Anda di halaman 1dari 23

KERTAS KONSEP

BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0

PENGENALAN

Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan Ala
Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
Dalam situasi sebenar di Parlimen, pihak Kerajaan akan mengemukakan usul untuk
dibentang dan dibahaskan. Usul tersebut merupakan cadangan yang berbentuk
dasar kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam negara. Wakil Rakyat daripada
Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut
manakala Wakil Rakyat daripada pihak Pembangkang pula akan mencadangkan
pihak dewan untuk menolak usul berdasarkan hujah yang telah diberi. Setelah
perdebatan tersebut selesai dihujahkan maka pengundian pula dilakukan. Ahli
Dewan terdiri daripada semua Wakil Rakyat (Parlimen) seluruh negara akan
membuat pengundian sama ada menerima atau menolak usul Kerajaan tersebut.
Usul kerajaan akan diterima sekiranya disokong oleh sekurang-kurangnya dua
pertiga daripada Ahli Dewan. Sekiranya sokongan (undi) yang diterima kurang
daripada dua pertiga daripada Ahli Dewan maka usul tersebut akan ditolak dan
dengan sendirinya pihak Kerajaan tiada mandat untuk melaksanakannya.
Perdebatan/perbahasan di Parlimen seperti yang dijelaskan di atas menjadi model
atau contoh. Bahas Ala Parlimen merujuk bentuk perbahasan sesuatu usul
(cadangan) di Parlimen (Dalam hal ini dirujuk Parlimen Malaysia). Dalam
membahaskan sesuatu usul, pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana
Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan
menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka
mengemukakan hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak
dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat
mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua
Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan
cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan
menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai
diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Dalam
Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi
keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh
Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan
Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat/Parlimen. Yang Dipertua Dewan akan
mengumumkan keputusan perbahasan seperti berikut :

Diumumkan bahawa usul yang dibentangkan dan


dibahaskan tadi, diterima
ATAU
Diumumkan bahawa usul yang dibentangkan

dan dibahaskan tadi, ditolak


2.0

OBJEKTIF
1 Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan mencabar
kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai
pusat kecemerlangan.

3.0

Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang


berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara
spontan.

Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujahhujah yang bernas dan teratur.

RASIONAL
1 Banyak pihak semakin mempertikaikan kemenjadian murid di sekolah
menengah berkaitan dengan keterampilan diri. Menyedari hakikat itu,
usaha harus dilakukan supaya sekolah dapat dijadikan medan bagi
membina keterampilan diri murid sebagai seorang yang berani
mengemukakan dan mempertahankan pendapat tersebut.
2 Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format
bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk
melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan
mental yang membolehkan mereka bertindak secara aktif, kreatif, dan
kritis.

NAMA
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas
Parlimen.

Bahasa Melayu Ala

FORMAT
1 Satu pasukan bahas yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima orang
pembahas dari sekolah yang sama. Pertandingan akan dilaksanakan
secara timbal balik.
2 Pasukan yang mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan Kerajaan
akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.
3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut YAB Perdana
Menteri, manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut
akan disebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri
Keempat, dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak
pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang,

manakala empat orang lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan


disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga,
YB Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima.
4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti berikut :
1
3
5
8
5

KERAJAAN
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Ucapan penggulungan
Pertama/Kedua

PEMBANGKANG
2 Pertama
4 Kedua
6 Ketiga
Keempat
Kelima
7 Ucapan penggulungan
Pertama/Kedua

MASA
10 minit
10 minit
10 minit
1 minit
1 minit
4 minit

Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan akan hanya mengutarakan satu


hujah, manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan
mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak
mengutarakan hujah-hujah yang baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas
hujah pasukan lawan. Tugas pembahas keempat dan kelima adalah untuk
mencelah pembahas pihak lawan yang sedang berhujah. Masa yang diperuntukkan
untuk celahan ini maksimum satu minit sahaja dengan keizinan Yang Dipertua
Dewan Rakyat.

Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin Laluan.
Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan.
Pembahas boleh menerima dua izin laluan.

Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas kedua


daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai oleh
pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

KELAYAKAN
1

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid tingkatan satu hingga
tingkatan lima, sekolah-sekolah menengah harian yang berumur tidak melebihi 18
tahun pada tahun pertandingan tidak termasuk Maktab Rendah Sains Mara dan
Sekolah Berasrama Penuh.

Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan untuk pertandingan


tersebut.

Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh muridr yang sedang belajar di sekolah
tersebut.

PENGHAKIMAN
1

Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tiga atau
lima orang hakim. Lima orang hakim diwajibkan di peringkat kebangsaan.

Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum


perbahasan bermula.

Setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya seorang hakim bahas


bahasa Melayu ke pertandingan peringkat zon/daerah/ negeri.

Seseorang hakim tidak boleh mengadili pertandingan yang melibatkan sekolahnya


sendiri.

Kemenangan tidak diperoleh dengan cara pengiraan jumlah markah. Pasukan bahas
yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri) dipilih sebagai
pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk memilih pasukan yang
menang.

Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan merumuskan


borang keputusan dan menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan untuk
mengumumkan keputusan perbahasan.

Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik berdasarkan majoriti. Sekiranya


keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan menentukan pembahas terbaik.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

TATACARA PERBAHASAN
1

Pengendalian Perbahasan

Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya


dua minggu sebelum pertandingan.

Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan pihak kerajaan
dan pembangkang sebelum pertandingan.

Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang terlibat akan


dikuarantin di bilik persediaan masing-masing selama 15 minit pada pusingan awal
dan setengah jam pada pusingan seterusnya.

Hanya para peserta dalam pasukan itu yang dibenarkan berada di dalam bilik
persediaan. Pihak lain seperti guru penasihat / jurulatih / ahli keluarga / penyokong
dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan dikuarantinkan.

Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik kuarantin.

Pasukan bahas dikehendaki berada di bilik pertandingan / perbahasan lima minit


sebelum perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar.
Pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya.

Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar dari tempat
duduknya dan berada di tempat yang disediakan.
2

Peranan Yang Dipertua Dewan

Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan


memperkenalkan penjaga masa, panel hakim, dan pembahas-pembahas.

Yang Dipertua Dewan tidak dibenarkan membuat apa-apa komen tentang usul
perbahasan ataupun pembahas-pembahas yang sedang bertanding.

Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum
menjemput pembahas untuk berucap.

Yang Dipertua Dewan mempunyai kuasa untuk membenarkan celahan oleh


pembahas keempat dan kelima sepanjang sesi perbahasan. (Setiap pasukan hanya
dibenarkan membuat celahan sebanyak 2 (dua) kali sepanjang sesi perbahasan)

Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan pertandingan.


3

Peranan Penjaga Masa

Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa sepuluh minit diperuntukkan untuk


pembahas berhujah dan empat minit untuk ucapan penggulungan. Masa akan
diambil kira dari permulaan pembahas berhujah.

Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit ketiga) menandakan
bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin laluan dan celahan.
Pada minit kelapan (8:00s) loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa
untuk celahan dan izin laluan telah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali pada
minit kesepuluh sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berhujah telah
tamat.

Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa keduadua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukanpasukan tersebut membuat penggulungan.

Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng
amaran dan pada minit keempat loceng dibunyikan dua kali menandakan masa telah
tamat untuk pembahas.
4

Larangan
Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi
seseorang adalah dilarang.

Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah


dilarang sama sekali.

Peranan Pembahas
Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 10 Minit

Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi atau pentakrifan
terhadap usul yang dibentangkan dalam perbahasan tersebut.

Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan
usul yang dibentangkan.

Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi pihak Kerajaan dan
peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-menteri yang lain bagi mengukuhkan
pendirian pihak kerajaan.

Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan satu hujah dan
memberi huraian / fakta untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak
kerajaan.

Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk menegaskan pendirian pihak Kerajaan
bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima celahan
pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.
Pembahas Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang) 10 Minit
7

Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan


pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan
menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan
atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang
menolak definisi tersebut. Mereka boleh mengemukakan definisi
mengikut takrifan mereka.

Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah yang telah
dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas Pertama Kerajaan).

Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan pendirian pihak


pembangkang berhubung dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan
tersebut.

10

Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan strategi pihak


pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang-pembangkang
yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang.

