Anda di halaman 1dari 16

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU
PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KAJIAN ANTOLOGI
KASUT KELOPAK JANTUNG
TINGKATAN 1
(PROSA MODEN)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM
M.A (Bahasa Melayu) UPM

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


SMK LALOH, KUALA KRAI,
KELANTAN.

ULI SAPA LET IT


Antologi Kasut Kelopak Jantung
Prosa Moden

KASUT KELOPAK JANTUNG


Ghazali Lateh
Sinopsis
Pada Hari Guru setiap tahun Cikgu Harun akan menerima hadiah daripada anak muridnya.
Cikgu Harun teringat akan peristiwa yang telah berlaku hampir tiga dekad yang lalu ketika beliau menjadi
guru di sebuah kawasan pedalaman.
Ahmad merupakan seorang pelajar yang miskin dan tinggal bersama ibunya. Oleh itu, dia tidak mampu
untuk membeli kasut untuk dipakai ke sekolah. Dia hanya berkaki ayam ke sekolah sejak selipar jepunnya
putus.
Pada suatu hari, Ahmad tidak menukar pakaian sukan dan tetap berkaki ayam pada waktu Pendidikan
Jasmani. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad dengan menyuruhnya memakai kelopak jantung pisang
sebagai kasut.
Cikgu Harun melarang Ahmad membuka kelopak jantung pisang itu sehingga dia membeli kasut baru.
Ahmad berasa sedih dan malu dengan hukuman tersebut. Sejak dari itu, dia tidak datang ke sekolah.
Perkara ini membimbangkan Cikgu Harun.
Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau berasa sedih dan pilu melihat kedaifan hidup anak
muridnya itu. Setelah seminggu, Ahmad masih memakai kasut kelopak jantungnya.
Cikgu Harun telah membelikan Ahmad sepasang kasut dan pakaian baru untuk ke sekolah.
Akhirnya Ahmad telah menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di
bandar dan Cikgu Harun telah bersara menjadi seorang pendidik.
Tema
Kesusahan hidup seorang murid miskin dan tanggungjawab guru terhadap muridnya.
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.

Ketabahan dalam menuntut ilmu


Murid yang patuh pada perintah guru
Bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

Watak dan Perwatakan


Cikgu Harun
Guru yang mengajar di kawasan pedalaman
Tegas dan garang
Baik hati
Berjiwa sensitif
Ahmad

Murid tahun tiga


Seorang murid yang miskin
Seorang murid yang tabah
Seorang yang mengenang budi

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Pemilihan diksi yang indah dan jelas maksudnya


Ayat pendek - Ahmad berlalu, Bila nak beli?, Saya Cikgu Harun.
Simile - seperti menanti hukuman gurunya, terasa ketika itu kakinya macam kaki gajah yang untut
dan tidak cantik
Metafora - denai-denai sempit, menghidupkan enjin, raut wajah
Peribahasa - seperti ayam kalah menyabung, seperti lurus bendul, kecil hati
Sinkope - tak, nak
Inversi - Hendak angkat muka, dia berasa malu

Latar
Masa:
Tempat:
Masyarakat:

pada zaman sekarang, tiga dekad yang lalu, pada waktu pagi dan petang
di dalam kelas, di padang dan di rumah Ahmad
masyarakat pedalaman yang miskin,
masyarakat guru dari bandar yang mengajar di kawasan pedalaman,
masyarakat yang cekal,
masyarakat yang berjaya, dan
masyarakat yang mengenang budi

Nilai
i.
ii.
iii.
iv.

Tegas - Cikgu Harun tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru
Cekal - Ahmad cekal menuntut ilmu walaupun dia hidup dalam kemiskinan
Mengenang budi - Ahmad tidak pernah melupakan jasa gurunya
Bersimpati - Cikgu Harun berasa sedih dan simpati melihat kedaifan hidup Ahmad

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

Pengajaran
i.
ii.
iii.
iv.

