Anda di halaman 1dari 32

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun lima
dalam penggunaan imbuhan apitan memper...kan menggunakan kaedah Lififabu. Hasil
tinjauan awal menunjukkan murid mengalami kekeliruan dan kesalahan dalam
mengggunakan imbuhan ini semasa menulis ayat. Oleh itu, penggunaan kaedah Lififabu
digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun lima di
salah sebuah sekolah di daerah Besut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah
pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Melalui data awal yang dikumpul berdasarkan
keputusan Ujian OTI 1 Tahun 5 2014, peserta kajian mendapat keputusan amat rendah.
Setelah melalui intervensi menggunakan kaedah Lififabu, responden menunjukkan
peningkatan penguasaan, pengetahuan dan minat yang positif dalam soal penggunaan
imbuhan apitan memper...kan. Sebagai kesimpulan,berdasarkan dapatan kajian yang
diperoleh membuktikan kaedah Lififabu dapat meningkatkan kefahaman murid. Cadangan
penambahbaikan kajian ini adalah mempelbagaikan aktiviti menggunakan kaedah Lififabu
supaya dapat memberikan suasana pembelajaran yang lebih aktif kepada murid-murid.
Kata kunci: kefahaman, minat,imbuhan, Kaedah Lififabu
1.0 Pengenalan
Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyaipsikologi
dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaranyang
dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat
bantumengajar) bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum.
Oleh itu, guru-guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan
memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam
pengajaran danpendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar
untuk belajar.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sewaktu praktikum
fasa tiga, terdapat beberapa masalah pembelajaran murid yang telah saya kesan semasa saya
mengajar membina ayat bahasa Melayu. Pertamanya, ada murid tidak dapat menulis ayat
dengan baik. Hal ini kerana mereka tidak dapat menggunakan imbuhan yang betul dan sesuai
untuk digandingkan dengan kata kerja dan kata nama. Imbuhan yang ketara kurang difahami
murid ialah imbuhan memper-...-kan. Keduanya, murid tidak menunjukkan kesungguhan
untuk belajar. Hal ini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tidak menunjukkan
minat dengan melakukan perkara-perkara yang lain sewaktu pelaksanaan PdP.
2.0 Fokus Kajian
Fokus masalah saya adalah merujuk kepada membantu meningkatkan penguasaan murid
dalam penggunaan imbuhan apitan. Ini kerana, murid-murid agak lemah dalam menguasai
imbuhan apitan memper-... kan jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain seperti
imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh murid
ialah mereka keliru sama ada mahu menggunakan imbuhan awalan atau imbuhan apitan dan
sama ada imbuhan akhiran atau imbuhan apitan semasa membina ayat.
Hasil semakan saya mendapati murid-murid masih lemah dalam membina ayat
lengkap dengan menggunakan imbuhan yang betul.Selain itu, murid-murid juga tidak dapat
membezakan jenis imbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Mereka sangat lemah
dalam mengenal pasti imbuhan apitan berbanding dengan imbuhan yang lain. Oleh itu,
berdasarkan penelitian yang dilakukan, sayaakan cuba membantu murid memahami dan
menguasai penggunaan imbuhan apitan dengan baik agar mereka dapat membina ayat dengan
betul, tepat dan jelas maksudnya serta dapat membina ayat dengan lebih baik.

3.0 Objektif Kajian


3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menggunakan
imbuhan apitan memper-... kan dengan betul menggunakan Kaedah Lififabu.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
(i)
Meningkatkan penguasaan murid mengenai penggunaan imbuhan apitan memper-...
kandengan menggunakan Kaedah Lififabu.
(ii)
Mengatasi masalah kekeliruan penggunaan imbuhan apitan memper-...kan murid
dengan menggunakan Kaedah
Lififabu.
(iii)
Meningkatkan minat murid mempelajari imbuhan apitan memper-... kan
denganmenggunakan kaedah Lififabu.
3.3 Soalan Kajian
Beberapa soalan kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:
(i)
Apakah penguasaan murid dalam penggunaan imbuhan apitan memper-... kan
bolehditingkatkan menggunakan Kaedah Lififabu?
(ii)
Apakah masalah kekeliruan penggunaan
imbuhan apitan memper-... kan murid
murid dapat diatasi menggunakan Kaedah Lififabu?
(iii)
Bagaimanakah minat murid untuk mempelajari imbuhan apitan memper-... kan
boleh ditingkatkan menggunakan Kaedah Lififabu?
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid tahun 5 Siber dari Sekolah Kebangsaan Tok
Motong, Jerteh Terengganu.Mereka terdiri daripada 15 orang murid.Mereka semua
mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza-beza.Mereka kebanyakannya terdiri
daripada anak jati kampung Tok Motong dan kawasan sekitarnya.Peserta kajian yang dikenal
pasti ialah seramai empat orang berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan guru
pembimbing yang juga guru kelas ini.Empat orang murid ini kesemuanya lelaki dan
berbangsa Melayu.Purata markah dalam latihan membina ayat yang diperoleh setiap peserta
kajian ialah dalam kategori rendah.
5.0 Tindakan Dijalankan
Langkah 1: Temu Bual
Saya telah menjalankan satu sesi temu bual separa berstruktur dengan peserta kajian
menggunakan soalan temu bual yang telah disediakan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan masalah murid memahami dan menggunakan imbuhan memper--kan dengan
betul.Murid juga ditanya tentang pengalaman murid dalam sesi PdP yang telah dijalankan
sebelum ini.
Langkah 2: Sesi Intervensi& Pemerhatian
Strategi 1(Lihat nota dan contoh sedutan Filem)
Kaedah nota dalam bentuk persembahan elektronik PowerPoint digunakan untuk
meningkatkan kefahaman dan penguasaan peserta kajian berkenaan imbuhan apitan
memper-...-kan.Nota ini turut disertakan dengan sedutan filem terpilih untuk menarik minat
murid.Peserta kajian haruslah memahami dan mengetahui tentang konsep imbuhan apitan
terlebih dahulu.Sesi penerangan dan perbincangan dilakukan agar peserta kajian lebih faham
tentang penggunaan imbuhan apitan tersebut.
Strategi 2 (Faham)
Setelah mengetahui konsep dan contoh imbuhan apitan, saya telah menguji penguasaan
peserta kajian dengan memberikan dua petikan yang mengandungi perkataan berimbuhan

