Anda di halaman 1dari 99

BMM 3114:KEBUDAYAAN MELAYU

KONSEP BUDAYA : Definisi, Kandungan (Budaya Material dan Bukan


Material), Ciri, Konsep Asimilasi, Akultrasi, dan Akomodasi.
Definisi Umum :
Seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku
manusia yang diwarisi daripada suatu generasi ke generasi yang lain Melayu proses
pembelajaran.
Budaya juga didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) dan
berkelakuan masyarakat.
Budaya juga boleh didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkn oleh
kumpulan tertentu dan Melayu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi,
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Edward Tylor (satu87satu) : Keseluruhan sistem masyarakat yang komplek yang
dalamnya ada unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang,
adat istiadat dan kemahiran yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota
masyarakat
Kroeber dan Kluckhohn (1952) Geertz (1973) : Ahli sosiologi : Merujuk kepada
gaya satu cara hidup manusia secara keseluruhan, tmasuklah pemikiran, nilai,
pgetahuan, perlakuan dan bhn material yang dikongsi oleh mereka.
Thomas J.Sullivan (1993) : Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang
Lucy Mair: Milik bersama sesuatu masyarakat yang ada tradisi yang sama.
Taib Osman (1988) : Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup
sesuatu kelompok manusia. Lebih penting daripada perbuatan hari-hari seperti cara
makan, cara beribadah, cara menegur seseorang dan cirri-ciri lain iaitu tanggapan
1

alam sekitar dan nilai sosial atau etos kerana kedua-dua ciri inilah yang
mewarnakan sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.
Ibn Khaldun: Merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Membezakan manusia
dengan haiwan.
Manusia ada kemampuan intelek dan daya berfikir Melayu intelek. Manusia dapat
berhubung, memahami satu sama lain. Manusia dapat menyesuaikan cara hidup
dengan alam sekaliling proses penyesuaian Melayu melahirkan budaya yang
berbeza antara kawasan.
Prof Koetjaraningrat : Keseluruhan daripada kelakuan dan hasil kelakuan
manusa yang teratur oleh tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar
Ralph L. Beats dan Harry Hoijer :
Mengenal pasti perlakuan yang selalu dipraktikkan, diperoleh melalui pembelajaran
oleh kumpulan masyarakat.
Pendapat Lain : Kebudayaan berasal daripada kata sankrit buddyah iaitu bentuk
jamak daripada buddha yang bererti budi atau akal. Dengan itu kebudayaan
dapat diertikn sebagai hal yang bersangkutan dengan akal dan budi.
KANDUNGAN BUDAYA
Budaya Material

Objek fizikal atau artifak, peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah,
kereta.

Keris : alat kebesaran bagi raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.

Lambang kehebatan orang Melayu yang bijak mencampurkan bahan logam


hingga terbentuk senjata

Bukan Material

Unsur yang tidak wujud secara fizikal: adat, kepercayaan, bahasa dan nilai.

Adat Istiadat :
2

Sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir, pegangan hidup serta
amalan sesuatu masyarakat.

Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut kebiasaan, kebiasaan


menjadi adat yang diterima secara bersama oleh masyarakat

Adat menjadi peraturan yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat yang
mendukungnya tanpa paksaan

Adat: peraturan yang sudah diamalkn secara turun-temurun dalam


masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

Istiadat: cara-cara atau peraturan untuk Melayu melakukan sesuatu yang


sudah menjadi kebiasaan atau resam,

Dalam masyarakat Melayu ada adat Pepatih dan adat Temenggung.

KONSEP-KONSEP BUDAYA
Konsep Akulturasi

Perpaduan dua budaya.

Dua kebudayaan bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi


kekosongan yang lainnya. Ia tidak bertentangan dan tidak hilang unsur asli
kedua-dua kebudayaan.

Konsep Akomodasi

Proses menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari dan menghormati


norma dan nilai kumpulan etnik lain.

Tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing

A+B+C=A+B+C

Budaya Melayu diamalkan di Malaysia dan di Switzerland

Konsep Asimilasi

A+B+C=A

satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan


budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti
yang sama.

Asimilasi mutlak: berlaku penghapusan penuh perbezaan daripada segi


budaya dan identiti.

Contoh: orang Melayu di Thai nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama)
disatukan menjadi amalan dan cara hidup orang Thai. Malaysia : Baba
Nyonya, Orang Cina Kelantan.

CIRI BUDAYA
Budaya yang menjadi amalan masyarakat Melayu yang melambangkan
keperibadian identiti dan jati diri.
Bersifat dinamik :

amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan


perkmbangan masa dan kemajuan masyarakat.

Contoh, masyarakat Melayu menerima kedatangan Islam dengan senang hati


tanpa ada sikap penolakan.

Dari aspek pekerjaan: pertanian bertukar menjadi sektor perindustrian dan


perdagangan.

Menerima dan Menolak Unsur Tertentu

Didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan


mengekalkan nilai dan cara hidup lama yang sedia ada.

Perubahan diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan


dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan (agama).

Diwarisi

Amalan nenek moyang suatu masa dulu diperturunkan kepada generasi


baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan
masyarakatnya.
4

Contoh: adat perkahwinan berandam, malam berinai, khatam Quran,


bersanding, beri salam, basuh tangan

Proses kesinambungan

Dalam bentuk seni bina, peralatan dan budaya bukan kebendaan seperti
kepercayaan, nilai dan adat resam.

Contoh: seni bina dulu sederhana, sekarang lebih kreatif dan kontemporari
(rumah).

Boleh Dipelajari oleh pengamal budaya dan diperkembangkan.


Boleh Dikongsi oleh ahli budaya atau antara budaya.
Bagaimana Ciri Budaya Dilaksana, Sejauhmana Ia Diwarisi

Diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.

Amalan nenek moyang suatu masa dulu diperturunkn kepada generasi


baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan
masyarakatnya.

KONSEP MASYARAKAT
(Definisi, Ciri, dan Perkembangan Masyarakat)
Definisi Masyarakat :

Sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial.

Sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu
adalah lahir daripada individu yang berada dalam kelompok tersebut.

Sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam


satu komuniti yang teratur.

Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia


yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota
sesebuah masyarakat.

Ciri Masyarakat

satu kelompok dan tinggal tetap dalam kumpulannya

Komuniti yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain

Ada peranan tertentu

Ada kebudayaan dan kebudayaan boleh terus berkembang

Ada statifikasi iaitu kelas dan status

Berinteraksi Melayu bahasa

Ciri Masyarakat
1.Manusia Yang Hidup Berkelompok
Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok inilah
yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling
bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini.
Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung
kepada manusia lain.
2.Melahirkan Kebudayaan
Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan
kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi
dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.
3.Mengalami Perubahan
Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu
perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri.
Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan
kepada masyarakat itu.
4.Berinteraksi
Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung
dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini
boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat
6

bertemu di antara satu sama lain.


5,Terdapat Kepimpinan
Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara
dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak
tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.
6.Stratifikasi Sosial
Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus
dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah
kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau
kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan
Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat
seperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas
sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak
berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang
memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra/Parya.
Perkembangan Masyarakat
Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota masyarakat khususnya melalui
Hubungan Bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial
yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong royong, bersama-sama
merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut
pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan,
membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat
atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu
kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam
konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat
membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.

Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya tersendiri yang terbentuk


daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu kampung di kawasan luar bandar Malaysia
telah wujud berpuluh abad lamanya, semenjak sebelum kedatangan kebudayaan
asing (sama ada dari negara China, India, Tanah Arab atau Eropah). Masyarakat
Melayu luar bandar yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah
perkampungan FELDA (Federal Land Development Authority atau Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan). Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang
berpendapatan rendah.
Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa
kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan
fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah
bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan
telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam
peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi
dua generasi; pertama, generasi yang menurunkan budaya; dan kedua,
generasi yang menerima budaya.
Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun
mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal
semasa mereka. Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu
anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima
berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa. Dengan cara inilah, sesuatu budaya
terus menerus diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman,
yang selanjutnya menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti
di Mesir, negara China, India atau di wilayah yang lain.
Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk
budaya: budaya material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir; dan
budaya bukan material sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan
kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi. Paduan
kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi pemacu kepada perkembangan
dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat
8

diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang,


sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi
dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang seterusnya pula
mengandungi pelbagai rupa bentuk masyarakat.
MASYARAKAT MELAYU
(Definisi, Takrif Melayu, Bangsa Melayu, Sejarah dan Latar Belakang
Bangsa Melayu)
Latar Belakang Istilah Melayu

Dalam kitab Hindu purba (Purana) terdapat perkatan Malayadvipa yang


merujuk kepafa pulau Sumatera iaitu tempat asal bahasa Melayu.

Dalam catatan China semasa Dinasti Tang, menyatakan terdapat utusan Molo-yeu mengirim utusan ke China Mo-lo-yeu merujuk kerajaan Jambi di
Sumatera.

Satu lagi catatan China oleh I Tsing menyebut bahawa terdapat sebuah
kerajaan di Sumatera dinamakan Mo-lo-yu iaitu kerajaan Sriwijaya di
Palembang.

Dalam catatan kesusasteraan China, pengembara mereka menyebut satu


bahasa yang dikenali Kun-lun dipercayai bahasa Melayu dipertuturkan oleh
kerajaan Sriwijaya di Sumatera.

Konsep Melayu.

Menurut Zuber Osman, Melayu berasal dari perkataan Malaya iaitu


kependekan dari hima alaya bermaksud tempat bersalji iaitu tempat asal
bangsa Melayu dari pergunungan Himalaya.

Dalam batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera ditemukan perkataan


Malayapura yang bermaksud kerajaan Melayu.

Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Melayu berasal dari Mlayu bermaksud
mengembara kerana kerana orang Melayu ialah pengembara dari Yunan.
9

Dari segi bangsa pula, UNESCO memberikan makna istilah Melayu merujuk
kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Madagaskar.

Dalam Perlembagaan Malaysia perkara 153, Melayu ditakrifkan sebagai


bangsa Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, berkebudayaan Melayu,
mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

Secara umumnya, Melayu bolehlah diertikan sebagai bangsa Melayu yang


menjadi penutur asli bahasa Melayu yang menduduki kawasan Kepulauan
Melayu, Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan Filipina, Campa, Sri
Langka, Madagaskar dan Afrika Selatan.

Bangsa Melayu
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan
adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama
sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari,
Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum
atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi,
perkataan Melayu itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit Malaya
yang bermaksud bukit ataupun tanah tinggi.

[9]

Ada juga sumber sejarah yang

mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal dari Sungai Melayu di Jambi.


Etimologi
Istilah Melayu ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa
Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah Melayu hanya merujuk
kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.
Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek
moyang Melayu adalah orang Melayu.
Istilah Melayu untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu
perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan
Melayu Melayuayuaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa
10

istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara


Melayuayuuas. Sebelum itu, istilah Melayu hanya merujuk kepada keturunan raja
Melayu dari Sumatera sahaja.
Penggunaan istilah Melayu muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi
dalam karya Ptolemy, Geographike Sintatidakis, yang menggunakan istilah maleukolon. G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit,
iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di
Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu
merujuk kepada Tanjung Penyabung.
Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang
ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud
tanah yang dikelilingi air dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam
kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.
Istilah Mo-lo-yu juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina
pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji
bersependapat bahawa perkataan Mo-lo-yo yang dimaksudkan itu ialah kerajaan
yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di
daerah Palembang.
Masalah Dalam Penakrifan Orang Melayu
Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya
menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa
Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan
sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di
Indonesia, orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus
kaumatausuku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali
diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa
Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk
menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
Penakrifan undang-undang

11

Penakrifan antropologi

Penakrifan undang-undang
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam
pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)
atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan
atau di Singapura.
Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara
Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya
terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia.
Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur
dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.
Penakrifan Antropologi
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang
Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana
besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi
etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem
kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.
Asal- usul Bangsa Melayu
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun
terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata
12

sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat dua teori
mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:
Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu
berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara
Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat
ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster,
J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya,
alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan
Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam
(berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih
lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan
dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan
bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran
Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam
buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan nenek moyang orang Melayu
itu berasal dari Yunan.
Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan
Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan
Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.
Orang Negrito
13

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka


diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua
Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang
mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar,
berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada
2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito,
ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara
Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan
terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir
dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang
Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia
yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori Nusantara
Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir
Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan
seperti di bawah:
1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad
ke-satu9. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang
lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,
tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa
Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang
berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ambilan.
14

3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau


Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya
kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut
yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang
ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.
Kekeluargaan orang Melayu
Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini
terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal,
monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai
beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung
sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan
semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni
sebuah keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan tiga
generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga
mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang
baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang
mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang
anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin
disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.
Perkahwinan Orang Melayu
Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi
kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan
bersanding.
Melayu Kacukan
Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh
kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan
15

anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada


mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak
dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu
Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.
KEBUDAYAAN MELAYU SISTEM POLITIK
(Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran, Institusi Sosial, dan Sistem
Kekeluargaan)
Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.
Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah
laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Kebanyakan proses politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies).
Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan),
dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan.
Sistem politik masyarakat Melayu Tradisional sebelum campur tangan British
melibatkan tiga unit politik yang utama.
NEGERI

paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun
Yang Dipertuan Besar.

Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk
Negeri Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran
sultan

mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa.


Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa
istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka.

DAERAH

daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah

kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan


16

diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar


daerah

Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang


bersatu bagi seluruh negeri.

diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut


melalui surat tauliah

mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip


cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat
biasa dengan Sultan.

KAMPUNG

paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau
penggawa.

Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan.

merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar


daerah.

selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih
tinggi.

dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui
surat tauliah

menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong

mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau
Sultan semasa peperangan

mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah

Maksud Daulat / Tulah


17

Daulat berasal daripada daulah. Dipercayai, kalimah daulat itu mempunyai


pengertian yang amat rapat dengan daulah iaitu negeri atau negara. Jadi
'Raja berdaulat' atau Raja yang ada daulatnya, bererti Raja itu mempunyai
negaranya untuk diperintah.

Tindakan mengangkat sembah 'Daulat Tuanku' adalah doa rakyat supaya


raja-raja Melayu sentiasa berdaulat atau memiliki negara untuk memerintah
dengan adil.

konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh.

konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang


terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat.

juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang


yang terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka.

ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan


Megat Sri Rama.

konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya


berbeza dengan orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan
atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan
kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh digunakan oleh
orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi kehidupan sultan itu
sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama dengan
rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan seperti hanya
sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang sering
menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat,
dan lambang kebesaran dan kemuliaan.

Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada
zaman Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan
Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem
Pembesar Empat Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini
18

demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi:


...Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja
ini berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif
menjadi simbol maruah negara. ...
Sistem Demokrasi
Sistem politik Melayu kini pula ditambah nilai dengan aspek demokrasi. Sistem
demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat
setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah
pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan
Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep
pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam
menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat
kenyataan yang berbunyi:
...Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini,
manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang
diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal
kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan
upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan.
Institusi Sosial
Perkataan sosial dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas
meliputi segala aspek yang berrkaitan dengan masyarakat. Sosial dalam
pendefinisian ini merangkumi sistem sosial, stratifikasi sosial, struktur sosial,
perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk
kepercayaan.[3] Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya
merupakan struktur masyarakat yang belum menerima pengaruh peradaban Barat.
Herarki Sosial Masyarakat Melayu
Herarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk
pentadbiran. Herarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau
kelompok dalam masyarakat. Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial
[
19

atau herarkinya bersifat feudal. Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat
tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Herarki masyarakat
Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan
kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Dari
aspek demografi pula, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah
pemilikan harta, reka bentuk rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam
pertuturan.
1) Golongan Yang Memerintah
a) Raja/Sultan/Yang Dipertuan
Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat
dan amat mulia. Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi.
Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan Derhaka. Sesiapa
yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka
hadapi. Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah
dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas
dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela
kematian ayahnya[4].
Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik,
sosial dan ekonomi. Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan
yang memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak
sebagai penasihat. Selain itu, baginda juga berperanan sebagai pemimpin utama
angkatan tentera di mana baginda akan mengepalai angkatan tentera bagi
mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan. Di samping itu, baginda
juga merupakan ketua Agama Islam dan penggubal undang-undang.
Daripada aspek sosial pula, baginda bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat
dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat. Oleh
sebab itu, Sultan menjadi tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol
perpaduan. Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula. Sultan berperanan penting dalam
mengawal kewangan kerajaan. Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar
[
20

memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan. Hasil ini dikutip melalui
sistem cukai yang telah diperkenalkan.
b) Keluarga dan Kerabat Diraja
Kedudukan dan status kedua tertinggi selepas Sultan ialah golongan anak raja dan
kerabat diraja. Mereka merupakan golongan yang mempunyai jurai keturunan
Sultan yang memerintah sesebuah kerajaan. Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja
atau Tengku. Anak raja sebenarnya tidak semestinya seorang putera kepada Sultan
yang sedang memerintah. Anak raja atau putera puteri raja Sultan juga mempunyai
keistimewaan yang sama dengan Sultan. Namun demikian, keistimewaan yang
diberikan kepada anak raja tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai ketua
kerajaan. Antara keistimewaan anak raja ialah mempunyai payung putih dan
menggunakan bahasa dalam. Dalam kalangan golongan keluarga dan kerabat
diraja ini, terdapat beberapa orang yang mempunyai kedudukan yang lebih
istimewa hasil daripada hubungan yang rapat dengan Sultan. Antaranya ialah hak
keistimewaan dalam politik negeri.
c) Pembesar
Anggota masyarakat yang paling hampir dengan pihak bangsawan ialah golongan
pembesar. Secara umumnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan sistem
pembesar empat lipatan yang tediri daripada Bendahara, Penghulu Bandahari,
Temenggung dan Laksamana.
d) Bendahara
Bendahara merupakan ketua eksekutif seluruh mekanisme pentadbiran melayu
tradisional. Jika Sultan mempunyai kuasa spiritual dan divine. Bendahara pula
mempunyai pemerintahan secara fizikal. Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding
pembesar yang lain apabila beliau merupakan golongan ketiga selepas kedudukan
Sultan. Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak untuk memangku
tugas dan peranan Sultan[5], dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja(Penghulu
Bendahari) dan Seri Bija Diraja. Beliau akan menjadi ketua turus tentera, ketua
hakim dam ketua di balai sendiri kedudukan Bendahara dibuktikan melalui
kedudukan beliau semasa di balairung istana di mana beliau duduk di sebelah
[
21

kanan Sultan[6]. Selain itu, Bendahara juga turut dianugerahkan usungan untuk
berjalan-jalan. Keistimewaan Bendahara telah disentuh dalam Sejarah Melayu yang
menerangkan seperti berikut;
jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara) duduk di balai, jikalau anakanak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan
maka turuninya; dan jikalau Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu
akan dibentangi permaidani; jikalau raja masuk maka Bendahara pulang, dan
segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar Bendahara
kembali ke rumahnya[7]
Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap dalam perlantikan jawatan ini.
Oleh sebab itu, Bendahara selalunya akan dilantik daripada pembesar kanan yang
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan. Kebiasaannya, Bendahara
adalah merupakan bapa saudara Sultan sendiri.
e) Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari menduduki tempat kedua selepas Bendahara dalam golongan
pembesar dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Penghulu Bendahari
mempunyai peranan utama dalam memegang harta benda dan hasil mahsul
kerajaan. Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya ialah bendaharibendahari, pemegang hasil negeri, syahbandar-syahbandar dan hamba-hamba
raja[8]. Penghulu sebenarnya merupakan Menteri Kewangan dan beliau
menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada kawasan
taklukan kerajaan. Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan untuk
menjadi ketua angkatan tentera perang untuk menyerang negeri asing seperti
Melaka menentang Kampar.
f) Temenggung
Pembesar yang ketiga ialah Temenggung. Temenggung berperanan sebagai Ketua

[
[
[
22

Keamanan Negeri[9]. Temenggung juga menjadi pengatur orang makan di balai


istana. Menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim,
menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan,
dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Kecuaian yang dilakukan oleh
Temenggung akan menjadikan sesebuah negeri huru-hara. Sebenarnya, tugas
temenggung ada dibicarakan dalam Undang-undang Melaka seperti berikut;
Adapun hukum yang diserahkan kepada Temenggung itu barang yang
dihukumkan di dalam negeri seperti tahafus-mentafahus dan seperti tengkapmenangkap orang yang jahat di dalam negeri. [10]
Selalunya, Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar
itu sendiri. Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah
anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.

g) Laksamana
Jawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam herarki zaman tradisional
Melayu ialah Laksamana. Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai ketua
angkaatan tentera laut dipegang oleh Hulubalang Besar. Jawatan ini merupakan
monopoli orang melayu dari Bentan yang bergelar Seri Bija Diraja. Tokoh yang
terkenal ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup (yang dibunuh oleh
Sultan Mahmud Syah).
Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan Mansor Syah, jawatan ini
mula dipegang oleh Laksaman Hang Tuah yang merupakan golongan kebanyakan.
Pada awalnya, taraf Hulubalang dan Laksamana adalah sama tetapi lama-kelamaan
ianya berbeza. Dalam acara pencercaan, Laksamana dan Temenggung ditugaskan
untuk mengawal keselamatan Bendahara. Dalam hal ini dapat menunjukkan
kedudukan kedua-dua pembesar ini hampir sama. Rakyat yang biadap menentang
Bendahara akan dibunuh oleh Temenggung atau Laksamana.

