Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.

2 Halaman Penuh
Perkembangan dunia global masa kini dalam banyak perkara seperti politik, ekonomi,
sosial, pendidikan dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan lagi. Keadaan ini berlaku
dengan pantas tanpa mengenal batas ruang dan waktu dalam semua peringkat. Dalam dunia
perniagaan, aspek pengurusan tidak lepas daripada tanggungjawab sosial dan moralnya
dalam memberi pertimbangan berkenaan dengan etika profesional. Pengurusan yang
menekankan keuntungan adalah menjadi matlamat teras mereka. Walau bagaimanapun,
pengurusan yang menjadi semakin sengit dan berdaya saing telah memberi masalah dan
tekanan berhubung dengan perhubungan manusia, khususnya yang berkaitan dengan etika
dan moral. Keadaan ini berlaku kerana banyak penyelewengan dan penindasan dalam
perhubungan manusia.
Berkaitan dengan tugasan ini, aspek perbincangan akan menjurus kepada dunia
pendidikan di mana ianya merupakan justifikasi pemilihan tajuk yang berkaitan dengan karier
pengkaji sendiri. Permasalahan etika dalam pengurusan bukanlah perkara baru, sebaliknya
sudah lama berlaku dalam dunia perniagaan. Organisasi perniagaan yang menekankan aspek
keuntungan dan persaingan terpaksa berhadapan dengan cabaran penipuan dan amalan
pemberian rasuah sebagai budaya. Senario sebegini telah mengundang banyak masalah
berhubung dengan perhubungan individu, kumpulan, masyarakat, organisasi, dan sebagainya.
Permasalahan yang wujud dalam aspek pengurusan menjadi semakin rumit sehingga
berlanjutan kepada masalah peribadi seseorang. Keadaan ini akan memberi dilema etika yang
sukar dibendung oleh mereka.
Dalam konteks pendidikan, isu etika mempamerkan persoalan tentang etika yang
tidak berkesudahan sehingga mencetuskan perbincangan dan isu dalam kalangan masyarakat
kita (Juhary dan Ishak, 2004). Etika dan moral dalam dunia pendidikan adalah satu perilaku
yang dianggap common knowledge bagi indvidu sejak dari dulu sehingga sekarang. Dalam
tamadun masyarakat penerimaan tehadap aspek ini sudah menjadi dasar dan keperluan dalam
banyak perkara serta menimbulkan banyak kesan ke atas perkerjaan, pengurusan, pentadbiran
dan penerapan kualiti hidup dalam keluarga (Muhammad Nuruddin, 2006).
Persoalannya, dalam dunia moden kini banyak berlaku masalah berhubung dengan
etika dan moral. Negara kita sedang dilanda dekadensi moral dan etika yang parah (M. Kamal
Hasan, 2004). Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam dengan
wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan

kuasa (Mustafar Ali, 2004, M. Kamal Hasan, 2004). Kepincangan ini berlaku akibat manusia
kini dipengaruhi oleh unsur materialistik dan mengabaikan nilai agama (M. Kamal Hasan,
2004). Justeru, pada pandangan saya nilai etika dan moral ini menuntut setiap insan
mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam kehidupan mereka agar konsep "the golden
mean" dapat dicapai.
Etika profesional secara praktiknya menilai moral sesuatu kumpulan atau individu
dalam mengawal prestasi mereka berdasarkan sumber yang ada supaya tidak menimbulkan
dilema etika dalam pekerjaan yang dilakukan. Bertitik tolak daripada konsep ilmu, etika dan
nilai berdasarkan kepada keyakinan yang tinggi bagi seseorang insan merubah menjadi
individu yang suka berfikir dan mulia di sisi agama dan masyarakat (Roslan, 2005). Bagi
seseorang guru, dilema etika yang kerap berlaku adalah berhubung dengan masalah kendiri,
dengan pihak pentadbir, rakan setugas, masyarakat (ibu bapa) dan pelajar itu sendiri. Oleh
yang demikian, keadaan ini perlu ditangani dengan baik supaya tidak mencetuskan krisis
etika dan moral yang berpanjangan di sekolah.
Kepentingan integriti dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah mencapai sasaran
utama iaitu mencapai kualiti khidmat lebih tinggi. Pencapaian kualiti menerusi pengurangan
kesilapan dalam urus tadbir, masalah pelajar juga dapat diminumkan terutamanya kes
disiplin, mencapai kesetiaan lebih tinggi di kalangan staf, mencapai fokus yang sama,
memenuhi kepuasan pekerja atau pelanggan termasuk ibu bapa, menjaga imej profesion
keguruan, meningkatkan keimanan dan mengawal tingkah laku warga pendidikan. Etika
merupakan asas penting kesejahteraan staf dan membentuk staf yang mempunyai tingkah
laku yang baik. Sebaliknya, sekiranya etika terhakis di kalangan staf maka ia akan
menyumbangkan kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan.
Sehubungan dengan itu, setiap warga sesebuah organisasi perlu menghayati nilai-nilai
murni yang telah ditegaskan dan diulangi oleh pentadbir urus yang beretika baik. Contohnya,
sebagai penjawat awam aspek etika disepadukan dalam nilai dan etika perkhidmatan awam.
Penghayatan nilai etika hendaklah dijadikan amalan hidup dan amalan kerja supaya mencapai
kecemerlangan, kecekapan, malahan organisasi tersebut akan dipercayai dan dihormati.

