Anda di halaman 1dari 12

Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas

1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan


Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997.
Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman.
Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah
Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan
keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan
kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal,
namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan
murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima.
Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul.
Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program
intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi
ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan
daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid
berkeperluan khas dengan normal ini.
Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal
ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan memahami murid-murid yang
istimewa ini. Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas
ini dengan sebaiknya.
Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang upaya ini.
Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud mengecap seseorang sbg
(mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan
sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap
sesuatu perkara.
Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga wujud
di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini kerana terdapat murid-murid normal yang
memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka
menggelarnya sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi
berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah.
Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku terhadap
kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai kumpulan yang asing di
sekolah. Menurut kamus Dewan dan Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan
yang mengasingkan atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam Pendidikan Khas
bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak normal di dalam sistem pendidikan
dan juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran
Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak berkeperluan khas di program
intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan daripada rakan-rakan semasa berada di
dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran yang dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak-kanak
berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi mengelakkan kanak-kanak

itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah kanak-kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakanrakan yang lain.

1.2 Isu: Penglibatan Ibu Bapa


Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa
depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat
dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana
terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan
untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka
wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus
menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi
bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya
memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau kemahiran hidup kepada anak-anak yang
istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan
kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan
menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka
berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya
semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan
perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan.
Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian didapati penglibatan
ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah masih dalam tahap sederhana. Hal ini
kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin dan tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini
mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, aktiviti renang yang dijalankan pada hari Jumaat ( 2 kali
sebulan) ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Disebabkan
itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar yuran untuk aktiviti renang ini. Apabila perkara ini berlaku
maka program terapi berenang yang sepatutnya dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan. Maka
murid-murid akan tidak mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata
sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri.
Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di
tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran
dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak
tersebut semasa berada di dalam kelas.
1.3 Isu: Stigma Masyarakat (Isu Sistem Sosial)
Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang tertentu. Walaupun
wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan pertengahan, masing-masing masih dapat
berinteraksi dengan baik dan hidup dengan hormone. Namun begitu, bagi golongan yang tidak
berkeupayaan atau pun dikenali sebagai orang kurang upaya, masyarakat di negara kita masih lagi
memandang rendah dan mendiskriminasi golongan berkenaan.

Di sekolah ini misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak berkeperluan khas
ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang mengatakan budak kanak-kanak khas ini sebagai
budak lembam dan bodoh. Malah terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan dengan kanakkanak sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanak-kanak berkeperluan khas ini.
1.4 Kepelbagaian Kompetensi Murid
Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan
keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh Howard Garner
(1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai. Menurut Gardner,
kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk
mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.
Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi tersendiri.
Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana berbanding dengan
kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya
kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi.
Melalui pemerhatian saya ialah, di Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah A wujudnya
penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Sebagai contohnya,
terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid
yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan
lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya kanakkanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas. Maka
dengan disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak menumpukan perhatian dan mengganggu rakan
disebelahnya.
1.5 Isu: Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran.
Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara yang sangat berkaitan dalam aspek
pendidikan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan mencapai matlamat
pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan.(Noriati Abd Rashid & etc, 2011). Definisi bagi
pengajaran menurut Kamus Dewan dan Bahasa Pustaka edisi keempat ialah berkaitan dengan perihal
mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Manakala menurut (Slavin ,1997)
pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman.
Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami pertambahan ketinggian) bukanlah pengajaran.
Manakala menurut (Crow & Crow ,1983) pembelajaran adalah pemerolehan tabiat dan sikap. Pembelajaran
melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berkait percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau
menyesuaikan diri kepada situasi baru.
Sebagai guru kita hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan tahap murid. Hal ini adalah demikian bagi memastikan guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di sekolah. Isu yang seringkali timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah ialah metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru dalam memastikan
murid-murid dapat mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan.

Berdasarkan artikel Perancangan Pengurusan Kakitangan Profesional Pemangkin Kejayaan oleh En