[
[
23

Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua organisasi angkatan laut, pembawa


utusan diraja dan pengawal peribadi Bendahara.
Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas kekeluargaan. Contohnya,
pengganti-pengganti kepada Laksaman Hang Tuah ialah Laksamana Khawaja
Hassan, iaitu menantunya, dan kemudian Hang Nadim yang juga menantu beliau.
Seperti Bendahara, Laksamana juga dikurniakan usungan.
h) Syahbandar
Syahbandar juga merupakan pembesar yang terpenting pada zaman Melayu
tradisional walaupun tidak tergolong dalam pembesar empat lipatan. Syahbandar
bererti pemerintah pelabuhan yang diambil daripada perkataan Parsi. Syahbandar
menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil saudagar-saudagar asing.
Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari. Menurut Tome
Pires[11], kehadiran empat orang Syahbandar di Melaka menandakan kehadiran
ramai pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.
Sebenarnya, jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah kerana keperluan semasa.
Hal ini kerana sumber ekonomi zaman tradisional Melayu pada ketika itu
bergantung kepada kegiatan laut, terutama perdagangan dan perniagaan. Oleh itu,
Laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan laut. Manakala, kelancaran
dan kepimpinan diperlukan di kawasan pelabuhan untuk memudahkan urusniaga
sehingga terciptanya jawatan Syahbandar. Keadaan ini sehinggakan menyifatkan
Laksamana sebagai raja di laut dan syahbandar sebagai raja di pelabuhan.
i) Ulama
Golongan yang dikatakan penting dalam masyarakat tradisional Melayu ialah
golongan ulama. Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang
pakar dalam hal ehwal agama Islam. Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem
sosial masyarakat Melayu, maka golongan ini telah diangkat darjatnya dalam susun
lapis masyarakat Melayu tradisional. Biasanya, golongan ini terdiri daripada
masyarakat yang mempunyai keturunan Arab-Melayu. Golongan ini digelar sebagai
maulana, makhdum, kadi dan pendeta tasawuf. Lazimnya, mereka juga turut
[
24

menggunakan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan
Imam Maharaja. Golongan ini sebenarnya hanya mula memainkan peranan yang
penting dalam masyarakat Melayu selepas tersebarnya Islam ke Nusantara. Pada
mulanya, mereka mengajar asas agama Islam. Namun, apabila Islam berkembang
dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan
hadis.
Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua
agama, kadi dan bertugas menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak. Oleh itu,
golongan ulama ini dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan.
Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam bidang kesenian,
kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Golongan ini
mempunyai bilangan yang sedikit dalam masyarakat Melayu. Namun begitu,
mereka menjadi rujukan Sultan dan golongan istana selain menjadi perawi Sultan.
2) Golongan Diperintah
a) Rakyat
Rakyat merupakan lapisan pertama dalam golongan yang diperintah dalam sistem
sosial masyarakat Melayu. Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam
masyarakat Melayu. Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan
tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar. Sebahagian
besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu dan selebihnya adalah orang
asing dan Orang Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang,
peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang menyebarkan agama Islam.
Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau pengiring pembesar-pembesar dan
raja sebagai hulubalang. Mereka juga terlibat secara langsung dalam apa jua jenis
perang yang melibatkan kerajaan. Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang
asing juga terlibat dalam kumpulan ini seperti Khawaja Baba, Naina Isahak dan
Sayyid Ahmad[12].
[
25

Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada golongan peniaga dan saudagar.
Mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah daripada golongan buruh
kasar dan tukang mahir.
b) Orang Asing
Selain daripada empat golongan yang terdapat dalam herarki masyarakat
tradisional Melayu, terdapat lagi sebuah golongan yang turut terlibat dalam
masyarakat sosial pada zaman tradisional Melayu iaitu golongan orang asing.
orang asing turut dikenali sebagai orang dagang dan orang perantau yang
terdiri daripada dua jenis utama. Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai
jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya daripada Jawa
dan Pasai selain sebagai mubaligh. Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek
ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi pemborong dan peniaga
besar. Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga dipelopori oleh golongan
asing seperti dalam perlombongan bijih yang didominasi oleh golongan Cina.
Secara umumnya, orang asing ini dikategorikan kepada dua kumpulan. Pertama
mereka yang menetap terus di Tanah Melayu. Manakala, golongan kedua adalah
mereka yang menjadi pengunjung sekali-sekala untuk tujuan perdagangan dan
perniagaan. Antara golongan orang asing pada zaman tradisional Melayu ialah
orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori, Parsi dan Siam.
c) Hamba
Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu dikaitkan dengan
tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam
kepercayaan Hindu. Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud akibat daripada
dorongan keperluan dan kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat melayu.
Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan
pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat. Hamba dikatakan mampu
meningkatkan taraf hidup pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki
oleh seseorang, semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya. Contoh yang
paling ketara ialah Tun Mutahir yang mempunyai ratusan hamba dan dianggap
sebagai orang terkaya pada ketika itu.
26

Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa hamba berhutang
dan hamba raja.
d) Hamba Raja
Pertama sekali adalah golongan hamba raja. Mereka terdiri daripada orang yang
merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu
mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun
temurun.dengan cara ini mereka kan terlepas daripada menerima hukuman atas
kesalahan yang mereka lakukan. Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada
tawanan perang atau banduan. Haamba raja juga dikenali sebagai biduanda yang
melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan. Hamba raja ini mendapat
perlindungan daripada pihak pemerintah. [13] Golongan hamba raja ini mempunyai
kedudukan yang lebih tinggi berbanding dua kelompok hamba yang lain sehingga
sesiapa yang membunuh hamba raja akan mendapat hukuman yang berat seperti
yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka sebagai:
Adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si pencuri) itu dirampas. Jikalau
nakhoda sekalipun demikian juga hukumannya. [14]
e) Hamba Biasa
Hamba biasa terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu abdi, dengan dan hamba.
Hamba daripada golongan ini biasa diperoleh melalui pembelian dan pertukaran
tuan. Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara turun-temurun.
Hamba abdi terbahagi pula kepada beberapa jenis. Hamba abdi yang pertama ialah
hamba tawanan yang menjadi hamba apabila tertawan dalam sesebuah
peperangan. Kedua ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada orang
Islam yang ditawan seperti Batak dan orang asli atau penduduk Islam lain di rantau
ini yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi termasuk mereka yang ditawan
oleh lanun dan menjadi hamba. Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi iaitu
hamba yang diimport dari Afrika. Kebanyakan mereka merupakan orang kulit hitam
[
[
27

yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah. Terdapat juga
hamba afrika yang dibawa oleh penjajah Eropah.
Selain itu, dalam hamba abdi juga terdapat hamba hulur. Hamba hulur merupakan
mereka yang melakukan kesalahan jenayah dan mereka yang menyerah diri
kepada pemerintah kerana tidak mampu untuk membayar semula hutang darah
atau denda. Manakala, hamba serah pula mereka yang menghadapi kesukaran
hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup
memberikan makanan atau nafkah hidup. Akhir sekali ialah hamba keluarga atau
anak hamba yang merupakan anak dan isteri kepada hamba abdi. [15]
f) Hamba Berhutang
Hamba yang kedua iaitu hamba berhutang merupakan golongan yang tidak dapat
membayar hutang kepada si pemiutang. Golongan hamba berhutang ini pada
asalnya merupakan golongan orang yang merdeka. Oleh kerana tidak mampu
membayar hutang, maka mereka terpaksa menjadi hamba berhutang untuk
melunaskan hutan-hutang mereka. Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja
mereka yang menjadi hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai
hamba tebusan. Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga hutang
tersebut telah selesai dibayar seperti yang telah dijanjikan. Hamba berhutang
melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerjakerja domestik dan lain-lain.
Hamba berhutang sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian yang kecil.
Pertama ialah orang berhutang. Orang berhutang merupakan orang yang terikat
dengan hutang dan akan dibebaskan selepas menjelaskan hutang tersebut. Kedua
ialah anak emas yang merupakan orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan
iaitu hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada
tuannya. Seterusnya merupakan hamba waris yang merupakan isteri dan anakanak hamkba orang berhutang. Akhir sekali ialah hamba bayar yang merupakan
abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk tujuan membayar
hutang tuannya kepada pemiutang.
Sesuatu yang menarik dalam golongan hamba ialah mereka dilindungi oleh Hukum
[
28

Kanun Melaka yang menyebut bahawa hamba terlindung daripada kezaliman.


Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah daripada orang lain. [16]
Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan kepada tuan mereka.
Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar dalam Hukum Kanun
Melaka.[17]
Kebudayaan Melayu Sistem Ekonomi
Ekonomi Masyarakat Melayu
Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber
yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian
tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan.
Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa
Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka
pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka
telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan
kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya
merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan
pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,
menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara,
dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke
tempat lain. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam
bukunya pada halaman 9 dan 16 yang berbunyi:
...Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa
sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada
abad ke-15. ...
2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian
[
[
29

Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini
berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang
kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan,
dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang
membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada
hasil pertanian.
...Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang
mengusahakan ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri. ...
Kebudayaan Melayu Sistem Sosial
Sosial Masyarakat Melayu
Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi
aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan
masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar.
Oleh sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu
meliputi nilai murni, kesenian, undang-undang, dan bahasa.
1. Nilai-nilai murni yang diamalkan
...Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan,
kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup
positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan
kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej
masyarakat....
Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman
85. Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di
Melaka. Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz
Deraman dalam kenyataan yang berbunyi:
...Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan emas di negeri
orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri ....
2. Kesenian
Hasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai
30

takrifan makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan


kata-kata A.Aziz yang berbunyi:
...Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan
pemikiran tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej
cita-cita budaya kita. ... (Halaman 87).
Dalam masyarakat Melayu, seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan
(tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit,
ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni
hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi
seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni
persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga
memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur asli dan luar.
3. Kemahiran Seni Halus
Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus
ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman
dan tenunan. Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Yang
berikut merupakan antara kenyataan yang dikemukakan A.Aziz:
...Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak
(seni lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran
untuk menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita. ...
...Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya
dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian
bertukang emas, perak, kraf tangan). ... (Halaman 6)
4. Seni Busana/ Pakaian
Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah
satu pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan
dada. Pada mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu
dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini
merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti
Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau
pakaian sendiri yang dipelihara. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz, iaitu:
31

...Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan
tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu
diterima dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok
sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita. ...
(Halaman 84)
Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu,
terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya,
celana, kain sarung, samping dan selendang. Pakaian orang Melayu kini lahir
daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui
proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal
masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada
pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun
dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang
beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga
kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah
Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan
Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian
Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau. Antara
baju yang terkenal ialah:

Baju Riau

Baju Belah Kebaya


Panjang

Baju Melayu Cekak


Musang

Baju Teluk Belanga

Baju Kurung

a) Baju Riau
Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri
atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang
kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum
laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain Songket.
32

b) Baju Belah Kebaya Panjang


Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis,
mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan
Johor-Riau.
Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara
tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau
upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan
Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang
dan kebaya panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan
panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup
dengan kancing atau kerongsang tiga.
c) Baju Melayu Cekak Musang
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak
tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej
alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher.
Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang
bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan
Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
d) Baju Teluk Belanga
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai
ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki
yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk
meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor
Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat
Melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.
e) Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan.
Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek
manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi
33

pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti


mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara
Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai
baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan
berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai
pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri
5. Kemahiran Seni Lakon
Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah
satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara
meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater
masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti
Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang mana watak dan jalan cerita tidak lagi
berubah walaupun setelah berlakunya perubahan zaman. Wayang kulit bermula
semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an.
Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Jelaslah
bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan
oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul pergerakan seni
lakon masyarakat Melayu yang berbunyi:
...Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari
berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna.
Bunyi yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah
menjadi nada lagu. ... (Halaman 111)
6. Permainan Tradisional
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah
sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga
hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, dan
lain-lain.
34

Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh


nenek moyang masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan
masyarakat Melayu pada waktu lapang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan pada
halaman 127 seperti yang berikut:
...Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia
bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat,
gamelan atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat
seperti permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya. ...
a) Sepak Raga/ Takraw
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan
ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada
masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan
oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak
raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah
kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya
sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan
tersebut ditamatkan.
b) Batu Seremban
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di
waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu
atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau
lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan
objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
c) Congkak
35

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah
datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada
teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba
yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang
mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah
congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah.
Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan
congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di
setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh
lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu
hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat
dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat
congkak.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan
menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak.
Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan
diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya
buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung
lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada)
di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan
hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,
pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak
di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong
pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh
memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama,
setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada
36

kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh
diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga
pihak lawan mengaku kalah.
d) Galah Panjang
Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan
berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari
melepasi halangan. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan
perempuan dan bilangannya seramai sepuluh orang. Ianya juga dimainkan di
kawasan tanah rata dan lapang dan permainan ini tidak memerlukan sebarang
alatan.
e) Guli
Permainan guli ialah sejenis permainan menuju atau melontarkan guli dengan tepat
mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur
antara 7 hingga dua belas tahun. Permainan ini dimainkan tidak lebih dari lima
orang dan dimainkan dikawasan yang lapang dan rata. Alatan yang diperlukan
didalam permainan ini ialah beberapa biji guli.
f) Sepak Raga Bulatan
Sepak raga bulat adalah sejenis permainan menimbang dan mengawal bola raga. Ia
bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk,
mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Permainan ini dimainkan oleh kaum lelaki dan ia memerlukan pemain yang ramai.
Kawasan yang sesuai untuk bermain permainan ini adalah di kawasan yang lapang
dan rata
g) Wau
Permainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan
pemain membuat, manaikkan dan melayangkan wau. Ia biasanya dimainkan oleh
golongan lelaki dewasa. Permainan ini tidak menetapkan jumlah pemain dalam
permainan ini. Lebih ramai pemain lebih menyeronokkan dan dimainkan dikawasan
yang luas dan lapang. Alat yang digunakan dalam permainan ini adalah wau dan
tali atau benang kasar yang panjang.
37

Permainan wau turut dipertandingkan. Terdapat pertandingan untuk memilih wau


yang naik tinggi, kemahiran menaikkan wau, wau yang mengeluarkan bunyi yang
merdu, wau yang mempunyai warna yang menarik, wau yang mempunyai lukisan
yang cantik dan wau yang naik tegak.

h) Gasing
Gasing adalah satu permianan tradisional yang bertujuan menguji kepintaran
pemain memusingkan gasing supaya gasing dapat berpusing dalam jangka masa
yang panjang. Permainan ini dimainkan oleh lelaki dewasa dan kanak-kanak yang
berumur Sembilan tahun ke atas. Jumlah pemain bagi permianan ini adalah 2 orang
atau lebih dan dimainkan di kawasan yang lapang dan rata. Alat yang diperlukan
untuk permainan ini ialah gasing timah, tali gasing, lopak, bong, bulu ayam, getah
kecupu, bilah, dan sedikit minyak pelincin.
Perbezaan Cara Permainan Dahulu dan Sekarang
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat
keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan
berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai
peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada
yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya
dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat
perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan
permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan
gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan
keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara
berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan
berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti
seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah
permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan
oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia
seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan
38

ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan


tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur
semata-mata untuk bermain permainan tersebut.
Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang
yang berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike
yang bersifat ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja
lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang
muda zaman ini.
7. Seni Suara
Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung
kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara
dan muzik dalam masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan
kosong. Persembahan seni suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud
pengajaran. Buktinya adalah dalam kenyataan berikut:
...Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan
rohaniah di kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji
dan digabungkan dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah. ... (Halaman
106)
8. Undang-udang, Adat dan Kepercayaan
...Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undangundang, adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan....
Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman pada halaman 37 yang memperkatakan
tentang warisan masyarakat Melayu. Undang-undang merupakan satu sistem
peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang
kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara. Yang melanggar peraturan tersebut
mungkin dihukum atau didenda.
9. Bahasa
Bahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan
antara bentuk dan maksud. Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa
Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000
39

tahun lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi
dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat
bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
a) Dialek
Loghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu
bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa
itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan
setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Bahasa
Melayu mempunyai pelbagai dialek. Buktinya adalah berikut:
...Kita mempunyai pelbagai dialek yang menunjukkan asas keserumpunan.
Perjalanan budaya dan tamadun Melayu berkembang subur dan memukau
pengamatan bangsa lain melingkungi rantau geografi Malaysia, Indonesia, Filipina,
Brunei, Singapura, Selatan Thai, Indo cina dan berkembang ke Kepulauan Pasifik di
bahagian timur dan mencecah Malagasi di Barat sehingga Taiwan (Formosa di
bahagian utara ... (Halaman 10)
b) Tulisan
Bahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah
mengangkat martabat Melayu dalam bidang keilmuan. Penerangan yang
menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini penting dapat dilihat dalam keterangan
berikut:
...Melayu ditingkatkan menjadi bahasa Islam dengan tulisan baru melalui
pengenalan huruf jawi dan mampu menyatakan konsep dan ilmu baru yang
berkembang atau disempurnakan. ... (Halaman 102)
10. Tarian Melayu
a) Mak Yong
Berasal dari Patani di selatan Thailand. Dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja
wanita,permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat DiRaja lelaki.
Menggabungkan drama romantis, serta tarian dannyanyian tradisional dengan gaya
yang menawan,yang mengisahkan zaman kegemilangankesultanan Melayu
40

b) Kuda Kepang
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang
berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrahpenghijrah ke Tanah Melayu. Para penari menggunakan kuda kepang untuk
menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang,
gong dan angklung. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan
rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri
Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis
keramaian.

