Anda di halaman 1dari 43

Matapelajaran sejarah sekolah rendah 2014

Share on :

"Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah


rendah
seluruh
negara
pada
tahun
2014.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,
beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian
Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika
ini.
Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk
aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.
''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan
konsep seperti education is fun dengan pendekatan seperti kuiz,
lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.
''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami
dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita
selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guruguru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini." Utusan
24.10.2010.

Definisi Sejarah.
Kata Sejarah (History) yang kita gunakan pada sekarang bersumber
daripada perkataan Arab yaitu Syajaratun yang berarti Pohon. Dari sisi
lain, istilah history merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa
Yunani yakni Histories yang memberikan arti atau bermakna suatu
penyelidikan ataupun pengkajian.(Muhd. Yusof Ibrahim, 1986.)
Menurut Bapak Sejarah Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk
menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh,

masyarakat

dan

peradaban.(R.

Suntralingam,

1985)

Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahwa Sejarah


merupakan satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan
tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau
juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai
catatan,
rekod-rekod
atau
bukti-bukti
yang
konkrit.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan
tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.
Shefer juga berpendapat bahwa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu
dan benar-benar berterjadi. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba (1966),
cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lalu manusia dan
seputarnya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan
fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi
pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha
susulan
dalam
memahami
sejarah.
Sejarah dalam artian lain digunakan untuk mengetahui masa lampau
berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih yang berguna bagi
manusia dalam memperkaya pengetahuan agar kehidupan sekarang dan
yang akan datang menjadi lebih cerah. Dengan demikian akan timbul
sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok masyarakat
karena telah mempelajari Sejarah, hal ini dapat membentuk sikap
tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa
yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang
berguna. Pengertian Sejarah bisa dilihat dari tiga dimensi yaitu
epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu
dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa
secara teliti untuk menentukan apakah ia benar atau tidak. (R. G.
Collingwood,1966).

Konsep Sejarah.
Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai
semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi
mempertahankan negara tercinta. Bill Totten (1998) menjelaskan
patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak
ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang
boleh

berfungsi

dengan

baik

melainkan

semua

ahli

cintakan

negara. Patriotisme ialah "the more or less concious convictionof the

person that his own welfare and of that signifikant group he belongs to
are depended uponthe preservationn of the power and culture of his
society." (Doob, 1964). Secara ringkasnya semangat patriotisme berkait
rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi
politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa
asing. Semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang
bersatu padu dan harmoni.yang dibina , berdasarkan pengetahuan dan
pemahaman aspek-aspek sejarah negara. Setiap warganegara perlu
dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara
rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara,
seluruh rakyat dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara.
Tidak dinafikan sistem pendidikan di negara kita mendukung
semangat patriotisme. Buktinya Buku Panduan Pemupukan Patriotisme
Di Sekolah Rendah (Kementerian Pelajaran:1994) telah menetapkan
garis panduan agar nilai-nilai patriotime perlu diterapkan melalui
kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu, subjek-subjek seperti Bahasa
Melayu,

Bahasa

Cina,

Bahasa

Tamil,

Pendidikan

Moral,

Kajian

Tempatan dan lain-lain subjek sekolah rendah perlu menerapkan nilainilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui
kaedah penggabungjalinan. Begitu juga semasa aktiviti ko kurikulum. Di
peringkat sekolah menengah pula, penerapan nilai-nilai patriotisme
dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi ,Pendidikan
Islam dan lain-lain. Walaupun demikian, didapati bahawa tahap
penghayatan generasi muda akan semangat patriotisme agak rendah
malah amat mendukacitakan.
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada
pembentukan peradaban bangsa sekaligus kecintaan yang mendalam
kepada negara semakin dilupakan. Negara pernah menyaksikan detik
pahit apabila golongan tertentu di negara kita yang pernah menjual

maruah Malaysia di persada antarabangsa dengan insiden seperti


membakar Jalur Gemilang dan pengubahsuaian lirik lagu Negaraku
suatu ketika dahulu. Malahan pernah terpapar di dada- dada akhbar
tentang perilaku anak-anak Malaysia yang berada di luar negara
tergamak melempar kata-kata berupa nista yang memburukkan nama
negara. Alpanya mereka bertutur sesuatu yang menjejaskan imej dan
nama negara ibarat mengumpat ibunda mereka sendiri, tanah tumpah
darah mereka yang banyak berjasa pada mereka. Generasi muda
ini tidak mengenang jasa ibu pertiwi, seumpama kacang lupakan
kulit. Ini membuktikan tipisnya semangat patriotisme di kalangan
generasi muda kini. Generasi muda hari ini seolah telah lupa untuk
memelihara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat
pelbagai etnik dan kaum seperti yang diwarisi di Malaysia.
Biasanya, golongan remaja yang tidak menyedari kepentingan
sejarah silam tidak memiliki semangat patriotik. Maka kerajaan telah
memutuskan untuk menekankan betapa pentingnya metodologi subjek
sejarah melalui satu transformasi besar supaya pengajaran dan
pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekali gus berjaya
mendorong pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam
kehidupan manusia ini. Kita juga lupa tentang kesengsaraan dan
perjuangan

perit

generasi

terdahulu

kerana

kita

tidak

pernah

mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang


tidak mengetahui nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut,
Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai
lagi kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero
khayalan seperti Spiderman atau Superman yang lebih menyeronokkan
dan mengkhayalkan.