Mohd Isa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakberkesanan pengajaran. Antaranya adalah
disebabkan sikap oleh guru sendiri. Ini kerana guru tidak mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input
yang menjamin kejayaan aktiviti akedemiknya. Akibatnya wujud segelintir guru yang tidak mahu
meningkatkan ilmu dan disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran. Maka
kesannya teknik pengajaran yang dilakukan tidak berjaya menarik perhatian murid. Akibatnya murid menjadi
bosan dan tidak berminat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid
berkeperluan khas juga perlu diambil kira. Perkara ini sepatutnya tidak boleh diamalkan oleh. Sepanjang
pengalaman saya di situ, saya dapati wujud unsur kekerasan yang digunakan oleh guru semasa mengajar
murid. Murid-murid berkeperluan khas ditakutkan dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak
mendengar arahan guru. Isu ini sangat serius kerana boleh menyebabkan murid menjadi takut dan menjadi
lebih degil dan tidak mendengar kata.
Apa yang diperhatikan, terdapat satu ketika di mana pembantu pengurusan murid (PPM)
menakutkan murid yang nakal dengan besi yang panas. Walaupun niat beliau mungkin hanya untuk
memberitahu bahawa besi itu panas namun tidak seharusnya beliau membiarkan kanak-kanak berkeperluan
khas yang nakal tadi menyentuh besi tersebut. Perkara yang lebih membimbangkan seperti kecederaan
boleh berlaku. Ini sekaligus akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap sekolah.
1.6 Isu: Profesionalisme Guru
Dewasa kini, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme guru. Perkara ini
berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak mempunyai kemahiran pedagogi yang
baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai guru sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga
profesionalisme guru. Ini kerana profesion keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah telah
pun diiktirafkan sebagai professional.
Dalam pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang terlatih. Akibatnya
pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran perdana ke dalam aliran pendidikan khas.
Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap
kanak-kanak khas. Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati
dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh menyebabkan masalah dalam
mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru Pendidikan Khas kelak. Kesannya mungkin hanya
dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak namun hakikatnya kesannya boleh menyebabkan nasib yang
malang kepada murid-murid. Cuba bayangkan sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam mendidik
anak didiknya. Maka sudah tentulah akan menyebabkan murid-murid tadi terabai dan sekaligus mendorong
masalah yang lain seperti masalah keciciran dan sosial.
Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan pendidik dan juga
golongan akademik yang lain. Di sebabkan itulah kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah seperti
mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (akhbar utusan,27/07/2011). Namun apa
yang menjadi persoalan di sinikah apakah kesan terhadap murid-murid yang menerima pengajaran dan
pembelajaran daripada guru yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses pembelajaran. Seperti
sedia maklum guru yang tidak terlatih ini langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai

ilmu perguruan maka sudah tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam mendidik anakanak murid. Dalam Pendidikan Khas misalnya, kurangnya pengetahuan mengenai kanak-kanak berkeperluan
khas boleh menyebabkan guru menggunakan kaedah dan teknik yang salah. Disebabkan itulah wujudnya
guru Pendidikan Khas yang merotan dan memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru
kerana guru tidak mampu memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu tadi
Kejadian sebegini juga sebenarnya berlaku di sekolah yang saya jalani praktikal yang lalu. Terdapat
murid yang dipukul dan dirotan oleh guru semasa guru mengajar di dalam kelas. Pada pandangan saya
tindakan ini tidak sesuai kerana murid berkeperluan khas adalah murid yang istimewa. Maka sudah tentulah
layanan yang diberikan kepada mereka sepatutnya lebih istimewa dan bukannya dikasari dengan sewenangwenangnya.
1.7 Isu: Ujian pentaksiran
Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan
tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh
pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.
Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid
tersebut.
Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pentaksiran
dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga adalah
untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa
dan pihak sekolah dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan.
Di Malaysia, ujian pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu murid untuk
penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kebolehan murid-murid
tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah, keberkesanan pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak
berkeperluan khas ini. Kebanyakan ujian pentaksiran yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas
ini adalah secara umum dan bersifat meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak mengambil contohcontoh ujian pentaksiran daripada negara luar untuk dilaksanakan kepada murid-murid di sini. Akibatnya
mungkin setengah ujian yang diberi sebenarnya tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-murid di
Malaysia.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya adalah disebabkan
persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan sememangnya mampu memberi impak yang besar
terhadap kebolehan dan pengetahuan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu persekitaran yang berbeza
juga akan memberi perbezaan mengenai bagaimana murid itu mengurus diri. Contohnya di negara beriklim
sejuk, cara membersihkan diri mungkin berbeza dengan cara membersihkan diri di iklim negara panas. Maka
ujian yang ingin dilaksanakan mestilah bersesuaian dan dapat diterima secara universal oleh murid-murid
berkeperluan khas.
Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga mampu menjejaskan
kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik perlulah disediakan bagi membantu ibu
bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin melakukan pentaksiran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.
Sebagai contoh, untuk mentaksir kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang
bersesuaian guru juga sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang sesuai untuk menjalankan ujian

