Anda di halaman 1dari 88

ELM 3102

UNIT 2

PENGENALAN KEPADA KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Sinopsis

Unit ini mengandungi empat tajuk. Tajuk pertama menjelaskan tentang sejarah
perkembangan Pendidikan Moral

di Malaysia. Di samping itu unit ini turut

membincangkan kepentingan Pendidikan Moral dalam memenuhi cita-cita Negara dan


hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam bahagian ini juga turut
menghuraikan struktur kandungan organisasi Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral.
Tajuk kedua

membincangkan pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral bertujuan memberi kemahiran dalam


memilih berbagai-bagai pendekatan pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.
Pendekatan-pendekatan yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya
tersendiri. Pelajar harus mahir untuk menggunakan pendekatan-pendekatan yang
sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dijalankan.
Tajuk ketiga membincangkan kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan
Moral. Kandungannya meliputi teknik-teknik pengajaran pembelajaran pendidikan Moral
iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, main peranan, simulasi, penyelesaian masalah,
perbincangan, projek, lawatan, perbahasan dan tunjuk cara.

Tajuk keempat

membincangkan pendekatan dan kaedah projek yang dapat meningkatkan kefahaman


nilai moral melalui pengalaman sebenar.

Kaedah projek bertujuan menimbulkan

perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif untuk menjalankan kerjakerja amal melalui projek khidmat bakti.

ELM 3102
Objektif

Pada akhir unit ini pelajar dapat :

1.

menghuraikan sejarah perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia dan


menjelaskan kepentingan Pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat negara.

2.

menghuraikan matlamat dan objektif Pendidikan Moral KBSR dan memperincikan


sturktur organisasi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR.

3.

Mengenal pasti unsur Kemahiran Berfikir dan Kajian Masa Depan yang sesuai
bagi setiap cadangan isu dan situasi di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral

4.

menghuraikan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk mengajar di samping


mengaitkan isu-isu dan situasi dalam pengajaran dan pembelajaraan .

5.

memahami teknik-teknik pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral;

6.

mengetahui cara-cara menggunakan teknik-teknik pengajaran pembelajaran


Pendidikan Moral yang telah dipelajari;

7.

mengetahui kebaikan, kelemahan dan kesesuaian teknik dengan tajuk-tajuk yang


diajar dan kemampuan pelajar;

8.

menguasai

kemahiran

menguruskan

projek

secara

proses

dan

mengaplikasikannya dalam pembelajaran yang sebenar sesuai dengan kandungan


sukatan Pendidikan Moral.

ELM 3102

TAJUK 1

SEJARAH DAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN


MORAL

Pengenalan

Pendidikan Moral sudah lama dijalankan di sekolah-sekolah secara langsung dan tidak
langsung, di mana secara langsung ianya di ajar dalam mata pelajaran seperti agama
dan etika. Bagaimanapun Pendidikan Moral pada masa dulu tidaklah sekompleks
sekarang kerana pada masa dulu Pendidikan Moral hanya diberi penekanan dari segi
pembentukan nilai serta perwatakan yang baik di kalangan pelajar sekolah oleh pihak
sekolah. Dalam konteks masyarakat yang sedang berubah Pendidikan Moral dilihat
sebagai satu program formal dan tidak formal yang bertujuan menerapkan nilai-nilai
kemanusiaan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara supaya mereka boleh
menyumbang sepenuhnya untuk kebaikan masyarakat dan negara.

1.1 Sejarah Pendidikan Moral di Malaysia

Pendidikan Moral tidak ditonjolkan sangat sebelum 1982.

Nilai-nilai baik seperti kebersihan diajar dalam mata pelajaran kesihatan,


manakala nilai-nilai kasih sayang, kerjasama dan sebagainya diajar melalui
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Nilai patriotisme dan cinta akan negara diajar melalui mata pelajaran sivik
dan tata rakyat.

1983 Berasaskan KBSR mata pelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan


dengan 12 nilai utama. Antara tahun 1983 dan 1984 Pendidikan Moral diajar
dalam darjah 1 dan 2. Antara tahun 1986 dan 1988 di keseluruhan Tahap
Dua.

1989 - 16 nilai mula diajar dengan pecahan-pecahan nilai yang berkaitan


iaitu: baik hati, berhemah tinggi, kasih sayang, kebebasan, kebersihan fizikal
dan

mental,

kerajinan,

kesederhanaan,

rasional,

berdikari,

hormat

menghormati, keadilan, keberanian, kejujuran, kerjasama, kesyukuran dan


semangat bermasyarakat

1993 Pendidikan Moral menjadi mata pelajaran peperiksaan pada peringkat


SPM.

ELM 3102

1999 Penyemakan semula kurikulum

2001 Penyediaan buku teks tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4

2002 Kursus orientasi kurikulum baru edisi penyemakan 2000 untuk guruguru.

2003 Pelaksanaan kurikulum baru di peringkat sekolah menengah


(tingkatan 1 dan 4) dan peringkat sekolah rendah (tahun 1 dan 4).

Sebelum itu mata pelajaran Pendidikan Moral boleh dikatakan diajar secara
sambil lewa sahaja. Pendidikan Moral hanya diajar kepada pelajar-pelajar
bukan muslim yang masa pengajaran sama dengan pengajaran mata
pelajaran pendidikan Islam.

Guru yang mengajar juga bukan dari opsyen moral dan mereka bukan sahaja
tidak tahu mengajar Pendidikan Moral mereka juga bersikap sambil lewa
sahaja kerana menganggap mata pelajaran ini tidak penting kerana bukan
mata pelajaran peperiksaan. Oleh sebab itu, mereka lebih cenderung
mengajar mata pelajaran peperiksaan yang dianggap lebih penting.

Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah


menggubal sukatan dengan struktur baru yang telah dikeluarkan pada tahun
2003.

1.2 Kepentingan Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat


pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Antara kepentingan
Pendidikan Moral adalah:

Untuk mencapai aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang seimbang


dan berakhlak mulia yang berpegang kepada nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka seharian ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih. Sebagai langkah mencapai hasrat negara, ciri - ciri utama yang
perlu dilihat adalah;
a) mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama
dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan
nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia

ELM 3102
b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, berdasarkan
berkerja atau membuat sesuatu hingga sempurna
c) Menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik dan
tidak menjejaskan kepentingan orang lain
d) Menghormati dan mempunyai semangat membaiki keadaan secara membina
dan bersedia berkhidmat untuk negara
e) Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai kegiatan
pembangunan negara secara berkesan.

Pendidikan Moral selaras dengan kehendak Rukun Negara untuk mencapai


perpaduan yang lebih erat di kalangan kaum dan memelihara suatu cara hidup
yang demokrasi. Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah untuk membina satu
masyarakat yang adil dan harmoni dan masyarakat yang progresif dan maju.

Matlamat Waw asan 2020 memerlukan generasi yang terdidik dengan sifat-sifat
kemoralan untuk membawa Malaysia ke arah kemajuan dari segi ekonomi,
sosial, perpaduan dan taraf hidup rakyat yang lebih sempurna. Nilai-nilai moral
yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 2020 dapat dicapai melalui
Pendidikan Moral.

Sesuai

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

bagi

melahirkan

warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Wargenagara yang bermoral harus
mempunyai ciri-ciri:

percaya dan patuh kepada Tuhan

berilmu pengetahuan dan berfikiran kreatif dan rasional

berakhlak mulia

berketrampilan

berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran


negara

setia kepada raja dan negara serta sedia bertanggungjawab untuk


menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk
perpaduan masyarakat Malaysia.

ELM 3102

Persoalan moral yang berlaku akibat pengaruh pemodenan yang tidak mampu
dikawal memerlukan benteng pertahanan dalaman yang kuat pada generasi
muda.

Pelajar terdedah kepada berbagai-bagai sumber media yang menguji pendirian


dan kematangan memerlukan bimbingan bukan sahaja dari kalangan ibu bapa
tetapi juga pihak di sekolah. Pendidikan Moral di sekolah dapat membantu
pelajar menangani situasi yang menimbulkan isu atau masalah moral dengan
lebih rasional dan berkesan.

Perubahan dalam masyarakat hasil daripada pembandaran dan globalisasi


memberikan kesan negatif terhadap sistem nilai masyarakat sehingga nilai-nilai
tradisi kian terhapus. Percanggahan nilai-nilai ini boleh mengelirukan kanakkanak serta remaja tentang persoalan serta isu-isu yang melibatkan nilai-nilai
moral tradisi. Di sini Pendidikan Moral dilihat sebagai satu benteng terhadap
kesan-kesan pembandaran dan globalisasi. Oleh itu, Pendidikan Moral dapat
memainkan peranan mengimbangi nilai-nilai tradisi masyarakat Malaysia
dengan nilai-nilai yang berkaitan pembandaran.

Pendidikan Moral merupakan intipati dalam pendidikan yang sememangnya


tidak boleh diabaikan.

Renung sejenak:
Adakah amalan masyarakat Malaysia sekarang mencapai hasrat negara
dan menepati kehendak Rukun Negara?.

Anda boleh juga mendapatkan maklumat lain di perpustakaan. Ia sangat


membantu pemahaman anda.

Latihan 1.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

ELM 3102

Soalan 1
Jelaskan bagaimanakah Pendidikan Moral dilihat penting dalam memenuhi matlamat
Wawasan 2020.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menekankan nilai moral, huraikankan nilainilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Soalan 2
Lakarkan dalam peta minda tentang sejarah perkembangan Pendidikan Moral di
Malaysia, tuliskan tarikh-tarikh penting serta peristiwa yang berlaku.

Rumusan

1. Sejak kemerdekaan sehingga tahun-tahun 1980-an Pendidikan Moral diabaikan


kerana dianggap tidak penting.
2. Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat
Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 mempunyai nilai-nilai yang
dapat dicapai melalui Pendidikan Moral.
4. Sejak kebelakangan ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil berat
tentang mata pelajaran Pendidikan Moral dan telah dijadikan sebagai mata pelajaran
teras dan mata pelajaran peperiksaan SPM.

1.3

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral telah digubal untuk mendidik pelajar menjadi insan
bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan dimensi pemikiran moral, emosi
moral serta tingkah laku moral pelajar.

Pendidikan Moral memberikan tumpuan untuk memupuk kekuatan kerohanian dan


moral pelajar melalui penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia.

ELM 3102
Pemilihan prinsip-prinsip dalam Pendidikan Moral adalah selari dengan aspirasi
kerajaan, Prinsip-prinsip Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Prinsip-prinsip ini bertujuan melahirkan generasi muda yang seimbang
dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang baik.

Struktur 16 nilai utama dalam Sukatan Pelajaran telah diperbaharui kepada 5 bidang
pembelajaran untuk sekolah rendah dan tujuh bidang pembelajaran untuk sekolah
menengah

RANGKA KONSEPSI

BP5 :
NEGARA

PEMIKIRAN MORAL

BP1 :
PERKEMBANGAN DIRI

KESEDARAN HATI NURANI


(MORAL CONSCIENCE)

PERASAAN
MORAL

INSAN
BERAKHLAK
MULIA

BP4 :
ALAM SEKITAR
TINGKAH LAKU
MORAL

BP3 :
MASYARAKAT

BP2 :
KEKELUARGAAN

ELM 3102
1.4 Matlamat Pendidikan Moral

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia,


bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara
serta masyarakat global.

1.5 Objektif Pendidikan Moral

1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.


2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia.
3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar.
4. Mengembangkan pemikiran moral, emosi moral dan amalan moral dalam membuat
sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia.

1.6 Kandungan Sukatan Pelajaran


Untuk membolehkan pelajar memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip
yang ditetapkan , sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai
moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian
dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan
dan kebudayaan.
1. NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

1.1 Kepercayaan kepada

1.5

Hemah Tinggi

1.6

Kasih Sayang

1.7

Kesederhanaan

Mental

1.8

Kejujuran

1.3 Harga Diri

1.9

Baik Hati

1.4 Kerajinan

1.10

Berterima Kasih

Tuhan
1.2 Kebersihan Fizikal dan

ELM 3102
2. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

2.1 Kasih sayang terhadap Keluarga


2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga

3. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT

3.1 Tanggungjawab terhadap Masyarakat


3.2 Toleransi dalam Masyarakat
3.3 Semangat Bermasyarakat
3.4 Peka terhadap Isu-isu Sosial

4. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR

4.1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran


4.2 Menyayangi Alam Sekitar
4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar
5. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA

5.1 Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja Dan Negara


5.2 Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang
5.3 Cinta Akan Negara
5.4 Keamanan dan Keharmonian
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral (2003), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia)

Berhenti sejenak:
Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral dan Huraian Sukatan
Pendidikan Moral. Untuk lebih memahami struktur kandungan sukatan
anda boleh berbincang dengan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di
sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut

10

ELM 3102

Latihan 1.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut

Soalan 1
Berikan prinsip-prinsip Pendidikan Moral KBSR yang digariskan dalam Sukatan
Pendidikan Moral. Buatkan peta minda berhubung dengan

struktur organisasi

Pendidikan Moral .

1.7 Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR

Tujuan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral ini adalah untuk membantu guru
merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan tahap kematangan pelajar. Huraian ini juga sebagai panduan untuk guru
melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan.

(i) Lajur-lajur dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pelajaran, nilai, penerangan nilai,


kandungan akademik, hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran.
Bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar setiap tahun. Kandungan skop
akademik dan contoh-contoh diperincikan mengikut tahap perkembangan muridmurid. Kandungan akademik yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam
mengikut tahap kematangan murid.

Terdapat empat lajur utama iaitu:


Lajur Nilai
Lajur Kandungan Akademik
Lajur Hasil Pembelajaran
Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

11

ELM 3102
(Huraian

Sukatan

Pelajaran

Pendidikan

Moral

Edisi

Semakan

2002,

Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

(a) Lajur Nilai

Dalam lajur ini disenaraikan nilai yang terkandung di bawah bidang


pembelajaran.

Setiap nilai disertakan dengan penerangannya secara

terperinci.

(b) Lajur Kandungan Akademik

Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah dengan


kebolehan dan tahap kematangan murid yang merangkumi skop diri,
keluarga,

masyarakat, alam sekitar, negara sehingga ke

peringkat

antarabangsa.

Kandungan akademik bagi setiap tahun disusun dengan jelas bermula


dengan tema diikuti dengan tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran
yang disertakan dengan contoh

yang berkaitan untuk memudahkan

pengajaran guru.

Dalam perkembangan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran,


nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan akademik.
Murid akan berfikir secara kritis serta bertindak lebih efektif jika mereka
dapat mengkaji konsep sesuatu isu, asal usulnya dan kesan-kesannya.
Dengan adanya kandungan akademik yang mantap murid dapat memahami
dan mengkaji bahan-bahan pelajaran secara lebih terperinci. Kandungan
akademik meliputi pelbagai bidang seperti sejarah, geografi, alam sekitar
dan sebagainya.

Kandungan itu perlu diajar bersama dengan nilai dan

kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral.

(c) Lajur Hasil Pembelajaran

Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti, contoh situasi dan juga isu yang
sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

12

Lajur ini bukan sahaja

ELM 3102
berkaitan dengan pengalaman murid tetapi juga ada hubungannya dengan
keluarga, komuniti, negara dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau
situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat
dalam Huraian Sukatan Pelajaran tetapi juga boleh diambil contoh-contoh
lain daripada pelbagai sumber yang boleh mengukuhkan nilai-nilai yang
diajar.

Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai,


nilai-nilai lain yang sesuai perlu digabungjalinkan supaya pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Unsurunsur ilmu yang ada dalam mata pelajaran lain juga harus disepadukan
dalam merancang aktiviti Pendidikan Moral.

Sila buat rujukan tentang contoh-contoh isi kandungan lajur-lajur yang


dibincangkan di atas. (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, Pusat
Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan

Malaysia,

Edisi

Semakan 2002)

(ii)

Pemupukan Kemahiran Menerusi Pendidikan Moral

Selain pengajaran nilai melalui kandungan akademik, kemahiran-kemahiran dalam


bidang lain juga perlu disertakan menerusi pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

a.

Kemahiran utama memberikan peluang kepada pelajar-pelajar


menguasai

kemahiran

generik,

kemahiran berfikir,

menyelesaikan

masalah yang akan membantu daya tahan menghadapi segala cabaran


hidup di alaf ini.

b.

Kemahiran menyelesaikan konflik Guru membantu murid dalam


kemahiran menyelesaikan konflik akibat pertentangan nilai sendiri
dengan nilai masyarakat atau orang lain. Kemahiran ini menggalakkan
pelajar berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang lebih
berkesan.

13

ELM 3102
c.

Kemahiran pemikiraan kritis Guru mengajar murid berfikir secara


kritikal dalam menilai satu-satu isu moral yang boleh dihayati dan
membantunya dalam membuat keputusan yang tepat.

d.

Kemahiran pemikiran kreatif Kemahiran berfikir secara kreatif akan


membantu dalam mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dalam
menyelesaikan masalah.

e.

Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya Kemahiran menentang


tekanan rakan sebaya amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai
dengan cara menasihati dan berbincang tentang nilai-nilai moral.

f.

Kemahiran mengkaji masa depan Memupuk kemahiran mengkaji


masa depan dengan pendekatan pembelajaran yang membolehkan
murid-murid menyedari isu-isu moral masa lampau, masa kini dan masa
depan.

Ini membolehkan murid membuat ramalan menjangka akibat

serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin


berlaku.
g.

Kemahiran teknologi maklumat Sesuai dengan masa, Pendidikan


Moral juga memberikan kesempatan kepada murid-murid menggunakan
teknologi maklumat dan telekomunikasi moden dengan menjaga batasbatas moral.

h.

Kemahiran sosial Pendidikan moral memberikan penekanan kepada


kebolehan bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

Latihan 1.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut

Soalan 1
Dengan menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, cuba lengkapkan
grafik berikut dengan memilih Bidang Pembelajaran 3 bagi masa satu minggu.

14

ELM 3102
Nilai

Kandungan Akademik

Hasil

Cadangan aktiviti

pembelajaran

pembelajaran

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang
dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan.
Syabas!

Rumusan

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral amat penting dan perlu difahami oleh
setiap guru Pendidikan Moral kerana huraian membantu guru dalam menyediakan
perancangan dan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral di sekolah.

15

ELM 3102

TAJUK 2

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN MORAL

Pengenalan

Konsep pendekatan dalam konteks pendidikan ialah cara mendekati sesuatu.


Pendekatan merujuk kepada

bagaimana

cara sesuatu

mata pelajaran

diajar

berdasarkan objektifnya. Pendekatan dalam bidang pendidikan pula merujuk kepada


satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran
sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan
model, prinsip atau teori pembelajaran.

Pendekatan pengajaran-pembelajaran yang biasa digunakan dalam Pendidikan Moral


ialah seperti berikut:

Perkembangan moral kognitif

Pemupukan nilai

Penjelasan nilai

Analisis nilai

Bertimbang rasa

Pembinaan rasional

Tindakan sosial

Ciri-ciri yang perlu ada dalam pendekatan Pendidikan Moral

Memberikan ilmu kognitif

Membina kemahiran dan amalan psikomotor

Memupuk dan menanam penghayatan afektif

Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif

Mewujudkan hubungan mesra antara guru dengan pelajar

Menyatu padukan faktor dan nilai

Merentasi kurikulum

16

ELM 3102

Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai

Memotivasikan pelajar dalam pembelajaran

Renungkan Sejenak!!!!

Sebelum meneruskan lagi bacaan andai, bayangkan dahulu ciri-ciri pendekatan


pengajaran dan pembelajaran di atas. Bayangkan keseronokan murid dan keceriaan
mereka mempelajari Pendidikan Moral jika guru kreatif dalam merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kelas tidak akan menjadi gersang dan
membosankan jika guru menggunakan pelbagai pendekatan dan BBM yang sesuai
dengan pelajaran pada hari itu. Unsur kecindan guru sudah tentu dapat menceriakan
keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Perkembangan Moral kognitif


Pendekatan Perkembangan moral kognitif adalah berasaskan teori perkembangan
moral Kohlberg (1962) yang berfokuskan kepada merangsang penaakulan moral
pelajar. Pendekatan ini membantu pelajar membina kebolehan menaakul di peringkat
yang lebih tinggi.

Perkembangan moral merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam
bentuk pemikiran dan kelakuan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak itu membesar,
mereka berfikir tentang isu-isu yang sama dengan cara yang berbeza. Perubahan ini
berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak mengira jantina.

Peringkat-peringkat perkembangan moral ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.


Seseorang individu memikirkan kesan-kesan fizikal sesuatu tindakan untuk
menentukan apakah yang baik atau jahat.
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi (nstrument-relativist).
Seorang individu menganggapkan sesuatu yang adil atau benar dari segi
pembalasan.
Peringkat 3: Orientasi harmoni antara peribadi (good boy / nice girl).
Kelakuan yang baik akan membantu dan menyenangkan orang lain.

17

ELM 3102
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.
Kelakuan yang baik dapat melaksanakan tugas atau tanggungjawab sosial
seperti yang ditentukan oleh sesuatu institusi.

Peringkat 5: Orientasi kontrak-sosial (social-contract legalistic).


Kelakuan yang benar adalah dari segi hak-hak individu dan nilai-nilai yang
dipersetujui masyarakat.

Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.


Kelakuan yang benar adalah soal hati kecil yang secucuk dengan prinsip
etika sarwajagat seorang individu. Prinsip-prinsip ini merupakan keadilan
berhubung dengan persamaan hak sesama manusia dan menghormati sifat
kemuliaan manusia sebagai individu.

Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-kanak akan menjadi lebih matang ketika
usianya bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi dengan orang lain dan semasa
cuba menyelesaikan masalah-masalah moral. Contohnya apa yang dianggap bermoral
bagi seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun berbeza daripada pendapat
seseorang yang berumur 18 tahun.

Oleh itu, strategi Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif ialah mengemukakan


dilema atau masalah moral berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Persembahan dan pemahaman dilema moral


2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya
3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan
4. Menyimpul sebab-sebab yang diberikan serta memberi sebabsebab lain jika ada.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan. Ia sangat membantu pemahaman anda.

18

ELM 3102
Latihan 2.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

Soalan 1
Situasi
Loceng terakhir berbunyi. Sebelum balik ke rumah, Leena ditugaskan untuk menutup
semua tingkap kelasnya. Semasa sedang menutup tingkap, dengan secara tidak
sengaja Leena telah memecahkan salah satu keping daripada cermin tingkap itu. Ketua
tingkatan melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas.
Jika anda menjadi guru tersebut apakah tindakan yang anda lakukan?

Soalan 2
Apakah kaedah yang paling sesuai untuk menjayakan pendekatan perkembangan moral
kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral anda?

Rumusan

Pendekatan perkembangan kognitif relevan digunakan kerana salah satu daripada


matlamat Pendidikan Moral di Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar membuat
keputusan yang berautonomi ke atas isu moral berlandaskan kepada prinsip moral.
Pendekatan ini memupuk kepekaan pelajar terhadap nilai-nilai moral diri sendiri serta
orang lain: menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada sebab-sebab;
menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain dan mengaitkan
penaakulan, emosi serta tingkah laku.

2.2 Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi pekerti yang
baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan
tidak sedar, pemupukan merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam
Pendidikan Moral sekolah rendah. Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat
sekolah menengah rendah.

Objektif

pendekatan ini adalah untuk menanam nilai

tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh pelajar.

19

ELM 3102
Menurut pendekatan ini, nilai dilihat sebagai piawai atau peraturan tingkah laku yang
tetap dan sarwajagat dalam sesuatu masyarakat atau budaya. Pendokong pemupukan
nilai percaya bahawa pendekatan ini dapat memenuhi keinginan dan matlamat
masyarakat untuk mengatasi, malahan menentukan keperluan dan matlamat individu.

Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah seperti berikut:

1.

Menentukan nilai yang akan dipupuk.

2.

Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.

3.

Menentukan objektif-objektif pelajaran.

4.

Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai:


a) meningkatkan tingkah laku yang bermoral
b) mengajar tingkah laku moral yang baru
c) mengukuhkan tingkah laku yang bermoral
d) mengurangkan tingkah laku yang yang tidak bermoral

5.

Melaksanakan pengajaran pembelajaran dalam kelas

6.

Menilai pengajaran - pembelajaran

Kesimpulannya tugas guru Pendidikan Moral adalah untuk menanam atau memupuk
nilai yang individu mesti miliki agar dia dapat dengan cekap memainkan peranan yang
ditetapkan oleh masyarakat.

Latihan 2.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab latihan berikut:

Soalan 1
Apakah tanggapan anda

terhadap peraturan yang terdapat di sekolah dalam

pembentukan tingkah laku murid-murid?.


Pandangan saya tentang peraturan-peraturan sekolah:
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

20

ELM 3102
Soalan 2
Sebagai guru Pendidikan Moral anda yakin bahawa tingkah laku pelajar boleh dibentuk.
Cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai bagi memupuk kesedaran murid supaya
menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Tiga aktiviti yang sesuai bagi memupuk kesedaran murid menjaga kebersihan
persekitaran sekolah:
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang
dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan.
Syabas! Halangan boleh diatasi jika anda berfikiran positif

Rumusan

Melalui pendekatan pemupukan nilai, pelajar-pelajar perlu memahami, menganalisis dan


menerima konsep-konsep asas yang ditegaskan dalam setiap nilai moral sebelum
menghayatinya dan mengambil keputusan yang berautonomi ke atas isu-isu moral
berlandaskan kepada prinsip-prinsip moral yang sarwajagat. Pendekatan ini adalah
relevan untuk sekolah-sekolah kerana pembentukan tabiat moral yang baik adalah satu
daripada matlamat program Pendidikan Moral.

2.3 Penjelasan Nilai

Pendekatan penjelasan nilai dipelopori oleh Louis Raths dan rakan-rakan. Pendekatan
ini

melibatkan

penggunaan

pemikiran

rasional

dan

kesedaran

emosi

dalam

pembentukan dan perkembangan set nilai-nilai seseorang individu. Dengan pendekatan


ini, nilai-nilai tidak diberikan kepada pelajar, sebaliknya mereka diajar menghargai atau
memberikan nilai kepada sesuatu. Andaian yang dibuat di sini ialah individu-individu
tidak boleh dipaksa menerima satu-satu nilai.

21

ELM 3102
Sesuatu nilai perlu membayangkan pilihan individu. Teras kepada andaian ini ialah
pelajar seharusnya dihormati sebagai individu yang boleh membuat pilihan tentang nilai
yang sedia ada. Pendekatan ini membantu pelajar menjelaskan apa yang mereka
anggap sebagai bernilai dan memperoleh satu set nilai yang nyata, yang boleh
digunakan sebagai panduan hidup.

Proses penjelasan nilai mengandungi tiga subproses seperti berikut:


.
1

Memilih
a. secara bebas
b. daripada beberapa alternatif
c. selepas mempertimbangkan kesan setiap alternatif

2. Menghargai
a.

berasa gembira dengan pilihan

b.

secukupnya hingga mahu atau sanggup menyerahkan pilihan itu


kepada orang lain

3. Mengambil tindakan
a.

melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih

b.

berulang-ulang dalam suatu pola kehidupan.

Latihan 2.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, anda mendapat


peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang paling anda minati. Anda perlu
membuat satu keputusan yang muktamad dalam pemilihan tersebut.

22

ELM 3102
1. Memilih
a. Tempat untuk melanjutkan pelajaran

1. IPT di bandar tempat


tinggal
2. IPT dalam negara
3. IPT luar negara

b. Menilai setiap alternatif


Alternatif

Kesan

1___________________________

1________________________

2___________________________

2________________________

3___________________________

3________________________

2. Menghargai

Alternatif
Contoh:

Kesan
1. Tinggal di rumah

a. IPT di bandar tempat


tinggal

b. IPT dalam negara

(selesa)

Gembira dengan
keputusan.

2. Kos tidak tinggi

Hargai pilihan itu kepada

3. Dapat bantu keluarga

orang lain.

4.Tidak rindu terhadap

Hubungan kekeluargaan

keluarga

lebih erat

1.
2.
3.

c. IPT luar negara

Rumusan

1.
2.
3.

3. Mengambil tindakan

Melakukan sesuatu terhadap apa yang dipilih

Berulang-ulang dalam pola kehidupan

23

ELM 3102
Rumusan

Seseorang individu itu membentuk sesuatu nilai dengan memilih secara bebas, tanpa
dipaksa, daripada beberapa alternatif, selepas pertimbangan teliti kesan-kesan setiap
alternatif. Pilihan itu merupakan satu nilai sekiranya individu tersebut berpuas hati dan
gembira dengan pilihan tersebut serta bertindak terhadapnya. Ini membayangkan suatu
kombinasi domain kognitif dan afektif.

2.4 Analisis Nilai

Setelah memahami penjelasan nilai, sekarang marilah kita melihat pula apa yang
dimaksudkan dengan pendekatan analisis nilai.

Pendekatan analisis nilai disebut juga pendekatan Coombs.


menawarkan suatu proses

Pendekatan ini

berfikir secara rasional dalam mengkonsepsikan dan

menghubungkaitkan nilai-nilai dalam

menghadapi isu moral yang kontroversial.

Pendekatan ini lebih kepada penggunaan pemikiran saintifik dan logik dalam membuat
keputusan. Khususnya, pendekatan ini dapat membantu murid mengumpul dan
menimbangkan fakta yang terlibat dalam pertimbangan moral melalui enam prosedur
penting dalam analisis nilai. Prosedur atau tugas analisis nilai ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti dan menjelaskan nilai yang dipersoalkan


2. Mengumpul data / maklumat berkenaan apa yang didakwa sebagai fakta
3. Mengukur kebenaran tentang fakta itu
4. Menjelaskan sama ada fakta berkenaan relevan atau tidak
5. Mencapai sesuatu keputusan yang muktamad tentang nilai yang dipersoalkan
6. Menguji prinsip nilai yang dibayangkan oleh keputusan nilai yang dibuat

Disebabkan isu nilai atau moral adalah kontroversi, pertelingkahan berhubung


keputusan yang dibuat boleh berlaku. Namun demikian, jika prosedur di atas diikuti
dengan rapi, perbezaan dalam keputusan atau pertimbangan ini boleh dikurangkan.
Untuk mengurangkan perbezaan ini, pelopor pendekatan analisis nilai memperkenalkan
pula tugas resolusi konflik. Asasnya, konflik hendaklah diselesaikan dengan
mengurangkan perbezaan semasa pelajar menggunakan teknik analisis nilai. Tugas
resolusi konflik adalah seperti berikut:

24

ELM 3102
1. Mengurangkan perbezaan dalam pentafsiran tentang nilai yang dipersoalkan
2. Mengurangkan perbezaan tentang apa yang didakwa sebagai fakta yang
dikumpulkan
3. Mengurangkan perbezaan tentang ukuran kebenaran fakta yang telah terkumpul
4. Mengurangkan perbezaan tentang kerelevanan fakta berkenaan
5. Mengurangkan perbezaan tentang keputusan nilai yang tidak muktamad
6. Mengurangkan perbezaan dalam menguji kesanggupan menerima prinsip moral

Latihan 2.4
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Baca petikan dibawah ini kemudian jawab soalan berikutnya :

Bapa tidak boleh lupa detik cemas anak dikelar mengerang kesakitan
KUALA LUMPUR 6 September Pengusaha kantin, Tan Boon Yow, 38, tidak boleh melupakan
detik cemas melihat anaknya mengerang kesakitan setelah dikelar pada leher dan ditikam di
dada sebelum meninggal dunia di depan matanya di Pangsapuri Sri Bayu, Taman Kema Cahaya,
Cheras dekat sini hari ini.
Boon Yow ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata, dia bertambah terkejut kerana tidak
menyangka pembunuh anak kesayangannya itu ialah lelaki yanag sudah dikenali keluarganya
sejak awal tahun ini.
Beliau berkata mereka sekeluarga memang rapat dengan lelaki itu kerana dia sudah beberapa
bulan berkawan dengan anak sulungnya, Tan Hui Choo.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi ini, Hui Choo, 16, mati selepas dikelar pada leher dan ditikam di
dada oleh teman lelakinya yang dipercayai cemburu dan enggan membenarkannya meneruskan
persekolahannya.
(Utusan Malaysia, 7 September 2004)

25

ELM 3102
Soalan 1
Berikan satu contoh situasi salah laku yang dianalisiskan secara logik melalui
pendekatan

analisis

nilai.

Gunakan

borang

grafik

kesan

dan

akibat

dalam

menyelesaikan situasi tersebut.

Rumusan

Pendekatan analisis nilai memberikan suatu perihal yang lengkap tentang strategi yang
melibatkan proses langkah demi langkah dalam menghadapi persoalan serta isu moral
dan sebagainya yang kontroversial dan berkonflik. Langkah-langkah dalam pendekatan
ini walaupun bersifat logikal dan berdasarkan fakta namun aspek afektif (sikap dan nilai)
amat perlu bagi pemupukan, penghayatan serta amalan nilai-nilai.

2.5 Bertimbang rasa

Pelajar sekalian, adakah anda seorang yang bertimbang rasa? Mengapakah anda
berkata demikian? Tahukah anda perbidalan Melayu yang sesuai dengan pendekatan
ini ialah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Sekarang mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan pendekatan bertimbang rasa.
Pendekatan ini juga lebih menegaskan pembelajaran tentang perasaan atau emosi.
Pendekatan ini membantu murid berfikir secara mendalam dan menimbulkan perasaaan
moral (sentuhan hati nurani - emosi moral). Menurut Peter Mc Phail dan rakan-rakan,

Pendidikan Moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain
seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Ini
adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan kepada orang yang bertindak
sedemikian dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang
rasa. Apabila menggunakan pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar
untuk mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke atas diri sendiri dan orang lain seperti
berikut :

26

ELM 3102
SITUASI MORAL
- perhubungan peribadi
- kepentingan kumpulan
- autoriti
- sedunia

MEMBERIKAN
PERTIMBANGAN KEPADA
ORANG LAIN

HASIL
MENTAFSIRKAN KESANKESAN KE ATAS

MENGGUNAKAN
PENGETAHUAN DAN
PENAAKULAN

diri
orang lain

Soalan 1

Latihan 2.5
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Beri lima contoh perlakuan bertimbang rasa dan lima contoh perlakuan yang tidak
bertimbangrasa yang anda dapat lihat dalam kehidupan seharian

Tingkah laku bertimbang rasa

Tingkah laku tidak bertimbang rasa

1.

1.

2.

2.

3.

3.

4.

4.

5.

5.

Soalan 2
Ani dan Alia adalah rakan sejawatan. Mereka telah diberikan tanggungjawab oleh
Pengetua untuk membuat kertas kerja lawatan sambil belajar para pelajar.
Mereka berdua bersetuju menjalankan tugas tersebut. Walau bagaimanapun Alia
meminta Ani melaksanakan tugas tersebut kerana terpaksa mengadakan kelas

27

ELM 3102
tambahan bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Apakah keputusan dan
tindakan Ani dilihat dari sudut pendekatan bertimbang rasa?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Rumusan

Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan

sumbangan secara positif kepada

Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama perlu peka
kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain.

2.6 Pembinaan Rasional


Seperti pendekatan perkembangan moral kognitif dan pendekatan analisis nilai,
pendekatan pembinaan rasional menekankan kepada pemikiran yang rasional dan kritis.
Pendekatan ini melibatkan pelajar meneliti makna dan fungsi nilai serta menganalisis
sifat dan dimensi nilai masyarakat demokratik. Dalam pendekatan ini sesuatu nilai
dianalisiskan bukan sahaja yang berkaitan dengan sesuatu tindakan atau pertimbangan
tertentu tetapi juga yang berkaitan dengan nilai-nilai yang lain.

Menurut James Shaver dan William Strong, nilai berbeza daripada sikap.
Sungguhpun ada aspek emosi dalam nilai, nilai sebenarnya adalah standard nasional

28

ELM 3102
dan

prinsip

untuk mempertimbangkan sesuatu yang

dikatakan baik. Mereka

kemudiannya membezakan beberapa kategori nilai, iaitu nilai moral dan bukan moral,
yang intrinsik dan instrumental, serta mencadangkan bahawa nilai moral dianggap
sebagai standard peribadi dan prinsip asas dalam bermasyarakat. Mereka menegaskan
bahawa konflik nilai merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan konflik ini perlu
diselesaikan sebelum sesuatu pertimbangan dibuat.
Berikut ialah garis panduan bagaimana pendekatan pembinaan rasional boleh
digunakan.

1. Kenal pasti dan jelaskan nilai dari segi maksud dan perhubungan antara satu
dengan lain
2. Membuat generalisasi konsep nilai diri dan nilai diterima oleh masyarakat
3. Menimbangkan implikasi dan kesan yang mungkin timbul dalam situasi berkonflik
4. Membuat keputusan munasabah dengan kriteria mengutamakan nilai
5. Memupuk penglibatan diri secara emosi

Rehat sebentar, mungkin anda perlu membuat refleksi diri!


Pernahkah anda melakukan pendekatan ini dalam pengajaran dan
pembelajaran? Apakah reaksi pelajar anda ketika itu?

Latihan 2.6
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1
Situasi
Anda seorang guru wanita yang baru bertugas di sebuah sekolah luar bandar.
Pada suatu hari hujan turun dengan lebatnya semasa anda dalam perjalanan ke tempat
kerja. Anda berasa risau dan bimbang akan lambat sampai ke sekolah. Seorang
perempuan tua mencadangkan anda menumpang kereta salah seorang pemuda yang
berada di tempat itu. Anda berada dalam dilema, bimbang akan disalahtafsirkan oleh
masyarakat dan tanggapan buruk pihak sekolah disebabkan kelewatan anda. Apakah
tindakan yang patut anda lakukan?

29

ELM 3102
Rumusan

Pendekatan pembinaan rasional lebih berfaedah kepada pelajar-pelajar di sekolah


menengah dan peringkat pengajian tinggi berbanding dengan pelajar di sekolah rendah.
Ini adalah kerana pendekatan ini melibatkan kebolehan pelajar menganalisis dan
menyatakan pendapat mereka dalam perkataan-perkataan yang abstrak.

2.7 Tindakan Sosial

Pelajar sekalian, kini anda akan mempelajari tajuk ke -7 dalam pendekatan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral. Diharap anda bersedia untuk mempelajarinya.

Pendekatan tindakan sosial yang dimajukan oleh Fred Newmann dianggap sebagai satu
pendekatan yang memberikan peluang tertentu kepada pelajar untuk bertindak ke atas
nilai-nilai

kendiri

sebagai

agen

moral.

Sebagai

agen

moral,

pelajar

perlu

mempertimbangkan apakah yang sepatutnya dibuat dalam situasi yang melibatkan


konflik. Konflik ini mungkin berlaku antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain,
atau di antara hak-hak seorang individu dalam konflik itu. Pendekatan ini meningkatkan
keprihatinan murid kepada isu-isu masyarakat dan mereka bersikap pro aktif
menyelesaikan masalah dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu pendekatan ini
melibatkan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Nilai-nilai yang diperlihatkan
lebih luas bukan sahaja di dalam sesebuah masyarakat atau pada diri seorang individu,
tetapi meliputi interaksi antara individu dan masyarakat keseluruhannya.
Untuk mencapai matlamat ini guru boleh menggunakan garis panduan di bawah.

1. menyedari isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar dan komuniti
2. memahami isu
3. memutuskan tindakan yang akan diambil
4. merancang dan menggubal matlamat dan strategi
5. melaksanakan rancangan tindakan sama ada secara individu atau kumpulan
6. merenung tindakan-tindakan yang telah diambil dan menimbangkan tindakan
selanjutnya.

30

ELM 3102
Latihan 2.7
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1.
Sebagai guru Pendidikan Moral anda telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
khidmat Bakti M urni ke rumah orang-orang tua. Projek tersebut akan dikendalikan oleh
pelajar kelas Pendidikan Moral. Rangkakan objektif lawatan dan aktiviti-aktiviti yang
akan dijalankan semasa lawatan tersebut.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Rumusan
Dalam pendekatan tindakan sosial guru berperanan sebagai pakar sumber, kaunselor
dan penggerak; bekerjasama dengan ibu bapa, pemimpin tempatan, agensi-agensi
kerajaan atau badan sukarela dalam merancang dan melaksanakan apa sahaja projek
tindakan sosial. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif
dalam sesuatu projek yang akan dilaksanakan.

Latihan umum untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

1. Anda baru sahaja selesai membaca dan memahami kandungan tajuk pendekatanpendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Berdasarkan
kefahaman anda jelaskan maksud pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

31

ELM 3102
2. Senaraikan strategi

pengajaran yang

bersesuaian bagi setiap

pendekatan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sediakan satu rancangan


mengajar harian yang

lengkap dengan mengambil

kira pendekatan yang

bersesuaian dengan langkah pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Rumusan

Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral. Sebagai guru Pendidikan Moral yang inovatif dan
kreatif, kebolehan anda menguasai dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan tersebut
akan menjadikan anda seorang pendidik yang hebat dan berkesan

Rujukan
Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar Bakti
________________ (2002). Modul Pendidikan Moral EDU 2003. Serdang: Percetakan
Universiti Putra Malaysia.
________________ (1999). Pendidikan Moral : Teori etika dan amalan moral.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ee, A.H. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman M alaysia Sdn.Bhd.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral: Siri pendidikan tinggi. Petaling Jaya: Pearson
Education Malaysia.
Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mukherjee, H. (1980), Moral Educatioan and the teacher training programme.
Pendidikan dan Pendidik. Jld. 2 Bil. 1

32

ELM 3102

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN M ORAL

TAJUK 3

3.0 Pengenalan
Adakah anda tahu bahawa teknik pengajaran pembelajaran adalah penting dalam
menyampaikan

isi

kandungan?

Teknik

adalah

suatu

cara

dalam

pendekatan

pengajaran pembelajaran. Guru Pendidikan Moral yang diminati oleh murid ialah guru
yang

bijak

memilih

teknik

pengajaran

pembelajaran

yang

bersesuaian

dan

melaksanakannya dengan bantuan kemahiran kreatif, kritis dan teknologi maklumat.


Pendekatan `chalk and talk sepenuhnya di dalam kelas sudah bernoktah. Walaupun
tiada satu kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang boleh dinobatkan sebagai
kaedah yang paling sesuai digunakan

untuk semua situasi pengajaran, namun

kecekapan memilih teknik yang sesuai dapat menceriakan suasana bilik darjah dan
merangsangkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral.

3.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Sebelum kita

meneliti

beberapa teknik yang dicadangkan dalam pengajaran

pembelajaran Pendidikan Moral, baiklah kita mengetahui terlebih dahulu tentang


pendekatan pengajaran. Pendekatan merujuk kepada bagaimana proses pengajaran
dilakukan. Ini termasuklah pengolahan isi, penglibatan pelajar, strategi, kaedah dan
teknik yang digunakan. Untuk lebih jelas perhatikan rajah berikut yang menunjukkan
perkaitan di antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik.
Pendekatan
Strategi
Kaedah
Teknik

Sumber : Koo Kee Peng dan Tan Chee Yee (1996), Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd. hlm. 228

33

ELM 3102

Pendekatan mementingkan bagaimana pelajaran disampaikan secara berkesan


sama ada secara deduktif yang digunakan untuk peringkat rendah atau induktif
yang digunakan pada peringkat yang lebih tinggi. Strategi ialah langkah yang diambil
untuk melaksanakan pengajaran misalnya strategi yang baik dilaksanakan dalam set
induksi mampu menarik murid kepada tajuk yang akan diajar. Kaedah ialah cara yang
digunakan untuk menyampaikan pelajaran seperti, kuliah perbincangan dan lain-lain.
Teknik pula ialah cara yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah,
strategi dan pendekatan. Jadi apabila kita membicarakan teknik bererti kita juga
membicarakan kaedah, strategi dan pendekatan. Berikut adalah beberapa teknik yang
boleh digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.

3.1.1 Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari
oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat
menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan setelah berjam-jam
berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi, sebagai isi
pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup.

Dalam Pembelajaran

Koperatif yang dipelopori oleh Kagan, teknik nyanyian boleh diselitkan bersama-sama
dalam aktiviti Brain Breaks. Nyanyian lagu yang pendek, lucu dan menghiburkan dapat
mengurangkan rasa bosan di kalangan murid sekolah rendah dan menjadi tarikan
kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru tersebut.
Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran 60 minit, aktiviti Brain Breaks boleh
diselitkan antara langkah 2 dengan langkah 3. Masanya ialah 5 minit sahaja. Aktiviti ini
perlu diselitkan bersama-sama dengan pergerakan psikomotor yang sederhana ketika
murid-murid berdiri di tempat masing-masing.

34

ELM 3102
Antara contoh lagu yang sesuai untuk aktiviti Brain Breaks ialah:

Jingli Nona, Jingli Nona, cantik sekali (2x)


Orang yang memandang, cukup senang hati
(Ulang keseluruhan lirik sekali lagi)

Adakah anda tahu bahawa banyak lirik lagu yang sesuai digunakan dalam pengajaran
Pendidikan Moral. Antaranya ialah lagu-lagu patriotik. Lagu-lagu patriotik amat sesuai
dijadikan set induksi, isi pelajaran atau penutup untuk menyemaikan semangat patriotik
dan cinta akan negara.

Berikut ialah senarai lagu patriotik yang boleh dijadikan bahan pengajaran guru.

Sejahtera Malaysia

Malaysia Boleh

Keranamu Malaysia

Inilah Barisan Kita

Jalur Gemilang

Putera Puteri

Dirgahayu Tuanku

Kampungku

Tanggal 31

Malaysia O Tanahairku

* Anda boleh membeli kaset lagu-lagu patriotik yang berada di pasaran atau melayari
internet untuk mendapatkan lirik-lirik tersebut.

Sila cari lirik lagu-lagu di atas dan hayati pengajarannya. Tentu anda mendapat banyak
nilai-nilai murni dalam lagu-lagu tersebut.

Pemilihan lagu hendaklah mengambil kira lirik atau seni kata lagu dengan tema dan isi
pelajaran, usia murid, bangsa dan pelbagai unsur yang boleh membantu keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Lagu-lagu juga boleh diubah seni katanya sesuai dengan
tajuk yang hendak diajar. Contohnya lagu Trek... Tek...Tek

35

ELM 3102
Lagu Trek... Tek...Tek...
(Lirik asal)

Kalau roboh Kota Melaka, trek... tek...tek...


Papan di Jaw a saya dirikan, trek... tek...tek....
Kalau sungguh, bagai dikata.....
Badan dan nyawa saya serahkan, trek... tek...tek....

Lirik lagu ini boleh diubahsuaikan mengikut tema / nilai yang dirancang oleh guru.
Contoh: jika guru mengajarkan nilai 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan.

Lagu Trek...Tek...Tek....
(Lirik yang diubah)

Buah pinang buah pelaga, trek... tek....tek.....


Baw a ke pekan denganlah rakit, trek....tek....tek....
Cintai kebersihan, amalan mulia,
Dapat hindarkan segala penyakit, trek....tek...tek

Lagu 1 2 3 4
Satu kasih nan abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua kasih berpanjangan
Membawa ke syurga
Kasihnya ibu.
Tiga lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat mudah kau ketemu

36

ELM 3102
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu ku ingat selalu


Menyisir rambutku
Kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengarlah lagu ini


Untuk kau sandarkan lagu ini
Buat pedoman

Jangan manis terus ditelan


Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

Lagu ini amat sesuai jika guru mengajar tentang nilai berkaitan dengan diri dan keluarga
yang subnilainya berkisar tentang tanggungjawab terhadap keluarga. Cara pengelolaan
aktiviti boleh dibuat dengan meminta murid pejamkan mata semasa guru putarkan lagu.
Murid diminta menghayati seni kata lagu ini dan membuat refleksi tentang budi ibu bapa
yang telah anda terima selama ini. Apakah pula tanggunjawab anda terhadap mereka?
Latihan berikutnya ialah penulisan refleksi berhubung dengan budi baik ayah dan ibu
atau membuat kad ucapan hari jadi ibu atau bapa atau sempena dengan Hari Ibu atau
Hari Bapa, tulislah sebuah sajak untuk mereka.

37

ELM 3102
Garis Panduan Teknik Nyanyian :-

1) Tampal senikata lagu di papan hitam atau edarkan lirik lagu.

2) Guru memainkan lagu yang telah dirakam atau nyanyikan lagu itu sendiri. (Guru
perlu ada pelan B iaitu guru menyanyikan lagu jika pita rakaman rosak atau
gangguan elektrik, perlu sediakan bateri sebagai alternatif)

3) Guru mengajar murid menyanyi lagu mengikut rakaman. ( Guru boleh mengadakan
pertandingan antara kumpulan mengubahsuai lirik lagu seperti dalam contoh lirik
trek...tek...tek... Pastikan senikata lagu itu mengandungi pengajaran nilai moral ).

4) Guru boleh meminta murid membuat ulasan tentang lagu atau berbincang mengenai
nilai yang murni yang terdapat dalam lagu.

5) Sebagai penutup, guru menerangkan nilai moral yang terkandung dalam lagu itu
dan meminta pelajar menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian.

Latihan 3.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Contoh 1: Nilai moral yang boleh dikeluarkan daripada lagu trektektek.


Lagu Trek...Tek...Tek....
(Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral)

Anak monyet membaling batu, trek... tek....tek.....


Terkena burung di atas dahan, trek....tek....tek....
Hormatilah ayah dan juga ibu............
Semoga hidup diberkati Tuhan, trek....tek...tek

38

ELM 3102
Contoh 2: Nilai moral yang boleh dikeluarkan daripada lagu trek tek tek

Lagu Trek...Tek...Tek....
(Lirik diubah suai mengikut bidang pembelajaran Moral)

Nona manis berbaju kasa, trek... tek....tek.....


Singgah sebentar di Kuala Sedeli, trek....tek....tek....
Ayah ibu banyak berjasa............
Takkan terbalas hingga ke mati, trek....tek...tek

Aktiviti 1

Lengkapkan senarai nilai murni berdasarkan lagu dalam contoh di atas

NILAI

HURAIAN

Bertanggungjawab

Menjadi tanggungjawab anak membalas jasa ibu dan bapa

Kasih sayang

Hormat

Balas Jasa

39

ELM 3102
Aktiviti 2
Huraikan SATU cara guru menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral

Bil

Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan teknik nyanyian

Contoh: Bidang Pembelajaran 1: Nilai berkaitan dengan perkembangan diri


(Tahun 5, Masa: 20 minit)

Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 5 supaya memejamkan


mata semasa menghayati lagu yang diputarkan.

Guru memutarkan lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman.

Guru meminta pelajar mengimbas kembali jasa-jasa dan pengorbanan ibu


terhadap pelajar dari kecil hingga kini.

Selepas mendengar lagu tersebut, guru meminta pelajar menulis refleksi


tentang pengorbanan ibu (Bidang Pelajaran: Nilai berkaitan Kekeluargaan.)

Mencipta pantun/sajak untuk ibu yang tercinta.

Aktiviti 3
Sila baca lirik lagu 1 2 3 4 pada muka surat 35

Bil

Huraian langkah-langkah P& P yang menggunakan teknik nyanyian

Contoh pelaksanaan aktiviti berdasarkan lagu di atas:

Guru memberikan arahan kepada pelajar Tahun 6 supaya dapat


melengkapkan borang roda masa depan berhubung dengan cara membalas
jasa ibu.

Menulis ucapan Selamat Hari Ibu/Bapa di atas kad ucapan sempena


sambutan Hari Ibu/Hari Bapa.

40

ELM 3102
Aktiviti 4

1) Buat satu peta minda tentang kesan pencemaran yang berlaku pada bumi dan
cara mengatasinya.
2) Sketsa tentang Hutan iaitu jantung dunia.
3) Melengkapkan borang roda masa depan tentang cara-cara memulihara alam
sekitar.
4) Berikan tiga aktiviti tambahan yang boleh anda fikirkan.

3.1.2

Bercerita

Bercerita merupakan suatu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya
murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian terhadap penceritaan guru.
Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai
jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah,
internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan minat
murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai
moral dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.
Sekarang marilah kita lihat apakah langkah-langkah yang harus diambil kira oleh guru
dalam persediaan teknik bercerita.

Garis Panduan Teknik Bercerita

1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, minat, dan ada kaitan dengan
isi pelajaran yang hendak disampaikan. Pastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran ada kaitan dengan cerita tersebut

2) Kaji isi kandungan cerita itu terlebih dahulu dan selitkan nilai-nilai murni yang
bersesuaian dengan tema.

3) Semasa bercerita guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenarnya


seperti patung wayang kulit, pelbagai jenis pupet, gambar kartun dan alat-alat
bantu mengajar yang bersesuaian.

41

ELM 3102
4) Tempoh masa bagi sesuatu pelajaran sama ada 30 minit atau 60 minit turut
mempengaruhi peruntukan masa untuk bercerita

5) Tahap kebolehan murid dan pengetahuan sedia ada murid amat mempengaruhi
guru dalam pemilihan cerita

6) Cerita boleh diselang-seli dengan latar belakang muzik dan unsur bunyi
kehidupan alam yang menarik. Contoh: bunyi air, api, hujan, guruh dll.

7) Kepelbagaian penekanan nada dan intonasi guru, semasa bercerita menjadikan


penyampaian cerita lebih berkesan.

8) Gerak-geri guru haruslah sesuai dengan isi cerita.

9) Guru haruslah menggunakan bahasa serta istilah yang mudah agar semua murid
dapat memahami cerita yang menjadi isi pelajaran.

10) Mewujudkan peluang untuk murid-murid mengambil bahagian atau turut serta
dalam proses penceritaan tersebut.

11) Guru tidak boleh menumpukan perhatian kepada sebahagian murid atau
kelompok tertentu sahaja. Sebaliknya cuba memandang kepada keseluruhan
kelas secara bergilir-gilir.

12) Akhiri cerita dengan kemas dan berikan suatu kepuasan

kepada murid di

samping mengutamakan unsur pengajaran pembelajaran.

13) Murid juga boleh ditugaskan untuk bercerita dengan garis panduan yang
diberikan oleh guru.

14) Memasukkan unsur pertandingan bercerita secara spontan/berstruktur. Aktiviti


tersebut boleh dijalankan di dalam kelas Pendidikan Moral. Jangka masa
bercerita perlu ditetapkan supaya guru dapat mengawal masa.

15) Merakamkan sesi bercerita dan menayangkannya kembali kepada murid.

42

ELM 3102
16) Selepas mendengar cerita daripada pelbagai pendekatan, minta murid tuliskan
sinopsis cerita yang diperolehi daripada cerita itu.

Berhenti sejenak dan fikirkan.

Murid dalam kelas yang anda mengajar nampaknya terlalu jemu dan ramai yang
kelihatan letih dan mengantuk. Fikirkan apakah teknik mengajar yang sesuai untuk
mereka.
Mengapa tidak masukkan aktiviti Brain Breaks untuk meleraikan kebonsanan?

Atau

Selitkan nyanyian ke dalam langkah pengajaran dan pembelajaran. Sesekali guru boleh
mencuba kelainan dengan menyelitkan lagu patriotik dalam semua langkah pengajaran
iaitu dalam sesi set induksi, langkah 1, 2, 3 dan sesi penutup. Cara ini samalah seperti
kita menonton filem muzikal. Sesekali membuat kelainan dari segi strategi sudah tentu
murid seronok dan ternanti-nanti untuk mengalami pembelajaran sedemikian sekali lagi.
Sudah tentu kenangan-kenangan manis ini akan menjadi ingatan dan menyebabkan
murid menggemari kelas Pendidikan Moral.

Latihan 3.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1
a.

Huraikan 5 faktor yang perlu diambil kira ketika menjalankan teknik bercerita.
Contoh: Umur murid cerita harus bersesuaian dengan peringkat umur murid
yang menjadi sasaran.

Huraikan 5 kebaikan teknik bercerita.

c.

Senarai lima tajuk cerita binatang yang berkaitan dengan nilai-nilai murni/moral.
Contoh: anjing dengan bayang-bayang.

43

ELM 3102
Aktiviti 2

Tuliskan satu skrip lakonan ciptaan anda sendiri yang mengandungi unsur-unsur moral.

3.1.3

Lakonan

Tentu anda tahu lakonan juga merupakan satu teknik yang menyeronokkan.
Kebanyakan isi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral boleh dilakonkan atau
dihidupkan dengan menggunakan teknik lakonan.

Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang itu memainkan


peranan semasa melakonkan sesesuatu cerita atau peristiw a sama ada secara
spontan atau membaca skrip yang disediakan. Lakonan dapat menghidupkan
pengajaran Pendidikan Moral dan merupakan suatu kuasa magic untuk menarik
minat murid.

Tahukah anda apakah jenis-jenis lakonan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral. Terdapat tiga jenis lakonan:

Lakonan spontan / lakonan tanpa skrip

Lakonan berskrip / baca lakon

Lakonan mimos / menggunakan mimik muka dan perlakuan tanpa suara.

Lakonan menggunakan pelbagai jenis boneka

Contoh 1: ( Lakonan Berskrip )

Guru memberikan skrip Si Tanggang Derhaka kepada murid Tahun 2. M urid-murid


yang mengambil bahagian membaca skrip terlebih dahulu di rumah dan melakonkan di
hadapan kelas sama ada dengan menggunakan prop atau sebaliknya. Susunan kerusi
meja kelas hendaklah diatur mengikut teater/bentuk U untuk memudahkan pergerakan
pelakon dan penglihatan audien/murid.

44

ELM 3102
Contoh 2 : (Lakonan Spontan)

Murid-murid diminta berlakon secara spontan:

Kumpulan pelajar Tahun 6 membuli rakan di luar kawasan sekolah

Memarahi seorang peminta sedekah yang datang ke rumah anda.

Merawat ibu sakit di rumah.

Menjadi seorang penagih dadah yang sedang meracau di bawah pengaruh


dadah.

Seorang pengawas yang berwibawa.

Ponteng sekolah kerana berjudi

Jurujual datang ke rumah mempromosi barang dengan cara memujuk.

Contoh 3 : (Lakonan Mimos)

Menaiki sebuah bas yang sesak dan dipandu dengan begitu kasar.

Seorang petani yang sedang menarik tali seekor kerbau yang memusnahkan
tanaman jirannya.

Seorang anak derhaka yang sedang menghalau ibu tua yang malang dari
rumahnya.

Penunggang motosikal haram yang sedang beraksi

Seorang murid sekolah yang sedang curi-curi merokok di dalam tandas sekolah.

Penyeluk saku yang sedang beraksi

Guru disiplin sedang memarahi seorang pelajar yang sering ponteng sekolah.

45

ELM 3102
Contoh 4 : (Lakonan menggunakan pelbagai boneka)

Boneka terbahagi kepada lima jenis iaitu: boneka tangan, boneka sarung,
boneka batang, boneka tali dan boneka bayang

Pengendalian boneka boleh dibahagi kepada dua, iaitu: boneka dengan boneka
dan boneka dengan pelakon (guru dan murid)

Contoh dialog antara boneka buaya dengan boneka kerbau dalam cerita Tidak
Mengenang Budi

Dialog antara boneka gadis dengan boneka orang tua dalam cerita Buat Baik
Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali

Garis Panduan Teknik Lakonan Spontan

Pilih kumpulan murid yang boleh berlakon dan mempunyai suara yang jelas/kuat
sebagai benchmark kepada kumpulan yang akan berlakon seterusnya.

Dialog pelakon adalah bebas tetapi berdasarkan jalan cerita yang disediakan.

Aktiviti dijalankan dalam jangka masa yang pendek.

Tidak memerlukan latihan.

Lakonan secara spontan setelah diberikan arahan.

Tidak perlukan prop atau peralatan fizikal.

Boleh dilaksanakan di mana-mana.

Garis Panduan Teknik Lakonan Berskrip

Ada persiapan awal seperti peralatan dan skrip.

Pelakon diberikan skrip untuk bacaan dan hafalan.

Jangka masa yang panjang diperlukan untuk penghayatan watak.

Ada pengarah untuk menghasilkan lakonan yang berkesan.

Garis Panduan Teknik Lakonan Mimos

Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi soalan situasi mimos.

Lakonan ini amat menarik dan boleh dilakukan oleh kebanyakan murid

Berikan gambaran situasi yang perlu murid lakonkan,

46

ELM 3102
Contoh:
Seorang ibu tua bersedih kerana anaknya tidak pulang berhari raya
Seorang pelajar nakal yang sedang dirotan oleh guru disiplin
Seorang pelajar dengan penuh kesal menasihati raknnya supaya jangan
terlibat dengan dadah
Seorang penagih dadah yang telah insaf dan sedang menasihati rakan
baiknya meninggalkan dunia dadah
Seorang petani yang rajin sedang mengerjakan kebunnya dengan
pelbagai tanaman

Mimos menekankan gerak geri dan mimik muka pelakon yang mengambil
bahagian.

Guru boleh mendapatkan maklum balas murid dengan soalan-soalan yang


dikemukakan berkaitan tajuk yang diajar.

Jika lakonan mimos dirakam kesannya akan cukup menarik perhatian murid
kerana mereka dapat melihat visual sendiri

Garis Panduan Teknik Lakonan Menggunakan Boneka

Pilih boneka yang sesuai dengan tahap umur, minat dan tajuk pengajaran
pembelajaran

Jika guru berlakon menggunakan boneka, guru perlu membuat perbezaan suara
antara guru dan boneka

Rumah boneka yang berlereng boleh disimpan di sudut bacaan dan digunakan
semasa lakonan antara boneka dengan boneka

Jika guru menggunakan pupet wayang kulit, guru boleh menggunakan


overhead projector dan skrin/papan putih. Caranya adalah dengan meletakkan
pupet wayang kulit di atas cermin overhead. Bayang pupet wayang kulit yang
digerak-gerakkan mengikut dialog akan terpancar pada skrin.

Kerusi meja di kelas boleh diatur dalam bentuk teater supaya ada kelainan,
manakala dari segi keluasan murid mudah bergerak dengan melaksanakan
sesuatu aksi

47

ELM 3102
Garis Panduan Teknik Baca Lakon

Skrip cerita yang menarik disediakan oleh guru/murid

Tetapkan pelakon

Pelajar haruslah memahami isi cerita supaya dapat membaca skrip dengan nada
yang meyakinkan

Pilih pelakon yang ada bakat lakonan untuk menjadikan persembahan cerita
menarik

Pelajar membaca skrip dan melakonkan watak dengan intonasi yang sesuai

Selepas membaca lakonan, perbincangan tentang cerita dan nilai moral


diadakan.

Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran

Latihan 3.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1
Guru yang kreatif mampu menggunakan teknik lakonan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral secara berkesan. Walau bagaimanapun terdapat
kebaikan dan keburukan teknik ini. Huraikan kekuatan dan kelemahan teknik tersebut.

Kebaikan teknik lakonan

Kelemahan teknik lakonan

i. _________________________________ i. _________________________________
________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

ii________________________________

ii. _______________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

________________________________

iii. _______________________________

iii. _______________________________

________________________________

________________________________

_______________________________

________________________________

48

ELM 3102
Aktiviti 2

Setiap guru harus mempunyai kemahiran bercerita untuk menghidupkan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral. Senaraikan 5 kemahiran bercerita yang perlu ada pada
guru.
Contoh: Guru perlu mempunyai variasi suara supaya dapat membezakan watak-watak
yang dilakonkan, terutama apabila guru berlakon bersama pupet. Kebolehan
meniru bunyi binatang, unsur alam dan bunyi pelbagai latar belakang dengan
berkesan sudah tentu dapat menghidupkan suasana.

i. _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3.1.4

Main Peranan

Mari kita melihat pula apa yang dimaksudkan dengan teknik Main Peranan.

Main

Peranan merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan satu lakonan spontan
tentang satu-satu isu atau masalah oleh murid-murid yang telah dipilih oleh guru.

49

ELM 3102
Berikut ialah contoh-contoh Main Peranan:
1

Satu temu duga

Melakonkan watak murid sedang ditemuduga oleh guru


Lembaga Pengawas dalam pemilihan calon Ketua
Pengawas sekolah rendah

Pegawai polis menyoal siasat

Melakonkan pegawai polis sedang menyoal siasat

penjenayah

tertuduh yang disyaki merompak bank

Kaunselor

menasihati

pelajar

Melakonkan watak kaunselor yang mengendalikan sesi


kaunseling dengan seorang murid yang sering ponteng
sekolah, merokok dan mencuri.

menasihati

Melakonkan watak murid yang menasihati rakannya

yang bermasalah
4

Seorang

murid

rakannya yang ditangkap kerana

yang ditangkap kerana mencuri.

mencuri wang di dalam kelas


5

Seorang doktor dengan pesakit

Melakonkan watak doktor yang sedang memeriksa


pesakit yang keracunan makanan

Gengsterisme di sekolah

Seorang murid yang kaki buli telah memeras ugut


murid Tahun 5 untuk memberikan wang perlindungan
sebanyak RM 2.00

3.1.5

Simulasi

Pernahkah anda mengikuti satu perbicaraan mahkamah, sama ada dalam filem atau
drama? Teknik ini merupakan satu contoh simulasi. Dapatkah anda kaitkan contoh ini
dengan maksud simulasi? Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan
menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan satu masalah dalam
keadaan terkawal. Melalui teknik ini murid-murid melakukan sesuatu perkara secara
pura-pura dalam satu keadaan teratur. Guru harus bijak mewujudkan satu situasi
masalah moral yang sesuai dengan mana-mana lima Bidang Pembelajaran Moral yang
dipilih.

Contoh
Guru mewujudkan satu situasi yang menunjukkan seorang murid yang baru sahaja
ditangkap kerana melakukan vandalisme. Guru cuba menyoal sebab-sebab dia kerap
kali merosakkan harta benda sekolah. Seorang murid diminta memainkan peranan
sebagai individu yang selalu merosakkan harta awam manakala murid yang sering
merosakkan harta sekolah berperanan sebagai guru. Dengan cara itu murid berkenaan
akan sedar dan menilai kembali sikap negatifnya.

50

ELM 3102

Sila rujuk buku-buku pedagogi pendidikan untuk mendapatkan pengetahuan


yang terperinci berhubung dengan teknik simulasi.

Latihan 3.5
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1
Huraikan garis panduan untuk menjalankan teknik simulasi dengan melengkapkan grafik
di bawah:

Sebelum

Simulasi

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah secara lisan / bertulis

Pelajar memainkan watak-watak

Semasa
Simulasi

Pelajar

digalakkan

memberikan pendapat tentang cara-cara

penyelesaian masalah melalui aktiviti simulasi

Selepas
Simulasi

51

ELM 3102
Aktiviti 2
Huraikan 4 situasi simulasi yang sesuai untuk dikendalikan dalam pengajaran
pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah.

TAHUN

SITUASI

di dalam tandas sekolah

di dalam bas

di pejabat Guru Besar

CERIT A

Seorang murid sedang meniru buku teks dalam


peperiksaan

akhir

tahun.

Guru

dapat

mengesannya. Murid dibawa berjumpa dengan


guru besar. Dialog yang sesuai
4

di pejabat pos

di kantin sekolah

di jalan raya

3.1.6

Penyelesaian Masalah

Mari pula kita melihat maksud teknik penyelesaian masalah. Teknik ini digunakan untuk
menyelesaikan pelbagai masalah harian. Kaedah penyelesaian masalah juga
merupakan satu cara pengajaran yang berdasarkan kaedah penyelesaian yang
saintifik.

Kaedah penyelesaian masalah memerlukan pelajar membuat aplikasi menggunakan


kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari. Aktiviti ini perlu disertai proses
pemikiran peringkat tinggi seperti yang disarankan oleh Bloom iaitu aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian. Terdapat pelbagai jenis aktiviti penyelesaian masalah yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah inkuiri penemuan,
sumbangsaran, simulasi dan kaedah penyelesaian masalah itu sendiri.

Tujuan utama menggunakan teknik penyelesaian masalah adalah untuk memberikan


peluang kepada pelajar menggunakan kemahiran yang sudah dipelajari bagi
menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Secara tidak langsung guru turut melatih

mereka supaya berfikiran kritis dan kreatif. Latihan berfikir ini penting kerana proses
berfikir akan menjurus kepada aktiviti membuat keputusan.

52

ELM 3102
Garis Panduan Teknik Penyelesaian Masalah :-

Mengenal pasti masalah

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan membuat rumusan

53

ELM 3102
Teliti rajah di bawah dan kenal pasti masalah-masalah lain.

Langkah-langkah
Mengenal pasti masalah

Proses

mencari cara menangani masalah datang


lewat ke sekolah.

berbincang dengan guru.

berbincang dengan murid yang selalu datang


lewat.

Mencari maklumat

berbincang dengan rakan baik pelajar yang


selalu datang lewat.

Mendapatkan butiran peribadi keluarga yang


ada kaitan dengan masalah pelajar.

Membuat hipotesis

Mungkin boleh berbincang dari hati ke hati


dengan murid yang selalu datang lewat ke
sekolah berhubung dengan masalah yang
menyebabkan mereka lewat.

Beri surat amaran i, ii, iii.

Telefon ibu bapa / penjaga murid berhubung


dengan anak mereka.

Hukuman denda yang setimpal oleh pihak


sekolah.

Minta

pelajar

berikrar

di

hadapan

perhimpunan supaya mereka tidak datang


lewat.

Menguji hipotesis

Mencuba

rancangan-rancangan

langkah

yang tercatat di atas.


Menilai
rumusan

dan

membuat

Menilai keberkesanan pelaksanaan cara-cara


mengatasi datang lewat ke sekolah. Jika
berjaya boleh dicuba kepada murid-murid lain.
Jika gagal, fikirkan cara-cara baru.

54

ELM 3102

Berhenti sejenak dan fikirkan

Fikirkanlah !!!

Guru menghadapi pelbagai karenah murid di dalam kelas. Setiap masalah perlu ada
penyelesaian yang berkesan. Kes murid yang merokok di dalam tandas, kaki buli yang
memeras ugut murid perlukan pendekatan penyelesaian masalah yang berlainan. Guru
yang bijak akan menyelesaikan masalah umpama menarik rambut dalam tepung,
rambut tidak putus dan tepung tidak bersepah

Antara prinsip menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah ialah:

Selepas mempelajari sesuatu topik tertentu murid diminta menyelesaikan sesuatu


masalah yang diberi oleh guru. Dengan cara ini murid dapat mengaplikasi kaedah yang
baru dipelajari dengan permasalahan sebenar.

Melalui cara ini pemahaman pelajar

dapat diperkukuhkan dengan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah.

Masalah yang diberi oleh guru perlu mengambil kira pengetahuan dan pengalaman
sedia ada pelajar.

Tujuannya ialah

membolehkan

pelajar dari pelbagai aras

kecerdasan dapat menyelesaikan masalah yang diberikan. Sekiranya masalah yang


disediakan terlampau sukar pelajar hilang minat kerana gagal menyelesaikannya dan
begitulah sebaliknya. Guru seharusnya memberikan tunjuk ajar berhubung dengan
penyelsaian masalah kepada pelajar terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang
masalah untuk di selesaikan. Guru perlu menerangkan langkah-langkah penyelesaian
untuk panduan murid. Latihan menjadi lebih mudah jika guru berikan contoh masalah
dan lengkapkan dengan cara penyelesaian masalah kepada pelajar.

Guru perlu mengelak daripada memberikan jawapan kepada permasalahan yang


dikemukakan.

Bimbinglah mereka mencari jalan dan alternatif untuk menyelesaikan

masalah tersebut kerana lebih baik mengajarkan kemahiran memancing daripada


memberikan ikan untuk dimakan kerana kemahiran tersebut dapat digunakan oleh
mereka sepanjang hayat.

55

ELM 3102

Latihan 3.6
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Aktiviti 1
Baca dan fahamkan permasalahan berikut kemudiaan selesaikan dengan menggunakan
teknik penyelesaian masalah.

Murid X sering ponteng sekolah walaupun peperiksaan UPSR akan menjelang


sebulan lagi. Murid X seorang yang pandai tetapi sejak awal Tahun 6 pencapaian
pelajarannya semakin merosot. Melalui maklumat daripada kawannya, ayah murid X
baru berkahwin lagi. Ibu murid X begitu tertekan dan sering memaki hamun dan
membelasah adik beradiknya untuk melepaskan geram. Murid X turut tertekan. Dia
sering ponteng sekolah kerana berkawan dengan rakan sebaya yang buruk
akhlaknya. Ayahnya langsung tidak mempedulikannya. Murid X sudah mula merokok
di luar kawasan sekolah. Sikapnya menjadi agresif. Dia bukan sahaja tidak
menghormati bapa malah ibunya dan guru di sekolah.

Langkah

Proses

Ayah berkahwin lagi tanpa restu keluarga

Murid X ponteng sekolah

Mengenal pasti

Murid X menjadi agresif dan biadab

masalah

Murid X merokok dan berkawan dengan rakan nakal

Ibu tertekan dan lepaskan geram terhadap anak-anak

Pelajaran murid X merosot

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

56

ELM 3102

Menilai & membuat


rumusan

3.1.7

Perbincangan

Pernahkah anda berbincang secara serius tentang satu tajuk pelajaran dengan rakan-rakan
anda? Perbincangan merupakan satu lagi teknik pengajaran dalam Pendidikan Moral.
Teknik ini merupakan satu bentuk diskusi antara ahli kumpulan sama ada kumpulan
kecil atau besar. Teknik perbincangan dapat menimbulkan minat pelajar dalam sesuatu
perkara yang menjadi isu dan membolehkan pelajar mengeluarkan pendapat masingmasing.

Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan pelajarnya di kelas
atau antara pelajar dengan pelajar dalam situasi di kelas. Tujuan utamanya adalah untuk
melatih pelajar memberikan pendapat berhubung dengan sesuatu topik yang ditetapkan.
Sebagai guru anda bolehlah merangsang teknik ini dengan aktiviti perbincangan secara
kelas, kumpulan kecil (buzz), perbahasan dan forum. Guru perlu mengawal kelas supaya
murid-murid dapat didisiplinkan dan dapat melatih pelajar mengeluarkan pendapat yang
bernas dalam bahasa yang teratur disamping menghormati pendapat pelajar lain. Setelah
selesai sesi perbincangan guru bolehlah membantu pelajar membuat kesimpulan berhubung
dengan tajuk yang dibincangkan

Banyak tajuk yang boleh dijalankan secara perbincangan di dalam kelas. Di bawah adalah
antara tajuk/isu Pendidikan Moral Sekolah Rendah yang boleh dijadikan perbincangan.

Contoh

57

ELM 3102

Pengurusan masa yang baik asas kejayaan individu

Menabung amalan mulia

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Ponteng sekolah menggelapkan masa depan murid

Makan seimbang asas kesihatan diri

Keselamatan diri murid adalah tanggungjawab murid sendiri

Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang
kaitkan dengan kejayaan murid cemerlang dalam sesuatu peperiksaan

Kalau tidak dipecahkan ruyung manatah dapat sagunya

Perbincangan dapat dibahagikan kepada 2 jenis :

3.1.7.1

Sesi Buzz

Sesi Buzz ialah perbincangan dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-6 orang.
Bagaimana anda boleh menjalankannya? Bagi melaksanakan sesi buzz teliti garis panduan
di bawah.

Garis Panduan Teknik Buzz :

Seorang ketua mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya.

Pelajar akan mencatatkan idea-idea dan membuat rumusan berhubung dengan


perbincangan tersebut.

Peringkat akhir, kumpulan kecil itu akan berkumpul semula untuk perbincangan am.

Idea-idea yang dipersetujui bersama akan disampaikan kepada guru untuk penilaian.

3.1.7.2

Sumbang Saran (Brainstorming)

Sumbang saran pula merupakan satu bentuk perbincangan yang membolehkan satu
kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara spontan dan berkelompok.
Setiap peserta digalakkan memberikan sebarang idea yang difikirkan relevan. Setiap idea
perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak. Jangan
mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran idea-idea baru.

58

ELM 3102
Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang tidak sesuai untuk
dibuat rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran.

Contoh 1

BP 5 : Nilai Berkaitan Dengan Diri dan Negara


5.2 Patuh kepada peraturan dan undang-undang
Guru mewujudkan satu situasi berhubung dengan perbuatan vandalisme di
kalangan remaja yang boleh menjatuhkan imej negara. Perbincangan berfokus
kepada kejadian membakar sekolah sebagai balas dendam dan tidak berpuas
hati dengan pentadbir.
Berikan justifikasi anda terhadap perbuatan tersebut

Berhenti dan renung sejenak

Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita. Mereka
mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu terjadi.
Mereka berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk menyarankan
cara-cara penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan dan tindakan
mereka? Adakah mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan dan bertindak
sebagaimana yang mereka persetujui dalam perbincangan?

Contoh terbaik ialah gejala melepak, menonton televisyen yang keterlaluan, membuang
masa yang berharga, melawan ibu dan bapa baik secara terang-terangan atau sebaliknya.

Renungkanlah !!!
Latihan 3.1.7
Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1
Garis Panduan Menjalankan Teknik Perbincangan

59

ELM 3102

Sumbang saran (Brainstorming)

Sesi Buzz

Guru membahagikan kelas kepada


kumpulan-kumpulan
kecil
4-6
orang

____________________________
____________________________
____________________________
____________________________
____________________________
____________________________

Jumlah peserta ramai, semakin


banyak idea dikemukakan semakin
banyak masalah dapat diselesaikan

______________________________
______________________________
______________________________
______________________________
______________________________
______________________________

Mengenal pasti masalah

3.1.8

Kebaikan
______________________
______________________
______________________
______________________
_________________________
Kelemahan
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________

Projek

John Dewey ialah pelopor kepada teknik projek. Kaedah projek berlandaskan teori bahawa
pelajar akan lebih mudah memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat
sendiri. Teknik ini memberikan peluang kepada murid-murid mempelajari sesuatu
perkara melalui penglibatan diri secara langsung sama ada dilaksanakan dalam
kumpulan atau individu. Projek merupakan suatu tindakan kemasyarakatan yang boleh
dilakukan untuk mengatasi masalah tertentu.

Setelah memilih isu yang memerlukan pelaksanaan sesuatu projek, maka bolehlah dibuat
kertas kerja untuk melaksanakannya mengikut prosedur tertentu. Biasanya pelajar akan

60

ELM 3102
menjalankan projek selepas selesai menguasai kemahiran tertentu. Suatu contoh kaedah
projek yang dijalankan secara meluas dalam sistem persekolahan Malaysia ialah melalui
mata pelajaran sejarah.

Semua murid diberikan satu projek mengumpulkan maklumat

berhubung dengan tokoh-tokoh tempatan yang berjasa dalam bidang tertentu. Projek ini
diberikan markah dan dicatat sebagai sebahagian keputusan peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar tingkatan tiga.

Berikut ialah contoh-contoh teknik projek Pendidikan Moral. Mari kita ikuti bersama.

Contoh

Setelah perbincangan diadakan dalam kelas Tahun 4 Bumi, ketua kumpulan menulis
sepucuk surat kepada pengetua berhubung dengan kekotoran di kantin sekolah. Susulan
daripada aduan tersebut, murid-murid Tahun 4 Bumi akan menjalankan Projek Khidmat
Menceriakan Kantin Sekolah.

Satu jadual kerja turut dibincangkan untuk melancarkan projek tersebut manakala sebuah
laporan dihantar kepada pengetua melalui guru Pendidikan Moral tersebut.

Projek lain yang boleh dilaksanakan:

Projek Mengumpulkan Sejuta Tanda Tangan Membantah Peperangan

Projek Menyiapkan Buku Skrap Berkaitan Satu Isu Moral

Projek Mencari Sarang Nyamuk Aedes

Projek Membersihkan Masjid Dan Tanah Perkuburan

Projek Lawatan Ke Rumah Orang Tua

Berhenti dan renung sejenak

61

ELM 3102

Bayangkan jika anda seorang anak yatim yang tinggal bersama anak-anak yatim lain di
sebuah rumah anak yatim. Masyarakat sekeliling semuanya kaya raya dan mewah belaka.
Walau bagaimanapun tidak ada sesiapa yang sudi menjengok anda dan rakan-rakan.
Apakah perasaan anda dan anak-anak yatim di situ?

Renungkanlah!!! Di manakah masyarakat penyayang negara ini? Tiadakah golongan yang


merasakan anak yatim adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang amat
memerlukan perhatian? Ruangkanlah sedikit masa emas anda untuk datang dan bermesra
dengan anak-anak yang dahagakan kasih sayang ibu bapa itu.

Latihan 3.1.8
Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1

PROJEK

KEBAIKAN

KELEMAHAN

Teknik ini meliputi 3 dimensi kognitif,


afektif dan psikomotor
_______________________________

_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________

62

Masa yang lama diperlukan untuk


menyiapkan projek

_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________

ELM 3102

Aktiviti 2
Senaraikan nama projek yang boleh dijayakan oleh murid Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6
Sekolah X pada tahun 2004.

Projek Peringkat Kelas / Sekolah

Menghasilkan buku skrap berhubung

Projek Peringkat Daerah / Masyarakat

Menguruskan kanak-kanak spastik


semasa sukaneka di sekolah mereka

dengan konsep Malaysia Boleh atau


Keranamu Malaysia

_______________________________

______________________________

_______________________________

______________________________

_______________________________

_______________________________

_______________________________

3.1.9

Lawatan

Pernahkah anda membuat lawatan bersama rakan-rakan semasa bersekolah dahulu? Jika
anda tidak pernah, bayangkan suasana di sebuah rumah orang tua atau anak-anak yatim.
Biasanya pelajar berasa amat gembira jika guru membawa mereka pergi ke suatu tempat.
Dengan kata lain, lawatan ialah aktiviti kunjungan ke suatu tempat di luar bilik darjah
yang

dikelolakan

secara

terancang

untuk

tujuan tertentu.

Contohnya

untuk

memperkukuh nilai berkaitan dengan perkembangan diri, guru akan membawa pelajar ke
Pusat Serenti. Pelajar akan sedar betapa sengsaranya kehidupan

di Pusat Serenti

berbanding dengan hidup keluarga bahagia. Sesungguhnya aktiviti ini memberikan


peluang kepada murid untuk memerhati, membuat pertimbangan dan mengamalkan
nilai yang dipelajari.

Antara kebaikan teknik ini ialah pelajar-pelajar akan mendapatkan gambaran yang tepat
tentang sesuatu perkara.

Contohnya, guru mengajar konsep kemiskinan.

Dengan itu

pelajar akan dibawa ke kawasan penempatan setinggan untuk mendapatkan gambaran


sebenar dengan masalah tersebut. Selain itu daya ingatan murid lebih panjang jika mereka
melihat sendiri tempat atau perkara itu berbanding dengan penerangan guru- semata-mata.
Pelajar seronok kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan melalui lawatan

63

ELM 3102
yang dijalankan, sudah tentu dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan
masyarakat.

Tahukah anda apakah langkah-langkah untuk mengadakan lawatan? Ada beberapa langkah
yang perlu anda beri perhatian.
Garis Panduan Teknik Lawatan :-

1. Sebelum

Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK,
taklimat lawatan.

Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu

2. Semasa

Perlaksanaan aktiviti ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman.

3. Selepas

Tindakan susulan

Adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan ke pusat serenti.

Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan / perhimpunan


sekolah.

Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi gambar, lukisan
dan lain-lain.

Latihan3.1.9
Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah.

Aktiviti 1

Garis Panduan Menjalankan Lawatan


Sebelum Lawatan

________________
________________
________________
________________

Selepas lawatan

Semasa lawatan

__________________
__________________
__________________
__________________

64

__________________
__________________
__________________
__________________

ELM 3102

Aktiviti 2

Senaraikan tempat lawatan yang relevan dengan Tajuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6
sekolah anda dan berikan sebab-sebab anda memilih tempat tersebut.

Nama tempat

Kampus
universiiti

Alasan memilih

Objektif lawatan

Murid dapat menimba

Menanamkan nilai ingin

pengalaman sebenar sewaktu

memajukan diri sejak kecil lagi

berada di kampus

Membuat pilihan cita-cita

Murid dapat dimotivasi untuk


menjadi bakal siswazah

Penjara
Rumah
kebajikan
spastik
Kilang kitar
semula bahan
buangan
Sekolah
wawasan
Rumah
kebajikan
orang tua
Galeri Tunku
Abdul Rahman

65

ELM 3102
3.1.10 Perbahasan

Perbahasan ialah aktiviti yang dijalankan secara formal dan tidak formal antara
kumpulan pencadang dan pembangkang tentang sesuatu isu yang kontroversi bagi
meyakinkan penonton tentang sesuatu isu yang menarik perhatian ramai. Guru berperanan
memastikan supaya aktiviti perbahasan dijalankan secara terkawal dengan hujah yang
rasional daripada kedua-dua belah pihak. Peserta tidak boleh mengeluarkan sebarang isu
sensitif.

Teknik perbahasan ini amat sesuai untuk membincangkan kebaikan dan keburukan sesuatu
idea, isu atau perkara. Teknik ini dapat mengasah kemahiran berfikir dan berkomunikasi
di kalangan murid di samping membentuk keyakinan diri.

Latihan 3.1.10
Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1

Bidang
Pembelajaran/

Nilai

Tajuk Perbahasan

Tahun
1
Tahun 5

Nilai berkaitan dengan

Mata pelajaran Pendidikan Moral

perkembangan diri

kurang penting berbanding dengan


mata pelajaran lain

2
Tahun 5
3
Tahun 6
4
Tahun 6
5
Tahun 6

Nilai berkaitan diri dan


keluarga
Nilai berkaitan diri dan
masyarakat
Nilai berkaitan diri dan alam
sekitar
Nilai berkaitan diri dan
negara

Nota: Aktiviti perbahasan kurang sesuai diadakan untuk murid-murid Tahap I

66

ELM 3102
3.1.11

Tunjuk Cara

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu teknik pengajaran yang melibatkan seorang individu
yang berpengetahuan menunjukkan bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan di
hadapan murid lain. Melaluinya idea, prinsip dan konsep dapat ditunjukkan dengan jelas.
Antara perkara yang boleh dijadikan contoh tunjuk cara ialah cara bertata tertib di meja
makan.

Selain itu, guru Pendidikan Moral boleh menjelaskan cara-cara menghormati orang lain
mengikut bangsa, keturunan dan adat.

Contoh 1

Kepelbagaian cara bersalam di kalangan orang Melayu.

Bersalam antara dua orang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa

Bersalam antara suami dan isteri pada pagi raya.

Bersalam antara anak dengan ibu bapa.

Bersalam antara cucu dengan nenek dan datuk.

Bersalam antara anak kecil dengan orang yang lebih dewasa.

Bersalam antara murid dan guru

Bersalam untuk mengucapkan tahniah/takziah

Bersalam untuk memohon maaf.

Bersalam menerima ijazah daripada Canselor

Bersalam antara pekerja dengan majikan

Garis Panduan Teknik Tunjuk cara :

1.

Guru memberikan penerangan tujuan demonstrasi dan hasil yang diharapkan.

2.

Sebelum demonstrasi sebenar bolehlah mencuba tunjuk cara itu terlebih dahulu
supaya demonstrasi tersebut berjalan lancar.

3.

Guru perlu memberikan penerangan yang jelas berhubung dengan tunjuk cara yang
akan dilakukan. Dengan cara itu isi pelajaran atau nilai yang diharapkan dengan
mudah dapat disemai.

67

ELM 3102

Latihan 3.1.11
Cuba uji kefahaman anda dengan lengkapkan grafik di bawah

Aktiviti 1

Bil
BP 1

Bidang Pembelajaran/Nilai
Nilai

berkaitan

Contoh Tunjuk cara

dengan

perkembangan diri

BP 2

Nilai berkaitan diri dan keluarga

BP 3

Nilai berkaitan diri dan masyarakat


Guru menunjukkan pelbagai cara

BP 4

Nilai berkaitan diri dan alam sekitar

melupuskan

sampah

mengikut

piawaian kebersihan
BP 5

3.2

Nilai berkaitan diri dan negara

Alat-alat Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Moral.

Penyampaian guru-guru kreatif amat berbeza dengan penyampaian guru-guru yang kurang
atau tidak kreatif. Guru kreatif sering memikirkan sesuatu teknik yang baru dan berkesan
untuk diadun dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral. Banyak sungutan yang
biasa diluahkan oleh guru-guru yang kurang berpengalaman dalam mengajarkan Pendidikan
Moral sama ada di sekolah rendah atau menengah.

Alat-alat berfikir merupakan satu komponen yang penting dalam pendekatan kemahiran
berfikir. Seseorang guru yang dapat menguasai penggunaan alat-alat berfikir akan dapat
membimbing murid dalam proses berfikir secara sistematik. Dengan itu murid dapat
menguasai cara berfikir ketika membuat keputusan dan dalam menyelesaikan masalah
harian.

Contoh: Murid Tahun 5 dibuli dan diugut oleh sekumpulan murid di sekolahnya. Dengan
menggunakan alat berfikir CoRT 1, murid-murid boleh menilai kesan tindakan yang paling
sesuai diambil untuk kebaikan diri.

68

ELM 3102
3.2.1

Pengenalan Konsep Am Kemahiran Berfikir

Berfikir merupakan operasi mental yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk
membentuk pola pemikiran, mencari sebab atau membuat keputusan.

Keperluan berfikir adalah jelas sebagaimana digambarkan dalam maksud sebuah hadis
Nabi Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh
tahun

Konsep Kemahiran Berfikir secara kritis ialah:


Satu proses penggunaan minda yang berkesan untuk menilai kesahan atau kebaikan
satu-satu idea, buah fikiran, worldview dan nilai untuk membolehkan seseorang
bertindak balas secara rasional terhadap sesuatu perkara berdasarkan bukti dan sebab
musabah.

Konsep Kemahiran Berfikir secara kreatif ialah:


Kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea baru, kemungkinankemungkinan baru, ciptaan baru berdasarkan keaslian individu berkenaan. Dengan
kata lain ciptaan yang dihasilkan oleh individu tersebut berdasarkan ideanya sendiri
atau mengubah suai idea yang sedia ada dengan membuat penambahbaikan ataupun
melahirkan ciptaan baru berdasarkan idea pokok yang telah ada.
Selain itu proses berfikir juga merupakan tindak balas yang berlaku dalam mental
manusia yang melibatkan beberapa peringkat aktif seperti mengenal dan memahami
masalah mencari maklumat sebagai penyelesaian, membuat penolakan setelah
menimbangkan segala kemungkinan penyelesaian, menilai hipotesis yang sudah
dibuat dan akhirnya bergerak ke peringkat membuat keputusan.

Seseorang yang

sedang berfikir sebenarnya sedang mengawal tingkah lakunya sendiri.

3.2.2

Alat-alat Berfikir

Alat-alat berfikir yang dapat digunakan dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral
ialah:

Peta minda

Soalan dan Penyoalan Kritis dan Kreatif

CoRT 1

Pengurusan grafik

69

ELM 3102
3.2.2.1

Peta minda

Tony Buzan (1984) telah menghasilkan satu teknik untuk mencatat nota dengan berkesan
dan sistematik.

Ciri-ciri yang harus difikirkan dalam penyediaan peta minda:

Menggunakan kata kunci

Menggunakan imej

Menggunakan warna dan lukisan tiga dimensi

Menggunakan perkataan yang saiznya berbeza-beza

Membezakan antara fakta utama dengan sub fakta

Tulisan haruslah dalam huruf cerai jika tidak menggunakan komputer

3.2.2.2

Soalan dan Penyoalan Kritis dan Kreatif

Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah untuk
menggalakkan murid-murid berfikir atau sebagai penilaian spontan terhadap pemahaman
murid berhubung dengan topik yang diajar oleh guru.

Sekiranya guru dapat mengemukakan soalan pada aras yang tinggi, murid-murid sudah
tentu akan berfikir pada aras yang tinggi juga. Sekiranya jika guru melontarkan soalan
adhoc atau tidak dirancang, sudah tentu jawapan murid juga jadi kelam-kabut. Oleh itu
guru digalak menggunakan pokok soalan kritis dan kreatif untuk membantu mereka
mengorganisasi teknik penyoalan.

Jenis-jenis soalan:

Terdapat 5 jenis teknik soalan yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kefahaman
murid-murid

a) 5W 1H
b) Soalan bertumpu dan soalan bercapah
c) Soalan kritis dan kreatif
d) Lingkaran soalan

70

ELM 3102
a. 5W 1H

Soalan jenis 5W 1H bertujuan menguji kefahaman murid-murid berkaitan dengan satu


petikan/bahan rangsangan dalam satu bentuk teks/petikan. Soalan jenis ini haruslah
berdasarkan kepada frasa kata tanya berikut:

Apa (What)?

Siapa (Who)?

Di mana (Where)?

Bila (When)?

Mengapa (Why)?

Bagaimana (How)?

b. Soalan Bertumpu dan Soalan Bercapah

Soalan bertumpu
Soalan bertumpu menghendaki murid menjawab secara berfokus. Sekiranya jawapan yang
diberikan oleh murid-murid berbeza daripada jawapan yang dikehendaki, jawapan tersebut
dianggap salah.

Contoh soalan bertumpu:


i.

Adakah anda bersarapan sebelum pergi ke sekolah pagi tadi?

ii.

Adakah anda mencintai negara anda?

Soalan bercapah:
Jawapan untuk soalan bercapah adalah lebih luas dan biasanya jawapan tersebut tidak
boleh didapati secara langsung daripada bahan rujukan/teks. Jawapan kepada soalan
bercapah memerlukan seseorang menyatakan pandangan, perasaan dan penilaian am
terhadap sesuatu perkara. Soalan bercapah lebih bersifat subjektif. Oleh itu, ia memerlukan
pemikiran dan penaakulan yang lebih mendalam bersesuaian dengan aras tinggi penyoalan.

Contoh soalan bercapah:


i.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan niat seseorang

ii. Beri pandangan anda tentang pendapat yang menyimpulkan bahawa gejala lepak
ialah ibu kepada segala maksiat
iii. Guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang membakar dirinya. Bincangkan.

71

ELM 3102
iv. Sejauhmana anda setuju bahawa pengaruh rakan sebaya amat mempengaruhi
perkembangan moral diri pelajar
v. Adakah anda mencintai negara anda?

c. Soalan Kreatif dan Kritis

Berikut ialah frasa atau kata kunci yang boleh digunakan dalam soalan kreatif dan kritis

SOALAN KREATIF

SOALAN KRITIS

1. Sekiranya

1. Apakah persamaan dan perbezaan

2. Apakah ramalan

2. Bagaimanakah anda mengkategorikan..

3. Apakah tindakan

3. Apakah idea-idea utama...

4. Apakah perkaitan antara

4. Bagaimanakah anda tahu

5. Apakah pola

5. Mengapakah anda memilih

6. Apakah hipotesis

6. Yang manakah

7. Sila berikan dua contoh

7. Apakah bukti untuk menyokong


kesimpulan yang telah anda buat

8. Apakah yang boleh direka cipta

8. Mengapakah

9. Apakah pandangan anda

9. Bagaimanakah alasan
10. Bolehkan sumber data atau maklumat..
11. Apakah interpretasi yang boleh dibuat
tentang
12. Bagaimanakah data/idea dan
sebagainya

d. Lingkaran soalan
Lingkaran soalan merupakan satu bentuk yang memberikan tumpuan kepada skop-skop
tertentu.

Perkara (P)
Merujuk tema, tajuk, subjek, isu atau teks bacaan.

Individu (I)
Merujuk pembaca atau orang yang dihendaki memberikan respons berhubung perkara yang
sedang dibincangkan.

72

ELM 3102
Luar Individu (LI)
Merujuk skop di luar individu. Contoh: masyarakat (rakan, Negara, luar Negara), tempat
(Bandar, kampong), masa (sekarang, masa depan)

Gabungan antara ketiga-tiga aras di atas dapat menghasilkan 7 skop lingkaran:


1.

Perkara (P)

2.

Individu (I)

3.

Luar Individu (LI)

4.

Perkara (P) + Individu (I)

5.

Individu (I) + Luar Individu (LI)

6.

Perkara (P) + Luar Individu (LI)

7.

Perkara (P) + Individu (I) + Luar Individu (LI)

Skop-skop dalam lingkaran soalan

3.2.2.3

Alat Berfikir CoRT 1

Edward de Bono telah mempelopor CoRT (Cognitive Research Trust) sebagai alat berfikir
atau instrument yang fungsinya boleh memperluaskan persepsi serta meningkatkan kualiti
pemikiran seseorang. Penggunaan alat-alat CoRT dapat meningkatkan kemahiran
seseorang dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih
baik. Terdapat 7 teknik asas dalam CoRT 1.

Huraian CoRT 1

73

ELM 3102

Teknik CoRT

Langkah Pelaksanaan

Contoh Tajuk

Sebelum membuat sesuatu keputusan

Membatalkan majlis sambutan

perlu ada fikiran terbuka terhadap sesuatu

Hari

buah fikiran cadangan, idea dengan

disebabkan guru besar baru

langkah-langkah berikut:

bersara,

1. PMI (Plus, Minus,

menyenaraikan semua yang baik

Interesting)

menyenaraikan

semua

yang

semua

yang

Guru

pada

16

manakala

Mei

Penolong

Kanan cuti sakit secara tiba-tiba

buruk

menyenaraikan
menarik

Buat

keputusan

berdasarkan

penilaian di atas

2. CAF (Consider All

Senaraikan semua faktor

Lembaga Disiplin Sekolah sedang

membuat pertimbangan setiap

bersidang

factor

tindakan disiplin terhadap murid X

Factors)

untuk

mengambil

menentukan keputusan

Meneliti kesan jangka panjang

Seorang bapa sedang terfikir-fikir

dan jangka pendek sebelum

untuk menghantar surat layang

mengambil sesuatu tindakan

kepada guru besar disebabkan

3. C & S (Consequence
& Sequel)

tidak puas hati terhadap guru


kelas anaknya yang malas dan
sibuk berniaga di sekolah

4. AGO (Aims, Goals,


Objectives)

Dalam setiap tindakan yang

Seorang

murid

yang

dibuat haruslah berfokus kepada

menghadapi peperiksaan UPSR

maklumat yang sebenar

mempunyai

sasaran

akan
untuk

Oleh itu jangan lari daripada mendapat 5A. Oleh itu semua
perlakuannya menjurus kepada

AGO asal

matlamat asal iaitu mendapat 5A

5. FIP (First Important


Priority)

Mengenal pasti dan menentukan

Murid

cemerlang

Tahun

keutamaan priority mengikut

terpaksa membuat pilihan sama

susunan kepentingan

ada hendak mengikut ibu dan


bapa ke luar Negara buat kali
pertama untuk menghadiri majlis

74

ELM 3102
konvokesyen
menduduki

kakaknya

atau

peperiksaan

percubaan UPSR di sekolahnya

Menimbangkan semlua alternatif sebelum

Anda ketinggalan bas sekolah.

memilih satu kemungkinan yang paling

Ibu dan ayah berada di luar

baik

daerah kerana tugas rasmi. Ibu

6. APC (Alternatives,

tidak meninggalkan wang yang

Possibilities, Choices)

cukup untuk menaiki teksi. Jarak


stesen bas jauh. Seharian hujan
turun dengan lebat. Di sekolah
ada peperiksaan akhir tahun.

Mengambil kira semua pandangan di

Sekolah mewajibkan semua

7. OPV (Others

kalangan mereka yang berkepentingan

murid memungut derma jogathon

Peoples View)

dalam sesuatu perkara sebelum membuat

tidak kurang daripada RM 100

keputusan terakhir

untuk mengisi tabung sekolah

75

ELM 3102

Latihan 3.2.2.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.

Aktiviti 1
Setelah membaca dan memahami huraian CoRT 1, sila lengkapkan grafik di bawah.

Teknik CoRT

Contoh tajuk perbincangan

PMI (Plus, Minus,


Interesting)
CAF (Consider All
Factors)
C & S (Consequence &
Sequel)
AGO (Aims, Goals,
Objectives)
FIP (First Important
Priority)
APC (Alternatives,
Possibilities, Choices)
OPV (Others Peoples
View)

3.2.2.4

Pengurusan Grafik

Pengurusan grafik merupakan alat berfikir yang menggambarkan pemetaan atau pola
penyusunan idea yang boleh digunakan untuk menghubungkait maklumat dengan
sesuatu idea. Pengurusan grafik dapat membantu murid dalam menggambarkan isi
kandungan dengan jelas secara visual.

Bahagian-bahagian dalam pengurusan grafik boleh diubahsuai oleh guru supaya relevan
dengan tajuk/tema/perkara yang hendak disampaikan kepada murid. Murid pula dikehendaki
mengisi bahagian-bahagian dalam grafik seperti yang diarahkan oleh guru. Contoh, grafik
banding beza antara sifat murid cemerlang dengan murid malas.
Antara contoh pengurusan grafik adalah seperti berikut:

76

ELM 3102

1.

Pengurusan grafik banding beza

2.

Pengurusan grafik membuat kategori

3.

Pengurusan grafik meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

4.

Pengurusan grafik membuat ramalan

5.

Pengurusan grafik menerangkan sebab

6.

Pengurusan grafik carta aliran

7.

Pengurusan grafik mengusul periksa andaian

Untuk mendapat penerangan lanjut tentang pengurusan grafik, sila rujuk dalam dua buah
buku berikut:

Som Haji Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif dan Kritis (KBKK), Kuala Lumpur, Longman (Bab 2)

Poh See Hiang (1997), Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis, Kuala
Lumpur, Kumpulan Budiman (Bab 2)

Rumusan

1.

Teknik pengajaran adalah penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran


menarik dan berkesan.

2.

Kreativiti guru amat penting dalam menentukan teknik-teknik pengajaran.

3.

Guru mestilah tahu menyesuaikan teknik dengan isi kandungan dan tahap umur murid.

4.

Sebelum menjalankan satu-satu teknik, guru perlu faham terlebih dahulu cara-cara
melaksanakannya berpandukan garis panduan yang ditetapkan.

5.

Banyak teknik yang boleh diguna pakai dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan
Moral.

77

ELM 3102

TAJUK 4

PENDEKATAN DAN KAEDAH PROJEK

4.1 Kaedah Projek

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral selalunya dilaksanakan secara formal atau
tidak formal sama ada di luar atau di dalam bilik darjah. Kefahaman nilai moral akan lebih
berkesan sekiranya pengajaran itu dilaksanakan melalui pengajaran yang menimbulkaan
perasaan dan kesedaran moral serta memupuk sikap positif. Selaras dengan sukatan
pelajaran Pendidikan Moral kaedah projek ini memberikan kemahiran kepada pelajar
mengenal pasti isu-isu dan masalah moral semasa dan seterusnya mengambil bahagian
dalam membendung gejala tersebut. Berhadapan dengan situasi sebenar pelajar-pelajar
dapat

kemahiran menangani masalah seterusnya bertanggung jawab sebagai ahli

masyarakat .

4.2 Tujuan Kaedah Projek

Kaedah Projek ialah satu kaedah yang memberikan peluang kepada murid-murid
mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran. Tujuan kaedah projek ialah;

i.

memperkukuh pembelajaran murid di dalam kelas

ii.

membenarkan pembelajaran murid di dalam kelas

iii.

memupuk nilai-nilai murni seperti tolong menolong, tolak ansur dan


sebagainya

iv.

membenarkan murid bertukar pendapat dan pandangan

v.

meningkatkan keyakinan murid selepas sesuatu projek selesai

vi.

memupuk sifat kepimpinan di kalangan murid

vii.

menggalakkan perkembangan kiritis, analitis dan kreatif

viii.

mendorong perasaan ingin tahu kesudahan projek

78

ELM 3102
4.3 Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah Projek

i.

Pastikan bahan yang diperlukan mudah didapati

ii.

Membantu murid memilih projek yang bermakna iaitu mencapai matlamat


pelajaran

iii.

Setiap objektif hendaklah jelas

iv.

Mengadakan penyeliaan oleh guru

v.

Memberi peluang murid untuk menilai projek

vi.

Memberi peluang menggunakan sumber yang terdapat dalam masyarakat

4.4 Kebaikan-kebaikan Kaedah Projek

i.

Pendekatan projek meliputi kognitif, afektif dan psikomotor

ii.

Menambah minat dan motivasi murid

iii.

Mengembangkan sikap tanggungjawab dan inisiatif murid

iv.

Memahami bagaimana hendak menjalan sesuatu projek dengan mendalam

4.5 Kelemahan-kelemahan Kaedah Projek

i.

Mengambil masa yang panjang

ii.

Pengetahuan murid terhad dan mungkin murid akan melakukan kesalahan

iii.

Bahan dan sumber bagi sesuatu projek adalah terhad

iv.

Murid biasanya akan terpesong daripada objektif yang ditetapkan

v.

Masalah disiplin akan timbul sekiranya guru kurang cekap kawalannya.

4.6 Jenis-Jenis Projek


1.

Kaji selidik
Merupakan satu strategi yang digunakan untuk membantu murid membuat kajian
tentang sesuatu perkara secara mendalam dan terperinci. Strategi ini membolehkan
murid memerhati, menganalisis, menilai dan membuat rumusan.
Contoh kaji selidik adalah;

Satu rombongan murid-murid melawat Pusat Insaf Diri untuk membuat kaji selidik
tentang usahanya dalam rawatan dan pemulihan penagihan dadah.

79

ELM 3102
2.

Hasil Tangan
Projek yang sesuai dijalankan di dalam kelas dan hasil tangan setiap murid adalah
berbeza seperti mengecap menggunakan ubi kentang, menganyam membuat topeng
dan sebagainya. Untuk mata pelajaran Pendidikan Moral antara contoh hasil tangan
ialah membuat kad hari lahir, Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya

3.

Pengumpulan specimen
Projek ini mudah dijalankan. Murid-murid boleh diminta mengumpul pelbagai jenis
objek seperti cengkerang siput atau batu-batu karang. Dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral mengumpul artifek atau gambar gambar tokoh-tokoh tempatan
dan luar negara yang berjasa kepada bangsa, agama dan negara.

4.

Peta Timbul
Sesuai untuk mata pelajaran kajian tempatan atau Geografi. Peta timbul merupakan
satu model keadaan permukaan muka yang berdasarkan sesuatu tempat seperti
bukit bukau, tasik, paya dan laut. Dalam Pendidikan Moral guru bolehlah mengaitkan
peta timbul dengan penjagaan alam sekitar. Apa yang akan berlaku kepada bukit,
tasik dan paya jika kita merosakkan alam?

5.

Akuarium
Amat berguna pada pelajaran Sains. Akuarium terdiri daripada satu bekas kaca atau
kolam berisi air dan mengandungi haiwan dan tumbuhan. Dalam Pendidikan Moral
isi akuarium boleh ditukarkan kepada model penempatan setinggan di tepi sungai
yang dikotori dengan sampah sarap. Melaluinya murid dapat kefahaman tentang
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

6.

Terrarium
Diperbuat daripada kotak kaca dan diisi dengan tumbuhan hidup serta lumut dan
paku pakis, haiwan kecil seperti katak dan labi-labi. Murid boleh mengkaji hubung
kait antara haiwan dan tumbuhan. Kaitan dengan Pendidikan Moral ialah
menyayangi alam sekitar dapat menyedari serta menghayati betapa pentingnya
sistem ekologi kepada kesejahteraan manusia.

7.

Herbarium
Terdiri daripada pengumpulan bahagian-bahagian tumbuhan yang diawet atau
dikeringkan seperti biji, bunga atau daun. Pengumpulan ini boleh disimpan di dalam
sebuah kotak atau pada kadbod.

Kaitan dalam Pendidikan Moral ialah nilai

80

ELM 3102
kebersihan fizikal dan mental. Pemikiran yang sihat terhadap benda memberi kesan
positif kepada perkembangan moral diri murid.
8.

Projek Lawatan

Satu cara P&P yang boleh memberikan kesempatan kepada murid mendapatkan
pengetahuan menerusi pengalaman sebenar.

melalui projek ini murid dapat mengasah kemahiran mereka dengan memerhati,
menyelidiki, merekod dan membuat pertimbangan.

Projek melibatkan tempat seperti

kilang, perpustakaan dan muzium.

Dalam

Pendidikan Moral, guru boleh membawa murid-murid ke rumah-rumah kebajikan,


pusat serenti, loji air, petempatan setinggan dan sebagainya.
9.

Vivarium
Memelihara haiwan kecil untuk satu jangka pendek seperti belalang dan labah-labah.
Melalui projek ini murid dapat memerhatikan sifat, tabiat dan gerak geri haiwan.
Kaitan dengan Pendidikan Moral ialah membezakan kepentingan dan keberkesaan
habitat haiwan dengan manusia

10.

Muzium mini
Mengumpul benda-benda yang mempunyai nilai sejarah atau pelik di bahagian
belakang bilik darjah.

Gambar sekolah pada awal penubuhan, guru besar yang

terawal hingga terkini, ketua pengawas dari awal penubuhan sekolah hingga hari ini,
kejayaan sekolah dan tokoh-tokoh murid yang menjadi role model
11.

Buku skrap
Mengumpul segala maklumat sama ada dalam bentuk gambar atau penerangan dan
menampalnya dalam satu buku khas. Segala maklumat boleh diperolehi dari surat
khabar, majalah atau risalah. Pendidikan Moral boleh mengaitkan dengan tokohtokoh tempatan, gambar-gambar kempen jalan raya, tempat-tempat yang menjadi
kebanggaan negara.

12.

Diorama
Merupakan

satu

pemandangan

berbentuk

dimensi.

Diorama

boleh

menggambarkan suasana di sebuah ladang, jalan raya dan sebagainya.

Latar

belakang pula diwarnakan. Dalam Pendidikan Moral boleh dikaitkan dengan model
Rumah 3 Dimensi yang ideal untuk seisi keluarga

81

ELM 3102

Mungkin anda keliru. Ambil peluang untuk bertanya kepada rakan yang
dapat membantu. Anda akan maju beberapa langkah ke hadapan.
Syabas!

Latihan 4
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan di bawah.

Soalan
1. Rancangkan satu projek yang sesuai dengan sukatan Pendidikan Moral dan berikan
berikan satu contoh surat memohon kebenaran mengadakan projek tersebut.
2. Sediakan satu kertas kerja berhubung dengan projek lawatan yang dirancang
kepada pihak sekolah.

Rumusan

Kaedah projek merupakan suatu kaedah di mana murid menjalankan eksperimen atau
kegiatan di dalam situasi sebenar dan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu. Pembelajaran
melalui pengalaman adalah lebih bermakna dan memberi kefahaman dan dapat
memperkembangkan

autonomi

moral

82

dalam

keadaan

yang

sebenar.

ELM 3102
SOALAN TUTORIAL

Pengenalan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral

1. Anda telah pelajari sejarah perkembangan mata pelajaran Pendidikan Moral di Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah sumbangan pengetahuan tersebut dalam menyediakan
diri anda sebagai seorang guru Pendidikan Moral. (1 jam)

Pendekatan dan Strategi pengajaran Pendidikan Moral

1. Rancang

satu

pengajaran

Pendidikan

Moral

yang

menggunakan

pendekatan

perkembangan moral kognitif bagi tahap 2. (1 jam)

2. Pilih mana-mana 3 pendekatan dalam pengajaran

Pendidikan Moral dan huraikan

kelebihan dan kelemahan kaedah tersebut dalam pembentukan sahsiah murid-murid


dalam kelas anda. (1 jam)

Teknik-teknik pengajaran Pendidikan Moral

1. Banding bezakan antara teknik bercerita dengan ceramah dari segi kekuatan dan
kelemahannya dalam Pengajaran Pendidikan Moral. (1 jam)

Pendekatan dan Kaedah Projek

1. Sediakan satu kertas kerja bagi projek khidmat bakti di rumah orang tua. (1 Jam)

83

ELM 3102

Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan


modul.
Bacaan Asas

Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) Longman Kuala Lumpur.

Poh Swee Hiang (1997), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Penerbit
Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur

Rosini Abu et.al (2000) Kemahiran Berfikir EDU 3943 Modul PJJ, Universiti Putra
Malaysia, Serdang

Ee A.M. ( 1994).

Pendidikan Moral (Elektif). Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd. Kuala

Lumpur.

______. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & Chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992 ). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

84

ELM 3102
Rujukan
Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.

Abdul Rahman Md.Aroff & Chang, L. H. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya :
Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.

PANEL PENULIS MODUL

85

ELM 3102

BIL

NAMA

KELAYAKAN

PENYELARAS
Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengerusi
B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM
Diploma Pendidikan, USM
Cik J Krishna Kumary a/p Juval
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim M.Sc. Pendidikan Moral, UPM.
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
Jalan Datin Halimah,
10 tahun
803500 Larkin, Johor.

Pn. Ng Choo Tang


Institut Perguruan Bahasa-Bahasa
Antarabangsa, Kuala Lumpur

BSc (Hons) Kimia, UM


M.Ed Teknologi Pendidikan, UM
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
12 tahun

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff,


Maktab Perguruan Raja Melewar,
Beg Berkunci 43, 70990,
Seremban, Negeri Sembilan, DK.

B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM


SPI, Pendidikan Islam, UKM
Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral
9 tahun

Pn. Chia Yip Lan


Maktab Perguruan Sarawak
98009 Miri
Sarawak

B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)


Sarjana Pengurusan (UUM)
Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

BA (Hons) Sejarah. UM
M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM
Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland.
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral :
1 tahun

Pn. Rohaini Kamsan


B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Pendidikan (USM)
Jalan Datin Halimah,
Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
803500 Larkin, Johor
19 tahun
Pn. Pn. Rohani binti Ismail
Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)


Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
Pengalaman Mengajar
Pendidikan Moral: 16 Tahun

Pn. Koh Geok Wah


Maktab Perguruan Sarawak,
98009 Miri, Sarawak

B. Econs (UM)
Diploma Pendidikan (UM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL


Bil.

Nama

Kelayakan

86

ELM 3102

1.

2.

PENYELARAS
Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru

PENGERUSI
Pn. Rohaini Kamsan
Maktab Perguruan Temenggung
Ibrahim
Jalan Datin Halimah
80350 Larkin, Johor

B.A. (Hons) Sejarah


M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)
PhD (Pendidikan)
Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
2 tahun

Sarjana Muda Saster (Kepujian)


Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral: 17 Tahun

3.

Pn. Chia Yip Lan


Maktab Perguruan Sarawak,
Jalan Bakam,
98009 Miri, Serawak.

B. A. (Hons) Psikologi. UKM


M.Ed. (Bimbingan dan Kaunseling) UM
Pengalaman mengajar: Pendidikan
Moral 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4.

Pn. Rohani binti Ismail


Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur.

B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)


Diploma Pendidikan:Siviks (UM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral: 16 Tahun

5.

Pn. Asiah binti Saad


Institut Perguruan Darul Aman
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman

B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara


M. Sc. Psikologi
Pengalaman mengajar Pendidikan
Moral : 14 Tahun

6.

Cik Krishna Kumary Juval


Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Jalan Datin Halimah
80530 Larkin
Johor Baharu.

B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM)


Diploma Pendidikan (USM)
M SC. Pendidikan Moral (UPM)
Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral : 10 tahun

7.

Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim

BA (Hons) Pengajian Islam

87

ELM 3102

Institut Perguruan Darul Aman


06000 Jitra, Kedah Darul Aman

M Ed (Pendidikan Islam)
Pengalaman mengajar
Pendidikan Moral : 2 tahun

88

Anda mungkin juga menyukai