11

Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan satu hujah dan
memberi huraian / fakta berdasarkan pendirian pihak pembangkang.

12

Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk menegaskan pendirian pihak


pembangkang dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

13

Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima
celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.
Pembahas Kedua Kerajaan (Menteri Kedua) 10 Minit

14

Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan
sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu yang telah diberikan oleh pihak
pembangkang atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak
definisi semula oleh pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi
penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum
ini.

15

Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua
Pembangkang.
8.5.16 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan
memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah
dibentangkan oleh pihak kerajaan.
8.5.17 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan
pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah
dibentangkan.
8.5.18 Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan
menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 10 Minit
8.5.19 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.
8.5.20 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.
8.5.21 Tugas
ketiga
Pembangkang
Kedua
adalah
untuk
mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk
menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak
pembangkang.

8.5.22 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk


menegaskan
pendirian
pihak
pembangkang
dalam
membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.
8.5.23 Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan
dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 10 Minit
8.5.24 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.
8.5.25 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas
yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

hujah

8.5.26 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang


telah dibawa oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian
pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.
8.5.27 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan
menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 10 Minit
8.5.28 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.
8.5.29 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.
8.5.30 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas
hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.
8.5.31 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk
memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang
dan menegaskan pendirian pihak pembangkang dalam
membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.
8.5.32 Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan
dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat
demikian.
8.6 PERANAN PENGGULUNG
Penggulung Pihak Pembangkang (Pembahas Pertama) - 4 Minit

8.6.1

Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk


membidas hujah / usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta
menyatakan kelemahan / kesilapan yang telah dilakukan oleh
pihak kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.

8.6.2

Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah


menggulung perbahasan bagi pihak pembangkang dan
membuat penegasan untuk menutup hujah pembangkang
dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh
kerajaan.

Penggulung Pihak Kerajaan (Pembahas Pertama) - 4 Minit


8.6.3
8.6.4

Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk


membidas hujah / usul dan fakta-fakta pihak pembangkang
dalam membahaskan usul tersebut.
Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung
perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan
untuk menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang
telah dibentangkan.

IZIN LALUAN
1

Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan dibenarkan memohon


untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada
pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk :

soalan;
kenyataan;
fakta;
ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang
diutarakan oleh pembahas.

Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat tentang
sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang
dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta
penjelasan dan menyoal pihak lawan.

Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan
haruslah padat dan bernas.

Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan
kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar
etika ini.
1

Etika Izin Laluan.

Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara


minit ketiga dan minit kelapan hujahan pembahas. Izin laluan
tidak boleh dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelapan
semasa pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan
untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap
untuk izin laluan.

Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat


tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa
memohon izin laluan. Perlakuan yang kasar dan biadab seperti
menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambailambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja
dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan
pengurangan markah.

Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus


dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan
budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah, dan mengejek pihak
lawan adalah dilarang.

Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri


dan menyebut Izin Laluan. Pembahas yang sedang berucap
tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan
kepadanya. Pembahas yang sedang berucap boleh:

Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang


hormat;
Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

Memohon dan Menerima Izin Laluan


1

Sepanjang perbahasan, seorang pembahas DIWAJIBKAN


memohon sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas
ini juga mesti menerima paling kurang dua kali izin laluan yang
ditujukan kepadanya.

9.5.2. Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh
pihak lawan tetap akan diberi markah izin laluan.
3

Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua kali


akan kehilangan markah isi dan strategi.

Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang


keemasan.

Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan


daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.

10

Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan


sebagai pembahas.

Kehilangan markah dalam isi adalah disebabkan pembahas


tidak memberi peluang kepada pihak lawan.
Kehilangan markah strategi adalah disebabkan pembahas
tidak menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut
menghadapi cabaran.

Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu


berdebat secara spontan ataupun terikat pada teks
perbahasannya dengan menilai daripada penglibatannya dalam
izin laluan.

CELAHAN
1

Celahan hanya boleh dilakukan oleh pembahas keempat dan kelima


kedua-dua pihak.