terhadap murid. Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak sesuai dengan tahap pengetahuan murid
akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti.
Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan yang dilakukan oleh
pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap murid istimewa ini
berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan
berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang
telah disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti mungkin tidak dapat memberi
gambaran kebolehan yang sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi
keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi
meningkatkan kebolehan murid itu lagi.
Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak-kanak yang
berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini anak
mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi
keputusan yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk
kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak namun kesan
pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain.
1.8 Isu: Bahasa dan Komunikasi.
Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua pihak.
Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi
maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari,
yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998)
berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut.
Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya
sebagai alat perhubungan.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama.
Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk
berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid yang kategori autism misalnya
sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanakkanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga
mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan
daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka.
Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan bahasa dan komunikasi
adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini. saya dapati pembantu
murid tidak dapat memahami dengan jelas mengenai bahasa isyarat tangan yang ditunjukkan oleh
sesetengah murid. Hal ini menyebabkan murid-murid seringkali menjerit atau menangis sekiranya ingin ke
tandas. Selain itu juga, terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi disebabkan masalah
aphasia yang dihadapi. Aphasia adalah disebabkan kecederaan atau pun kecacatan pada otak yang
menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang mengalami
Aphasia iaitu D seringkali ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain juga sukar
memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi kesan yang lebih buruk
kepada kanak-kanak ini.

1.9 Isu:Kemudahan Fizikal


Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang,
susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua
faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu
yang seringkali timbul mengenai kemuddahan bilik darjah adalah seperti kelas yang sempit, bahan
kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang diguna pakai dalam system bilik darjah.
Perkara sedemikian juga berlaku di Sekolah A Masih banyak kemudahan yang perlu ditingkatkan.
Kemudahan jalan kerusi roda masih belum dibina dan disediakan di sekolah ini. Seharusnya pihak sekolah
perlu peka akan keperluan murid-murid berkeperluan khas yang menggunakan kerusi roda. Akibatnya akan
menyusahkan pembantu murid dan juga murid itu sendiri.
Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran dan pengajaran guru.
Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Akan tetapi disebabkan kurangnya kemudahan
kelas yang kosong maka satu bilik yang besar itu telah pun dipisahkan dengan hanya menggunakan papan
lembut sebagai pembahagi bagi setiap kelas. Hal ini jelas tidak mampu mengawal kelantangan suara yang
dilontarkan oleh guru atau pun murid di kelas yang bersebelahan. Akibatnya murid kelihatan terganggu dan
terpinga-pinga untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru.
Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan yang sesuai
untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan permainan untuk kanak-kanak
istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan
dan lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di sekolah berkenaan menggunakan alatan bola yang keras dan
berat. Bola sebegini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Kita sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak semuanya mampu menggunakan alatan
yang serupa dengan murid yang normal. Sebagai contoh murid B yang mempunyai kemahiran motor halus
yang rendah tidak mampu menangkap bola yang keras dan kasar. Jadi ini akan menyebabkan kecederaan
kepada murid-murid berkeperluan khas.
1.10 Isu: Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak rm150 sebulan kepada
setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elauan yang diberi ini adalah bertujuan untuk membantu golongan
kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka.
Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang
kurang upaya ini. Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-kanak berkeperluan
khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi
yang melibatkan pertuturan atau pun fisioterapi.
Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang diberikan
kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang menggunakan wang elaun
tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan keluarga masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak harus
berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang
diberi oleh kerajaan dengan sebaiknya.
Elaun yang hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Khas juga ialah berkaitan dengan elaun
khas yang diberikan oleh kerajaan kepada guru-guru pendidikan khas. Tujuan elaun ini diberikan adalah

sebagai ganjaran kepada guru-guru pendidikan khas yang bersabar dan tabah menghadapi karenah muridmurid khas di sekolah. Namun elaun yg diberikan ini seringkali diambil oleh kesempatan oleh pihak tertentu.
Misalnya wujud guru-guru aliran perdana yang memohon masuk ke aliran khas dengan bertujuan untuk
mendapatkan elaun khas itu bagi kepentingan diri. Akibat daripada itu, maka akan wujudlah kurangnya
kualiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki beliau. Disebabkan itulah terdapat
pengabaian terhadap murid-murid khas ini disebabkan oleh sikap guru yang sedemikian. Jelas di sini
membuktikan bahawa pemberian elaun khas kepada guru juga boleh menyebabkan guru-guru bekerja
semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja.
Perkara yang berkaitan kewangan juga seringkali dikaitkan peruntukan yang diberikan kepada
sekolah dalam menjayakan program di sekolah bagi membantu golongan kanak-kanak berkeperluan khas.
Misalnya penggunaan terapi di sekolah masih lagi tidak meluas disebabkan kekurangan wang atau bajet
untuk menampung tenaga pakar daripada ahli terapi yang berkebolehan. Disebabkan itulah murid-murid di
sekolah terutama di luar bandar kurang memperoleh peluang untuk mengikuti mana-mana terapi kerana
desakan wang atau pun peruntukan.
Kemudahan yang tidak lengkap disebabkan kekurangan wang juga sering menghantui mana-mana
sekolah yang mempunya program intergrasi di sekolahnya. Jika kita lihat di kebanyakan sekolah yang
mempunyai program pendidikan khas, kebanyakannya mempunyai kemudahan fizikal yang asas sahaja.
Keperluan fizikal yang berbentuk sampingan seperti bilik terapi, bilik snoozlen dan kolam mini renang tidak
dapat disediakan akibat bajet yang kurang dan tidak mencukupi.
Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di sekolah yang pernah saya menjalani praktikal yang lalu iaitu
Sek A. Di dapati di sekolah itu, kemudahan bilik terapi, bilik mainan dan bilik snoozlen masih tidak
disediakan. Apabila disoal penyelaras disitu, belia mengatakan bahawa peruntukan tidak mencukupi. Selain
itu kewangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga berada dalam keadaan minima. Maka banyak
program bagi membantu murid-murid berkeperluan khas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat dalaman sahaja
kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada murid pula mungkin murid akan mudah
bosan dengan kaedah yang sama sahaja digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan.
1.11 Isu:Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah
Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau pun sesuatu
institusi. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar atau pun pengetua. Manakala
pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan
yang berada di sekolah atau pun institusi.
Dalam bidang Pendidikan Khas pentadbir memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai
program dan rancangan yang menarik untuk disediakan kepada Program Intergrasi Pendidikan Khas di
sesuatu sekolah. Walaupun begitu terdapat beberapa isu yang seringkali berkait rapat dengan pentadbir dan
pentadbiran sekolah dengan dunia Pendidikan Khas hari ini.
Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu petempatan kanakkanak berkeperluan khas ini ke dalam system Pendidikan Khas di sekolah. Hal ini adalah kerana terdapatnya
murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara
ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) , murid ini