Kita hendaklah sentiasa patuh kepada arahan guru


Kita hendaklah memahami perasaan dan masalah orang lain
Kita mestilah menghargai jasa guru yang pernah mendidik kita
Jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak boleh berjaya

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

Sinopsis

TEMPANG
Pitteriah Abdullah

Mengisahkan remaja yang kurang upaya bernama Hafizi yang tempang sejak dilahirkan. Oleh kerana
kecacatan kakinya itu, dia sering diejek dan dibuli oleh Kamil. Namun Hafizi tidak pernah melawan.
Kamil membenci Hafizi kerana Hafizi merupakan pelajar yang cemerlang dan disayangi oleh guru.
Walaupun cacat, Hafizi seorang yang baik hati dan tidak berdendam terhadap Kamil.
Kelas Tingkatan 4 Sains 1 telah mengadakan aktiviti mandi-manda di kolam yang diawasi oleh Cikgu Lee
dan Cikgu Ridzuan.
Semasa bermandi-manda, tiba-tiba Raja menjerit meminta tolong kerana Kamil lemas di dalam kolam.
Dengan pantas, Hafizi terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Raja memberi bantuan
pernafasan dari mulut ke mulut kepada Kamil.
Kamil mengucapkan terima kasih kepada Hafizi dan berasa malu serta menyesal akan perbuatannya
selama ini terhadap Hafizi
Tema
Kemuliaan hati seorang anak muda yang cacat dan tabah mengharungi kehidupan .
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.

Kecacatan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan


Kelebihan orang yang cacat fizikal
Sifat cemburu kerana tidak suka melihat kelebihan orang lain
Bersyukur ke atas anugerah Tuhan

Watak dan Perwatakan


Hafizi

Pelajar Kelas 4 Sains 1


Anak orang berada
Bijak dalam pelajaran
Penyabar, baik hati dan berani
Tidak berdendam

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

Kamil

Pelajar Kelas 4 Sains 1


Suka mengganggu Hafizi
Cemburu akan kepandaian Hafizi
Penyabar, baik hati dan berani
Insaf setelah hampir lemas

Raja

Pelajar Kelas 4 Sains 1


Sahabat karib Hafizi
Seorang yang baik hati
Merendah diri dan suka mempertahankan rakannya

Latar
i.
ii.
iii.

Masa:
Tempat:
Masyarakat:

waktu pagi dan waktu tengah hari


di dalam bilik darjah dan di kolam mandi
masyarakat pelajar di sebuah sekolah menengah dan masyarakat guru
yang mengajar di sekolah menengah

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Ayat pendek - Sudah makan?, Tak balik lagi? Tengoklah dulu!


Metafora - kaki samseng, matanya meliar, dasar kolam
Personafikasi - muka pintu
Sinkope - kau, tak, nak
Simpulan bahasa - busuk hati

Nilai
i.
ii.
iii.
iv.

Bersyukur - Hafizi tidak pernah menyesal dilahirkan dalam keadaan cacat


Hormat- menghormati - Walaupun cacat ,Mei Ling dan Raja menghormati Hafizi
Keberanian - Hafizi berani terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil
Hemah tinggi - Kamil meminta maaf kepada Hafizi setelah menyedari kesilapannya

Pengajaran
i.
ii.
iii.

Kita hendaklah sentiasa hormat-menghormati sesama manusia


Jangan memandang rendah dan menghina orang yang cacat
Memberi kemaafan merupakan perbuatan yang terpuji dan dipandang mulia

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

TUKANG LAMA
Hasan Ali
Sinopsis
Pak Talib bekerja sebagai seorang tukang yang mengambil upah membuat rumah untuk menyara
keluarganya.
Sejak Manas, tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan pulang ke kampung itu, rezeki
Pak Talib semakin berkurangan. Manas menggunakan cara pertukangan moden.
Walaupun hasil kerja tangan Manas menjadi pilihan, namun Pak Talib tidak memusuhi Manas. Malah, Pak
Talib kagum dengan hasil kerjanya.
Mak Lamah sering meleteri Pak Talib atas kesempitan hidup mereka. Upah yang diterima oleh Pak Talib
tidak cukup untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh isterinya.
Pada suatu hari, Mak Lamah tidak lagi berleter ketika Pak Talib pulang ke rumah seperti biasa. Pak Talib
berasa hairan dengan sikap isterinya itu.
Rupa-rupanya Manas telah merisik Si Timah, anak Pak Talib. Pak Talib berasa sangat gembira dan tidak
sabar untuk menerima Manas sebagai menantunya.
Tema
Kepayahan hidup yang dialami oleh seorang tukang rumah lama kerana kehadiran tukang rumah baru
yang moden.
.
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.