Tarian kuda kepang di Yogyakarta


Tarian kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:

9 orang penari

5 orang pemain muzik

2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"

9 - 15 orang penjaga kawasan.

Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40


orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang
dipanggil "Danyang". Penari-penari biasanya berpakaian seragam.
Peralatan tarian kuda kepang terdiri daripada:

lima buah angklung

sebuah gendang

beberapa gong

beberapa bonang(caklempong)

beberapa saron

beberapa jidur

beberapa kenong

sekurang-kurang sembilan kuda

sebatang pecut

serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).


41

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan
dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut.
Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada
buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik. Gendang diperbuat
daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada
rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih
kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat
daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah
untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain
itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan
dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali
digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk
daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.
Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang
besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan
membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau
menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.
Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan
rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik
mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke
gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan.
Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan
oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan
menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik
untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan
luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya.
Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian
ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari
akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang
sedang berang.
Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai,
terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka
42

kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan
iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini
dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok
Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut
gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya
Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka
Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok
Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah,
nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu,
kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada
tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain
mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.
Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak
boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti
akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak
boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi.
Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa
mereka akan makan kaca itu.
c) Zapin
Pengaruh Islam ketara dalam tarian Zapin. Terkenal di negeri Johor. Diperkenalkan
oleh para mubaligh dari Timur Tengah. Pada mulanya digunakan dalam amalan
berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuanmengenai sejarah tamadun
Islam.
d) Tarian Lilin
Dipersembahkan oleh penari wanita sambilmenatang lilin di dalam piring kecil di
atas telapak tangan mereka. Memaparkan gerak-geri yang penuh
dengankelembutan
e) Tarian Gamelan
43

Dikesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurunke-17. Mula di persembahkan


buat pertama kali dikhalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam
upacara persandingan Tengku Hussain,putera kepada Sultan Abdul Rahman
yangmemerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adikperempuan kepada
Bendahara Ali dari Pahang.
Mula di perkenalkan di Terengganu selepasTengku Mariam iaitu seorang puteri di
Pahang,mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepadaTengku Zainal Abidin
dari Terengganu. Dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita. Boleh
dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Elemen Jawa boleh
dilihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat
cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam
kebanyakan kostum tarianMelayu
f) Tarian Cik Siti Wau Bulan
Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan
permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk,rebana kayu
dan lain-lain lagi.
Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti
Wau Bulan telah dicipta. Tarian ini mengisahkan anak muda bermain-mainwau di
musim menuai.
Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geripenari-penari yang terdiri
daripada anak mudalelaki dan perempuan.
g) Joget
Terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yangmeriah, dengan rentak yang
agak laju. Dipersembahkan oleh pasangan penari dengangerak-geri pantas yang
disulami pelbagai usikan,berasal dari tarian tradisi Portugis yangdiperkenalkan di
Melayuayuaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
h) Tarian Asyik
Sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di
istana raja raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini
bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut danpenuh dengan
44

ketertiban. Dimulai dengan sepuluh orang penari masuk kedewan tarian terlebih
dahulu , lalu duduk bersimpuh.
11. Seni Muzik/ Lagu
Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat
sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati
di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada
manusia dalam kehidupan sosial. Ahli falsafah berpendapat manusia secara
semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini jelas kerana muzik
menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat
dinikmati melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan
seseorang itu. Muzik dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui
seni,irama dan lagu. Muzik juga dapat ditontonkan dan dipersembahkan melalui
pelbagai cara samaada secara terus ataupun melalui media. Persembahan muzik
bukan sahaja dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat
dipersembahkan oleh kaum lelaki mahupun wanita. Menurut kamus dewan pula
seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam
bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa
berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke zaman.
Di Malaysia,seni muzik tradisional merupakan seni yang tidak lapuk di kalangan
pelbagai etnik di negara kita. Seni muzik tradisional merupakan warisan turun
temurun sesuatu kaum dan mempunyai keunikan tersendiri. Setiap bangsa
mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Seni muzik tradisional juga bergantung
kepada adat dan budaya sesuatu bangsa. Pada zaman dahulu muzik hanya
dimainkan oleh golongan bangsawan ataupun untuk hiburan diraja sahaja. Namun
begitu terdapat juga muzik yang dimainkan untuk rakyat. Jelas disini seni muzik
pada zaman dahulu mempunyai hieraki tersendiri. Selaras dengan peredaran
zaman rakyat juga dapat menikmati seni ini pada masa kini. Alat muzik juga
merupakan lambang estitika dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja dijadikan
sebagai hiburan malahan menjadi alat untuk penyebaran maklumat dan sahsiah.
Sesetengah alatan muzik juga mempunyai unsur magis yang boleh menaikan
semangat dan digunakan dalam upacara tertentu.
45

CONTOH CONTOH ALAT MUZIK TRADISIONAL


GONG

Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong
diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan
besi. Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya
dimainkan bersama bonang,gendang dan serunai. Ia diaminkan dalam muzik
gendang silat,gendang keling dan gamelan.
BONANG

Bonang juga menghasilkan bunyi seperti gong tetapi mempunyai bunyi yang lebih
halus dan mempunyai pelbagai bunyi.Ia mempunyai 10 buah canang yang dibuat
dari perenggu. Canang cang ini berwarna keemasan dan disusun kemas dalam dua
baris dan diapungkan di atas dua ingkar.Bonang lazimnya dimainkan dalam muzik
Gamelan.
GENDANG

46

Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang
penganak.Gendang dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.kayu yang
lazimnya digunakan untuk membuat gendang ialah kayu nangka. Setiap gendang
mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu yang
diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.Gendang boleh
dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi
gendng boleh dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk meminkan
muzik wayang kulit,Gendang keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang
lain.
SERUNAI

Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat
pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni
muzik di Malaysia ialah serunai Kedah dan serunai Kelantan.Serunai dihasilkan
dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang mudah ditebuk. Kayu daripada
pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini.
Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian
bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling,gendang silat.wayang kulit
dan sebagainya.
KOMPANG

Kompang ialah alat muzik yang bebentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan
besi di sekeliling. Namun terdapat juga kompang yang mempunyai kepingan besi di
47

sekeliling yang mempunyai bunyi yang lebih sedap didengar. Kompang merupakan
antara alat muzik yang paling popular di Malaysia. Kompang dimainkan dengan
mengunakan paluan menggunakan tangan dan jari. Kompang juga digunakan
dalam pelbagai majlis seperti majlis kenduri dan perarakan hari kemerdekaan. Kini
kompang digunakan bagi menyambut tetamu kehormat dalam sesuatu majlis.
Kompang dimainkan secara berkumpulan. Lazimnya kompang dimainkan oleh
sepuluh orang dan mempunyai seorang ketua yang bertindak menjadi ketua.
Kompang dipalu dengan pelbagai corak dengan melapiskan pelbagai rentak paluan
yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.
REBANA

Rebana ialah alat muzik yang dipukul dan dipalu untuk menyampaikan pelbagai
jenis pesanan pada zaman dahulu. Bunyi-bunyi yang dihasilkan mempunyai makna
tertentu seperti serangan musuh, penguguman diraja,penguguman majlis dan
kematian. Kini rebana digunakan untuk pelbagai kegunaan terutama dalam bidang
muzik. Ia telah menjadi alat muzik yang digunakan untuk persembahan dalam
acara kemasyarakatan dan persembahan. Rebana lazimnya dipalu pada hari
kebangsaan dan dimainkan dengan alat muzik yang lain. Pemukul atau pemalu
rebana perlu mempunyai kekuatan dan stamina yang kuat bagi menghasilkan bunyi
dari rebana.
GAMBUS

48

Gambus merupakan salah satu alat muzik timur tengah yang dimainkan dalam
dalam pelbagai gaya dalam muzik tradisional melayu. Dalam sejarah, alat muzik ini
dikatakan dibawa ke Malaysia oleh pedangang dari Parsi serta negara timur tengah
yang lain. Alat muzik ini direka dengan seni yang amat halus dan diukir dengan
teliti. Uniknya gambus dihasilkan dengan campuran pelbagai jenis kayu. Gambus
menghasilkan bunyi seakan-akan bunyi kecapi. Cara menghasilkan bunyi gambus
ialah petikan talinya. Gambus merupakan alat muzik utama dalam muzik Ghazal.
Jika dilihat dari corak yang diukir di atas gambus, terdapat banyak unsuk kesenian
timur tengah yang ditonjolkan.
SAPE

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional masayarakat orang ulu atau penduduk
ulu di sungai di Sarawak. Sape berasal dari kaum kayan. Sape juga merupakan
salah satu alat muzik petik yang mempunyai bunyi yang unik. Ia berbentuk
lebar,mempunyai tali,bertangkai kecil dan lebar lebih kurang 1 meter. Sape
diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk dan mempunyai ukiran corak
berwarna yang unik. Alat muzik ini dahulunya dimainkan seorang diri sebagai
hiburan. Selaras dengan peredaran zaman,sape dimainkan secara sosial dan
dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan
Datun Julud.
Muzik Tradisional Yang Terdapat Di Malaysia
Gamelan
Gamelan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Gamelan Jawa, Bali, Sunda,
Banyuwangi, Kromong dan Gamelan Amerika. Muzik gamelan biasanya dimainkan
dalam majlis formal dan tidak formal didalam istana bagi tatapan diraja. Pemuzik
49

gamelan lazimnya terdiri daripada 9 orang lelaki dan tujuh orang penari
perempuan. Alatan muzik yang digunakan dalam muzik gamelan terdiri daripada
beberapa jenis iaitu Gong Agong, Gong Samakan, Gendang Ibu, Gambang dan
Bonang. Kini Gamelan diserapkan menjadi pelajaran di universiti dan
dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu bagi mengekalkan kesenian ini.
Gamelan sudah menjadi satu seni muzik yang diminati dan persembahannnya
dipamerkan di tempat bersejarah seperti di makam mahsuri.
Nobat
Nobat ialah salah satu kesenian muzik yang masih popular di Malaysia. Seni nobat
masih terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Dahulunya Nobat terkenal dengan
persembahan kesenian untuk diraja khususnya di negeri Perak,Kedah dan Kelantan.
Nobat dilihat paling popular di negeri Kedah dan bertapak di negeri itu hingga kini.
Muzik nobat dianggap satu kesenian yang amat unik di rantau nusantara. Ia
dimainkan di majlis-majlis tertentu sahaja di istana. Kini muzik nobat dijadikan
penghibur utama atau pengiring dalam majlis perkahwinan,istiadat pertabalan dan
dipersembahkan dalam majlis tertentu bagi memperkenalkan kesenian ini dalam
masyarakat sosial di negara kita.
Cak Lempong
Muzik tradisional yang dipanggil Cak Lempong dikatakan telah dibawa ke Tanah
Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri
Sembilan seawal kurun ke -14. Cak lempong dimainkan menggunakan gong-gong
kecil yang berbentuk seperti seperti Bonang. Dahulunya Cak Lempong dimainkan
bertujuan menyatukan rakyat dan dimainkan ketika upacara sultan di Negeri
Sembilan. Kini masayarakat menjadikan Cak Lempong sebagai satu seni muzik yang
dijadikan hiburan di majlis perkahwinan,perasmian,keraian dan tarian. Muzik Cak
Lempong juga sudah mulai popular di kalangan masyarakat majmuk di seluruh
Malaysia. Cak Lempong dijadikan satu pelajaran di institusi pengajian tinggi bagi
menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional ini di Malaysia.
Gendang Keling
Kesenian gendang keling merupakan kesenian yang amat popular di negeri Kedah
dan Perlis. Ia diberi nama Gendang Keling kerana terdapat sedikit kesenian dari
India yang terdapat dalam seni muzik ini. Antara kesenian India yang terdapat
dalam muzik ini ialah irama ,serunai yang digunakan dan bentuk gendang yang
digunakan. Kumpulan muzik Gendang Keling lazimnya terdiri daripada lima orang.
50

Dua orang diberi tugas memukul gedang pengibu dan penganak,seorang diberi
tugas meniup serunai,seorang memainkan kerincing dan seorang lagi memukul
gong jantan dan gong betina. Gendang keling lazimnya dimainkan di majlis-majlis
kenduri bagi menghiburkan tetamu yang bertandang. Dalam erti kata lain Gendang
Keling sudah sinonim dengan masyarakat apabila sesuatu majlis kenduri diadakan.
Dalam persembahan Gendang Keling, lagu-lagu yang dimainkan ialah lagu
tradisional seperti kutip siput,ayam didik,selendang mak inang, lagu-lagu india,lagulagu siam,dan lagu hindustan. Selain lagu tersebut,kadangkala muzik gendang silat
juga dimainkan dalam persembahan kumpulan muzik Gendang Keling.
12. Perubatan
Perubatan tradisional Melayu ialah perubatan Melayu yang diamalkan oleh para
bomoh dan Tok Dusun sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak
menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba
telah diterima dengan penuh minat oleh masyarakat Melayu di Malaysia kerana ia
merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap
tubuh badan manusia. Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk ubat
tradisional Melayu yang dipasarkan. Dianggarkan pada masa ini melebihi 13,000
jenis tumbuh-tumbuhan yang berpotensi untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan
pelbagai penyakit. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini terdapat di kawasan tropika.
Menurut kajian Universiti Sains Malaysia, terdapat 2,000 hingga 3,000 spesies
tumbuh-tumbuhan ubatan di Malaysia yang telah digunakan bagi tujuan perubatan
moden dan tradisional. Satu lagi faktor tentang mengapa perubatan tradisional
Melayu mendapat tempat dalam kalangan masyarakat adalah kerana ia lebih
murah, berbanding dengan rawatan dan perubatan lain.
Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan
dan ingatan yang diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun. Dikalangan
bangsawan, terdapat juga buku perubatan dikarang, yang dipengaruhi dari Parsi
seperti kitab Tib yang dikarang. Ada juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang
perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu.

51

Pada zaman penjajahan British, amalan perubatan Barat sangat popular sehingga
amalan perubatan tradisional Melayu dilupai, khususnya oleh golongan bangsawan
dan para cendiakawan. Masyarakat Melayu lebih mempercayai perubatan Barat
yang dibawa oleh penjajah kerana kajian yang dijalankan mereka terhadap sesuatu
penyakit adalah lebih saintifik. Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan tradisional
Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarakat Melayu kerana ia tidak
menggunakan bahan-bahan kimia dan beracun.
Sistem perubatan tradisional Melayu
Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada
dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. [1] Amalan suruhan banyak
berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang
terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta
mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran. Amalan tegahan pula
bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu sewaktu
dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia bertujuan untuk memeliharakan
kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi
mempercepatkan penyembuhan penyakit.
Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu mengkategorikan punca
penyakit kepada yang bersangkutan dengan darah dan yang bersangkutan dengan
angin. Darah perlu 'panas' tetapi tidak boleh berlebihan. Angin disalurkan melalui
urat di dalam badan. Namun jika terdapat terlalu banyak angin, ia akan
menyekatkan perjalanan darah lalu menganggu kesihatan. Justeru, darah dan angin
merupakan dua unsur utama dalam tubuh seseorang. Jika kedua-dua darah dan
angin berkeadaan baik, maka individu yang berkenaan itu akan sihat. Sehubungan
dengan itu, kaedah pengurutan juga dilakukan bagi menolak 'angin' dan
merangsang perjalanan darah dan urat. Pengurutan biasanya dilakukan pada
bahagian-bahagian badan yang terlibat dalam kerja berat, seperti tangan, kaki, dan
belakang tubuh. Ia dilakukan dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin
yang diperbuat daripada minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang
mempunyai khasiat 'panas'. Tumpuan utama pengurutan adalah untuk merawat
perempuan lepas bersalin. Di samping itu, mereka juga digalakkan mengambil
52

ramuan tumbuhan untuk dimakan dan disapu pada badan bagi mengeluarkan angin
dari urat.
Dalam perubatan tradisional Melayu, penggunaan tumbuh-tumbuhan adalah amat
meluas. Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu berpendapat khasiat
perubatan terletak terutama pada akar tumbuhan dan bagi tumbuhan yang berubi,
ia terletak pada ubinya. Pengamal perubatan tradisional Melayu biasa
mengkategorikan zat tumbuhan kepada tiga, iaitu:
1. Zat besi untuk menguatkan darah;
2. Zat kawi untuk menstabilkan perjalanan fungsi tubuh; dan
3. Zat kapur untuk menyejukkan badan.
Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA)
menggantikan PUTRAMAS merupakan salah satu Badan Pengamal yang dikenal oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan
Komplementari sila lihat GAPERA
Prinsip amalan perbomohan
Amalan perbomohan yang menurut perspektif Islam mestilah berdasarkan sumbersumber yang pasti, sama ada dari al-Quran atau dari Sunnah, serta sumber-sumber
perundangan yang diiktiraf oleh Islam. Sekiranya terdapat percanggahan dengan
prinsip akidah Islam, maka amalan tersebut perlu disingkirkan. Penggunaan ayatayat roh, penunggu, atau makhluk lain, dengan tujuan untuk bersahabat atau
meminta bantuan daripada mereka, tidak dibenarkan dalam amalan perubatan
Melayu. Justeru, bantuan dan harapan hanyalah bersandarkan kepada Allah, di
samping usaha-usaha yang dilakukan.
12) Seni Tampak.
Seni tampak atau seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada
hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem.
Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan
melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.
53

Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak
melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan
kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan
kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan
sebagainya.

a) Keindahan
Setiap orang mempunyai persepsi terhadap keindahan yang lain. Sesuatu objek
yang kelihatan indah mungkin tidaklah 'cantik' kepada orang lain. Jadi, mesej yang
disampaikan serta maksud yang diterjemahkan ke dalam bentuk karya/hasil seni ini
adalah amat penting. Contohnya, seseorang anggap poster yang mempunyai
sebaris perkataan "A Star is Born" dan ilustrasi seperti satu bintang di latar
belakang yang gelap tidaklah begitulah cantik dan indah. Namun, ia adalah 100%
indah jika ia dapat memenuhi kehendak untuk poster itu serta mesej yang
disampaikan adalah ringkas dan jelas.
Oleh itu, keindahan dalam sesuatu hasil seni perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

Objek: Subjek yang menjadi fokus utama dalam suatu karya (contoh: figura
manusia dalam poster konsert)

Komposisi: Unsur seni dan prinsip seni yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu karya (contoh: garisan pada suatu lukisan dengan warna harmoni
digunakan)

Tema: Tajuk dan fokus penting untuk sesuatu karya (contoh, derma darah
adalah sasaran penting dalam suatu poster)

Makna: mesej di sebalik suatu karya adalah jelas

Fungsi: Fungsinya adalah fungsi estetik ataupun fungsi penggunaan atau


kedua-duanya

a) Bidang seni visual


Dalam seni visual, bidangnya adalah seperti berikut:

Seni halus: lukisan, catan, cetakan dan arca


54

Visual Komunikasi: seni reka grafik dan multimedia (animasi dan laman web)

Seni reka teknologi: fesyen, tekstil, automobil, seramik

Seni reka persekitaran: landskap dan seni reka dalaman

b) Peranan Sosiologi Seni Visual


Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara
manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian
respons individu ataupun sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau
tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak
balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran
yang agaik sama. Tidakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea ataupun
keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, manusia anggap
orang yang mempunyai HIV positif adalah daripada kumpulan homoseksual. Jadi,
anggapan (sub-budaya) adalah tidak semestinya betul, sebaliknya adalah
dipengaruhi oleh fikiran orang lain dan persekirannya. Contohnya, adalah seseorang
yang pembawa HIV semestinya tergolong di kumpulan homoseksual? Dalam kajian
seni visual, sosiologi adalah memfokus kepada pandangan manusia terhadap
penghasilan sesuatu karya. Biasanya, stereotaip masyarakat menganggap golongan
yang mengikuti aliran seni adalah kumpulan yang tidak pandai dan aliran ini adalah
bagi orang yang tidak mampu belajar. Pandangan ini adalah salah satu kajian
tergolong dalam sosiologi berdasarkan kajian seperti soal selidik dsb. Namun,
peranan sosiologi dalam seni visual adalah lain. Ini bermaksud kegunaan seni visual
dalam kehidupan individu dan masyarakat. Antara peranannya dari perspektif
sosiologi adalah seperti berikut:

Panduan hidup: sejak dahulu hingga zaman moden, gambar berfungsi


sebagai petunjuk untuk melakukan sesuatu aktiviti. Orang dahulu melukis
pengalaman daripada pengembaraan dan pemburuan pada dinding gua
sebagai iktibar untuk hidup. Zaman sekarang pula, banyak yang
mnggunakan gambar untuk menjelaskan sesuatu situasi dan subjek secara
ringkas.

55

Rekreasi: seni merupakan suatu aktiviti seperti hobi untuk melepaskan


tekanan. Banyak yang menggunakannya untuk mencipta sesuatu sematamata untuk kepuasan diri.

Komersil / Ekonomi: seni visual telah dijadikan sebagai suatu produk yang
berharga seperti majalah, catan, arca dsb. Ia boleh menjadi suatu sumber
pendapatan bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini.

Nasionalisme: seni visual sebagai alat untuk menggambarkan semangat


patriotik terhadap negara sendiri. Ia juga membangkitkan semangant untuk
mencintai persekitaran negara dengan meletakkan poster di merata-rata
tempat.

Propaganda: sebaran sesuatu idea, maklumat dan mesej dapat dijalankan


dengan mudah jika adanya laman web, poster, risalah, papan tanda dsb.

Persekitaran: penggunaan grafik adalah cara yang paling mudah bagi


memupuk semangat mencintai alam

Ritual / Upacara: banyak karya seni mempunyai ciri-ciri keagamaan dan


kebudayaan yang mana ianya menggalakkan pemujaan serta mengukuhkan
sesuatu kaum.

C) Peranan psikologi seni visual


Psikologi merujuk kepada emosi dan perasaan seseorang yang biasanya melibatkan
gerak balas sistem saraf seperti otak. Setiap individu mempunyai kesan psikologi
yang berlainan terhadap sesuatu objek dan keadaan. Jadi kesan psikologi boleh
diaruhkan secara visual seperti emosi dipengaruhi dengan foto
TASAWUR (WORLD-VIEW/ PANDANGAN SARWA) DAN KOSMOLOGI
MASYARAKAT MELAYU
Tasawur merujuk kepada pandangan , gambaran, konsep atau persepsi
umum tentang sesuatu yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat. Manakala,
Kosmologi dirujuk sebagai falsafah yang dimiliki dalam memperkatakan
56

kejadian asal-usul, proses, dan struktur alam semesta (Kamus Dewan


Edisi 4, 2007).
Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif, mempunyai kosmologi tersendiri.
Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran
warisan turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam
semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya.
Kajian tentang etnosains atau etnomatematik mempunyai kaitan dengan budaya
pemikiran sesuatu kaum yang melibatkan agama, bahasa, pandangan kosmologi,
sosiobudaya, adat resam serta perkara yang berkaitan.Tidak ada tamadun yang
tidak mempersoalkan tentang kosmologi. Alam yang terbentang luas ini menjadi
bahan renungan setiap tamadun atau masyarakat. Setiap masyarakat
mempunyai aksiom (kepercayaan umum) tertentu tentang kejadian alam. Setiap
masyarakat mempunyai tafsiran berkaitan hubungan Tuhan dengan alam semesta.
Masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam perkara ini. Mereka mempunyai pandangan
sejak zaman berzaman mengikut pengaruh pandangan alam sepanjang generasi
(Ilavrita). Alam semesta dijadikan dalam pusingan tertentu yang dimulakan
dengan penciptaan dan berakhir dengan kemusnahan besar. Bermula segala
sesuatu menurut kosmologi ini, asalnya daripada air yang digelar matritamah.
Ketika itu, tiada langit dan tiada bumi. Dalam penciptaan, telur semesta
akan terapung di atas air, lalu pecah dan bermulalah penciptaan bumi (Dvipa)
dan dikelilingi oleh laut. Pusat kosmos itu terletak pada sebuah gunung agung
yang digelar Mahameru. Gunung ini digambarkan sebagai gunung yang tinggi
hingga kemuncaknya sampai ke langit. Orang Melayu di bawah pengaruh Hindu
menerima konsep ini dan berakar umbi dalam masyarakat. Namun demikian,
masyarakat Melayu kuno yang dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan Hindu
turut merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan kebudayaan Hindu turut
merakamkan teori kosmos yang tersendiri dan menganggap alam langit sebagai
alam kayangan, alam mahameru, alam Brahma, catur mukha dan seumpamanya
yang menunjukkan pengaruh Hindu yang ketara dalam teori itu.
Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi oleh kosmologi
Islam, namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah pelbagai

57

pengaruh budaya sebelum Islam, maka kosmologi tersebut turut


mengambil tempat dicelah-celah pentafsiran kosmologi Melayu Islam.
Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh
budaya animisme, Hindu dan Buddha.Mereka memuja semangat, dan
penunggu; mereka membaca mentera yang menyebut asal kejadain alam
dan makhluknya. Mereka memohon perlindungan daripada penunggu
pokok dan gua. Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam
perubatan dan sihir. Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut
balik tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang dimainkan oleh Sri
Rama, Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot
ceritanya yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam persembahan
itu.
Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam menjadikan watak tersebut
sebagai latar belakang persembahannya. Orang Melayu tradisional menghayati satu
cara hidup yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan moden semasa.
Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang terkandung dalam
pandangan alam/ pandangan sarwa (Weltanschauung) dan budaya alam bangsa
Melayu.
Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai
penuh dengan makna, simbolisme, gurindam dan syair. Pandangan mereka
sekali-kali tidak terhad kepada manifestasi material alam, bahkan bagi mereka
dimensi fizikal yang amat penting bagi sains dan teknologi moden hanyalah satu
manifestasi kecil fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya bergantung
kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha seni.
Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam
kehidupan seharian dan kemasyarakatan mereka. Perkembangan semiotik tabii
(kajian tentang tanda/lambang/simbol yang dimiliki dan membudaya
masyarakat) dan kosmologi kebudayaan generasi-generasi tersebut menyerap
pelbagai unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli. Unsur-unsur luar
tersebut datang daripada timur dan barat. Hindu, Buddhis, Islam dan
Barat merupakan pengaruh yang memberi kesan kepada pembentukan
58

semiotik dan kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan


kosmologi Melayu masih terpelihara.
Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-batan
mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan
sebarang pujangga manusia. Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya
syaman, pawang, bomoh, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan haiwan,
tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk
dibayangkan oleh manusia sekular.
Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan landasan yang membuka jalan
bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii. Bagi
kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain
selain sesama manusia hanyalah dalam cerita dongeng.
Nilai sosial ini menjadi lebih tersusun dengan munculnya Islam untuk menjadi nilai
asas kepada masyarakat Melayu. Islam membawa rasionalisme dan
pengetahuan akliah serta menegaskan satu bentuk sistem masyarakat
yang berdasarkan kebebasan, keadilan, dan kemuliaan keperibadian
insan. Peraturan keagamaan dan kemurnian batin serta ilmu (tasawuf)
mengenainya tersebar luas dan mencengkan dalam sanubari masyarakat
Melayu. Islam membawa semangat rasional dan intelektualisme bukan
sahaja di kalangan raja-raja dan golongan bangsawan tetapi juga
menyebar di kalangan rakyat jelata. Ini terbukti daripada risalah-risalah yang
ditulis berdasarkan keperluan umum. Risalah-risalah tasawuf dan agama Islam ini
ditulis berdasarkan ilmu yang merangkumi bidang ontologi, kosmologi, psikologi,
sejarah, siasah, etik dan estetika yang cukup saintifik dan sosficated, bahkan
mencapai tingkat serius dan rasional yang tinggi.
Islam menekan tentang hakikat manusia sebagai kepunyaan Allah s.w.t,
dan dengan itu harus mengabdikan dirinya melakukan suruhan-Nya serta
mendapat balasan dari-Nya. Maka itu din (agama) merujuk kepada
menyerahkan diri kepada pengabdian terhadap Allah s.w.t. Din berkait rapat
dengan ketetapan semulajadi manusia untuk menyerah dan menyembah Allah
s.w.t, yang kemudian membentuk kebiasaan, budaya, dan peraturan yang
59

berasaskan wahyu-Nya. Dalam konteks ini din merujuk kepada keadaan semulajadi
maujud (natural state of being) yang disebut sebagai fitrah. Fitrah adalah corak dan
bentuk setiap kewujudan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Contohnya secara
fitrah biji akan menumbuhkan pokok, bukan haiwan atau galian. Ini kerana fitrahnya
biji itu akan menjadi pokok. Begitu juga dengan fitrah manusia bahkan seluruh
kewujudan semesta ini, ia datang daripada-Nya dan kembali kepada-Nya. Maka
dalam konteks ini din adalah fitrah, iaitu aturan dan baiat pengabdian manusia
kepada penciptanya. Pengabdian ini (sunnat-Allah) membawa kesejahteraan
sebaliknya pengingkaran akan membawa kehuru-haraan. Penyerahan dalam
konteks din Islam ini ialah penyerahan yang bersifat menyeluruh, mutlak, dan abadi
merujuk kepada apa yang disebut sebagai aslama.
Nilai-nilai Islam ini seterusnya membentuk zaman baru yang melahirkan tamaduntamadun Islam-Melayu di alam nusantara ini. Budaya-budaya yang berasaskan
pengaruh Hindu-Buddha dan kemudiannya Islam ini turut melahirkan bentuk-bentuk
persembahan teater-lakon dan muzik-nyanyian yang menjadi budaya masyarakat.
Di samping ia turut melahirkan bentuk budaya baru yang didatangkan dari negerinegeri yang menyebarkan pengaruh agama dan politik tersebut. Sehingga kini
terlihat jelas bahawa nilai-nilai Islam telah menjadi asas kepada nilai sosial
masyarakat Melayu dan seterusnya menjadi kanta besar kepada sudut pandang
Melayu. Dalam ertikata lain Islam adalah etos masyarakat Melayu.
Nilai emosi (pathos) masyarakat Melayu ini pula berkait rapat dengan
sentimen yang dibentuk oleh ruang psikologi mereka. Ruang psikologi ini
melibatkan apa yang disebut sebagai kehadiran lambang-lambang; iaitu
lambang alamiah (natural) dan lambang budaya (cultural). Lambang alamiah
melibatkan bayangan-bayangan dasar yang arkaik. Ia kembali kepada akar-akar
arkaik yang menemukan idea dan bayangan dari arkib-arkib kuno dan masyarakat
primitif. Dalam ertikata lain ia merupakan arkib primer dalam perkembangan
psikologi masyarakat Melayu. Sementara lambang budaya merupakan lambanglambang yang telah digunakan untuk mengungkapkan prinsip-prinsip kesucian
yang digunakan dalam resam, kepercayaan dan agama. Ia lebih merupakan
lambang-lambang sekunder dalam perkembangan psikologi masyarakat Melayu.
Kedua-dua lambang ini melewati satu proses perubahan yang panjang dan menjadi
60

bayangan-bayangan kolektif yang diterima oleh masyarakat Melayu. Satu aspek


menarik yang muncul di sini ialah aspek numinosum (supernatural) atau
aspek yang mempesona. Aspek ini melibatkan unsur ruh, semangat,
alam batin yang berhubung dengan fenomena semulajadi. Aspek ini
berkaitan dengan kewujudan satu titik dalam diri manusia iaitu titik tentang
gambaran Tuhan (imago dei) yang merupakan lambang arkitaip yang paling bernilai
dan terdapat dalam lapisan terdalam ruang psiki manusia. Manusia menghadapi
paradoks-paradoks yang membingungkan, dan titik (kepercayaan/agama) dalam
ruang imago dei itu kemudian bergerak menjadi punca kepada jalan keluar yang
bererti. Kepercayaan atau agama ini merupakan pokok kepada psiki manusia yang
mencari arah dan erti hidup. Ia menyelamatkan manusia daripada jatuh ke dalam
kekosongan kehidupan. Melihat kepada hal ini, nilai-nilai emosi masyarakat Melayu
berhubung rapat dengan alam dan sistem kepercayaan yang diamal serta dihayati
oleh mereka. Kehadiran Islam telah membentuk nilai emosi yang
berasaskan tauhid dan penyerahan mereka kepada Allah s.w.t. Seterusnya
membentuk masyarakat Melayu kukuh dan berakar kejap kepada prinsipprinsip Islam.
Nilai logik (logos) masyarakat Melayu akhirnya berhubungkait dengan sosiopolitik
masyarakat Melayu. Pembentukan organisasi yang berasaskan garisan
patrilineal, iaitu lelaki sebagai ketua keluarga membentuk masyarakat
patriakisme yang berfungsi menjadi pelindung kepada unit-unit
masyarakat, desa dan negeri. Dasar perlindungan ini juga menitik
beratkan perlindungan terhadap wanita. Lantaran kuatnya dasar
perlindungan ini masyarakat Melayu adakalanya dilihat sebagai sebuah
masyarakat matrialineal/ matriakisme (masyarakat Minangkabau dsbnya). Nilai
logik yang berkaitan dengan perkembangan sosiopolitik ini kemudian melahirkan
peraturan dan undang-undang yang dilegitimasikan oleh masyarakat Melayu.
Perkembangan nilai logik dalam masyarakat Melayu melalui zaman yang sangat
panjang. Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha memperkembangkan nilai logik ini
kepada pengukuhan institusi raja, yang mengangkat raja sebagai bayangan dewa.
Ia kemudian diperkukuhkan dengan ciptaan-ciptaan upacara bagi menanamkan
kepercayaan ini kepada masyarakat. Namun kedatangan Islam kemudiannya
menukarkan pandangan atau nilai logik untuk melihat bahawa agama itu harus
61

ditanggapi secara rasional. Maka konseptual yang menyatakan manusia itu sebagai
dewa atau tuhan dimansuhkan. Sebaliknya masyarakat dibimbing untuk
menyedari dan menginsafi kewujudan Allah s.w.t iaitu Tuhan Yang Maha Esa, tidak
beranak dan diberanakkan. Nilai logik masyarakat Melayu mula memasuki
frasa baru; iaitu frasa rasional dan vertikal. Nilai logik yang berhubung
rapat dengan frasa rasional dan vertikal yang berhubungan dengan
prinsip dan pencirian Islam ini akhirnya membina sudut pandang Melayu
yang paling asasi.
Alam budaya Melayu melibatkan hubungan antara kesatuan budaya dan sudut
pandang Melayu ini memperlihatkan tentang wujudnya satu tradisi Melayu yang
panjang dan kukuh mengikut jalur masa yang relatif dengan perubahan semasa. Ia
melibatkan lapisan pra-sejarah, lapisan zaman Hindu-Buddha, dan lapisan tamadun
Islam. Ketiga-tiga lapisan ini mencorakkan alam budaya Melayu yang amat kaya
dan unik. Setiap lapisan yang menindan lapisan terdahulu, turut menyerap serba
seditkit unsur budaya laipsan budaya yang ditindannya melalui penyerapan dan
penyesuaian. Hingga akhirnya lapisan budaya Melayu ini dibalut oleh lapisan Islam
yang memberikan keperibadian yang paling jelas terhadap ertikata dan makna
Melayu tersebut. Melayu mula muncul sebagai konsep ketamadunan
melambangkan suatu bentuk perkumpulan manusia yang lebih tersusun (berilmu,
rasional) serta beragama dengan pegangan kepada Allah Yang Esa. Dari sini
wujudnya pemerintah atau raja, hierarki sosial, negara, kota, undang-undang,
penghidupan dengan segala seginya, kesantunan budaya, ilmu pengetahuan,
penerokaan fizik dan metafizik serta hubungan yang signifikan dan lebih bererti
terhadap vertikaliti Manusia-Alam-Tuhan.
Kesatuan budaya Melayu akhirnya muncul dengan sifat yang sangat universal.
Dalam pada itu sudut pandang Melayu ini berkaitan dengan nilai-nilai sosial, emosi
dan logik yang telah melalui satu evolusi yang panjang dan akhirnya berdiri di atas
landasan prinsip-prinsip Islam. Bagaimanapun prinsip-prinsip Islam ini menyerap
nilai luhur budaya Melayu yang berasaskan adat tradisi dan sifat masyarakat
nusantara yang lebih permisif dan sinkretis. Kesatuan budaya dari sudut pandang
Melayu ini memperlihatkan kerukunan alam yang terangkum di dalamnya
62

hubungan vertikal manusia-alam-Tuhan, dan masa yang sama memperlihatkan


tentang kewujudan sebuah masyarakat awal di dunia.
PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU
(Barat, Hindu, Islam dan lain-lain)
Jurai sejarah yang panjang dalam perkembangan masyarakat Melayu telah
memunculkan kepelbagaian budaya dan akhirnya tergabung untuk membentuk
satu kesatuan budaya Melayu. Kesatuan budaya Melayu ini, sepertimana yang
dikatakan oleh Robert J. Wolf, Barangkali kebudayaan Melayu adalah seperti ini, ia
merupakan sebuah almari yang di dalamnya terkandung pemberian-pemberian
daripada lain-lain kebudayaan, yang tidak tersusun dalam satu-satu susunan
tertentu. Tidak ada hubungan antara barang-barang di atas satu tingkat dengan
yang di atas tingkat yang lain ataupun perkaitan antara barang-barang yang di
atas tingkat yang sama pun. Tetapi kesemua barang-barang itu adalah kepunyaan
seorang inividu. (Mohd. Taib Osman, 1981).
Pengaruh Barat
Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas.
Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain.

Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah


(riba) sebagai asasnya. Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan
faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini
sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan.

Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan


pendapatan akan menjadi milik kerajaan. Ini kelihatan berat sebelah. Oleh
itu, undang- undang buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar
kelihatan lebih saksama.} Seterusnya, sistem Ekonomi Campuran juga
diperkenalkan.

Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis. Ekonomi
masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa
pemerintahan barat yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.} Ini
menyebabkan berlaku jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu, Cina
dan India.
63

Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi. Sistem ini telah berjaya


menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan
Pemerintahan Beraja. Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat
berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka.

Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya


Demokrasi Berparlimen. Malaysia telah mengamalkan Demokrasi
Berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada British. Demokrasi
Berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.

Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran
terbuka. Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang
mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua
dan lain-lain dan sesetangah orang menganggapnya sebagai karut.

Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh


kita; Sistem Pergaulan Bebas. Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf
bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal dan
lain-lain. Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat Islam di
Malaysia.

Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan


antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah,
pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan
anak secara professional (Eliot, 1986). Perkara ini melanda masyarakat timur
termasuk Malaysia secara perlahan-lahan, namun institusi kekeluargaan
masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan berlandaskan Islam.

Dunia mula diperkenalkan dengan aliran- aliran muzik barat yang


melalaikan dalam pelbagai genre antaranya kumpulan-kumpulan artis yang
beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Setiap aliran ini mempunyai
identiti dan imej yang tersendiri. Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara
lain termasuklah Malaysia.

Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke


hari ini. Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang
dibina dengan seni rekabentuk moden. Contohnya, Menara Berkembar
Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan
oleh barat.
64

Hindu/ Budha vs. Islam


Antara unsur luar yang terdapat di dalam masyarakat Melayu ialah seperti Islam,
Hindu dan Budha. Menurut catatan Fa-hsien, penduduk Jawa Barat menyembah
berhala dan menganut agama hindu dari aliran Brahmaisme, Saivaisme dan
Visyanisme. Kira-kira tahun 420 masihi seorang raja dari Kashmir, India bernama
Gunaarman telah mengunjung alam melayu untuk menyebarkan agama Budha.
Seterusnya, sifat agama Hindu yang mudah disesuaikan dengan amalan animisme
terutama dari aspek ritualnya membolehkannya diolah untuk menyusun amalan
animisme baru masyarakat peribumi. Lantaran itu, agama Hindu-Buddha lebih
diterima oleh masyarakat Asia Tenggara ini dari aspek ritualnya dan bukan dari
aspek falsafah keagamaannya.
Sebagai contoh, fungsi pembinaan candi terlihat cengkaman pengaruh peribumi
yang kuat. Candi-candi di sini bukanlah dibina sebagi kuil tempat pemujaan dewadewa seperti di India. Sebaliknya lebih merupakan tempat pertemuan rakyat
dengan roh nenek moyangnya, terutama roh-roh raja. Candi Borobudur misalnya,
secara simbolisnya mencerminkan nilai tertinggi Buddha-Mahayana, namun pada
hakikatnya adalah tempat pemujaan nenek moyang dinasti Sailendra Dan, Islam
mula tersebar di alam Melayu sejak abad ke 13 masihi.
Pengaruh India perlahan-lahan terhakis dengan kehadiran pedagang Arab-Islam
pada abad ke-8 Masehi. Walaupun dikatakan pedagang Arab mula berhubungan
dengan alam nusantara sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi, yang melalui alam
nusantara dalam menjalankan aktiviti perdagangan dengan China. Kedatangan
pedagang Arab ini turut membawa penyebaran agama Islam ke alam Melayu.
Rombongan 100 pedagang arab termasuk Ali ibn Muhammad ibn Jafar al-Sadiq
yang kemudiannya mengahwinkan Meurah Perlak tersebut dengan adik
kandungnya Puteri Makhdum Tanshuri telah melahirkan Sayyid Abd al-Aziz yang
pada tahun 840 Masehi menjadi raja pertama Kerajaan Perlak dengan gelaran
Sultan Maulana Abd al-Aziz Shah (Abd Rahman Hj Abdullah, 1990). Perlak menganut
Islam aliran Syiah. Islam tiba di Pasai sekitar tahun 1297 masihi dan di Terengganu
65

pada 1303 masihi. Dengan kedatangan semua pengaruh asing ini perkembangan
dalam masyarakat telah berlaku, begitu juga dengan kebudayaan melayu.
Perkembangan ini meliputi bidang ekonomi, politik, kepercayaan, adat istiadat,
undang-undang, kesusasteraan dan kesenian. Puncak kegemilangan tamadun Islam
ini ialah pengislaman Melaka pada tahun 1414 yang berada di bawah pemerintahan
Parameswara oleh Sayid Abd Aziz. Parameswara kemudiannya ditukarkan namanya
menjadi Sultan Muhammad Syah. Melaka akhirnya berkembang bukan sahaja
sebagai empayar kelautan Melayu yang mengambilalih peranan kerajaan Hindu
Srivijaya tetapi juga menjadi pusat penyebaran Islam yang unggul di alam Melayu.
a) Politik Apabila pengaruh Hindu Budha mulai memasuki alam melayu, organisasi politik
pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi suatu
kawasan yang kecil kepada sebuah organisasi politik yang besardan menguasai
jajahan yang luas. Sistem pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang Melayu
dan dilaksanakan setelah dilakukan pelbagai penyesuaian. Ketua negara yang
memimpin kerajaan dinamakan raja yaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa
sanskrit.
Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat melayu adalah sebagai
pemimpin kerajaan. Di samping itu raja juga dikatakan berketurunan dewadewa. Konsep dewaraja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan
secara ciptaan tadi dikaitkan dengan dewa-dewi dari kalangan penjelmaan daripada
Shiva, Vishnu atau Brahma, lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak
dapat dipandang mata dari sudut asal usul dan tradisi keturunan nenek moyang
mereka. Ini adalah warisan dari tradisi Melayu-Hindu. Selepas raja Melaka
menganut agama Islam, sistem pemerintahan pun disesuaikan dengan agama
Islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa
perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri Maharaja yang dipakai dalam
kerajaan Srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan seperti raja-raja Islam di
India dan Asia Barat.

66

b) Kepercayaan
Menurut E. B Taylor, kepercayaan kepada makhluk halus dan ruh merupakan asas
kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia
primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk culturals universals yang
wujud di kalangan suku-suku primitif.
Dalam kepercayaan rakyat di nusantara terdapat anggapan bahawa roh
orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh binatang, misalnya suku Nias,
di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai seekor tikus yang
keluar masuk rumah dianggap sebagai roh daripada orang yang telah mati beranak.
Kadang-kadang roh itu memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai binatang
itu akan mengganggu orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya.
Jikalau roh itu baik ia akan menjelma menjadi haiwan yang jinak dan
sekiranya sebaliknya roh itu akan menjelma di dalam tubuh haiwan yang liar. Ini
juga disebut sebagai penjelmaan dewa-dewa sama ada jahat atau baik.
Islam mengubah pandangan dunia orang melayu daripada mempercayai dewadewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada mempercayai Tuhan
Yang Maha Esa; Allah SWT. Al Quran menjadi pegangan hidup dan sumber
rujukan bagi umat Islam sama ada dalam hal-hal dunia dan akhirat.
Segala aturcara sehari-harian adalah bergantung kepada ajaran Islam yang
dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kepercayaan karut yang boleh
merosakkan akidah umat Islam dan memecahbelahkan masyarakat lenyap
beransur-ansur diganti dengan kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Pegangan yang
satu ini telah memulihkan semangat orang Melayu bahawa tiada yang lain yang
perlu ditakuti dan tiada kuasa lain yang lebih kuat melainkan Allah yang Maha
Berkuasa.
c) Adat istiadat
Adat istiadat dalam masyarakat melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke dunia.
Sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar.
Antaranya ialah Adat Melenggang Perut sewaktu ibu mengandung, Mencecah
Garam, menjejak kaki ke bumi dan beberapa acara perkahwinan dan kematian.
Antaranya adat melenggang perut diamalkan di kalangan keluarga diraja dan juga
rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh
67

tok bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan yang mungkin
menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur
ghaib. Di dalam Islam, adat ini tidak wujud sama sekali dan ianya merupakan unsurunsur kurafat dan syirik.
Sebaliknya adat ini diganti dengan Kenduri Aruah dan Bacaan Doa
Selamat untuk si ibu dan anak yang bakal lahir agar segala-galanya selamat. Bagi
upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu
yang mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin
supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.
Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan Mencecapkan air zam-zam atau
kurma. Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum adat itu dilakukan
juga digantikan dengan Pembacaan Ayat Al-Quran seperti surah Al-Fatihah dan
Surah Al-Ikhlas kemudian dibacakan doa-memohon kepada Allah supaya
memberkati hidup bayi tersebut. Dalam adat perkahwinan pasangan yang
berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan Upacara Bersanding sebagai
kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan tersebut akan diletakkan di atas
pelamin tanpa bergerak-gerak.
Penggunaan sirih pinang, tepung tawar, beras kunyit dan berinai
juga merupakan pengaruh hindu. Walaubagaimanapun adat bersanding tidak
berapa digalakkan di dalam Islam kerana ianya boleh membawa fitnah terhadap
pengantin. Walaupun unsur-unsur budaya lama seperti meminang, berinai, dan
bersanding masih dikekalkan oleh sesetengah orang Melayu, namun upacara itu
banyak disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam selagi ianya tidak
bertentangan dengan ajaran Islam.
Pernikahan yang dijalankan itu misalnya dilakukan dengan menuruti hukum
syarak. Sebagaimana yang ditetapkan pengantin lelaki mesti melafazkan
penerimaan nikah daripada wali atau kadi dengan disaksikan oleh 2 orang saksi.
Bagi melengkapkan upacara perkahwinan itu, Kenduri Kesyukuran diadakan
sesuai dengan suruhan Nabi Muhammad s.a.w.
Akhir sekali apabila seseorang itu meninggal dunia warisnya akan
memengadakan kenduri aruah dan bacaan tahlil mengira hari iaitu seperti 7
hari, 40 hari dan 100 hari. Walaubagaimanapun unsur-unsur ini telah kurang
dilakukan mengikut hari kerana Islam tidak menetapkan hari untuk melakukan
perkara-perkara kebaikan sebaliknya ianya terpulang kepada kita untuk melakukan
68

bila-bila masa selagi terdaya.


d) Kesenian
Dalam bidang kesenian pengaruh India dapat dilihat pada binaan dan bangunan
agama. Dalam hal ini pengaruh India jelas kelihatan pada penggunaan batu dan
bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan
dianggap sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi.
Dalam hal ini, istana raja telah dibina di tengah-tengah ibu negeri, dan
lazimnya dibina di kawasan yang lebih tinggi sebagai satu replika pergunungan
kosmik yang dikenali sebagai Mahameru. Gunung Mahameru ini dipercayai
merupakan tempat tinggal atau rumah tuhan yang terletak di tengah-tengah alam
semesta (S.Singaravelu, 1993). Oleh sebab itulah tugu agama yang dibina pada
zaman purba masih dapat dikesan sehingga kini. Pengaruh ini jelas dilihat pada
ukiran seni pahat dinding patung dewa Logam yang berupa arca. Selain itu
terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha. Dari
segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candiatau kuil ialah
makhluk ajaib, binatang, dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana
Gunung Mahameru. Antara motif ukiran yang selalu digunakan ialah seperti
kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai.
Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu
nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam
yang pertama sekali masuk ke nusantara. Contohnya yang pernah ditemui ialah
batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di
Linggir Kedah.
Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang
dipahat daripada ayat Al-Quran; Seni Khat Islam serta ajaran Islam yang
menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di di Pekan
Pahang, tertulis ayat AlQuran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran
ayat 185, surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi corak batu
nisan tersebut, di samping menerima pengaruh asing ia juga memancarkan daya
kreativiti penduduk tempatan. Contohnya batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang
dibawa dari G. Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan
adanya pengaruh Parsi.
69

Selain batu nisan, Masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di
nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14
hingga abad 18 di mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh tradisi ini
dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali
yang disebut Meru. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan
menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus.
Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya.
Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra
Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang,
permandangan dan garis-garis geometri. Di samping itu, terdapat juga
perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid
dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihrab, mimbar,
bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini
juga dipengaruhi oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat
tempatan.
Pengaruh budaya India dalam Seni Persembahan seperti wayang kulit,
ketoprak, kecak, barongan; adat perkahwinan seperti berinai, bersanding;
adat pertabalan raja serta adat dalam mengerjakan pertanian dan
sebagainya. Interaksi dengan pedagang Arab-Islam melahirkan pengaruh
budaya Islam Arab dan Parsi seperti dalam tarian hadrah, rodat, dabus,
dan zapin; dalam seni persembahan seperti marhaban, ghazal, boria,
stambul dan bangsawan (berasal dari wayang Parsi); seni muzik seperti
nobat, gambus, dan rebana; amalan perkahwinan, amalan kehidupan
seperti menyambut aidilfitiri, bercukur, menyambut maulidur rasul dan
sebagainya.
e) Kesusasteraan
Sebelum kedatangan unsur dari luar, masyarakat pribumi sudahpun mempunyai
kesusasteraan yang tersendiri. Sebelum masyarakat tempatan tahu menulis,
melalui cara pertuturan sajalah mereka menyampaikan perasaan atau curahan hati
masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan.
Dari percakapan yang pendek membawa kepada percakapan yang panjang
hingga menggambarkan suatu cerita. Dengan ini timbullah jenis-jenis
70

kesusasteraan mengikut kaedah namanya yang sesuai dengan zaman itu seperti
bidalan, peribahasa, perumpamaan dan perbilangan. Selain itu pantun juga
merupakan sastera yang tertua terdapat pada masyarakat Melayu. Hasil sastera
yang yang dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan pemerhatian masyarakat
terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Kedatangan
unsur luar telah memperkayakan lagi unsur pribumi ini.
Setelah kedatangan pengaruh India, kita dapat lihat bagaimana unsur tempatan
telah diserapi oleh pengaruh ini.
Bahasa Melayu telah mengalami penyerapan besar-besaran bahasa
Sanskrit, dan turut juga membawa susastera India yang besar seperti epik
Ramayana dan Mahabratta dan juga puisi seperti hikayat Seri Rama, Rama
Keling dan sebagainya. Walaupun terdapat pengaruh ini, tetapi jika ditinjau dengan
lebih mendalam ternyata warisan pribumi masih menebal. Menurut Prof. Mohd
Taib Osman, karya-karya sastera daripada warisan Hindu itu masih dipercayai
segala isi ceritanya, meskipun orang Melayu sudah menganut agama Islam selama
beratus-ratus tahun. Antara unsur kepercayaan Hindu daripada epik tersebut yang
mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa dewi yang bersifat
manusia dan tuhan, kejadian luar biasa seperti penjelmaan dalam
pelbagai bentuk serta senjata ghaib dan sakti.
Setelah kedatangan Islam di nusantara, proses penanaman aqidah Islam
melalui cerita atau kisah-kisah melalui dua cara iaitu dengan mengubahsuai
cerita yang sedia tersebar dengan unsur Islam dan mengenengahkan
cerita-cerita baru yang berasal dari tradisi Islam seperti kisah-kisah
tauladan sahabat di zaman nabi-nabi serta kisah nabi.
Kesusasteraan dimulakan dengan Sastera lisan dan Sastera tulisan diikuti
dengan tulisan Arab/ Jawi), dan bermulalah penulisan dan penyalinan kitab-kitab
yang berkaitan dengan agama.
Contohnya seperti kitab-kitab Risalat Dua Kalimah Syahadah, peraturan dan
rukun-rukun sembahyang, peraturan puasa dan sebagainya. Kemudian
dikembangkan pula dengan doa-doa dan kisah-kisah nabi, kitab feqah, tafsir AlQuran, hikayat para nabi, cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan Islam
menyebabkan kesusasteraan masyarakat pribumi makin berkembang dan berdiri di
landasan yang benar. Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak tidak hilang malah
kekal sehingga ke hari ini. Contohnya sehingga ke hari ini khazanah yang begitu
71

bernilai seperti pantun masih lagi kekal dan mutunya masih tidak dapat ditandingi
oleh ciptaan generasi masa kini.
Pengaruh Luar Yang Lain

Pengaruh Portugis dapat dilihat dalam tarian joget dan lagu keroncong.
Termasuk juga di sini ialah pengaruh dalam budaya makanan dan pakaian.

Pengaruh Champa-Thai dalam persembahan Makyong, Menora dan Wayang


Kulit di pantai timur semenanjung. Bahkan unsur utama melahirkan Mak
Yong iaitu semangat padi, berasal dari nama Mak Hiang di utara turut
mempunyai persamaan dengan jalur-jalur budaya di wilayah Melayu yang
lain.

Pengaruh Jawa dalam seni persembahan dan seni muzik seperti gamelan di
Palembang dan juga di Riau. Hubungan antara etnik rumpun Melayu ini saling
berinteraksi untuk membina sebuah kesatuan budaya Melayu nusantara.

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
(Definisi dan konsep, Prinsip, Pelaksanaan, Isu dan Permasalahan,
Kedudukan Terkini, Bentuk budaya pada Masa yang Akan Datang)

Definisi dan Konsep Kebudayaan Kebangsaan


Gaya hidup seperti pengetahuan, kesenian, kelengkapan hidup, system ekonomi
dan kemasyarakatan, bahasa dan adat istiadat yang mencerminkan keperibadian
dan identity bangsa Malaysia dan dapat mempertahankan hubungan baik antara
anggota Masyarakat Malaysia.
Prinsip Kebudayaan Kebangsaan (Rujuk lampiran PDF; Siti Rahmah Hj.
Idris et.al, 1996)
1) Berorientasikan akal fikiran terhadap kenegaraan.
2) Berdasarkan system kemasyarakatan Negara.
3) Kebajikan system ekonomi warganegara.
4) Berasaskan system pendidikan Negara.
72

5) Berasaskan system kepercayaan utama Negara.


6) Kestabilan system politik Negara.
7) Mengutamakan pengucapan seni Negara; bahasa kebangsaan.
8) Mementingkan system etika dan nilai Negara.
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Terdapat tiga prinsip :

1.

Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan

kebudayaan rakyat asal rantau ini - Menurut prinsip ini, kebudayaan


kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau
ini. Rantau membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan
Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang
Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah
yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.
2.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima

menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan - Prinsip ini memberi


pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar
memanglah telah lama diamalkan. Masyarakat pribumi telah banyak menerima
unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam
kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti
asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil
daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan
bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa
Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu. Tempatan.
3.

Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan

kebudayaan kebangsaan itu - Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam


kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya. Ini kerana Islam
merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh
Perlembagaan. Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam.
Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah
menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis. Ia haruslah terlebih
dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam. Selaras dengan
73

kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha untuk menerapkan


nilai-nilai Islam.
Tujuan Kebudayaan Kebangsaan
1.

Perpaduan Negara - Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan

penduduk yang berbilang kaum dan keturunan di negara ini. Masyarakat majmuk
Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt dikongsi bersama. Nilai-nilai
budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan dalam kehidupan
masyarakat.
2.

Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia - Tujuan ini sangat

wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka, masyarakat Malaysia masih belum
mempunyai satu identiti kukuh. Semangat sayangkan bangsa, tanahair dan
sebagainya masih kabur. Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat
dikenalkan di kalangan antarabangsa.
3.

Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang

seimbang dengan pembangunan sosioekonomi dan politik - Jika dua tujuan


di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat. Peningkatan kehidupan
bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan prejudis. Keadaan ini memberi
peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi
dan politik yang seimbang.
Pelaksanaan dan Strategi Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
I.

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah


menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan
budaya;

II.

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha


membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

III.

Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan,


kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

IV.

Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan


74

V.

Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak


lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah
Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaankerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhanpertubuhan kebudayaan.
Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam
pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain
Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan,
pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan kearah kemajuan
kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktivitiaktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai
pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan
Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan
dan kerjasama dengan badan-badanantarabangsa.
Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badanbadan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar
ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan
pihak swasta dan pertubuhan- pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana
badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan
kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya
membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.
Pencapaian dan Kedudukan Terkini.
Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat dasar ini. Secara
umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kejayaan
yang boleh dibanggakan.Perlu diingat bahawa di dalam pembentukan dan
pewujudan satu Kebudayaan Kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya
menambil masa yang lama, melangkaui satu generasi kesatu generasi yang lain.
Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya
(iaitu sejak penerimaan prinsip asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
padatahun 1971) namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum
75

dan nilai murni Islam telahpun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa


pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan sejak kebelakangan ini. Identiti
kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia juga didapati di dalam
perayaan- perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan
dan perayaan sama ada di peringkat rasmi atau tidak rasmi.
Secara ringkas bolehlah dikatakan identiti negara Malaysia telah dapat
diwujudkan secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, ada kalangan yang
mempersoalkan sejauh mana unsur-unsur kebudayaan lain telah diterapkan dalam
proses penwujudan Kebudayaan Kebangsaan itu. Sebenarnya persoalan ini tidak
harus ditimbulkan. Misalnya, Kerajaan Malaysia menyediakan pendidikan asas
percuma selama 6 tahun yang melibatkan sekolah-sekolah, guru-guru dan bukubuku dalam bahasa Tionghua dan Tamil.
Di peringkat menengah pula, Kerajaan dikehendaki oleh undang-undang untuk
menyediakan guru bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibu-bapa kepada 15 atau lebih
orang pelajar Cina dan India meminta kelas-kelas bahasa ibunda. Di peringkat
pengajian tinggi pula kerajaan telah lama menubuhkan jabatan-jabatan
pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya. Program-program dalam
bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen
Malaysia. Tidak ketinggalan juga Tahun Baru Cina, Deepavali, hari Wesak dan
Krismas telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am. Namun demikian
ukuran secara terperinci terhadap pencapaian dan kekesanan pelaksanaan dasar ini
adalah sukar dibuat memandangkan bahawa pembentukan sesuatu budaya negara
bukanlah dapat diusahakan dalam satu atau dua dekad.
Isu dan Permasalahan
a) Pembinaan Budaya Kebangsaan - Pembinaan budaya kebangsaan amat
penting diberikan perhatian dan tumpuan. Budaya kebangsaan itu bukan sahaja
menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia, malahan juga penting dalam
memupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini. Melalui budaya
kebangsaan itu membolehkan anggota-anggota masyarakat mengenali sejarah dan
membina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara.
Kesedaran tentang pentingnya budaya kebangsaan itu adalah sebahagian
daripada kekuatan semangat kebangsaan Melayu yang dipupuk sejak zaman
pemerintahan kolonial lagi. Pemerintah kolonial tidak memberikan perhatian
76

tentang bahasa dan budaya Melayu, sebaliknya bahasa dan budaya kolonial
didapati semakin penting yang membawa nilai-nilai sosial dan ekonomi. Perjuangan
orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan adalah tidak dapat dipisahkan
daripada kepentingan persoalan bahasa dan budaya.
Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan, dan usaha
perancangan serta perlaksanaan dimulakan pada tahun 1970. Kerajaan menyedari
pentingnya pembinaan budaya kebangsaan, terutama kesan daripada peristiwa 13
Mei 1969. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan waktu itu ditubuhkan bagi
menumpukan perancangan dan perlaksanaan budaya kebangsaan itu, terutama
pemuliharaan dan penggalakan budaya rakyat.
Salah satu usaha yang dilakukan ialah mengenali dan menggalakkan
perkembangan di peringkat nasional berbagai-bagai unsur budaya tradisional
pribumi Malaysia.
Dalam pemuliharaan dan penggalakan tradisi rakyat itu, berbagai bantuan
diberikan. Malahan ada usaha mendorongkan generasi muda terlibat dalam
kegiatan-kegiatan tradisi budaya rakyat itu. Berbagai pihak, terutama pencintapencinta seni rakyat berusaha mengembangkan dan menyebarkan ke peringkat
nasional. Terdapat institusi-institusi pendidikan yang turut menggalakkan
perkembangan seni dan mainan tradisonal. Selain itu, penyelidikan, seminar dan
bengkel tentang berbagai warisan tradisi rakyat itu sentiasa diberikan perhatian
oleh berbagai-bagai pihak.
Kesan daripada berbagai usaha yang telah dilakukan itu, minat generasi muda
terhadap budaya rakyat itu tidak juga meningkat. Sebagaimana telah
dinyatakan bahan-bahan budaya popular sentiasa dapat menarik minat ramai.
Sebagai contoh, walaupun persembahan budaya rakyat itu ditawarkan secara
percuma di bandar-bandar, masih tidak dapat menarik penonton. Tetapi mereka
sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menonton persembahan popular.
Generasi muda tidak diberikan pendedahan seluasnya kepada tradisi
budaya itu, yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan memahami
unsur-unsur budaya tradisi. Apabila mereka tidak mengenalinya maka mereka
tidak mencintainya. Sedangkan tradisi sangat penting untuk memberikan peluang
77

generasi muda mengenali sejarah, tradisi dan budaya sendiri. Dengan itu akan
dapat memupuk nilai-nilai sosial cintakan bangsa dan tanahair. Seterusnya dapat
membina ikatan emosi yang mendalam untuk mempertahankan warisan tradisi, dan
jatidiri bangsa dan negara.
Generasi muda patut dipupuk dengan nilai-nilai positif, iaitu memandang tinggi dan
berbangga dengan warisan tradisi. Kedudukan warisan tradisi tidak boleh
disamakan dengan bahan-bahan budaya popular. Bahan-bahan budaya popular
sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain untuk mengisi keperluan yang lebih
tinggi.
Apabila nilai-nilai sosial yang berbeza diberikan kepada kedua-dua fenomena itu,
maka budaya popular itu tidak dapat dianggap sebagai persaingan kepada warisan
tradisi atau budaya rakyat itu.
Kedudukan budaya tradisi atau budaya rakyat yang ingin
diperkembangkan dalam rancangan pembinaan budaya kebangsaan tidak
menunjukkan kemajuan sebagaimana yang diharapkan. Oleh itu kerajaan
telah mengubah strategi bagi menggalakkan pertumbuhan budaya kebangsaan,
iaitu Kementerian yang berkenaan telah digabungkan dengan industri pelancongan,
yang kini dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan.
Memahami masalah yang dihadapi dalam usaha membangunkan berbagai-bagai
unsur seni tradisional adalah berkaitan dengan masalah ekonomi. Mereka yang
terlibat dalam kegiatan seni tradisional tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian kepada kegiatan yang berkaitan memandangkan kegiatan itu tidak
memberikan pulangan ekonomi sewajarnya. Mereka terpaksa bergiat dalam
lapangan berkaitan secara sambilan semata-mata berasaskan kepada minat.
Dari sudut ekonomi, perlibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian
tradisional atau budaya rakyat tidak memberikan pendapatan sewajarnya.
Ini tidak dapat menarik minat generasi muda untuk melibatkan diri.
Ganjaran ekonomi dipercayai boleh menarik dan mendorong generasi
muda untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan
budaya. Pelancongan diharapkan dapat memberikan suntikan ekonomi kepada
kegiatan budaya itu. Budaya pelancongan kini merupakan sebahagian fenomena
78

budaya popular. Penawaran bahan-bahan budaya kepada para pelancong itu


dipercayai dapat menghidupkan kegiatan atau industri budaya yang berkaitan
dengan budaya tradisi atau budaya rakyat terutama dalam bidang kesenian. Usaha
meningkatkan industri pelancongan itu, berasaskan pengalaman negara-negara lain
didapati mampu meningkatkan kegiatan yang berkaitan dengan tradisi budaya atau
warisan budaya rakyat tempatan.
Berasaskan pengalaman industri pelancongan di Malaysia, didapati industri yang
berkaitan dengan kraftangan dapat berkembang dengan baik. Malahan, terdapat
badan-badan swasta dan agensi-agensi kerajaan yang menggalakkan peningkatan
industri kraftangan tradisional bumiputera di negara ini. Tetapi dalam bidang seni
persembahan dan mainan tradisional tidak mengalami pertumbuhan sebagaimana
yang dijangkakan. Terdapat usaha komersial yang dilakukan secara kecil-kecilan
tetapi setakat ini tidak membuktikan kejayaan yang baik.
Perkembangan warisan budaya tradisi atau tradisi rakyat bagi tujuan
industri pelancongan itu terdapat pula kelemahannya. Unsur-unsur
budaya yang ditawarkan itu, berasaskan kepentingan komersial selalunya
disesuaikan dengan citarasa budaya para pelancong. Atas kepentingan itu
didapati pihak pengusaha kurang memberikan tumpuan untuk mempertahankan
mutu seni sebagaimana dalam bentuk asalnya. Dalam seni persembahan sebagai
contoh, persembahan untuk pelancong yang tidak memahami konteks tradisi
budaya tempatan, dilakukan semata-mata untuk pelancong, tetapi tidak
dipersembahkan dalam suasana sebenar sebagaimana yang menjadi amalan dalam
budaya itu.
b) Budaya Popular vs. Budaya Kebangsaan
Dalam hasrat membina budaya kebangsaan itu, ruang lingkup budaya yang diliputi
itu sepatutnya tidak terbatas kepada warisan budaya tradisional atau budaya
rakyat. Budaya itu dinamiks. Budaya Melayu juga adalah dinamiks, yang sentiasa
berubah menyesuaikan dengan perubahan yang dilalui masyarakat. Perkembangan
budaya terkini itu kemudian akan menjadi tradisi. Proses penciptaan dan
penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian daripada proses
79

perubahan masyarakat dan budaya Melayu. Dengan itu juga dapat


memperkukuhkan kedudukan budaya Melayu. Masyarakat dan budaya akan terus
dinamiks, iaitu perubahan perlu dilakukan bagi menjamin peningkatan peradaban
Melayu itu.
Dalam konteks ini penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian
daripada kemajuan budaya yang dicapai masyarakat Melayu. Dalam konteks ini
budaya kebangsaan itu perlu dibina atas warisan budaya tradisi dan pembangunan
budaya moden, iaitu budaya popular. Oleh itu dalam penghasilan bahan-bahan
budaya popular itu juga perlu mempertahankan mutu yang sewajarnya. Bahanbahan budaya popular itu juga tidak dapat dinafikan masih mempunyai mutu dan
nilai-nilai seni yang akan menjadi warisan budaya Melayu. Penghasilan budaya
popular itu juga melalui proses kreativiti sewajarnya, yang dengan sendirinya
menyatakan pembangunan budaya Melayu, dan seterusnya memainkan peranan
sebagai sumbangan peningkatan peradaban Melayu.
Budaya rakyat kini semakin lemah kedudukannya berikutan minat atau tumpuan
orang ramai didapati semakin berkurang. Peranan atau fungsi sesuatu fenomena itu
tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan sesuatu tradisi budaya. Berikutan
dengan perubahan sosial, ekonomi dan pendidikan, didapati kepentingan terhadap
budaya rakyat semakin kurang mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat
Melayu moden hari ini. Walaupun terdapat usaha untuk menghidupkan tradisi
rakyat pada peringkat kampung terutama di kalangan golongan tua, tetapi
sambutan daripada orang-orang muda tidak menggalakkan.
Mereka yang masih meneruskan perlibatan dalam tradisi rakyat semata-mata
berasaskan kepada minat, bukannya sebagai suatu yang dilakukan secara sungguhsungguh. Masalah yang dihadapi di kalangan penduduk kampung ialah tekanan
ekonomi yang tidak memungkinkan mereka menumpukan perhatian terhadap
minat mereka itu. Sambutan orang ramai yang dingin terhadap tradisi budaya itu
tidak memberi peluang mereka untuk menambahkan pulangan ekonomi dengan
menumpukan kepada bidang yang diminati. Penumpuan dalam kegiatan-kegiatan
ekonomi yang lain lebih penting, terutama bagi memperbaiki kehidupan mereka.
80

Dengan pesatnya penawaran berbagai-bagai bahan budaya popular Melayu moden,


boleh dianggap mempengaruhi kedudukan tradisi rakyat yang tidak lagi
berkembang dan menjadi popular. Bahan-bahan budaya popular yang dianggap
lebih moden mempengaruhi keseluruhan kehidupan orang ramai. Citarasa budaya
orang ramai telah berubah, terutama berikutan dengan proses modenisasi dan
urbanisasi yang semakin pesat. Setiap orang tidak mahu ketinggalan dalam
menghadapi atau mengalami gaya hidup moden kini. Sesuatu yang baru dan
moden itu mudah didapati dan sesuai dengan perubahan citarasa budaya orang
ramai.
Berbagai-bagai usaha pernah dilakukan oleh mereka yang ingin mengekalkan
tradisi bagi menghidupkan budaya rakyat Melayu untuk menyesuaikan dengan
keperluan mengisi inspirasi budaya nasional. Tetapi jelas didapati, dorongan dan
galakan yang dilakukan tidak membawa banyak kesan, terutama di kalangan
orang-orang muda. Golongan muda tidak menunjukkan minat yang mendalam
terhadap unsur-unsur budaya rakyat tradisi. Proses modenisasi dan urbanisasi
membawa kesan-kesan langsung kepada kedudukan warisan budaya rakyat, yang
semakin kepinggiran.

c) Pelancongan Sebagai Industri Budaya


Memandangkan masalah yang dihadapi dalam pengembangan budaya rakyat
tempatan, kerajaan telah mengubah strategi untuk menjadikan warisan budaya
rakyat sebagai bahan budaya yang boleh menarik perhatian pelancong, terutama
pelancong luar negeri. Pelancong-pelancong luar negeri dapat menghayati warisan
budaya rakyat kerana itu dianggap kelainan dari budaya mereka. Dengan itu
diharapkan penghasilan warisan budaya rakyat akan mendapat perhatian ramai
apabila para pelancong mulai menunjukkan minat terhadapnya. Bagi mereka yang
terlibat dalam kegiatan itu akan sanggup memberi tumpuan apabila permintaannya
semakin baik.
Budaya rakyat sebagai budaya warisan orang Melayu dapat disebarkan atau
dihidupkan semula apabila tumpuannya ialah untuk industri pelancongan. Ini
81

merupakan suatu perkembangan baru bagi penduduk di negara ini dalam


perancangan untuk mengembalikan kedudukan budaya tradisi. Penawaran budaya
rakyat kepada pelancong telah dilakukan dengan jayanya oleh sesetengah negara,
seperti di Indonesia dan Thailand.
Para pelancong melihat penghasilan seni tempatan itu sebagai suatu yang berbeza
daripada seni moden, iaitu mempunyai nilai-nilai seninya tersendiri. Penawaran
unsur-unsur budaya rakyat tempatan dapat menarik perhatian para pelancong yang
bertujuan untuk mencari dan mengalami sesuatu yang baru dan berlainan daripada
budaya mereka. Atas kesedaran ini penduduk tempatan berusaha menimbulkan
atau menghidupkan tradisi budaya mereka untuk dihayati oleh para pelancong.
Kerajaan Malaysia menyedari akan pentingnya industri pelancongan itu sebagai
sumber ekonomi negara. Di samping dapat meningkatkan kegiatan ekonomi,
industri pelancongan ini juga dapat mendorongkan penduduk tempatan terus
menumpukan kepada kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan budaya tradisi.
Dalam keadaan ini, kerajaan dapat melahirkan dua kepentingan dengan
mempergiatkan industri pelancongan ini, iaitu di samping sebagai kegiatan
ekonomi, negara juga dapat terus menonjolkan budaya tradisi sebagai usaha
melambangkan identiti negara atau dengan kata-kata lain dapat terus
mengembangkan identiti negara dalam konteks budaya kebangsaan. Bagi
mencapai tujuan itu kerajaan telah menggabungkan kegiatan kebudayaan dan
pelancongan di bawah satu Kementerian.
Perancangan seperti itu dikatakan lebih pragmatik dan dapat terus mendorongkan
perkembangan budaya tradisi memandangkan tradisi itu dapat memberikan
sumbangan ekonomi yang baik. Bagi mengharapkan budaya tradisi berkembang
secara sendirian sudah pasti tidak mampu berlaku sebagaimana masa lalu. Sesuatu
itu dapat bergerak dan berkembang dengan baik dalam masyarakat kini apabila
terdapat dorongan ekonomi.
Industri pelancongan dapat memberikan perhatian kepada warisan budaya rakyat
tradisi yang masih kedapatan di negara ini sebagai bahan promosi untuk menarik
para pelancong, terutama pelancong-pelancong luar negeri. Kumpulan-kumpulan
82

kesenian selalu dihantar ke luar negeri dengan tujuan menjual Malaysia kepada
orang-orang luar. Saluran ini dikatakan amat berkesan untuk menarik perhatian
orang luar untuk datang melancong ke negara ini. Selain itu, keindahan alam
sekitar dan cara hidup tradisi orang Melayu di peringkat kampung juga selalu
dikatakan dapat menarik pelancong-pelancong asing.
Kerajaan dan agensi-agensi pelancongan menyediakan berbagai-bagai rancangan
dalam usaha memperkenalkan para pelancong luar negeri kepada budaya rakyat
tradisi penduduk tempatan. Misalnya, pusat-pusat yang menumpukan kepada
kegiatan kerajinan tangan ditubuhkan. Galakan diberikan kepada tukang-tukang
atau artis-artis tradisi untuk menumpukan kegiatan seni itu secara komersial.
Pendedahan yang meluas unsur-unsur budaya tradisional yang ditujukan kepada
para pelancong itu juga dapat menarik perhatian pelancong-pelancong tempatan.
Dengan pendedahan itu, penduduk tempatan dapat memahami dan menghayati
bahan-bahan budaya, dan dengan ini penawarannya semakin bertambah di
pasaran. Orang ramai juga dengan sendirinya menyedari kepentingan unsur-unsur
budaya tradisi. Penghasilan budaya rakyat yang berkembang bagi kepentingan para
pelancong itu menghadapi proses penyesuaian yang dilakukan bagi kepentingan
pasaran.
Peranan atau fungsi tradisinya mungkin tidak dapat dipertahankan lagi. Budaya
rakyat itu kini diletakkan dalam rangka kepentingan atau fungsi baru, iaitu untuk
dihayati, bukannya lagi berperanan dalam konteks kaitannya dengan fungsi guna
dalam masyarakat Melayu masa lalu. Penghasilannya kini sebagai bahan dagangan,
bukannya untuk penggunaan sebagaimana kedudukannya dalam masyarakat
Melayu tradisi. Unsur-unsur budaya itu dijadikan komoditi dagangan sebagaimana
bahan-bahan budaya popular moden dan bagi kepentingan ini persaingan di
kalangan pengusaha-pengusaha mendorongkan mereka melakukan penyesuaian
bagi mendapat pasaran yang baik.
Dalam keadaan demikian didapati para pengguna memainkan peranan penting
dalam menentukan permintaan. Pengusaha, seperti tukang dan artis berusaha
memahami citarasa pelancong dalam menyesuaikan penghasilan keluaran mereka.
83

Walau bagaimanapun, pengekalan unsur-unsur tradisi, terutama dari segi


bentuknya perlu dilakukan bagi menentukan keaslian budaya rakyat yang
berkembang secara komersial itu.
Persembahan kesenian seperti dikir barat, rebana, wayang kulit, kuda kepang dan
berbagai-bagai jenis tarian tradisi yang dipersembahkan untuk pelancong
diringkaskan untuk jangka masa yang lebih pendek agar tidak menjemukan
penonton. Sedangkan persembahan asalnya memakan masa yang lama, tetapi para
penonton dalam konteks masyarakat itu dapat menghayati dan memahaminya.
Persembahan kepada pelancong terpaksa mereka memilih bahagian-bahagian yang
menarik bagi menarik perhatian penonton. Misalnya, dengan mengurangkan babakbabak dailog dan melebihkan bahagian perlakuan.
Perkembangan budaya pelancongan ini adakala membawa kesan-kesan buruk
kepada kedudukan warisan budaya rakyat tradisi itu. Pihak pengusaha selalu
menimbangkan kepentingan ekonomi tanpa meneliti kesan-kesan jangka
panjangnya. Pengusaha selalu mengubah dan menyesuaikan sesuatu
unsur budaya tradisi itu mengikut kemahuan mereka sehingga tidak ada
lagi keasliannya dalam unsur itu. Sebagai contoh, dapat kita perhatikan
tarian-tarian Melayu asli telah banyak disesuaikan dengan kehendakkehendak moden dan dilakukan perubahan secara sewenang-wenang
sehingga tidak wujud sifat-sifat aslinya. Keadaan ini boleh melenyapkan
keaslian sesuatu unsur itu dan diganti dengan sesuatu yang baru. Generasi akan
datang menghadapi masalah untuk mengesan dan memahami unsur-unsur budaya
asli yang boleh menyatakan identiti masyarakat dan budaya Melayu.
Unsur-unsur budaya kebendaan hasil kerajinan tangan Melayu disesuaikan
dengan kehendak-kehendak pelancong. Bahan-bahan budaya itu
disesuaikan dari segi saiznya, misalnya dijadikan lebih kecil bagi
memudahkan para pelancong membawa pulang. Fungsi asalnya secara
umum berubah kepada fungsi perhiasan.
Oleh itu penekanan diberikan kepada keindahan, misalnya dari segi ukiran dan
kehalusan buatannya, yang bertujuan untuk dapat menarik perhatian pelancong,
terutama pelancong luar negeri. Sebagai contoh, layang-layang yang dihasilkan
84

oleh orang Melayu ialah untuk dinaikkan, tetapi dijadikan saiznya lebih kecil untuk
perhiasan. Oleh itu ukiran dan warnanya menjadi perhatian tukang-tukang untuk
mengisi keperluan itu. Bagi mengisi keperluan budaya pelancong, artis-artis yang
berkebolehan bagi mencipta dan menghasilkan sesuatu dengan cara lebih kreatif
perlu diberikan perhatian.
Fungsi asasnya telah berubah kepada hasil untuk dagangan kepada para
pelancong. Pelancong tidak memahami kedudukan sesuatu hasil budaya itu yang
telah dibawa keluar daripada konteks masyarakat. Mereka tidak penting kepada
makna dan pengertian asalnya tetapi memerlukan keindahan sesuatu penghasilan
budaya, sebagai sesuatu yang dianggap eksotik. Pelancong berusaha memahami
sesuatu fenomena budaya itu secara ringkas dan mudah. Mereka menonton atau
meneliti sesuatu itu secara sepintas lalu dan kemudian akan melupainya. Kesannya
tidak mendalam. Tujuannya untuk menarik perhatian pelancong secara luaran dan
secara cepat yang dapat. Misalnya, dalam penghasilan barangan, unsur-unsur
tradisi, seperti motif atau ukirannya berubah kepada unsur-unsur moden.
Dengan ini bermakna nilai-nilai tradisi semakin dilupai dan adakala pula
dimasukkan unsur-unsur asing. Suasana demikian tidak dapat membina dan
mengekalkan keaslian tradisi budaya Melayu. Dengan pesatnya berlaku keadaan
demikian, suatu hari nanti orang Melayu terutama generasi muda tidak dapat
mengenali unsur-unsur budaya tradisi yang dapat menyatakan keaslian Melayu
untuk dibanggakan. Dalam perkembangan budaya pelancongan itu, orang-orang
yang berkebolehan dan ahli dalam bidang-bidang berkaitan patut dapat terus
mengekalkan nilai-nilai tradisi bagi kepentingan bersama.
d) Proses Globalisasi dan Budaya Popular Melayu
Perkembangan ekonomi global atau proses globalisasi dalam ekonomi membawa
kesan yang ketara dalam perubahan dan pembangunan budaya. Dalam
perkembangan ekonomi global itu sebenarnya memperkukukan kedudukan
ekonomi negara maju. Penyebaran pasaran yang tidak mempunyai batasan
memberikan kekuatan kedudukan dan kuasa ekonomi negara-negara maju,
khususnya barat. Sebelum runtuhnya sekatan atau blok ekonomi yang berasaskan
85

kepentingan politik, negara-negara maju itu telah pun menguasai ekonomi di


peringkat internasional. Kekuasaan ekonomi itu boleh dikesan sebagai
persambungan pembangunan ekonomi kolonial dahulu lagi.
Perkembangan ekonomi global itu turut memperluaskan penyebaran pasaran
bahan-bahan budaya, terutama atas kepentingan komersial. Bahan-bahan budaya
popular yang dibawa dari negara-negara maju itu, terutama barat sentiasa
dianggap mempunyai nilai-nilai sosial yang tinggi, iaitu dianggap moden dan maju.
Malahan bahan-bahan budaya popular yang dibawa dari barat sentiasa menarik
perhatian golongan muda mudi di negara ini. Anggapan seperti itu bukanlah suatu
nilai-nilai sosial yang baru, nilai-nilai demikian telah dipupuk sejak zaman
pemerintahan kolonial dahulu lagi. Kemodenan dan kemajuan itu selalu dirujuk
kepada pencapaian peradaban barat.
Golongan muda merupakan majoriti penduduk negara ini. Oleh itu, penyebaran
bahan-bahan budaya di kalangan muda mudi itu dapat pula berkembang sebagai
budaya popular. Pengaruh budaya barat itu tidak terbatas di kalangan golongan
muda sahaja. Malahan gaya hidup barat juga telah meresap di kalangan golongan
elit bangsawan tempatan sejak lama dahulu lagi. Mereka mempertahankan bahawa
kemajuan dan kemodenan yang dibawa oleh barat itu mempunyai kedudukan sosial
yang tinggi dan patut diikuti. Bahan-bahan budaya dari barat itu telah diterima
dengan meluas sebagai lambang sosial. Suasana demikian mempengaruhi
golongan muda dan fenomena ini tidak boleh dianggap sesuatu yang baru.
yang tidak sesuai dengan nilai-nilai sosial tempatan.
Antaranya sebagai contoh terdapat gaya hidup penyanyi dan pemain muzik barat
yang mempengaruhi kumpulan muda mudi tempatan, dan perlakuan itu adakala
bercanggah dengan nilai-nilai tempatan. Apabila keadaan itu berlaku, maka
golongan dewasa menentang perlakuan demikian. Sedangkan golongan muda mudi
itu didedahkan dengan perkembangan budaya popular barat yang keterlaluan
sifatnya. Tetapi golongan dewasa adalah bertanggungjawab dalam menyebarkan
bahan-bahan budaya secara meluas itu atas kepentingan komersial.

86

Penyebaran bahan-bahan budaya barat itu membawa dan menyalurkan


bersamanya nilai-nilai sosial berasaskan budaya barat. Selalunya melalui bahanbahan yang disebarkan itu terdapat nilai-nilai yang baik dan patut menjadi ikutan
orang Melayu, terutama golongan muda. Tetapi kerapkali nilai-nilai yang baik itu
diketepikan, sebaliknya nilai-nilai yang tidak baik mudah mempengaruhi perlakuan
golongan muda mudi Melayu. Orang ramai selalu beranggapan, bahan-bahan
budaya popular yang dibawa dari barat itu membawa kesan-kesan buruk kepada
masyarakat tempatan, terutama golongan muda. Misalnya, budaya barat itu selalu
dikatakan budaya kuning, dan dianggap tidak sesuai dengan kehidupan orang
Melayu.
Pencemaran bahasa yang tidak terkawal, penamaan dan perancangan tamantaman perumahan, perbandaran, seni bina yang tidak sepenuhnya mencerminkan
identiti Malaysia, dan ini diburukkan lagi dengan kemasukan unsur-unsur seni
dan muzik luar yang tidak ada kaitan langsung dengan seni budaya asal
rantau ini.
Tetapi aspek kebaikan, terutama nilai-nilai sosial yang patut menjadi teladan,
seperti pembinaan hubungan sosial, kekeluargaan, budaya ilmu, menjaga
kebersihan dan sebagainya kurang mendapat perhatian. Sedangkan budaya
popular yang dibawa dari barat itu terdapat banyak nilai-nilai sosial yang patut
diikuti. Perkara yang menjadi perhatian ialah berkaitan dengan nilai-nilai buruk
yang dianggap boleh membawa kesan-kesan buruk kepada generasi muda.
Penyebaran bahan-bahan budaya popular moden kini membawa perubahan besar
kepada kehidupan orang Melayu. Bahan-bahan budaya popular dapat dianggap
sebagai saluran penting kepada orang ramai untuk mengisi keperluan yang lebih
tinggi seperti hiburan, melayan perasaan, kepuasan individu, dan mengisi masa
lapang. Dengan itu dapat mengurangkan tekanan hidup kepada anggota-anggota
masyarakat. Orang ramai, sebagai pengguna bahan-bahan budaya popular boleh
membuat pilihan daripada berbagai jenis bahan budaya di pasaran mengikut
kemampuan dan keperluan masing-masing. Penawaran bahan-bahan budaya itu
dalam berbagai jenis dan bentuk yang dilakukan secara komersial, mampu dibeli
untuk penggunaan orang ramai. Perbelanjaan terhadap bahan-bahan budaya
87

popular merupakan sebahagian daripada keperluan kepenggunaan orang ramai


yang itu menjadi sebahagian daripada keperluan harian setiap orang.
Bahan-bahan budaya popular itu dihasilkan oleh kegiatan industri budaya.
Perkembangan industri itu sebagaimana industri lain mempunyai pengurusan yang
berusaha memasarkan keluaran mereka kepada ramai. Sebagai industri, maka
usaha promosi, misalnya dengan iklan, pameran, demostrasi dan sebagainya
dilakukan bagi menarik pengguna atau audien. Kejayaan sesuatu industri budaya
itu sangat bergantung kepada sambutan yang diberikan oleh para pengguna.
Sedangkan pengguna itu mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan sendiri.
Walau bagaimanapun, melalui promosi yang meluas kerapkali dapat mempengaruhi
nilai-nilai sosial. Perkembangan industri budaya popular itu memberikan
sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Di samping itu industri itu juga
dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka yang berkebolehan
dan berminat. Malahan, industri budaya ini turut memainkan peranan penting
dalam pembangunan negara, misalnya dalam membawa perubahan nilai-nilai sosial
dan world-view.
Pesatnya pembangunan yang dilalui penduduk luar bandar, turut memberikan
peluang meningkatnya penyebaran budaya popular sehingga ke kawasan-kawasan
pendalaman, dan melaluinya dapat menyalurkan proses urbanisasi dan modenisasi
dengan lebih berkesan. Misalnya, dengan pendedahan yang disalurkan melalui
televisyen dapat membuka minda dan mencabar pemikiran anggota-anggota
masyarakat untuk memperbaiki kehidupan mereka. Nilai-nilai yang dipupuk itu
dapat mendorongkan mereka untuk mengubah sikap, misalnya dengan bekerja
lebih kuat, yang dapat meningkatkan produktiviti.
Budaya popular sekian lama telah memainkan peranan dalam mengurangkan
kedudukan jurang sosial di kalangan anggota-anggota masyarakat. Ini dapat
dikaitkan dengan peranan media massa yang menawarkan bahan-bahan budaya
popular kepada semua peringkat anggota masyarakat tanpa mengira kedudukan
kelompok-kelompok sosial. Semua anggota masyarakat menghayati bahan budaya
88

yang sama atau standard yang disalurkan oleh media popular itu. Dengan itu dapat
membina dan memupuk nilai-nilai sosial yang lebih kurang sama.
Industri budaya popular di negara ini telah bermula sejak pemerintahan kolonial,
apabila berkembangnya ekonomi kapitalis dan teknologi moden. Tetapi pemilikan
modal dan teknologi moden itu, seperti filem dan piring hitam dikuasai orang bukan
Melayu. Orang Melayu yang terlibat hanya mampu memberikan sumbangan tenaga
dengan ganjaran upah atau gaji. Oleh itu, industri budaya popular Melayu yang
pesat berkembang di bandar-bandar besar di negara ini adakala merupakan
kegiatan komersial orang bukan Melayu.
Pada peringkat awal, orang Melayu boleh dikatakan terlibat dalam indsutri
Bangsawan. Apabila industri budaya memerlukan modal yang besar dan teknologi
moden, maka orang Melayu tidak mampu untuk turut serta dalam membina industri
demikian. Malahan pembangunan industri itu memerlukan kepakaran dan
pendidikan, terutama dalam usaha pengurusan industri itu. Pembinaan industri
budaya sebagaimana juga industri yang lain memerlukan susunan strategi
pengurusan yang berkesan.
Walaupun kepentingan utamanya ialah untuk mendapatkan keuntungan, tetapi
pengusaha industri itu juga mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial.
Dalam perjalanan sesebuah industri budaya itu, melibatkan pengumpulan modal
dan tenaga pekerja. Dalam sistem kapitalis, kegiatan yang berkaitan itu berusaha
memaksimum keuntungan. Atas kepentingan ini, pengusaha industri itu berusaha
menawarkan sesuatu bahan budaya yang dapat menarik perhatian orang ramai.
Bahan-bahan budaya yang baru atau dianggap moden itu kerapkali dapat menarik
perhatian orang ramai. Oleh itu, pengusaha sentiasa peka kepada perubahan selera
orang ramai. Penwaran bahan-bahan budaya di pasaran sentiasa berubah
menyesuaikan dengan kehendak dan kepentingan orang ramai dari masa ke masa.
Adakala pengusaha industri budaya popular itu menggunakan strategi
mengeksploit keinginan semula jadi manusia bagi menarik minat ramai, terutama
golongan muda. Aspek-aspek yang boleh menimbulkan rangsangan keinginan
manusia itu seperti seks dan keganasan sebagaimana yang selalu dipaparkan
89

dalam filem selalu diberikan perhatian oleh pengusaha. Filem-filem yang


dikeluarkan di barat misalnya, selalu membawa adegan-adegan yang sensasi bagi
menarik minat khalayak.
Namun, tumpuan yang diberikan itu kerapkali agak keterlaluan, dan tidak sesuai
dengan nilai-nilai sosial tempatan. Oleh itu, kerajaan telah menetapkan syarat dan
peraturan dalam mengawal bahan-bahan budaya yang boleh menimbulkan
percanggahan dengan nilai-nilai sosial tempatan. Misalnya, badan penapis filem
diberikan kuasa dalam menentukan kesesuaian bahan-bahan budaya yang dibawa
dari luar itu. Ini dilakukan bagi mengawal moral dan akhlak penduduk tempatan,
terutama orang Melayu yang beragama Islam. Kini, penyebaran bahan-bahan
budaya semakin meluas, melalui perkembangan teknologi moden yang boleh
membawa kesukaran dalam melakukan kawalan terhadap bahan-bahan budaya itu.
Pembangunan teknologi moden yang sangat pesat kini memainkan peranan penting
dalam membawa proses globalisasi bahan-bahan budaya popular. Dengan
perkembangan media elektronik dan penyebaran yang dapat dilakukan melalui
satalite membolehkan bahan-bahan budaya dapat disebarkan dengan meluas.
Dalam perkembangan itu, menjadikan negara maju, terutama barat mempunyai
kedudukan yang semakin kukuh dalam ekonomi dan budaya. Kekuatan ekonomi
barat dalam menguasai ekonomi dunia, turut mempengaruhi pula penyebaran
bahan-bahan budayanya. Budaya popular barat yang dihasilkan oleh pembangunan
industri budaya itu dapat menyalurkan bahan-bahan budaya itu ke seluruh dunia.
Seterusnya, penyebaran yang meluas itu dapat memperkukuhkan kedudukan
ekonomi dan politiknya.
Kekuatan ekonomi dan pembangunan teknologi negara-negara maju itu seterusnya
dapat menguasai budaya di peringkat global dan dapat pula mempengaruhi dan
menyalurkan ideologi politiknya. Pencapaian itu menyatakan kedudukan global itu
hakikatnya membawa kesan yang amat baik kepada negara-negara maju. Namun,
asas pembinaannya itu telah bermula sejak pengaruh politik kolonial yang
menyebarkan konsep moden tehadap penduduk di negara-negara dunia ketiga,
yang masih di peringkat sedang membangun.
90

Pengaruh budaya barat yang telah bermula sejak zaman pemerintahan kolonial di
negara ini turut mempengaruhi perkembangan budaya Melayu. Penyebaran bahanbahan budaya popular barat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
pembinaan budaya popular Melayu. Teknologi moden yang dibawa dari barat
seperti piring hitam, filem, radio dan sebagainya turut diisi dengan kandungan
Melayu, tersebar luas, terutama di kalangan orang Melayu. Fenomena budaya
popular itu sentiasa dianggap sebagai sesuatu yang baru, dan seterusnya
membawa bersamanya nilai-nilai kemodenan.
Sesuatu yang popular dari barat mudah ditiru dan diikuti bagi menyesuaikan
dengan kehendak tempatan. Perkembangan budaya popular Melayu itu turut
dipengaruhi perkembangan budaya popular di peringkat global khususnya barat.
Kini dengan pesatnya penyebaran bahan-bahan budaya dalam proses globalisasi
itu, didapati perkembangan itu memainkan peranan dalam mempengaruhi
perkembangan industri budaya popular Melayu, yang berusaha untuk mengisi
keperluan tempatan.
Dengan kekuatan asas yang telah dibina dalam proses modenisasi semenjak
pengaruh budaya kolonial dahulu, dan keadaan yang sama berlaku dalam proses
globalisasi budaya kini, didapati bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu
sentiasa dipandang tinggi dan dianggap moden. Namun, berbagai usaha dilakukan
untuk menggalakkan orang ramai menggunakan bahan-bahan budaya tempatan.
Bahan-bahan budaya popular global dalam berbagai lapangan yang disebarkan oleh
industri budaya barat itu kini didapati tersebar luas yang memberikan kemudahan
kepada orang ramai untuk melakukan pilihan, pendedahan yang sangat meluas itu
tidak dapat dinafikan turut mempengaruhi cita rasa budaya tempatan dan
memupuk nilai-nilai sosial negara maju. Orang Melayu turut mempunyai peluang
untuk menghayati berbagai bentuk dan jenis penawaran budaya popular yang
dibawa dari negara-negara maju. Berasaskan pengalaman itu mereka
mengharapkan penawaran bahan-bahan budaya popular tempatan juga tidak jauh
berbeza dengan bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju itu.
Suasana demikian mempengaruhi perkembangan industri budaya popular Melayu.
91