Peranan Sejarah Dalam Pendidikan

Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan


awal di peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting.
Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari
bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah serta Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke
arah

semangat

cinta

negara.

Usaha

sebegini

dapat

melahirkan

warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya


dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat
awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu,
membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang sama sejarah
memberi kita peluang menghayati dan memahami kerelevenan sejarah
dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk
semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan
ilmu sejarah.
Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam
Kurikulum

Standard

Sekolah

Rendah

(KSSR)

mulai

2014

akan

menerapkan unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan


bagi memastikan murid memahami serta menghayati sejarah negara
secara mendalam. Matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu
transformasi

pendidikan,

iaitu

proses

melakukan

satu

bentuk

perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang


melibatkan
peruntukan

perubahan
masa,

bentuk,

kaedah

organisasi,

pentaksiran,

kandungan,

bahan

dan

pedagogi,

pengurusan

kurikulum di sekolah.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi,
elemen sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah
rendah pada ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit.
Jadi, kita mahu menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah

dapat dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat, terutama


generasi muda.
Ketiga-tiga unsur terbabit akan diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek sejarah yang menggunakan konsep pendidikan itu
menyeronokkan membabitkan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke
tempat bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama bagi
mengelakkan murid sekolah rendah bosan ketika menghadapi pelajaran
serta dapat meningkatkan tahap pembelajaran di sekolah.
Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
murid-murid sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat
patriotisme.

Sejarah

dapat

menyemaikan

bibit-bibit

semangat

perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar. Ini sekaligus bagi


mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula
dari peringkat umur rendah.
Pelbagai unsur patriotisme beleh diselitkan dalam sukatan Sejarah
agar melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh
memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar.
Antara peranan yang dimainkan oleh subjek sejarah ialah sebagai
pemangkin kepada perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam
sesebuah negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum.

Hal ini

demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan sebuah


negara yang progresif dan maju. Pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa bulat air kerana pembentung, bulan manusia kerana muafakat.
Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan
penting untuk terus memupuk semangat perpaduan. Negara pernah
menyaksikan detik apabila perpaduan antara kaum telah dicemari oleh
insiden 13 Mei 1969. Oleh yang demikian, sebagai generasi yang akan
meneruskan legasi agenda perpaduan untuk generasi akan datang maka

wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan teruskan mengekalkan


bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama.
Pembelajaran

mata

pelajaran

Sejarah

dapat

meningkatkan

pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara. Sukatan Sejarah yang


cukup komprehensif izharnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar
bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah
sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara kaum
Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan
Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat
kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap
warganegara kerana sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si
Tenggang menderhakai ibunya. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran
Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh untuk
mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
Generasi muda hendaklah menghayati dan mengambil iktibar
daripada sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa
yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya
sesuatu yang buruk dapat dihindarkan. Sebagai contoh. tragedi 13 Mei
1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat
semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai
sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu remaja hari ini
hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius.
Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar
daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih
bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di
dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi, remaja mestilah
mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat
perpaduan yang jitu.

Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita membaca tentang


masalahperkaumandanperebutankuasayangberlaku antarapembesarpembesar
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah membuka pintu kepada penjejahan
imperialisimperialisBaratselama446tahun.Nasibrakyatperibumitidakterbeladan
mereka hidup merana. Oleh itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini tidak
menginginkanperistiwapahittersebutberulang.Merekaakanberdiri,berfikirdan
bertindaksebagaibangsaMalaysiadanbukannyamengikutetnikmasingmasing.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitu besar
harapan bangsa pada generasi muda hari ini. Maka adalah penting bagi
mereka mempelajari nilai-nilai patriotisme kerana mereka masih dalam
proses menuju dewasa. Patriotisme mengajar remaja mendisiplinkan
diri. Generasi berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi pembangunan
kepimpinan negra pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam
Saifuddin:2002). Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia maka kita tidak mudah dipengaruhi oleh unsurunsur asing yang mempamerkan budaya dan acuan lain luar dari ciriciri Malaysia.
Rata-rata generasi muda hari ini memiliki kehidupan yang serba
senang dan mudah di kalangan generasi muda masa kini adalah satu
faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat patriotisme di kalangan
mereka. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan ekonomi, kehadiran
berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran, aneka bentuk
hiburan, semua ini boleh melekakan dan mengalpakan generasi muda
daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan
bangsanya atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat
dan negara. Era globalisasi dan liberasi melihatkan ledakan maklumat
melalui kemajuan teknologi yang semakin hari semakin canggih. Apabila
remaja selesa menikmati kehidupan sebegini semangat patriotisme jelas
akan menipis.

Seterusnya Sejarah juga mengajar kita agar mengelakkan diri


daripada

mementingkan

diri

dan

bersikap

etnosentrisme. Sikap

etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri.


Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di
negara ini. Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1
Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah
pembentukan sebuah negara yang progresif. Remaja perlu menerima
segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang
terbuka. Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif
seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam
perlembagaan. Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa depan
negara

kabur

jika

generasi

pelapis

luntur

semangat

patriotiknya. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi


dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan
oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada
sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.
Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan
warisan negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini..
Melalui subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan
dan kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara.
Contohnya, melalui sejarah, penentangan yang berlaku di Bukit Kepong.
Para anggota polis telah bersusah payah untuk menentang pihak
komunis sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka.
Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang
mendalam para pelajar kepada tanah air sehingga menyebabkan mereka
bersemangat tinggi untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah
dikecapi.
Pembelajaran Sejarah bukan setakat kita memperoleh ilmu
tentang sejarah negara kita, malah berupaya memberi ikhtibar dan

pengajaran kepada kita agar menjadikan sejarah lampau yang melanda


negara tidak berulang kembali. Saya masih ingat kata-kata dari guru
Sejarah saya yang menyatakan Sejarah ini ibarat roda, ia sentiasa
berputar. Peristiwa yang lampau boleh berulang kembali. Jika kita
mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang sejarah yang telah berlaku,
setentunya kita berupaya mengubah sejarah yang bakal berlaku.
Pengertian ini bertunjangkan hasrat untuk mencapai status negara
maju. Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan
stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.
Negara yang bersatu padu hanya dapat dicapai dengan mempunyai
rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
MatapelajaranSejarahjugamembolehkankitamengetahuikebudayaandan
falsafahhiduprakyatmajmuk.KitamengetahuiasalusulpelbagaikaumdiMalaysia.
KitajugasedarbahawapembangunanMalaysiahasildaripadapengorbanantigakaum
utama.Denganitupersefahamanyanglebiheratdapatdipupuk.Sikaptoleransiantara
kaumdapatdiwujudkan.Semangatkekitaandapatdilahirkan.Prasangkaantarakaum
dapatdielakkan.Semuasikappositifiniharuslahdimilikiolehsetiaprakyatsekiranya
gagasanSatuMalaysiamencapaimatlamatnya.
Umum mengetahui bahawa subjek sejarah membolehkan kita
membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu
peristiwa, memahami sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan
perasaan jati diri yang tinggi, membentuk keperibadian bangsa,
menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti
demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta memajukan
negara dari segi ekonomi dan sosial.

Namun tidak dinafikan juga subjek sejarah juga mengingatkan kita agar
tidak mengulangi kesilapan masa lalu, merangka wawasan masa depan dengan
penuh

keyakinan,

berusaha

mempertahankan

kedaulatan

negara

dan

memajukan negara dalam semua bidang malah menjadi panduan dan iktibar
dalam hidup kita pada masa kini dan masa hadapan.
Ini seterusnya mengundang pelbagai soalan tentang kerelevanan
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sejarah khususnya di
peringkat sekolah terutama sekolah rendah.
Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah
adalah sebagai usaha menyemai kefahaman Sejarah di peringkat awal
bertujuan melahirkan generasi baharu yang mampu menilai dan
menghayati sejarah. Kandungan kurikulum yang dirangka bagi sekolah
rendah, menengah rendah dan menengah atas seharusnya memupuk
perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Fokus juga diberikan
kepada

pemahaman

menyeluruh

tentang

sejarah

negara

yang

merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis
iaitu mengikut susunan tahun. Dasar mewajibkan pelajar sekolah
memepelajari subjek sejarah adalah menepati kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek pelajar secara seimbang.
Walaupun demikian perlu diingat generasi muda bukan hanya
mempelajari semangat nilai-nilai patriotisme daripada subjek sejarah
yang di ajar secara fomal mengggunakan kurikulum sahaja. Kita tidak
mahu mereka hanya membaca dan menghafal untuk lulus peperiksaan
semata-mata yang akhirnya lupa dengan segera apa yang dihafal. Selain
mewajibkan kelulusan subjek Sejarah di peringkat peperiksaan sekolah,
ia juga perlu dipastikan agar dipelajari dan dihayati sepenuhnya oleh
anak-anak kita. Pembacaan sahaja tidak membuktikan individu tersebut
kenal

sejarah.

Pendidikan

secara

perlu dijalankansepanjang masa tanpa henti.

tidak

formal

Antaranya peranan ibu bapa .Ibu bapa boleh mengajak anak-anak


ke tempat bersejarah.Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati
ialah Kota 'A' Famosa di Melaka.Ibu bapa juga boleh menceritakan
tentang

kejatuhan

kerajaan

Melaka

dan

Portugis

membina

'A'

Famosa.Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah


bagaimana tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh
membelikan anak-anak buku,DVD dan sebagainya yang mengandungi
isu-isu berkaitan patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anakanak

sejak

kecil

rebungnya".Jelaslah

kerana
ibu

"melentur

bapa

buluh

merupakan

biarlah

dari

yang

kuat

orang

mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme.


Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai
seperti

ucapan,pidato,bahas

dan

sebagainya.Pada

bulan

kemerdekaan,guru boleh mengajak pelajar menyertai sambutan hari


kemerdekaan.Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian
lagu

patriotik,tayangan

sebagainya.Jelaslah,pihak

filem

berkaitan

sekolah

turut

semangat
sama

patriotik

berperanan

dan

untuk

menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sepanjang


tahun mereka berada di sekolah.
Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan
untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan
hendaklah

masyarakat.Dengan
menyiarkan

perkataan

rancangan

lain,televisyen

atau

program

dan
yang

radio
dapat

meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang


pejuang-pejuang kemerdekaan negara.Selain itu,media elektronik itu
juga hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan
drama-drama

yang

berkaitan

dengan

semangat

cinta

akan

negara.Jelaslah bahawa media massa juga seharusnya memainkan


peranan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan

masyarakat di negara kita. Stesen televisyen juga perlu mengadakan


forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang
memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti
tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Begitu juga menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
yang membolehkan remaja Malaysia berusia 18 tahun ditanam dengan
semangat patriotik Sementara Biro Tata Negara yang ditubuhkan pada
tahun 1974, dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan
kenegaraan

bagi

berterusan kepada

memupuk
semua

lapisan

semangat

patriotisme

masyarakat

termasuk

secara
anggota

komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota


pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah


negara penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang
tidak mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta
sejarah semata mata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal
menghayati, mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada
peristiwa yang berlaku. Kita perlu melahirkan generasi yang memahami sejarah
tempatan berpaksikan inisiatif untuk meningkatkan semangat cintakan negara
dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat memupuk perpaduan dan sinergi
kesinambungan semangat patriotisme generasi muda akan datang. Kita bimbang
tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak dapat menghayati apatah lagi
mendukung semangat gagasan 1Malaysia dan pentingnya perpaduan antara

kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan jati diri yang dipelajari
melalui ilmu sejarah.

[iii] Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

sebelum penjajahan - tradisional, tanpa sekolah,


fardhu ain, fardhu kifayah di surau sahaja
semasa penjajahan - sistem pendidikan formal
wujud
selepas merdeka - KLSR, KBSR, KSSR
matlamat KBSR mencapai matlamat perkembangan individu
secara menyeluruh mengikut mata pelajaran
matlamat KSSR melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis,
inovatif melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri,
kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.
matlamat BM dalam KBSR ialah melengkapi
murid-murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan
harian.
tujuan sesuatu kandungan kurikulum dibuat adalah
untuk perkembangan potensi murid dari aspek intelek,
sosial, emosi dan fizikal
matlamat akhir pendidikan anak anak melayu
mengikut
konsep
pendidikan
tradisional
ialah
kesejahteraan dan keharmonian

KSSR dalam Sains ialah menanamkan minat dan


mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman
dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan
nilai murni. Caranya ialah o
merancang aktiviti yang dapat meningkatkan
daya kreativiti murid
o
pendedahan
kepada
murid
tentang
kepentingan menjaga alam sekitar
o
merangsang sifat ingin tahu murid dan
mengembangkan minat tentang dunia sekeliling

Hasrat KSSR mengambil kira asas


o
model baru ekonomi
o
dasar pendidikan kebangsaan
o
empat tonggak pendidikan UNESCO

Tonggak
Pendidikan
UNESCO adalah
berdasarkan kepada;
I.
pelajar belajar untuk tahu
II.
belajar untuk membuat
III.
belajar untuk menjadi apa
IV.
belajar untuk hidup bersama

ASPEK DAN KELEBIHAN KSSR


1.0 PENGENALAN
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu
rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang
mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang
dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995),
kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan
untuk memandu guru mengajar kumpulan murid
tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan

kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata


pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata
pelajaran di sekolah.
Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum pula merupakan satu
program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan
kokurikulum
yang
merangkumi
semua
pengetahuan,
kemahiran,
norma,
nilai,
unsur
kebudayaan
dan
kepercayaan
untuk
membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk
menyampaikan
pengetahuan. Kurikulum
perlu
diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid
sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan
semasa.
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang
dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula
diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan
nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993,
Kurikulum
Bersepadu
Sekolah
Rendah
(KBSR)
diperkenalkan dan telah disemak semula pada tahun
2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan
seterusnya digubal semula menjadi Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) iaitu merupakan satu bentuk
perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia
ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah
yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun
2011 selaras
dengan
teras
kedua
Pelan
Induk
Pembangunan
Pendidikan
(PIPP) iaitu
untuk
membangunkan
modal
insan
yang
mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai

murni sepertimana yang dituntut oleh Yang Amat


Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung
UMNO 2006.
2.0 ASPEK-ASPEK TRANSFORMASI KSSR
Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada
pengubahsuaian
kurikulum
dilaksanakan
secara
berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Antara aspek transformasi KSSR adalah :
2.1 Komunikasi
Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang
digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama
ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan
kumpulan umur dan tahap kefahaman murid-murid
menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa
pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru
untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi
dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai
dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka
supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan
lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, muridmurid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran
dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku
satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan
murid.
Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan
kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka
membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa
banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh
dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu
perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan
produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar.
Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke
bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat

menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini


berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang
pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang
dibuat bagi menangani berbagai perkembangan
organisasi pembelajaran.
2.2 Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang
pelajar itu sendiri
seperti
penghayatan dalam
melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan
kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik
serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu.
Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi
Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan
Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana
ianya
akan
menyedarkan
murid-murid
tentang
kepentingan
dan
kelebihan
mempercayai
dan
mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak
yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti
nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat
berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu
yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati
dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan
masyarakat.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan
jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi
kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah
menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid
melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di
semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk
menguatkan hubungan sosial antara masyarakat
majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil
dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan
menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

2.3 Kemanusiaan
Aspek ini menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan
tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna
setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih
untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam
sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme
dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil
lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang
bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada
masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh,
biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah
lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru
ini bagi memastikan setiap individu menerima
pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan
tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan
perkembangan fizikal murid itu sendiri.
Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu
juga haruslah disemai supaya segala ilmu yang telah
dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilainilai murni dalam kehidupan seharian seorang murid
sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak,
seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat.
2.4 Keterampilan Diri
Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga
dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan
kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang
telah termaktub dalam aktiviti sekolah. Penglibatan
murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform
dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih
matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta
dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk
menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap
yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga
yang dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang
berkesan.
Seorang
pemimpin
haruslah
sentiasa
menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik
pada setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh
teladan kepada setiap orang yang dipimpin. Pemimpin
terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan
dan juga kehidupannya adalah Rasulullah, Nabi
Muhammad S.A.W. baginda menunjukkan ciri yang
terbaik dari segala aspek. Tiada cacat cela dalam segala
urusan kepimpinan, ketegasan, kelembutan dan
ketabahan baginda amat sempurna. Bagindalah contoh
utama yang diikuti oleh setiap sahabat. Baik Saidina Abu
Bakar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Umar
semuanya mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan
Rasulullah.
Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. Jika
diambil
kata-kata
sebegini,
semestinya
tiada
pertelingkahan yang berlaku. Sememangnya memimpin
dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu sama
lain. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai
keterampilan diri yang baik, sudah pasti dirinya akan
dihormati. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta
ikutan untuk generasi yang akan datang. Pemimpin itu
juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi
lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik
dan secara tidak langsung, orang di bawah tampuk
kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi
lebih baik.
2.5 Fizikal Dan Etestika
Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur
yang
mempunyai
tahap
daya
kreativiti
yang
menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka.
Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah

dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil


karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan
tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu
sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan
kesejahteraan diri. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah
amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan
kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat
melahirkan minda yang cerdas, badan cergas, otak
cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat penting
kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif
dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak
langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu
sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan
bepengetahuan luas serta jauh.
Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi juga amat penting dalam proses berlakunya
transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila
badan murid cergas dan sihat, otak dan pemikiran
mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan
berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan
tidak bermaya. Sekiranya otak mereka menjadi lebih
kreatif, secara tidak langsung kita juga akan dapat
mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan
dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi
oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar
sekolah.
2.6 Literasi Sains Dan Teknologi
Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik
serta
pengetahuan
dan
kemahiran
matematik
merupakan
pengetahuan
dan
kemahiran
yang
berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib
bagi
murid-murid
untuk
menguasainya
bagi
mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmuilmu
yang
lebih
luas
supaya
mereka
dapat

mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan


mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih
mencabar.
Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student
Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains
adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains
untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat
kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka
memahami serta membuat keputusan tentang alam dan
perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti
manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai
kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains
dalam rangka membuat perubahan alam untuk
memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya
sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka
peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam
meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains
dan teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi,
1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi
adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan
menggunakan konsep sains, menenal teknologi serta
kesannya, mampu mempergunakan produk teknologi
dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk
teknologi yang sederhana dan mampu mengambil
keputusan berdasarkan nilai.
3.1 Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa
Inggeris
Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada
zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui
pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran
(P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana
ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang
berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam

proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak


langsung,
ianya
juga
dapat
meningkatkan
penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam
subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat
kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan
telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan
Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris
selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI.
Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan
murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan
secara langsung dan biasa dengan penggunaan dua
bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran
mereka saban hari.Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan
menggantikan tetapi akan beriringan dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Saya berpendapat
bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar
dengan perubahan arus dan permodenan zaman. Kita
perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya
bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia
pasti akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Lebihlebih lagi pada zaman serba canggih ini, penggunaan
bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi
yang amat penting dalam setiap urusan seharian.
3.2 Penggunaan Portfolio
Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau
apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini
merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang
sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa
dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa

menilai perkembangan pembelajaran anak dengan


tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara
berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat
murid. Melalui pendekatan baru ini, ia membolehkan
guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi
standard prestasi yang berupaya menentukan tahap
penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu
hingga enam secara teratur.
Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud
murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu,
faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan
boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham
dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band
enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan
beradab mithali. Band satu merupakan peringkat paling
asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya
menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum
beralih ke band berikutnya. Hal ini juga memudahkan
dan memberi ruang kepada para guru untuk menyemak
rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan
setiap mereka dan cara-cara mengatasi kelemahan
mereka dengan cara yang berkesan. Hal ini dapat
diibaratkan seperti sesuatu perindustrian.
Sesebuah perindustrian biasanya akan ada satu standard yang
perlu dicapai. Sebagai contoh, dalam pembuatan kereta
Proton akan ada standard dalam pemasangan bahagianbahagian kereta yang perlu dicapai. Begitu juga dalam
KSSR
,
yang
mana
pihak
kementerian ingin
mewujudakan satu standard yang perlu pelajar dicapai
dalam sesi pembelajaran terutamanya dalam sudut
perkembangan murid-murid.
3.3 Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid

Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu,


proses penilaian KSSR amat mengambil kira kemahiran
insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid
dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini
dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa
berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk
menunjukkan prestasi yang terbaik di samping
meningkatkan
pencapaian
mereka. Mereka
akan
sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian
rakan-rakan yang lain. Mereka akan bersaing dengan
murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di
samping meningkatkan pencapaian mereka.
Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya
mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang
diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi,
mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai
panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan
kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap
sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka.
Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri
mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana
mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati
secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang
ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap
individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang
menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka
sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih
bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau
tugasan yang diberikan.
Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk
melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi
konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada
masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga
memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk

memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai


dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan
standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
3.4 Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu
melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan
bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju
adalah inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia
memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara
inovatif
dan
kreatif". Kenyataan
tersebut
menunjukkan
bahawakeupayaan
negara
untuk
bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini
memerlukan masyarakat yang berupaya berfikir secara
kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea
atau
penemuan-penemuan
baru supaya
berupaya
berada dibarisan hadapan dalam perlumbaan mengejar
kemajuan.
Maka dalam
usaha
untuk
"mengarusperdanakan"
inovasi tersebut
merentasi
semua lapisan masyarakat, usaha ini perlulah di
mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem
pendidikan.
Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam
pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi
pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang
biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan,
maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk
melakukan inovasi. Tetapi sekiranya pengajaran guru
berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka
pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunaka oleh
guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini
akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi
dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak
langsung menjadi "role model" untuk mendorong pelajar
melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila

seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga


akan meningkat. Ini akhirnya akan memungkinkan
seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar
dari kebiasaan.
Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif,
elemen kreativiti dan inovasi perlu diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya
proses pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih
dinamik dan menarik kepada pelajar. Sekiranya elemen
inovasi ini tidak diterapkan atau terjelma dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran sains, maka sudah tentu
pelajar akan mula hilang minat terhadap matapelajaran
tersebut. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah
kepada maklumat berikutan perkembangan pesat
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Pelajar kini lebih terbuka minda kerana mereka boleh mengakses
maklumat tanpa had. Dengan melalui enjen carian
"Google" misalnya, mereka boleh mendapat pelbagai
maklumat. Jika dalam kurikulum tidak ada elemen
kreativiti dan inovasi, mereka akan jemu untuk belajar.
Jika guru tidak menerapkan elemen inovasi dalam
pengajarannya dan mengekalkan cara pengajaran
tradisional
yang
membosankan
sudah
tentu
akhirnyapelajar akan hilang minat terhadap sains dan
melihat sains sebagai subjek yang kurang menarik.
3.5 Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat
Kepada Murid-Murid
Selain itu, melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan
kepada murid-murid seperti mata pelajaran sejarah,
ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan
semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak
langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta
dan setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan

kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila muridmurid diberi pendedahan awal tentang sejarah yang
berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi
individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan
tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa
berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian
dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga
dapat diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana
murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan diri
sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa,
agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang
dijalankan di sekolah.
Selain itu, murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga
Tahun 3 juga akan diajar mengenai pendidikan seks.
Pengarah
Bahagian
Pembangunan
Kurikulum,
Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata
pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi
subjek Pendidikan Kesihatan. Melalui subjek ini, muridmurid akan diberi pendedahan awal mengenai
perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan
kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah
laku
seksual
serta
masyarakat
dan
budaya.
Murid-murid akan menjadi lebih berhati-hati dalam
setiap pergaulan seharian mereka di sekolah mahupun
di luar kerana mereka sudah mengetahui sekiranya
berlaku pergaulan bebas, ia akan menyebabkan natijah
yang buruk dan akan mencemarkan maruah individu
tersebut. Secara tidak langsung juga, ianya menjadikan
mereka sentiasa berakhlak mulia dan menjaga peribadi
mereka untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.
Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek
berkenaan juga telah diberi kursus yang khusus

manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi


mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku.
3.6 Penggabungan Beberapa Mata Pelajaran
Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi,
ianya akan memberi pendedahan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau
`hands-on kepada murid-murid. Murid akan mempelajari
sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft
Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting.
Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai
subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada
murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari
segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang
teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam
sistem teknologi.
Tambahan pula, sains hayat berperanan untuk mendedahkan
murid-murid kepada pembelajaran objek hidup seperti
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada
disekeliling kita supaya murid-murid menjadi lebih akrab
dan dapat memahami alam persekitaran atau flora dan
fauna untuk memupuk semangat cinta kepada alam
sekitar flora dan fauna seterusnya dapat melatih muridmurid agar sentiasa memelihara dan memuluhara flora
dan fauna. Sains fizikal pula adalah berkaitan dengan
semua jenis deria kurniaan Illahi kepada kita dalam
kehidupan, dan sains bahan pula membabitkan teknologi
serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan
dan reka bentuk bercorak sebuah inovasi baru yang
membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti
seharian kita dalam zaman yang lebih mencabar ini.
Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan
kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi
kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan

menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat


membantu perkembangan minda murid-murid menjadi
lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea
yang bernas dan bijak.
3.7 Penggunaan Modul
Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dikesan melalui
aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah
menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul.
Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik.
Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan
boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul
dan secara tidak langsung, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini
kerana setiap guru ada pilihan untuk menggunakan
modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka
yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan
murid.
Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan
menggantikan penggunaan buku teks. Modul-modul ini
dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di
sekolah. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat
mengembangkan minda serta menajamkan fikiran
murid-murid menjadi lebih kreatif dan kritis dilaksanakan
seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya
tertumpu kepada penggunaan akal, tetapi ianya
melibatkan perbuatan yang aktif daripada pelajar. Muridmurid juga akan mudah untuk mempelajari dan
memahami
serta
mengingati
sesuatu
sekiranya
pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-aktiviti
amali dan praktikal. Ianya juga dapat menarik minat
murid untuk terus meminati sesi pembelajaran dan

sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu masalah yang


dihadapi dengan cara dan langkah yang terbaik.
Pengaplikasian KSSR ini juga banyak membantu memudahkan
perjalanan
dalam
pengajaran
guru-guru
dan
pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke
tahun-tahun seterusnya. Melalui cara seperti ini, para
murid tidak akan merasa tertekan dalam menjalani
proses pembelajaran di sekolah. Bahkan mereka
sentiasa berasa seronok dan tertarik dengan teknik
pengajaran guru-guru selain pendekatan yang lebih
mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan
peringkat umur kanak-kanak .
4.0 PENUTUP
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita
murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
dan
Dasar
Pendidikan
Kebangsaan
bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta
berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21.
Kejayaan
transformasi
kurikulum
memerlukan
komitmen
menyeluruh daripada
semua pihak termasuklah
pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu
bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana,
kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang
positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama.
Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan
menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan
kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi
cabaran semasa dan masa depan.

Semoga bermula dari tahun 2011 ini, industri pendidikan akan


menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang
pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan
contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang
beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang
unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara
pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab
dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa melentur buluh
biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan
dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan
setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang
sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan
fizikal mereka.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


Bagi cikgu kat sekolah, tajuk ni mungkin biasa aja. tapi bagi guru
pelatih di IPG ianya macam benda baru. Baru-baru ni
ramai pensyarah yang jumpa saya menyatakan bahawa
guru pelatih yang pergi praktikum macam tak tau apaapa pasal KSSR. Mereka kata takda pendedahan ke?
Ok...lah...sebagai info kepada anda semua, saya sertakan serba
sedikit maklumat tentang KSSr untuk bacaan anda...
Baca tau,nanti bila orang tanya jangan jawab macam tak bersalah
pulak,entah,saya tak tau....

Definisi Kurikulum

Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan


satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis
yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat
yang dihajati.
Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu
budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru
mengajar kumpulan murid tertentu.

Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum


sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran
di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di
sekolah
Definisi Standard
Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat
sebagai sesuatu yang dapat diterima (diiktiraf) dan
dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain
Keperluan Perubahan:
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik
dan berterusan.
Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983
dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah
Rendah.
Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan.
KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras
kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan


yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni.
Matlamat PIPP adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia
dipupuk semangat, menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai
murni.
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.
KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun
2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan
Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan
tetapi seiringan dengan KBSR.
Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak
500 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk
menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah
itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua
mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji dengan
mata pelajaran terpilih sahaja.
Organisasai KSSR:
KSSR digubal dalam 2 bentuk:
-Standard
Kandungan
-Standard Pembelajaran
Perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan
yang ditetapkan.
Standard Kandungan:

pernyataan yang lebh terperinci mengenai perkara yang


murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu
tempoh persekolahan
Standard Pembelajaran:
Suatu pebnepatan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur.
Tujuan Standard diwujudkan:
Antaranya ialah memastikan semua murid melepasi standard
yang ditetapkan.

Melalui
adanya
standard
kandungan
dan
standard
pembelajaran , guru dapat mengikuti garis panduan
tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran
dengan lebih berkesan.
Hal ini, secara tidak langsung dapat mengatasi keciciran dalam
pembelajaran murid di sekolah.
Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Perkara ini
dapat dilakukan melalui pentaksiran yang akan dibuat
kepada murid.
Perlaksanaan yang dibuat adalah berasaskan sekolah.
Strategi penambahbaikan ( assessment for learning ) dapat
dikenal pasti juga antara tujuan standard ini dibuat. Oleh
yang demikian , guru dan murid akan meningkatkan diri
masing-masing untuk mencapai lebih daripada yang
telah ditetapkan.
Bahan Kurikulum:
Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR
terbahagi kepada tiga iaitu dokumen standard, modul
pengajaran dan modul pembelajaran.

Dokumen Standard
bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang
rancangan pengajaran mereka.
Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah
elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.
Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik , guru
membimbing
pelajar
dalam
menamakan
dan
menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga
100 yang merupakan standard kandungan bagi topic ini.
Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai
oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga
100.
Modul Pengajaran
-dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengajaran
manakala
modul
pembelajaran pula
dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi
pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.
Komposisi Kurikulum:
KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih
sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih
interaktif.
Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi
satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru
yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan


pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai
disiplin
ilmu
bagi
menjadikan
pengajaran
dan
pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan
bermakna.
Selain itu, murid Tahun Satu juga akan diajar pendidikan seks.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata pendedahan
pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan
Kesihatan. Ia membabitkan murid dalam Tahap Satu iaitu
murid Tahun 1 hingga Tahun 3.
Pendidikan seks akan mencakupi perkembangan manusia,
perhubungan,
perkahwinan
dan
kekeluargaan,
kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual
serta masyarakat dan budaya.
Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan telah
diberi kursus manakala bahan pengajaran turut
disediakan.
Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi akan memberi
pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on. 2.
Murid Tahun Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains
fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan
sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan
serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan
projek ditentukan guru.
Murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power
Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak
akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya
didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai
menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

Sains Hayat

mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek


hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Sains Fizikal

berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula


membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang
merangkumi cipta bahan dan reka bentuk.

Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid


Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di
mana mereka akan banyak terdedah kepada proses
pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri,
iaitu secara dapatan dan penemuan menarik

Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri:


-Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
-Pembahagian masa juga bertambah daripada 1350 dalam KBSR
kepada 1380 dalam KSSR.
Modul pengajaran dalam KSSR mengandungi :
- cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid.
-Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu
kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul
-Tujuan pemulihan adalah untuk membantu murid lemah
mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai
dalam pelajaran lalu dan untuk membantu murid dalam
mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.
Modul Dalam KSSR:

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu


Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas
Elektif.
Modul Asas Teras:
merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral,
Matematik,
Pendidikan
Jasmani
dan
Pendidikan Kesihatan.
Modul Asas Tema:
daripada Dunia Sains dan Teknologi,
Negaraku serta Seni Visual dan Muzik.

Malaysia

Modul Asas Elektif:


pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina
atau Bahasa Arab.
Modul Teras Asas:
terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
(SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan
Matematik.
Modul Teras Tema:
terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi,
Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.
Modul Elektif:

terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab,


Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah
Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
Peruntukan masa pengajaran bagi modul elektif
adalah sebanyak 90 minit (3 waktu) yang
dimasukkan dalam jadual persekolahan.
Sekolah perlu melaksanakan sekurang-kurangnya
satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut
kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru,
permintaan daripada murid serta prasarana
sekolah.
Sekiranya sekolah tidak dapat menjalankan Modul
Elektif kerana kekurangan prasarana, mereka boleh
membuat pilihan untuk melaksanakan satu atau
kombinasi mata pelajaran daripada Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik serta Dunia Sains dan
Teknologi.
Contoh kombinasi mata pelajaran ialah dengan
menjalankan pengajaran Bahasa Melayu selama 60
minit dan Bahasa Inggeris selama 30 minit.
Pemilihan subjek atau kombinasi subjek bergantung
kepada kesediaan dan keupayaan sekolah.
Bagi Tahap Dua :
akan dilaksanakan pada tahun 2014.
Antara subjek yang bakal diperkenalkan ialah:
o Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat dan
Sejarah.
o Manakala subjek sedia ada termasuklah :
o Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan

Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik,


Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Pentaksiran Dalam KSSR:
Pentaksiran Sekolah
o proses mengumpul maklumat yang autentik
dan boleh diharap oleh guru secara formatif
dan sumatif.
o Pentaksiran secara formatif
adalah bertujuan untuk memperbaiki
pembelajaran (assessment for learning)
o pentaksiran secara sumatif
adalah untuk menilai tentang sejauh mana
murid telah menguasai apa yang dipelajari
(assessment of learning).
o

Dalam
Kurikulum
Standard
Sekolah
Rendah (KSSR), pentaksiran formatif
berasaskan sekolah dijalankan secara
berterusan
untuk
mengesan
perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran. Pentaksiran ini
menggunakan
pelbagai
kaedah
pentaksiran
pelbagai
serta
bersifat
autaentik dan holistik
Proses Pentaksiran Sekolah:
melibatkan
aktiviti-aktiviti
seperti mengumpul
maklumat yang autentik dan boleh diharap
(dependable) tentang prestasi murid secara
berterusan
(ongoing)
berdasarkan pernyataan

kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi


(performance standard) serta penggunaan pelbagai
kaedah, alat, teknik dan konteks.
Guru membuat penilaian dan melaporkan secara
verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi,
pencapaian dan keperluan murid.
Pentaksiran formatif untuk pembelajaran
merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang
diberikan kepada murid untuk membolehkan guru
menilai perkembangan dan masalah pembelajaran
murid.
Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya
memantau dan membantu proses pembelajaran.
Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas
dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua
murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu
sama lain.

Dalam aktiviti pemulihan:


guru boleh menjalankan program bacaan tambahan
dengan menggalakkan murid membuat bacaan
meluas dengan pelbagai rujukan daripada buku dan
internet.
Guru boleh memberi bahan bacaan yang sejajar
dengan perkembangan kognitif murid bertujuan
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
murid dalam kelas.

Guru boleh menggalakkan murid membuat kerja


projek yang dijalankan secara individu atau
berkumpulan contohnya aktiviti yang meminta
murid untuk membuat sesuatu hasilan atau
menyelesaikan masalah mudah.
Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid
untuk berfikir menyelesaikan masalah.
Pengayaan:
proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang
mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi
daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
dijalankan dalam bilik darjah.
Tujuannya
ialah
untuk
memperkembangkan
kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid di
samping membekalkan peluang tambahan untuk
mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin
tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan muridmurid dalam pelbagai bidang.
Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk
memperkembangkan potensi ke tahap maksima. Ia
dijalankan
secara
tidak
formal
dan
tidak
dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah.
Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana
aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri.

Anda mungkin juga menyukai