Anda di halaman 1dari 6

Muzik Dalam Bilik Darjah

Aktiviti Apresiasi Muzik (Muzik masyarakat Malaysia) :


i. Mendengar muzik Malaysia dan mengenal pastikan konsep muzik
seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamik
ii. Menonton video persembahan muzik Malaysia dan menghuraikan
ciri-ciri teknik persembahan.
iii. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dengan
gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik
berkenaan
iv. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dalam bentuk
grafik
v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik Malaysia yang
diperdengarkan
Aktiviti Apresiasi Muzik ( instrumental )
i. Mendengar muzik instrumental dan mengenal pastikan konsep
muzik seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamik
ii. Menonton video persembahan muzik instrumental dan
mengklasifikasikan warna ton alat-alat muzik
iii. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dengan
gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik
berkenaan
iv. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dalam
bentuk grafik
v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik instrumental
yang diperdengarkan
Muzik Dalam Bilik Darjah merangkumi:
1. Pergerakan lokomotor & bukan lokomotor
2. Pergerakan Kreatif
3. Teknik pernafasan (latih vokal kanak-kanak)
4. Renj suara, register suara & koir
5. Nyanyian Berharmoni (dron, bordun & ostinato)
6. Fungsi & konsep muzik dalam lagu
7. Teknik nyanyian (kanak-kanak)
8. Aktiviti Muzikal (penghargaan Kanak-kanak)

9. Apresiasi Seni Muzik (umum)


10.Masalah nyanyian kanak-kanak.
DEFINISI PERGERAKAN
Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang
dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah
kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah
pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah
kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi
manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek
dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini
dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian
ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan
pergerakan khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta
tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan
pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep
pergerakan.
DEFINISI MUZIK
Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu
pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik
boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam
bentuk elemen muzik.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
i. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
ii.Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka
supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyibunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan
kendiri).
iii. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama,
ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika.
(pembelajaran mengikut urutan).
iv. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan
praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).
v. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik
dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep).

vi. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus


diselaraskan.
Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
i. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana
mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
berperingkat atau sequential.
ii. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam
kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity terhadap
aspekaspek muzik
iii. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis
pengalaman muzikal.
a. Imitasi (Mengajuk Balik)
b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang
mempunyai lima ton.
d. Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas
dari fasa-fasa.
e. Literasi menulis dan membaca nota muzik
iv. Suzuki-menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan
bakat
v. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana
keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa
notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.
Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu
tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja.
Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau
dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
i. Kemahiran Muzikal Nyanyian
ii. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
iii. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada
aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik
pengeluaran suara.
Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar
menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.
Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata,
pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam
kegiatan permainan alat muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak
untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri
sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan
menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat
nonverbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap
kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah
kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh
dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka
bergerak.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari,
mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini
kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu
membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama
yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai
kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang
wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik
ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia,
binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka
berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta
dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan
baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini
boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan
mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh
mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar
melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa
kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna
suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai
kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua
manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan
menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang
berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan
muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.
Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah
kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai
kecerdasan muzik ini.
Kecerdasan Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi


berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota
tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi
pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih
cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan
badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan
dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka
berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea,
perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk
baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan,
keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang
yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka
dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini
ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan
fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola
sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan
adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan
tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.
Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor,
menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat.
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang
menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan
abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah
yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan
ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan
Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan
cekap.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi
memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk
eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena
yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka
menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka
juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohcontoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol,
rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat
(logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.
Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam
kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.
Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik
menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai

irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk


ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan
objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan
kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu
masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut
atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut
Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang
berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk
memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak,
social dan perkembangan fizikal
Ciri-ciri sesebuah lagu kanak-kanak
1. Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan
2. Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang
seimbang.
3. Hujung rangkai mengandungi rima.
4. Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu.
5. Pengulangan corak irama dalam lirik lagu.
6. Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.
7. Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.
8. Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian
kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai