Anda di halaman 1dari 8

Pengecas turbo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sila bantu memperbaiki rencana atau bahagian ini dengan
mengembangnya.
Maklumat selanjutnya dapat ditemui di Laman Perbincangan atau di
permintaan untuk pengembangan.

Jika anda ingin membantu, sumbangan anda dialu-alukan.


Rencana ini sedang diusahakan oleh: Hezery99
Catatan: Penggunaan templat ini adalah tidak digalakkan.

Keratan rentas pengecas turbo dengan alas kerajang.


Pengecas turbo atau turbo, merupakan alat pemampat gas yang digunakan bagi tujuan
pernafasan paksaan pada enjin pembakaran dalaman. Seperti juga pengecas lampau,
tujuan utama pengecas turbo ialah bagi meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke
dalam enjin untuk menghasilkan lebih kuasa. Walau bagaimanapun, pengecas turbo
terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin, yang juga digerakkan oleh gas
ekzos enjin itu sendiri, dan bukannya secara pacuan mekanikal terus seperti mana
pengecas lampau.

Isi kandungan
[sorok]

1 Prinsip kerja
2 Sejarah

2.1 Penerbangan
2.2 Automotif
3 Komponen pengecas turbo
4 Aplikasi automotif
5 Sifat pengecas turbo
6 Lihat juga

7 Rujukan

o
o

[sunting] Prinsip kerja


Sebuah pengecas turbo merupakan daripada satu kipas pemampat kecil yang digerakkan
oleh gas ekzos enjin. Sebuah pengecas turbo terdiri daripada satu turbin dan satu
pemampat pada aci yang sama. Turbin menukarkan gas ekzos kepada daya putaran, yang
seterusnya menggerakkan pemampat. Pemampat menarik masuk udara dan
mengepamnya ke rongga masukan pada tekanan yang lebih tinggi, menghasilkan lebih
banyak jisim udara yang memasuki enjin pada setiap lejang masukan.
Objektif pengecas turbo adalah sama seperti pengecas lampau; iaitu untuk meningkatkan
kecekapan volumetrik enjin dengan menyelesaikan had kardinalnya. Sesebuah enjin
pernafasan biasa hanya menggunakan gerakan lejang omboh ke bawah untuk
menghasilkan kawasan tekanan rendah untuk menarik udara masuk ke silinder melalui
injap masukan. Oleh kerana tekanan atmosfera adalah tidak melebihi 1 atm (lebih kurang
101.3 kPa), sudah tentulah terdapat had perbezaan tekanan merentasi injap masukan dan
seterusnya jumlah udara masuk ke kebuk pembakaran. Oleh kerana pengecas turbo
meningkatkan tekanan udara masuk ke silinder, maka lebih banyak udara (oksigen) akan
dipaksa masuk ke silinder apabila tekanan rongga masukan meningkan. Aliran udara
tambahan ini membolehkan enjin untuk mengekalkan tekanan kebuk pembakaran dengan
beban udara/bahan api walaupun pada kelajuan enjin yang tinggi, meningkatkan keluaran
kuasa kuda serta kilasan enjin.
Oleh kerana tekanan udara tidak boleh naik terlalu tinggi untuk mengelakkan ketukan
enjin serta kerosakan fizikal yang lain, tekanan udara masuk mestilah dikawal dengan
mengawal kelajuan putaran pengecas turbo. Fungsi tersebut dilakukan oleh wastegate,
yang mengalirkan sebahagian gas ekzos memintasi turbin ekzos. Ia mengawal kelajuan
aci dan mengawal tekanan udara pada rongga masukan.

[sunting] Sejarah
Pengecas turbo dicipta oleh seorang jurutera Switzerland bernama Alfred Bchi. Beliau
memohon paten untuk pengecas turbo ciptaannya pada tahun 1905.[1] Kapal dan
lokomotif diesel dengan pengecas turbo mula dikeluarkan pada sekitar tahun 1920an.

[sunting] Penerbangan

Semasa Perang Dunia Pertama, jurutera Perancis, Auguste Rateau[2] memasang pengecas
turbo pada enjin-enjin Renault yang digunakan pada pelbagai pesawat pejuang Perancis
dengan sedikit kejayaan.[3]
Pada tahun 1918, jurutera General Electric Sanford Moss memasang turbo pada enjin
kapal terbang V12 Liberty. Enjin tersebut diuji di Pikes Peak di Colorado pada ketinggian
4,300 m untuk demonstrasi sama ada ia boleh menghapuskan kehilangan kuasa yang
dialami pada enjin pembakaran dalaman yang diakibatkan oleh ketumpatan dan tekanan
udara yang berkurangan pada altitud tinggi.[4]
Pengecas turbo mula dikeluarkan pada enjin kapal terbang pengeluaran pada tahun
1930an sebelum Perang Dunia Kedua. Tujuan utama penggunaan pada kapal terbang
adalah untuk membolehkan kapal terbang untuk terbang pada ketinggian yang lebih
tinggi, dengan meningkatkan tekanan atmosfera yang rendah pada altitud tinggi. Kapal
terbang seperti P-38 Lightning, B-17 Flying Fortress, dan P-47 Thunderbolt kesemuanya
menggunakan pengecas turbo bagi meningkatkan kuasa kuda enjin pada altitud tinggi.

[sunting] Automotif
Lori turbo pertama dikeluarkan oleh "Schweizer Maschinenfabrik Saurer" (Swiss
Machine Works Saurer) pada tahun 1938.[5]

Enjin turbo Chevrolet Corvair Pengecas turbo, di bahagian atas kanan, membekalkan
udara bertekanan ke enjin melalui paip-T krom yang melalui enjin.
Enjin turbo kereta pengeluaran pertama dikeluarkan oleh General Motors pada tahun
1962. Kereta Oldsmobile Cutlass Jetfire dan Chevrolet Corvair Monza Spyder keduaduanya dipasang dengan pengecas turbo. Saab merupakan pengeluar kereta pertama yang
berjaya memasang pengecas turbo pada kereta pengeluaran biasa. Ia terhasil daripada
pengenalan injap wastegate yang berfungsi melegakan tekanan berlebihan.[6]
Enjin kereta turbodiesel pertama di dunia ialah kereta Mercedes 300SD dan Peugeot 604,
kedua-duanya diperkenalkan pada tahun 1978. Kini, sebahagian besar kereta diesel
menggunakan pengecas turbo.

[sunting] Komponen pengecas turbo

Terdapat lima komponen utama dalam sesebuah sistem pengecas turbo iaitu pemampat,
turbin, injap "wastegate" dan injap "blow-off".

Pemampat - Pemampat bagi sistem turbo adalah dari jenis pemampat bilah jejari
yang berfungsi memaksa udara masuk ke enjin dan memampatkannya pada
tekanan tinggi. Ia disambung ke turbin melalui satu aci dan ditempatkan bersamasama dengan turbin di dalam perumah yang sama.
Turbin - Seperti pemampat, turbin juga terdiri daripada jenis turbin bilah jejari
yang bersambungan dengan pemampat. Ia digerakkan oleh gas ekzos enjin itu
sendiri dengan kelajuan putaran sehingga setinggi lebih 120,000 rpm. Putaran
turbin yang sangat tinggi ini memerlukan ia disokong oleh alas khas yang
dilincirkan oleh aliran minyak pelincir yang berterusan.
Injap "wastegate" - Injap ini berfungsi sebagai injap kawalan tekanan gas ekzos
agar tekanan gas ekzos tidak akan menyebabkan turbin berputar terlalu tinggi
sehingga merosakkan turbin itu sendiri. Pada tekanan boost yang ditetapkan, injap
"wastegate" membuka satu laluan sampingan yang memintas turbin untuk
mengawal putaran maksimum turbin.
Injap "blow-off" - Injap ini secara ringkasnya adalah injap pelega tekanan yang
melepaskan sebahagian tekanan udara termampat apabila pendikit dilepaskan agar
tekanan udara masuk tidak merosakkan unit pengecas turbo kerana tiada jalan
keluar.
Penyejuk perantara - Penyejuk perantara adalah alat penukar haba yang
menyerupai radiator dan berfungsi menyejukkan udara termampat bertekanan
tinggi untuk meningkatkan ketumpatannya. Walau bagaimanapun, sesetengah
sistem pengecas turbo dengan tekanan boost yang rendah tidak memerlukan
penyejuk perantara.

Pemampat

Turbin

Injap "wastegate"

[sunting] Aplikasi automotif


[sunting] Sifat pengecas turbo
[sunting] Lihat juga

Pernafasan paksaan
Enjin pernafasan biasa
Pengecas lampau
Pengecas berkembar

[sunting] Rujukan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

"The turbocharger turns 100 years old this week"


wikipedia.fr: Auguste Rateau
Air & Space Magazine: Hill Climb
[1] Air & Space Magazine: Hill Climb
BorgWarner turbo history
"Saab - Saab". Saab.fi. http://www.saab.fi/fi/fi/start#/world/heritage/history/.
Diambil 2009-09-23.

Don Sherman (February 2006). "Happy 100th Birthday to the Turbocharger".


Automobile Magazine.
http://www.automobilemag.com/features/news/0602_turbocharger_history/index.
html.
Andrew Noakes (18 March 2005). "Audi Quattro". Pistonheads.
http://www.pistonheads.com/doc.asp?c=52&i=10065.
NASA Oil Free Turbocharger

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengecas_turbo"


Kategori: Rencana perlu dikembangkan | Semua rencana perlu dikembangkan | Enjin
kenderaan | Sistem kenderaan
Kategori tersembunyi: Semua rencana dengan kenyataan tak bersumber
Alatan peribadi

Log masuk / buka akaun

Ruang nama

Rencana
Perbincangan

Kelainan

Pandangan

Baca
Sunting
Lihat sejarah

Tindakan

Gelintar

Pandu arah

Laman Utama
Tinjau
Hal semasa
Rencana rawak

Perhubungan

Tentang Wikipedia
Portal masyarakat
Perubahan terkini
Hubungi kami
Menderma
Bantuan
Kedai Kopi

Cetak/eksport

Cipta buku
Muat turun sebagai PDF
Versi boleh cetak

Alatan

Pautan ke laman ini


Perubahan berkaitan
Laman khas
Pautan kekal
Petik laman ini

Bahasa lain

Afrikaans

Bahasa Indonesia
Catal
esky
Dansk
Deutsch
Eesti

English
Espaol
Franais

slenska
Italiano

Magyar

Nederlands

Norsk (bokml)
Polski
Portugus
Romn

Simple English
Slovenina
Suomi
Svenska

Trke

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 09:49, 17 Januari 2011.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian
Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma
Penggunaan untuk butiran lanjut.

Dasar privasi
Perihal Wikipedia
Penafian

Anda mungkin juga menyukai