Celahan hanya boleh dilakukan antara minit ketiga hingga minit


kelapan pembahas pertama, kedua dan ketiga bagi kedua-dua
pasukan sedang berhujah sahaja.

Masa celahan hanyalah satu minit sahaja.


4

Celahan mestilah dalam bentuk hujah bagi mempertahankan


pendirian pasukan, memberi penjelasan, membetulkan fakta dan
bukan dalam bentuk soalan atau memohon penjelasan.

Sekiranya pembahas keempat dan kelima tidak mencelah, pasukan


tersebut akan kehilangan markah kerjasama sepasukan

AM

Celahan mesti mendapat izin Yang Dipertua Dewan.


7

Yang Dipertua Dewan berhak menangguhkan sementara celahan


untuk memberi peluang pihak lawan meneruskan perbahasan.

Sekiranya timbul masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kes


kecemasan, peserta pasukan hanya tinggal 3 atau 4 orang peserta
sahaja. Maka YB keempat terpaksa mengambil bahagian dalam
celahan sepanjang pertandingan berlangsung. Jika gagal memainkan
peranan tersebut markah keseluruhan pasukan hendaklah ditolak.

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia

RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN


BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH
1 Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut :
i
ii
iii
iv

ISI
STRATEGI
GAYA
BAHASA

2 ISI
1.1.1

Hakim harus menilai isi daripada segi hujah yang


disampaikan dan bukannya gaya penyampaian hujah.
Hakim sewajarnya menilai ketepatan dan kemantapan
hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas
berkata-kata.

1.1.2

Penilaian terhadap isi juga termasuk daripada segi


ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati
menilai isi mengikut tahap kemampuan murid sekolah
menengah.

Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan serta


ketepatan hujah dan bukannya kebolehan pasukan lawan
membidas hujah yang diberi.

1.1.4

Jika hujah yang dikemukakan oleh sesebuah pasukan


adalah lemah, dan hujah tersebut tidak dapat dibidas
oleh pihak lawan, pihak lawan tersebut telah melakukan
kesilapan kerana tidak mengambil kesempatan
membidas hujah yang lemah tersebut. Namun begitu,
bidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan
berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh
sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada
membidas perkara-perkara yang lebih penting.

1.1.5

Hakim harus mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh


kepercayaan, prejudis atau pengetahuan sedia ada
masing-masing.

STRATEGI
Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Strategi
konsep:

meliputi dua

i
Struktur dan tempoh masa penghujahan .
ii Pemahaman pembahas tentang isu perbahasan.
1

Struktur
Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan,
huraian, dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan
diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju
pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan
menunjukkan kesinambungan. Oleh itu, gaya penyampaian
hujah merupakan salah satu komponen strategi.

Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua


aspek berkenaan dengan hal ini :
i
ii

Berhujah dalam had masa yang dibenarkan.


Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu
penghujahan.

Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang


lebih penting. Secara umumnya adalah lebih baik jika
pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan
isu / hujah. Hal ini kerana, adalah lebih logik untuk
menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak
pendirian pembahas pula.

Oleh itu, hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan


kemantapan penghujahan sahaja, tetapi juga harus
mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu.

Pemahaman tentang isu


Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam
perbahasan. Membazir masa jika persoalan yang penting
tidak dibidas. Pembahas tidak akan mendapat markah yang
tinggi dalam bahagian strategi, sekiranya pembahas tidak
memahami isu penting dalam perbahasan itu. Sebaliknya,
pembahas yang memahami isu yang dibahaskan dan dapat

membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi


dalam bahagian strategi.
7

Hakim mesti memahami perbezaan antara strategi dan isi.


Bayangkan dalam sesuatu situasi, seorang pembahas yang
cuba membidas isu / hujah akan mendapat markah yang
rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Walau
bagaimanapun pembahas itu akan mendapat markah agak
baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah tersebut.

GAYA

Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya


yang keterlaluan.

Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:

sebutan
4
bahasa gerak badan
Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara penghujahan
yang berbeza oleh pembahas.
1.3.3 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak
seharusnya didenda kecuali jika pembahas ternyata
membaca daripada nota.
1.3.4 Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya tutur dan
kepantasan penyampaian hujah dan markah hanya boleh
dipotong jikalau gaya perbahasan melampaui batas.

BAHASA
1.4.1

Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:

iii
Gaya bahasa
ivStruktur ayat
v
Tatabahasa
1.4.2

Hal ini juga termasuk:

i
ii
iii
iv

sebutan baku
kelancaran
nada
intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Oleh itu, hakim


perlu memastikan bahawa
pembahas berhujah dengan
menggunakan sebutan baku serta struktur tatabahasa yang
betul.
1.4.3 Penggunaan gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan
kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat mengikuti situasi,
sewajarnya diberikan markah yang tinggi dalam bahagian
bahasa.
2.0

3.0

BIDASAN
2.1

Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan membidas


contoh. Misalnya, pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi
contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap.
Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh
kerana itulah kehendak perbahasan.

2.2

Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi


menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas
daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk
mematahkan kesemua contoh yang diberi maka pembahas
tidak perlu membidas setiap contoh.

PENGGULUNGAN
3.1

4.0

Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pasukan


pembahas tentang isu yang dibahaskan. Oleh itu, pembahas
sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing
dalam perbahasan tersebut.

IZIN LALUAN
4.1

Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan sepanjang


seseorang pembahas menyampaikan hujahnya. Pembahas itu
boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jika izin laluan itu
diterima, pihak lawan boleh membetulkan maklumat perbahasan
itu atau menanyakan soalan tentang isu yang sedang
diutarakan dalam perbahasan itu.

4.2

Dengan adanya izin laluan, bermakna setiap pembahas akan


mengambil bahagian dari awal hingga akhir perbahasan
dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masingmasing.

4.3

Pembahas seharusnya memainkan peranan dalam memberi


pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak

diterima, tetapi sekurang-kurangnya hal ini menunjukkan


pembahas itu mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri
dalam perbahasan itu. Malah pembahas yang tidak memberi /
menerima izin laluan akan mendapat markah yang rendah
dalam bahagian isi dan strategi.

5.0

CELAHAN
5.1

Celahan boleh dilakukan oleh pihak lawan (pembahas keempat


dan kelima sahaja) sepanjang seseorang pembahas
menyampaikan hujahnya. Pembahas itu wajib menerima
celahan dan boleh memberi penjelasan semula tentang isu
yang dikemukakan.

5.2

Pembahas keempat dan kelima hanya boleh mencelah ketika


pembahas sedang berhujah.

5.3

Sekiranya pembahas keempat atau kelima tidak mencelah,


akan menjejaskan markah kerjasama sepasukan.

SISTEM PEMARKAHAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0

HUJAHAN (JUMLAH = 110 MARKAH) MASA 8 MINIT

Setiap pembahas akan diberi markah mengikut pembahagian


berikut:
(a) Isi
(b) Strategi
(c) Gaya
(d) Bahasa
(e) Kerjasama

=
=
=
=
=

30 markah
30 markah
20 markah
20 markah
10 markah

GARIS PANDUAN / SKALA PEMBERIAN MARKAH (ANGGARAN)


N
O
1
2
3
4
5

MUTU/TAHAP ISI
(30
)
Cemerlang
2630
Sangat baik
21

25
Baik
16

20
Sederhana
11

15
Lemah
6
10
1.2

STRATEGI GAYA
(30)
(20)
26 30
21 25

18
20
15
-17

BAHAS
A
(20)
18 20

KERJASAM
A
(10)
8-10

JUMLA
H
(110)
96 110

15 17

6-7

78 95

12 14

4-5

64 -77

16 20

12
14

11 15

9 11 9 -11

2-3

42 63

6 10

68

0-1

24 41

68

PERTIMBANGAN PEMARKAHAN
1.2.1 ISI
1.2.1.1 Nilai isi dari segi hujah/fakta kes yang disampaikan
berdasarkan:
ketetapan hujah
kemantapan hujah
1.2.1.2 Nilaian ini juga termasuk ketepatan dan kemantapan
bidasan.
1.2.1.3 Elakkan
daripada
terpengaruh
dengan
gaya
penyampaian hujah.
1.2.1.4 Tugas hakim adalah menilai ketepatan dan kemantapan
hujah dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh
membidas hujah yang diberi. Begitulah sebaliknya.
Contohnya :
USUL : Pengambilan Pekerja Asing Perlu Diteruskan Di
Malaysia

Hujah Pembangkang: Pekerja asing telah menimbulkan


pelbagai masalah sosial.
Masalah jenayah - perogol bersiri
- pembunuh upahan
- rompakan
Mengganggu ketenteraman masyarakat
- ganggu gadis
- amalan dan tingkah laku
Masalah setinggan
Amalan dan tingkah laku menjadi ikutan para
remaja
1.2.1.5 Jika hujah yang diberikan adalah lemah daripada segi
ketepatan dan kemantapan dan hujah itu tidak dibidas.
Justeru, pihak yang tidak membidas hujah tersebut
telah melakukan kesilapan yang lebih serius berbanding
dengan pihak yang menyampaikan hujah yang lemah
itu kerana gagal mengambil kesempatan membidas
hujah yang lemah itu.
1.2.1.6 Bidasan yang dikemukakan hendaklah berdasarkan
hujah dan bukannya berdasarkan contoh. Perkaraperkara penting yang terlebih dahulu perlu dibidas.
1.2.1.7 Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh
kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam
sesuatu bidang.
1.2.1.8 Mutu soalan / jawapan izin laluan boleh mempengaruhi
markah isi.
9

Hakim hendaklah menilai penyampaian hujah/ isi


mengikut tahap kemampuan murid sekolah menengah.

1.2.2 STRATEGI
1.2.2.1

Strategi meliputi dua konsep :


i. struktur dan tempoh masa penghujahan.
ii. kefahaman pembahas tentang isu perbahasan.

1.2.2.2

Struktur
Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan,
huraian dan penutup yang jelas.
Semasa
penghujahan, kata kunci diberi sebagai panduan arah
tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan
ada kesinambungan.

1.2.2.3

Tempoh masa penghujahan terbahagi kepada dua


aspek:
i. Berhujah dalam masa yang dibenarkan.

ii. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk


aspek-aspek penghujahan.
1.2.2.4

Susunan isi perlu dititikberatkan. Isi-isi yang penting


perlu didahulukan dan diikuti isi yang kurang penting.

1.2.2.5

Daripada segi strategi, adalah lebih wajar pembahas


mengemukakan bidasannya sebelum menyatakan
hujah/ fakta.

1.2.2.6

Hakim perlu mengambil kira ketepatan masa dan


keutamaan isu ketika mempertimbangkan markah
strategi.

1.2.2.7

Pemahaman tentang isu.


Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam
perbahasan.
Persoalan penting perlu dibidas.
Pembahas yang tidak memahami isu penting dalam
perbahasan tidak akan mendapat markah yang tinggi
dalam bahagian strategi. Sebaliknya, pembahas yang
memahami isu yang dibahaskan dan dapat membidas
dengan baik akan mendapat markah yang tinggi
dalam bahagian strategi.

1.2.2.8

Penglibatan pembahas dalam memberi/ menerima


izin laluan juga perlu dinilai dalam bahagian strategi.

1.2.2.9

Hakim mesti dapat membezakan antara strategi dan


isu. Bayangkan dalam satu situasi, seorang
pembahas cuba membidas isu akan mendapat
markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya
lemah. Walau bagaimanapun, pembahas itu akan
mendapat markah agak baik untuk strategi kerana
dapat membidas hujah yang diutarakan oleh pihak
lawan.

1.2.3 GAYA
1
i

Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu:daripada segi sebutan suara yang jelas.
- bahasa gerak badan
- dipelbagaikan
- bersesuaian dengan pengucapan yang dilafazkan.
Penggunaan nota dan kod nota dibenarkan dan tidak
harus didenda kecuali jika pembahas ternyata terlalu
banyak bergantung pada nota atau membaca daripada
nota.

Hakim dinasihati agar bertoleransi tentang gaya bertutur


dan kepantasan.

Hakim dinasihati menitikberatkan cara berhujah yang


berbeza oleh para pembahas.

Gaya yang berjaya menarik / memikat hati penonton


perlu diberi pertimbangan.

Markah hanya dipotong jika gaya pembahas agak


keterlaluan atau melampaui batas.

