleh menyokong gerudi dengan lebih
sempurna dan boleh menghasilkan permukaan
lubang dengan lebih licin dan tepat.

BAHAGIAN GERUDI PINTAL

Hujung Mata
Pusat mata
Bibir pemotong
Lurah
Lengkang lurah
Jidar
Batang
Puting

HUJUNG MATA
Terdapat hujung mata dan bahagian hujungnya
berbentuk kon.
Ia dicanai dengan sudut kandung 118
darjah,bibir pemotong membahagi dua sudut
kandung .Masing-masing membentuk sudut 59
darjah dari paksi.
Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada
garis pusat gerudi.

PUSAT MATA
Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam
yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir
pemotong.
Manakala fungsi pusat mata ialah untuk
mencungkil dan memudahkan gerudi masuk ke
dalam permukaan logam.

BIBIR PEMOTONG
Fungsi bibir pemotong atau bibir pengerat ialah
bertindak sebagai mata gerudi.
Ia diperbuat daripada pertemuan lurah-lurah
dengan hujung permukaan berbentuk kon.
Panjang bibir pemotong ini dibuat dalam saiz
yang sama panjang.

Fungsi lurah ialah:


LURAH

Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir


pemotong pada hujung berbentuk kon.
Tujuan untuk membentuk lorong-lorong bagi
tatal keluar.
Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai
kehujung mata.
Supaya memudahkan tatal keluar melalui ruang
yang sempit.

LENGKANG LURAH
Lengkang lurah ialah merupakan tebing yang
memisahkan lurah.
Ia juga dianggap sebagai tulang belakang gerudi
dan lebih tebal di bahagian pangkal supaya
gerudi menjadi lebih tegap.

JIDAR
Maksud jidar ialah tebing sempit yang menonjol
disepanjang lurah.
Kegunaannya ialah untuk memberi telusan
kepada badan semasa menggerudi, dengan itu
gerudi tidak bergesel.
Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan
yang cepat dan menghilangkan baja ataupun
boleh menyebabkan gerudi tersepit.

BATANG
Batang Lurus
untuk gerudi kecil yang
bersaiz 13 mm atau kurang. Biasanya ia
dipegang dalam cuk gerudi.
Batang tirus
untuk gerudi besar yang
mampunyai saiz lebih daripada 13 mm.
Ia dipasang pada spindal mesin melalui liang
sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz.

PUTTING
Putting ini berbentuk nipis, terletak dibahagian
pangkal gerudi.Putting terdapat pada bahagian
batang tirus sahaja.
Ia untuk memudahkan gerudi diputar kerana
putting boleh masuk kedalam alur yang terdapat
di dalam lubang spindal mesin atau soket atau
liang sendi.
Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dengan
mudah dengan menggunakan alat perenggang

GERUDI BENAM
Gerudi tersebut mempunyai banyak mata
pemotong yang terdapat pada hujungnya dan ia
berbentuk kon.
Manakala sudut matanya ialah 900 hingga 1200.
Gerudi benam digunakan khas untuk
menghasilkan lubang benam supaya skru benam
atau lubang rivet boleh dipasang.
Selain itu Ia juga digunakan untuk
membersihkan bibir lubang.

GERUDI BENAM

GERUDI PUSAT
Mata gerudi ini terdapat dikedua-dua hujungnya.
Gerudi pusat biasanya mempunyai sudut
pemotongan 600 sementara jenis loceng
mempunyai sudut berkembar 600 dan 1200 di
kedua-dua hujungnya.
Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu
daripada 3mm ke atas.
Fungsi gerudi pusat ialah untuk kerja-kerja
pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau
mesin gerudi.

GERUDI RATA
Gerudi ini berbentuk ringkas, matanya ditempa
kepada bentuk yang sesuai.
Sudut pemotonganya dicanai 900 dan sudut
kelegaan pulaantara 50 hingga 120 bergantug
pada jenis logam yang digerudi.
Gerudi ini semakin kurang digunakan pada masa
ini kerana banyak terdapat kekurangan antaranya
ialah lubang yang dihasilkan tidak berapa bulat,
saiz tidak tepat tatal sukar dikeluarkan.

