Anda di halaman 1dari 2

1001 cabaran guru

pendidikan khas
KOTA KINABALU 21 Jan. Sayalah
Ultraman Gaia cikgu, kata seorang pelajar
dengan begitu bersungguh-sungguh sambil
melakukan aksi watak adiwira kartun itu
sebaik sahaja tiba ke sekolah hari ini.

SEORANG guru memberi tunjuk ajar cara yang betul bermain


permainan khas kepada beberapa pelajar OKU semasa belajar
di kelas Pendidikan Khas di SMK Kolombong, baru-baru ini.

Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif itu merupakan salah seorang pelajar
pendidikan khas yang sering meluru masuk ke bilik Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong, Alizah Abdul Malek tidak kira masa.
Alizah bagaimanapun secara spontan terus melayan kerenah pelajar berkenaan tanpa
sedikit pun menunjukkan rasa marah malah memujuknya masuk ke dalam kelas.
Ya.. Cikgu tahu kamu Ultraman Gaia, tetapi sekarang waktu kamu belajar, jadi kamu
kena masuk dalam kelas, pujuk Alizah dengan lembut.
Itulah antara cabaran yang harus dilalui oleh guru pendidikan khas yang pastinya
memerlukan kesabaran yang tinggi dan menurutnya, tugas itu sebenarnya begitu unik
dan menarik malah tidak terhad kepada di dalam kelas semata-mata.
Saya bukan sahaja mengajar di sekolah, malah saya pernah diminta oleh ibu bapa
pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah.
Alhamdulillah selepas dia mendengar suara saya murid berkenaan bangun dan
kemudiannya tidak berapa lama dia datang ke sekolah dan mengucapkan selamat pagi
kepada saya, cerita Alizah sambil tersenyum.
Beliau yang berpengalaman sebagai guru biasa sebelum ini memberitahu, tugas
mengajar pelajar pendidikan khas ini amat berbeza dan lebih mencabar.
Alizah memberitahu, secara kesimpulannya tugas guru pendidikan khas ini sebenarnya
mempunyai 1,001 macam cerita.
Katanya, selain berhadapan pelbagai tingkah laku pelajar mereka juga berhadapan
tindakan agresif sesetengah pelajar yang perlu ditangani dengan baik.
Ada pelajar yang terlalu aktif pernah hilang menyebabkan guru-guru terpaksa
mencari hingga ke bandar Inanam.
Ada juga yang memanjat pokok dan kita terpaksa memujuk supaya pelajar berkenaan
turun dengan selamat, katanya.
Tambah beliau, menjadi guru pendidikan khas juga memerlukan setiap guru melayani
kerenah pelajar dengan penuh berhemah.
Katanya, kaedah memujuk adalah cara terbaik berbanding memarahi pelajar yang boleh
menyebabkan mereka bertindak agresif.

Dalam pada itu, seorang lagi guru, Donny Chin berkata, mendidik pelajar kelas
pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif
dan kritis dalam pembelajaran.
Katanya, ini kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas
memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.
Selain itu kita kadangkala perlu berhadapan sikap sesetengah ibu bapa yang menaruh
harapan yang begitu tinggi terhadap guru untuk mengubah anak-anak mereka.
Kita tahu had anak mereka bagaimanapun kita mencuba sedaya upaya memberi yang
terbaik, ujarnya.
Sementara itu, seorang ibu, Dayang Kianhing, 40, berkata, prestasi yang ditunjukkan
anaknya selepas mengikuti program ini amat memberangsangkan.
Malah katanya anaknya yang menghadapi masalah hiperaktif dan pertuturan juga telah
menunjukkan minat belajar setelah dihantar ke SMK Kolombong.
Saya lihat anak saya kini bukan sahaja boleh mengurus diri tetapi sudah pandai
menghafal surah al-Fatihah dan bersolat.
Saya juga bersyukur kerana anak saya lebih berminat ke sekolah berbanding sebelum
ini semasa bersekolah di Labuan dan Sandakan, ujarnya.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0122&pub=utusan_malaysia&sec=Sabah_
%26_Sarawak&pg=wb_02.htm&arc=hive

Anda mungkin juga menyukai