Etika individu atau organisasi akan terjejas oleh gejala rasuah akibat beberapa faktor.
Di peringkat individu, kawalan dalaman yang lemah (Mustafar 2005) atau kelemahan
individu tersebut dalam kurang menghayati agama dan pendidikan akhlak, bersifat tamak dan

sikap yang sering mengejar kebendaan dan kemewahan iaitu hamba kepada kebendaan (Nur
Syakiran dan Md Zawawi 2004), kos sara hidup yang meningkat saban hari, tekanan
modenisasi & keperluan , sikap yang mudah terpedaya dengan gelojak nafsu dan bisikan
syaitan serta kurang faham sistem dan prosedur jabatan (Yusri n.d).
Dalam konteks organisasi pendidikan di sekolah seperti rasuah masa di kalangan guru
adalah satu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang pendidik. Setiap guru
dikehendaki tepat pada masanya dalam memulakan waktu proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Amalan rasuah masa adalah berkaitan dengan pencarian rezeki yang
halal dan amanat yang telah diberikan. Sekiranya guru lewat secara sengaja, sebarang
kemalangan atau kecederaan yang berlaku di dalam kelas adalah di bawah tanggungjawab
guru yang seharusnya memastikan keselamatan pelajar terjamin. Guru seharusnya
mempunyai sifat akauntabiliti iaitu tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan
oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan dan bersifat etika iaitu guru perlu
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
Guru-guru merupakan penentu utama kejayaan dalam melahirkan generasi beretika melalui
penerapan nilai etika yang diserap di dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Agama Islam,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral melalui program dan aktiviti
yang bersesuaian (Hishammuddin 2007).

Huraikan perbezaan antara etika dan undang-undang. 1 Halaman Penuh


Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh beberapa orang
lelaki yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari sekolah. Pada masa yang sama,
terdapat sekumpulan lelaki sedang bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat
kejadian. Mereka hanya memandang kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan.
Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung kopi yang tersebut di atas tidak

bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah, tetapi tindakan mereka itu tidak bermoral
kerana mereka sepatutunya berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Di sini,
kita dapat melihat bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-duanya boleh
dihubungkait sahaja.
Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika. Undang-undang
dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan jika tidak dipatuhi sementara
etika ialah tikaman hati. Seseorang yang menceroboh masuk tanpa kebenaran kediaman
orang lain boleh dihukum penjara tetapi dari segi etika, dia hendaklah insaf dan perbetulkan
dirinya (Nazirmuddin, 2005). Undang-undang menentukan batas yang pasti manakala etika
menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan nilai moral. Memberi dan menerima rasuah
adalah salah di sisi undang-undang dan etika, tetapi etika juga menjelaskan bahawa rasuah
merupakan sesuatu yang bertentangan dengan amalan kita dan tidak sesuai dilakukan.
Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi mematuhi nilainilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang. Memasang muzik dengan kuat di
kawasan kejiranan bukannlah suatu kesalahan undang-undang, jika dilakukan hanya sekalisekala dan dalam waktu yang sesuai. Akan tetapi, mendengar muzik dan mengambil kira
keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak akan bercanggah dengan undang-undang.
Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk mengawal jenayah.
Ini kerana seseorang itu mematuhi undang-undang sebab takutkan hukuman tetapi bukan
berlandaskan etika. Etika pula lebih umum dan lebih maksimum daripada undang-undang
dalam mengawal jenayah. Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah
ditetapkan. Contohnya, perbuatan guru memukul pelajar. Secara objektifnya, ia adalah salah
di sisi undang-undang kerana guru merupakan pendidik sekaligus sebagai pelindung kepada
pelajar. Bagaimana pula jika guru membalas pukulan pelajar untuk mempertahankan dirinya
daripada diserang tanpa henti.

Dalam kebanyakan insiden, guru sukar memenangi kes.

Walau bagaimanapun, jika dinilai dari sudut etika, perbuatan pelajar memukul guru
merupakan kesalahan yang sangat besar. Dengan ini kita dapat melihat bahawa berbanding
undang-undang, etika memberi ruang untuk perubahan sikap terhadap kelakuan baik dan
buruk dalam masyarakat.
Undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas etika dan moral.
Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi undang-undang terutamanya dalam
situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Dari segi etika, bercakap bohong adalah
salah dalam semua situasi kerana etika mencukupi untuk menentukan batas moral yang baik
dan sebaliknya. Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat.
kerosakan telefon awam merupakan vandalisme dan salah di sisi undang-undang.

Misalnya,

Bagaimana pula dengan amalan menggunakan telepon awam dalam tempoh yang
lama sehingga menghalang hak orang lain? Perbuatan ini tidak diliputi oleh undang-undang.
Walau bagaimanapun, dari sudut etika, ia adalah salah. Etika menentukan batas kelakuan
yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.
Undang-undang tidak mengambil kira perkara batin. Salah satu motif seseorang
membunuh adalah cemburu tetapi motif tidak boleh mensabitkan seseorang individu itu
bersalah. Manakala etika meliputi perkara batin di mana menjauhi sifat cemburu boleh
mengelakkan diri daripada ditimpa masalah. Undang-undang tidak mengambil kira perkara
samar-samar tetapi etika adalah sebaliknya. Dari segi undang-undang, gangguan seksual
merupakan satu keslahan.

Jelaskan konsep Sekolah Beretika. 3 Halaman Penuh


Sesebuah organisasi yang beretika tinggi mampu berdaya saing di peringkat global.
Setiap anggota harus digembleng dan diperkasakan bagi membina sebuah masyarakat yang
berintergriti, menghayati erti etika, bebas daripada amalan rasuah serta amalan negatif yang
lain. Kejayaan atau kegagalan usaha-usaha ke arah mewujudkan masyarakat dan budaya kerja
individu dan organisasi yang beretika, menghayati nilai-nilai murni dan budaya kerja yang
baik serta cemerlang banyak bergantung pada komitmen, kesungguhan dan keazaman
pemimpin serta semua warga organisasi. Sehubungan dengan itu, pelbagai cabaran dan isu
yang perlu ditangani dalam memastikan pengurusan integriti di dalam sesebuah organisasi
mencapai hasrat yang diharapkan.
Pada tanggal 23 April 2004, Pelan Integriti Nasional atau dikenali sebagai PIN telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri iaitu YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di

Putrajaya. Pelan ini dilancarkan selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk
Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur.
Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya
etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dan memperbaiki imej
Malaysia di arena antarabangsa (Sulaiman 2005). Selaras memenuhi objektif dan tekad PIN,
Institut Integriti Malaysia ditubuhkan dan didaftarkan sebagai badan bebas untuk
mengkoordinasikan dan memantau pelaksanaan PIN (Institut Integriti Malaysia 2006).
Sifat mulia ini seharusnya dihayati oleh warga pendidik dalam membentuk modal
insan kelas pertama. Berdasarkan pendidikan, para pelajar dibentuk menjadi seorang yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian yang mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam membina kemajuan negara.
Etika dalam pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti . Akauntabiliti merujuk
kepada tanggungjawab guru mendidik pelajar dalam pencapaian akademik serta membentuk
potensi pelajar secara menyeluruh. Manakala aspek etika adalah guru melaksanakan tugas
dengan amanah, mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang ,tahap ketabahan yang
tinggi dan tidak mengambil kesempatan.
Dalam aspek Sekolah Beretika, secara spesifiknya pengajaran guru di dalam kelas
pula, guru akan mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri.
Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding
kaedah yang disukai guru. Guru bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada
muridmurid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Nilai etika adalah penting dan sewajarnya dihayati semua pihak. Di Sekolah Beretika,
guru atau tenaga pengajar serta kakitangan akademik memainkan peranan dalam
mengamalkan etika positif dalam tugasan yang dilakukan. Seseorang guru atau tenaga
pengajar akan mengikut kod etika perguruan bagi memastikan isu etika tidak dipersoalkan.
Dengan adanya kod etika perguruan, para guru dapat menjaga tingkah laku sebagai seorang
guru, memahami dengan jelas etika guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa,
rakan sejawat, masyarakat dan negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang
berlaku terhadap pelajar tetapi hendaklah membantu mereka menyelesaikan masalah
(Baharin dan Suzana 2010).

Sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian
daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau
kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Etika adalah berkaitan dengan sifat-sifat
semulajadi, tabiat yang dimiliki oleh seseorang atau keinginan yang dimilikinya. Moral pula
boleh dikatakan sebagai sifat semulajadi yang kekal dan tabiat yang berkaitan dengan moral
yang terpuji. Dengan kata lain, kebaikan (virtue) adalah berhubung dengan kualiti dalaman
yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti sehariannya. Etika kebaikan adalah
berasaskan kepada keadaan semulajadi daripada apa yang telah dilakukan (Rorzali, 2003).
Justeru itu, guru atau tenaga pengajar yang beretika sangat diperlukan dalam dunia
pendidikan. Etika dan integriti yang dimiliki seorang guru akan menjadikan beliau itu
bertanggungjawab kepada Tuhannya. Guru atau tenaga pengajar diibaratkan lautan yang luas
dan pelajar adalah ikan. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, sebaliknya benih yang
baik jatuh ke darat menjadi gunung. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab terhadap
pelajar serta memupuk kerjsama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat
bagi merealisasikan misi nasional negara secara ikhlas dan bersifat penyayang.
Di Sekolah Beretika, guru adalah memang pahlawan tanpa jasa, mendidik dan
megajarkan kepada kita berbagai ilmu pengetahuan, baik secara formal mahupun tidak
formal.
Guru akan dihormati dan dijaga sikap agar mereka tidak kecewa apalagi sampai sakit hati.
Perlakuan setiap individu yang baik dan hormat pada mereka akan mendapatkan apa yang
kita harapkan, yakni ilmu yang bermanfaat.
Untuk menciptakan suasana yang tenteram dan tertib, maka dibuatlah suatu peraturan.
Disemua tempat selalu ada peraturanya, tidak hanya di sekolah. Peraturan yang ada di
sekolah khusus untuk pelaksanaan pendidikan di sekolah agar semua programnya berjalan
dengan baik, dan semua pihak wajib mematuhinya. Selain itu, tidak meremehkan peraturan
yang

sedia

ada.

Tambahan pula, setiap warga sekolah yang beretika akan mendukung pelaksanaanya demi
ketertiban bersama. Jika ada peraturan yang memberatkan, melalui murid, hal itu sebaiknya,
di dibincangkan dengan pihak sekolah tanpa melakukan hal yang negatif.
Mencari ilmu pengetahuan merupakan kewajiban yang harus dilaksanakan bagi setiap
insan di dunia ini keranana dengan ilmu pengetahuan,hidup seseorang akan lebih
bermartabat. Pepatah mengatakan: With Science the World Is in My Hand (Dengan ilmu

dunia ada di genggamanku.) Kewajiban seorang pelajar adalah belajar dengan sebaikbaiknya dan berusaha memiliki prestasi. pelajar yang senntiasa bersemangat belajar pasti
akan memperoleh kemajuan dan tercapai cita-citanya.
Jika dilihat negara-negara besar di dunia ini, seperti Amerika, Jepun, England dan
sebagainya, mereka menjadi bangsa maju kerana ilmu pengetahuanya yang tiggi. Tidak
mungkin kita menjadi seperti mereka jika generasi bangsa ini, termasuk kita, malas dalam
belajar. Oleh kerana itu, sikap yang harus kita miliki adalah tidak bermalas-malasan dalam
belajar, berusaha menigkatkan prestasi dan berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Kawan adalah mitra kita dalam menuntut ilmu pengetahuan. Kita harus bekerja sama
dengan

mereka

dalam

hal

kebaikan

serta

berlumba

dalam

mencapai

prestasi.

Di sekolah kita setiap hari bertemu dengan mereka. Masing-masing dari mereka memiliki
ciri-ciri dan latar belakang yang berbeza. Bagaimanapun keadaanya, mereka adalah rakan
kita semua, akan tetapi, kita harus boleh memilih mana diantara mereka yang boleh diajak
maju dan memberi motivasi serta kebaikan kepada kita dalam mencari ilmu dan mencapai
cita-cita.
Dengan rakan kita yang perangainya kurang baik,seperti nakal, malas belajar dan
sebagainya, kita harus tetap menghargai dan menganggap mereka sebagai rakan. Kita sajalah
yang boleh mengawal diri kita agar tidak terseret mengikuti mereka. Adapun dengan rakan
yang rajin, patuh, dan berprestasi, kita harus mencontohnya agar boleh berlumba dalam hal
kebaikan denganya.

Anda mungkin juga menyukai