Bagi kepentingan komersial, industri budaya tempatan selalu meniru atau


mengikuti perkembangan sebagaimana yang dinyatakan oleh negara-negara maju.
Tetapi industri budaya tempatan terpaksa menyesuaikan dengan nilai-nilai sosial
tempatan, misalnya tentang moral dan akhlak yang tetap berlandaskan kepada
nilai-nilai Islam. Adakala terdapat bahan-bahan budaya popular itu yang kurang
memberikan pertimbangan tentang nilai-nilai sosial itu yang boleh membawa
kepada kesan-kesan sosial yang kurang baik. Namun masyarakat Melayu selalu
memberikan tekanan terhadap bahan-bahan budaya Melayu yang didapati agak
keterlaluan dan tidak memberikan perhatian kepada nilai-nilai sosial tempatan dan
Islam.
Penyebaran bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju dalam proses
globalisasi itu memberikan kesan yang menyeluruh terhadap budaya Melayu tradisi.
Persaingan dengan perkembangan budaya popular di peringkat global membawa
kesan kepada tradisi budaya tempatan, iaitu apabila bahan budaya popular itu
digunakan sebagai nilai-nilai yang mengukur kemajuan dan kemodenan kini. Segala
warisan tradisi dianggap sebagai ketinggalan zaman dan tidak dinamiks mengikut
pembangunan semasa.
Penyebaran budaya popular dari negara-negara maju, terutama barat itu
menekankan nilai-nilai sosial yang adakala bercanggah dengan nilai-nilai sosial
tempatan, malahan tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Misalnya, kepentingan
kepada nilai-nilai material dan mementingkan diri keterlaluan boleh menjejaskan
kurangnya pertimbangan sosial, terutama nilai-nilai moral dan akhlak. Sedangkan
bahan-bahan budaya popular itu sangat berkesan dalam mempengaruhi generasi
muda, yang lebih mementingkan hiburan. Mereka kurang memberikan perhatian
terhadap masalah-masalah sosial. Adakala kelainan budaya yang disalurkan melalui
budaya popular menjadi ikutan kepada generasi muda di negara ini. Selain itu,
eksploitasi unsur-unsur sensasi boleh membawa kesan-kesan sosial yang kurang
baik.
Penyebaran budaya popular sangat dinamiks, sentiasa berubah menyesuaikan
dengan permintaan orang ramai. Penyebaran bahan-bahan budaya itu memberi
peluang kepada orang ramai mempelajari dan memahami masyarakat dan budaya
92

lain di dunia ini, yang boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Pendedahan yang
meluas dapat mempercepatkan proses modenisasi dan globalisasi, tetapi perlu juga
diawasi, di samping mendorongkan perubahan selaras dengan kesan yang dibawa
oleh proses globalisasi itu. Mereka perlu mempelajari dari masyarakat dan budaya
lain bagi membolehkan mereka mengalami perubahan nilai-nilai sosial. Pesatnya
perkembangan dan penyebaran bahan-bahan budaya popular itu boleh
mempengaruhi pembangunan ekonomi negara. Di samping itu anggota-anggota
masyarakat juga boleh melibatkan diri dalam pembangunan industri itu mengikut
kemampuan dan kepakaran masing-masing.
e) Impak Fenomena Budaya Popular
Perkembangan industri budaya popular memberikan sumbangan ekonomi yang
tidak kurang pentingnya kepada negara. Sebahagian besar sumbangan itu
datangnya daripada kemasukan bahan-bahan budaya dari negara-negara maju.
Industri budaya popular tempatan menghadapi persaingan dengan penawaran
bahan-bahan budaya yang datangnya dari negara-negara maju itu. Kerajaan
berusaha membantu bagi menggalakkan perkembangan industri budaya Melayu.
Misalnya, keutamaan diberikan kepada pengusaha-pengusaha tempatan dalam
penyebaran bahan-bahan budaya popular.
Penawaran bahan-bahan budaya popular itu bukan sahaja sebagai bahan yang
memberikan hiburan, melayan emosi atau perasaan orang ramai sebagai
pengguna. Malahan, bahan-bahan budaya itu dapat memainkan berbagai peranan
dalam membawa keharmonian dan kesejahteraan sosial. Penyaluran nilai-nilai
sosial melalui bahan-bahan budaya popular adalah sangat berkesan, terutama di
kalangan orang-orang muda. Misalnya, filem, nyanyian, dan buku-buku cerita
popular adalah saluran pemupukan nilai-nilai sosial yang amat baik.
Bahan-bahan budaya popular itu juga turut memainkan peranan dalam
memperkukuhkan hubungan sosial, terutama melalui nilai-nilai sosial yang
disalurkan itu yang seragam. Malahan budaya popular itu boleh memainkan
peranan dalam pembinaan perpaduan antara kaum di negara ini. Di peringkat
nasional, budaya popular dapat mengurangkan ikatan individu kepada kelompok
93

yang berasaskan kedaerahan. Bahan-bahan budaya popular dikongsi dan dihayati


bersama, maka nilai-nilai sosial dan unsur pendidikan yang disalurkan melalui
bahan-bahan itu dapat memberikan rasa kekitaan yang kukuh.
Budaya popular sebagai urban product sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru.
Nilai-nilai sosial yang didedahkan kepada orang ramai melalui bahan-bahan budaya
popular itu merupakan suatu pembaharuan dan kemodenan. Orang ramai,
terutama golongan muda sentiasa mencari sesuatu yang baru.
Oleh itu, bahan-bahan budaya popular itu turut memberikan sumbangan dalam
membawa para pengguna itu mengalami proses modenisasi dan urbanisasi.
Anggota-anggota masyarakat tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti
perkembangan budaya semasa.
Penyaluran bahan-bahan budaya popular melalui media elektronik, media cetak dan
seumpamanya mendedahkan orang ramai kepada bahan-bahan budaya popular di
peringkat global. Ini memberikan peluang para pengguna berfikiran lebih terbuka
dan turut mengalami proses globalisasi. Perkembangan pesat budaya popular dapat
memberikan peluang orang ramai membuat pilihan pengisian keperluan lebih
tinggi, seperti bahan-bahan budaya, mengikut citarasa masing-masing. Malahan
sebagai bahan pengguna, penawaran bahan-bahan budaya itu mampu didapati oleh
orang ramai, terutama di pasaran di seluruh negara.
Perkembangan bahan-bahan budaya popular itu adakala dikaitkan dengan kesan
buruknya kepada golongan muda. Bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat
selalu dianggap bercanggah dengan nilai-nilai sosial tempatan dan nilai-nilai Islam.
Perlakuan kelainan budaya yang tersebar di kalangan orang-orang muda juga
dikaitkan dengan budaya popular dari barat. Oleh itu, orang dewasa beranggapan
bahan-bahan budaya itu amat perlu dikawal dan diawasi.
Tetapi dengan teknologi penyebaran maklumat yang semakin canggih kini,
pengawalan bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui teknologi itu didapati
semakin sukar dilakukan. Oleh itu, usaha yang perlu dilakukan ialah
memperkuatkan ketahanan diri golongan muda itu, misalnya dengan memberikan
pendidikan agama dan moral yang sebaiknya. Sejauhmana kesan buruk yang
94

dibawa oleh bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju terhadap


golongan muda di negara ini setakat ini belum lagi dilakukan penyelidikan secara
mendalam.
Perkembangan pesat penawaran bahan-bahan budaya popular secara global,
terutamanya yang datang dari barat mempengaruhi nilai-nilai sosial orang Melayu.
Misalnya, nilai-nilai material semakin meningkat. Gaya hidup yang berasaskan
impian Amerika semakin meluas. Fenomena budaya popular mempengaruhi dan
membawa kesan kepada kelemahan kedudukan budaya Melayu tradisional. Minat
ramai, terutama golongan muda terhadap warisan tradisi itu semakin berkurang.
Kepinggiran warisan tradisi adalah kesan daripada nilai-nilai kemodenan dan
kemajuan yang diberikan kepada bahan-bahan budaya popular.
Budaya Melayu itu dinamis. Perkembangan pesat budaya popular Melayu dengan
jelas menyatakan dinamiknya budaya Melayu. Perkembangannya itu selaras
dengan pembangunan yang dilalui orang Melayu. Kini orang Melayu mengalami
proses modenisasi dan urbanisasi yang pesat dan perubahan yang dilalui itu dapat
difahami daripada perkembangan bahan-bahan budaya popular yang tersebar luas.
Di samping itu masyarakat Melayu terdedah kepada perubahan dan kemajuan yang
berlaku di peringkat global apabila bahan-bahan budaya popular dari negaranegara maju itu berkembang secara global. Bahan-bahan budaya popular Melayu
itu dengan jelas menyatakan secara ekspresif dan simbolik perubahan yang dilalui
orang Melayu. Melaluinya mereka menyatakan pencapaian orang Melayu dalam
mengalami perubahan seperti pembangunan dan kemodenan.
Pesatnya perkembangan dan penyebaran bahan-bahan budaya popular dari
negara-negara maju di negara ini dalam proses globalisasi boleh membawa kesankesan kurang baik dari segi nilai-nilai kebangsaan. Tetapi kesan itu boleh pula
memberikan kesedaran kepada masyarakat Melayu, untuk meningkatkan dan
memperkukuhkan semangat kebangsaan. Dalam konteks ini usaha mengembalikan
masyarakat kepada nilai-nilai sosial tradisi yang berteraskan kepada Islam
digalakkan oleh berbagai-bagai pihak di negara ini.

95

Rumusan
Fenomena budaya popular kini menjadi sebahagian daripada keperluan hidup
moden. Perkembangannya tersebar luas merintasi kelas sosial. Penawarannya yang
merupakan kegiatan komersial memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada
negara, dan memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang yang terlibat
dalam industri itu.
Budaya Melayu tradisional pernah berkembang secara popular masa lalu dalam
konteks budaya rakyat. Budaya popular tradisional itu berbeza daripada budaya
popular moden yang telah mengalami proses modenisasi dan urbanisasi.
Perkembangan ekonomi, teknologi dan pendidikan moden memainkan peranan
penting dalam melahirkan fenomena budaya popular moden Melayu. Ini boleh
dikesan sejak perkembangan bandar-bandar moden semasa pemerintahan kolonial.
Budaya popular Melayu merupakan urban product yang membawa ciri-ciri
kemodenan dan pembandaran.
Perkembangan budaya popular moden membawa kesan-kesan perubahan sosial
dan budaya yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Budaya popular yang
tersebar luas itu membawa kemerosotan kepada budaya tradisi, sedangkan dalam
konsep pembinaan budaya kebangsaan, unsur-unsur budaya tradisional itu sangat
penting sebagai lambang jatidiri negara. Kesannya itu meletakkan budaya rakyat
itu menghadapi masalah untuk dapat diterima ramai. Walau bagaimanapun,
Kementerian yang terlibat berusaha di samping memulihara ialah menghidupkan
berbagai jenis seni tradisional dengan cara melibatkan industri budaya dalam
kegiatan pelancongan.
Budaya Melayu tradisional menyatakan aspek ekspresif dan simbolik kehidupan
orang Melayu. Berbagai usaha dilakukan dalam menentukan tradisi itu tidak lenyap
begitu sahaja. Walau bagaimanapun dalam proses globalisasi yang pesat kini, orang
Melayu menyedari kesan-kesan yang kurang baik dibawa oleh bahan-bahan budaya
popular dari negara-negara maju itu. Ini memberi kesedaran masyarakat Melayu
untuk mengembali dan mempertahankan identiti Melayu itu. Antaranya, ialah
dengan berusaha meletakkan warisan tradisi budaya Melayu di tempat sewajarnya.
Namun, unsur-unsur budaya tradisi itu boleh dipopularkan apabila unsur-unsur
budaya itu dapat disesuaikan dengan keperluan semasa.
Perkembangan budaya popular Melayu itu juga menyatakan dengan jelas dinamiks
budaya Melayu itu. Dan dalam pembinaan budaya kebangsaan, peranan budaya
moden dalam konteks budaya popular itu perlu juga diberikan tumpuan. Tetapi
tidak semua bahan budaya popular itu dapat dianggap penting dalam pembinaan
budaya kebangsaan. Pertimbangan mutu sangat penting dalam meletakkannya
sebagai budaya kebangsaan. Adakala orang berpendapat bahan-bahan budaya
popular bermutu rendah, hanya mementingkan pulangan ekonomi semata-mata.
Walau bagaimanapun kita tidak boleh ketepikan nilai mutu itu, memandangkan
penawaran bahan-bahan budaya itu ialah untuk kepuasan orang ramai. Oleh itu
96

perkara mutu itu juga sentiasa diberikan perhatian agar penawarannya itu
mendapat perhatian orang ramai.
Perkembangan budaya popular itu, terutama bahan-bahan budaya popular dari
negara-negara maju dalam konteks global memberikan persaingan kepada
perkembangan budaya popular Melayu. Pengusaha dan mereka yang terlibat dalam
industri budaya berusaha meningkatkan mutu pengeluaran dan ini merupakan
cabaran bagi perkembangan budaya popular Melayu agar dapat bersaing di
pasaran.
Pembangunan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular Melayu boleh
dianggap sangat penting untuk mengimbangi pesatnya kemasukan bahan-bahan
budaya dari negara-negara maju. Bahan-bahan budaya popular Melayu masih
berteraskan kepada nilai-nilai sosial yang diberikan oleh ajaran Islam. Dengan ini
dapat memberikan pilihan kepada orang Melayu yang kian terdedah dengan bahanbahan budaya dari luar. Bahan-bahan budaya dari barat, di samping terdapat nilainilai yang patut dicontohi, terdapat pula nilai-nilai yang dinyatakan dalam perlakuan
yang bercanggahdengan nilai-nilai sosial Melayu dan Islam. Perlakuan itu boleh
menimbulkan konflik nilai dan mempengaruhi golongan muda yang seterusnya
boleh membawa berbagai-bagai masalah sosial atau kelainan budaya.
Kini penyebaran bahan-bahan budaya dari negara-negara maju semakin meluas
dalam berbagai saluran yang tidak mungkin boleh diawasi lagi. Oleh itu, ketahanan
diri individu perlu diperkukuhkan. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai
moral dan akhlak yang tinggi berasaskan Islam bagi membolehkan mereka
berhadapan dengan penyebaran bahan-bahan budaya yang tidak sesuai dengan
budaya Melayu dan Islam.
Bahan-bahan budaya popular itu juga memainkan peranan penting dalam
membawa orang Melayu mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Selain itu,
melaluinya dapat dipupuk nilai-nilai sosial secara berkesan kepada orang ramai.
Budaya popular itu yang sentiasa berubah menyesuaikan dengan perubahan cita
rasa budaya ramai menyalurkan berbagai-bagai nilai sosial, adakala nilai-nilai sosial
itu bercanggah dengan tradisi budaya Melayu dan Islam. Perkembangan budaya
popular itu yang merupakan sebahagian kehidupan moden terdapat kesan-kesan
baik dan buruknya. Impaknya yang begitu meluas sentiasa disedari anggotaanggota masyarakat.
Anggota-anggota masyarakat Melayu perlu dilengkapkan dengan ketahanan diri
yang kuat, terutama asas Islam dan pendidikan, agar orang Melayu mampu
menerima cabaran dan dapat bersaing dalam berbagai bidang dan lapangan
berikutan pesatnya proses kemodenan, urbanisasi dan globalisasi. Bahan-bahan
budaya popular itu mendapat populariti berasaskan peranannya membawa
perubahan, pembaharuan dan menyatakan gaya hidup moden dan bandaran.
Tidak dapat dinafikan lagi peranan fenomena budaya popular itu dalam kehidupan
masyarakat Melayu moden kini yang perkembangannya semakin meluas dan
merupakan sebahagian daripada fenomena budaya moden. Kita tidak boleh lagi
menganggap bahan-bahan budaya popular itu tidak penting atau boleh membawa
kesan-kesan yang kurang baik kepada masyarakat, terutama golongan muda.
97

Semua pihak perlu memahami kepentingan dan peranan budaya popular dari aspek
positifnya, iaitu budaya popular itu boleh memberikan sumbangan penting dalam
pembangunan masyarakat dan budaya.
Untuk meletakkan budaya Melayu sebagai budaya kebangsaan yang berteraskan
Islam, maka budaya popular itu perlu digunakan seluasnya agar dapat memberikan
kesan yang baik, terutama kepada generasi muda. Bahan-bahan budaya popular itu
juga boleh digunakan dengan berkesan sebagai saluran pemupukan nilai-nilai sosial
yang berteraskan Islam, khususnya ke arah pembangunan orang Melayu. Dalam
perancangan pembangunan sosial dan kebudayaan, peranan dan kepentingan
fenomena budaya popular perlu diberikan pertimbangan serius sebagai fenomena
yang dapat membawa perubahan masyarakat dan budaya, seterusnya
meningkatkan peradaban Melayu.
Bibliografi
A.Aziz Deraman (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu
Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Abdul Rahman Haji Abdullah (1990). Pemikiran Umat Islam di Nusantara. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Amat Juhari Moain (1990). Kepercayaan Orang Melayu Berhubung dengan
Pertanian. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Amran Kasimin (1989). Istiadat Perkahwinan Melayu: Satu Kajian Perbandingan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Carl Gustav Jung (1986). Approaching the Unconscious in Man and his Symbols.
Picador Publication. London.
D.G.E Hall (terj), (1987). Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
E.H.G. Dobby (ter. 1982). Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh & Ghazali Shafie (1990). Tamadun Melayu
Menyonsong Abad Ke-21. Edisi Kedua. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selangor.
Ismail Hussein, A. Aziz Deraman & Abd Rahman Al-Ahmadi (1993). Tamadun Melayu
Jilid Satu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Mohd Taib Osman (1981). Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Mohd. Yusof Hassan (1991). Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

98

Muhammad Abu Bakar, Amarjit Kaur & Abdullah Zakaria Ghazali (1984). Historia.
Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim dan rakan (1994), Budi Kencana, Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam Faham Agama dan Asas Akhlak.
Angkatan Belia Islam. Kuala Lumpur.
William A. Haviland (1987). Cultural Anthropology. 5th Edition. Saunders College
Publishing. United State of America.
Jurnal
Etnimusikologi. Volume 1, Nomor 3, Januari 2006. Jurnal Ilmu Pengetahuan dan
Seni. Departemen Etnomusikologi, Universitas Sumatera Utara. Medan, Indonesia.
Tenggara. Journal of Southeast Asian Literature. 1987. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur

99

Anda mungkin juga menyukai