Tanggungjawab suami mencari nafkah untuk menyara keluarganya


Menerima nasib yang telah ditentukan Tuhan
Kepayahan hidup masyarakat kampung untuk mencari rezeki yang halal
Konflik generasi lama untuk meneruskan kehidupan dalam zaman moden

Watak dan Perwatakan


Pak Talib
Suami kepada Mak Lamah
Seorang tukang lama
Bertanggungjawab menyara keluarga
Seorang yang penyabar

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

Mak Lamah
Isteri Pak Talib
Kuat berleter
Seorang isteri yang setia
Tidak faham masalah suaminya
Manas
Tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan
Hasil kerjanya menjadi pilihan orang kampung
Telah merisik anak gadis Pak Talib, Si Timah
Latar
i.
ii.
iii.

Masa:
Tempat:
Masyarakat:

pada zaman moden, waktu pagi dan waktu petang


di rumah Pak Talib, di rumah Che Mamat
masyarakat kampung yang kurang ilmu,
masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup,
generasi baru yang moden

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Personifikasi
Metafora
Peribahasa
Sinkope
Sindiran

Kira-kira tak akan mati


wang masuk
asam garam, orang pingitan, ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa ada
tak, tu
Nampaknya awak sekarang jadi tukang reban ayam saja

Nilai
i.
ii.
iii.

Bertanggungjawab - Pak Talib mengambil upah bertukang untuk menyara keluarga


Gigih - Pak Talib gigih mengambil upah bertukang walaupun upahnya sedikit
Kesabaran - Pak Talib sabar mendengar leteran isterinya setiap hari

Pengajaran
i.
ii.
iii.

Kita hendaklah bersabar apabila ditimpa kesusahan dalam hidup


Janganlah kita iri hati dengan kejayaan dan pencapaian orang lain
Kita hendaklah gigih dan cekal dalam mencari rezeki yang halal

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

YURAN
Omar Mamat
Sinopsis
Mak Jah yang hidup dalam kemiskinan tidak mampu membayar yuran sekolah dan peperiksaan PMR
anaknya, Amin.
Amin berasa malu apabila teringat akan tindakan Cikgu Arshad yang memintanya menjelaskan yuran di
dalam kelas. Pengetua pula memberi amaran jika gagal menjelaskan yuran tersebut, Amin akan
dikeluarkan daripada senarai calon peperiksaan PMR.
Amin mengambil keputusan untuk ponteng sekolah dan pergi ke pecan.
Ketika di pekan, Amin telah berjaya menangkap seorang peragut yang telah meragut beg tangan seorang
wanita. Amin dan peragut tersebut telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Semasa di balai polis, Amin telah disapa oleh wanita mangsa ragut tersebut. Amin bertindak meninggalkan
wanita itu dan pulang ke rumah. Dia telah tertinggal beg sekolahnya di balai polis.
Wanita mangsa ragut itu telah datang ke rumah Amin untuk memulangkan beg sekolah Amin. Wanita itu
telah memberikan sumbangan kepada Amin sebagai tanda terima kasih kerana telah membantunya
menangkap peragut.
Tema
Kesabaran seorang pelajar mengharungi kesempitan hidup.
.
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Kesabaran menghadapi kesusahan hidup


Kepayahan ibu membesarkan anak selepas kematian suami
Keberanian membanteras kejahatan
Kepentingan ilmu dalam hidup
Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan yang memerlukan

Watak dan Perwatakan


Amin

Remaja lelaki berusia 15 tahun


Tidak mampu membayar yuran PMR
Seorang yang berani
Patuh akan perintah ibunya
Rendah diri dan mudah tersinggung

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

Mak Jah
Ibu Amin
Tabah menghadapi kepayahan hidup
Seorang yang penyayang
Seorang yang bertanggungjawab
Cikgu Arshad
Guru kelas Amin
Seorang yang tegas dan garang
Wanita
Mangsa ragut
Ramah dan baik hati
Mengenang budi
Latar
i.
ii.

Masa
Tempat

:
:

iii.

Masyarakat

pagi, semasa sesi persekolahan


di rumah, di sekolah, di dalam kelas, di dalam bilik pengetua, di
pasar raya
masyarakat kampung yang miskin, masyarakat di sekolah,
masyarakat yang baik hati dan mengenang budi

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.

Simile Metafora Peribahasa -

Mukanya merah bagai udang bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan
ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri
sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas

Nilai
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Kasih sayang
Ketegasan
Kesabaran
Keberanian
Kesyukuran
Bertanggungjawab

Pengajaran
i.
ii.
iii.

Janganlah berputus asa dalam menempuh dugaan hidup


Jangan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan
Kita hendaklah mengenang jasa insan yang telah berbudi

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

10

TRAUMA EMBAH
Haryati Abu Nasir
Sinopsis
Ibu seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual peralatan dapur dari
kampung ke kampung. Ibu sudah berusiatetapi nampak sihat, cergas dan awet muda.
Bermula dengan modal yang kecil, perniagaan ibu tetap berjaya walaupun tanpa mempunyai asas dalam
perniagaan.
Setelah datuk meninggal dunia, embah tinggal dengan Mak Cik Rafiah di Kuala Lumpur selama lebih lapan
13 belas tahun. Sejak suami Mak Cik Rafiah meninggal dunia secara mengejut, embah dibawa pulang ke
kampung dan dijaga oleh ibu.
Embah adalah seorang isteri yang penyabar. Embah membesarkan lima orang anak sendiri dan empat
orang anak tiri. Embah juga gigih membantu datuk mencari rezeki dengan mengutip susu getah. Datuk
pula sangat garang sehingga Embah dan anak-anaknya amat takut kepada datuk. Datuk meninggal dunia
kerana sakit tua.
Sebenarnya Embah mengalami trauma kerana pernah kehilangan dua orang anak lelaki dalam masa
seminggu. Datuk melarang Embah meratapi kematian anaknya. Embah amat tertekan. Pada usia 80 tahun,
Embah dibayangi kisah silamnya dan dia hilang ingatan.
Namun ibu menjaga Embah dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa berhenti berniaga. Ibu mahu
membalas jasa Embah yang telah melahirkan dan membesarkannya. Abah sentiasa di sisi ibu untuk
memberi sokongan moral.
Tema
Ketabahan dan kesabaran seorang anak menjaga ibunya yang sakit.
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Pengorbanan dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa


Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya
Kesabaran dan ketaatan seorang isteri
Bertolak ansur sesama saudara sendiri
Perniagaan sebagai sumber rezeki

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

11

Watak dan Perwatakan


Embah

Ibu

Berusia 80 tahun
Membantu datuk menyara keluarga
Isteri yang setia dan penyabar
Seorang ibu dan nenek yang penyayang
Uzur dan sudah hilang ingatan
Belajar hingga darjah enam
Sihat dan awet muda
Seorang anak dan ibu yang penyayang
Seorang yang bertanggungjawab

Mak cik
Adik kepada ibu
Kematian suami pada usia muda
Tabah menjaga embah yang uzur
Datuk

Tegas dan panas baran


Bekerja sebagai penoreh getah

Latar
i.
ii.
iii.

Masa
Tempat
Masyarakat

:
:
:

zaman kini, siang dan malam, petang bulan Ramadan


Kampung Jelutong, Kuala Lumpur, rumah ibu, hospital, dapur
masyarakat desa,
masyarakat bandar yang tinggal di Kuala Lumpur,
masyarakat yang mementingkan ikatan kekeluargaan

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Personifikasi - dimakan usia, menangkap butiran perkataan, mencengkam jiwa


Metafora - bermata hijau, basikal tua
Peribahasa - naik angin, cahaya mata, syurga di bawah tapak kaki ibu
Hiperbola - tulang di dada embah membukit
Bahasa Inggeris - lavender
Ayat pendek - Dia mengajar, Jiwanya tertekan

Nilai
i.
ii.
iii.

Bertanggungjawab - ibu dan mak cik menjaga embah selepas datuk meninggal
Pengorbanan - ibu sanggup berhenti berniaga untuk menjaga embah
Taat - Embah sangat taat dan takut kepada datuk

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

12

Pengajaran
i.
ii.
iii.

Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang sesama anggota keluarga


Kita hendaklah menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa
Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

13

Sinopsis

SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN


Kamalkhalid Kamarludin

Kamal telah menerima sepucuk surat daripada Abe yang akan berpindah dan bersekolah semula di
Kuantan. Sementara menunggu keluarganya menyusul untuk proses perpindahan, Abe akan tinggal di
rumah Kamal.
Mengenang kembali peristiwa lama, Abe dan Kamal berkawan baik sejak kecil. Tiga tahun yang lalu Abe
terpaksa berpindah ke negeri asalnya, Kelantan mengikut keluarganya. Sejak dari itu mereka berhubung
melalui telefon dan berutus surat.
Sejak berada di Kuantan, Kamal membawa Abe bersiar-siar di sekitar bandar Kuantan. Kamal berasa
runsing melihat Abe yang murung dan kadang kala sakit perut. Kamal cuba membongkar rahsia Abe tapi
tidak berkesempatan berbuat demikian.
Kamil dan Abe belajar di sekolah yang sama. Namun Abe ditempatkan di kelas yang bersebelahan dengan
kelas Kamal kerana keputusan peperiksaannya lebih baik. Keakraban Kamal dan Abe membuatkan rakanrakan Kamal yang lain cemburu.
Pada suatu hari, Abe mengadu sakit perut. Kamal cuba bertanyakan masalahnya namun Abe hanya
menyatakan bahawa suatu hari nanti Kamal akan tahu juga.
Apabila keputusan PMR diumumkan, Kamal dan Abe mendapat keputusan yang cemerlang. Kamal
berasa sangat gembira. Namun, dia berasa sedih apabila Abe dibawa oleh keluarganya ke Kelantan
semula.
Sebelum pergi, Abe sempat memberikan sepucuk surat kepada Kamal. Belum sempat Kamal habis
membaca surat pemberian Abe itu, adiknya telah merampas surat tersebut dan mencampakkannya ke
dalam unggun api.
Tema
Semangat setia kawan antara dua orang insan
Persoalan
i.
ii.
iii.
iv.

Menghargai hubungan persahabatan


Keikhlasan dalam persahabatan membawa banyak kesan positif
Berjauhan tidak bermakna akan putus hubungan
Sahabat yang baik dan ikhlas akan kekal dalam ingatan

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

14

Watak dan Perwatakan


Kamal

Berusia 15 tahun
Kawan baik Abe
Menghargai persahabatannya dengan Abe
Ingin mengetahui rahsia kesihatan Abe

Abe

Adik

Nama sebenarnya Wan Mohd Tarmizi


Rakan karib Kamal
Bijak dan cemerlang dalam pelajaran
Menyimpan rahsia hidupnya
Adik kepada Kamal
Merampas surat Abe daripada Kamal
dan mencampakkannya ke dalam
unggun api

Latar
i.
ii.

Masa
Tempat

:
:

iii.

Masyarakat

waktu pagi, petang dan malam


di Lorong 5, Bandar Teruntum, Kuantan, Terminal Bas Makmur,
Berjaya Megamall dan di Sekolah Menengah Saint Thomas
masyarakat pelajar di sekolah menengah dan masyarakat guru

Gaya Bahasa
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Personifikasi - mengukir kenangan, memecah kesunyian subuh


Metafora - buku rahsia, tirai malam
Peribahasa - naik darah, kurang siuman, bagaikan isi dengan kuku, jejak langkah
Hiperbola - Aku melompat seolah-olah melepasi ketinggian Menara Berkembar Petronas
Simile - seperti orang gila, seperti menyimpan buku di perpustakaan
Bahasa Arab Assalamualaikum

Nilai
i.
ii.
iii.

Menghargai persahabatan - Kamal menghargai persahabatannya dengan Abe


Prihatin - Kamal risau akan keadaan kesihatan Abe dan selalu murung
Rajin - Kamal dan Abe rajin mengulang kaji pelajaran bersama-sama

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

15

Pengajaran
i.
ii.
iii.

Kita hendaklah mengekalkan persahabatan yang terjalin sejak kecil lagi


Kita hendaklah mengambil berat dan prihatin terhadap masalah orang lain
Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan

Antologi Kasut Kelopak Jantung


Prosa Moden

16

Anda mungkin juga menyukai