Anda di halaman 1dari 15

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

UNIT 8: PENGURUSAN KOKURIKULUM


KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH
8.0

Objektif

Di akhir topik ini, pelajar seharusnya dapat:


1. Membezakan beberapa definisi kelab dan persatuan;
2. Mengetahui rasional dan tujuan penubuhan kelab dan persatuan;
3. Membincangkan masalah dalam aktiviti kelab dan persatuan.
8.1 Pengenalan

Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai dan
digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan
program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam
Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau
Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan
persatuan sekolah dari kategori yang berikut:

Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
Hobi dan rekreasi;
Sukan dan permainan;
Badan beruniform; atau
Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan
yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran
kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang
mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan
tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang
dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan. Inisiatif dan
usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan kegiatan
kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah, apabila
pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan
mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara
bersepadu dan berterusan.
8.2 Definisi Kelab Dan Persatuan
Kelab dan persatuan bermaksud sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid
sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta
bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan
dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan masing-masing.
1

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

8.3 Rasional PenubuhanKelab Dan Persatuan


Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk
memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan.
Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus
dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi.
Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui prosesproses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara
langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


8.4 Matlamat Penubuhan Kelab Dan Persatuan
Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan
bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan
tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya
kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang
diceburi pada masa akan datang.
8.5 Objektif Penubuhan Kelab Dan Persatuan
8.5.1 Objektif Am
Guru-Guru dan murid-murid akan:
Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.
Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau
persatuan secara berkesan.
Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahliahli kelab atau persatuan yang dipimpin
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan
menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.
Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan
berwawasan.
8.5.2 Objektif Khusus
Guru-Guru dan murid-murid akan:
Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah
dalam konteks kependidikan dan kepimpinan
Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.
Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau
persatuan
Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan
kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.
Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara
berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
8.6 Tujuan Penubuhan/Pembentukan Kelab Dan Persatuan
Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat
kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

dan

Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.


Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.
Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.
Berkongsi sumber dan peralatan.
Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi
kepimpinan
3

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi


masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi

8.7 Kepentingan Menyertai Kelab Dan Persatuan


Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama dalam
kegiatan kelab dan persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid untuk
meneroka,
mencuba
atau
mencuba
jaya
sesuatu
tugasan/projek
yang
dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa dan
minat serta kebolehan diri yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan muridmurid dalam pembuatan projek seperti Program Robotik dan F1 In School maka amatlah
wajar pembelajaran di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi diperluaskan.
Maklum balas Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan
kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang
berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor
penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti
yang tidak menarik dan mencabar.
Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab
dan persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan
sukan/permainan. Isu ini memerlukan 3 penelitian yang menyeluruh terhadap pelaksanaan
kegiatan kelab dan persatuan disekolah agar suatu arah tuju yang baru selaras dengan
keperluan negara di masa akan datang dapat dihasilkan.
8.8 Jenis- Jenis Kelab Dan Persatuan
(a)

(b)

Persatuan Akademik
Berikut disenaraikan beberapa persatuan akademik:
Persatuan Agama Islam;
Persatuan Bahasa;
Persatuan Drama dan Kesusasteraan;
Persatuan Ekonomi Rumahtangga;
Persatuan Geografi/ Sejarah;
Persatuan Kebudayaan;
Persatuan Kemahiran Hidup;
Persatuan Perdagangan;
Persatuan Persuratan dan Bahas;
Persatuan Sains dan Matematik;
Persatuan Sains Kemasyarakatan; dan
Persatuan Tingkatan Enam.
Kelab Hobi dan Rekreasi
Berikut disenaraikan beberapa kelab-kelab hobi dan rekreasi:
Kelab Alat Pandang Dengar;
Kelab Astronomi;
Kelab Bina Badan;
Kelab Binaan / Bangunan;
Kelab Elektronik;
Kelab Equestrian;
4

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab

Kebajikan;
Keceriaan Sekolah;
Kembara;
Koir Sekolah;
Komputer
Koperasi;
Memancing;
Menaip;
Motor Mekanik;
Muzik dan Seni Suara;
Perlancongan;
Pembimbing Rakan Sebaya;
Pencinta Alam;
Pengguna;
Permainan Tradisional;
Perpustakaan / Pusat Sumber;
Rekreasi;
Seni Foto;
Seni Tampak / Halus;
Seni Tari;
Pandu Arah;
Wayang Gambar;
Pencegah Jenayah;
Rukun Negara; dan
Perlancongan.

(c) Kelab Sukan Dan Permainan


Subtopik ini akan menjelaskan antara kelab-kelab sukan dan permainan
(i) Permainan
Berikut disenaraikan beberapa jenis permainan di dalam kokurikulum:
Kelab Badminton;
Kelab Bola Jaring;
Kelab Bola Baling;
Kelab Bola Keranjang;
Kelab Bola Sepak;
Kelab Bola Tampar;
Kelab Bowling;
Kelab Bowling Padang;
Kelab Catur;
Kelab Dart;
Kelab Gasing Pangkah;
Kelab Gimnastik;
Kelab Gimrama;
Kelab Golf;
Kelab Hoki;
Kelab Karum;
Kelab Kriket;
5

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab
Kelab

Ping Pong;
Ragbi;
Sepak Takraw;
Sofbol;
Squasy;
Tenis; dan
Petanque.

(ii) Olahraga
Berikut disenaraikan beberapa jenis olahraga di dalam kokurikulum:
Kelab Berbasikal;
Kelab Olahraga;
Kelab Memanah;
Kelab Merentas Desa;
Kelab Motor / Go Kart; dan
Kelab Senamrobik.
(iii) Sukan Air
Berikut disenaraikan beberapa jenis sukan air di dalam kokurikulum:
Kelab Berkeno / Kayak;
Kelab Luncur Air;
Kelab Perahu Layar;
Kelab Perahu Naga;
Kelab Polo Air;
Kelab Renang;
Kelab Rowing (Berdayung);
Kelab Skuba;
Kelab Skuter Air;
Kelab Snorkeling; dan
Kelab Terjun.

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


8.9 Fungsi Aktiviti Persatuan/Kelab
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti Persatuan/Kelab yang berfungsi bagi pengukuhan
dan pengayaan:
(i)

Kuiz
Aktiviti ini antara lain dapat member peluang kepada murid-murid menambah
pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan.
(ii) Bahas dan Pidato
Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid mrnggunakan
kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan hujah dengan menggunakan
fakta.
(iii) Projek Membuat Kincir Air
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid menggunakan
pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan geografi, di samping dapat
meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


(c)

(i)

(ii)

8.10
a.

Aktiviti Sukan/Permainan
Berikut adalah beberapa contoh
pengukuhan dan pengayaaan:

aktiviti

kokurikulum

yang

berfungsi

bagi

Olahraga
Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentangilmu anatomi,
iaitu berkenaan sistem otot dan pembinaan otot yang kuat. Ini bukan sahaja
memperkukuhkan pelajaran mengenai biologi tetapi murid juga dapat memahami
konsep latihan dalam sukan dan menggunakan pengetahuan yang ada dalam latihan
itu.
Bola Sepak
Aktiviti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama,
ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri, dan ketepatan membuat
keputusan. Ia memberi peluang kepada murid- murid memperkukuhkan dan
memperkayakan pendidikan jasmani, nilai agama dan moral, sivik dan lain-lain.
Garis Panduan Mengendalikan Kelab Dan Persatuan
Mesyuarat Agung

Semasa Mesyuarat Agung,perkara-perkara yang penting ialah:


Perlantikan AJK
Mencatat kehadiran ahli
Membincangkan rancangan tahunan dan peraturan persatuan ( pakaian, kehadiran
dll )
Menetapkan yuran keahlian jika ada.(Dengan Kebenaran Pengetua)
Memaklumkan kepada semua ahli bahawa mereka tidak boleh menukar persatuan
selepas didaftarkan.

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

Memaklumkan kepada semua ahli tentang penilaian kokurikulum pada akhir tahun.
Maklumkan ahli menghantar salinan dokumen sakit atau surat yang menyatakan
sebab ketidakhadiran supaya tidak menjejaskan markah yang diperuntukkan untuk
kehadiran dalam penilaian akhir tahun. Ketidakhadiran bersebab tidak akan
mengambil kira dalam kehadiran.
Contoh : Jumlah bilangan perjumpaan ialah 12, kehadiran seorang ahli yang tidak
hadir dengan bersebab 2 kali ialah 10/10 dan bukan 10/12.

b.

Buku Pelaporan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform (Dokumentasi)

Kandungan Buku Pelaporan


Cover untuk buku pelaporan
Panduan Pengendalian Kokurikulum
Visi
Misi
Surat Lantikan Semua Guru Penasihat- 2 salinan setiap guru*
Perlembagaan ( KK 01 )
Undang-undang Tubuh Persatuan/Permainan/Unit Beruniform ( KK 02 )
Surat kebenaran Kutipan Yuran ( KK 03 ) - Jika ada 1 salinan*
Minit Mesyuarat Agung( KK 04 )
Minit Mesyuarat AJK ( KK 05 )
Senarai AJK
( KK 06 ) - 1 salinan*
senarai Ahli dan Kehadiran
( KK 07 )
Borang Analisis Ahli
( KK 08 ) - 1 salinan*
Rancangan Gerak kerja Tahunan
( KK 09 )
Laporan Kegiatan Kokurikulum
( KK 10 )
Laporan Tahunan
( KK 11 )
Penyata Akaun Tahunan
( KK 12 ) Jika ada
Surat Panggilan Mesyuarat / Taklimat
Lampiran seperti gambar-gambar aktiviti mingguan atau aktiviti khas, pencapaian
pertandingan dan lain-lain yang boleh dijadikan bukti setiap aktiviti. wajib ada
Tarikh akhir serahan awal Buku Pelaporan selepas mesyuarat agung ialah bulan Mac.
Buku Pelaporan yang lengkap dengan item a n diserahkan kepada P.Kanan
Kokurikulum bulan Mac.
Pada akhir tahun, fail yang lengkap mengandungi item a s dibukukan dan diserahkan
kepada P.Kanan Kokurikulum.
Tarikh akhir serahan : 31 Oktober.
Item bertanda * perlu dihantar segera kepada PK Kokurikulum (Seminggu lepas
Mesyuarat Agung)

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


c.

Perjumpaan/aktiviti
Semua Aktiviti mesti mengikut jadual yang ditetapkan.Segala pindahan/pertukaran
perlu mendapat kelulusan daripada PK Kokurikulum.
Guru-guru penasihat diminta berada di tempat perjumpaan sekurang-kurangnya 10
minit sebelum masa yang ditetapkan bagi melicinkan pengendalian mesyuarat dan
perjumpaan.
Semua guru penasihat WAJIB menghadiri setiap aktiviti yang
diadakan.
Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk menganjurkan sebarang
aktiviti TANPA KEHADIRAN guru penasihat/ Penurunan Kuasa oleh Guru Penasihat
Pastikan semua ahli berada ditempat yang ditetapkan semasa mesyuarat dan
perjumpaan dijalankan.
Guru penasihat PERLU MENCATATKAN kehadiran dan aktiviti yang dijalankan dalam
buku rekod kehadiran guru penasihat kokurikulum.
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pihak luar atau dijalankan di luar kawasan sekolah
MESTI mendapatkan kebenaran Pengetua/PK kokurikulum secara bertulis.
SEMUA KUTIPAN sumbangan / derma MESTI DISIMPAN oleh GURU PENASIHAT.
Pelajar boleh mengutip tetapi TIDAK BOLEH menyimpan sebarang kutipan.
Sebarang kutipan wang untuk aktiviti tidak dibenarkan KECUALI dengan kebenaran
pengetua.
Segala pengumuman aktiviti kokurikulum MESTI dibuat pada papan kenyataan yang
disediakan masing-masing dan semasa perhimpunan sahaja.

Untuk tujuan surat-menyurat kepada pihak luar/agensi kerajaan, semua guru


penasihat dikehendaki menulis surat melalui Pengetua mengikut format surat rasmi
dan menggunakan letterhead sekolah. Segala surat-menyurat/surat panggilan
mesyuarat hendaklah disimpan dalam fail persatuan/permainan/unit beruniform
masing-masing.
Guru penasihat diminta mengisi sijil-sijil (jika kosong) dan memberikan kepada
pelajar semasa perhimpunan rasmi. Satu salinan sijil mesti difailkan dalam fail sijil
kokurikulum di bilik Penolong Kanan Kokurikulum.
10

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


d.

Lawatan/Pertandingan

e.

Bagi pelajar yang menyertai lawatan/pertandingan, guru penasihat diminta


mengambil langkah-langkah berikut:
Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa /penjaga kepada pelajar yang terlibat.
Mendapatkan semula borang tersebut dan menyimpan dalam fail persatuan/kelab.
Menyenaraikan pelajar yang terlibat dan letakkan satu salinan di dalam buku
makluman guru di kaunter pejabat.
Memaklumkan kepada guru tingkatan mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam
lawatan/pertandingan tersebut.
Tuntutan wang saku pelajar adalah RM 3.00 untuk setengah hari aktiviti (sehingga
pukul 2.00 petang) Borang tuntutan boleh didapati dari bilik kokurikulum dan 2
salinan perlu dibuat dan dikepilkan bersama surat panggilan pertandingan / minit
mesyuarat yang mengandungi maklumat pertandingan sebagai bukti untuk tujuan
audit dan resit pendaftaran jika ada.

Papan Kenyataan Persatuan / Kelab / Unit Beruniform


Papan Kenyataan Kelab Persatuan/ Kelab Permainan / Unit Beruniform di Laman
Ilmu boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli
kelab/persatuan. Guru Penasihat yang mahu menyampaikan maklumat boleh
mendapatkan kunci daripada penyelaras Kelab/Persatuan/ Badan Beruniform atau
Setiausaha Kokurikulum. PASTIKAN MAKLUMAT TERKINI SAHAJA yang dilekatkan di
papan kenyataan.
Gunakan papan kenyataan untuk sebarang pengumuman penting kepada ahli agar
pelajar sentiasa peka dengan papan kenyataan yang diadakan di sekolah.
Papan kenyataan untuk Persatuan / Kelab / Unit Beruniform hendaklah digunakan
semaksimumnya. Sebarang keperluan sila jumpa Penyelaras Kelab Persatuan/Kelab
Permainan / Penyelaras Unit Badan Beruniform atau Setiausaha Kokurikulum.

f. Laporan Mesyuarat / Taklimat / Bengkel / Kursus / Lawatan / Pertandingan

Laporanmesti bertaip mengikut format yang ditetapkan oleh pihak sekolah.


Laporan mesti dihantar kepada PK Kokurikulum selewat-lewatnya seminggu selepas
menghadiri mesyuarat taklimat / bengkel / kursus / lawatan / pertandingan.
Sebarang sijil yang diperoleh perlu dibuat salinan dan diserahkan kepada PK
Kokurikulum untuk didokumenkan.

11

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

Gambarajah: Proses Pengurusan Kelab dan Persatuan

12

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


8.11

8.12
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Aktiviti Mingguan
Aktiviti mingguan dijalankan berasingan antara sesi pagi dan petang
Aktiviti mingguan ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan setiap minggu
Sebarang perubahan tarikh aktiviti atau perjumpaan perlu dimaklumkan kepada
Penolong Kanan Kokurikulum/ Penjaga
Setiap persatuan / kelab mesti mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya 18 kali
SEPANJANG tahun.
Tatacara Perlaksanaan:
a. Buat Hebahan Perjumpaan Mingguan
b. Sediakan Perancangan Dan Jadual Aktiviti
c. Wujudkan Aktiviti Menyeronokkan
d. Rekod Kehadiran Murid Dan Guru
e. Beri Penggalakan Kehadiran
f. Sediakan Laporan Mingguan
Pengurusan Peralatan
Buat Anggaran Perbelajaan Alat Keperluan
Beli Ikut Keperluan Sahaja
Simpan Di Tempat Yang Selamat
Adakan Stok Inventori
Adakan Peraturan Penggunaan
Sediakan Rekod Keluar /Masuk Peralatan

13

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)


8.13

Masalah Yang Dihadapi Pengurusan Persatuan Dan Kelab


Aktiviti kurang menarik
Keahlian tidak diselaraskan
Rekod dan pelaporan tidak lengkap
Penyeliaan pihak pentadbiran sekolah
Kehadiran murid tidak memuaskan
Tidak menguruskan alatan kokurikulum
Perbendaharaan Bil 2./1991

mengikut

kehendak

Pekeliling

8.14

Keperluan Mendaftar Kelab Dan Persatuan

8.15

Aktiviti-Aktiviti Yang Boleh Dilaksanakan Oleh Kelab Dan Persatuan


Perkhemahan Perdana/ Tahunan
Hari Kokurikulum
Perkembangan Staf
Kursus Kepimpinan
Pertandingan Kawad Kaki
Perkhemahan Unit
Ceramah Motivasi
Ceramah Kerjaya
Ujian / Pertandingan Kemahiran
Lawatan Berinformasi

14

Pengurusan Dan Pentadbiran Kokurikulum Sekolah (EK01003)

8.16

AKTIVITI

a.

Apakah kepentingan
Kebangsaan?

b.

kelab

dan

persatuan

terhadap

Falsafah

Pendidikan

Apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan minat pelajar terhadap kelab
dan persatuan berterusan?

LATIHAN
a.

Bahagikan kepada beberapa kumpulan dan kongsikan pengalaman anda semasa


mengendalikan kelab dan persatuan di sekolah.

b.

Rancang tiga akvitivi yang menarik bagi kelab dan persatuan yang anda anggotai di
sekolah. Bentangkan dihadapan kumpulan anda,].

15

Anda mungkin juga menyukai