apitan. Murid dikehendaki mengenal pasti serta mencatat perkataan berimbuhan apitan yang
terdapat dalam petikan tersebut.Setiap petikan mengandungi enam perkataan berimbuhan
apitan memper-...-kan yang perlu dikenal pasti dan dicatat dalam ruangan yang disediakan.
Strategi 3 (Buat)
Murid dikehendaki membuat latihan yang diberikan. Kemudian sayaakan bantu membimbing
aktiviti murid. Terdapat dua set soalan yang perlu dijawan oleh peserta kajian dengan bentuk
soalan yang berbeza. Set satu, murid dikehendaki mengisi tempat kosong dalam ayat dengan
memberikan imbuhan apitan yang sesuai kepada kata dasar yang terdapat dalam kurungan.
Set dua pula murid diminta membina empat ayat menggunakan kata yang mengandungi
imbuhan apitan memper--kan.
Langkah 3: Temu Bual& Analisis Dokumen
Saya telah menjalankan sesi temu bual bagi mendapatkan maklum balas murid.Hasil kerja
murid dalam Ujian Faham dan Buat diteliti untuk dianalisis.
Langkah 4: Gelungan Kedua
Saya telah mengenal pasti kelemahan yang terdapat semasa sesi pengendalian kaedah
Lififabu dijalankan. Saya perlu lebih
memberi penerangan dan masa kepada peserta kajian supaya mereka lebih faham tentang
konsep imbuhan memper--kan
dan contoh penggunaannya. Persembahan elektronik juga diperbaiki supaya senang dan lebih
difahami murid.
Langkah 4: Rumusan
Saya akan membuat rumusan akhir terhadap dapatan kajian yang diperoleh.
6.0 Analisis Data dan Interpretasi
6.1

Dapatan Analisis Dokumen

Saya melakukan analisis terhadap dua ujian Buat yang dijalankan ke ataspeserta kajian untuk
mendapatkan data berkaitan.
Rajah 1: Markah Ujian Buat 1 & 2
Setelah saya menjalankan sesi intervensi kepada subjek kajian, terdapat peningkatan markah
yang diperoleh. Pada Ujian Faham &Buat 1, subjek kajian yang pertama kali menjalani
Kaedah Lififabu masih menyesuaikan diri dengan kaedah ini dan markah yang diperoleh
kebanyakan bertumpu pada ujian mengisi tempat kosong. Soalan membina ayat
menggunakan imbuhan apitan memper--kan masih kurang mampu dijawab dengan betul
dan tepat. Setelah melakukan pusingan kedua Kaedah Lififabu pada hari yang lain, murid
didapati lebih bersedia dan ini dibuktikan melalui peningkatan markah pada Ujian Faham
&Buat 2.
6.2

Dapatan Analisis Temu bual

Saya melakukan analisis melalui instrumen temu bual bagi mendapatkan maklum balas
murid. Terdapat dua sesi dijalankan iaitu Soalan Temu bual Sebelum Intervensi danSoalan

Temubual Selepas Intervensi. Temu bual.Temu bual ini digunakan untuk melihat sejauh
mana kekeliruan yang dihadapi murid dapat diatasi selepas menggunakan Kaedah Lififabu.
Di samping itu, temu bual juga dapat melihat sama ada Kaedah Lififabu dapat menarik minat
murid dalam memahami imbuhan apitan memper--kan. Hasil daripada temubual yang
dijalankan, peserta kajian menunjukkan penguasaan dan tidak lagi keliru dalam
menggunakan imbuhan ini. Malah subjek kajian juga menyatakan bahawa dia lebih berminat
menggunakan kaedah ini daripada cara biasa belajar iaitu menggunakan buku sahaja.
Perkara-perkara ini menunjukkan peserta kajian dapat mengatasi kekeliruan dalam
menggunakan imbuhan memper--kan setelah menggunakan kaedah Lififabu.
6.3

Dapatan Analisis Pemerhatian

Pemerhatian ini telah dilaksanakan semasa intervensi dijalankan.Antara item yang


diperhatikan dalam borang pemerhatian ialah tumpuan murid, interaksi murid dengan guru,
kerjasama dalam melakukan aktiviti, keyakinan diri murid dan tingkah laku yang
ditunjukkan.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kesemua murid menunjukkan tingkah
laku yang pelbagai. Murid 1 dan Murid 2 didapati paling banyak terlibat dalam aktiviti
pembelajaran dengan masing-masing melakukan 8 perkara yang diperhatikan.Murid 3 pula
merupakan murid paling kurang terlibat semasa aktivit dijalankan. Namun kesemua murid
banyak menunjukkan tingkah laku yang baik berbanding tidak terlibat dalam aktiviti yang
dijalankan.Keadaan ini menunjukkan kesediaan dan minat murid untuk mengikuti sesi
intervensi menggunakan Kaedah Lififabu di tahap baik dan memuaskan.
7.0 Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dianalisis, kaedah Lififabu dapat meningkatkan
penguasaansubjek kajian dalam aspek penggunaan imbuhan apitan memper-...-kan dengan
betul. Saya mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah markah yang diperoleh subjek
kajian selepas menjalani dua sesi intervensi . Keadaan ini menunjukkan subjek kajian sudah
mula memahami cara penggunaan imbuhan memper-...-kan dengan betul dan sudah mampu
menggunakan imbuhan ini semasa membina ayat bahasa Melayu. Temu bual juga digunakan
untuk mengetahui persepsi subjek kajian. Hasil temu bual menunjukkan keempat-empat
subjek kajian sudah tidak mengalami kekeliruan besar dalam menggunakan imbuhan
ini.Mereka memberikan respon dan jawapan positif dari setiap soalan yang diajukan iaitu
soalan temu bual selepas subjek kajian menggunakan Kaedah Lififabu.Minat peserta kajian
dalam mendalami ilmu berkaitan imbuhan apitan memper-...-kan juga dapat ditingkatkan. Hal
ini dapat dilihat melalui tingkah laku yang positif dan aktif semasa menjalani aktiviti ini.
Mereka ternyata lebih fokus dan mudah faham di samping lebih banyak memberikan respon
untuk bertanya kepada saya. Sebagai cadangan, aktiviti berbentuk kuiz atau aktiviti
berkumpulan boleh digunakan sebagai penambahbaikan.
Rujukan
Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Kemas Kini:Panduan Bahasa yang Baik dan Betul. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: BPPDP, KPM.
Mohd Hazri Bin Abd Latib.(2010). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Apitan
Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Excellent Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan. Tesis tidak
diterbitkan:IPG Kota Baharu.

Nik Safiah Karim et.al .(2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shamsina Shamsuddin.(2013), Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Shaifullah Bin Hasan Basri.(2013). Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Akhiran
-Kan dan -An Bagi Murid Tahun Empat Menggunakan Printeim Kanan.Tesis tidak
diterbitkan. IPG Kampus Dato Razali Ismail

MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWI


DENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK
1.0

PENGENALAN
Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana

proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini
digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama
Namun begitu, proses pengimbuhan
merangkumi banyak

melalui

menyebabkan imbuhan sering

ada melalui percakapan mahupun penulisan.

bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses ini

aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap imbuhan

awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai kumpulan sasaran kajian. Tinjauan

awal

telah

dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa

masih terdapat sebilangan murid yang

belum dapat menguasai dan kurang

imbuhan

Perancangan tindakan

memahami

pembinaan

awalan

bagi

dasar.

difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan perkataan imbuhan

awalan yang terdapat dalam gambar tingkah laku yang ditayangkan kepada mereka.
didedahkan dengan kaedah bahan dan imlak selama satu jam dan kajian
sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa
sentiasa dirangsang dengan
2.0

kata
Murid

juga

ini telah selesai dalam tempoh

murid lebih seronok belajar mata pelajaran Jawi ini jika

bahan, pujian positif dan aktiviti yang pelbagai.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang digolongkan
kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurang murid. Apa yang hendak

dalam
dikongsikan

disini

adalah mata pelajaran pendidikan islam sering di ambil

mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran

elektif oleh sebilangan ibu bapa dan

Ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran

pendidikan islam

murid-murid.

Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak

termasuk di dalam

senarai mata pelajaran yang akan di jawab dalam

peperiksaaan

Ujian

Penilain Sekolah rendah atau UPSR.


Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar dikuasai
mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang dan tajuk

kerana

serta kemahiran yang perlu

dikuasai.Pecahan bidang yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah,
tilawah, adab, akhlak, jawi dan amali.
Misalnya dalam bidang pelajaran jawi guru perlu memberi tumpuan kepada
tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas seni tulisan
pelajaran jawi murid perlu menguasai beberapa

menulis

jawi. Manakala dalam sukatan

kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti

berikut:

Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal

Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung

Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka

Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup

Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat

Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman

Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek

Menggunakan tanda baca

Membaca pelbagai jenis bahan bacaan

Menulis pelbagai jenis teks

Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah.


Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati ramai daripada mereka
kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan menggunakan sistem ejaan jawi.Pengajaran dan
pembelajaran melalui penerangan melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran
mengeja ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak dapat menjawab soalan tentang
tajuk ini dengan tepat.

Faktor dari kelemahan tersebut, saya cuba melakukan perubahan untuk member

kefahaman terhadap mereka tentang penggunaan perkataan berimbuhan seterusnya mengurangkan kelemahan
mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.
3.0

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan julai
rendah kerana
1. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan mereka sukar untuk mengeja
dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan pembelajaran.
2. Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi
3. Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan
huruf lain.
4. Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan.
5. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
6. Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam ayat atau teks petikan.
Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang malas dan tidak
mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi, murid akan terus tidak memahami dan
menguasai bacaan jawi dan menghadapi masalah jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi.
4.0
i.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system ejaan jawi dengan
mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan
dapat menguasai bacaan perkataan berimbuhan dan juga ejaan jawi.

ii.

Objektif Khusus
Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :

Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi


Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi
Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan
Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan
Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran dan apitan
Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membina ayat.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.
Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang menyeronokkan untuk
dikuasai dan diterokai.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam tahun 3 yang terdiri daripada 6
orang murid lelaki dan juga 10 orang murid perempuan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.1

Tinjauan Masalah
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini
6.1.1

Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid mengenai penggunaan
imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian sebilangan murid di tahap
sederhana dan juga di tahap yang lemah.
6.1.2

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih
bersedia dan member kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang member
perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan.
6.1.3

Temu bual

Saya melakukan temu bual dengan murid murid yang menghadapai masalah untuk menguasai pembacaan jawi
bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam masa yang sama juga, saya mengadakan
temubual dengan saudara yang terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui
keadaan pembelajaran mereka di rumah.
6.1.4

Perbincangan dengan guru

Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi mata
pelajaran pendidikan islam ini.
6.1.5

Semakan buku latihan

Melalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam penggunaan
system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya akan dapat mengetahui tahap penguasaab murid sama
ada mereka mahir atau tidak mahir dalam pelajaran jawi ini.
7.0

ANALISIS TINJAUAN MASALAH


Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang

menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.


8.0

UJIAN PRA

8.1

Analisis Ujian Pra

Pencapaian (Gred)
A (80-100)
B ( 60-79)
C (40-59)
D (20-39)
E (0-19)
Jumlah

Bilangan Sampel
2
3
5
4
2
16

Peratus
12.5
18.75
31.25
25
12.5
100

Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian


Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid telah gagal. Daripada
analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan
memahami penggunaan imbuhan dalam pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan
penggunaan imbuhan ber dan be serta bel.
8.2

Analisis Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar murid-murid semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku murid

TINGKAH LAKU MURID


Kesungguhan
Aktif dalam pembelajaran
Kurang memberi tumpuan
Tidak memberi tumpuan

PERATUS
30
30
20
20

Jumlah

100

8.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid


Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid

Bil
1
2

Deskriptor
Suka belajar
Suka pada Guru pendidikan

Tidak setuju

setuju
/

Islam
Rasa diri pandai
Suka datang ke sekolah
Bercita-cita
tinggi
untuk

/
/
/

Berjaya
Mesra dengan rakan
Merasa malu kerana tidak tahu

/
/

membaca
Mahu berubah untuk membaca

jawi
Mahu ke kelas pemulihan jawi

8.4

Amat setuju
/

Analisis temu bual dengan abang dan kakak

Jadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid

Bi

Deskriptor

Tidak setuju

l
1
2

Membaca buku di rumah


Mengulangkaji pelajaran jawi

bersama abang dan kakak


Bertanya kepada ibu bapa

4
5

apabila tidak tahu membaca


Belajar bersama ibu bapa
Ibu bapa memarahi murid

setuju

Amat setuju

/
/
/
/

apabila tidak tahu membaca


8.5

Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai sampel( Mengetahui kekuatan dan
kelemahan pengajaran)
Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar

Skala

1
Sangat

Sebab

2
setuju

setuju

3
Tidak

4
Sangat

setuju

tidak
setuju

Pengajaran

guru

tidak

menarik
Guru tidak

2
40%

3
60%

menggunakan

1
20%

4
80%

perlu

2
40%

3
60%

mengetahui

2
40%

3
60%

BBM yang sesuai


Banyak buku yang
dibaca
Tidak
penggunaan

perkataan

Jumlah

imbuhan

awalan

kemahiran

dengan

membaca

jawi

dan membina ayat


Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan saya dalam
pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan
awalan dalam membina ayat dan juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam
Mata Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%. Tujuan
penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untuk menyemak buku latihan kerana
dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang
Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya.
9.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Daripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh murid, saya

menjalankan

aktiviti seperti dibawah yang dianggap bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat

menguasai jawi dengan sebaik-baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:


9.1

Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan slaid power point dan membuat
penerangan imbuhan awalan.
9.2

9.3

Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan

Kaedah Flash Kad dan Imlak

10.0

9.4

Membina ayat berdasarkan gambar

9.5

Ujian Pos

PELAKSANAAN TINDAKAN
10.1
I.

Aktiviti 1

Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan seorang kakak yang berada

di dapur serta seoprang adik sedang membaca. Guru meminta semua murid menyatakan perlakuan yang dilihat
oleh mereka.Terdapat beberapa imbuhan awalan yang terdapat dalam tayangan slaid power point yang
dinyatakan oleh murid, iaitu;
Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar
Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar
Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar
Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar
Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar
Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar
II.
Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan.
Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil
daripada proses pengimbuhan akan terbentuk kata terbitan.

Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari,

makanan.
III.
Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut.
IV.
Pemerhatian:
Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila menggunakan bahan sebagai rangsangan.
Semua berlumba-lumba untuk memberi jawapan walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak tepat.
V.
Refleksi:
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid tidak diberikan bimbingan
untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat.
10.2

Aktiviti 2

I.

Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mempunyai

tulisan jawi kepada semua murid yang telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta
setiap murid didalam kumpulan menekap perkataan imbuhan awalan dengan tulisan jawi yang cantik dan
mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap kumpulan yang diwujudkan terdapat dua orang murid.
Seorang murid pandai bacaan jawi dan seorang lagi murid lemah dalam bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan
jawi akan membantu murid yang lemah bacaan untuk membaca sehingga lancar.
II.
Pemerhatian:
Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan yang diberikan.
III.
Refleksi:
Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai bacaan jawi dengan lancar.
10.3
I.

Aktiviti 3

Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang

mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan warna yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan
imbuhan awalan yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut dibaca secara kelas dan
individu.
II.

Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan berimbuhan awalan

mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang diberikan melalui bacaan guru pada kad yang telah
digunakan pada aktiviti bacaan ( kaedah imlak)
III.
Contohnya,

ber
berlari
bersukan
bersenam

be
berasa
belajar

ter
terlaris
tersepak
terminum

te
terasa
terendam
terancang

me
memasak
menulis
memukul

mem
membaca
memberitahu

men
mendapat
mencatat

Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan


IV.
Pemerhatian
Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;

Markah
A ( 80-100)
B( 60-79)
C( 40-59)
D (20-39)
E (0-19)

Peratus
25
62.5
12.5
0
0

Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan berimbuhan


Saya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk membacanya dengan betul.
Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru untuk dicatat
pada ruangan yang betul.
V.
Refleksi:
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya mengelaskan perkataan imbuhan
awalan mengikut jenisnya.
10.3

Aktiviti 4
I.

Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat gambar dan memahami

perlakuan gambar tersebut.


II.
Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak ular di kebun pisang
ayahnya.
III.
Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid.
IV.
Perbincangan mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar yang terdapat dalam ayat yang
dibina.
V.
VI.

Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid.


Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini dilaksanakan.

Aktiviti
Membina ayat
Perbincangan
Membaca ayat

Bilangan Murid
10
12
16

Peratus pencapaian
62.5
75
100

VII.
Pemerhatian :
Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini terbukti bahawa
menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk merangsang murid terlibat secara aktif dalam
aktiviti selain daripada dapat mengawal tingkah laku murid yang negative di dalam kelas.
VIII.
Refleksi
Saya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi,
langkah penerangan, perkembangan dan penutup.
10.4
I.

Ujian Pos

Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas ujian pos disediakan,

murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra tetapi diubah ayatnya dan imbuhan awalan bagi
perkataan.
II.
Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang
mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu
Bahagian A : Objektif.
Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks.
Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori.
Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai.
Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar.
III.
Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45 minit.
IV.
Pemerhatian:
Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang
murid tidak dapat membaca dengan lancar oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalan
untuk dijawab.
Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.

Pencapaian ( Gred)
A (80-100)
B (60-79)
C (40-69)
D ( 20-39)
E (0-19)
V.
Refleksi:
Dapatan Ujian Pos

menunjukkan

Walaubagaimanapun masih terdapat

bahawa

Bilangan Murid
4
8
3
1

terdapat

peningkatan

Peratus
25
50
18.75
6.25

pencapaian

dikalangan

murid.

seorang murid yang gagal dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal ini

adalah murid pemulihan khas jawi bagi kelas jQAF.


11.0

REFLEKSI KESELURUHAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan awalan ini. Rumusan tersebut ialah;
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.
Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan.
Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan awalan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang
menyumbang kepada peningkatan markah dalam ujian pos. Pada keseluruhan dapat disimpulkan bahawa
pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil oleh guru.

Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian pos

Pencapaian
Lulus
Gagal
Jumlah

Ujian Pra
62.50
37.50
100

Ujian Pos
93.75
6.25
100

Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian pra. Manakala dalam ujian
pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang murid gagal dengan peratusan 6.25%.Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan
imbuhan awalan.
Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran membaca jawi nampak
berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktiviti
yang dirancang oleh guru.
12.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Saya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam membantu murid-murid untuk

menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi yang betul. Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata kaedah
bahan dan imlak ini banyak membantu murid menguasai penggunaan imbuhan walaupun

masih terdapat

kelemahan dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan kaedah imlak ini dalam bidang
lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Al Quran. Saya juga akan mencadangkan kaedah ini
untuk diaplikasikan oleh guru guru mata pelajaran lain terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi
memantapkan lagi penggunaan bahasa di kalangan murid murid dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu juga
saya juga akan menyarankan supaya semua guru sentiasa menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik
perhatian murid dalam pelajaran yan diajar disamping dapat mengukuhkan ingatan mereka terhadap
pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru.
13.0

BAHAN YANG DIPERLUKAN


Bahan bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah:
Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping
Marker pen
Gunting
Pembaris
Kertas A4
Set Soalan Pendidikan Islam pra ujia -16 set
Set Soalan Pendidikan Islam ujian pos- 16 set
Komputer riba
Lcd Projektor

14.0

ANGGARAN KOS
Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :
Kad Imbasan
Marker Pen
32 set Soalan Ujian

x RM1.00

RM15.00

RM6.00

RM32.00

BIBLIOGRAFI
Jauharah Hj. Tak& Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin& Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (untuk sekolah rendah
dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim:
Penerbit UPSI.
Mohd. Radzi Misran & Haris Yusof. (1997). Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu (KVKV).Selangor:
Edusystem Sdn. Bhd. Selayang.
Laman Web
wannoorainiwmp51992.blogspot.com/
http://www.ppdsetiu.net/index.php?option=com_content&view=article&id=197%3Acontoh-kajiantindakan&catid=105%3Amakluman&Itemid=137
http://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdf
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CGsQFjAH&url=http%3A
%2F%2Fsktu4jb.50webs.com%2FKajian_tindakan%2FPanduan-asas-eprd-dan-contohpelaporan.doc&ei=zQ2iUMqzJ4bwrQfOu4HQCQ&usg=AFQjCNGOmv3FqjeaGRE4igiD6InRxPyBg&sig2=73yXugYG-RVxiLJb6AS0Cg

LAMPIRAN 1

GAMBAR PERLAKUAN DATUK SEDANG BERJALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MURID MENCIPTA
IMBUHAN AWALAN BERDASARKAN PEMERHATIAN MEREKA.

MURID MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG DILIHAT.


LAMPIRAN 2 :

1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dijadikan sebagai garis panduan
dan rujukan perdana para pendidik semasa melaksanakan tugas-tugas
pendidikan. Para guru perlu menyedari hakikat bahawasanya tugas dan
tanggungjawab mereka tertumpu kepada penyampaian ilmu pengetahuan dan
pembentukan modal insan yang perlu diberikan perhatian yang serius. Dalam
pendidikan negara, kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk
menguasai kecekapan berbahasan dan komunikasi dengan menggunakan
tatabahasa secara betul dan tepat (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2013).
Seiring dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013

2025 (PPPM) yang komited ingin meningkatkan pencapaian setiap murid dan
kualiti pendidikan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) distrukturkan
kepada pendekatan modular. Unit-unit kecil yang terkandung dalam KSSR terdiri
daripada beberapa modul termasuklah Modul Tatabahasa (Zaini, 2013) Standard
Kandungan Aspek Tatabahasa digubal bertujuan untuk menentukan keupayaan
murid menguasai asas kemahiran berbahasa dengan penggunaan nahu yang
betul dan tepat. Dalam hal ini, guru dilihat berperanan penting untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa ini secara
penggabungjalinan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran lisan,
membaca atau menulis. Oleh hal yang demikian, pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa wajar diajarkan dengan berfokus dan terancang. Kemahiran menulis
adalah salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid. Terdapat
sebilangan murid sekolah rendah yang masih lemah dalam menguasai
kemahiran berbahasa, terutamanya kemahiran menulis (Kamarudin Husin dan

Siti Hajar, 1997). Penguasaan kemahiran menulis amat penting dan perlu
diberikan penekanan sama da melalui perancangan pengajaran sistematik
(Yahya Othman, 2005). Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis amat
penting dan perlu dikuasai oleh murid. Penguasaan yang baik dalam kemahiran
menulis ini membolehkan murid melahirkan idea dan pendapat serta pandangan
mereka melalui penulisan (Farhan, 2013). Kemahiran menulis yang baik juga
dipengaruhi oleh penguasaan

2 aspek tatabahasa yang baik oleh seseorang murid. Aspek tatabahasa yang
terangkum dalam bidang morfologi ini mempunyai cakupan ilmu yang luas dan
salah satu daripadanya ialah aspek pengimbuhan kata. Oleh hal yang demikian,
saya akan menjalankan satu penyelidikan tindakan untuk meningkatkan
penguasaan menulis kata nama yang menerima imbuhan
peNdalam kalangan murid.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kelangsungan penyelidikan tindakan ini adalah daripada pelaksanaan praktikum
fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Raja Di Hilir Ekram, Jalan Pasir Puteh, Ipoh
selama lapan minggu. Sepanjang melaksanakan praktikum fasa kedua ini, saya
menimba pelbagai ilmu termasuklah ilmu pedagogi murid yang hadir daripada
pelbagai latar belakang keluarga. Sekolah ini merupakan sekolah kategori B yang
mempunyai hampir 150 orang murid. Saya telah ditugaskan untuk mengambil
alih kelas tahun 3 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia yang mempunyai 20
orang murid yang terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 9 orang murid
perempuan. Mereka mempunyai aras pengetahuan yang pelbagai, iaitu rendah,
sederhana dan tinggi. Berdasarkan pemerhatian serta temu bual dengan guru
kelas dan guru yang mengajarkan Bahasa Malaysia, saya mendapati bahawa
murid di dalam kelas ini masih lagi mengalami masalah dalam kemahiran
berbahasa terutamanya melibatkan kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. Selain itu, murid di dalam kelas ini juga mempunyai banyak masalah
dalam kemahiran menulis. Antaranya ialah mereka sering kali membuat
kesalahan ejaan, tanda baca, menjarakkan perkataan yang ditulis dalam ayat,
penggunaan huruf kecil dan huruf besar serta pengimbuhan kata yang tidak
menepati sistem ejaan yang betul. Hal ini telah menyebabkan murid tidak dapat
menguasai kemahiran menulis dan sering kali melakukan kesalahan yang sama.
Saya mengambil perhatian pada aktiviti menulis semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dengan membaiki dan memberikan bimbingan ketika
melaksanakan aktiviti di dalam kelas. Tetapi, murid masih melakukan kesilapan
yang sering berulang dan menampakkan kecuaian murid semasa aktiviti menulis
ayat sama ada menyalin semula daripada buku atau membina ayat sendiri
berdasarkan perkataan yang diberikan.

3 Berkisar kepada penyelidikan tindakan yang akan dilakukan, fokus yang


diberikan ialah kepada satu permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid,
iaitu penulisan kata nama terbitan dengan imbuhan
peN. Permasalahan ini turut berlaku pada murid tahun 3 dan dapat dikesan semasa
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kuala
Dipang, Jeram, Perak untuk praktikum fasa ketiga. Kesukaran murid untuk
menulis kata terbitan yang mempunyai imbuhan awalan
peNtelah dikenal pasti semasa saya melaksanakan ujian lisan atau soalan kuiz
kepada murid-murid mengenai pengimbuhan kata dengan awalan
peN. Murid di dalam kelas ini mempunyai 27 orang yang terdiri daripada pelbagai
aras pengetahuan, iaitu lemah, sederhana dan baik. Hampir sepuluh orang murid
telah berjaya mencapai tahap tertinggi dalam pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS), iaitu Band 6. Namun begitu, mereka juga menghadapi masalah untuk
menulis dan mengeja dengan baik. Rentetan daripada permasalahan ini, saya
telah membentuk soalan ujian untuk mengenal pasti tahap kritikal penguasaan
ejaan murid-murid mengenai penulisan kata terbitan berimbuhan awalan
peN. Sehubungan dengan itu, saya berasakan guru memainkan peranan penting
untuk memberikan kesedaran dan mendekati murid supaya lebih menghargai
dan berasa bertanggungjawab untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan.
Saya telah menggunakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (BSPP)
seperti kad perkataan, slaid power point, menjawab soalan latihan, dan menyalin
semula ayat yang diberikan sebagai bahan rangsangan dan secara tidak
langsung dapat membantu murid menguasai kemahiran berbahasa terutamanya
kemahiran menulis dan mengeja.
3.0 TINJAUAN LITERATUR
Imbuhan merupakan morfem terikat yang diletakkan sama ada di awal, di
tengah atau di akhir sesuatu kata akar atau kata dasar untuk membentuk satu
kata baru. Morfem terikat tersebut lazimnya membawa makna kenahuan
tertentu yang mengubah makna kenahuan kata baru yang dihasilkan. Imbuhan
juga boleh ditakrifkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada
bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup
dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut: awalan, akhiran, sisipan, apitan,
morfem kosong, dan bentuk

4 fleksi (Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, Farid M.
Onn, 2011). Penggunaan imbuhan adalah salah satu aspek yang dapat
mengelirukan pengguna bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan yang paling
banyak mengelirukan ialah akhiran

kan
dan

i
serta
perpada pembentukan kata kerja transitif. Hal ini juga berlaku semasa penggunaan
bentuk imbuhan
peN, khususnya perbezaan antara
pedan
perdalam pembentukan kata nama. Kebanyakan penahu Melayu menghuraikan
imbuhan
peNbahasa Melayu
berdasarkan struktur dan fungsi. Zaba (1965
), Asmah (2011), Nik Safiah et. al (2011) dan beberapa lagi orang penahu
bersetuju mengatakan imbuhan ini selalunya merujuk kepada agen dan alat. Ada
juga penahu yang memberikan makna
peNsebagai penderita, kelaziman dan penanda abstrak. Dalam hal ini, makna yang
diberikan pada imbuhan
peNagak luas yang kadang kala bertindih dan secara tidak langsung boleh
menimbulkan kekeliruan dan kesilapan dalam penulisan (Hashimah dan Harith,

2009). Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan


tatabahasa dalam kalangan murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang,
Jeram, Perak. Dalam penyelidikan ini, didapati banyak kajian dilakukan terhadap
permasalahan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan murid, khususnya
dari aspek tatabahasa seperti penulisan huruf besar pada awal ayat, penulisan
tanda baca yang sesuai pada tempatnya, penulisan ayat yang menepati sistem
tatabahasa dan sebagainya. Namun demikian, tidak banyak kajian yang
dilakukan untuk melihat permasalahan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam
kalangan murid sekolah. Menurut Jeniri (2005), bahasa Melayu mudah untuk
dipelajari, tetapi susah untuk dikuasai. Dalam pembelajaran bahasa, Corder
(1973) dalam Baidura dan Jamilah (2012) telah mengkategorikan empat
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, iaitu pengguguran unsur-unsur yang
perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atai tidak tepat, pemilihan unsur yang
tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau bagaimanapun, menurut
Corder lagi, kategori-kategori tersebut belum mencukupi untuk menjelaskan
kesalahan seterusnya beliau menyertakan kesalahan bagi peringkat-peringkat
linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon.

5 Merujuk kepada kajian-kajian lepas, Baidura dan Jamilah (2012) turut


menyentuh mengenai kesalahan penggunaan imbuhan dalam kalangan pelajar
asing di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Setiap kesilapan dan
kesalahan penggunaan imbuhan telah dikenal pasti dengan Analisis Kesalahan
Tatabahasa menerusi penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
asing. Ahmad Shahril (1996) menyimpulkan bahawa pelajar yang kurang
melakukan latihan aspek-aspek tatabahasa didapati mempunyai pencapaian
yang lemah dalam aspek-aspek tersebut.
4.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang akan dijalankan berfokuskan kepada permasalahan dalam imbuhan
peNberdasarkan penerapan kaedah GUK. Kaedah GUK ini dijangka dapat
meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam aspek tatabahasa,
khususnya dalam pengimbuhan kata nama terbitan imbuhan
peN. Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya,
saya akan memfokuskan kajian ini kepada masalah dalam penggunaan imbuhan
peN. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, saya mendapati
murid-murid dilihat kurang menunjukkan minat terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu. Hal ini menjadi salah satu punca kepada permasalahan ini berlaku.
Permasalahan yang ketara diperoleh berdasarkan pemerhatian dan latihan

bertulis yang dijalankan ialah murid tidak boleh menulis ini juga bukan sahaja
berlaku semasa menulis imbuhan awalan
peN, malahan meliputi semua penulisan imbuhan yang lain. Setelah beberapa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan, saya masih dapat mengesan
kegagalan murid untuk menulis kata nama berimbuhan
peNdengan betul, walaupun sudah diberikan penerangan secara mudah dan ringkas
agar mereka dapat memahami tatacara penulisan yang betul. Awalan
peNmerupakan antara awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu
(Nik Safiah Karim, Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, Farid M. Onn,
2011). Bentuk awalan
peNboleh terdiri daripada empat bentuk, iaitu
pe,

6
pem,
pen, dan
peng. Namun demikian, perbezaan bentuk awalan ini bergantung kepada dua, iaitu:
Perbezaan bentuk-bentuk awalan
peN-

Faktor fonologi Faktor perkembangan dan perancangan bahasa


Jenis huruf pertama pada kata dasar yang akan bercantum dengan awalan itu.
Menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi
bahasa Melayu.

Jadual 1.1
: Perbezaan Bentuk-bentuk Awalan
peNHashimah dan Harith (2009) menulis, penulisan imbuhan
peNjuga menyentuh aspek makna dan fungsi. Menurut Hashimah dan Harith lagi,
apabila imbuhan
peNbergabung dengan kata dasar daripada pelbagai kelas kata yang membentuk
kata terbitan, fungsi makna yang akan diimplikasikan boleh mempunyai
sekurang-kurangnya dua fungsi atau lebih. Namun demikian, fokus kajian ini
lebih menjurus kepada kaedah penulisan imbuhan
peNyang menepati hukum tatabahasa dan maknanya. Meskipun imbuhan
peNini menyentuh hal kepelbagaian fungsinya, namun perkara tersebut terpaksa
dikesampingkan bagi memudahkan murid terlebih dahulu memahami serta
menguasai penulisan imbuhan
peNdengan betul.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian yang akan saya jalankan ini, terdapat beberapa objektif yang perlu
dicapai pada akhir kajian saya. Terdapat dua bentuk objektif yang ditetapkan
dalam kajian saya ini, iaitu objektif umum dan objektif khusus. 5.1 Objektif
Umum Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan penguasaan murid
tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dalam penulisan kata nama
berimbuhan
peNyang juga merupakan salah satu daripada subtajuk sistem bahasa KSSR.

7 5.2 Objektif khusus Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk: i.


Meningkatkan penguasaan murid menulis kata nama berimbuhan
peNmelalui kaedah GUK. ii. Meningkatkan mutu pengajaran guru melalui kaedah
GUK ketika melaksanakan pengajaran sistem bahasa. iii. Menarik minat murid
untuk mempelajari imbuhan kata nama
peNmelalui kaedah GUK.
6.0 SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang saya akan jalankan ini adalah seperti berikut: i. Adakah
kaedah GUK dapat membantu meningkatkan penguasaan murid tahun 3 dalam
penulisan kata nama berimbuhan
peN? ii. Adakah kaedah GUK dapat meningkatkan mutu pengajaran guru? iii. Adakah
kaedah GUK dapat menarik minat murid tahun 3 untuk mempelajari imbuhan
kata nama
peN?
7.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian saya ini merujuk kepada murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kuala
Dipang, Jeram, Perak. Seramai 27 orang murid di dalam kelas tersebut. Terdapat
juga lima orang murid pemulihan dan seorang murid LINUS, justeru seorang
murid LINUS tersebut akan dikecualikan daripada kajian saya. 26 orang murid
yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan
berbangsa Melayu. Secara amnya, usia sampel ini adalah dalam lingkungan
sembilan tahun. Semua sampel ini merupakan murid yang berada pada tahap

yang pelbagai dalam pencapaian akademik; lemah, sederhana dan baik. Semua
sampel ini juga

8 mengikuti sesi persekolahan seperti biasa waktu-waktu persekolahan. Muridmurid tahun 3 ini menetap di kawasan sekitar sekolah dan juga taman
perumahan di kawasan Jeram serta Bandar Baru Kampar. Kebanyakan mereka
daripada golongan keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah.
8.0 RANCANGAN TINDAKAN
Setelah mengenal pasti masalah murid, saya berasakan satu tindakan segera
perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Saya telah membuat keputusan
untuk menggunakan kaedah GUK bagi membantu murid-murid tahun 3
menguasai kemahiran penulisan kata nama berimbuhan
peN. Antara prosedur tersebut ialah: 8.1 Prosedur 1: Perbincangan bersama-sama
pensyarah pembimbing. Saya telah membuat perbincangan awal bersama-sama
pensyarah pembimbing, iaitu Puan Hasnah binti Awang mengenai tajuk dan juga
kaedah yang hendak dijadikan sebagai kajian. Perbincangan tajuk dan pemilihan
kaedah telah dilaksanakan ketika interaksi kuliah bersama-sama rakan yang lain
sebagai pendedahan dan gambaran awal terhadap penyelidikan tindakan. 8.2
Prosedur 2: Perbincangan bersama-sama guru pembimbing. Sebelum saya
melaksanakan kajian ini dengan lebih mendalam terhadap murid-murid, saya
akan berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Puan Rozana binti Om untuk mendapatkan khidmat nasihat, idea,
pendapat dan bimbingan daripada beliau bagi menambah baik lagi kajian dan
soalan-soalan yang dirancang. 8.3 Prosedur 3: Membina item soalan Setelah
berbincang dengan guru pembimbing, saya telah membina item soalan yang
akan digunakan sebagai alat pengujian dan pemerolehan data daripada murid.
Pembinaan item soalan juga perlu merujuk kepada sumber-sumber yang
berkaitan dan tepat. Oleh hal yang demikian, beberapa buah buku dijadikan
sebagai

9 rujukan seperti Tatabahasa Dewan, Siri Tatabahasa: Kata Terbitan dan bukubuku kerja yang diakui menepati hukum tatabahasa dari segi binaan soalan dan
cadangan jawapan. Soalan-soalan yang dibina juga mengikut tahap pencapaian
murid yang pelbagai; baik, sederhana dan lemah. Saya juga telah mendapatkan
rekod pencapaian murid-murid untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan
semasa membina soalan. Perkataan-perkataan yang dipilih juga tidak begitu
sukar dan mudah difahami oleh murid. 8.4 Prosedur 4: Menjalankan ujian pra
Murid diminta untuk menulis kata terbitan menggunakan imbuhan awalan
peN-

berdasarkan kata dasar yang telah diberikan. Kata dasar tersebut disusun
mengikut aturan abjad dan terdapat beberapa abjad yang tidak disertakan
seperti abjad Q, X dan Z kerana jarang menerima imbuhan awalan
peN. Murid menjawab soalan yang diberikan tanpa sebarang bantuan dan bimbingan
daripada guru serta tiada perbincangan dalam kalangan murid semasa
menjawab soalan tersebut. Hal ini bertujuan untuk menguji kefahaman dan
pengetahuan murid mengenai imbuhan awalan
peNyang sering digunakan dalam kehidupan mereka. 8.5 Prosedur 5: Intervensi
Kaedah GUK Latih tubi bertindak sebagai penguat kepada penguasaan murid
tentang penulisan kata nama berimbuhan awalan
peN. Latih tubi digunakan bagi mengukur tahap perkembangan murid. Tambahan
pula, kepekaan murid bagi membuat latihan berkenaan penulisan kata nama
berimbuhan awalan
peNjuga membantu meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam penulisan yang
baik dan betul. Di samping memberikan latih tubi, saya akan menerangkan
kaedah yang boleh membantu mengatasi kekeliruan murid untuk menulis kata
nama berimbuhan awalan
peN. Kaedah tersebut dinamakan sebagai Gugur, Ubah, Kekal (GUK).
Kaedah GUK juga merupakan intervensi utama saya untuk menjalankan
penyelidikan ini. Intervensi ini juga berbentuk pemberian soalan-soalan latihan
yang

10 berkaitan dengan fokus kajian yang akan dijalankan terhadap sampel. Dalam
latih tubi tersebut, saya akan menyediakan soalan yang berkaitan dengan kata
berimbuhan awalan
peNini dan murid akan menuliskan jawapan yang betul di ruangan yang disediakan.
Semua hasil kerja sampel akan dikumpulkan dan dianalisis untuk dilihat
perkembangan dari segi penguasaan dan kefahaman terhadap penulisan
imbuhan awalan
peN-

dengan kaedah GUK ini..


9.0 TEKNIK PENGUMPULAN DATA
Dalam kajian yang dijalankan, saya akan menggunakan tiga jenis instrumen
khusus bagi mendapatkan data serta mengumpul data dan maklumat. Tiga
instrumen khusus yang dipilih adalah seperti berikut: i. Ujian pra dan pos ii.
Pemerhatian iii. Analisis dokumen 9.1 Ujian Pra dan Pos Ujian pra dan pos
merupakan satu set soalan yang digunakan bagi mengetahui kefahaman awal
murid sebelum mereka menjalani rawatan atau penambahbaikan, iaitu aktiviti
kajian ini serta mendapatkan hasil selepas menjalani aktiviti. Kedua-dua ujian ini
mempunyai julat masa yang tersendiri untuk dilaksanakan. Setelah itu, tindakan
rawatan dilakukan berdasarkan masalah yang telah dapat dikenal pasti dan
diperoleh daripada ujian pra yang dijalankan. Ujian pos hanya akan dilakukan
setelah sampel menerima rawatan bagi menguji keberkesanannya. Menerusi
kedua-dua dapatan ini, saya dapat mengenal pasti sama ada keberkesanan
tindakan yang telah dijalankan terhadap sampel. 9.2 Pemerhatian Pemerhatian
merupakan salah satu instrumen pengumpulan data yang akan dijalankan
sepanjang kajian. Satu senarai semak yang ringkas akan dibina bagi

11 memantau perkembangan murid sepanjang tempoh kajian dijalankan serta


nota lapangan yang mencatat setiap perkembangan yang ditunjukkan oleh
murid. Beberapa kriteria akan dinilai dalam pemerhatian yang akan dilakukan.
Pemerhatian yang akan dilakukan ini merupakan pemerhatian berstruktur kerana
melalui senarai semak dan nota lapangan. 9.3 Analisis Dokumen Di samping
menggunakan ujian pos dan pra dan pemerhatian, saya juga akan menggunakan
teknik analisis dokumen untuk mendapatkan data. Pengutipan data dan
maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membanding
dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian
dan ujian pra. Dokumen ini kemudiannya akan dianalisis untuk meninjau
perubahan dan perkembangan bentuk, pola, trenda yang berlaku selain
menyediakan bukti kukuh untuk menyokong kesahan teknik ujian pra dan
pemerhatian. Sehubungan dengan itu, dokumen yang akan dikumpulkan
merupakan hasil kerja murid, iaitu melalui lembaran-lembaran kerja yang
melibatkan imbuhan awalan kata nama
peN.
10.0 TEKNIK ANALISIS DATA
Dalam analisis dan menginterpretasi data, saya akan melakukan penganalisisan
terhadap semua data mentah yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh
pelaksanaan kajian tindakan ini. 10.1 Ujian Pra dan Pos. Hasil dapatan daripada
ujian pra dan pos akan dianalisis dalam bentuk penjadualan markah dan
pemplotan graf. Contohnya:

12
BORANG REKOD PEMARKAHAN MURID (UJIAN PRA / UJIAN POS)

BIL NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN POS CATATAN M G M G


1. R1 2. R2 3. R3 4. R4 5. R5 6. R6 7. R7 8. R8 9. R9 10. R10 11. R11 12. R12 13.
R13 14. R14 15. R15 16. R16 17. R17 18. R18 19. R19 20. R20 21. R21 22. R22
23. R23 24. R24 25. R25 26. R26 Catatan: - R: Responden - M: Markah - G: Gred

13 10.2 Pemerhatian Melalui pemerhatian, saya menggunakan catatan nota


lapangan tidak berstruktur. Dalam hal ini, saya akan membuat catatan tindakan
peserta kajian. Aspek yang akan saya catatkan ialah reaksi sampel kajian
semasa menerima setiap helaian lembaran kerja yang berlainan soalan dan aras,
menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja dan reaksi sesi
menyemak hasil jawapan bersama-sama guru. Berikut merupakan contoh nota
lapangan yang akan digunakan.
BORANG CATATAN NOTA LAPANGAN
Nama Peserta : Nama Pencatat: Bil. Tarikh/Hari Masa/Tempat Latihan Catatan

14

15
11.0 JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Jadual 1.2
: Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan.

16
12.0 KOS KAJIAN
Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini disertakan
seperti berikut:
BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS
1 Kertas A4 5 RM 50 RM 50 2 Dakwat pencetak 1 RM 80 RM 80 3 Cetakan bahan
dan laporan kajian 100 RM 0.10 RM10 4 Buku catatan guru 1 RM 10 RM10 5
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) 1 RM20 RM 20 6. Penjilidan
laporan kajian 5 RM20 RM 100
JUMLAH RM 270

17
13.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, akhirnya saya berjaya melaksanakan
tugasan Kertas Cadangan Kajian Tindakan Bahasa Melayu. Tugasan ini
memerlukan saya mengenal pasti masalah yang timbul dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) Bahasa Malaysia, sekali gus menentukan isu yang akan
diutarakan untuk menjadi fokus kajian. Sehubungan dengan itu, saya juga perlu
membuat sorotan literatur berdasarkan isu kajian dan menyediakan kertas
cadangan bagi kajian tindakan berdasarkan isu yang telah dipilih. Saya juga
membuat rujukan menggunakan buku Kajian Tindakan dan jurnal bahasa untuk
menyiapkan kajian tindakan ini. Penulisan kertas cadangan kajian tindakan ini
dimulakan sedikit awal memandangkan saya telah menemukan satu
permasalahan yang dilalui semasa menjalani praktikum kedua. Tajuk dan fokus
kajian ini telah diputuskan semasa perbincangan di dalam interaksi kuliah
bersama-sama pensyarah, Puan Hasnah binti Awang. Memandangkan tajuk dan
isu telah ditemui dan diputuskan, saya telah melanjutkan kajian saya dengan
mencari bahan-bahan untuk dijadikan sebagai literatur dan meneliti aspek-aspek
yang perlu ditekankan dalam kajian ini. Semasa proses menyiapkan sorotan
literatur bagi tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih meluas mengenai

para pengkaji lain yang telah membuat kajian. Saya juga mengetahui pelbagai
kaedah yang sesuai dengan fokus kajian yang ingin dilaksanakan. Dengan
adanya maklumat ini, saya dapat menyiapkan sorotan literatur ini dengan
rujukan daripada jurnal dan laman sesawang berdasarkan rujukan yang telah
saya dinyatakan. Dengan adanya rujukan-rujukan daripada buku-buku kajian
tindakan, saya dapat menyempurnakan cara mengumpul dan menganalisis bagi
kertas cadangan ini. Saya berasakan bahawa tugasan ini sangat berfaedah dan
memainkan peranan yang penting kepada saya kerana perlu mengenal pasti isu
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terperinci. Pembacaan yang
mendalam mengenai buku dan jurnal-jurnal kajian tindakan ini membolehkan
saya memperbaiki mutu penulisan saya pada masa yang akan datang.

18 Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah penyelia selaku
pensyarah pembimbing bagi praktikum ketiga ini, iaitu Puan Hasnah binti Awang.
Beliau telah memberikan tunjuk cara sepanjang saya menghasilkan proposal ini.
Sementara itu, saya juga meminta pandangan daripada beliau mengenai buah
fikiran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proposal saya ini. Pelbagai idea
dan sesi perbincangan dilakukan memastikan penghasilan proposal ini berjalan
lancar. Tidak dilupakan juga kepada guru pembimbing, Puan Rozana binti Om
yang telah membantu dalam memberikan idea dan pandangan sepanjang kajian
dilakukan di sekolah. Akhir sekali saya ingin mengucapkan alhamdulillah dan
terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dan rakan-rakan
secara langsung atau tidak langsung kerana memberi ruang dan peluang kerana
membantu saya melakukan proposal kajian tindakan ini.
Download DOCX

Kertas Cadangan untuk Penyelidikan Tindakan PISMP

Uploaded by
Fathul Dahlan
18 Pages
DOWNLOAD
Sign In
Sign up

Before we can start your download,


please take a moment to join our community
of 19,620,289 academic researchers.

Connect
Connect

Sign up with email


Top of Form
?

VmZvCvQ68dVQ

We're sorry. There were some errors with your registration:

signup_w all

34647877

true

By signing up, you agree to our Terms

Bottom of Form

Download PDFs for


over 5.5 Million papers

Share your papers


with other researchers

See analytics on your


profile & papers

Follow other people


in your field
Close
Log In
Log In with Facebook
Log In with Google
or
Top of Form
VmZvCvQ68dVQ

Email:
Password:

Remember me on this computer

Log In

Bottom of Form
or reset password

Top of Form
?

VmZvCvQ68dVQ

Enter the email address you signed up with and we'll email you a reset link.
Email me a link

Bottom of Form
Need an account? Click here to sign up
Job Board
About
Press
Blog
Stories
Terms
Privacy
Copyright
We're Hiring!
Help Center
Academia 2015

Anda mungkin juga menyukai