GERUDI RATA

GERUDI MELUBANG SESENGAT


Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang
senggat rata bagi menempatkan kepala skru
Allen.
Selain itu ia digunakan untuk melicinkan
permukaan bintik dan juga menyediakan tempat
kedudukan nat, kepala pasak atau kengkangnya.

GERUDI SESENGAT

MESIN GERUDI
Fungsi mesin gerudi ialah:
(a) menggerudi lubang
(b) melulas
(c)melubang benam
(d)melubang sengat
(e)membenang dalam
(f) meratakan permukaan bintik.

JENIS-JENIS MESIN GERUDI

Mesin gerudi tekan atau mesin gerudi sensitif.


Mesin gerudi tiang
Mesin gerudi jejarian
Mesin gerudi mudah alih
Mesin gerudi kerja khas

MESIN GERUDI TEKAN


Dinamakan mesin gerudi sensitif kerana
hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan
hantaran yang betul ditentukan dengan merasa
gerakkan pemotongan yang dibuat oleh mata
gerudi.
Mempunyai 2 jenis iaitu jenis meja dan jenis
lantai.
Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan
ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz
melebihi daripada 13mm.

MESIN GERUDI MEJA

MESIN GERUDI JEJARIAN


Ia sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada
komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai
beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak ke
luar atau kedalam dia atas lengan jejarian dan lengan ini
dipasang diatas turus tegak mesin itu.
Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan
bersudut digerudi tanpa mengubah pengesetannya.
Keistimewaan terhadap mesin ini ialah:
a) boleh menggerudi lubang yang lebih besar.
b) mejanya besar dan turusnya lebih tinggi
c) pemilihan kelajuan lebih luas
d) tegap dan tidak bergegar

MESIN GERUDI MUDAH ALIH


Mesin ini mudah hendak bawa ke mana sahaja.
Ia berfungsi untuk menggerudi lubang yang kecil dan
dikendalikan dengan kuasa elektrik.
Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih, iaitu:
a) Jenis Pistol
Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang sebelah
tangan. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.
b) Jenis Kerja Berat
Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang
dengan kedua belah tangan. Ia digunakan untuk kerjakerja berat.

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

MESIN GERUDI KHAS


Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja
pengeluaran khusus untuk pelbagai kegunaan,
bergantung kepada mesin gerudi khas itu. Jenisjenis mesin gerudi khas ialah:
Mesin Gerudi berbilang Spindal
Mesin Gerudi Regu
Mesin Gerudi Turret
Mesin Gerudi Kawalan Angka Berkomputer.

MESIN GERUDI TIANG


Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar
saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang
dipegang oleh mesin gerudi sensitif.
Digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar
dan kedudukannya stabil.
Bentuk mesin ini hampir sama dengan bentuk mesin
gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat
pembolehubah dan hantaran berkuasa aautomatik, dan
pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan
kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali
sawat sebaliknya menggunakan gear.

Bahagian-Bahagian
Mesin Gerudi Tekan (Meja) da
Mesin Gerudi Tiang

TAPAK
Diperbuat daripada besi tuang.
Disebabkan itu kedudukan mesin menjadi stabil.
Mempunyai lurah-lurah T yang berfungsi untuk
memegang benda kerja yang besar.

TURUS
Diperbuat daripada keluli berlubang.
Ia dipasangkan pada tapak.
Manakala di bahagian hujung sebelah atas
dipasang motor.
Alat-alat lain yang dipasang pada turus ialah
meja.

MEJA
Berbentuk segiempat bujur dan bulat.
Diperbuat daripada besi tuang.
Fungsi T ialah untuk mengikat ragum mesin
atau benda kerja.
Meja juga bolehdigerakkan kepada sebarang
sudut di mana-mana kedudukan yang sesuai.

PENGAWAL KELAJUAN MOTOR


Fungsinya ialah untuk memutarkan spindal
dengan perantaraan tali sawat dan takal.
Biasanya terdapat 4 jenis kelajuan yang dimiliki
oleh mesin gerudi meja atau tiang.
Terdapat juga mesin yang dipasangkan gear
belakang bagi menambahkan lagi kelajuan yang
sedia ada.

SPINDAL
Ia diperbuat daripada keluli.
Spindal bleh di gerakkan secara turun dan naik
dengan pertolongan rak dan gear pinaan.
Spindal juga mempunyai lubang tirus jenis
Morse No.2 untuk disesuaikan dengan tirusan
batang gerudi,cuk gerudi,adaptor,soket dan
liang sendi.

PENGAWALAN HANTARAN
Hantaran dibuat dengan menggunakan tangan.
Bahagian hujung tuil akan dipasangkan dengan
gear pinaan dan rak dipasangkan pada spindal.
Tujuannya untuk membolehkan spindal boleh
bergerak turun dan naik apabila tuil penghantar
diputarkan.

TOLOK PENGAWAL DALAM


Tujuannya bagi memudahkan menggerudi
mengikut dalam lubang yang dikehendaki.

COOLANT
Ia digunakan untuk mengawal suhu komponen kerja dan
peralatan. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk:
a) mencuci bahan yang diproses dan mengawal habuk
b) mengurangkan kuasa yang diperlukan untuk
menggerudi
c) mengelakkan pengaratan keatas alatan dan bahan
yang diproses.
Coolant boleh dibahagikan kepada 2 jenis, mineral
coolant dan latte oil coolants. Coolants yang biasa
digunakan ialah mineral coolants kerana kosnya lebih
murah.

KELAJUAN PEMOTONGAN
Ialah panjang ukuran lilitan mata gerudi dalam
ukuran meter yang di kira apabila ia berputar
dalam masa satu minit.

PROSEDUR MENGGERUDI
Seperti mana yang kita sedia maklumkan, apabila
hendak menjalankan atau melakukan sesuatu
aktiviti, kita hendaklah mengikut prosedurprosedur yang telah ditetapkan. Tanpa prosedur
yang betul sudah tentu kita tidak dapat
menjalankan aktiviti tersebut dengan betul.
Begitulah juga dengan menjalankan aktiviti
mengerudi ini. Disini ada disenaraikan beberapa
prosedur yang perlu diikuti oleh para pelajar
ketika menjalankan aktiviti ini.

1. Sebelum menjalankan aktiviti menggerudi kita hendaklah


memastikan apakah jenis bahan yang hendak digerudi, ketebalan
bahan tersebut ataupun saiz lubang yang hendak digerudi.
2. Jika didapati bahan tersebut agak tebal atau terlalu tebal, kita
hendaklah menggunakan gerudi pusat terlebih dahulu sebelum terus
menggerudi bahan tersebut. Ini adalah untuk memastikan
penggerudian yang kemas dan lebih selamat.
3. Apabila jenis bahan sudah ditentukan, lubang yang bersaiz kecil
perlu ditebuk ke bahagian yang hendak digerudi untuk memastikan
supaya bahan tersebut tidak lari ketika penggerudian dijalankan.
Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan center punch.
4. Kemudian kita perlu menentukan pula jenis mata gerudi yang
bersesuain dengan bahan yang hendak digerudi itu. Contohnya saiz
diameter mata gerudi tersebut dan sudut kandung yang bersesuaian.
Saiz mata gerudi yang saya gunakan ialah saiz 9, saiz 7, saiz 4, dan
saiz 2.

5. Apabila bahan-bahan ini sudah tersedia, pasangkan


mata gerudi ke spindle dengan kukuh supaya ianya tidak
tercabut ketika penggerudian dijalankan. Kemudian
laraskan meja operasi untuk memudahkan lagi
menggerudi.
6. Kelajuan mesin perlu dilaraskan sebelum mesin
dijalankan atau selepas mesin dijalankan. Ini adalah
mengikut jenis mesin yang digunakan. Kelajuan mesin
perlu lah dilaraskan mengikut ketebalan bahan yang
digerudi. Untuk bahan yang agak tebal, kelajuan mesin
perlulah perlahan, contohnya 800 rpm. Bagi bahan yang
nipis kelajuannya boleh mencapai tahap 2500 rpm.
7. Semasa aktiviti gerudi dijalankan, coolants perlu
digunakan untuk meneutralkan suhu mata gerudi.
Coolants amat penting untuk mengekalkan lagi
ketahanan mata gerudi dan menggelakkan ia haus.
8. Apabila penggerudian selesai, alihkan bahan yang
digerudi dengan cermat. Kemudian bersihkan mata gerudi
dantempatkannya semula ditempat yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai