Anda di halaman 1dari 15

Warisan : Lagu Rakyat

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni irama dan lagu
yang amat menggamitkan nostalgia. Kini di Wikipedia bahasa Melayu bertindak untuk
mengetengahkan lagu-lagu rakyat yang terkenal yang acap kali diperdendangkan di
Alam Melayu. Lagu-lagu rakyat ini mungkin mengalami sedikit asimilasi dari segi
aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan lagu bersama dengan alat muzik serta
cara penyampaiannya yang dipelbagaikan. Hal ini berlaku disebabkan perkembangan
lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu yang telah tersebar luas merentasi samudera
dan pelbagai negara yang dipenuhi pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu
rakyat disini tidak seharusnya dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud,
hanya sesebuah negara asal dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak
menjadi pemilik lagu tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut pandang yang positif,
lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan
diperkayai maksud tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia
dapat mengetahui bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun
yang besar di Alam Melayu.
Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu
kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia,
Malaysia, Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau terpencil di Nusantara
sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya
lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan

ataupun senario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyikan
semasa bermain, mendodikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga
semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu rakyat juga dilihat amat suka didendangkan
secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

Ala Canggung
Antara lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini adalah:
Ala Canggung
Ambil Madu Lebah
Anak Ayam (lagu rakyat)
Anak Itik Tok Wi
Anak Ondeng (a.k.a Lagu Lembu Patah Tanduk)
Ayam den lapeh
Bapaku Pulang dari Kota
Burung Kakak Tua (lagu rakyat)
Can Mali Can
Dadong
Geylang Si Paku Geylang
Hello Hello (lagu rakyat)
Hijau (lagu rakyat)
Inang rodat

Jambatan Tamparuli
Joget Tari Lenggang (a.k.a Joget Pahang)
Jong Jong Inai
Kenek Kenek Odeng
Ketipang Payung
Kurik Kundi
Lemak manis (lagu rakyat)
Lenggang Kangkung
Tepuk Amai-Amai
Menghilir di Sungai Pahang
Pak Ketipak Ketipung
Pak Pung Pak Mustafe
Puteri Santubong
Rasa Sayang
Tepuk Amai-Amai
Trek Tek Tek
Tualang Tiga
Ulek mayang

Mengembali populariti lagu rakyat


Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

IPOH 3 Ogos - Dendangan bait-bait lagu rakyat yang tak lekang dek panas dan tak lapuk
dek hujan begitu mudah untuk diikuti meskipun baru pertama kali didengari.
Apatah lagi lagu-lagu seperti Tepuk Amai-Amai, Jong-Jong Inai, Rasa Sayang serta
Lagu Tiga Kupang yang disulami rentak gubahan puisi itu sangat popular dan digemari
masyarakat tradisional untuk menghibur hati.
Lagu rakyat yang lazimnya diperturunkan secara lisan dari generasi terdahulu ini secara
tidak langsung mempunyai nilai didikan tersirat yang turut diselitkan dalam pelbagai
variasi.
Diiringi dengan alatan muzik seperti rebana, serunai mahupun gamelan, lirik lagunya
yang menjalinkan kombinasi perkataan gandaan, imbuhan mahupun akronim
membentuk sebuah irama yang cukup indah.
Bukan sahaja untuk menzahirkan emosi, intipati lagu-lagu rakyat antara lain turut
diadunkan dengan nilai-nilai keagamaan, jenaka, nasihat, kasih-berkasihan termasuk
longat negeri.
Ia sekali gus mencerminkan budaya masyarakat setempat yang ditonjolkan melalui
penceritaan secara kiasan meskipun tidak menggambarkannya dengan penuh
deskriptif.
Hakikatnya, lagu rakyat melambangkan kekayaan pemikiran dan seni budaya bangsa.
Di Perlis misalnya, antara lagu-lagu rakyat yang dikenali termasuklah Hadrah,
Canggung, Berendoi dan Beduan.

Menyedari kepentingan menjulang kembali lagu-lagu rakyat terutamanya dalam


kalangan generasi muda, Jabatan Pengajian Politeknik menganjurkan Festival
Kebudayaan dan Warisan Politeknik Malaysia (FKWPM) baru-baru ini.
Diadakan buat julung kalinya pada tahun ini, ia disertai oleh 27 buah politeknik di
seluruh negara dalam festival yang berlangsung selama tiga hari.
Setiausaha Kerja festival tersebut, Hafidzah Ahmad Abas berkata, pemilihan
pertandingan lagu rakyat sebagai salah satu fokus utama FKWPM adalah bagi
memperkenalkannya kepada generasi muda.
Menurut Hafidzah, lagu rakyat yang mempunyai mesej dan nilai-nilai murni dalam
konteks kemasyarakatan wajar diteruskan demi kelangsungan budaya selain mampu
memupuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar.
"Pertandingan lagu rakyat yang disertai oleh 12 politeknik ini berupaya memupuk
permuafakatan dalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum dan agama.
"Selain itu, ia juga secara tidak langsung mampu meningkatkan semangat patriotisme
dengan hanya mengikuti irama dan rentak yang cukup menghiburkan," katanya kepada
Utusan Malaysia baru-baru ini.
Festival tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Temenggor, Datuk
Hasbullah Osman dan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Md.
Nor Yusof.
Dalam pada itu, Hafizdah yang juga merupakan Pegawai Kebudayaan di Politeknik
Ungku Omar (PUO) Ipoh berkata, antara kriteria utama pertandingan yang dinilai
termasuklah penghayatan persembahan bersama interaksi bersama penonton.
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang yang berjaya menonjolkan pembawaan mesej
melalui persembahan kreativiti dengan gaya tersendiri muncul sebagai juara
pertandingan lagu rakyat tersebut.

Tempat kedua dan ketiga pertandingan masing-masing dimenangi dua politeknik dari
Perak iaitu PUO dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang.
"Menariknya tentang pertandingan lagu rakyat ini ialah ia disertai oleh sekumpulan
enam pelajar daripada setiap politeknik melibatkan lelaki dan perempuan daripada
pelbagai kaum termasuk masyarakat orang asli," katanya.
Pada festival tersebut, Hafidzah berkata, selain lagu rakyat, pertandingan sukan rakyat
turut dianjurkan bagi memupuk silaturrahim dan semangat kerjasama antara pelajar
pelbagai kaum.
Menurutnya, antara permainan yang dipertandingkan termasuklah batu seremban,
sepak raga bulat, congkak, galah panjang serta seni pembuatan wau.
"Semua permainan yang dipilih merupakan permainan tradisional yang semakin
dilupakan lebih-lebih lagi apabila permainan dunia siber mula mendapat tempat di hati
generasi muda.
"Bagi memeriahkan festival, aktiviti lain yang turut dianjurkan termasuklah acara
memasak bubur lambuk, bazar jualan kraftangan, pameran warisan pengantin Melayu
dan India, pertandingan melukis, karaoke lagu warisan termasuk persembahan
kebudayaan." katanya.
Sumber : Utusan Online
Lemak Manis

Festival Puisi dan Lagu Rakyat


FESTIVAL Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2011 anjuran Kampung
Karyawan dan Institut Darul Ridzuan (IDR) akan diadakan di Hotel Puteri Bayu, Pasir
Bongak, Pulau Pangkor, pada 31 Disember dan 1 Januari ini.

Kampung Karyawan dalam kenyataannya berkata, festival yang bakal disempurnakan


oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu, akan menampilkan enam
makalah yang bertemakan Arah tuju Bahasa dan Sastera Melayu di Era Globalisasi.
Pemakalah yang terbabit ialah Pensyarah Universiti Negeri Surabaya, Prof Emeritus Dr
Budi Darma; Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Rahman
Napiah (Mana Sikana) dan Pengarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti
Malaya (UM), Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan. Turut membentangkan
makalah ialah Penerima Anugerah Penulisan SEA 1980, Datuk (Dr) Baharuddin Zainal
atau lebih dikenali sebagai Baha Zain; Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Aminudin Hashim
dan Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datuk Mohammad Nor
Khalid (Lat), katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.
Kenyataan itu berkata, festival yang mendapat kerjasama Institut Terjemahan Negara
Malaysia (ITNM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Penulis Nasional
Malaysia (PENA) itu, bakal menghimpunkan penyair dan karyawan tanah air serta
serantau termasuk dari Thailand, Indonesia, Singapura, Rusia dan Iran.
Antara yang membacakan puisi ialah Zambry; Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia
dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Ketua Pegawai Eksekutif
ITNM, Mohd Khair Ngadiron; Aminudin; dan Setiausaha Agung PENA, Syed Mohd
Zakir Syed Othman (SM Zakir).
Penyair dan penulis yang akan mendeklamasikan puisi ialah Dr Ahmad Razali Yusuf,
Khalid Salleh, Zaiton Ajamain, Marsli NO, Rahimidin Zahari, Shamsuddin Othman,
Salmiah Ismail, Onn Abdullah, Chai Loon Guan dan Rajeswari Seetha Raman, kata
kenyataan itu. Kenyataan itu berkata, festival berkenaan turut menampilkan Pemenang
Anugerah Penulisan SEA 2010 dari Thailand, Zakaria Amitya dan Suthep Khamheng,
selain Dr Victor Pogadev dari Russia; Norhasnah Adam (Singapura) serta Tarmizi
Rumah Hitam, Inggit Putria Marga dan Anwar Putra Bayu (Indonesia).
Persembahan sastera tradisional pula bakal dibuat oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd
Rosli Saludin yang menyampaikan teromba, manakala lagu rakyat pula dialunkan oleh

Aripin Said dan Yusop Najmi & Sutera, kata kenyataan itu.
Sumber : Berita Harian
Ulek Mayang

Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2012

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 3 akan berlangsung di Arena
Pangkor dan Pantai Pasir Bogak mulai 15 hingga 17 Disember 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Zainol Fadzi
Paharudin berkata, festival anjuran bersama Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Yayasan
Kampung Karyawan Malim (YKKM) akan melibatkan peserta yang lebih ramai
berbanding tahun lalu.
"Tema festival kali ini ialah Meningkatkan Harmoni Menerusi Seni dan menyasarkan
golongan ahli akademik, guru, penyair, sasterawan, aktivis seni, remaja sekolah,
penuntut IPT dan masyarakat setempat untuk sama-sama menjayakan program ini,''
katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.
Menurut beliau, antara penyair yang akan memeriahkan festival ini ialah Arbak
Othman, Ghaffar Ibrahim, Ismail Kasan, Johan Jaaffar, Victor Pogadev dan Zabidin
Ismail di samping persembahan lagu rakyat oleh Monoloque, Najwa Latiff, Couple,

Jimmy Pelikat, ASTAKA, Dewan Kesenian Binjai dan Grup Pemuisi Esastera.
Katanya, jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan juga mengambil
bahagian dalam pameran, antaranya K-Perak, MESCO, Legasi Mashdar, UiTM Sri
Iskandar, Polis DiRaja Malaysia (Perak), Yayasan Bina Upaya, Dewan Bahasa Pustaka
dan ESastera.
Zainol Fadzi berharap Festival kali ini akan menyatukan penggiat seni dan masyarakat
supaya dapat menaikkan kualiti seni di negara ini.
Sumber : Peraknews

Diam Pak Ngah diam berisi


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

PAK Ngah dan Mak Ngah bersama kumpulan Swatari yang dianggotai oleh kanak-kanak
yang masih lagi mencintai seni dan budaya bangsa.

BERBANDING sedekad yang lalu, nama Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali
sebagai Pak Ngah hari ini agak sunyi dan sepi.
Lagu-lagu ciptaannya tidak lagi berkumandang dan jarang sekali dimainkan di radioradio.
Lantas timbul satu persoalan yang mengatakan adakah kini Pak Ngah sudah tidak
berminat menghasilkan lagu-lagu tradisional?
Dulu nama Pak Ngah berada di puncak sehingga berjaya meletakkan namanya sebagai
antara komposer terbaik negara yang pernah dilahirkan.
Malah, tidak keterlaluan dikatakan industri muzik tempatan hari ini sudah semakin
suram dengan ketiadaan lagu-lagu tradisional yang cukup popular sedekad yang lalu.
Bukan itu sahaja, ada juga kata-kata nakal yang mengatakan Pak Ngah merajuk dengan
industri apabila muzik tradisional kini semakin jauh dipinggirkan dan tidak lagi
mendapat tempat seperti dahulu.
Bertemu dengannya di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini dan mengajukan
pertanyaan itu kepadanya, dengan pantas Pak Ngah meningkah dakwaan itu.
"Tidak lagi aktif mencipta lagu seperti dahulu bukanlah bermakna saya merajuk
mahupun berkecil hati," itu jawapan yang terpacul dari mulut pejuang muzik tradisional
ini pada pertemuan itu.
Sebaliknya, tumpuan beliau kini ialah mengurus dan mengendalikan acara-acara di
bawah syarikatnya, Pak Ngah Productions Sdn. Bhd., yang membuatkan beliau tidak
menang tangan.
"Ini bukan bermakna saya melupakan terus bidang penciptaan lagu. Sebaliknya, saya
kini hanya mengkhususkan kepada lagu-lagu kempen untuk kerajaan serta lagu
patriotik," kata Pak Ngah penuh ramah membuka bicaranya petang itu.

Sebut sahaja nama Pak Ngah, rasanya seantero negara kenal dengan figura tersohor ini
dan karya-karya agungnya itu.
Siapa yang dapat melupakan fenomena lagu Cindai, Balqis dan Nirmala yang
disenandungkan dengan indah oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Bukan itu sahaja, karya Pak Ngah juga cukup sinonim dengan Noraniza Idris apabila
Ratu Irama Tradisional itu membuat kemunculan semula pada tahun 1997 dengan
album pop tradisional, Ala Dondang.
Lagu-lagu ciptaannya yang mendapat sambutan serta menjadi siulan ramai adalah
seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Tinting, Hati Kama, Samrah Mentari, Yayadan,
Nazam Berkasih, Candak dan banyak lagi.
Kejayaan yang membanggakan sehingga tercetusnya satu evolusi apabila album duet
Noraniza dan Siti berjudul Seri Balas yang memuatkan lagu keramat, Hati Kama telah
diangkat sebagai Album Terbaik AIM 1999.
Sejarah juga telah tercipta apabila ia merupakan julung kalinya album berkonsepkan
tradisional dijulang dengan gelaran tertinggi dalam anugerah muzik penuh berprestij
itu.
Semua kenangan manis itu akan bersemadi dan terpahat indah dalam lipatan sejarah
bagi empunya diri.
Namun, jauh di sudut hatinya, Pak Ngah tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya
apabila muzik tradisional kini sudah semakin jauh ditinggalkan.
Apatah lagi lagu-lagu berkenaan juga sudah tidak lagi mendapat tempat di corongcorong radio popular berbanding sedekad yang lalu sewaktu lagu-lagu berkenaan mula
menjengah pasaran.

Tegas Pak Ngah, seharusnya radio memainkan peranan yang penting untuk terus
mengangkat lagu-lagu warisan bangsa lantaran pengaruh genre muzik itu sangat besar.
Berdasarkan analisis Pak Ngah, stesen radio tidak memberikan sokongan secara
menyeluruh untuk memelihara khazanah bangsa.
Justeru beliau berpendapat, apabila radio popular tidak lagi memutarkan lagu-lagu
tradisional, ia secara tidak langsung menyebabkan populariti lagu-lagu berkenaan
hilang sedikit demi sedikit.
"Memang mustahil untuk lagu-lagu ini akan berkembang kalau hanya mahu bergantung
kepada stesen-stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) sahaja. Bukan itu
sahaja, penerimaan terhadap lagu-lagu tradisional ini yang semakin berkurangan
membuatkan saya sedikit ralat.
"Tetapi, saya harus sedar ini adalah realiti yang harus saya terima dan ia bukanlah satu
halangan buat saya untuk terus berjuang dalam memartabatkan genre muzik ini," ujar
anak jati Kuala Lumpur ini meluahkan apa yang terbuku hatinya.
Sehubungan itu, untuk meneruskan kelangsungan usahanya memelihara lagu-lagu
Melayu, seniman yang berusia 51 tahun ini sedang dalam perancangan untuk
menerbitkan album mini Juara Bintang Klasik Nusantara 2007 kategori lelaki,
Mohammad Elfee Ismail yang merupakan anak kepada penyanyi veteran, R. Ismail.
Sememangnya, impak menerusi muzik yang dihasilkan Pak Ngah ternyata telah
membawa namanya bukan sahaja di seluruh nusantara tetapi juga ke seluruh dunia.
Siapa yang dapat lupa lagu Cindai dan Dikir Puteri yang berkumandang pada malam
penutup Sukan Komanwel 1998 yang disaksikan lebih 100 juta penonton di seluruh
dunia.
Perbualan semakin rancak tatkala Pak Ngah mengkhabarkan satu berita gembira yang
membuatkan dirinya rasa benar-benar dihargai hasil daripada kuasa dan penangan

muziknya.
Memandangkan nama dan pengaruh muzik Pak Ngah begitu besar di Indonesia,
rupanya ada pihak yang masih mempercayai kredibiliti dan kehebatan beliau dalam
menghasilkan muzik irama Malaysia.
Semuanya bermula daripada seorang promoter dari Indonesia yang berkunjung ke
Malaysia semata-mata mahu mencari Pak Ngah untuk sebuah projek rakaman album
seorang artis baru Indonesia.
"Namun, selepas menilai kemampuan artis itu saya tidak begitu yakin dia mampu
membawakan konsep tradisional dan etnik. Dia (promoter) menerima pandangan saya
dengan hati terbuka.
"Tetapi, tidak berapa lama selepas itu, dia kembali lagi menemui saya untuk projek yang
lain pula. Apabila melihat kesungguhannya yang datang dari jauh hanya mahu
menemui saya, akhirnya saya mengalah," ceritanya penuh bersungguh.
Lantas, Pak Ngah menganjurkan satu uji bakat di Jambi, Indonesia sekitar awal tahun
ini dan mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih daripada 50 orang.
Hasilnya, tiga orang telah disenarai pendek oleh Pak Ngah dan menyedari kekuatan
mereka akan terserlah seandainya digabungkan bersama, maka dengan itu tertubuh
kumpulan yang diberi nama Bidadari.
Album sulung Bidadari yang dianggotai oleh Puteri, Pipin dan Wulan itu sudah pun
dipasarkan oleh Warner Music Indonesia dan mendapat respons yang cukup positif
meskipun membawa konsep pop etnik.
Memuatkan 10 buah lagu yang merangkumi enam buah lagu Melayu klasik seperti
Penawar Rindu, Empat Dara dan Hari Ribut. Selebihnya adalah komposisi baru oleh
Raja Kobat dan dirinya sendiri iaitu lagu Silang Silik.

"Album ini sememangnya menepati cita rasa pendengar dan masyarakat Indonesia yang
kita tahu begitu banyak muzik etniknya. Saya begitu optimis dengan kemampuan
Bidadari dan genre yang dipertaruhkan mereka," ujar bapa kepada sepasang cahaya
mata ini lagi.
Namun satu yang pasti, Pak Ngah berkali-kali menegaskan, dia sesekali tidak akan
tunduk kepada kehendak ramai jika ada yang mahukannya memodenkan lagu-lagu
irama Malaysia.
"Cara saya bekerja adalah berbeza dengan komposer lain. Saya tetap menghormati cara
orang lain bekerja kerana masing-masing ada caranya," katanya ringkas.
Bagaimana pula dengan lagu Jelmakanlah Ayumu yang diciptanya untuk Siti dalam
album Lentera Timur di mana komposisi lagu berkenaan menampilkan sisi lain Pak
Ngah dengan apa yang pernah dicipta untuk Siti sebelum ini.
"Itu semua adalah kerana mengenangkan Siti sebagai seorang sahabat dan memenuhi
kehendaknya yang mahu menampilkan pembaharuan dalam album itu," ujarnya
tentang lagu tersebut yang dimuatkan dalam Album Terbaik AIM 2009 itu.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perkembangan terkini Swatari, Swara dan
Swakarya di bawah Pak Ngah Productions, tuan punya badan menjelaskan selama lapan
tahun beroperasi, sambutannya semakin menggalakkan.
Sehingga kini, Swatari memiliki 100 orang ahli di bawah pengawasan isterinya, Datin
Sharifah Mahani Syed Kassim atau lebih dikenali sebagai Mak Ngah serta mempunyai
10 orang tenaga pengajar di mana enam daripadanya adalah kanak-kanak.
Sementara itu, Swakarya yang merupakan pemuzik-pemuzik iringan di bawah pimpinan
Pak Ngah sendiri pula mempunyai bilangan ahli seramai 60 orang.
Swara yang sering menjadi penyanyi latar dalam majlis persembahan pula mempunyai
enam orang penyanyi latar tetap dan 60 orang jika untuk persembahan koir.

"Alhamdulillah, apa yang saya usahakan selama ini bersama isteri mendapat sambutan.
Saya bangga kerana masih lagi ada anak-anak muda zaman ini yang mahu melibatkan
diri dalam seni dan budaya warisan bangsa kita.
"Insya-Allah, dengan sokongan berterusan saya mahu melebarkan serta meluaskan lagi
legasi seni saya ini," ungkapnya penuh harapan.

Sumber : Utusan Online


http://mimbarkata.blogspot.com/2013/09/warisan-lagu-rakyat.html

Anda mungkin juga menyukai