1.2.4 BAHASA
1.2.4.1

Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:


i. gaya bahasa
ii. struktur ayat
iii. tatabahasa

1.2.4.2

Aspek bahasa yang lain termasuklah:


i.
ii.
iii.
iv.

sebutan (baku)
kelancaran
nada
intonasi

Penggunaan sebutan baku diwajibkan. Hakim perlu


memastikan bahawa pembahas berhujah dengan
menggunakan sebutan serta struktur ayat yang betul.
1.2.4.3

2.0

Gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan


bahasa kiasan, peribahasa dan seumpamanya tepat
mengikut situasi dan isi, sewajarnya diberi markah
tinggi dalam bahagian bahasa.

UCAPAN PENGGULUNGAN (JUMLAH = 50) MASA = 4 MINIT


2.1

Markah diberi mengikut pembahagian berikut:


a.
Isi
=
15 markah
b.
Strategi
=
15 markah
c.
Gaya
=
10 markah
d.
Bahasa
=
10 markah
-------------------------------------------------Jumlah
50 markah
==============================

2 Garis Panduan / Skala Pemberian Markah (Anggaran)


N
O

MUTU/TAHAP ISI
(15)

1
2
3
4
5

Cemerlang
Sangat baik
Baik
Sederhana
Lemah

2.3

14 15
12 13
10 11
89
6 -7

STRATE
GI
(15)
14 15
12 13
10 -11
89
6 -7

GAYA
(10)

BAHA
SA
(10)
9 10 9 10
78
78
56
56
4
4
3
3

JUMLAH
(50)
46 50
38 42
30 35
24 29
18

PERTIMBANGAN PEMARKAHAN
2.3.1 ISI

2.3.1.1

Isi dinilai daripada aspek:


i. Kemampuan pembahas merumus dan
hujah
pihak lawan.
ii. Kemampuan
pembahas
menggulung
dan
menegaskan hujah pasukan.

2.3.1.2

Ketepatan
dan
kemantapan
bidasan
dan
penggulungan yang dibentangkan oleh pembahas
mempengaruhi markah isi.

2.3.1.3

Gaya penyampaian tidak mempengaruhi markah isi.

STRATEGI
1 Peruntukan masa yang secukupnya (seimbang) bagi
tujuan membidas dan menggulung kes pasukan
mempengaruhi markah strategi.
2 Pembahas perlu mendahulukan bidasan dan diikuti
dengan penggulungan.
3 Bidasan biasanya didahului dengan rumusan hujah
pihak lawan.
4 Keutamaan isu semasa membidas dan menggulung
perlu diambil kira oleh hakim.

***

Perkara-perkara di atas adalah antara asas pemberian


markah strategi semasa sesi penggulungan.

2.3.2 GAYA / BAHASA


2.3.2.1

Rujuk
pertimbangan
penghujahan.

pemarkahan

bahagian

BENTUK PERTANDINGAN
Pertandingan Peringkat Kebangsaan dilaksanakan secara timbal balik,
yang menemukan pemenang antara dua kumpulan dalam satu pertandingan
bermula pada peringkat kedua. Walau bagaimanapun, pada pertandingan
peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan kalah dan menang
dibenarkan seperti rajah berikut:
P1
CARTA PERTANDINGAN

K1
M9

P9

Negeri 1
Negeri 2

M1

P2
Negeri 3
Negeri 4

P10 M10

M2
M17
P17
K3
M11

P11

M21
M4
P21
K5
K21

M13
P13
M6
M19

P 23
Ke-3 / Ke-4

P19

K2
P3
Negeri 5
Negeri 6
P4
Negeri 7
Negeri 8

P18
M3
P12 M12
M22
K4

P5
Negeri 9
Negeri P14
10
P6
Negeri 11
Negeri 12

P22
M5
M14

M8

P 24 ( Akhir)
Johan / Naib Johan

P20
M7

P7
Negeri 13P16
Negeri 14
P8
Negeri 15
Negeri 16

K22

K6

K7
M15 P15

M18

M16
K8

M20

P = Perlawanan
M = Menang
K = Kalah

Anda mungkin juga menyukai