Anda di halaman 1dari 1

6.

0 Rumusan
Bimbingan

dan

kaunseling

merupakan

proses

pertolongan

yang

profesional dan ia bertujuan untuk membantu individu dari segi sikap dan tingkah
laku. Dalam sesi bimbingan dan kaunseling terhadap Hassan, saya telah
menggunakan Terapi Rasional Emotif (RET) untuk membantunya menyelesaikan
masalah berasa gementar dan bimbang dalam pembentangan tugasan
sejarahnya.
Semasa menjalankan sesi kaunseling, saya telah menggunakan lima
tahap perkembangan iaitu membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti
punca masalah, mencari alternatif dan penamatan untuk membimbing Hassan.
Sampai ke tahap yang terakhir iaitu penamatan, Hassan dapat berfikir sendiri
dengan memilih alternatif-alternatif yang boleh meyelesaikan masalah yang
dihadapi olehnya.
Selain itu, saya juga memilih teknik kognitif dan teknik emotif untuk
membantu Hassan menyelesaikan masalahnya. Saya memilih teknik kognitif
kerana teknik ini dapat membantu Hassan mendefinisi semula situasi negatif
supaya menjadi lebih positif. Teknik emotif pula dapat membantu Hassan
membina corak emosi yang baru.
Selain itu, kemahiran-kemahiran asas kaunseling juga perlu dikuasai oleh
seseorang kaunselor. Hal ini kerana kemahiran-kemahiran ini penting kepada
seseorang kaunselor bagi menjalankan suatu sesi kaunseling yang lancar.
Apabila kaunselor sudah menguasai kemahiran-kemahiran ini, kaunselor akan
dapat mengendalikan sesi kaunseling dengan lebih senang.

Anda mungkin juga menyukai