diberi peluang untuk mendudukan Program Pendidikan Khas di sekolah. Kesannya akan menyusahkan guru
terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah Laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan.
Selain membebankan guru sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komited
sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku kepada murid itu dan juga guru.
Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk kepada
murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama
dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses
pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna.
Menurut temuramah dengan guru Pendidikan Khas di sekolah yang saya jalani praktikum itu iaitu
Puan B, beliau mengatakan bahawa pentadbiran di sekolah ini tidak begitu membantu program Pendidikan
Khas di situ. Hal ini mungkin disebabkan pihak pentadbiran beranggapan bahawa murid-murid ini tidak pun
mampu menyumbang kepada peratus kenaikan sekolah. Di sebabkan itulah kurangnya pemerhatian dan
dana diberikan kepada program Pendidikan Khas di sekolah berkenaan.
.

SEGALA BAHAN ADALAH PERKONGSIAN DARI BAHAN KURSUS, KULIAH DAN BACAAN. MANFAATKAN LAMAN
ILMU INI UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA.
KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK
PERNAH MENGALAH. BERUSAHA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG
ADA.

Saturday, 18 February 2012

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Isu Perlaksanaan Pengajaran:


Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk
memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran
yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna
guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping
sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan
mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik
tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis

konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang
bermakna.

Kadangkala hal sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan Khas. Ada sebilangan guru
yang mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid. Mereka mengambil jalan
yang mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak ada persediaan dan
beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar kerana mereka pasti tidak
cemerlang seperti murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan target kerana mereka
sememangnya tidak ada pencapaian. Sikap beginlah menjadikan persepsi guru aliran
perdana dan pihak pentadbir semakin berat sebelah .
Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga
yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak
berlaku biasanya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan difotostat
untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah menyiapkan latihan tersebut
sementara guru membuka laptop dan melayari internet. Hal ini sememangnya amat
tidak patut dilakukan oleh guru walaupun mereka menganggap pengajaran akan
menjadi sia - sia kerana murid cepat lupa. Bagi guru yang prihatin, memang akan
digunakan latihan di dalam buku namun perlu mempunyai pengisian dan mengajar
dahulu murid berkaitan pengajaran tersebut. Betulah jika pihak pentadbir mengatakan
murid Pendidikan Khas setiap hari asyik mewarna.
Selain daripada itu, hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul. Memberi tugasan
kepada hanya sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak dibimbing dengan
baik dan seperti yang sepatutnya. Guru Pendidikan Khas sendiri memandang rendah
kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain.
Isu seterunya berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu
mengajar mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas
waktu mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi setiap
masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya salah.
Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang

sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Selalunya
tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan guru pula duduk
rehat dan melayari internet ataupun berborak sesama sendiri. Berbeza pula bagi guru
yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin dan mengawasi agar tidak
berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.

Cadangan Mengatasi:
Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas
pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran
mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu
proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid
dapat belajar dengan selesa dan kondusif.
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting
memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan
kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan
tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.

Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan


berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan
prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu menguasai dan menghayati
sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat
pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah
pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif,
bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai
pendidik.

Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses
pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai
dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran
Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu
mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.
Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolahsekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion
keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel
atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai
pemantapan dalam ilmu pengetahuan.
e g B } uru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti,minat,latar
belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang
berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan
pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus.
Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan
lebih cemerlang dan berkualiti.

Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan
ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama
supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai